Wednesday, June 11, 2014

Ismail, Anak Melayu Pertama Jual Roti Canai

BARANG KALI ramai yang tidak tahu siapakah anak Melayu yang mula-mula sekali meneroka membuat roti canai selepas berlakunya peristiwa 13 Mei? Kalau anda nak tahu orangnya ialah namanya ISMAIL. Dia berasal dari Pulau Pinang. Dialah orang pertama membuat roti canai di Pasar Minggu, Kampung Baru.
Sebelum itu tidak ada anak Melayu yang berani membuka warung membuat dan menjual rotai canai. Namanya yang lebih dikenali dengan sebutan “MAIL”  menebar roti canai agak lain dari yang lain.
Caranya ialah roti canai itu bukannya dibuat sebagaimana dilakukan diletakkan di dalam kuali besar, tetapi Mail buat pertamakali memperkenalkannya dengan membubuh minyak yang banyak dalam kuali itu kemudian mencampakkan roti canai yang sudah ditebar itu ke dalam kuali itu. Seolah-olah roti canai itu “macam digoreng”, tetapi bukan digoreng. Tetapi roti canai itu benar-benar sangat menarik dan sangat menyelerakan apabila kita melihat ia mendidih dalam kuali besar itu. Roti canai itu benar-benar garing macam orang goreng “roti mariam”. Cukup laku. Berderet-deret orang beratur untuk membeli roti canainya itu.
Memang, orang Pulau Pinang mempunyai bakat yang tersendiri dalam menebar dan menggoreng roti canai. Tak menang tangan dibuatnya. Sehingga ada yang “merajuk” kerana menanti terlalu lama, dan kadang-kadang sedang beratur, roti canai itu dah habis...Malangnya Mail ni ada satu perangai. Saya tak mahu menulisnya di sini. Dari gerai Kampung Baru, dia pindah ke Datuk Keramat. Dari Datuk Keramat, Mail telah membina satu gerai di tepi jalan. Zaman itu taklah ada apa-apa. Dimana pun kita boleh berniaga. Tak ada yang nak saman ataupun nak tangkap. Orang Melayu baru nak belajar berniaga. Orang Melayu baru nak gantikan orang lain yang selama ini menguasai bidang-bidang tersebut. Kita boleh membuka warung jualan makanan dimana-mana pun, asalkan jangan ganggu lalu lintas, dan jangan kacau orang lalu lalang ke sana ke mari. Dengan penerokaan Ismail Pulau Pinang ‘menggoreng’ roti canai demikian rupa, maka anak-anak muda lain yang memang punya bakat dalam bidang tersebut, ikut jejak langkah Mail. Kelihatan di sana di sini, di bawah pokok rendang, di bawah pokok sena yang besar dan tinggi, maka di situlah terdapat anak-anak muda Melayu membuat dan menjual roti  canai. Zaman selepas 13 Mei 1969, Kuala Lumpur tidaklah sesibuk sekarang. Dulu, dimana-mana pun kita pergi keadaan lengang aje. Ketika itu orang-orang Kuala Lumpur tidak pandai makan di luar. Sebabnya, tidak ada kedai-kedai Melayu yang membuka dan menjual makanan Melayu ketika itu. Ketika itu apa yang kita dapati di Kuala Lumpur kebanyakannya, warung-warung dan kedai-kedai makan dikuasai oleh orang-orang bukan Melayu. Kedai-kedai atau restoran-restoran yang ada di Kuala Lumpur dipenuhi oleh orang-orang bukan Melayu. Jualan-jualan dimalam hari, warung-warung kedai-kedai kecil ketika itu tidak ada orang Melayu yang berniaga.
Sebab itulah orang-orang Melayu ketika itu tidak keluar makan di luar rumah. Selepas sembahyang isyak mereka dah mula “gantung kelambu”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

No comments: