Wednesday, June 11, 2014

Hidayah Jun 2014 Di Pasaran

Hidayah keluaran Jun 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita kini sudah memasuki bulan Syaaban, dan selepas itu...datanglah Ramadan 1435. Seperti biasanya, kami terus memaparkan kisah-kisah mengenai kematian dalam ruangan iktibarnya. Memang sesungguhnya kematian itu merupakan satu pengajaran bagi setiap diri kita ini. Di negara kita, baru-baru ini dikejutkan dengan kisah sebuah kubur seorang wanita yang bercahaya ketika akan dikebumikan jenazahnya. Kisah itu sungguh memberi kesan bahawa apabila Allah hendak memberi kemuliaan kepada seseorang itu maka petandanya ditunjukkan di dunia ini juga. Apa yang perlu kita ingat ialah diri kita ini. Apakah kita juga akan dimasukkan dalam liang kubur dalam keadaan bercahaya atau sebagainya. Mampukah kita menjawab soalan malaikat mungkar Nakir. Mampukah kita ‘tersenyum’ ketika jenazah kita di hulurkan masuk ke liang lahad? Itulah gunanya kita mengikuti ruangan-ruangan iktibar mengenai kematian yang tidak akan habis-habis dikisahkan. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Melalui kisah iktibar 1 dipaparkan jenazah seorang wanita yang apabila kuburnya di korek untuk dipindahkan ke tanah perkuburan baru, tanahnya mengeluarkan aroma bau yang wangi dan dari rangkanya mengeluarkan haruman mewangi. Bacalah kelebihan amalan wanita salihah ini. Namun dalam kisah iktibar lainnya dipaparkan kesudahan kematian yang su’ul khatimah – akhir hayat yang tragis dan mengharukan. Maka dalam meniti kehidupan ini, kita siarkan sebuah rencana Hidayah ‘Kompas Kehidupan ke akhirat’ yang akan dapat dijadikan panduan kita bersama. Sementara itu dalam ruangan nostalgia penulisnya memaparkan kisah menarik mengenai seorang anak Melayu pertama menjual roti canai di Kuala Lumpur. Dalam ruangan Pak Syeikh pula, penulisnya berterus terang menegur golongan artis yang kerap kahwin cerai. Dan apa yang menariknya penulis menasihatkan pasangan suami isteri golongan artis ini mengamalkan solat berjemaah waktu subuh untuk mendapat keberkatan hidup berumah tangga. Bagi golongan wanita pula, seharusnya anda ikutilah rencana bertajuk: ‘Cintai Suami Berpahala besar’. Buanglah sifat merendahkan-rendahkan suami anda dan hormatilah suami anda dan jadilah isteri salihah yang akan menjamin anda bakal mengetuk ‘pintu syurga’. Ruangan ini diakhiri dengan memetik nasihat dari Abullait Assamarqandi yang mengatakan: “Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapi dengan melakukan amal yang salih (baik) dan meninggalkan amal kejahatan (dosa) sebab ia tidak mengetahui bilakah  datangnya mati itu kepadanya.” Terima kasih kerana terus membaca Hidayah dan kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.Wassalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Matanya Yang Buta Sembuh Berkat Doa Di Masjid Nabawi

KEAJAIBAN Kota Makkah dan Madinah memang tak diragukan lagi. Kedua tempat itu benar-benar penuh keramat. Apa saja yang terucap dari bibir kita, khususnya saat ibadah haji, kerapkali mewujud dalam kenyataan. Demikian kisah yang terjadi dengan jemaah haji berikut ini. Dia adalah wanita tua asal Sudan bernama Fatima Al Mahi. Kedua matanya buta sejak tujuh tahun yang lalu. Berbagai pengubatan dilakukannya, termasuk pembedahan mata. Namun, kesembuhan itu belum kunjung juga. Hingga dia berkesimpulan sendiri bahawa jalan satu-satunya agar kedua matanya dapat sembuh seperti sediakala adalah dengan berdoa di Makkah atau Madinah. Ia meyakini “sisi keramat” kedua kota mulia tersebut. “Saya punya harapan besar bahawa saya akan mendapatkan kembali penglihatan saya ketika saya pergi ke Arab Saudi untuk naik haji,” katanya. Singkat kata, ia pun pergi ke Tanah Suci untuk beribadah haji. Saat berada di Masjid Nabawi, Madinah, ia pun berdoa penuh khusyuk selama berjam-jam. Dari kedua bola matanya, meski tak boleh dipakai untuk melihat, tampak kesungguhannya untuk beroleh sembuh. Kerana itu, kadang ia tak kuasa untuk menangis. Ia terus bermunajat kepada Allah memohon keajaiban. Dalam penantiannya yang cukup panjang, ternyata keajaiban Tuhan itu memang datang. Matanya yang buta tiba-tiba dengan ajaib boleh sembuh sepenuhnya. Dia pun berteriak sukacita. “Saya tidak percaya apa yang terjadi pada saya,” katanya kepada harian Arab Saudi, Okza. Fatima mengatakan, dia tinggal di Masjid Nabawi ketika dia mulai melihat cahaya setelah mengalami kebutaan selama tujuh tahun terakhir. ”Saya boleh melihat anak saya untuk pertama kalinya dalam tujuh tahun dan sekarang saya boleh bergerak tanpa bantuan dari siapa pun,” tambahnya. Fatimah mengakui, “Saya menghabiskan beberapa hari di masjid, berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa untuk menyembuhkan saya. Saya sedang duduk di sebuah sudut di masjid, ketika tiba-tiba kegelapan mulai membersihkan dari mata saya dan saya mulai melihat lagi,” tambahnya. Kini, Fatimah sudah boleh melihat lagi. Di usianya yang sudah warga emas itu ia pun menjalani sisa hidupnya di dunia ini dengan penuh kebahagiaan. Dengan harapan, kedua matanya yang sudah sembuh itu membuatnya semakin khusyuk dalam beribadah kepada Allah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Setelah 15 Tahun Rangka Mak Andam Harum

ORANG-ORANG salih biasanya memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki orang awam. Lazimnya, kelebihan yang dianugerahkan Allah s.w.t. itu muncul tidak terhad dikala mereka masih hidup. Ketika sudah mati pun, mereka diperlihatkan keajaiban-keajaiban yang sulit diterima akal. Di antara ciri orang salih adalah selalu mengingatNya, ikhlas menerima keputusanNya, dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepadaNya dengan cara melaksanakan apa yang sudah diperintahkan Allah s.w.t. mahupun RasulNya. Berikut ini kisah nyata tentang perjalanan hidup seorang perias pengantin (mak andam) yang mudah-mudahan boleh dikategorikan sebagai orang salih.

Pemindahan Jenazah
Lima belas tahun sudah jenazah Zuriah binti Tido dikebumikan bersama jasad saudara-saudara dari keluarga ayah di tanah wakaf khusus milik keluarga. Tahun 1985 keluarga Zuriah diberitahu, di atas tanah wakaf itu akan dibangun sebuah kilang yang hingga kini masih beroperasi. Maka, menurut pihak pembeli tanah, mayat-mayat yang terkubur di dalamnya harus dipindahkan ke Tempat Perkuburan Umum (TPU) terdekat.
Ahli waris Zuriah kaget mendengar khabar tak sedap itu. Sebabnya, anggota keluarga selama ini tidak ada yang berminat menjual tanah leluhurnya. Selidik punya selidik, rupanya ada ‘sendikit’ jahat yang bermain disebalik jual beli tanah yang harganya sangat tinggi, kerana berada di kawasan perindustrian. Keluarga Zuriah tak berkata apa-apa. Data dan dokumen yang ditunjukkan pembeli sangat lengkap dan sah secara hukum. Melalui perundingan, keluarga Zuriah akhirnya menyetujui pengalihan para jenazah. Seorang ustaz yang mafhum dengan proses pemindahan jenazah diundang. Kakitangan pemerintah yang jumlahnya tak lebih dari sepuluh orang-turut serta menyaksikan. Satu persatu kubur saudara-saudara Zuriah lebih dahulu dibongkar. Umumnya tulang belulang jenazah yang tersisa tidak lengkap lagi bila disatukan. Ada sebahagian organ tubuh yang reput dimakan cacing tanah. Maklum, usianya sudah lapuk. Setelah seluruh jenazah berhasil diangkat ke atas, tak ada peristiwa ajaib yang berlaku. Giliran kubur Zuriah dikorek. Para penggali kubur terkejut menemukan papan penutup jenazahnya belum reput, apalagi tanahnya mengeluarkan aroma wangi lagi harum bak di taman bunga. Lebih mengejutkan, tengkorak Zuriah masih berambut, giginya terlihat utuh, tulang-tulangnya tidak menyatu dengan tanah, meski daging tidak membungkus badannya. Kain kafannya tak terkoyak, kendati warna putihnya berubah kusam, hampir sama dengan warna tanah.
Anehnya, posisi Zuriah dalam keadaan terlentang. Kedua tangannya bersedekap di atas dadanya. Padahal, lazimnya mayat yang baru dikebumikan mukanya diarahkan menghadap kiblat, sedang sekujur tubuhnya agak dimiringkan. Untuk menahan supaya mayat tidak terbalik, bola-bola yang terbuat dari tanah berbentuk bundar dipasang pada sudut-sudut tertentu. Anak, menantu dan ahli keluarga Zuriah, Ustaz, penggali kubur, dan masyarakat umum yang menyaksikan pemindahan mayat merasa takjub. “Maha Suci Allah...” (dilafazkan dalam bahasa Arab) ucap ustaz. Jenazah Zuriah dibersihkan, dimandikan lantas disolatkan diperlakukan seperti halnya orang baru meninggal dunia. Kemudian jenazah langsung dikuburkan kembali di tempat pemakaman umum di daerah Semper, Cilincing, Jakarta Utara. Setelah selesai dikebumikan, keluarga Zuriah bercadang mengadakan acara tahlilan. Menurut perwakilan keluarga, semua yang dilihat secara kasat mata ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditujukan bagi orang yang masih hidup.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Akhir Hayat Tragis Si Pengedar Dadah

TANJUNG KARANG, 1976-1980.
KETIKA itu, pemuda anak-anak remaja Lampung sedang gila-gila meminati kumpulan muzik Rolling Stone, disco ala ‘River of Baby-lon’-nya Boney M, dan filem aksi sejenis ‘Dirty Harry’ degan lagak hero Hollywood Clint Eastwood. Beberapa tempat hiburan seperti kelab malam sepanjang Teluk Betung dan Presiden Theatre, juga menjadi tumpuan muda-mudi pada masa itu. Salah seorang pemuda yang tidak pernah tidak hadir dalam hiburan dunia malam itu, adalah Ferry. Perawakannya kurus tinggi, rambut panjang ala kumpulan The Beatles, dan matanya meredup seperti orang yang kurang tidur. Ya, pada saat itu Ferry memang sudah lama menjadi ‘penagih dadah’. Bukan hanya pil BK dan ganja, tapi sudah sampai kelas heroin. Untungnya dia sebagai anak dari keluarga agak berada, membuat Ferry mudah mendapatkan apa yang dimahunya. Sebenarnya, Ferry anak yang cerdas. Hal itu dibuktikan dengan kejayaannya masuk menduduki sebuah pusat pengajian tinggi. Menurut Jhoni (bukan nama sebenarnya), sahabatnya, Ferry memang agak pendiam. Dia sulit untuk mesra dengan orang lain. Kalau bertemu orang, paling-paling dia hanya tersenyum. Namun, justeru itulah yang membuat sosok Ferry menjadi istimewa, sehingga kawan-kawan kalangan elit pun ingin lebih dekat mengenalinya. Tetapi, status sosial tidak membuat Ferry menjauhi teman-temannya yang berasal dari golongan kurang berada. Bersama Jhoni, ia kerap duduk melepak di kios rokok yang terletak di permukiman padat penduduk, di kawasan Teluk Betung. Di kios rokok dekat mulut jalanan itu, Ferry disambut seperti ‘raja’. Maklumlah, disana Jhoni sangat disegani sehingga pemuda setempat tidak ada yang berani mengusik teman-teman Jhoni. Hubungan Ferry dan Jhoni bagaikan aur dengan tebing. Saling perlu memerlukan. Saling kait mengait. Mereka kerap mabuk dan main judi bersama. Kaki lima rumah Jhoni yang sempit itu, hampir setiap hari dipenuhi oleh penjudi. Bahkan jika para penjudi itu berkumpul, permainan sampai dipecah menjadi tiga kumpulan; khusus orang tua-tua (masuk usia warga emas), ibu-ibu pun tumpang sekaki dan para remaja. Pada masa itu, jalan atau lebih tepat lorong sempit di dekat rumah Jhoni memang terkenal sebagai ‘tempat maksiat’. Polis dan kakitangan keamanan tidak mampu membenteras perjudian di wilayah itu. Kaum wanita suri rumah di sekitar sana, justeru banyak yang terpengaruh sehingga mencuba mengadu nasib bermain judi. Suatu kali, Ferry terserempak oleh bapanya waktu sedang menyeluk saku baju bapanya yang tergantung di bilik tidur. Kerana merasa dikecewakan, bapanya lantas memotong wang perbelanjaan Ferry. Tentunya, Ferry tidak dapat lagi membeli dadah. Dua tiga hari, ia masih masih boleh menahan diri. Namun ketika tubuhnya menggigil dan hidungnya berhingus akibat lama tidak mendapat heroin, akhirnya Ferry sudah tidak tahan lagi. Dia meminjam wang pada Jhoni untuk membeli barang terlarang itu. “Nanti akan saya bayar balik, percayalah...” Jhoni masih ingat, Ferry mengucapkan kalimat itu dengan wajah merayu menghiba. Sebanyak lima puluh ribu rupiah (RM15)wang haram (hasil judi) yang dipinjam dari Jhoni, Ferry gunakan untuk membeli dadah. Saat itu Ferry merasa beruntung lantaran ia membelinya langsung dari tangan pertama, sehingga ia mampu membeli barang laknat itu sampai satu kilo. Dengan stok yang lumayan, fikir Ferry, ia dapat menjualnya kembali kepada orang lain, dengan mengambil untung lima ribu rupiah per ons (waktu itu lima ribu rupiah tergolong jumlah agak besar). Perkiraan Ferry memang benar. Untung yang ia dapatkan ternyata sangat lumayan. Dari situ ia memutar kembali keuntungannya dengan membeli dadah jenis kategori ringan, seperti pil BK dan ganja, untuk dipasarkan di sekitar jalan rumah Jhoni.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Nasib Penjual Tanah Wakaf Kubur

Tersebutlah Jumahi Abdilah. Seorang pegawai kerajaan yang bertugas di sebuah pejabat pemerintah. Tugas-tugas utamanya ialah melayani penduduk-penduduk kampung mengurus surat menyurat untuk keperluan mereka, seperti membuat “Kartu Tanda Penduduk” (kad pengenalan), “Kartu Keluarga”, pembayaran Pajak Bumi (cukai tanah) dan Bangunan dan juga keperluan lainnya. Sebagai pegawai luaran, Jumahi sangatlah lincah dan mahir selok-belok yang berkaitan tugas-tugasnya itu. Dengan kemahirannya menggunakan teknologi komputer, ditambah hubungannya yang cukup luas, membuat dirinya lebih cepat mengurus surat-surat yang diperlukan oleh penduduk kampung-kampung yang dibawah tanggungjawabnya. Semua yang dilayani oleh Jumahi merasa senang dan puas, kerana itu, warga bukan hanya memberi pujian pada Jumahi tapi memberikan upah, kadang-kadang berupa wang atau hasil penuaian yang dibawakan langsung ke rumah Jumahi. Begitulah tingginya Jumahi di mata penduduk desa. Tetapi, itu dulu! Sekarang?

JUMAHI BERUBAH PERANGAI
Kerja keras, pengabdian dan kejujuran Jumahi Abdilah berbuah baik. Bertahun-tahun ia bekerja dengan baik, kenaikan pangkatnya sebagai staf tetap pejabat pemerintahaan desa pun menjadi sebuah hadiah yang sangat menggembirakan. Kini, Jumahi sudah berhak memakai seragam kerja sebagaimana seragam yang dikenakan staf-staf senior di pejabatnya. Jumahi merasa lebih gagah dengan pakaian seragam kerja yang membalut tubuhnya. Siapa sangka, kebanggaan yang membuncah di dada lelaki berusia 40an itu, membuat dirinya lupa untuk bersyukur. Ia sudah berubah. Keramahtamahan Jumahi menghilang entah kemana. Kelincahannya dalam mengurus segala keperluan warga mendadak hilang. Kini, ia lebih senang duduk di belakang meja; bersandar sambil memainkan ‘game’ di monitor komputernya. Jika ada warga yang memerlukan tenaganya, Jumahi hanya memandang warga itu dengan sebelah mata sambil berkata: “Taruh saja suratnya di atas meja!” “Tapi tuan...”  warga itu memprotes, tapi telapak tangan Jumahi sudah melambai-lambai sebagai tanda pengusiran agar warga itu cepat pergi dari hadapannya. Apabila warga tetap berada di depannya dan kembali mengutarakan maksudnya, Jumahi berdiri dengan marah, kadang sambil menepuk meja. “Saya cakap taruh saja suratnya di situ! Apa kamu tidak tahu kalau saya sedang di depan komputer!
“Tapi tuan, saya harus memgembalikan surat ini secepatnya,” ujar seorang warga. “Kamu fikir saya tukang silap mata kah! Begitu kamu beri tugas, boleh saya siapkan langsung. Begitu, heh! Semua perlu proses, mana mungkin boleh dikerjakan secepat kilat. Apalagi kerja percuma seperti ini.” Itulah Jumahi. Semua kerja-kerja yang dilakukannya kini diukur dengan wang. Jika warga ingin surat-menyuratnya dapat diurus dengan cepat, maka ‘ufti’ tanpa perjanjian harus dibayar dimuka. Itulah model rasuah yang dilakukannya, dan warga desa yang memang memerlukan khidmat Jumahi hanya dapat menuruti permainan itu seraya menggerutu.

JUAL BELI TANAH
Dari tugas-tugas Jumahi yang mengurus segala kepentingan penduduk sekitar, hubungan Jumahi dengan banyak pihak pun semakin luas. Beberapa kegiatan usaha di luar lingkup pejabat pemerintah pun menjadi kerja sampingan yang membuat ‘kantong’ Jumahi semakin subur. Jumahi sering membantu orang-orang yang memerlukan tanah, baik untuk rumah tinggal mahupun untuk tempat berniaga. Dengan hubungannya yang cukup luas, tak begitu sulit bagi Jumahi untuk mendapatkan sebidang tanah yang mahu dijual. Dan dari bisnes inilah, ekonomi Jumahi Abdilah semakin subur. Suatu ketika, datang seorang lelaki menemuinya di ruang pejabat. Lelaki itu minta dibantu untuk mendapatkan sebidang tanah yang kedudukannya strategi sebagai tempat usaha dan menyatakan berani membeli dengan harga tinggi. Tanah tersebut letaknya tak jauh dari tempat tinggal Jumahi. “Kalau itu yang dimaksudkan ianya termasuk tanah kubur dan tanah yang sudah diwakafkan,” jelas Jumahi. “Kalau tanah kubur itu boleh dijual tidak apa-apa tuan, saya tetap berminat membelinya dan dengan harga tinggi,” balas lelaki bernama Panduh itu cukup menggiurkan. Jumahi tampak berfikir. “Saya berani membayar dua kali ganda dan tuan masih mendapatkan faedah penjualannya. Bagaimana?” suara Panduh itu agak menekan. Jumahi semakin tertarik. “Sebenarnya tanah wakaf yang sudah menjadi tanah kubur penduduk di sekitarnya itu adalah milik bapa saya, tapi kerana sudah diwakafkan, saya harus bincangkan dulu dengan saudara-saudara yang lain,” jawab Jumahi akhirnya.
Panduh tersenyum. “Pokoknya tuan yang aturlah agar tanah itu boleh dijual kepada saya.” Jumahi menganggukkan kepala. Keinginan Panduh membeli tanah kubur wakaf dibincangkan Jumahi pada dua saudara kandungnya. Mereka Badruni dan Ermas yang sudah tidak menetap sekampung dengan Jumahi.
“Kamu jangan nekad sebegitu. Tanah itu sudah diwakafkan, jadi tidak boleh dijual,” ucap Badruni setelah mendengar pemberitahuan Jumahi. “Setahu saya, menjual tanah wakaf itu berdosa, kerana di situ orang yang mewakafkan sudah tidak punya hak lagi untuk menjualnya,termasuk kita anak-anaknya,” sahut Ermas.
Jumahi diam. Nampaknya dia sedang mencari cara untuk meyakinkan saudara-saudaranya.  “Lebih baik kamu bilang sama Panduh. Kamu tidak berani menjual tanah wakaf yang sudah jadi kawasan perkuburan itu. Beritahu saja, kamu takut akibat menjual tanah yang sudah diwakaf,” saran Badruni. Jumahi masih diam. “Pandangan itu benar,” sokong Ermas. Jumahi memandangi wajah Badruni dan Ermas. “Apa kalian tidak ingin wang? Panduh itu berani membeli dengan harga yang tinggi,” ujar Jumahi kembali berusaha meyakinkan saudara-saudaranya. “Kita tidak hanya dapat membaikpulih rumah kita masing-masing jika tanah itu terjual. Tetapi boleh beli rumah baru,” lanjut Jumahi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Kisah Tragis Ayah Pembohong

PAGI masih begitu dingin dan aroma embun masih begitu terasa saat Darmaji, 40an sampai di depan pintu pagar sekolah tingkatan satu, tempat anaknya bersekolah. Lelaki tampan dan bertubuh gagah itu kemudian mencari tempat duduk untuk menunggu anaknya datang di sekolah. Dia duduk di sebuah warung, tepat di seberang jalan. Dia mengamati dengan cermat pintu pagar sekolah seraya mengambil sebungkus rokok dari saku bajunya, lalu mengeluarkan sebatang rokok; menyalakannya dan menghisapnya dalam-dalam. Dia melihat beberapa pelajar sekolah berseragam putih-biru sudah banyak yang berdatangan ke sekolah itu.
Tapi, sejauh mata Darmaji memandang, dia belum melihat Ujang (14 tahun), anak tunggal dari perkahwinannya dengan Wulan (37) itu, tampak batang hidungnya. Darmaji mulai gelisah dan tak sabar. Lima minit berlalu, sepuluh minit pun sudah terlewat dan Ujang yang sengaja ditunggu Darmaji belum juga sampai ke sekolah. Darmaji sudah datang jauh-jauh ke sekolah tempat anaknya. Dia tidak ingin rencananya untuk menemui anaknya kali ini tak membuahkan hasil. Dia seperti tak sabar menunggu, lantas berdiri, dan membuang puntung rokok yang sudah habis dihisapnya. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Darmaji mengamati jalanan, dan hatinya tiba-tiba berbinar-binar saat dari jauh dia melihat sosok anaknya datang ke sekolah menunggang motosikal baru. Dengan terburu-buru, dia berdiri dan melangkahkan kaki ke depan pintu pagar sekolah. Ujang tak menyedari dan terperanjat ketika hendak memasuki pintu pagar sekolah tiba-tiba tangan gagah Darmaji menghentikan laju motosikalnya yang ditunggang dengan perlahan itu. Ujang kaget, dan nyaris menggesel ayahnya. Tapi, dia buru-buru menginjak menekan breknya. “Ayah mahu pinjam motosikal kamu sebentar ya!” ujar Darmaji kepada Ujang sebaik enjin motosikal itu dimatikan. Ujang yang merasa kaget dengan kehadiran ayahnya, tak dapat berkata apa-apa pun. Maklum, dia masih canggung dan bingung bagaimana menyambut ayahnya yang datang secara mendadak begitu. Sebabnya, dia sudah lama tak bertemu ayahnya, dan bahkan sudah lupa bila kali terakhir melihat ayahnya. Sebab, ayahnya memang sudah lama tidak tinggal bersamanya; bahkan ayahnya telah pergi meninggalkannya dan ibunya sejak Ujang masih dalam kandungan. Tetapi, dari ibunya, Ujang tahu jika Darmaji itu adalah ayah kandungnya. Pernah satu dua kali ia melihat Darmaji datang ke rumah datuknya untuk menemuinya, tetapi itu sudah cukup lama sekali. “Nanti tengah hari ketika pulang sekolah, ayah janji akan datang lagi dan memulangkan motosikal kamu,” lanjut Darmaji, melancarkan rayuan manisnya. Ujang seperti terhipnotis. Dia tak kuasa menolak keinginan ayahnya, apalagi dia tahu Darmaji memang ayah kandungnya – bukan orang yang tidak dikenalnya. Dia akhirnya tak kuasa menolak, merelakan motosikalnya itu dipinjam oleh ayahnya. Ia sama sekali tidak memiliki fikiran jahat apa pun. Apalagi curiga. Otak remaja yang fikirannya bersih dan jujur. Sesaat kemudian, motosikal itu sudah berpindah tangan, dan dia masih berdiri, tak juga kunjung masuk ke sekolah sampai ayahnya membelok dan hilang dari pandangan. Sementara itu, Darmaji menungang motosikal dengan kencang menembus jalanan pagi ke arah pergunungan. Tipu daya Darmaji pagi itu rupanya berhasil, dan anaknya percaya begitu saja dengan Darmaji. Padahal, di balik semua itu, Darmaji punya rencana. Dia sengaja meminjam motosikal anaknya untuk tujuan jahat. Ia lupa daratan kerana begitu senang. Hati Darmaji berbunga-bunga, membayangkan sejumlah wang yang akan digenggamnya tidak lama lagi.
Ketika melintasi jalanan berbelok-belok ke arah pegunungan itu, sesuatu terjadi...

Srlanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Godaan Cinta Para Calon Sufi

KALAU kita perhatikan kisah hidup para sufi, ternyata ramai diantara mereka yang mengawali perjalanan spiritualnya dengan melakukan taubat dari urusan cinta asmara yang tidak terkendalikan. Sekadar contoh, di bawah ini kami paparkan empat kisah tentang hal tersebut, yang bahannya di ambil dari buku karya Fakir Zulfikar Ahmad Naqshbandi, berjudul “Love for Allah: A Translation of Ishaq ilahi.” Selamat membaca, semoga kita dapat mengambil pelajaran berharga. Pertama, dikisahkan bahawa seorang yang diperbudakan oleh hawa nafsunya melakukan baiat kepada Maulana Asyraf Ali Tsanwi. Dia menulis surat kepada syeikhnya bahawa dirinya tidak memiliki kekuatan untuk memalingkan pandangan dari wanita. Syeikh menjawab, “Kekuatan adalah nama lain dari kemahuan keras yang dapat dipilih seseorang untuk digunakan atau tidak. Jika seseorang memiliki kekuatan untuk menahannya, maka ini dikenal dengan penyakit dan bukan kekuatan. Kerana itu, yang anda miliki adalah penyakit melihat perempuan lain, dan ini mesti diubati.”
Orang tersebut menulis lagi dalam surat balasannya, “Syeikh sekarang saya hanya melihat sekali, kerana pandangan pertama dimaafkan.” Syeikh menjawab, “Pandangan pertama dimaafkan jika terjadi secara tidak sengaja. Jika disengaja, satu kali melihat tetapi memiliki suatu tujuan, itu tidak boleh.” Orang tersebut menulis ketiga kalinya, “Syeikh, ciptaan Allah s.w.t. merupakan refleksi sifat-sifatNya. Kerana itu, aku memandang yang cantik dengan mengagumi mereka sebagai refleksi-refleksi keindahan Allah s.w.t.” Terhadap hujah tersebut, Syeikh menjawab, “Ya, wajah orang-orang cantik sesungguhnya refleksi, tetapi mereka adalah refleksi yang berapi yang dapat membakar. Ingat, melihat wajah-wajah semacam itu membuat seseorang patut mendapatkan api neraka.” Orang tersebut akhirnya menulis kembali, dengan mengatakan bahawa dirinya telah melakukan taubat dengan tulus. Kedua, dikisahkan, suatu ketika seorang menuju khanaqah (semacam pondok) Syeikhnya untuk melakukan kebaikan diri dan tinggal di sana untuk beberapa hari. Dia sering sibuk dengan tugas-tugas dapur. Kadang-kadang seorang wanita datang untuk membersihkan tempat itu, dan si lelaki tersebut dapat memandangnya dengan rakus. Si wanita yang masih perawan itu lalu pergi menghadap syeikh, dan mengeluh kerana pandangan lelaki tersebut penuh dengan nafsu. Syeikh mulai gelisah dan mulai memikirkan cara-cara terbaik untuk memperbaiki akhlak muridnya. Suatu ketika, wanita yang biasa membersihkan tempat tersebut terserang penyakit cirit-birit. Syeikh mengirim pesan kepadanya agar menggunakan bilik mandi khusus, sehingga semua kotorannya berada dalam satu tempat. Setelah beberapa hari keadaannya beransur baik, namun tubuhnya masih lemah dan kelihatan kurus. Ketika dia kembali ke dapur untuk membersihkan tempat itu, si lelaki bermata rakus memalingkan wajahnya kerana si wanita itu nampak tidak menarik baginya. Perubahan sikap lelaki ini lalu dilaporkan oleh si wanita kepada gurunya. Syeikh kemudian memanggil lelaki itu dan berkata sambil menunjuk bilik mandi khusus, “Lihatlah, di sana ada kekasihmu!” Muridnya merasa sangat hairan. Dia lalu bertanya, mengapa tumpukan kotoran (najis) disebut kekasihnya? Syeikh menjelaskan, “Ketika wanita yang membersihkan dapur itu lalu, kamu memandangnya dengan rakus. Waktu dia sakit, kotoran itulah yang keluar dari tubuhnya. Jika setelah sakit kamu berpaling darinya, jelaslah bahawa kekasihmu itu adalah tumpukan kotoran yang telah terpisah dari tubuhnya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Ismail, Anak Melayu Pertama Jual Roti Canai

BARANG KALI ramai yang tidak tahu siapakah anak Melayu yang mula-mula sekali meneroka membuat roti canai selepas berlakunya peristiwa 13 Mei? Kalau anda nak tahu orangnya ialah namanya ISMAIL. Dia berasal dari Pulau Pinang. Dialah orang pertama membuat roti canai di Pasar Minggu, Kampung Baru.
Sebelum itu tidak ada anak Melayu yang berani membuka warung membuat dan menjual rotai canai. Namanya yang lebih dikenali dengan sebutan “MAIL”  menebar roti canai agak lain dari yang lain.
Caranya ialah roti canai itu bukannya dibuat sebagaimana dilakukan diletakkan di dalam kuali besar, tetapi Mail buat pertamakali memperkenalkannya dengan membubuh minyak yang banyak dalam kuali itu kemudian mencampakkan roti canai yang sudah ditebar itu ke dalam kuali itu. Seolah-olah roti canai itu “macam digoreng”, tetapi bukan digoreng. Tetapi roti canai itu benar-benar sangat menarik dan sangat menyelerakan apabila kita melihat ia mendidih dalam kuali besar itu. Roti canai itu benar-benar garing macam orang goreng “roti mariam”. Cukup laku. Berderet-deret orang beratur untuk membeli roti canainya itu.
Memang, orang Pulau Pinang mempunyai bakat yang tersendiri dalam menebar dan menggoreng roti canai. Tak menang tangan dibuatnya. Sehingga ada yang “merajuk” kerana menanti terlalu lama, dan kadang-kadang sedang beratur, roti canai itu dah habis...Malangnya Mail ni ada satu perangai. Saya tak mahu menulisnya di sini. Dari gerai Kampung Baru, dia pindah ke Datuk Keramat. Dari Datuk Keramat, Mail telah membina satu gerai di tepi jalan. Zaman itu taklah ada apa-apa. Dimana pun kita boleh berniaga. Tak ada yang nak saman ataupun nak tangkap. Orang Melayu baru nak belajar berniaga. Orang Melayu baru nak gantikan orang lain yang selama ini menguasai bidang-bidang tersebut. Kita boleh membuka warung jualan makanan dimana-mana pun, asalkan jangan ganggu lalu lintas, dan jangan kacau orang lalu lalang ke sana ke mari. Dengan penerokaan Ismail Pulau Pinang ‘menggoreng’ roti canai demikian rupa, maka anak-anak muda lain yang memang punya bakat dalam bidang tersebut, ikut jejak langkah Mail. Kelihatan di sana di sini, di bawah pokok rendang, di bawah pokok sena yang besar dan tinggi, maka di situlah terdapat anak-anak muda Melayu membuat dan menjual roti  canai. Zaman selepas 13 Mei 1969, Kuala Lumpur tidaklah sesibuk sekarang. Dulu, dimana-mana pun kita pergi keadaan lengang aje. Ketika itu orang-orang Kuala Lumpur tidak pandai makan di luar. Sebabnya, tidak ada kedai-kedai Melayu yang membuka dan menjual makanan Melayu ketika itu. Ketika itu apa yang kita dapati di Kuala Lumpur kebanyakannya, warung-warung dan kedai-kedai makan dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu. Kedai-kedai atau restoran-restoran yang ada di Kuala Lumpur dipenuhi oleh orang-orang bukan Melayu. Jualan-jualan dimalam hari, warung-warung kedai-kedai kecil ketika itu tidak ada orang Melayu yang berniaga.
Sebab itulah orang-orang Melayu ketika itu tidak keluar makan di luar rumah. Selepas sembahyang isyak mereka dah mula “gantung kelambu”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Mengenali Erti Spiritual

BILA menyebutnya spiritual orang selalu berfikir kemampuan melebihi manusia, yang mana kemampuan itu berasal dari metenergy yang tak nampak dilihat mata. Seperti tenaga elektrik, hanya boleh dibuktikan dengan gejala-gejala yang ditimbulkan atau dengan pengamatan mata batin. Pada kebiasaanya, ilmu spiritual sering digabungkan dengan keyakinan agama atau kebudayaan masyarakat setempat dimana ilmu spiritual itu berkembang. Bagi kita, ilmu spiritual disebut dengan berbagai istilah. Berikut ini dijelaskan beberapa istilah yang digunakan untuk maksud spiritual itu. Paling popular disebut ilmu ghaib. Ilmu Ghaib, dikatakan ghaib kerana mempelajari tenaga dan makhluk ghaib. Kata “Ghaib” atau lebih tepatnya “Ghaib” berasal dari bahasa Arab yang ertinya tak nampak dilihat. Alasan, disebut ilmu ghaib kerana sesuai filsafat ilmu spiritual yang seharusnya tidak diperlihatkan, alias harus disembunyikan, jangan sampai dipamerkan kepada orang lain untuk kesombongan. Istilah yang hampir sama ertinya dengan Ilmu Ghaib adalah ilmu kebatinan, dari kata “batin” yang boleh diertikan hanya dapat dirasakan oleh orang yang mengalaminya. Ilmu metafizik, hampir sama dengan istilah ilmu ghaib diatas, istilah meta-fisikal digunakan kerana dalam ilmu spiritual dipelajari kuasa atau tenaga kejadian yang tidak dapat dilihat secara fizik dan tidak sesuai dengan hukum fizika. Ilmu Hikmah, juga digunakan untuk menyebut ilmu spiritual yang berkembang dikalangan umat Islam. Ilmu hikmah ada ciri khas iaitu amalan yang digunakan adalah doa khusus berbahasa Arab, zikir tertentu dan ayat-ayat Quran yang diyakini boleh menjadi wasilah atau perantara terkabulnya sebuah doa. Ilmu supranatural, dikatakan supra-natural kerana pemilik ilmu spiritual secara otomatik mempunyai kemampuan melebihi kemampuan manusia pada umumnya. Misalnya kemampuan mengubati tanpa mengetahui ilmu kedoktoran, ketahanan kulit dari serangan senjata tajam (kebal), tahan terhadap racun, api dan sebagainya.
Beberapa pihak menganggap ilmu Spiritual sebagai hal yang terlalu memuliakan orang yang memilikinya, bahkan ada yang dianggap Wali. Perlu diterangkan, bahawa keajaiban atau karomah yang ada pada wali tidak sama dengan ilmu spiritual yang sedang kita pelajari. “Wali Allah” tidak pernah mengharapkan kemampuan supernatural tersebut. Karomah itu datang atas kehendak Allah kerana mereka adalah orang yang sangat salih, ikhlas dan rendah hati. Sementara kita adalah orang yang memohon kepada tuhan dengan penuh harapan agar tuhan melimpahkan kurniannya berupa kemampuan supernatural.

Berbagai Jalan Untuk Memiliki Ilmu Spiritual

Berbeza dengan sains (pengetahuan ilmiah) yang hanya boleh dikuasai dengan cara belajar, Ilmu Spritual boleh dimiliki dengan bermacam cara yang unik. Setidaknya ada 4 jalan yang biasa yang boleh menyebabkan seseorang memiliki kemampuan spiritual, iaitu: Melakukan cara olahan spiritual. Secara umumnya dilakukan orang untuk mendapatkan kemampuan spiritual. Esensi atau inti dari olah spiritual adalah memohon kepada Tuhan agar dari dirinya sendiri terpancar kekuatan spiritual. Bentuk olah spiritual sangat beragam sesuai aliran ilmu spiritual atau sesuai keyakinan dan budaya masyarakat dimana ilmu  spiritual berkembang.
Di tanah Jawa, oleh spiritual ini disebut “lelaku” atau “tirakat” yang berasal dari kata Arab yang boleh diertikan menempuh suatu perjalanan. Tirakat orang Jawa umumnya berupa semedi (meditasi), mantra (doa berbahasa Jawa), pantang makan/melakukan sesuatu, serta puasa budaya seperti mutih, patigeni, ngalong dan sebagainya. Melakukan cara olahan spiritual inilah yang boleh disebut belajar ilmu spiritual, kerana dalam hal ini guru hanya memberi petunjuk lelaku atau jalan yang harus dilalui murid, sedangkan besar-kecilnya energi (tenaga) yang dimiliki murid tergantung kualiti lelaku-nya sendiri. Kelebihan cara rohani ialah murid boleh mengembangkan ilmunya sebebas-bebasnya. Semakin tekun dan serius dalam olahan rohani, maka semakin besar pula tenaga yang dihasilkan. Warisan keturunan. Tanpa belajar pun seseorang boleh mewarisi ilmu tinggalan datuk nenek yang memiliki ilmu-ilmu spiritual. Prosesnya berlangsung secara automatik tanpa belajar, tapi sulit diteka kedatangannya. Biasanya dalam satu generasi, hanya ada seorang saja yang terpilih untuk mewarisi ilmu keturunan. Kadang orang yang mewarisi ilmu keturunan tidak menyedari bahawa dia memiliki kemampuan melebihi kewajaran, dan baru sedar setelah mengalami peristiwa yang menyebabkan kemampuannya keluar. Ilmu Laduni adalah pengetahuan yang datang melalui ilham atau “bisikan” yang langsung difahami dan diingat selalu oleh otak. Tentu saja tidak semua orang boleh mendapatkan pengetahuan tanpa belajar yang diyakini datang langsung dari Tuhan ini. Ramai orang melakukan olah spiritual untuk mendapatkan “ilmu dadakan” ini, namun hanya sedikit yang mendapatkannya. Sebahagian lagi yang hatinya kurang bersih justeru tertipu oleh bisikan-bisikan dari syaitan. Menurut para guru spiritual, ilmu laduni hanya diberikan oleh Tuhan kepada hambanya yang taat, berbudi luhur, ikhlas, tidak mengharapkan balasan berupa keduniaan. Lucunya lagi, akhir-akhir ini ramai ditemui yang belajar malas mengamalkan ritual tertentu untuk mendapatkan ilmu laduni yang datang seketika. Tentu saja orang-orang semacam ini kemungkinan akan ditipu oleh jin yang mengaku roh seorang tokoh spiritual yang sudah meninggal dunia.
Transfer Energi, disebut juga “pengisian” iaitu pemindahan metaenergi dari seorang guru kepada murid. Dengan transfer energi murid tidak perlu susah payah mempelajari ilmu spiritual, kerana energi yang didapat dari guru langsung boleh digunakan. Tentu saja transfer energi hanya boleh dilakukan oleh guru yang sudah mencapai tingkat spiritual yang tinggi. Umumnya kemampuan supranatural yang diperolehi dari pengisian adalah statik (tidak boleh berkembang) dan hanya bertahan dalam jangka waktu tertentu. Namun ada yang boleh dikembangkan bergantung pada cara mempelajarinya dari seseorang guru hingga kemampuan spiritual yang anda miliki boleh berfungsi seumur hidup, bahkan boleh anda tingkatkan dengan cara tekun berlatih.
Dengan cara demikian boleh mempermudah dan mempercepat proses spiritual, selain memberikan energi yang terus boleh dimanfaatkan oleh murid, dan dapat mengaktifkan pusat energi di tubuh murid sehingga murid boleh menghasilkan tenaga sendiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Rahsia Besi Dalam Al-Quran

CUBA anda tengok bangunan masa kini (rumah, gedung, jembatan dan sebagainya), pasti tidak lepas dari zat yang bernama besi. Mengapa?  Sebab, besi adalah salah satu zat yang sangat kuat hingga membuat sebuah bangunan terlihat lebih kukuh dan bertahan lama. Selain itu, ia juga tidak sulit didapatkan. Hampir semua asas bangunan, menyediakan benda yang satu ini. Kerana itu, ia sangat sesuai sebagai salah satu pelengkap (bahkan utama) sebuah bangunan. Sebagai sebuah benda yang kuat, besi ternyata memiliki sejarah yang sangat erat dengan kenabian. Ya, sejak masa Nabi Daud a.s. besi mulai digunakan sebagai peralatan perang, seperti perisai (baju perang), pisau, pedang dan sebagainya. Jadi, besi punya sejarah yang kuat dalam proses penyebaran agama tauhid yang dibawa oleh Nabi Daud a.s. Mengapa dimulai pada masa Nabi Daud a.s.? Sebab, beliau adalah orang pertama kali yang mampu mengolah besi sesuai keinginannya dengan kedua tangan beliau. Mengenai kelebihan beliau ini telah jelas digambarkan oleh Allah s.w.t. dalam Kitab SuciNya. Allah berfirman, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): ‘Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud’, dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang salih. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (QS. Saba [34]: 10-11) Dalam menafsirkan ayat di atas, Ibnu Katsir, seraya mengutip Hasan Bashri, mengatakan anugerah yang diberikan Allah kepada Nabi Daud a.s. salah satunya adalah memiliki kemampuan yang luar biasa dalam menipiskan atau memipihkan besi tanpa harus membakarnya terlebih dahulu. Dengan kuatnya, tangan-tangan Nabi Daud a.s. mampu melipat besi-besi itu dengan mudahnya. Lebih lanjut, Ibnu Katsir menyatakan bahawa Daud merupakan orang yang pertama kali dalam membuat baju besi. Sebelum itu, hanya berupa lempengan tameng atau perisai. Sami al-Maghluts mengatakan, pada awalnya manusia menggunakan batu yang ditempa untuk melakukan perburuan atau peperangan, baik untuk membuat pedang, panah, atau pisau. Tapi, pada masa Nabi Daud a.s., manusia boleh membuat baju-baju besi yakni berupa lembaran-lembaran. Jadi, Daud merupakan manusia pertama yang memperkenalkan dan menjalinkan besi menjadi sebuah bentuk baju besi. Setelah itu, besi terus digunakan dalam berbagai bentuk. Dalam dunia keislaman, Kota Damaskus (Syria) pernah menjadi pusat pengolahan besi. Kualitinya telah diakui berbagai kalangan. Bahkan pada masa awal keIslaman, besi-besi Damaskus dijadikan sebagai alat utama pembuatan senjata seperti pedang, pisau, tombak dan anak panah. Ketika Damaskus dalam kekuasaan Ayyubiyah, kota ini menjadi pusat pembuatan pedang yang sangat terkenal. Selain kuat dan tajam, pedang buatan Damaskus juga sangat berkualiti dengan rekabentuk yang indah dan menarik. Kerana itu, ketika terjadi Perang Salib, banyak tentara musuh yang terperanjat terperangah melawan pasukan muslim. Sebab, tentara Islam mampu menembus baju besi musuh dengan sekali tebas. Saat Perang Salib itulah peradaban Barat mulai mencari rahsia teknologi tempa baja yang dikuasai dunia Islam. Tentara Perang Salib menyebut baja yang hebat dari Damaskus itu dengan sebutan ‘Damascus Steel’. Teknologi pengolahan besi dan baja Damaskus mampu menempa dan mengeraskan besi wootz menjadi indah dan lentur. Profesor Ahmad Al-Hassan dalam tulisannya yang berjudul The Origin of Damascus Steel in Arabic Sources, mengungkapkan bahawa hampir semua pedang di dunia Islam terbuat dari besi Damaskus, dan salah satu cirinya dihiasi dengan pola hias (firind). Pada era kejayaan Islam,  pedang-pedang yang dibuat pandai besi di dunia Islam, besi dan bajanya berasal dari Khurasan, Basrah, Damaskus, Mesir dan Kufah. Juga ada yang diimport  dari Sarandib (kini wilayah Sri Lanka). Ilmuan muslim yang menguasai teknologi pembuatan pedang adalah Ya’qub Ibnu Ishaq Al-Kindi dan Abu Al-Raihan Al-Biruni (973 M – 1048 M). Bahkan, Al-Biruni secara khusus menulis kitab berjudul Al-Jamahir fi Ma’rifat al-Jawahir. Dalam karyanya itu, Al-Biruni menggambarkan proses karbonisasi besi tempa dan pembuatan baja dari besi tuang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Romantisnya Cinta Nabi s.a.w. Dengan Aisyah r.a.

ADA banyak perbedaan hidup yang dialami Nabi s.a.w. di Madinah dibanding Makkah dulu. Ada manis, ada pahit. Nabi berbahagia melihat Islam tumbuh pesat lewat persaudaraan Muhajirin dan Ansar tapi juga menyedari golongan munafik dan Yahudi merongrong terus persatuan itu tanpa henti. Madinah tempat yang baik tapi bagaimanapun tak akan boleh menghapus kenangan indah Makkah sebagai tanah kelahiran. Dikhabarkan beberapa sahabat sempat sakit kerana belum terbiasa dengan iklim atau cuaca di Madinah. Seperti Abu Bakar dan dua pembantunya, Amir dan Bilal. Abu Bakar bahkan sempat meracaukan syair kematian, begitu juga Amir. Sementara Bilal mengigaukan sentimental tentang Makkah, betapa Makkah, bagi hidup mereka, tetap tak akan tergantikan oleh tempat manapun di muka bumi ini. Duhai mampukah aku terlelap lagi malam ini di Fakh. Di tengah tanaman harum di Makkah. Dapatkah kuteguk lagi air Majannah sambil memandangi Thafil dan Syamah...Fakh adalah tempat yang berada sedikit di luar Makkah. Majannah adalah mata air sementara Thafil dan Syamah adalah nama gunung yang berada di Makkah. Bilal menggumamkan syair itu setengah sedar kerana demam tinggi yang dialaminya. Semua kejadian itu terakam saat Aisyah r.a. berkunjung ke rumah ayahnya. Ia mengisahkan semua yang ia lihat secara terperinci kepada Nabi hingga beliau memanjatkan doa agar Madinah boleh jadi seperti Makkah. Menjadi tempat tinggal yang nyaman, daerah yang makin subur dan aman dari wabah penyakit. Doa yang kemudian dikabulkan Allah s.w.t. Perbedaan hidup lain yang dialami Nabi adalah kisah cinta beliau sendiri. Madinah menjadi tempat berseminya cinta beliau dengan Aisyah. Memang, tak ada perempuan manapun yang mampu menggantikan Khadijah r.a. di hati Nabi. Tapi Aisyah adalah warna dan medan rasa yang lain. Gadis perawan itu dengan kegenitannya, rasa cemburunya, serta semangat dan kecerdasannya telah menghadirkan rasa baru di hati Nabi s.a.w.  Begitu signifikan rasa itu hingga Nabi s.a.w. memiliki panggilan ‘sayang’  kepada Aisyah, panggilan yang abadi dalam waktu sebab banyak mukmin di dunia memberi bayi perempuan mereka dengan panggilan sayang itu: “Humairah”. Keluarga baru Nabi di Madinah sebenarnya dibangun bersama Saudah binti Qais, seorang janda yang berasal dari Habsyah. Nabi tinggal bersama Saudah beserta anak-anak beliau. Saudah sudah dinikahkan Nabi sejak periode Makkah. Buat Saudah, Nabi membangunkan sebuah rumah dekat dengan Masjid Nabawi. Tapi beliau meminta dibangunkan sebuah rumah lain yang diperuntukkan bagi Aisyah. Ada yang menyebut Aisyah juga sudah dinikahi Nabi sejak periode Makkah.
Ada pula yang menyebut itu hanya pertunangan sebab Aisyah belum baligh saat di Makkah. Tapi sejak di Makkah, Aisyah sudah bertemu Nabi dan sedar laki-laki rupawan itu bukan orang biasa demi melihat betapa hormat dan cinta kedua ibu bapanya pada beliau. Aisyah seorang gadis rupawan. Ibu yang mengandungnya, Ummu Ruman, pernah disebut Nabi s.a.w. memiliki kecantikan setingkat bidadari syurga. Sementara Abu Bakar sendiri kerap dipanggil “Atiq” yang bererti rupawan. Dapat dibayangkan, saat Nabi memanggil Aisyah dengan Humairah (yang pipinya kemerahan), pastilah itu kondisi saat Aisyah tampak demikian cantik. Wajahnya pastilah putih bersih sebab rona merah di pipi - yang boleh muncul kerana kemudaan kulit dan saat tersipu malu -  hanya boleh terjadi pada wajah serupa itu. Nabi sudah menyayangi Aisyah sejak lama, sebagai puteri dari sahabat terkasihnya. Rasa sayang yang kemudian berkenan ditingkatkan Allah menjadi rasa sayang kepada seorang isteri.

Serlanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Nabi Musa Dan Samiri Yang Menyesatkan

KAUM Bani Israil telah melihat mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Musa. Mereka melihat bagaimana laut Merah mampu terbelah dan Allah menyelamatkan mereka dari kejaran Firaun. Bahkan, mereka juga menyaksikan bagaimana Firaun yang sombong - dan tak tahu diri mengaku sebagai tuhan itu akhirnya tenggelam digulung ombak. Padahal sebelumnya, mereka bersama Nabi Musa boleh menyeberangi laut Merah dengan selamatnya. Peristiwa itu membuat mereka bernafas lega. Dua belas kabilah yang ikut Nabi Musa itu pun boleh melanjutkan perjalanan dengan aman. Tapi, dalam perjalanan itu, Nabi Musa kembali menunjukkan kekuasaan Allah. Ia atas izin Allah - boleh mendatangkan sumber mata air yang memancar dari batu. Kaum Bani Israil pun boleh minum air segar, sehingga mereka tidak lagi kehausan.

Meminta Hal Aneh
Namun, kepercayaan lama yang dipeluk kaum Bani Israil belum terkikis. Selama bertahun-tahun, mereka tetap menyembah berhala. Saat melintasi satu daerah yang penduduknya menyembah berhala, beberapa orang kemudian berkata kepada kepada Nabi Musa: “Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan”. Nabi Musa menjawab: “Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.” “Sesungguhnya mereka (penyembah-penyembah berhala itu), akan dihancurkan apa yang mereka berada di dalamnya (dari perbuatan syirik), dan tetaplah salahnya apa yang mereka kerjakan.”
“Nabi Musa berkata lagi: “Patutkah aku mencari tuhan untuk  kamu selain dari Allah, padahal ia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia (yang sezaman dengan kamu, dengan berbagai nikmat yang telah dikurniakanNya kepada kamu)?” (Al-A’raaf: 138, 139,140) “Bagaimana kami menyembah Allah sementara kami tidak melihatNya?” “Kalian telah melihat tanda-tanda (kekuasaan)Nya. Dia telah menyelamatkan kalian dari Firaun dan bala tenteranya. Kalian telah melihat air segar dan dingin yang mengalir dari batu itu.”
Sejenak, jawapan itu mampu membungkam mulut Bani Israil. Mereka tahu sepenuhnya Nabi Musa adalah benar. Tapi kaum Bani Israil memang keras kepala - selalu menuntut lebih dari apa yang dianugerahkan. Padahal, selain dianugerahi air segar dan dingin, Allah telah menurunkan makanan manna dan salwa.
Orang-orang bani Israil seakan tidak mahu bersyukur. Keselamatan yang telah dijanjikan Nabi Musa, ternyata, tak dibalas dengan keimanan, melainkan mereka selalu meragukan, selalu meminta Nabi Musa untuk boleh melihat Allah secara langsung. Akhirnya, untuk meneguhkan keimanan di hati mereka, Nabi Musa memerintahkan tujuh puluh orang dari kaum Bani Israil untuk mengikutinya ke Gunung Thur.
Sebelum berangkat, Nabi Musa meminta Nabi Harun jadi pengganti dalam memimpin kaumnya. “Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku dan perbaikilah dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan.” (Lihat QS. Al-A’raf: 142)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Cintai Suami Berpahala Besar

ADA beberapa perkara jika dilakukan akan membawa seseorang wanita memasuki syurga, seperti hadis berikut: Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang isteri telah mendirikan solat lima waktu dan berpuasa bulan Ramadan dan memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, maka diucapkan kepadanya: Masuklah Syurga dari pintu syurga mana yang kamu kehendaki.” (Riwayat Ahmad dan Thabrani) Memelihara kehormatan ini ertinya menjaga kemaluan, menjauhkan diri dari berhubungan seks selain dari suaminya. Mentaati suami ini maksudnya adalah mematuhi segala perintah suami dalam keadaan apapun. Salah satu hal yang perlu ditaati oleh isteri ialah ajakan dari suami untuk berhubungan badan. Perkara ini ditegaskan lagi dalam hadis yang lain sebagai berikut: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidur. Ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu sampai subuh.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Isteri hendaklah ikut saja kemahuan suami ketika suami mengajaknya untuk berhubungan badan. Sebaiknya, berfikir positif saja bahawa suami terangsang kerana sesuatu hal sehingga suami perlu untuk menyalurkan hasratnya kepada isterinya. Hal ini dicontohkan oleh Nabi s.a.w. menurut kisah berikut:
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat Zainab, lalu baginda tumpahkan keinginan baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan. Bila seseorang di antara kamu melihat seorang wanita yang menarik, hendaklah ia datangi isterinya, kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan apa yang ada pada wanita itu.” (HR. Termizi) Dari hadis tersebut tentu bukan bererti nabi itu orang yang tidak tahan dengan wanita. Beliau itu adalah orang yang paling tahan terhadap hawa nafsu, namun demikian beliau melakukan hal tersebut sebagai contoh kepada para umatnya, iaitu untuk para suami jika terangsang oleh wanita lain, maka hendaklah hasrat keinginan tersebut disalurkan kepada isterinya. Jadi para suami tidak usah malu jika tiba-tiba mesti pulang ‘mendatangi’ isterinya. Bagi para isteri juga, jika tiba-tiba suami ingin menyalurkan hasratnya, hendaklah disambut dengan baik, kerana hal ini adalah melaksanakan sunnah Rasul.
Pada zaman dulu ketika orang masih salih-salihah, sulit lelaki terangsang di luar rumah kerana para wanita sangat menjaga aurat, namun pada zaman yang sudah rosak ini sangat mudah bagi lelaki untuk terangsang secara seksual mengingat banyak sekali wanita yang tidak menjaga auratnya di muka umum, sedangkan tidak mungkin juga kaum lelaki tinggal saja di rumah. Selain dari pertemuan langsung, rangsangan juga dapat melalui televisyen, akhbar, website, facebook, dan sebagainya. Jadi para isteri jangan terkejut kalau suami sehabis membaca majalah atau akhbar terus mengajak masuk bilik. (Sumber: Seks-Islam. Blogspot.com)

BERPAHALA
Hubungan seks antara suami isteri dalam Islam selain membawa keseronokan bagi kedua suami isteri, juga dihitung kegiatan yang berpahala. Penjelasannya dapat dilihat pada hadis berikut: Rasululllah s.a.w. bersabda: “Jika kalian bersetubuh dengan isteri-isteri kalian termasuk sedekah!” mendengar sabda Rasulullah itu para sahabat kehairanan dan bertanya: “Wahai Rasulullah, seorang suami yang memuaskan nafsu berahinya terhadap isterinya akan mendapat pahala?”  Nabi s.a.w. menjawab: “Bagaimana menurut kalian jika mereka (para suami) bersetubuh dengan orang lain selain isterinya, bukankah mereka berdosa? “Jawab para sahabat: “Ya, benar”. Beliau bersabda lagi: “Begitu juga kalau mereka bersetubuh dengan isterinya (di tempat yang halal), mereka akan memperoleh pahala!” (Hadis Shahih Riwayat Muslim, Ahmad dan Nasa’i)
Jadi demikian rupanya seks dalam Islam bukan hanya membawa kesenangan dunia, namun juga akan menjadi pahala yang diperhitungkan sebagai kesenangan di akhirat kelak. (Sumber: Seks-Islam. Bologspot.com)

SEDEKAH
Selain berpahala, bersenggama antara suami isteri juga termasuk sedekah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dalam kemaluanmu itu ada sedekah.” Sahabat lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kita mendapat pahala dengan menggauli isteri kita?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah jika kalian menyalurkan nafsu di jalan yang haram akan berdosa? Maka begitu juga sebaliknya, bila disalurkan di jalan yang halal, kalian akan beroleh pahala.” (HR. Bukhari, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah) Kerana bertujuan mulia dan bernilai ibadah itulah setiap hubungan kelamin dalam rumah tangga harus bertujuan dan dilakukan secara Islam, yakni sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan sunah Rasulullah s.a.w. Hubungan intim, menurut Ibnu Qayyim Al-Jauzi dalam Ath-Thibbun Nabawi (Pengubatan ala Nabi), sesuai dengan petunjuk Rasulullah memiliki tiga tujuan: memelihara keturunan dan keberlangsungan umat manusia, mengeluarkan cairan yang bila mendekam di dalam tubuh akan berbahaya, dan meraih kenikmatan yang dianugerahkan Allah. Ulama salaf mengajarkan, “Seseorang hendaknya menjaga tiga hal pada dirinya: Jangan sampai tidak boleh berjalan kaki, agar jika suatu ketika harus melakukannya tidak akan mengalami kesulitan: jangan sampai tidak makan, agar usus tidak menyempit: dan jangan sampai meninggalkan hubungan kelamin, kerana air telaga saja bila tidak digunakan akan kering sendiri.” Muhammad bin Zakariya menambahkan, “Barang siapa yang tidak bersetubuh dalam waktu lama, kekuatan organ tubuhnya akan melemah, syarafnya akan menegang dan pembuluh darahnya akan tersumbat. Saya juga melihat orang yang sengaja tidak melakukan hubungan kelamin dengan niat membujang, tubuhnya menjadi dingin dan wajahnya muram.” Sedangkan di antara manfaat hubungan kelamin dalam pernikahan, menurut Ibnu Qayyim, adalah terjaganya pandangan mata dan kesucian diri serta hati dari perbuatan haram. Hubungan kelamin juga bermanfaat terhadap kesihatan rohani pelakunya, melalui kenikmatan tiada tara yang dihasilkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Awas Strok Mengancam Nyawa...

PERNAHKAH anda kesemutan, pandangan menghilang sejenak, atau kehilangan kesimbangan walaupun tidak sampai terjatuh. Berhati-hatilah, mungkin itu adalah peringatan awal menuju gejala serangan ‘strok’ di kemudian hari. Gejala strok, biasanya muncul jauh sebelum serangan strok itu sendiri terjadi. Ingat, strok selalu datang mendadak! Sesuai namanya, strok kurang lebih bererti mendadak. Dalam istilah asing ia disebut cerebovascular accident (CVA). Gejala-gejala di atas, sering kita abaikan begitu saja, kerana dianggap sebagai gejala penyakit biasa dan tidak membahayakan. Strok kerap menyerang golongan lanjut usia, namun tidak menolak kemungkinan orang muda pun ikut terserang. Sekitar 72% penderita strok berusia lebih dari 65 tahun. Peluang diserang strok berlipat ganda ketika sudah berusia 55 tahun.
Strok adalah kelumpuhan pembuluh darah otak yang terjadi tiba-tiba dengan risiko kelumpuhan atau kematian. Bagaimana awal terjadinya strok? Secara sederhana, strok terjadi bila aliran darah ke otak terputus. Seperti diketahui, otak kita sangat bergantung dari pasukan darah yang mengalir  melalui arteri (pembuluh nadi). Apa yang terjadi bila darah ke otak terhenti? Darah yang mengalir ke otak membawa oksigen dan nutrisi. Terhentinya pasukan oksigen dan nutrisi. Kondisi ini sama seperti orang yang sedang tercekik. Tidak lancarnya darah boleh disebabkan pembekuan darah atau pembuluh darahnya pecah.
Hal ini boleh mengakibatkan kerosakan otak yang mungkin tidak boleh diperbaiki lagi bila otak sudah rosak, akibatnya sebahagian tubuh kita biasanya mati sebelah. Akibat terburuk kerosakan otak adalah kematian.

PROFIL OTAK
Otak adalah pusat, kendali seluruh tubuh yang sangat rumit. Bayangkan otak manusia memiliki sekitar 100 bilion dengan sambungannya yang berjumlah trillion. Walau beratnya diperkirakan hanya 2 persen dari jumlah berat tubuh, tapi 70% pasukan oksigen dan nutrisi, ternyata tersedut oleh otak. Secara kasar, otak kita terbagi dalam tiga bahagian dengan fungsi masing-masing. Pertama otak besar. Bahagian ini terkait dengan kemampuan intelektual, bicara rasa (informasi sensorik, dan kontrol) gerakan yang halus. Kedua otak kecil. Ia terletak dibawah otak besar yang berfungsi mengimbangi gerakan dan keseimbangan tubuh. Sementara yang terakhir adalah batang otak. Ia berfungsi menghubungkan otak dengan tulang belakang. Di samping itu ia juga berfungsi mengendalikan fungsi tubuh, seperti gerakan mata, mengatur pernafasan, dan tekanan darah.
Selanjutnya, otak kita masih terbahagi lagi, iaitu bahagaian kanan dan bahagian kiri. Bahagian kanan otak terkait dengan pengenalan ruang kreativiti dan kemampuan seni. Sementara yang kiri berhubungan dengan kemampuan bercakap, menulis dan berhitung. Anda yang terbiasa kidal, pusat percakapan ada yang terletak pada bahagian kanan otak. Jika salah satu fungsi itu terserang, muncullah gejala strok yang sebenarnya.
Dalam waktu empat minit saja, sel otak kita akan mati jika tidak menerima pasukan oksigen dan nutrisi. Sel otak yang mati tidak boleh digantikan. Bila keadaan ini tidak segera ditangani, bukan saja kemampuan otak yang menurun, lebih dari itu, berhujung pada penurunan kualiti hidup. Penurunan kemampuan intelektual, persepsi, perasaan, dan gerak hilang sekejap.

SERANGAN STROK
Kata orang, strok selalu sportif. Ertinya sebelum menyerang ianya memberi peringatan lebih dulu. Peringatan itu dikenal juga dengan strok ringan (ismenik). Penyebabnya adalah penyumbatan aliran darah, kerana mengandungi ‘kolestrol’ dalam pembuluh darah besar, sedang dan kecil. Bila penyumbatan terjadi pada pembuluh darah kecil, tidak akan menimbulkan strok yang parah. Timbunan lemak (plak) menyebabkan dinding pembuluh darah (arteri) menebal dan kasar, sehingga aliran darah pun tidak lancar. Kondisi ini sama seperti aliran yang terhalang batu. Penyumbatan sudah tentu membuat pasukan oksigen terlambat mengalir ke otak. Inilah yang membuat sel-sel jaringan otak terancam mati, jika terus berlarut-larut. Sebelum semua terlambat, kenalilah lebih awal semua gejala serangan strok. Gejala itu boleh berupa mati rasa mendadak di wajah, lengan atau kaki terutama pada sebelah bahagian saja, boleh jadi kanan atau kiri. Ada juga yang mendadak bingung, sulit bercakap dan memahami sesuatu. Mendadak sulit melihat pada dua mata salah satunya juga merupakan gejala serangan strok. Selain itu, sulit berjalan yang diiringi rasa pening dan kepala sakit tanpa sebab yang jelas adalah sebahagian dari gejala strok lainnya. Jika sudah ada yang mengalami gejala-gejala strok seperti di atas, segeralah ke hospital. Pengubatan harus di lakukan 60 minit setelah serangan. Setiap minit sangat berharga, lebih cepat ditangani peluang cepat sembuh lebih besar.
Sebaliknya, terlalu lama mendiamkan gejala serangan strok, makin kecil kemungkinan sel-sel otak dapat disembuhkan. Jika itu yang terjadi, tunggulah saat ancaman cacat kekal menimpa anda. Umumnya, strok ringan ini berusia di atas 60 tahun. Strok hanya terjadi sesaat, namun harus tetap diwaspadai. Kemungkinan akan ada serangan susulan, bahkan boleh lebih parah. Serangan susulan boleh saja terjadi dalam tempoh waktu lima tahun. Strok susulan inilah merupakan serangan sesungguhnya yang datang mendadak secara mutlak. Kalau tidak cacat tetap, kemungkinan besar, akan berakhir dengan kematian. Serangan susulan yang lebih berat boleh juga terjadi, tidak lama setelah serangan pertama. Untuk itulah, isyarat-isyarat penting pada tubuh kita, jangan diabaikan begitu saja. Misalnya, detak jantung yang cepat dan tidak teratur. Ketika jantung berdenyut tidak teratur, biasanya gumpalan darah boleh terlontar dari jantung, kemungkinan menyumbat aliran darah yang menuju otak, isyarat seperti itu bila diperhatikan boleh mencegah strok.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Teman Sejati Dalam Kematian

SETIAP manusia pasti akan menemui kematian. Entah bila hayat kita di dunia ini habis. Hanya Allah saja yang mengetahui. Apa yang penting bagi kita ialah mengingati kematian itu. Sebab, sebijak-bijak manusia ialah mereka yang banyak ingatannya kepada kematian, serta banyak persiapannya untuk menghadapi kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat. (Al-Hadis). Ramai di antara kita yang menganggap kematian sebagai peristiwa yang harus ditangisi. Kerana itulah, ketika ada kerabat, teman, atau orang yang kita kasihi meninggalkan kita untuk selamanya, maka kita sering terjebak dalam ratapan yang sesungguhnya tidaklah perlu. Yang sebaiknya kita lakukan ialah mengambil hikmah daripadanya, sebab dengan demikian nurani kita akan terbuka untuk mempersiapkan diri dengan baik dalam menuju suatu kepastian berupa kematian. Di tengah situasi zaman yang penuh dengan persaingan, mahu tidak mahu kita memang kerap terbuai dalam kehidupan hidup yang berat pada keduniaan. Kecintaan pada dunia sesungguhnya boleh membuat kita terlena usaha mengumpulkan harta, mengejar pangkat, padahal takkan mampu membeli kematian, atau menjadi teman kita dalam menyongsong sang maut. Kita boleh memiliki banyak harta, nama dan teman di dunia ini. Tetapi kadang-kadang kita lalai untuk mencari teman yang akan menemani kita di alam kubur dan di akhirat nanti. Teman itu tak lain adalah amal kebaikan kita. Amal perbuatan manusia yang baik ataupun yang buruk akan tersimpan di alam kubur, sebagaimana terpelihara dalam suatu kotak. Amal kebaikan akan menyerupai seorang manusia yang berwajah tampan. Dia akan menemani kita di dalam kubur, menghibur dan menyenangkan hati kita.
Sedangkan amal atau perbuatan buruk kita akan datang menyerupai manusia yang berwajah buruk dan berbau busuk, sehingga akan menambah kesengsaraan kita di dalam kubur. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Tiga hal yang mengikuti seseorang ke kuburnya: harta bendanya, kaum kerabatnya dan amal perbuatannya. Harta dan kerabatnya akan kembali setelah upacara pengkebumian, yang tetap tinggal bersamanya hanyalah amal perbuatannya saja.” Dikisahkan, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat,” Tahukah kamu tentang contoh hubunganmu dengan saudaramu, kekayaanmu dan amal perbuatanmu?” Para sahabat pun semuanya ingin mendengar penjelasan dari Nabi. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hubunganmu dengan semua itu seperti seorang manusia dengan tiga orang saudaranya. Apabila manusia itu hampir mendekati kematiannya, ia pun memanggil saudaranya yang pertama lalu berkata,” Saudaraku, engkau tahu akan keadaanku bukan? Apakah pertolongan yang dapat engkau berikan kepadaku?” Saudaranya menjawab, “Aku akan merawatmu dan akan mengubatimu serta melayanimu sepenuhnya. Jika engkau mati aku akan memandikanmu, mengkafanimu serta mengusung jenazahmu ke kuburan. Setelah penguburan aku akan berdoa kebaikan untukmu.” Rasulullah s.a.w. pun bersabda,  “Saudaranya yang pertama ini adalah kaum kerabatnya.” Saudara yang kedua ketika diberi pertanyaan yang sama ia menjawab, “Aku akan bersama-sama denganmu selama engkau masih hidup, apabila engkau telah mati aku akan pergi ke tempat lain.” Saudaranya yang kedua ini adalah harta kekayaannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Rahsia Ibadah Puasa

PUASA merupakan salah satu rukun Islam, dimana tidak sempurna keislaman seseorang itu apabila dia tidak melaksanakannya. Disamping itu, puasa juga merupakan salah satu ibadah yang paling mendalam kesannya dalam jiwa seorang muslim. Pengalaman selama sebulan dengan pelbagai kegiatan seperti berbuka, sahur dan tarawih berjemaah, sentiasa akan membentuk kenangan dan akan merindukan amalan yang terdapat hanya di bulan mulia tersebut ketika Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita. Kini, bulan yang kita nantikan akan hadir bersama kita semula, begitu juga amalan-amalan yang ada di dalamnya. Namun sekarang ini yang paling terbaik buat kita di saat menemani bulan yang penuh berkah ini adalah merenungi apa rahsia yang tersembunyi dalam ibadah puasa yang kita jalan ini. Puasa yang di wajibkan kepada kita di bulan ini memiliki beragam rahsia yang luar biasa. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya tulisannya, ada menyentuh mengenai lima rahsia yang boleh kita petik dan rasakan dalam ibadah puasa yang di wajibkan kepada kita sehingga kelak akan merasakan betapa besarnya nikmat yang di berikan Allah s.w.t. kepada kita.

1. MENGUATKAN JIWA
Hawa nafsu merupakan salah satu musuh manusia yang tidak wujud tapi ada dan sangat berbahaya, tidak sedikit manusia yang tertipu oleh pujukannya yang mengakibatkannya terjerumus kedalam lembah kemaksiatan. Kerana itu, Allah s.w.t. menyuruh kita untuk memeranginya dengan maksud mengarahkannya kearah yang baik. Jadi, bukanlah memerangi hawa nafsu itu mengakibatkan kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Jika didalam memeranginya kita mengalami kekalahan maka malapetaka besar yang akan terjadi, kita akan terpujuk oleh rayuan dan pujukan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang sesat dan nista. Na’uzubillah. Puasa merupakan salah satu langkah untuk membantu dan menyelamatkan diri kita dari pujukkan hawa nafsu, yang akhirnya akan membentuk jiwa kita menjadi manusia yang beriman, sabar dan kuat serta mendapatkan kedudukan yang mulia di sisi Allah seperti layaknya para malaikat. Dengan ibadah puasa juga manusia mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit sehingga doanya dikabulkan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w, ada tiga tiga golongan yang doanya tidak ditolak Allah s.w.t: orang yang puasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi.

2. MEMDIDIK MANUSIA

Puasa juga merupakan ibadah yang mendidik manusia untuk tetap kuat dalam mengerjakan kebaikan sekalipun di kanan dan kirinya terdapat banyak hal-hal yang boleh menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan. Sangat tepat sekali apa yang dikatakan Rasullullah s.a.w. bahawa puasa itu setengah dari kesabaran. Disamping itu, puasa juga membentuk rohani muslim semakin teguh yang akan membuatnya tidak akan lupa diri meskipun mencapai kejayaan ataupun kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan tidak mudah berputus asa meskipun penderitaan yang dialaminya sangat sulit.

3. MENYIHATKAN BADAN
Puasa disamping memberikan kesihatan dan kekuatan rohani juga mampu memberikan kesihatan jasmani juga. Hal ini telah disabdakan Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya bahawa puasa akan menyihatkan tubuh dan hal ini telah dibuktikan oleh para pakar kesihatan yang menyatakan bahawa perut harus direhatkan dari bekerja memproses makanan, kerana perut itu juga seperti mesin yang juga memerlukan rehat.
Selain itu di dalam Islam perut ini dibahagi menjadi tiga bahagian; sepertiga untuk makanan, sepertiga  untuk air dan sepertiga lagi untuk udara.

4. MENGENAL NILAI KENIKMATAN
Dalam hidup ini sebenarnya kita telah mendapatkan begitu banyak kenikmatan yang diberikan Allah. Namun, ramai juga manusia yang kurang mensyukurinya bahkan melupakan nikmat tersebut, diberi satu ingin dua, diberi dua ingin tiga dan seterusnya. Jika kita mahu menilik dan meneliti, kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita saat ini belum tentu dimiliki orang lain. Maka dengan puasa, manusia bukan saja disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita tapi disuruh juga untuk merasakan betapa besarnya nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Hal ini dapat dirasakan setiap orang yang berpuasa, baru beberapa jam tidak makan dan minum sudah terasa penderitaan yang dialami dan terasa penderitaan yang dialami dan pada saat berbuka puasa baru terasa sekali besarnya nikmat yang diberikan Allah s.w.t. meskipun hanya sebiji kurma atau seteguk air. Disinilah letak penting ibadah puasa, yang berguna untuk mendidik kita agar menyedari tingginya  nilai kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t dan menjadikan kita manusia yang pandai bersyukur sehingga tidak mengecilkan nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t. selama ini. Dan rasa syukur tersebut akan membuat nikmat itu  bertambah banyak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

12 Barisan Di Akhirat

SUATU ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t. “Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris.” (An-Naba’: 18).” Mendengar pertanyaan itu, Baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan dikeluarkan, dikumpulkan berbaris-baris.” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di keluarkan dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

BARISAN KEDUA

Dikeluarkan dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

BARISAN KETIGA
Dikeluarkan mereka berbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

BARISAN KEEMPAT
Dikeluarkan dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli.”

BARISAN KELIMA
Dikeluarkan dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu kententeraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t., maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

BARISAN KEENAM
Dikeluarkan dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Kenapa Artis Suka Bercerai?

AKHIR-AKHIR ini nampaknya dunia artis kita kerap benar bercerai. Bercerai-berai kepada mereka macam “makan cendol” aje. Apakah mereka tidak tahu bahawa bercerai itu satu perkara yang halal tetapi “dibenci” oleh Allah Taala. Kadang-kadang baru setahun dua kahwin, dan beberapa bulan bernikah, dah berpisah, dah pergi ke mahkamah tuntut itu dan tuntut ini. Ini berlaku terutama kepada artis-artis baru. Seolah-olah mereka buat macam main guli aje isu berkahwin cerai ini. Pada Pak Syeikh, kaum artis ini kebanyakannya “terdedah” dengan hal-hal yang “bersyubahat” dalam maksiat. Itu yang tak berkatnya.
Mereka tidak buat kerja-kerja maksiat, tetapi “bersyubahat” dengan perbuatan itu. Pak Syeikh anjurkan supaya pasangan-pasangan artis kita ini selalu mendekatkan diri kepada agama, sama ada sebelum mendirikan rumah tangga atapun sesudahnya. Banyakkan “sembahyang jemaah” bersama isteri di rumah. Bila masuk azan subuh, kedua suami isteri bangun awal-awal mandi dan sembahyang berjemaah, dimana suami sendiri jadi imam. Jangan pandai jadi imam untuk belakon aje...Pak Syeikh perpendapat sembahyang jemaah bersama isteri ini terlalu besar dan banyak fadilatnya, terutama sembahyang waktu subuh. Para malaikat akan turun dari langit untuk sama-sama menyaksikan suami isteri solat berjemaah itu. Lakukan sebanyak yang mungkin dan boleh dilakukan setiap masuk waktu, sekiranya kedua-duanya berada dalam rumah. Pak Syeikh berpendapat sekiranya diri kita berjaya, IsyaAllah segala-galanya akan berjaya, termasuklah rumah tangga kita tetap teguh, InsyaAllah! Sembahyang adalah menjadi “asas utama” dalam menghadapi permasalahan rumah tangga. Dalam sembahyang bejemaah itu, kita sama-sama berdoa agar kita suami isteri ini ditetapkan iman, dijauhkan dari sebarang mala petaka dan musibah. Kadang-kadang Pak Syeikh baca dalam akbar dua pasangan artis bercerai serentak beritanya disiarkan. Memanglah berita-berita artis bercerai dan berkahwin mempunyai nilainya. Sebab, orang suka baca berita macam itu. Bila orang ramai suka baca dan ingin tahu, maka berita itu semakin tinggi nilainya. Tapi artis kenalah ingat, cukuplah nak cari ‘glamour’ dengan berkahwin dulu. Nak bercerai, janganlah cari orang media lagi. Senyap-senyap sudahlah! Pak Syeikh cakap macam ni kerana ada setengah artis menjadi “idola” anak-anak muda sekarang.
Pak Syeikh bimbang budaya kahwin cerai-kahwin cerai ini menjadi “budaya” artis-artis kita, Pak Syeikh rasa ianya akan menjdi ikutan mereka kelak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Mati Tidak Meninggalkan Apa-Apa Harta

BOLEH dikatakan sebahagian besar “seniman” dan “seniwati” besar dimasa-masa lalu mengakhiri kehidupan mereka dengan satu kehidupan yang agak “payah”. Sebahagian dari mereka tidak meninggalkan “aset” yang banyak dan besar. Mereka meninggalkan dunia yang fana ini hanya dengan namanya yang besar.
Tidak seperti seniman dan seniwati barat sama ada dia dari pelakon, penyanyi dan bintang dari mana sekalipun apabila dia meninggalkan dunia yang fana ini, asetnya melimpah ruah ditinggalkannya.
Ada beberapa orang penyanyi yang sehingga sekarang lagu-lagunya masih diputarkan telah meninggalkan dunia sejak 30 dan 40 tahun yang lalu, hanya meninggalkan “nama yang baik” dikalangan orang ramai terutama kepada para peminat mereka. Tidak ada yayasan atapun “dana” atas nama seniman atau seniwati itu kerana harta yang ditinggalkannya dan diamanahkan untuk itu dan ini, tidak ada. Seniman agung Tan Sri P. Ramlee misalnya, dalam hari-hari terakhir dalam kehidupannya, dia terpaksa berusaha untuk membayar itu dan ini semata-mata kerana membantu ataupun menolong sahabat ataupun kawan rapat. Misalnya, P. Ramlee pernah menjadi “penjamin” kepada seorang sahabat karib yang mahu membuka perniagaan, dan akan buka “kedai makan”, tetapi setelah mendapat pinjaman itu atas jaminan P. Ramlee sahabatnya itu “menghilangkan diri” entah kemana. Pihak bank ketika itu terpaksa mencari penjamin untuk melangsaikan “pinjaman hutang” yang bertimpa-timpa itu. P. Ramlee sehingga akhir hayatnya terpaksa menanggng beban yang berat itu. Sedangkan beliau sendiri tidak ada sesiapa pun yang mahu menjadi “penjamin”, ketika beliau mahu membuat pinjaman untuk mengeluarkan filem sendiri. Pemimpin-pemimpin negara ketika itu, dan mereka yang kenal dan tahu hati budi P. Ramlee tidak pernah mahu “membantu” P. Ramlee dalam cita-citanya untuk menjadi seorang pengeluar filem Melayu ketika itu. Kerana P. Ramlee tidak punya “aset” apa-apa, hanya yang ada sahabat karib, teman-teman rapat saja, sedangkan “harta benda” tidak ada, maka tidak sesiapa pun mahu menolongnya. Tetapi P. Ramlee dalam menghadapi kehidupan yang “payah” begitu masih lagi mempunyai sifat-sifat mulia dan menyimpan hati nurani yang cemerlang untuk membantu orang lain.
Sahabat paling rapat di Kuala Lumpur dan di Studio Ulu Kelang ialah Salleh Ghani. Kepada Salleh Ghanilah, biasanya P. Ramlee mengadu hal apa juga masalah yang sedang dihadapinya. Masalah rumah tangganya pun P. Ramlee mengadu kepada Salleh Ghani. Inilah satu-satu sahabat karibnya yang menyusun dialog dalam skrip filem yang akan dishooting dalam Studio Ulu Kelang. Pengarah Salleh Ghani juga berguru kepada P. Ramlee dalam mengendalikan “selok belok filem”. Dari P. Ramlee, Salleh Ghani belajar mengarah filem.
Diakhir hayat dalam awal tahun 1973, P. Ramlee terpaksa menerima apa juga pertunjukan pentas yang dianjurkan badan-badan tertentu sama ada di Kuala Lumpur ataupun di luar Kuala Lumpur. Dengan “Band Putih”nya, P. Ramlee bersama dengan beberapa orang rakan pemuziknya, kadang-kadang menerima juga undangan dalam majlis “walimatul urus” dari kalangan orang-orang kenamaan tertentu saja. Dalam pertunjukkan pentas yang dibuat di luar Kuala Lumpur, kadang-kadang P. Ramlee mengundang  beberapa orang penyanyi terkenal seperti S.M.Salim, pelawak seperti Jamal Kerdil, A. R. Tompel dan beberapa yang lain dalam stageshow itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Terapi Fizik Dan Jiwa Dengan Al-Fatihah

DALAM sejarah, ada beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang pernah melakukan perjalanan. Di tengah perjalanan itu, mereka hendak singgah di sebuah perkampungan Arab dan memohon izin untuk bertamu. Sayangnya, penduduk kampung tersebut menolak mereka. Namun dalam waktu yang tak jauh beda, para penduduk kampung sedang menghadapi masalah kerana ketua suku mereka sedang sakit kerana tersengat binatang berbisa. Mereka sudah berusaha maksima mencarikan ubat untuk kesembuhan ketua suku mereka, namun selalu gagal. Sampai akhirnya, ada orang yang mengusulkan untuk menemui orang-orang yang telah ditolak oleh mereka, yakni para sahabat Nabi s.a.w.  Beberapa utusan lalu datang menemui para sahabat. Mereka menyampaikan keadaan kesihatan pimpinan mereka. Salah seorang sahabat kemudian berkata, “Boleh. Demi Allah, aku mampu meruqyah. Kami tadi meminta untuk diterima sebagai tamu akan tetapi kalian menolak. Oleh kerana itu, aku tidak mahu meruqyah kecuali dengan upah”. Kedua pihak sepakat. Upahnya adalah beberapa ekor kambing. Sahabat Nabi s.a.w. kemudian mendatangi ketua suku yang sakit. Dengan meniup dengan sedikit disertai air ludah, sahabat tersebut meruqyah dengan cara membacakan surat al-Fatihah kepadanya. Di luar dugaan. Dalam sekejap, pemimpin kampung yang terkena bisa beracun itu langsung bangkit segar bugar. Upahnya pun segera diserahkan dan dibawa ke Madinah. Namun para sahabat tidak mahu membahagi terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan pada Rasulullah. Setelah di Madinah dan setelah Rasulullah mendengar cerita, beliau bertanya, “Dari mana kalian boleh mengetahui jika al-Fatihah adalah ruqyah? Kalian benar. Berbahagilah di antara kalian dan berikanlah juga bahagian untukku.”  Lalu Nabi s.a.w. tertawa. Kisah di atas sangat popular. Berkat pertolongan Allah, orang yang digigit binatang berbisa tersebut sembuh.  Kisah ini kemudian menjadi dalil bahawa al-Fatihah memang boleh dipergunakan untuk terapi kesihatan, tentunya asal cara dan prakteknya tidak menyimpang. Itulah sebabnya hingga sekarang ini, banyak terapi muslim yang menjadikan QS. Al-Fatihah sebagai terapi kesihatan, baik dibarengi dengan media air putih mahupun air zam-zam.

Multi Guna
Sebagai ummul Quran, al-Fatihah memang mempunyai banyak keistimewaan. Dinamakan pula as-sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat. Kedudukannya sangat utama dalam solat. Dan orang yang mengerjakan solat, baik jemaah mahupun munfarid, wajib membaca al-Fatihah. Sebab siapa yang tak membacanya, maka solatnya tak sah. 
Surat yang memiliki banyak nama ini juga disebut sebagai asy-Syifa atau ubat penyembuh, kerana dalam surat al-Fatihah terdapat berkah penyembuhan yang luar biasa. Hal ini dibenarkan dalam sabda Rasulullah: “Surah al-Fatihah itu adalah ubat dari segala penyakit.” Maka benar bila Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarijus Salikin, mengatakan bahawa Fatihah dapat menjadi terapi fizik dan jiwa. Terkait ubat hati, lanjut Ibnu Qayyim, surat ini memiliki kandungan tersebut kerana penyakit hati bersumber dari rosaknya ilmu dan rosaknya niat yang berdampak pada dua penyakit mematikan iaitu kesesatan dan kemarahan. Kesesatan adalah dampak dari rosaknya ilmu. Sementara kemarahan adalah dampak dari rosaknya niat. Keduanya termasuk unsur pokok semua penyakit hati. Petunjuk ke jalan yang lurus mengandung ubat dari penyakit kesesatan. Oleh kerana itu, permohonan petunjuk termasuk doa wajib bagi setiap hamba dan harus dilakukan setiap hari pada setiap solat. Sehingga realisasi dari ayat ‘Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan’ termasuk ilmu, pengetahuan, amal dan berbagai keadaan yang mengandung ubat dari penyakit kerosakan hati dan niat. Adapun sebagai terapi fizik, tambah Ibnu Qayyim, dibuktikan melalui riwayat hadis di atas. Selain itu, Ibnu Qayyim sendiri juga punya pengalaman peribadi, yakni saat dirinya sakit yang mengganggu yang membuatnya hampir tidak dapat bergerak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

Perjuangan Islam Tidak Ada Istirehat

DAKWAH yang sedang kita pikul sekarang ini bukanlah dakwah yang baru bahkan ia adalah sebuah gerakan dakwah yang mempunyai akar sejarah yang panjang di mana kita tidak kekurangan dari segi rujukan dan pengalaman. Rujukan dan pengalaman yang ada pun bukan hanya dari segi keberhasilan dan kejayaannya semata-mata, tetapi juga diiringi dengan peristiwa-peristiwa kegagalan dan kegelinciran pelakunya di sepanjang zaman. Memang, kegagalan dan kegelinciran pelakunya tidaklah sepatutnya menjadi kebanggaan generasi penerus, namun semua itu merupakan kekayaan dakwah yang menjadi modal untuk bekerja lebih baik dan lebih berhasil di masa-masa yang mendatang. Sejak dahulu hingga sekarang, kebanggaan para pendakwah akan kebenaran dakwah yang dibawanya sentiasa menjadi sumber kekuatannya dalam dakwah dan perjuangan. Ianya menjadi sumber kekuatan kerana ia yakin dan ‘tsiqah’ dengan janji Allah sama ada:
1. Kemenangan di dunia dengan tegaknya syariat dan nilai Islam.
2. Gugur syahid di jalan yang mulia menuju cita-cita tertinggi.
Tarbiyah yang kita laksanakan selama ini mestilah mampu meningkatkan kualiti iman dan amal kita. “Izzah” (kebanggaan) kita terhadap Islam juga mestilah semakin besar.
Dengan kebanggaan tersebut, seseorang diharapkan tidak akan terbuai dengan kesenangan dunia, meskipun halal. Dengan kebanggaan itu pulalah seseorang terus bekerja dan berjuang untuk cita-cita dan tidak tergoda untuk istirehat atau meminta izin beberapa saat untuk mengejar tujuan duniawi tertentu atau terlalu memikirkan keadaan keluarga, isteri dan anak-anak. Sekali lagi kita seharusnya mengimbau akan keteguhan dan ketegaran Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, seorang ahli hadis, ahli fiqh (Imam Mahzab Hanbali) dan seorang pendakwah. Dalam kitab ‘Thabaqat Al Hanabilah’ disebutkan bahawa ketika Ahmad bin Daud, Abu Sa’ud Al Wasithi menemui Imam Ahmad di penjara sebelum beliau disebat, ia berkata kepadanya:
“Wahai Abu Abdullah (Imam Ahmad), Kamu mempunyai tanggungan keluarga yang perlu Kamu urus, Kamu juga mempunyai anak serta Kamu sudah uzur (kerana usia),”
Dengan mantap dan ‘izzah’ imaniyah, beliau menjawab:
“Jika demikian cara berfikir Kamu wahai Abu Sa’ud, maka sebenarnya Kamu sudah istirehat dari perjuangan.”
Pemikiran dan perkataan semacam ini sudah banyak terlontar dari para pendakwah.
Pendakwah yang berniat untuk pencen (bersara) biasanya ingin menghabiskan sisa usianya untuk:
1. Kariernya.
2. Keluarganya.
3. Kehidupannya.
4. Cita-cita peribadinya.
Mereka biasanya akan sibuk dengan:
1. Usaha mereka.
2. Perniagaan mereka.
3. Keluarga mereka.
4. Cita-cita kehidupan mereka.
Mereka beranggapan bahawa mereka sudah selesai melaksanakan kewajipannya ketika mereka masih muda dahulu dan ketika mereka masih sangat diperlukan oleh dakwah. Dalam pandangan mereka, sekarang dakwah sudah mempunyai aktivis-aktivis baru yang segar dan siap sedia untuk menghabiskan waktu mereka di jalan dakwah ini sama sepertinya dahulu. Pada hakikatnya ucapan-ucapan mereka itu adalah ucapan :
1. Peristirehatan dari segala tugas dakwah.
2. Orang yang tertipu dengan pemahaman keislaman mereka yang sempit.
Hakikatnya, perjuangan Islam tidak mengenal kata istirehat sehingga ketentuan Allah datang kepada kita, sama ada menang atau gugur syahid.
Kejayaan kita di dunia sama ada dalam bidang pekerjaan atau kemajuan dalam apa-apa bidang yang kita ceburi sekalipun tidak akan bermakna jika ianya tidak menambah keteguhan dan pengorbanan di jalan dakwah.
Apakah nilai seseorang yang menjadi ahli perniagaan yang berjaya jika ia tidak mampu mencontohi Uthman bin Affan r.a. atau Abdul Rahman bin Auf r.a. atau Abu Bakar As Siddiq r.a. atau sahabat lainnya yang berhasil dalam usaha-usaha keduniaan mereka, namun tidak pernah meninggalkan dakwah, bahkan mereka menjadi tulang belakang utama dakwah di zaman Rasulullah s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...