Wednesday, June 11, 2014

Terapi Fizik Dan Jiwa Dengan Al-Fatihah

DALAM sejarah, ada beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang pernah melakukan perjalanan. Di tengah perjalanan itu, mereka hendak singgah di sebuah perkampungan Arab dan memohon izin untuk bertamu. Sayangnya, penduduk kampung tersebut menolak mereka. Namun dalam waktu yang tak jauh beda, para penduduk kampung sedang menghadapi masalah kerana ketua suku mereka sedang sakit kerana tersengat binatang berbisa. Mereka sudah berusaha maksima mencarikan ubat untuk kesembuhan ketua suku mereka, namun selalu gagal. Sampai akhirnya, ada orang yang mengusulkan untuk menemui orang-orang yang telah ditolak oleh mereka, yakni para sahabat Nabi s.a.w.  Beberapa utusan lalu datang menemui para sahabat. Mereka menyampaikan keadaan kesihatan pimpinan mereka. Salah seorang sahabat kemudian berkata, “Boleh. Demi Allah, aku mampu meruqyah. Kami tadi meminta untuk diterima sebagai tamu akan tetapi kalian menolak. Oleh kerana itu, aku tidak mahu meruqyah kecuali dengan upah”. Kedua pihak sepakat. Upahnya adalah beberapa ekor kambing. Sahabat Nabi s.a.w. kemudian mendatangi ketua suku yang sakit. Dengan meniup dengan sedikit disertai air ludah, sahabat tersebut meruqyah dengan cara membacakan surat al-Fatihah kepadanya. Di luar dugaan. Dalam sekejap, pemimpin kampung yang terkena bisa beracun itu langsung bangkit segar bugar. Upahnya pun segera diserahkan dan dibawa ke Madinah. Namun para sahabat tidak mahu membahagi terlebih dahulu sebelum mendapat pengesahan pada Rasulullah. Setelah di Madinah dan setelah Rasulullah mendengar cerita, beliau bertanya, “Dari mana kalian boleh mengetahui jika al-Fatihah adalah ruqyah? Kalian benar. Berbahagilah di antara kalian dan berikanlah juga bahagian untukku.”  Lalu Nabi s.a.w. tertawa. Kisah di atas sangat popular. Berkat pertolongan Allah, orang yang digigit binatang berbisa tersebut sembuh.  Kisah ini kemudian menjadi dalil bahawa al-Fatihah memang boleh dipergunakan untuk terapi kesihatan, tentunya asal cara dan prakteknya tidak menyimpang. Itulah sebabnya hingga sekarang ini, banyak terapi muslim yang menjadikan QS. Al-Fatihah sebagai terapi kesihatan, baik dibarengi dengan media air putih mahupun air zam-zam.

Multi Guna
Sebagai ummul Quran, al-Fatihah memang mempunyai banyak keistimewaan. Dinamakan pula as-sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat. Kedudukannya sangat utama dalam solat. Dan orang yang mengerjakan solat, baik jemaah mahupun munfarid, wajib membaca al-Fatihah. Sebab siapa yang tak membacanya, maka solatnya tak sah. 
Surat yang memiliki banyak nama ini juga disebut sebagai asy-Syifa atau ubat penyembuh, kerana dalam surat al-Fatihah terdapat berkah penyembuhan yang luar biasa. Hal ini dibenarkan dalam sabda Rasulullah: “Surah al-Fatihah itu adalah ubat dari segala penyakit.” Maka benar bila Ibnu Qayyim dalam kitabnya Madarijus Salikin, mengatakan bahawa Fatihah dapat menjadi terapi fizik dan jiwa. Terkait ubat hati, lanjut Ibnu Qayyim, surat ini memiliki kandungan tersebut kerana penyakit hati bersumber dari rosaknya ilmu dan rosaknya niat yang berdampak pada dua penyakit mematikan iaitu kesesatan dan kemarahan. Kesesatan adalah dampak dari rosaknya ilmu. Sementara kemarahan adalah dampak dari rosaknya niat. Keduanya termasuk unsur pokok semua penyakit hati. Petunjuk ke jalan yang lurus mengandung ubat dari penyakit kesesatan. Oleh kerana itu, permohonan petunjuk termasuk doa wajib bagi setiap hamba dan harus dilakukan setiap hari pada setiap solat. Sehingga realisasi dari ayat ‘Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan’ termasuk ilmu, pengetahuan, amal dan berbagai keadaan yang mengandung ubat dari penyakit kerosakan hati dan niat. Adapun sebagai terapi fizik, tambah Ibnu Qayyim, dibuktikan melalui riwayat hadis di atas. Selain itu, Ibnu Qayyim sendiri juga punya pengalaman peribadi, yakni saat dirinya sakit yang mengganggu yang membuatnya hampir tidak dapat bergerak.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Jun 2014 di pasaran...

No comments: