Thursday, October 10, 2013

Dalam Masyarakat Manusia Ada Binatang

Mutakhir ini banyak kisah kita baca yang memaparkan mengenai kejadian maksiat berlaku berleluasa disana sini. Kisah datuk rogol cucu, bapa rogol anak, anak berzina dengan ibu sendiri berlaku dalam masyarakat kita. Perbuatan “zina” tanpa segan silu berlaku dimana-mana. Satu kisah lain, bapa mertua berzina dengan menantunya sendiri, manakala ada berita kita baca pasangan bersekedudukan sehingga melahirkan tujuh orang anak. Peristiwa-peristiwa anih ini merupakan seolah-olah macam ganjil, tetapi itulah realitinya yang terjadi dalam masyarakat kita dizaman mutakhir ini. Kita tentulah tidak menduga sama sekali ayah mertua boleh tergamak melakukan perbuatan terkutuk dengan anak menantunya sendiri? Emak berlaku sumbang dengan anak sendiri? Inilah yang disebutkan oleh para bijak pandai bahawa: “Dalam masyarakat binatang tidak ada manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, ada binatang.” Kalau ayah mertua boleh mencerobohi anak menantunya sendiri, seorang datuk mencemari cucunya sendiri, bukankah ini masyarakat binatang namanya? Dalam masyarakat manusia lebih-lebih lagi sebagai satu kelompok manusia yang beragama Islam, tentulah kita tidak terfikir akan berlaku perkara-perkara yang mungkar seperti ini. Hanya dalam masyarakat binatang dihutan rimba sahaja berlaku “balon-membalon” sesama sendiri kerana mereka semuanya binatang?
Tetapi kalau hal-hal serupa ini boleh berlaku dalam masyarakat manusia, itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. bahawa dunia ini sudah lanjut usianya dan hampir kepada kemusnahan iaitu “kiamat”. Kisah yang paling memilukan ialah kisah bagaimana seorang anak lelaki yang telah terpisah dengan ibu kandungnya kira-kira 16 dan 17 tahun yang lalu. Tetapi kasih sayang yang mahu dijalin itu, akhirnya menjadi satu “tragedi maksiat” yang menjijikkan dan memalukan. Kisah ini telah disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan, dan berjaya ditemubual dengan anak lelaki yang malang itu kerana merengkok dalam penjara beberapa bulan kerana melakukan perbuatan yang hina kepada ibu sendiri. Satu kisah lagi ialah seorang ayah merogol anak gadisnya sendiri. Kisah ini heboh kerana kesnya dibawa ke Mahkamah, dan mendapat liputan yang meluas.
Empat orang anak gadisnya dirogol. Kejadian ataupun perbuatan tersebut  dilakukan oleh “Situa keladi” berulang-ulang kali terhadap anak gadisnya sendiri. Apabila kita membaca kisah ini yang tidak bersifat peri kemanusiaan terbayang dimata kita betapa orang-orang jenis ini sama seperti “lembu-lembu” jantan yang menenggek lembu-lembu betina bakanya sendiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2013 di pasaran...

No comments: