Thursday, October 10, 2013

Hidayah Oktober 2013

Hidayah keluaran Oktober 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam  kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Memang sesuatu yang menakjubkan mengenai kekuatan doa. Betapa seseorang yang berdoa, termakbul segera doanya ketika itu juga. Sedangkan ramai yang berdoa, tidak termakbul doanya. Malah hingga akhir hayatnya doa itu tidak diperkenankan. Rupa-rupanya ada hikmahnya bahawa doa itu disimpan untuk kebaikan orang yang berdoa itu di akhirat kelak. Tentu ada hikmahnya apabila Allah berfirman bermaksud: “Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan bagimu...” (Al-mu’min: 60) Kewajipan kita hanyalah berdoa, bermohon dan merayu kepada Allah Yang Maha Esa. Sudah tentu dalam berdoa itu apabila minta ‘kesenangan hidup’ orang yang berdoa itu hendaklah berusaha dan berikhtiar. Bukan duduk berpeluk tubuh di rumah saja. Selebihnya terserah kepada Allah Taala mahu perkenan doa kita atau tidak. Berkaitan doa inilah Hidayah melalui iktibar 1 memaparkan kisah menarik mengenai makbulnya doa seorang nenek terhadap seorang lelaki yang menawarkan pekerjaan untuk cucu perempuannya. Menakjubkan doa nenek diperkenankan waktu itu juga. Anda wajib membaca kisah benar ini untuk memetik hikmahnya. Dalam kisah iktibar lainnya dipaparkan pula kisah seorang lelaki yang mati dalam wajah tersenyum. Senyuman waktu mati bukan boleh dibuat-buat. Ada kelebihannya lelaki tua ini diberi ‘kemuliaan’ meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mahukah anda mati dalam keadaan tersenyum...? Sementara dalam rencana lain lagi anda wajib membaca fokus komentar ‘Sampai bila mahu berkinja di atas pentas’ yang merupakan satu nasihat kepada para artis dan kita juga agar jangan terus tenggelam dalam dunia glamour dan melupakan ‘dunia akhirat’ tambahan usia sudah menjelang senja. Sesungguhnya banyak rencana lain dalam keluaran ini yang perlu anda hayati dan mengambil manfaatnya. Mengakhiri catatan buat kali ini sama-samalah kita hayati sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Takdir tidak ditolak kecuali oleh doa, dan tidak ada yang menambah umur manusia kecuali kebaikan yang dilakukan olehnya...” Terima kasih kepada semua pembaca budiman. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Umat Muhammad Dapat Keutamaan Di Akhirat Nanti

SOAL masuk syurga atau tidak pun bagi seseorang itu, janganlah kita pertikaikan dan jadikan sebagai isu.
Sama ada seseorang itu masuk syurga atau tidak, terpulang kepada Allah s.w.t. menentukan sendiri.
Sebagai umat Islam yang beriman kepada “Hari Akhirat”, kita janganlah cuba masuk campur urusan Allah s.w.t. itu sendiri. Urusan masuk syurga itu bukanlah urusan akal dan urusan manusia menilainya sendiri.
Masuknya seseorang itu juga bukanlah kerana amal ibadatnya, tetapi masuknya seseorang itu ke dalam syurga kerana “Rahmat Allah”. Tidak seorang pun, sama ada dia seorang “Wali”, seorang “Solihin”, seorang yang “berkaramah” dan “Tabi’en” dimasukkan ke dalam syurga bukan kerana “ketaatannya”, tetapi semata-mata “Rahmat Allah” Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kita sebagai umat Islam ikut sahaja perintah Allah. Apa yang Allah perintahkan dan Nabi s.a.w. ajarkan, hendaklah kita buat. Apa yang dilarang, kita tinggalkan. Soal Syurga yang menjadi hak mutlak Allah s.w.t. jangan kita cuba mempermainkan, untuk cari pengaruh itu dan ini, seolah-olah kita permainkan “Anugerah” Allah, satu janji Allah kepada umat Islam yang paling tertinggi sekali nilainya. Itulah satu-satunya negeri, satu tempat akhir yang menjadi matlamat umat Islam yang beriman. Kita sebagai umat Islam memang dilarang sama sekali cuba mencampurkan urusan harian dengan urusan agama, akibatnya akan memudaratkan agama dan umah itu sendiri. Kadang-kadang ada golongan orang-orang politik suka bercakap perkara-perkara yang bukan sepatutnya dia bercakap. Oleh kerana masing-masing mahu mencari pengaruh, mahu mencari pengikut, terpaksa bercakap perkara-perkara yang  menjadi “Hak Allah”, dijadikan sebagai hak sendiri. Kerana soal masuk Syurga itu adalah menjadi hak mutlak Allah, kenapa pula kita membuat janji sesama insan? Soal masuk Syurga ini, ada satu riwayat diceritakan: “Ada seorang paling alim, tidak pernah melakukan dosa sejak dia akil baliqh. “Orang ini sentiasa taqarub, dan mendekatkan diri kepada Allah dengan amal salihnya.
“Apabila dia meninggal dunia, maka Allah memberitahu kepada malaikat: “Masukanlah orang ini ke dalam syurgaKu dengan RahmatKu. “Tetapi orang ini protes. Katanya: “Aku mahu masuk syurga atas amalku, kerana aku beribadah dari sejak aku akil baliqh, dan tidak pernah membuat dosa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Makbul Doa Seorang Perempuan Tua

PAGI itu, cuaca sangat harmoni. Angin berhembus sepoi-sepoi bahasa. Langit cerah tak berawan. Di sebuah taman perumahan mewah, cuaca teduh juga sangat nyata terlihat dan terasa; pepohonan yang tertata rapi, bak para gadis yang tengah berbaris dengan rambut panjang terurai, teduh di mata dan sejuk di hati. Barangkali, para penghuni rumah di kawasan perumahan tersebut sangat menikmati cuaca indah seperti ini. Keakraban antara anggota keluarga pastinya akan terasa lengkap. Namun, di salah satu rumah, keadaan sebaliknya justeru yang terlihat. Maddar (bukan nama sebenarnya) terlihat begitu berang memandangi wajah isteri dan anak perempuan tunggalnya itu. Matanya setajam mata burung helang, menukik, siap menikam wajah isterinya. Si isteri nampak menyembunyikan wajahnya. Dia begitu ketakutan mendapati suaminya yang tengah dilanda amarah. “Kamu jangan terlalu sibuk mencampuri urusanku!” Bentak Maddar dengan suara yang menggelegar kepada isterinya. “Tapi...” Maddar hampir melayangkan tamparan ke wajah isterinya, namun si anak yang berada di samping ibunya segera berteriak. “Cukuplah, Ayah! Jangan seksa emak lagi!”
Tamparan Maddar tak jadi singgah di wajah isterinya, tetapi ia malah memarahi anaknya. “Kamu juga! Masih kecil lagi sudah ikut campur urusan orang tua! Cakap pada emak kamu, kalau masih ikut campur urusan ayah, lebih baik kalian pergi dari rumah ini!” Isteri dan anak Maddar diam seribu bahasa.

MADDAR DAN PETUALANGANNYA
Siapa Maddar? Berbekal ketrampilannya, juga tubuh bagaikan ahli sukan dan wajahnya yang tampan, Maddar begitu ‘bernafsu’ apabila berada di hadapan seorang wanita cantik. Dari kalangan manapun wanita itu, bagi Maddar, kalau dia mahu berbaik-baik dan memberinya kesenangan, berapapun besarnya jumlah wang berani dia belanjakan. Entah itu wang tunai, mahupun kad kreditnya, atau dari mana saja. Semua “ikhlas” dia keluarkan. Bagi Maddar, begitu banyak jalan untuk mendapatkan kesenangan bersama wanita. Sumber-sumber internet yang banyak menampilkan promosi kenikmatan menjadi salah satu pilihan, namun selera Maddar tentulah ingin lebih dari itu. Ia ingin “daun-daun muda” yang dapat memberinya kebahagiaan. Maka untuk memenuhi hasrat gilanya itu, ia seringkali membuka tawaran kerja di beberapa perusahaan butiknya. Tentu saja tawaran-tawaran kerja di butik dikhususkan untuk wanita saja, terutama wanita muda yang baru lulus sekolah atau lepasan SPM. Jika pelamar kerja itu lulus ujian tahap pertama dan kedua, maka ujian terakhir Maddar sendiri yang menentukan. Biasanya, ‘ujian’ tahap akhir ini hanya berupa pertanyaan, bersediakah calon karyawan itu memberinya kesenangan. Hanya itu pertanyaannya, namun untuk menjawabnya sangatlah berat dan sulit.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Kisah Lelaki Penipu Dan Mungkir Janji

Zukha, seorang pemuda yang berjaya dalam kerjayanya dan  tinggal di sebuah kampung di bahagian paling selatan Pulau Jawa. Ketokohannya begitu cemerlang. Dia diamanahkan menjawat jawatan penting dalam sebuah syarikat perusahaan. Orangnya sangat gigih dalam bekerja, tapi satu hal yang tidak banyak orang sukai dari sifatnya: ingkar janji. Zukha memang pemuda yang berjaya dengan berbagai prestasi yang disandangnya. Tapi di sisi lain, dia terkenal dengan sebutan orang yang suka ingkar janji. Pertanyaan kita mungkin seperti: kenapa ia mampu dipercayai oleh atasan untuk menempati jawatan penting dalam sebuah perusahaan kalau dia dikenal sebagai orang yang ingkar janji? Tunggu dulu. Ada penjelasan berikutnya. Zukha memang berjaya berkarier, tapi dia gagal dalam bergaul dan bermasyarakat. Dia memang pandai mengambil hati atasan, tapi sering meremehkan kawan-kawan sejawatnya. Dia mudah menolong pegawai-pegawai atasannya, tapi tidak mahu menolong kawan-kawannya. Di sinilah perbedaannya. Zukha suka mungkir janji kepada semua orang, tapi tidak kepada pegawai-pegawai atasannya. Kalau kepada ‘bosnya’, bukan main lagi ‘bodek’nya dia sangat tepat janji dan mampu menunjukkan prestasi yang baik dalam pekerjaan. Satu perilaku yang tidak patut untuk ditiru pada diri Zukha, dan ini tentu berdasarkan penuturan salah seorang rakannya, ketika masih hidup. Zukha pernah merancang mahu menikahi seorang gadis. Sebut saja namanya Mawar. Usianya tiga tahun di bawah Zukha. Zukha bertemu dengan Mawar saat mereka mengadakan acara seminar bersama. Zukha perwakilan perusahaan tertentu, sedangkan Mawar dari perusahaan lain. Cinta pun bersemi diantara keduanya. Singkat ceritanya, Zukha bermaksud melamarnya dan menjadikan Mawar sebagai isterinya. Zukha lalu melamar Mawar dengan menghadap ibu bapanya. Di situ Zukha berkata dengan jelas, “Pakcik, saya mahu melamar Mawar. Saya bermaksud menikahi Mawar,” ungkapnya. “Kalau kamu memang bermaksud meminang anak saya, kamu panggil ibu bapamu datang ke rumah dan melamar anak saya,” jawab ayah Mawar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Saidina Umar Tidak Tinggal Di 'Istana'

SELAIN dari kejadian-kejadian ajaib berlaku di zaman sebelum kebangkitan Islam, perkara-perkara aneh berlaku juga di zaman Nabi s.a.w., perkara serupa juga iaitu keajaiban atau pun keanehan berlaku juga di zaman para sahabat. Saidina Abu Bakar As-Sidiq sendiri juga ada berlaku kejadian yang aneh. Abu Bakar merupakan Khalifah yang pertama sesudah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah ini hidup mereka sungguh zuhud. Walau pun mereka ini merupakan saudagar-saudagar Arab yang terkenal dan ternama, tetapi harta-harta mereka diinfaqkan utuk Islam. Walau pun mereka dilantik sebagai “Khalifah”, tetapi hidup mereka tidaklah seperti khalifah atau pun raja-raja yang memerintah sesebuah negara itu. Kisah yang dipaparkan ini ialah mengenai Khalifah Umar Ibnu Khattab. Umar semasa menjadi Khalifah merupakan seorang Khalifah yang tegas, di zaman Rasulullah, beliau merupakan seorang sahabat Nabi yang paling berani. Orang-orang Quraisy kafir memang takut dengannya. Pernah berlaku ketika hijrah berlaku, Umar telah pergi ke Kaabah lalu berdiri dan berucap. “Aku Umar, esok akan berhijrah ke Madinah. Aku melihat siapa mahu menghalangku. Kalau ada diantara kamu kaum Quraisy yang mahu isterinya jadi janda, anak mereka menjadi yatim, cubalah halang aku dari pergi berhijrah,” tegas Umar ketika berucap di depan Kaabah. Esoknya, Umar keluar dari Makkah bersama beberapa orang lainnya, tetapi ternyata tidak seorang pun yang menghalangnya dalam perjalanan hijrah itu. Umar berjalan bersama rakan-rakannya dengan tenang dan aman. Kaum kafir Quraisy pun agaknya berfikir, jangan nak cari nahas dengan Umar... Dalam satu kisah yang ajaib mengenai diri Umar semasa beliau menjadi Khalifah. Diceritakan oleh mereka yang tahu tentang kisah ini, bahawa pada suatu hari ada satu utusan negara Rom datang ke Madinah. Tujuan utusan ini ke Madinah semata-mata untuk bertemu dengan Khalifah Umar bin Khattab. Utusan dari Rom ini telah membayangkan bagaimana nanti dia mahu bertemu dengan Umar tentulah sukar. “Istana” Saidina Umar tentulah besar. Temboknya tinggi. Ada pengawal-pengawal yang menjaga dan mengawal sekeliling “istana” Umar. Utusan ini membayangkan dalam fikirannya, Umar sedang bersandar pada sebuah kerusi yang panjang beralaskan dengan bantal-bantal dan tilam-tilam yang empuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Rahsia Kaabah Sebagai Pusat Bumi

KAABAH adalah kiblat umat Islam seluruh dunia. Setiap tahun, umat Islam berbondong-bondong ke sana untuk melakukan ibadah haji. Bangunan berbentuk kubus itu berada di Makkah. Ia menjadi simbol kebanggaan dan pemersatu umat Islam. Pertanyaannya: kenapa Kaabah berada di Makkah? Sebab, kota Makkah merupakan pusat bumi. Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Makkah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian ilmiah. Ketika Neil Amstrong untuk pertama kalinya melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata menggantung di area yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya?” Para astronot yang lain juga telah menemukan bukti bahawa planet Bumi pernah mengeluarkan semacam suatu radiasi. Setelah dilakukan penelitian serius, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Makkah, tepatnya berada di Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berhujung). Hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik yang menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat. Daerah itulah yang kemudian disebut dengan Zero Magnetism Area, daerah tanpa gaya tarik-menarik. Ertinya apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali, kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub.
Menurut beberapa orang yang menyaksikan langsung bahawa di daerah sekitar Masjidil Haram terdapat banyak burung swallow beterbangan. Anehnya, tak satupun dari burung-burung itu yang mampu melewati bahagian atas Kaabah. Ertinya, ketika ada burung-burung telah mendekati Kaabah, mereka segera balik arah lagi dan seterusnya. Mengapa hal ini boleh terjadi? Sebab, bagian atas Kaabah itu langsung terhubung dengan ‘Arsy di mana para malaikat juga sedang tawaf. Kerana itu, ia tidak dapat ditembus oleh jenis benda apapun, termasuk pesawat. Makanya, di Makkah tidak ada lapangan udara. Adanya di Jeddah dan di Madinah untuk keperluan jemaah haji dan umrah. Hal itu juga yang menyebabkan kenapa jika seseorang tinggal di Makkah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Penelitian tentang Kaabah sebagai pusat bumi ini sempat dipublikasikan selama 21 hari di sebuah website, sayangnya kemudian ditarik dari peredaran. Kesan yang muncul adalah bahawa NASA tampaknya tidak ingin berita ilmiah ini menjadi suatu fakta yang akhirnya menguntungkan umat Islam. Kerana itu, berita tersebut ditarik dari peredarannya. Jadi, terkesan NASA menutup-nutupi fakta berkenaan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Tidur Nabi Dan Para Wali

ORANG tidur ibarat mati. Mata terpejam, telinga tertutup dan mulutnya terkunci. Sedangkan indera lainnya sama sekali tak berfungsi. Ketika tidur, orang menjadi bisu, tuli dan buta. Kesedarannya benar-benar sirna. Dia tidak ingat apa-apa, lupa dirinya siapa, dan tidak tahu akan Tuhannya. Tentera yang gagah perkasa atau pergerakan yang lincah bicara tidur sama saja. Mereka seperti mati. Bagaimana dengan Nabi s.a.w., makhluk paling mulia di seluruh jagat raya ini? Apakah dia juga suka tidur dan melupakan Tuhan? Bagaimana pula dengan para wali, apakah mereka suka tidur? Jika demikian, apa bezanya dengan manusia lainnya?
Seorang penyair pernah menulis seuntai kalimat indah: “Nabi memang manusia tapi tidak seperti manusia. Dia bagaikan batu mutiara di antara batu sungai.” Syair itu menegaskan bahawa Nabi s.a.w. memang manusia, tapi bukan manusia biasa. Sebagai manusia tentu Nabi s.a.w. suka tidur seperti manusia pada umumnya. Namun tidur baginda tidaklah seperti kebanyakan manusia, baik waktu, cara dan lamanya. Begitu juga para wali mempunyai kebiasaan tidur yang berbeza dengan orang awam.

TIDUR NABI S.A.W.
Nabi s.a.w. sangat menyukai kebersihan lahir, di samping kesucian batin. Bahkan baginda mengatakan kebersihan adalah sebahagian dari iman kepada Tuhan. Kerana itu baginda menyucikan diri bukan hanya ketika mahu solat tetapi juga ketika mahu tidur. Salah seorang sahabat pernah bercerita bahawa Nabi s.a.w. selalu menggosok gigi dan berwuduk sebelum tidur. Ertinya, wajah, telinga, mulut, tangan dan kaki baginda dalam keadaan bersih menjelang tidur. Waktu itu air sulit diperolehi. Masyarakat Arab yang hidup di padang pasir, perlu berjalan kaki beberapa kilometer untuk mendapatkannya. Tentu saja hal ini memakan waktu lama. Kerana itu Nabi s.a.w. selalu menyediakan air bersih sebelum tidur. Dengan begitu akan memudahkan dan mempercepatkan baginda melakukan wuduk atau mandi ketika bangun untuk solat malam. Hal lain yang dilakukan Nabi s.a.w. sebelum tidur adalah berwasiat kepada keluarga tentang perkara yang menjadi tanggungjawabnya dan belum selesai dikerjakan. Nampaknya, Nabi s.a.w. ingin agar keluarganya tahu tentang urusan-urusan yang harus Nabi s.a.w. selesaikan esok hari. Sedangkan tidak ada jaminan bahawa esok harinya baginda masih hidup dan sihat badan. Tidak pernah baginda lupa adalah memohon ampun kepada Allah atas semua dosa baik yang disengaja atau tidak, besar mahupun kecil. Walaupun Nabi s.a.w. sebenarnya terbebas dari dosa, tapi setiap hari baginda selalu beristigfar. Kata salah seorang sahabat baginda beristigfar tidak kurang dari enam puluh kali setiap hari, termasuk ketika mahu tidur. Selain minta ampun. Nabi s.a.w. tak pernah lupa berdoa kepada Allah. Doa yang sering  diucapkan baginda ialah: “...dengan namamu ya Allah yang telah menghidupkan dan mematikan.” Kata sahabat yang lain, sebelum tidur baginda berzikir dengan membaca surah: Al-Ikhlas: (Katakanlah: Dialah Allah Yang Maha Esa, Allah tempat berlindung, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupaiNya)
Al Nash: (Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia, dari kejahatan bisikan syaitan, yang suka membisikan pada dada manusia, dari golongan jin dan manusia)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Mimpi Raja Dan Kebebasan Nabi Yusuf

MALAM belum berganti pagi. Tapi Raja Mesir tiba-tiba bangun dari tidur. Peluh membasahi sebahagian tubuhnya. Peristiwa yang dilihatnya dalam mimpi menggumpal dalam bayangan. Dia masih ingat dengan jelas dalam mimpinya itu dia melihat tujuh ekor sapi (lembu) gemok merumput di padang hijau. Tak lama kemudian, tiba-tiba datang tujuh sapi kurus berjalan ke tempat tujuh sapi gemok dan memakan tujuh sapi gemok itu. Raja gelisah. Tapi, malam masih menggelayut di langit. Dia  memejamkan mata lagi, dan kembali bermimpi. Kali ini dia bermimpi melihat tujuh batang gandum berisi. Di samping gandum berisi, Raja melihat tujuh batang gandum kering. Anehnya, tujuh batang gandum kering itu tiba-tiba menelan batang gandum yang penuh. Raja tersentak kaget dan terbangun. Dia sedar telah bermimpi lagi. Tapi rasa cemas tak dapat diusir dari fikirannya. Dia pun berjuang melawan rasa mengantuk, hingga pagi tiba. Tatkala pagi tiba itulah, sang Raja memanggil para pegawai tinggi kerajaan. Dia menceritakan mimpinya semalam. Dengan tertegun, para pembesar negara mendengarkan, tetapi setelah Raja selesai bercerita, para pegawai itu saling pandang memandang, apalagi saat Raja menanyakan perihal tafsir mimpi tersebut. Para pegawai kerajaan menggelengkan kepala, tak tahu apa erti mimpi tersebut. “Ini adalah mimpi yang sungguh membingungkan. Tapi Raja tidak usah risau atau sedih. Mimpi ini saya kira tak ada ertinya sama sekali,” ujar salah seorang pegawai Tapi, mimpi itu terus menggumpal di fikiran Raja dan mengetungetuk hatinya. Sedih melandanya, dan merasa mimpi itu bukan hanya bunga tidur. Rasa penasaran erti mimpi itu membuat sang Raja hanya tercenung. Ia semakin sedih ketika menjumpai para pegawai tinggi yang tidak ada satu pun yang boleh memberi pendapat. Semua mereka menunduk dan pasrah kerana tidak dapat menjawab. Ia duduk lemas. Mereka termangu, dan merasa bersalah. Hening menyelimuti ruang pertemuan. Tapi, di tengah keheningan itu, tiba-tiba pelayan kerajaan yang bertugas menuangkan minuman Raja teringat Nabi Yusuf a.s., “Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) menta’birkan mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya).” (QS. Yusuf [12]: 45. Raja terperanjat. Ucapan si penuang minuman itu seperti memberi harapan. Apalagi, setelah penuang minuman menceritakan kejadian yang terjadi dalam penjara, “Tuanku, beberapa tahun lalu tukang masak dan aku ada di di penjara. Kami bermimpi sesuatu yang menakjubkan. Kami kemudian menceritakan mimpi itu kepada Yusuf. Yusuf menafsirkan mimpi kami dan mimpi itu menjadi kenyataan.” Raja langsung memerintahkan penuang minuman itu menemui Yusuf.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Sabarnya Seorang Wanita Hadapi Musibah

SEPERTI biasa, saat musim haji tiba, kaum muslimin dan muslimat dari segala penjuru berduyun-duyun datang ke Tanah Suci. Tampak di antara lautan jemaah tersebut seseorang  bernama Abu Hassan Siraj. Namun lelaki itu sungguh tak menyangka, ketika sedang bertawaf mendapatkan kejadian yang mengharukan.
Kejadian bermula ketika Abu Hassan melihat seorang wanita yang sangat cantik. Kerana terpesona, bibirnya sempat melontarkan gumaman, “Demi Tuhan, belum pernah aku melihat wanita secantik ini. Pastilah kecantikan itu kerana dia belum pernah mengalami derita atau kesedihan.” Tapi tanpa diduga, perempuan itu tahu apa yang terbetik dalam fikiran Abu Hassan.“Apa yang engkau ucapkan? Demi Tuhan, aku telah terbenam dalam derita dan kesedihan. Tak seorang pun yang mahu berkongsi rasa denganku,” ucap wanita cantik itu. Lelaki itu sempat kaget mendapati pertanyaan sedemikian. Namun tak berselang lama segera dapat mengendalikan diri. Seakan dihinggapi rasa penasaran, Abu Hassan ingin mengetahui lebih lanjut apa sebenarnya yang terjadi dengan perempuan di hadapannya. Pastilah ada kisah mengharukan sekaligus menyedihkan, sehingga ia mengatakan demikian.  “Memang apa yang terjadi denganmu?” tanya Abu Hassan pada perempuan tersebut.

Penderitaan Bertumpuk-tumpuk
Wanita cantik itu sejenak menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembuskannya pelan-pelan. Di matanya, sepertinya Abu Hassan adalah orang yang sesuai yang mahu mendengar kisah pedih yang dialaminya. Barulah setelah itu, ia memulai kisahnya. “Suatu waktu, suamiku menyembelih domba sebagai korban. Ketika aku sedang menyusui bayiku, kedua anakku yang lain sedang bermain-main di sekitarku. Ketika aku hendak memasak daging, aku mendengar salah seorang di antara anakku berkata pada saudaranya, ‘Marilah aku perlihatkan padamu bagaimana bapa menyembelih domba’. Saudaranya pun setuju. Tanpa kuketahui, apa yang kukira sekadar main-main dan bercanda ternyata menjadi kenyataan. Anakku yang mengajak permainan menyembelih domba itu benar-benar menyuruh saudaranya untuk berbaring di tanah dan kemudian memotong lehernya, seperti bapanya menyembelih domba. Ketika ia menyedari apa yang terjadi, dia lari ketakutan mendaki sebuah bukit. Malangnya, di sana dia diserang serigala dan menjadi korban oleh serigala tersebut.” Air matanya menitis tak terbendung. Namun tetap ia berusaha tabah. Ia menyekanya air matanya. “Suamiku pergi mencarinya dimana keberadaan anakku. Sayangnya dalam perjalanan pencarian, suamiku malah meninggal dunia kerana gelegak dahaga yang luar biasa. Sebab tak ada perbekalan yang boleh untuk mengisi perutnya,” kembali perempuan cantik itu mengenang pilu. Sementara Abu Hassan berusaha tak ikut sama dalam kesedihan. Ia tetap menyemak kisah panjang perempuan cantik itu. Barangkali dengan mendengarnya, keadaan psikologis perempuan itu akan lebih baik, sebab selama ini tak seorang pun yang mahu peduli dengannya. Dan bagi perempuan itu, mungkin sementara ada yang mahu berkongsi kisah, ia ingin mengungkapkan semua beban hidupnya agar penderitaan yang ditanggungnya selama ini dapat berkurangan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Nafas Ramadan Di Rio De Janeiro

APA yang terfikir di kepala anda jika ditanya kehidupan beragama di Rio de Janeiro? Pastilah yang muncul dan menonjol ialah Katolik. Ya, Rio merupakan kota dengan nafas kristian yang kental. Patung Jesus setinggi 38 meter yang ada di gunung Corcovado dan menghadap ke kota Rio menjadi bukti itu semua. Patung bernama Cristo Redentor atau Patung Jesus “Penebus Dosa” itu membentangkan tangannya seperti memberkati seluruh penduduk kota Rio dan juga menjadi simbol kehangatan penduduk Rio. Rio de Janeiro merupakan kota terkenal di Brazil. Sekalipun ibukota Brazil sudah berpindah ke Brazilia City, masih banyak orang menganggap Rio ibukota Brazil kerana sudah demikian melekat di kepala. Sebagai kota ternama, Islam di Brazil juga berkembang di kota ini selain di Sao Paulo, Curitiba dan Foz de Iguacu. Banyak warga Brazil yang masuk Islam di Rio. Mereka mendapat hidayah setelah membaca banyak hal mengenai Islam. Kehidupan Islam tetap berkembang sekalipun warga Rio senang memakai pakaian seksi, seperti Tank Top dan bikini. Lalu, bagaimana suasana Ramadan di sana setiap tahun? Ternyata muslim Rio menjalani ibadat puasa dengan riang dan bahagia. Warga muslim biasanya sudah berkumpul menjelang maghrib. Mereka berbuka puasa bersama. Para wanita membawa makanan dan minuman berbuka. Setiap hari, terhidang beragam kuih muih dan makanan manis untuk mendapatkan pahala sunnah ketika iftar. Setelah solat isyak mereka menunaikan solat Terawih dipimpin seorang imam. Suasana akrab juga biasanya tercipta saat menyambut Aidilfitri tiba. Mereka berkumpul, bersalaman dan kemudian beramah mesra sambil menikmati hidangan. Sebahagian besar warga muslim Rio berasal dari beragam etnik. Mereka memiliki komuniti terkenal bernama Sociedade Beneficente Muçulmana do Rio de Janeiro (SBMRJ). Organisasi ini didirikan sejak tahun 1951. Mulanya warga muslim berkumpul dan melaksanakan solat Jumaat. Mereka juga ingin melangsungkan pernikahan dan pengkebumian secara Islam. Organisasi semakin berkembang saat banyak pemuda muslim terpelajar turut mengelolanya. Mereka membuat program terkait pendidikan, pengajaran al-Quran-Hadis serta pemahaman bahasa Arab. Organisasi ini menjadi asas kehidupan muslim di Rio. Setiap Ramadan, diberikan pemahaman mengenai puasa dan ibadah lainnya. Ini sangat penting disampaikan kerana banyak warga muslim di Rio baru memeluk dan belajar Islam. Di media resmi mereka sbmrj.org.br dan di Journal Nurul Islam diberikan pengertian bahawa Ramadan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Di dalamnya ada ibadah puasa yang merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Diberi pengertian bahawa saat orang berpuasa mesti menahan diri tidak makan dan minum dari pagi hingga petang. Juga dilarang merokok dan berhubungan antara suami-isteri (kecuali sebelah malam). Puasa juga diterangkan sebagai ubat bagi badan dan jiwa. Orang tua yang uzur dan tengah sakit dibolehkan tidak berpuasa. Makna batin puasa juga disampaikan sebagai sarana melatih kesabaran dan keihklasan. Sungguh sebuah penjelasan yang jernih. 

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Di Croatia, Masjid Terindah Di Eropah Dibina

SEBUAH masjid berwarna perak yang juga berfungsi sebagai Pusat Islam telah berdiri di Rijeka, Croatia Mei lalu. Ini bukan masjid biasa sebab masjid ini disebut-sebut sebagai yang terindah di Eropah. Masjid ini memiliki menara setinggi 23 meter yang melengkung indah. Cahaya akan mencuat di hujung menara saat malam tiba membuatnya bagaikan mercu tanda yang mempesona. Memberi sinar dan arah, juga seperti memandangi hamparan laut di teluk Kvarner. Bagi warga muslim Rijeka sangat bergembira dengan dirasmikannya masjid ini. Setelah menunggu sekian lama, akhirnya, mereka memiliki tempat melaksanakan solat berjemaah. Bergembira pula saudara muslim dari negara tetangga mereka, Bosnia Herzegovina. Mereka datang berduyun-duyun ke masjid ini. Walau panas terik langit pesisir menerpa wajah, mereka tak surut. Beberapa orang tua-tua mengatasi panas dengan mengembangkan payung. Sementara senyum terus mengembang di wajah mereka. “Masjid ini teramat penting. Anak saya akan bermain di taman masjid ini,” ujar Sadmir Kukuruzovic yang kerjayanya sebagai pemandu lori kepada AFP. Sekitar 20 ribu muslim berkumpul saat masjid ini dirasmikan 4 Mei 2013 lalu. Mereka menikmati keindahan masjid, juga pantai Adriatik yang mempesona. Inilah masjid pertama muslim Rijeka. Pertama dan berdiri dengan indah.
Sebelum Masjid Rijeka dirasmikan, Croatia hanya memiliki 2 masjid. Negara Balkan yang terkenal dengan Taman Nasional Danau Plitvice dan Davor Suker ini memiliki masjid di kota Gunja sebagai yang tertua (1960) dan di Zagreb - dibangun tahun 1987 - sebagai yang terbesar. Kedua masjid ini melayani muslim Croatia sehari-hari. Tapi kedua masjid ini sangat jauh jaraknya dari Rijeka yang berada di tepian laut Adriatik yang menjadi bahagian laut Mediteranian. Kota Zagreb yang menjadi ibukota Croatia terletak jauh di daratan, sementara Gunja bersempadan dengan Bosnia. Berdirinya masjid di Rijeka menjadi satu berkah tiada tara bagi muslim Rijeka dan sekitarnya. Menoleh ke belakang, pembangunan masjid ini ternyata sudah dirintis sejak tahun 1968. Tapi saat itu tak ada dana walau rancangan sudah ada. Adalah Dusan Dzamonja yang merancang masjid ini. Dia adalah pematung senior kenamaan Croatia, pemenang Rembrant Prise dari Yayasan Goethe pada tahun 1977. Dusan adalah murid Fran Krsinic, pakar seni patung. Ilham membangun masjid dibincangkan kembali tahun 1982. Tapi lagi-lagi jalan buntu ditemui. 41 tahun kemudian barulah masjid ini mulai dibangunkan. Tepat di tahun 2009 kepastian pembangunan didapat setelah Sultan Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani bersedia membiayai pembangunan. Sultan menyediakan dana 10 juta Euro. Masjid pun dibangun dengan dilengkapi ruang persidangan, rumah tamu, ruangan kelas untuk belajar bagi anak-anak, kantin, bahkan lapangan bola keranjang dan padang bola sepak. Tempat parkir masjid sangat luas dan dilengkapi pula dengan kemudahan serbaguna.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Bercinta Sebelum Berkahwin

PERCINTAAN sebelum perkahwinan menjadi satu trend atau gaya hidup masyarakat Islam akibat dari pengaruh budaya asing dan bukan Islam. Pelbagai istilah telah dinodai oleh penganut ajaran ‘cinta’ ini sehingga perkataan asalnya baik seperti berdua (bercouple) yang asalnya untuk lelaki dan wanita yang telah berkahwin telah dicemarkan dengan penggunaannya kepada maksud remaja/muda mudi atau lelaki dan wanita yang bercinta dan berdua-duaan. Sama seperti perkataan khalwat yang asalnya untuk berkhalwat dengan Allah s.w.t. telah digunakan untuk perkara yang tidak baik iaitu lelaki berdua-duaan/bersunyi-sunyian dengan perempuan yang bukan mahram. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin. Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibnu Majah: no. 1847) Cinta dan kasih di antara dua insan tidak dapat menandingi cinta hasil hubungan perkahwinan yang dibina menurut syarak. Cinta yang tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dianggap sebagai penyakit merbahaya kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Dalam satu hadis mengenai ada tiga perkara seseorang akan dapat merasai kemanisan iman iaitu apabila dia mencintai Allah dan Rasul melebihi cinta kepada dirinya, dia tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah dan dia benci untuk melakukan maksiat sebagaimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka. Justeru itu sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasihnya kepada Allah dan Rasul bertunjang teguh dalam diri. Jika ini berlaku, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya. Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Bermula dengan terpesona dengan wanita atau lelaki. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini terjadi ia merebak kepada temujanji (dating) atau chatting/twitting/facebooking etc. lalu melarat kepada berdua-duaan dan bersunyian, kemudian menjadi lebih mesra, jadi gurauan dan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Para Syahid Remaja Zaman Rasulullah s.a.w.

Berikut ini adalah kisah beberapa pahlawan remaja Islam, yang ikut dalam perang suci tersebut dan mati sebagai syuhada, harapan kami, semoga kisah-kisah penuh siri tauladan ini boleh kita jadikan sebagai pelajaran yang sangat berharga dalam rangka meningkatkan iman dan takwa kepadaNya. Amin.

1. Umair bin Abi Waqqash
Pada tahun kedua hijrah, kaum musyrikin Quraisy melakukan penyerangan kepada kaum muslimin. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mendengar berita ini, bersabdalah baginda kepada para sahabatnya yang telah siap berjihad, “Berangkatlah dan bergembiralah kalian.” Ketika kaum muslimin hendak berangkat ke medan pertempuran Badar, ada seorang remaja berumur enam belas tahun, namanya Umair bin Abi Waqqash, adik sahabat Nabi, Sa’ad bin Abi Waqqash. Secara diam-diam Umair menyusup ke dalam barisan kaum muslimin. Semangat jihad ternyata, bukan hanya bersemi dalam kalbu orang-orang dewasa, melainkan juga pada anak-anak remaja yang masih di bawah umur. Umair bin Abi Waqqash adalah salah satunya. Rupanya, turut sertanya Umair tidak diketahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Sa’ad bin Abi Waqqash melihat wajah adiknya yang bersembunyi, ia bertanya, “Wahai Umair, mengapa engkau bersembunyi?”
“Aku takut kalau Nabi menyuruhku kembali pulang, sedangkan aku ingin mati syahid di medan pertempuran,” jawab si adik. Pada waktu Nabi mengetahui perihal Umair itu, maka baginda segera memanggilnya serta menyuruh dia pulang. Baginda tidak mengizinkan Umair yang masih di bawah umur itu turut berperang. Mendengar larangan tersebut Umair pun menangis sejadi-jadinya. Kerana merasa kasihan, akhirnya Nabi kemudian mengizinkannya turut bertempur. Betapa senangnya Umair setelah mendengar keputusan itu. Bersama pasukan muslimin, Umair tiba di lembah Badar pada tengah malam. Mereka mencari tempat yang strategik dekat mata air. Pada malam itu Allah s.w.t. menurunkan hujan, sehingga pasukan musyrikin menderita kebanjiran dan mengalami kesulitan untuk bergerak maju. Sebaliknya, hujan ini merupakan rahmat bagi pasukan Islam, kerana pasir tempat berpijak tadi bertambah padat sehingga memudahkan mereka bergerak maju. Nabi Muhammad s.a.w. langsung memimpin angkatan perang kaum muslimin. Dalam peperangan ini, baginda telah memerlihatkan kepada pihak musuh, tentang bagaimana Islam mengajarkan akhlak yang tinggi, Nabi memberi izin kepada kaum musyrikin untuk mengambil air minum, dari mata air yang dikuasai oleh pasukan Islam. Dan Nabi pun berpesan kepada pasukannya, agar berlaku baik terhadap para tawanan perang. Pada saat kedua pasukan telah berhadapan dan api peperangan mulai berkobar, Nabi s.a.w. berseru kepada kaum muslimin: “Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi!” Pertempuran berkecamuk dengan hebatnya. Ali bin Abi Thalib r.a. sebagai pembawa panji-panji perang, berada dalam pasukan pasukan berdepan bersama Hamzah bin Abdul Muthalib dan beberapa orang lainnya. Kedua pasukan nampak tidak seimbang. Pasukan Islam hanya sepertiga pasukan musyrikin.
Untuk kesekian kalinya kalimat “Allahu Akhbar” berkumandang membelah arena peperangan. Bergemalah suara takbir bersahut-sahutan, dan Allah pun menurunkan sejumlah malaikat untuk berperang bersama kaum muslimin. Pasukan Islam terus bertempur dengan semangat berkobar-kobar. Dan Umair bin Abi Waqqish, perajurit yang masih di bawah umur itu, tidak pula ketinggalan. Ia menuju ke tengah-tengah medan perang, menghadang dan menyerang setiap musuh yang datang. Akhirnya malaikat pencabut nyawa pun datang menjemput Umair bin Abi Waqqash. Ia gugur sebagai syuhada. Rohnya melayang ke angkasa, menuju syurga yang telah dijanjikanNya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Mengenang Jejak Islam Di Kampung Melayu

KAMPUNG MELAYU, merupakan salah satu wilayah yang cukup terkenal di Jakarta. Ianya seumpama ‘Kampung Baru’ di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Kampung Melayu ini memiliki sejarah yang cukup panjang. Selain itu, di Kampung Melayu juga ada terminal atau perhentian kenderaan awam yang cukup penting di Jakarta Timur. Dari terminal Kampung Melayu ini, baik pendatang mahupun penduduk kota Jakarta, boleh menemukan kenderaan awam (seperti Kopaja, Mikrolet atau bas Transjakarta) yang boleh menghantarkan mereka ke berbagai wilayah di segala penjuru Jakarta, seperti ke Pulo Gadung, Tanah Abang, Tebet, Kampung Rambutan dan bahkan boleh ke luar kota. Dalam kesempatan kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman tentang penelusuran kawasan Kampung Melayu. Sebenarnya, sudah berkali-kali saya melintasi daerah Kampung Melayu ini, sempat transit di terminal pengangkutan awamnya, dan bahkan kadang-kadang singgah kerana memang mengunjungi rumah seorang teman. Hanya saja, kelmarin saya sengaja jalan-jalan ke Kampung Melayu dengan tujuan melihat dari dekat keadaan dan daerah Kampung Melayu, kemudian menelusuri sejarah masa lalu Islam di sana. Saya bermula dari arah Cililitan, meluncur ke arah Jalan Otista, dan berhenti sejenak di terminal Kampung Melayu. Ada banyak pengangkutan awam berjajar di terminal Kampung Melayu. Terminal terlihat ramai. Beberapa bas “Transjakarta” atau yang biasa disebut “Busway” diparkir berbaris di jalur Busway. Saya lihat para penumpang naik-turun dari bas atau kenderaan awam lainnya hendak pergi entah ke mana. Sejenak saya sempat termenung, mengingat peristiwa yang sudah lama berlalu tatkala saya dulu berkunjung ke Jakarta dan sempat ‘transit’ di terminal Kampung Melayu. Kenangan yang sudah berlalu hampir lima belas tahun itu masih terkenang dalam ingatan. Kenangan itu tidak terlupakan kerana waktu itu adalah pengalaman saya pertama kali datang ke Jakarta. Kini, semua sudah berubah pantas. Jakarta lebih padat, dan lebih ‘jem’ yang hampir merata terjadi di seluruh daerah Jakarta – termasuk di kawasan Kampung Melayu ini.

Sejarah Kampung Melayu
Kenapa kawasan yang masuk wilayah Jatinegara itu disebut dengan Kampung Melayu? Jika ditelusuri lebih jauh, di balik penamaan Kampung Melayu itu, sebenarnya, bukanlah sekadar asal memberi nama. Kampung itu disebut Kampung Melayu kerana pada separuh kedua abad ke-17 – menurut sejarahnya dijadikan tempat tinggal atau bermukim bagi orang-orang Melayu. Adapun orang-orang Melayu itu disebutkan berasal dari Semenanjung (Melaka) di bawah pimpinan Kapten Wan Abdul Bagus. Siapa Wan Abdul Bagus itu? Ada satu versi yang mengatakan, ia dikenal sebagai anak Ence Bagus, kelahiran Patani, Selatan Thailand. Wan Abdul Bagus dikenal sebagai perwira yang memiliki dedikasi tinggi kepada Kompeni Belanda. Awalnya, berkerja sebagai juru tulis, lalu diangkat menduduki beberapa jawatan, antara lain juru bahasa dan duta atau utusan. Dalam berbagai peperangan – seperti perang di Jawa Tengah, Perang Banten dan beberapa peperangan lain—dia pun tidak hanya berpangku tangan. Bahkan, dia sempat terluka cukup parah saat menghadapi “pemberontakan Jonker”. Wan Abdul Bagus meninggal di usia 90 tahun, tepat tahun 1716.
Tapi, versi lain mengatakan bahawa kedatangan orang Patani (baik langsung dari Patani mahupun setelah mereka dari Campa/Kemboja) ke Batavia - yang kini dikenal dengan nama Jakarta - sudah berlangsung sejak lama. Menurut versi tersebut, Sunan Gunung Jati (Syeikh Syarif Hidayatullah) disebut-sebut sebagai putera Sultan Umdatuddin bin Saiyid Ali Nurul Alam, Sultan di Campa. Setelah berhasil menguasai Sunda Kelapa (pada 21 Jun 1527 M), orang-orang yang masih memiliki hubungan dengan Sunan Gunung Jati kemudian hijrah ke Betawi [yang sekarang Jakarta]- untuk membantu dan menopang keberhasilan Sunan Gunung Jati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Dalam Masyarakat Manusia Ada Binatang

Mutakhir ini banyak kisah kita baca yang memaparkan mengenai kejadian maksiat berlaku berleluasa disana sini. Kisah datuk rogol cucu, bapa rogol anak, anak berzina dengan ibu sendiri berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan “zina” tanpa segan silu berlaku dimana-mana. Satu kisah lain, bapa mertua berzina dengan menantunya sendiri, manakala ada berita kita baca pasangan bersekedudukan sehingga melahirkan tujuh orang anak. Peristiwa-peristiwa anih ini merupakan seolah-olah macam ganjil, tetapi itulah realitinya yang terjadi dalam masyarakat kita dizaman mutakhir ini. Kita tentulah tidak menduga sama sekali ayah mertua boleh tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan anak menantunya sendiri? Emak berlaku sumbang dengan anak sendiri? Inilah yang disebutkan oleh para bijak pandai bahawa: “Dalam masyarakat binatang tidak ada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, ada binatang.” Kalau ayah mertua boleh mencerobohi anak menantunya sendiri, seorang datuk mencemari cucunya sendiri, bukankah ini masyarakat binatang namanya? Dalam masyarakat manusia lebih-lebih lagi sebagai satu kelompok manusia yang beragama Islam, tentulah kita tidak terfikir akan berlaku perkara-perkara yang mungkar seperti ini. Hanya dalam masyarakat binatang dihutan rimba sahaja berlaku “balon-membalon” sesama sendiri kerana mereka semuanya binatang?
Tetapi kalau hal-hal serupa ini boleh berlaku dalam masyarakat manusia, itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. bahawa dunia ini sudah lanjut usianya dan hampir kepada kemusnahan iaitu “kiamat”. Kisah yang paling memilukan ialah kisah bagaimana seorang anak lelaki yang telah terpisah dengan ibu kandungnya kira-kira 16 dan 17 tahun yang lalu. Tetapi kasih sayang yang mahu dijalin itu, akhirnya menjadi satu “tragedi maksiat” yang menjijikkan dan memalukan. Kisah ini telah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, dan berjaya ditemubual dengan anak lelaki yang malang itu kerana merengkok dalam penjara beberapa bulan kerana melakukan perbuatan yang hina kepada ibu sendiri. Satu kisah lagi ialah seorang ayah merogol anak gadisnya sendiri. Kisah ini heboh kerana kesnya dibawa ke Mahkamah, dan mendapat liputan yang meluas.
Empat orang anak gadisnya dirogol. Kejadian ataupun perbuatan tersebut  dilakukan oleh “Situa keladi” berulang-ulang kali terhadap anak gadisnya sendiri. Apabila kita membaca kisah ini yang tidak bersifat peri kemanusiaan terbayang dimata kita betapa orang-orang jenis ini sama seperti “lembu-lembu” jantan yang menenggek lembu-lembu betina bakanya sendiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Jadikan Setiap Nafasmu Ibadah

SESIAPA yang inginkan kemenangan dunia dan akhirat, janganlah dibiarkan masa berlalu dengan penuh kerugian. Jadikan setiap nafasmu nafas ibadah. Setelah engkau memiliki ilmu tiadalah lagi perkara yang penting melainkan beramal dengan ilmu, berilmu tanpa amal adalah binasa. Janganlah engkau berpaling lagi ke belakang, terus sucikan dirimu untuk menghampiri Tuhanmu sehingga terbuka cahaya hatimu dengan ilmu terus dariNya tanpa perantaraan. Hatimu akan bersinar dengan cahaya makrifat dan engkau memiliki harta yang amat bernilai, harta yang tiada dijual dimaya ini, tiada dimiliki oleh para jutawan dan para raja, harta yang menyebabkan engkau sentiasa tenang dan tiada mengharapkan apa bantuan dari sekelilingmu. Engkau akan diangkat menjadi kekasihNya sehinga segala hajatmu akan dipenuhi, engkau akan dijagaNya sehingga sesesiapa yang menyakitimu akan diisytihar perang ke atasnya. Tiadalah kejayaan yang hakiki melainkan berada dalam taman keredhoan takdirNya, hati yang terang menatap rahsiaNya, hati yang asyik dengan Asma’Nya, hati yang fana dengan kewujudanNya. Apabila engkau benar-benar beramal dan bersungguh bermujahadah dengan penuh keikhlasan, engkau akan dikasihiNya sehingga akan dilimpahkan ke dalam hatimu rahsia di sebalik rahsia. Engkau akan diperlihat hakikat di sebalik syariat, engkau mengenal dirimu dengan pengenalan yang hakiki, bukan diatas hafalan ilmu semata-mata tetapi dengan dzauk dan Penglihatan. Hatimu diberiNya Nur sehingga dengan Nur tersebut akan dapat menyaksikan Rahsia DiriNya. Engkau mencapai makrifat denganNya bukan dengan Guru manusia, Dia sendiri yang akan membisikkan pada sirrmu bahawa “ANA AL-HAQ”, maka tenggelamlah engkau dalam makrifat sehingga engkau tiada melihat tiada segala sesuatu melainkan Ia. Engkau akan melihat bahawa tiada suatu gerak melainkan gerak dariNya, tiada suatu yang maujud melainkan disana ada wujudNya, engkau akan memahami firmanNya; “Di mana kamu hadap disitulah wajah Allah”, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu adalah fakir disisi Allah”, “Di mana kamu berada disitulah Ia berada,” dengan kefahaman yang tiada dimiliki oleh orang biasa. Tafsiran syariat adalah pembukaan sedangkan pentafsiran hakikat dengan dzauk dan pandangan. Tiada akan sama seorang yang melihat permukaan laut dengan mereka yang menyelam ke dasar laut. Tiada sama mereka yang mengenal diriNya pada permukaan zahir dengan mereka yang menyelam ke dalam lautan rahsia diri. Tiada akan sama dengan seorang yang belajar mengenal Tuhan dengan Guru manusia dengan mereka yang mengenal Tuhan dengan Tuhan sendiri. Tiada akan sama mereka yang mengucap La ilaha illallah di alam syariat dengan mereka yang mengucapnya di alam hakikat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

Isteri...Merekalah Bakal Mujahid

Agaknya, tidak usah jauh-jauh menyaksikan mujahid sejati. Tidak usah bernostalgia masa silam di zaman Nabi, tidak perlu mencari-cari sosoknya di medan perang. Cukup lihatlah perempuan yang lekat di hati anda: pasangan anda, isteri anda, saat ia berjuang melahirkan buah hati anda. Bahkan, jauh sebelum saat-saat antara hidup dan mati itu bersua, sembilan bulan sebelumnya ia sudah bertarung demi janin yang dikandungnya itu. Ujian fizik. Ujian emosi. Ujian sosial. Semua merubung batinnya. Menggedor-gedor renik jiwanya. Kerananya, pernahkah anda meyakinkan dirinya bahawa ia tampak lebih cantik saat ia merasa tidak indah lantaran tubuh suburnya? Pernahkah anda mengawal perasaannya ketika mood-nya yang berubah-ubah dalam menghadapi kehamilannya? Pernahkah anda mengamankan jiwanya kala sejumlah wacana di luar dirinya kerap menghantui tidurnya? Itu semua ujian yang berkumpul saat ia mengandung. Itu jihad luarbiasa. Itu tidak mudah. Memang, bukan sesuatu yang anda alami, tapi cubalah bersimpati dalam centang perenangnya hati dan fikiran mereka. Puncak jihad itu tiba: detik-detik melahirkan. Dan inilah ranah yang, sungguh sangat wajar, bila seorang isteri berharap suami tercintanya berada di dekatnya. Pada saat-saat ini, rasa nyeri merayap lambat-lambat -dan lalu berkesinambungan - bukan hanya di perutnya, tapi juga di kalbunya. Keletihan yang melandanya bukan hanya melanda fiziknya, tapi juga sanubarinya.
Pada saat itulah: orang-orang terdekat dalam hidupnya, terutama suami, menjadi pelipur jihadnya. Ia perlu pasangan yang mendampingi perjuangannya untuk mengeluarkan insan kecil dari rahimnya. Sentuhan kasih sayang anda sebagai suami, percakapan menenangkan dengan anda, adalah senjata baginya untuk memenangkan jihad melahirkan. Tak aneh, bila perempuan yang meninggal dunia kerana melahirkan disejajarkan sebagai salah satu syuhada. Nyawanya adalah nyawa mujahid. Pertempuranya adalah pertempuran lahir dan batin. Medan laganya adalah medan raga dan jiwa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...