Wednesday, June 11, 2014

Rahsia Ibadah Puasa

PUASA merupakan salah satu rukun Islam, dimana tidak sempurna keislaman seseorang itu apabila dia tidak melaksanakannya. Disamping itu, puasa juga merupakan salah satu ibadah yang paling mendalam kesannya dalam jiwa seorang muslim. Pengalaman selama sebulan dengan pelbagai kegiatan seperti berbuka, sahur dan tarawih berjemaah, sentiasa akan membentuk kenangan dan akan merindukan amalan yang terdapat hanya di bulan mulia tersebut ketika Ramadan berlalu pergi meninggalkan kita. Kini, bulan yang kita nantikan akan hadir bersama kita semula, begitu juga amalan-amalan yang ada di dalamnya. Namun sekarang ini yang paling terbaik buat kita di saat menemani bulan yang penuh berkah ini adalah merenungi apa rahsia yang tersembunyi dalam ibadah puasa yang kita jalan ini. Puasa yang di wajibkan kepada kita di bulan ini memiliki beragam rahsia yang luar biasa. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam bukunya tulisannya, ada menyentuh mengenai lima rahsia yang boleh kita petik dan rasakan dalam ibadah puasa yang di wajibkan kepada kita sehingga kelak akan merasakan betapa besarnya nikmat yang di berikan Allah s.w.t. kepada kita.

1. MENGUATKAN JIWA
Hawa nafsu merupakan salah satu musuh manusia yang tidak wujud tapi ada dan sangat berbahaya, tidak sedikit manusia yang tertipu oleh pujukannya yang mengakibatkannya terjerumus kedalam lembah kemaksiatan. Kerana itu, Allah s.w.t. menyuruh kita untuk memeranginya dengan maksud mengarahkannya kearah yang baik. Jadi, bukanlah memerangi hawa nafsu itu mengakibatkan kita tidak mempunyai keinginan terhadap sesuatu yang bersifat duniawi. Jika didalam memeranginya kita mengalami kekalahan maka malapetaka besar yang akan terjadi, kita akan terpujuk oleh rayuan dan pujukan yang akhirnya membawa kita ke jalan yang sesat dan nista. Na’uzubillah. Puasa merupakan salah satu langkah untuk membantu dan menyelamatkan diri kita dari pujukkan hawa nafsu, yang akhirnya akan membentuk jiwa kita menjadi manusia yang beriman, sabar dan kuat serta mendapatkan kedudukan yang mulia di sisi Allah seperti layaknya para malaikat. Dengan ibadah puasa juga manusia mampu mengetuk dan membuka pintu-pintu langit sehingga doanya dikabulkan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w, ada tiga tiga golongan yang doanya tidak ditolak Allah s.w.t: orang yang puasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi.

2. MEMDIDIK MANUSIA

Puasa juga merupakan ibadah yang mendidik manusia untuk tetap kuat dalam mengerjakan kebaikan sekalipun di kanan dan kirinya terdapat banyak hal-hal yang boleh menjerumuskannya ke lembah kemaksiatan. Sangat tepat sekali apa yang dikatakan Rasullullah s.a.w. bahawa puasa itu setengah dari kesabaran. Disamping itu, puasa juga membentuk rohani muslim semakin teguh yang akan membuatnya tidak akan lupa diri meskipun mencapai kejayaan ataupun kenikmatan duniawi yang sangat besar, dan tidak mudah berputus asa meskipun penderitaan yang dialaminya sangat sulit.

3. MENYIHATKAN BADAN
Puasa disamping memberikan kesihatan dan kekuatan rohani juga mampu memberikan kesihatan jasmani juga. Hal ini telah disabdakan Rasullullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya bahawa puasa akan menyihatkan tubuh dan hal ini telah dibuktikan oleh para pakar kesihatan yang menyatakan bahawa perut harus direhatkan dari bekerja memproses makanan, kerana perut itu juga seperti mesin yang juga memerlukan rehat.
Selain itu di dalam Islam perut ini dibahagi menjadi tiga bahagian; sepertiga untuk makanan, sepertiga  untuk air dan sepertiga lagi untuk udara.

4. MENGENAL NILAI KENIKMATAN
Dalam hidup ini sebenarnya kita telah mendapatkan begitu banyak kenikmatan yang diberikan Allah. Namun, ramai juga manusia yang kurang mensyukurinya bahkan melupakan nikmat tersebut, diberi satu ingin dua, diberi dua ingin tiga dan seterusnya. Jika kita mahu menilik dan meneliti, kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita saat ini belum tentu dimiliki orang lain. Maka dengan puasa, manusia bukan saja disuruh memperhatikan dan merenungi kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t. kepada kita tapi disuruh juga untuk merasakan betapa besarnya nikmat yang Allah s.w.t. berikan kepada kita. Hal ini dapat dirasakan setiap orang yang berpuasa, baru beberapa jam tidak makan dan minum sudah terasa penderitaan yang dialami dan terasa penderitaan yang dialami dan pada saat berbuka puasa baru terasa sekali besarnya nikmat yang diberikan Allah s.w.t. meskipun hanya sebiji kurma atau seteguk air. Disinilah letak penting ibadah puasa, yang berguna untuk mendidik kita agar menyedari tingginya  nilai kenikmatan yang diberikan Allah s.w.t dan menjadikan kita manusia yang pandai bersyukur sehingga tidak mengecilkan nikmat yang telah diberikan Allah s.w.t. selama ini. Dan rasa syukur tersebut akan membuat nikmat itu  bertambah banyak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

No comments: