Wednesday, March 13, 2013

Hidayah Keluaran Mac 2013

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Mac 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Mac 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari Mac 2013















Hidayah Mac 2013

Hidayah keluaran Mac 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bulan Mac terus menjengok kita dan akan berlalu jua bulan Rabiulakhir. Masa bergerak pantas dan terus mengejar kita. Antara bulan-bulan mendatang ini, negara kita akan mencipta sejarah bakal menghadapi pilihan raya yang kian dekat. Kita sebagai rakyat perlu bertanggungjawab menyahut tanggungjawab memenuhi amalan demokrasi yang kita amalkan selama ini. Bagi generasi muda yang pertamakali atau sekian kalinya menjadi ‘pengundi’ hendaklah melaksanakan tugas anda menurut sewajarnya. Hendaklah diingatkan bahawa apa yang akan anda undi nanti akan menjadi penentu masa depan bangsa dan negara. Hendaklah diingatkan juga bahawa ‘undi’ anda itu juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Jangan tersalah memilih pimpinan yang akan menentukan nasib negara dalam tempoh lima tahun akan datang. Sedangkan dalam memilih ‘Imam Solat’ untuk tempoh lima minit atau lebih sikit kita begitu berhati-hati, apatahlagi dalam memilih ‘pimpinan negara’ untuk jangka waktu bertahun-tahun itu. Semoga negara kita akan terus melangkah menjadi negara maju pada tahun 2020 nanti. Dalam pada itu, Hidayah juga terus maju menemui anda. Dalam tempoh berbelas tahun ini kita sering bertemu setiap keluaran. Kami amat bersyukur dalam kesederhanaan majalah ini ianya terus diterima oleh para pembaca di Malaysia khususnya dan terus berkembang di Indonesia, Brunei dan Singapura. Ianya merupakan satu pencapaian yang unik tanpa sebarang sokongan publisiti yang hebat. Pembaca yang pernah memegang dan menatap hidayah akan dapat merasai keistimewaan majalah ini. Kami merasai puas matlamat ‘berdakwah melalui pembacaan’ dapat diterima oleh pembaca semua, alhamdulilah. 

Pengarang,
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Pengaruh Cinta Kepada Allah s.w.t.

BERKAT cinta kepada Allah s.w.t. sangatlah banyak. Jika ini muncul di hati seseorang, ia akan mencerahkannya dari kepala hingga hujung kaki. Berikut beberapa contoh dan keterangan secara ringkas mengenai hal tersebut... Wajah seseorang yang mencintai Allah s.w.t. memancarkan cahaya spiritual. Hati orang-orang biasa yang kusut menjadi pudar, ketika melihat sekilas wajah seperti ini. Suatu ketika, sekelompok orang Hindu masuk agama Islam. Saat ditanya mengapa berpindah agama? Mereka menunjuk wajah ‘Allamah Anwar Syah Kasymiri. Salah seorang dari mereka lalu berkata,”Wajah ini, tidak mungkin wajah seorang pembohong. Kerana dia seorang muslim, maka kami pun mengikuti menjadi muslim.”
Syeikh Ghulem Habib, yang kemudian dikenal sebagai “Mursyid Al-‘Alam”, suatu ketika di halaman Kaabah yang suci menatap ke wajah Maulana Qari Muhammad Thayyib. Beliau kemudian menyalaminya dan berkata, “Bagaimana anda memperolehi wajah demikian bersinar?” Maulana Qari tersenyum dan menjawab: “Aku tidak menghasilkannya sendiri, guru spiritualku (Syeikh) yang menghasilkannya.” Suatu hari ‘Abdullah Ibnu Salam, seorang rahib Yahudi terkenal, mendatangi Nabi Muhammad s.a.w. untuk menanyakan tiga persoalan. Tetapi setelah dia melihat wajah Nabi s.a.w., sang rahib masuk Islam. Seseorang lalu bertanya kepada rahib tersebut, apa yang menyebabkannya mengalihkan diri dari tujuan semula. Ia menunjuk wajah Nabi s.a.w. yang bersinar dan mengatakan, “Demi Allah, wajah ini bukanlah wajah seorang pembohong.”
Ketika sebahagian penguasa dari golongan tabi’in mengutus delegasi untuk mengumpulkan jizyah dari orang-orang kafir, ternyata mereka menolak untuk membayar. Salah seorang utusan lalu bertanya, “Mengapa anda menolak membayar kepada kami? Padahal anda membayar jizyah kepada pendahulu kami?” Seorang kafir menjawab: “Ketika para pendahulu anda datang, pakaian mereka kuno dan sobek, rambut mereka terurai, dan mata mereka dilintasi cahaya kerana ibadah sepanjang malam. Wajah mereka begitu membangkitkan rasa hormat sehingga mata kami tak sanggup memandangnya. “Adapun sifat-sifat anda tidak seperti mereka, juga tidak adil. Pergilah, kami tidak akan memberi apa-apa.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Derita Jenazah Samseng: Terperosok Ke Sungai

HARI itu memang terik dan panasnya menyengat. Kumandang azan zuhur mulai terdengar. Jelas dan lantang. Sekelompok orang berbondong-bondong menghampiri surau. Kali ini tak seperti biasa. Surau yang biasanya diisi segelintir orang di waktu solat zuhur, ketika itu hampir memenuhi ruangan surau berukuran sekitar 10 m x 8 m saja itu. Bahkan, biasanya, di kala waktu zuhur tiba tak seorang pun solat berjemaah di surau itu. Sepi. Tapi, kali ini berbeda. Jemaah yang berdatangan tidak hanya solat berjemaah, tapi juga hendak melakukan sembahyang jenazah Siswono, yang meninggal dunia malam tadi. Siswono, (tentu saja ini hanya nama samaran), adalah pemuda berusia 30an kelahiran di Kampung Cendana [juga nama samaran], suatu perkampungan kecil di hujung barat Pulau Jawa. Ia dikhabarkan meninggal dunia akibat penyakit jantung yang ia deritai. Pemuda yang baru setahun berkahwin itu meninggalkan seorang isteri. Selama pernikahannya ia belum dikurniai anak. Setelah solat zuhur, jemaah tidak langsung keluar dari surau. Mereka menunggu jenazah Siswono di surau tersebut. Letak rumah si mati dengan surau tidaklah jauh sangat. Hanya sekitar 50 meter. Jadi, tak perlu menyewa kenderaan jenazah untuk mengangkat jenazah ke surau itu. Benar pun. Tak berapa lama kemudian, rombongan pengiring jenazah tiba di surau. Jenazah Siswono langsung disambut dengan baik. Keranda sederhana yang digunakan untuk mengangkat jasad Siswono dipanggul oleh enam orang pemuda. Pemuda-pemuda itu berbadan gagah dan kuat. Mereka adalah rakan kerja arwah.
Keranda jenazah beserta isinya langsung masuk ke ruang surau dan diletakkan di barisan depan. Beberapa orang kampung termasuk imam, bilal dan siak sudah hadir sejak tadi, mereka tadinya tak ketinggalan bersama-sama sembahyang zuhur berjemaah. Tanpa menunggu lama, jemaah langsung membentuk shaf (barisan) solat. Namun, sebelum solat jenazah dimulai, salah seorang anggota keluarga si mati maju ke depan dan memulakan ucapan ringkas. “Bapa-bapa dan saudara-saudara yang kami hormati. Hari ini saya mewakili keluarga, memohon keikhlasannya untuk mensolatkan adik saya, Siswono, dan menghantarkannya hingga ke tanah perkuburan. Apabila ada kesalahan yang diperbuat oleh si mati, kami mohon dibukakan pintu maafnya. Apabila ada kaitan dengan hutang-piutang, maka silakan menemui keluarga kami. Terima kasih,” pinta salah seorang keluarga si mati itu. Seorang pemimpin agama langsung bertindak sebagai imam setelah diberi isyarat oleh salah seorang anggota keluarga. Solat pun dilaksanakan dan diakhiri dengan doa bersama. Selesai berdoa, enam pemuda yang mulanya memang bertugas mengangkat keranda jenazah, tanpa diberi isyarat langsung maju dan mengangkat keranda jenazah tersebut. Sebahagian jemaah pulang dan sebahagian lagi ikut menghantarkan jenazah ke tanah perkuburan. Letak antara tanah perkuburan dengan surau dikira agak jauh juga. Perlu ditempuh sekitar 1 km dengan berjalan kaki. Di samping agak jauh, jalan menuju ke sana juga mesti melalui jalan kecil, menempuh tebing dan kawasan persawahan. Lokasi perkampungan tersebut memang berada di lokasi pergunungan dan persawahan. Mata pencarian para penduduk juga bersumberkan dari tanah dusun buah-buahan dan persawahan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Derita Belakang Berlubang Menjelang Ajal

KITA boleh sebut saja namanya Sudrajat, 35. Lelaki ini berwajah tampan, berbadan tegap, dan gagah. Dia sudah beristeri dan dikurniai tiga orang anak. Keluarganya hidup sederhana di sebuah kampung di Jawa Barat. Sudrajat melakukan berbagai pekerjaan untuk menyara keluarganya. Berganti-ganti. Sekejap buat itu, sekejap lagi buat ini. Sebab terkadang satu-satu pekerjaan tak menghasilkan pendapatan yang memuaskannya. Suatu ketika, dia mesti meninggalkan kampungnya; pergi ke kota Bandung. Dia mendapat peluang berjualan sebagai peniaga kecil menjual makanan seperti kacang goreng, kacang rebus dan lain-lainnya. Usahanya itu agak berjaya. Namun dia sudah mendapat ujian yang menggoda nafsunya: dia tergoda dengan seorang perempuan yang kemudian membuatnya terlanjur. Sudrajat pun bersekedudukan dengan perempuan itu. Wang hasil jualannya yang tak seberapa pun akhirnya habis kerana skandal itu. Rumahtangganya pun mulai goyah gara-gara perlakuan curangnya itu. Isteri Sudarjat mengetahui hal itu dan kemudian hanya mampu menangis meratap nasib malangnya. Tapi konflik itu perlahan-lahan hilang dan Sudrajat kembali ke kampung halamannya. Dia diterima semula oleh isterinya. Sudrajat lalu mendapat peluang baru: program transmigrasi (penghijrahan). Kerajaan menawarkan program dalam menjayakan transmigrasi kepada penduduk di kampung tempat tinggal Sudrajat ke Kalimantan. Program tersebut semacam projek Felda di Malaysia pada tahun-tahun 60an dulu. Mulanya dia termenung lama sebelum memutuskan mengambil kesempatan itu. “Mungkin inilah jalan untuk aku mengubah nasib,” bisiknyanya. Isterinya menurut saja saat Sudrajat meminta persetujuan. Walaupun anak-anak mereka masih kecil, Sudrajat mengambil risiko. “Ini namanya perjuangan!” ujarnya dalam hati. Maka berangkatlah ia dan keluarganya ke bumi Kalimantan. Sudrajat rupanya serius dengan misinya. Dia bekerja keras mengolah tanah yang disediakan pemerintah untuknya sebanyak 2 hektar. Dia menggarap tanah itu menjadi ladang. Dia menanam kelapa, pisang dan beberapa tanaman lain. Dia bahu-membahu bersama isterinya, walau hidup serba kekurangan. Baginya tanah itu adalah tanah harapannya. Dia akan memanfaatkan semaksima mungkin.
Untuk menambah penghasilannya, Sudrajat juga menternak lembu sebanyak 3 ekor (ini juga diberikan oleh kerajaan). Lembu-lembu itu dia urus dengan tekun. Di Kalimantan itu tak banyak gangguan bererti yang ia dapatkan. Tempat Sudrajat menetap merupakan daerah yang  masih sepi dan jarak dengan kota amat jauh. Jarak antara rumah ke rumah di kampung itu juga sangat jauh. Tapi keadaan itu memberi kesan positif, sebab Sudrajat fokus menggarap tanah dan memelihara lembu-lembunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Gila Di Makkah

LELAKI ini bukan orang sembarangan. Bolehlah anda bayangkan betapa gagah dan bergayanya dia. Sebagai seorang bekas anggota berpangkat dari angkatan bersenjata, dia tentu sangat dihormati di kalangan masyarakat. Belum lagi kalau dia juga seorang yang teguh ekonominya. Tolak tak tumbanglah katakan... Dia pun semakin dihargai di sekitar tempat tinggalnya di Jawa. Sebagai seorang pesara tentera, banyak bidang bisnis yang digalinya. Jawatan yang pernah disandangnya dulu memudahkannya mendapatkan penghasilan setelah tidak lagi aktif dengan tentera. Kerana itu, meski sudah tidak aktif lagi, mereka yang pencen sekarang biasanya hidup dalam serba bercukupan. Keteguhan ekonomi lelaki ini tampak dengan gelar haji yang melekat pada dirinya. Sebuah identiti prestej yang menunjukkan bahawa pelakunya adalah seorang yang punya wang. Meski tidak semua orang dapat naik haji kerana wangnya sendiri, tapi juga pemberian dari orang lain, hadiah dari sebuah syarikat pelanconagan, atau menang undian berhadiah. Dengan gelar ini pula, dia pun semakin dihormati. Meski, kehormatan itu sebenarnya hanya layak dinilai oleh Allah s.w.t. Hanya sayangnya, ia tidak menjadi seorang haji yang dibayangkan banyak orang. Setelah menunaikan haji, ia justeru mengalami “stress” berkepanjangan. Hingga kini, penyakit itu belum sembuh juga dari badannya. Selama enam tahun lebih ia berada dalam ketidakberdayaan. Sebuah hal yang sangat kontra dengan apa yang dia alami saat masih aktif dalam angkatan tentera dulu. Pertanyaannya: kenapa dia boleh mengalami hal yang sangat memilukan ini? Menurut seorang ustaz yang pernah menjadi pembimbing ibadah hajinya, ketika naik haji ada satu atau beberapa perbuatan yang tidak wajar ia lakukan. Kejadian itu bermula ketika ia berada di Kaabah. Usai menunaikan solat di depan Kaabah, dia terus-menerus menggunjing orang (ghibah). “Saya sendiri tidak mendengarnya langsung, ada jemaah yang melaporkan kepada saya,” ujar sang ustaz yang sering menjadi pembimbing ibadah haji ini. Awalnya, tidak terjadi apa-apa dengan lelaki ini. Semuanya berjalan lancar seperti air yang mengalir dari dataran tinggi ke bawah. Seperti halnya perjalanan mereka dari lapangan terbang Juanda ke Jeddah. Semuanya tidak ada aral melintang, hingga sebuah peristiwa di Mina.
Ketika sampai di Mina, lelaki ini mulai berbicara merepek macam ‘orang mengigau’. Kita tahu sendiri kalau seseorang sudah bercakap mengigau. Dia berbicara semahunya. Apa yang dikatakan atau dijawabnya tidak sejalan dengan apa yang disampaikan oleh orang lain. Kadang-kadang dia bercakap sendiri-sendiri, tanpa jelas objek yang dibicarakannya. Begitu juga dengan lelaki ini. Setiap bertemu dengan orang, ia selalu bilang: “Siap pulang!”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Nasihat Semut Kepada Nabi Sulaiman a.s.

Suatu kali Nabi Sulaiman a.s. dan semut berdialog. Dalam dialog itu Nabi Sulaiman minta nasihat kepada semut. “Berilah saya nasihat!” pinta Nabi Sulaiman kepada Semut. “Tahukah engkau mengapa ayahmu dipanggil Daud?” tanya Semut. “Tidak.” “Sebab, dia penyembuh luka hatinya. Tahukah kau mengapa engkau dipanggil Sulaiman?” “Tidak,” jawab Nabi Sulaiman lagi. “Sebab, cara berfikirmu benar sesuai dengan hatimu yang bersih yang diberikan Allah s.w.t. kepadamu. Engkau akan bertemu ayahmu nanti.”  Setelah itu semut berkata, “Tahukah engkau mengapa Allah menundukkan angin untukmu?” “Tidak.” “Aku beritahu, dunia ini semuanya adalah angin.” Nabi Sulaiman pun tersenyum mendengar penjelasan semut seperti itu dan merasa takjub. Setelah itu, semut segera berlalu kepada kaumnya. Sesampainya ia pada kaumnya, semut berkata, “Apakah kalian punya sesuatu untuk dihadiahkan kepada Nabi Allah?” Mereka berkata, “Apa yang layak kita berikan kepadanya? Demi Allah, kami hanya mempunyai satu buah dari buah pohon bidara.”
“Bagus. Berikan kepada saya,” Semut menyambut dengan rasa terharu. Kaumnya mengambil buah dimaksud dan memberikan kepadanya, lalu semut itu berlalu menyeretnya dengan mulutnya. Allah s.w.t. memerintahkan angin untuk menerbangkannya. Ia pun terbang membelah kumpulan manusia, jin, ulama, dan para Nabi yang duduk di permadani hingga kemudian sampai di hadapan Nabi Sulaiman.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Nabi s.a.w. Melihat Wajah Asli Malaikat Jibril a.s.

MALAIKAT Jibril a.s. adalah di antara pemimpin malaikat di langit. Tugasnya adalah menyampaikan “wahyu” kepada para Rasul yang di utus oleh Allah di muka bumi ini. Dalam menyampaikan wahyu itu malaikat Jibril ini tidak pernah dilihat oleh Rasulullah s.a.w. dalam bentuknya yang asli. Dalam suatu peristiwa Malaikat Jibril turun menemui Nabi s.a.w. untuk mengajar agama Allah untuk disampaikan kepada kita semua, Jibril bertemu dengan mermakai pakaian serba putih. Ketika itu, Nabi s.a.w. sedang bersama-sama para sahabatnya membincangkan masalah Islam. Para sahabat hairan kerana orang yang datang itu tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini. Setelah mengajar, orang itu pun pergi. Para sahabat bertanya: “Siapakah orang itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Itulah Malaikat Jibril yang mengajar kita agama.”
Pada suatu waktu yang lain Nabi s.a.w. bertemu dengan Malaikat Jibril, dan Nabi menyatakan hasratnya ingin melihat Jibril dalam bentuknya yang asli. Baginda Nabi jatuh pengsan sebaik saja dapat melihat wajah Malaikat Jibril yang asli. Ikutilah nukilan-nukilan dari hadis-hadis Nabi yang sahih mengenai bab ini.
Hamzah bin Abdul Muthallib berkata: “Wahai Rasulullah, perlihatkan kepadaku Jibril dalam rupanya yang asli!’ beliau menjawab: ‘Sesungguhnya kamu benar-benar tidak akan mampu melihatnya.
Dia berkata: “Tidak apa-apa, perlihatkan dia kepadaku. Beliau bersabda: “Duduklah!” Lalu Jibril duduk di atas sebuah kayu di Kaabah, dan Nabi s.a.w. bersabda kepada Hamzah: “Bukalah matamu, lalu lihatlah!” dia membuka matanya dan melihat kedua kaki Jibril seperti batu permata yang hijau. Dia pun jatuh pengsan.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Sa’d dan al-Baihaqi dalam ad-Dala’il dari Ammar bin Abi Ammar) “Rasulullah s.a.w. pernah meminta Jibril untuk memperlihatkan kepadanya rupanya yang asli. Jibril berkata: “Sesungguhnya aku ingin engkau melakukannya.” Lalu beliau keluar menuju Mushalla pada malam bulan purnama, dan Jibril mendatanginya dalam rupanya yang asli sehingga menakutkan Rasulullah s.a.w. ketika melihatnya, baginda pun pengsan. Sedangkan Jibril menjadi penopang beliau dan meletakkan salah satu tangannya pada dadanya dan tangan lainnya di antara kedua bahunya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak pernah aku melihat makhluk seperti ini. Jibril berkata: “Lalu bagaimanakah kiranya bila engkau melihat Israfil. Sesungguhnya dia memiliki dua belas sayap, satu sayap di timur dan satu sayap lagi di barat. Arsy itu berada di atas bahunya. Dengan keagungan Allah dia terkadang mengecil sampai menjadi seperti pipit (burung kecil) sehingga tidak dapat memikul Arsy kecuali dengan keagunganNya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak dalam az-Zuhd dari Ibn Syihab) Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Jibril benar-benar biasa mendatangiku seperti seseorang mendatangi sahabatnya dalam kain (pakaian) yang putih yang dipenuhi dengan mutiara dan yakut. Kepalanya seperti gunung, rambutnya seperti batu merjan, warnanya seperti ais, jubahnya sangat bagus, sinar bukit-bukit, padanya ada dua selempang dari mutiara yang tersusun, kedua sayapnya hijau, kedua kakinya terbenam di langit, dan bentuk yang diberikan padanya memenuhi seluruh cakrawala.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Bagaimanakah Jujur Kepada Allah Itu?

BUKAN kebetulan jika peribadi menonjol dari Nabi s.a.w. adalah kejujuran. Ya, kejujuran membawa Nabi Muhammad s.a.w. tak hanya memiliki tempat mulia di kalangan masyarakatnya dahulu, tapi juga membuatnya memiliki kualiti kenabian dan kewalian yang teramat khusus. Bagi kita, umatnya, sudah tentu itu adalah teladan mulia yang jangan dianggap remeh. Al-Ghazali menyebut kualiti kejujuran ini sambil menyebut al-Quran surat al-Ahzab ayat 33. Orang beriman adalah “...Orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah...”. Menurut Quraish Shihab, yang dimaksud adalah orang yang berjuang di jalan Allah dan menjalani hidup dengan mematuhi Allah dan RasulNya. Ayat ini adalah penghormatan bagi para syuhada yang gugur di medan perang seperti Hamzah bin Abdul Muthallib, Mush’ab bin Umar, Abdullah bin Jahsy, Sa’id bin Rabi’ dan banyak lagi. Mereka itulah contoh orang-orang jujur. Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim bahawa kejujuran itu membawa kebajikan dan siapa yang jujur akan ditulis di sisi Allah sebagai orang jujur dan mendapat syurga. Sementara yang tidak, akan mendapat sebaliknya, menuai keburukan, neraka, dan akan ditulis di sisi Allah sebagai pembohong. Al-Quran banyak sekali menyatakan tingginya kualiti orang yang jujur. Di surat Maryam boleh kita temui tiga ayat yang menyatakan kejujuran tiga Nabi, yakni Ibrahim a.s. (ayat 41), Ismail a.s. (54) dan Idris a.s. (56). Mereka disebut sebagai orang jujur, orang yang menepati janji, dan sangat benar lagi membenarkan. Wajar kemudian para sufi mengajarkan hal ini dalam kitab-kitab mereka dan memperingati keras siapa saja yang ingin menempuh jalan kesucian untuk berlaku jujur. Jujur ini adalah jujur kepada Allah, kepada diri dan kepada manusia yang lainnya. Abdullah bin Ramli pernah bermimpi bertemu Manshur ad-Danuri yang berkata bahawa ia memperoleh nikmat dan ampunan yang tak terbayangkan sebelumnya.  “Apa yang terbaik yang boleh dipersembahkan seorang hamba ke sisi Tuhannya?” ujar Ramli.  “Yang terbaik adalah kejujuran dan yang terburuk adalah kebohongan,” ujar Danuri. Muhammad bin Ali al-Kinani menyebut kejujuran adalah otaknya agama,  kebenaran adalah tubuhnya dan keadilan adalah hatinya. Sufyan ats-Tsauri menukil surat Az-Zumar ayat 60 yang menyatakan di hari kiamat akan ditemui orang-orang yang bermuka hitam. Sufyan menyebut itulah orang-orang yang mengaku mencintai Allah tapi tak jujur.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...

Kisah Nabi Ismail a.s. Dan Kedua Isterinya

LELAKI mulia itu memang sudah tua. Tapi, dia masih mampu berjalan cukup jauh, melintasi gurun pasir dan perbukitan untuk berkunjung ke Tanah Suci, Makkah; berkunjung ke rumah Nabi Ismail a.s.  Matahari siang itu membuat peluh lelaki mulia itu menitis, ketika dia sampai di rumah Nabi Ismail. Dia menyeka peluhnya dan menarik nafas panjang. Ada perasaan lega setelah menempuh perjalanan jauh dan mencabar itu akhirnya dia sampai juga di sebuah rumah sederhana tersebut. Lelaki mulia itu mengucapkan salam. Seorang wanita muda membukakan pintu, dan menyambut kehadirannya dengan kaku. Maklum, sebelumnya, dia tidak pernah melihat dan mengenali lelaki mulia itu. Kala itu, Hajar sudah meninggal dunia, dan lelaki itu menanyakan keadaan Nabi Ismail. “Dia sedang keluar mencari nafkah buat kami,” jawab wanita itu - yang dalam sebuah riwayat disebutkan bernama Ammarah binti Sa`ad. “Bagaimana kehidupan kalian berdua?” tanya lelaki mulia itu dengan santun dan penuh perhatian. “Kami hidup dalam kesusahan dan penderitaan,” jawab isteri Nabi Ismail, dengan wajah getir. Dan wanita itu bercerita tanpa ada rasa sesal ketika ia membuka aib dan kekurangan keluarga di hadapan orang yang tak dikenalinya. Setelah mendengar jawapan dari wanita itu, lelaki mulia itu digulung rasa kesedihan. Tetapi, dia merasa tak perlu bertanya lebih jauh lagi. Dia sudah memiliki gambaran dari jawapan wanita itu, kemudian meminta diri untuk pulang. “Jika suamimu nanti sudah pulang, tolong sampaikan salamku kepadanya. Juga, sampaikan kepadanya agar dia mengganti daun pintu!” Isteri Nabi Ismail berjanji akan mengingat dan menyampaikan pesanan itu, jika nanti Nabi Ismail pulang ke rumah. Tetapi, ia sama sekali tidak tahu jika pesan itu sebenarnya sebuah perumpamaan sahaja. Setelah hari hampir senja, Nabi Ismail baru sampai ke rumah. “Apakah tadi ada seseorang yang datang ke rumah kita?” “Ya, tadi rumah kita kedatangan seorang tetamu lelaki yang sudah tua,” jawab isteri Nabi Ismail, seraya menerangkan ciri-ciri tetamu yang datang itu. “Bahkan, dia juga menanyakan tentang keadaanmu, dan aku telah menjawab sebagaimana adanya.” Nabi Ismail berusaha meneka siapakah tetamu yang datang ke rumahnya dan bertemu dengan isterinya itu. Tapi dari gambaran dan keterangan yang diberikan oleh isterinya itu, Nabi Ismail yakin bahawa tetamu yang datang itu tidak lain adalah seseorang yang dekat, bahkan cukup mengenal Nabi Ismail lebih dari siapa pun. Nabi Ismail tidak ragu-ragu dengan tetamu itu. “Tamu tadi juga menanyakan tentang kehidupan kita, dan aku telah memberitahukannya jika kehidupan kita sedang susah dan menderita,” jelas isterinya. “Apakah dia mewasiatkan sesuatu?”
“Ya, tetamu itu mewasiatkan agar engkau menggantikan daun pintu rumah kita.” “Sebenarnya, yang datang itu adalah ayahku.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...


Kisah Air Mata Di Janggut Raja

SEMAKIN nyata kebenaran Islam, semakin keras pula perlawanan dan ujian yang dihadapi. Sekalipun sudah mulai banyak tokoh-tokoh di Makkah yang menjadi muslim, tetap saja mereka tertekan kerana mereka golongan minoriti. Kaum Quraisy sendiri seperti harimau yang terluka melihat perkembangan Islam. Mereka gusar dan makin tak menggunakan fikiran yang sihat. Menekan, menindas, mengancam, menyeksa dan melakukan banyak hal buruk lainnya. Inilah yang memunculkan idea di benak Nabi s.a.w. agar kaum muslim hidup berpencar (berpisah-pisah pergi). Nabi s.a.w. menyarankan mereka pergi dulu ke satu tempat yang dirasakan beroleh perlindungan dan aman. Tercetuslah nama Abisinia atau Ethiopia. Negeri ini dipimpin Raja Najasyi yang terkenal adil. Raja itu seorang Nasrani yang memiliki hubungan baik dengan orang Arab Makkah. “Tak ada orang dianiaya di sana. Itu bumi yang jujur. Pergilah ke sana sampai nanti Allah memberi kita jalan keluar,” ujar Nabi s.a.w. kepada para sahabatnya. Maka berangkatlah satu rombongan pertama berjumlah 15 orang, sebelas lelaki dan empat wanita. Mereka pergi dengan sembunyi. Rombongan ini lalu diberitakan kembali lagi beberapa waktu setelah dirasa Makkah aman. Tapi saat gejolak kembali terjadi rombongan ini berangkat lagi dengan jumlah lebih besar yakni 80 orang. Ikut dalam rombongan ini Uthman bin Affan r.a. dan isterinya Ruqayah, puteri Nabi. Ikut pula Mush’ab bin Abd al-Dar, seorang pemuda cerdas.  Rombongan itu sendiri dipimpin Ja’far bin Abu Thalib. Orang-orang ini, terutama Ja’far, menjadi tonggak kelompok muslim di pengasingan. Ja’far terkenal salih dan ia cukup baik berdiplomasi. Nabi s.a.w. sendiri pernah memujinya, “Kau sepertiku dalam penampilan dan kelakuan,”ujar Nabi s.a.w. kepada Ja’far. Rombongan ini diterima baik oleh Raja Najasyi. Mereka hidup aman dan terlindungi. Tapi Quraisy tak senang melihat itu. Mereka takut komuniti itu menjadi besar dan kelak jadi bahaya. Mereka lalu mengutus seseorang untuk meminta Raja Najasyi memulangkan kaum muslim itu ke Makkah. Siasat disusun, diplomasi diatur, dan seorang ahli strategi dipersiapkan. Dialah Amr bin ‘Ash dibantu Abdullah bin Abi Rabi’ah.

Air Mata Raja
Kepada Najasyi dan kepada para pembesar istana mereka mempersembahkan hadiah-hadiah dengan maksud supaya mereka sudi mencabut hak perlindungan dan mengembalikan orang-orang yang hijrah dari Makkah itu kepada kaum Quraisy. “Paduka Raja, mereka ini adalah orang-orang kami yang tak punya malu. Mereka meninggalkan agama bangsanya dan tidak pula menganut agama paduka. Mereka membawa agama yang mereka ciptakan sendiri, yang tidak kami kenal dan tidak juga paduka kenal. Kami diutus oleh para pemimpin orang-orang itu, ibu bapa dan bapa-bapa saudara mereka, supaya paduka sudi mengembalikan orang-orang itu kepada kami. Mereka adalah orang-orang cemar,” ujar Amr bin ‘Ash. Saat itu boleh dikatakan, ganjalan misi Amr bin ‘Ash memang hanya raja. Beberapa pembesar sudah dilobi dan diberi hadiah agar membantu memuluskan misi Amr bin ‘Ash ini. Para pembesar itu sepakat dan sudah mencuba berbicara kepada Raja Najasyi agar mengabulkan permintaan Amr bin ‘Ash. Tapi Raja Najasyi memang peribadi yang luhur. Ia menolak dengan tegas kerana ia sudah mengikat perjanjian melindungi siapapun yang meminta suaka ke negerinya. Namun, demi mendengar perkhabaran Amr tadi, ia termenung. Dia lalu memerintahkan memanggil kaum muslimin.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Rohana Kudus Pejuang Pembebasan Kaum Muslimah

Rohana Kudus lahir di Koto Gadang, Kabupaten Agam, Sumatera Barat, pada 20 Disember 1884. Dia lahir dari pasangan Mohamad Rasjad Maharadja Soetan dan Kiam. Rohana terbilang memiliki hubungan keluarga dengan sejumlah tokoh pergerakan kemerdekaan Indonesia. Dia adalah kakak tiri kepada Soetan Sjahrir, bekas Perdana Menteri Indonesia pertama. Dia juga ibu saudara dari penyair terkenal Chairil Anwar. Bahkan, dia pun saudara sepupuan dengan H. Agus Salim. Hubungan darah yang begitu dekat dengan tokoh pejuang kemerdekaan inilah, mungkin yang menginspirasi darah pejuangnya. Rohana hidup di zaman perjuangan yang begitu sulit. Dia sezaman dengan RA. Kartini, di mana akses perempuan untuk mendapat pendidikan yang baik sangat terbatas. Kerana keadaan perempuan yang tidak berimbang dengan lelaki inilah yang menghantarkannya pada perjuangan mengangkat darjat dan martabat kaum wanita. Dia dikenal sebagai pengasas akhbar perempuan pertama di Indonesia. Di masa hidupnya, Rohana memiliki komitmen kuat pada pendidikan, terutama untuk kaum perempuan. Di zamannya Rohana termasuk salah satu dari segelintir perempuan yang percaya bahawa diskriminasi terhadap perempuan, termasuk kesempatan untuk mendapat pendidikan adalah tindakan tidak adil dan harus ditentang. Dengan kecerdasan, keberanian, pengorbanan serta perjuangannya, Rohana melawan ketidakadilan tersebut untuk perubahan nasib kaum perempuan.
Walaupun Rohana tidak mendapat pendidikan secara formal, namun ia rajin belajar dengan ayahnya, seorang pegawai pemerintah Belanda yang selalu membawakan Rohana bahan-bahan bacaan dari pejabat. Keinginan dan semangat belajarnya yang tinggi membuat Rohana cepat menguasai apa-apa yang diajarkan oleh ayahnya. Di usia yang masih sangat muda, Rohana sudah dapat menulis dan membaca, dan berbahasa Belanda. Selain itu, ia juga belajar bahasa Arab, Latin, dan Arab-Melayu. Itu merupakan satu pencapaiannya yang hebat bagi seorang remaja perempuan kala itu. Saat ayahnya ditugaskan ke Alahan Panjang, Rohana tinggal berjiran dengan pegawai Belanda yang menjadi ketua kepada ayahnya. Dari isteri pegawai Belanda itu Rohana belajar menyulam, menjahit, merenda, dan merajut yang merupakan kepandaian atau kemahiran wanita-wanita Belanda. Di sini ia juga banyak membaca majalah terbitan Belanda yang memuat berbagai berita politik, gaya hidup, dan pendidikan di Eropah yang sangat digemari Rohana.
Berbekalkan semangat dan pengetahuan yang dimilikinya setelah kembali ke kampung, dia berkahwin pada usia 24 tahun dengan Abdul Kudus. Rohana kemudiannya mendirikan sekolah kemahiran khusus perempuan pada tarikh 11 Februari 1911 yang diberi nama ‘Sekolah Kerajinan Amai Setia’. Di sekolah ini diajarkan berbagai kemahiran untuk perempuan, kemahiran mengelola kewangan, membaca dan menulis, budi pekerti, pendidikan agama dan pelajaran Bahasa Belanda.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Tempat Belajar Islam Di Kota Manchester

Di England, Manchester lebih terkenal oleh sebahagian besar orang – terlebih bagi mereka yang meminati bola sepak - sebagai kota yang menyimpan setumpuk harapan. Maklum, di kota itulah munculnya gergasi bola sepak yang dikenali dengan panggilan Manchester United (MU). Ianya tidak hanya dikenali di seluruh pelosok negara itu, tetapi juga telah melintasi kota dan negara luar hingga terkenal di seluruh dunia. Setidaknya, dua kelab bola sepak, Manchester United (MU) dan Manchester City yang telah menjawab harapan itu. Selain itu, di kota ini pula, muslim Manchester tampak mula mengeliat. Sebabnya, di kota yang dikenali kerana bola sepaknya telah berdiri The Manchester Islamic Centre (MIC). Tidak berlebihan, berkat keberadaannya The Manchester Islamic Centre itu, ajaran Islam pun menyebar dan mengalami perkembangan di kota Manchester. Sebab The Manchester Islamic Centre itu dicatat sebagai salah satu Islamic Centre tertua di Inggeris yang menempati kawasan yang sangat strategi lantaran berdiri di Burton Road, West Didsbury, Manchester.  Lokasi itu berada di kawasan yang -dapat dikatakan - tersibuk di kota Manchester. Tak salah, jika The Manchester Islamic Centre boleh ditemukan dengan mudah, dan memiliki kemudahan sebagai pusat penyebaran Islam di kota Manchester, Inggeris.  Sejak tertubuhnya, The Manchester Islamic Centre pun menjadi tempat bagi umat Islam di kota Manchester untuk belajar agama Islam, terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam.  Bahkan, mereka boleh datang ke The Manchester Islamic Centre – yang masih berada dalam satu kawasan dengan Masjid Didsbury — untuk mengkaji Islam secara langsung dari sumbernya, yakni al-Quran. Dan The Manchester Islamic Centre terbuka luas bagi siapa pun yang datang dan mahu belajar Islam.

Bekas Bangunan Gereja
Sejarah di balik berdirinya The Manchester Islamic Centre dikatakan unik. Sebab, The Manchester Islamic Centre dan Masjid Didsbury awalnya bangunan sebuah gereja tua, yakni gereja Albert Par Methodist Chapel. Konon, gereja itu dibangun sudah satu abad lebih (sekitar tahun 1883). Tetapi, seiring perjalanan waktu, gereja itu rupanya tidak menarik minat umat Kristian untuk melaksanakan ibadah. Jadinya, gereja itu sepi dari orang ramai. Pada tahun 1962, gereja itu secara resminya ditutup. Lalu, 5 tahun setelah itu, tepat pada 1967, komuniti Arab Syria di kota itu membeli bangunan tersebut, lantas menjadikan bekas bangunan gereja itu sebagai Masjid Didsbury dan sekaligus The Manchester Islamic Centre. Jadi, Masjid Didsbury dan The Manchester Islamic Centre itu sebenarnya satu di antara sekian banyak masjid di Inggeris yang dulu (bekas) bangunan gereja, kemudian dialih peranannya menjadi masjid. Bangunan yang dulunya bekas gereja itu terdiri dari dua bangunan besar, yang pertama digunakan sebagai masjid dan perpustakaan dengan ratusan koleksi buku-buku Islam, sejarah dan budaya – baik dalam bahasa Inggeris mahupun  bahasa Arab hingga buku-buku khusus untuk anak-anak. Ruang perpustakaan di The Manchester Islamic Centre cukup luas dan bahkan dapat dikata memanjakan pengunjung yang mahu meluangkan waktu untuk datang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...

Menjejak Kesan Wali-Wali Allah

ALANGKAH indahnya hidup ini jika kita disinari dengan makrifat Allah. Kita kenal Allah dan Allah sudah tentu kenal kita. Apalah sangat yang menghalang kita dari ‘hijab’ tersebut. Mungkin ego kita, mungkin sombongnya kita, mungkin kelirunya kita dan apa-apa yang serba mungkin..Bukalah dadamu, lapangkan perasaan dan menerawanglah jauh menembusi ‘hijab’ itu agar kau menjadi manusia pilihan. DiletakNya engkau sebaris dengan hamba-hamba pilihanNya yang engkau sendiri merasakan sesuatu yang tidak mungkin. Sebenarnya itu tidak mustahil, hayatilah peristiwa sebilangan para-para wali Allah ini agar jejak mereka diikuti dan amalan mereka dicontohi, InsyaAllah.

AKU HANYA IKUT RENTAK BURUNG
Asy-Syibli yang sedang duduk di bawah sebatang pokok sambil berseru: “Hu..hu..hu..hu..hu..” Akibatnya, orang ramai menyangka bahawa Asy-Syibli telah mengamalkan ajaran sesat kerana berzikir dengan kata-kata yang tidak ada nashnya. “Engkau telah berzikir yang tidak ada nashnya!” kata teman-temannya. “Mana ada?” bantah Asy-Syibli. “Engkau berzikir dengan hu hu hu hu hu…itu dari mana sumbernya?” tanya mereka. “Burung merpati di atas pokok itu telah menyanyi dengan bunyi “ku..ku..ku…..” maka aku mengikuti rentaknya dengan hu..hu..hu..” jawab Asy-Syibli. Beberapa orang teman Asy-Syibli telah datang mengunjungi beliau yang telah dimasukkan ke rumah orang sakit jiwa kerana telah dituduh gila.
“Siapa kalian?” tanya Asy-Syibli. “Kami ini sahabat-sahabatmu...” jawab mereka. Ketika itu juga Asy-Syibli membaling mereka dengan beberapa ketul batu, maka larilah lintang pukang teman-temannya. “Kalian pembohong! Apakah orang yang mengaku sahabat akan lari bertempiaran hanya kerana beberapa ketul batu? Sikapmu ini membuktikan bahawa kamu adalah sahabatmu sendiri, bukan sahabatku.” kata Asy-Syibli.

(Kisah Sufi:) Syaqiq Al-Balkhir
Iktibar dari sebiji tembikai
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.
Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertakwalah engkau kepada Allah dan redholah dengan segala ketentuanNya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2011 di pasaran...

Cerai: Darurat Dan Jalan Terakhir

PERCERAIAN dengan menjatuhkan talak hanya boleh dilakukan apabila usaha-usaha untuk mendamaikan pasangan suami isteri tersebut telah dilakukan semaksima mungkin. Sesungguhnya Islam memberikan peraturan yang ketat terhadap perceraian. Ia merupakan sesuatu yang halal untuk dilakukan tetapi dimurkai Allah s.w.t. Sabda Nabi s.a.w. dalam riwayat Abu Daud, ‘Perbuatan halal yang teramat dibenci Allah ialah thalaq (cerai).’ Dalam kesempatan lain Nabi s.a.w. juga bersabda bahawa: “Aku tidak suka kepada lelaki yang suka kahwin cerai dan perempuan yang suka kahwin cerai.” (HR. Thabrani dan Daruquthni).
Dengan kata lain, perceraian seyugianya hanya menjadi perbuatan yang hendaknya dihindari betapapun agama membolehkannya. Ketatnya syariat (peraturan) tentang talak kerana didasarkan pada penghormatan terhadap ikatan pernikahan. Dalam Al-Quran pernikahan dilukiskan sebagai perjanjian yang agung. Perjanjian ini diletakkan setara dengan perjanjian antara seorang hamba dengan Allah s.w.t. untuk menyebarkan perintah-perintah (syariat) Allah melalui pernikahan. Bukti lain yang menunjukkan ketidaklonggaran syariat terhadap perceraian adalah adanya ketentuan “hakam” atau pihak ketiga yang mendamaikan bila terjadi perseteruan antara suami-isteri. Hakam berguna menjadi penyambung lidah yang baik bagi kedua belah pihak bila memang suami mahupun isteri telah sulit menjalin komunikasi. Amarah memang kerapkali membutakan mata hati sehingga fikiran menjadi keruh. Alih-alih lisan yang terucap pun acapkali memuntahkan belerang kemarahan sehingga api perseteruan terus-menerus tersulut. Dalam pada itu, orang yang semula kita sayangi seakan berubah wujud menjadi sosok asing yang mungkin tidak mengenakkan hati dan pandangan mata. Sebab itu, agama menekankan bilamana pasangan suami isteri sedang berada dalam situasi seperti ini, sebaiknya mencari orang/saudara yang boleh menjadi ‘jambatan’ keduanya untuk berdamai. Selain itu, aturan “iddah” atau masa tunggu bagi isteri sebelum benar-benar sah berpisah dari suaminya menunjukkan bahawa perkahwinan sangat mungkin tetap boleh dipertahankan. Dalam rentang masa tunggu tersebut masing-masing pasangan boleh merenungi kembali biduk rumah tangganya. Apakah keputusan berpisah tersebut hanya emosi sesaat ataukah memang sudah difikirkan buruk baiknya dikemudian hari. Allah s.w.t. berfirman, “Maka tahanlah dengan baik atau lepaslah dengan baik pula.” (QS at-Thalaq: 2) Yang menarik, di saat-saat tersebut isteri masih tetap diberi nafkah dan tinggal dengan suaminya. Status wanita tersebut pun masih sebagai isteri. Dia tidak boleh menikah dengan lelaki lain dan dia pun tidak boleh melangkahkan kakinya keluar dari rumah suami. Suami pun tidak dibolehkan mengusir/menghalau isterinya dari rumah. Mereka layaknya masih seperti suami-isteri yang tinggal dalam satu rumah, hanya saja tidak boleh berhubungan seksual. Sebab dikhuatirkan si isteri akan hamil sedang suami tidak mengakuinya lantaran isteri sudah keburu dicerai usai dia digauli suaminya. Pertemuan fizik itu sebenarnya menjadi ruang terbuka bagi kedua belah pihak untuk kembali merajut keintiman (berbaik smeula). Pihak suami mahupun isteri boleh melakukan refleksi menyeluruh terhadap perjalanan kehidupan rumah tangga dengan fikiran yang lebih tenang, tidak emosional dan jernih. Sehingga pada gilirannya rujuk (kembali) pun sangat memungkinkan akan dilakukan. Allah s.w.t. berfirman, “Dan takutlah kamu kepada Allah, Tuhanmu. Jangan kamu usir mereka itu dari rumah–rumah mereka dan jangan sampai mereka itu keluar rumah, kecuali apabila mereka berbuat kejahatan yang terang–terangan; dan yang demikian itu adalah batas–batas ketentuan Allah, dan barang siapa melanggar batas-batas ketentuan Allah, maka sungguh dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri; kamu tidak tahu barangkali Allah akan mengadakan hal baru sesudah itu.” (QS at-Thalaq: 1)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

'Amar Bin Lahyin: Tokoh Yang Membawa Berhala Ke Kaabah

SEJARAH telah menceritakan bagaimana Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat perintah dari Allah s.w.t. telah pergi ke Makkah membawa isteri dan anaknya Ismail. Sesampainya di Lembah Makkah yang kering kontang itu, Nabi Ibrahim telah meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Di sinilah bermulanya pembukaan Kota Makkah. Setelah Siti Hajar menemui telaga Zam Zam semasa Ismail kecil, menjadi lembah Makkah tumpuan kepada semua Kafilah Arab yang berdagang. Dari Timur ke Barat, dan Utara ke Selatan Kafilah dagang Arab berulang alik membawa barang dagangan mereka, dan Lembah Makkah yang dihuni oleh Isteri Nabi Ibrahim bersama anaknya Ismail tempat persinggahan para pedagang tersebut. Kerana disini terdapat air Zam Zam yang sumber dari Syurga, dan tahun demi tahun semakin ramai orang menghuni kawasan ini.
Ertinya, doa Nabi Ibrahim kepada Allah supaya menjadikan lembah yang kering kontang itu sebagai satu daerah yang makmur yang akan dikunjungi oleh semua pihak. Doa itu dimakbulkan oleh Allah s.w.t., sehinggalah sekarang sebagaimana kita maklumi bahawa daerah Makkah telah menjadi Pusat perdagangan dunia yang paling besar di dunia. Kerana di sini ada Masjidil Haram - sebuah Masjid yang dimuliakan dimuka bumi ini, dan di dalamnya ada Kaabah-Kiblat umat Islam untuk melakukan solat, maka daerah Makkah semakin maju dan pesat membangun. Berabad-abad lamanya tempat itu sentiasa didatangi dan dikunjungi manusia dari segala penjuru Tanah Arab untuk beribadah menyembah Allah, dengan bertawaf, itikaf, rukuk, sujud (solat), dan tempat berkumpul pada waktu-waktu yang tertentu, iaitu dengan mengerjakan ibadah Umrah dan Haji. Tetapi lama kelamaan, berabad-abad kemudian, manusia mulai lupa akan ajaran Ibrahim dan Ismail, mulai membelok dari ajaran Ibrahim dan Ismail, kerana pengaruh perkembangan hidup manusia atau kebudayaan dari abad ke abad. Syariat yang diajarkan Nabi Ibrahim dan Ismail, satu demi satu mereka lupakan. Mereka buat ibadah dengan cara-cara mereka sendiri. Orang mulai menyembah dan menyucikan Allah yang memerintahkan mendirikan Rumah Allah atau Kaabah tersebut. Rumah itulah yang mereka sembah, bukan menyembah Allah. Akhirnya yang berkuasa dan yang memegang kunci Rumah Allah itu adalah seorang yang bernama ‘Amar Bin Lahyin, seorang yang sangat dihormati dan disucikan kerana seorang yang amat sosial. Dialah yang membahagi-bahagikan pakaian, makanan dan minuman kepada setiap orang yang datang berhaji ke Kaabah itu. Pada salah satu musim haji secara jahiliah, ‘Amar Bin Lahyin pernah memotong 10,000 ekor unta dan membahagikan pakaian kepada berpuluh-puluh ribu manusia yang datang berhaji secara jahiliahnya itu. Kerana kebaikannya itu, orang menghormatinya, lalu akhirnya menganggap ‘Amar Bin Lahyin itu seperti Tuhan. Apa yang dikatakannya dikerjakan orang sebagai syariat atau agama. Maka berubahlah agama yang diajarkan Ibrahim dan Ismail. Mereka buatlah Bahirah, Saibah, Washilah dan Ham. Bahirah ialah unta betina yang sudah melahirkan anak sampai lima kali. Unta itu ditandai dengan membelah kupingnya, lalu dihormati dan disucikan, tidak disembelih atau dimakan dagingnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Talkin Yang Menipu Dan Bidaah

ANTARA salah satu usul tarikat (tasawuf) yang penting walaupun mereka berlainan, berbeza wirid dan matlamat ialah: Si murid hendaklah berjanji kepada syeikh tarikat atau khalifah ataupun naibnya akan tetap mengamalkan wirid, bersikap taat dan mahabbah. Selain itu si murid mestilah tetap berada di dalam tarikat yang dimasukinya itu, tidak boleh keluar atau menukar ganti dengan tarikat lain sepanjang hayatnya.
Cara perjanjian itu dibuat ialah dengan si murid menjabat tangan syeikh sambil jarinya mengait erat jari-jari syeikh itu kedua-dua matanya dipejamkan, ketika itu syeikh akan berkata: “Berjanjilah dengan saya bahawa awak akan terus menerus melakukan wirid dengan syarat-syaratnya.” Serentak dengan itu diajarkanlah wirid berkenaan. Dari upacara tradisi inilah mereka meletakkan istilah: “Perjanjian, baiaah, berjabat dan talqin”.
Mereka mengemukakan dalil bagi upacara yang dibuat-buat itu berdasarkan kepada apa yang mereka dakwa dinukilkan dari Ali bin Abi Thalib r.a. yang bermaksud; Kata mereka: ‘Bahawa’ Ali telah bertanya kepada Nabi s.a.w., katanya: “Ya Rasulullah, tunjukkanlah kepada saya jalan yang terdekat dan termudah serta lebih afdhal kepada hamba dalam menuju kepada Allah Taala.” Sabda s.a.w. “Hai Ali, hendaklah engkau mengekalkan berzikir kepada Allah ketika sunyi”. Ali mengulas: “Sampai demikian kiranya kelebihan orang yang berzikir, sedangkan ia semua orang tahu.” Sabda Nabi s.a.w. lagi: “Hai Ali tidak akan berlaku kiamat di bumi selagi ada orang yang menyebut Allah, Allah”.’ Ali bertanya semula: “Macam mana saya hendak berzikir ya Rasululah.” Sabda Rasululah (s.a.w), “pejamkanlah matamu, dengarkanlah dariku tiga kali, kemudian engkau kata tiga kali saya hendak mendengarnya”, lalu Nabi s.a.w. bersabda: “La Ilaha Ilallah” tiga kali sambil memejamkan matanya dan meninggikan suaranya, “Ali mendengar, kemudian ‘Ali mengatakan: “La Ilaha Ilallah” tiga kali sambil memejamkan mata dan meninggikan suaranya, Nabi s.a.w. mendengarnya.” Sebenarnya cerita ini adalah satu pembohongan yang terang-terangan dibuat ke atas Rasulullah s.a.w. dan ke atas Ali bin Abi Thalib  dan juga ke atas seluruh umat Islam. Berasas kepada cerita dusta inilah puak itu telah meletakkan salah satu daripada usul-usul tarikat, iaitu usul perjanjian atau baiah, berjabatan tangan, kait mengait jari dan talkin. Lihatlah saudara pembaca-semoga Allah melindungi saya dan anda dari kejahatan dusta dan bidaah - bagaimana ahli-ahali tarikat, meletakkan usul yang di atasnya tarikat mereka dibangunkan, sedangkan dia lebih hina (rapuh) dari sarang labah-labah, kerana cerita dusta yang murah seperti ini, tidak tergamak lidah orang yang berakal hendak menyebutnya, apa lagi hendak disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. dan kepada Ali bin Abi Thalib, tetapi puak ini tidak merasa rendah diri menyebutkan cerita yang paling buruk dan paling dahsyat sekalipun. Kadang-kadang mereka membuat dalil bagi baiah itu, berdasarkan baiah Rasulullah s.a.w. dengan para sahabatnya, di mana Rasulullah s.a.w. pernah mengikat janji dengan sebahagian mereka, mengenai berjihad dan nasihat bagi setiap yang baru masuk Islam, tetapi alangkah jauhnya yang ini dengan yang itu. Orang-orang salaf tidak menafikan, bahawa boleh si pendidik meminta orang yang dididiknya berjanji membuat taat, meninggalkan mungkar dan berpegang teguh dengan adab sopan sebagai pelajar dengan harapan, ia akan kuat beramal membuat taat kepada Allah dan RasulNya serta meninggalkan apa yang dilarang sehingga tercapai kebahagiaan. Apa yang kami ingkari di sini, ialah menganggap perjanjian itu sebagai usul (dasar) dan jalan yang mesti ditempuhi di dalam agama Allah. Sebab baiah Rasulullah s.a.w. itu samalah dengan baiah orang-orang Islam kemudiannya dengan orang-orang yang bertanggungjawab atas urusan pemerintah mereka, seperti baiah dengan khalifah-khalifah, amir-amir dan imam-imam Muslimin. Baiah ini adalah baiah syar’iyah (perundangan) bukan baiah dan perjanjian untuk taat kepada Allah dan RasulNya (keimanan). Tentu ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ia sudah merupakan beban di bahu setiap orang Islam yang mengucap “La Ilaha Ilallah” dan “Muhammadar Rasulullah”. Sebaik sahaja seseorang hamba mengucap dua kalimah syahadah maka dengan sendirinya dia sudah mubayaah dan mengikat dirinya. Sebenarnya ahli-ahli tasawuf mempunyai tujuan penting tertentu, ketika meletakkan usul ini sebagai usul tarikat, iaitu hendak menguasai roh orang-orang mukmin dan mempengaruhi jiwa mereka, supaya mereka tetap tertawan dan terletak di bawah kekuasaan mereka, sampai bila-bila untuk mereka kendalikan menurut kemahuan nafsu mereka, tanpa ada ikhtiar dan pilihan lagi dari orang itu. Saya pernah melihat ada orang yang berdusta, sanggup bersumpah dengan nama Allah dan sebaliknya tidak berani bersumpah dengan nama syeikh walaupun ia benar. Saya juga pernah bertemu dengan orang yang lebih takut kepada syeikh daripada takutkan Allah s.w.t. Kesimpulannya mengambil janji itu, jika adapun dasarnya pada syarak, iaitu baiah Rasul dan baiah umat Islam kepada imam-imam (pemerintah) mereka, adalah menyimpang dari maksud asal (bersifat syari’), oleh kerana itu, ia adalah salah satu bidaah yang direka dengan tujuan mempergunakan orang-orang awam yang hendak dikuasai jiwa mereka bagi kepentingan syeikh tarikat dan pengikut terdekatnya. Inilah hakikat baiah di dalam tarikat-tarikat tasawuf.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Kehebatan Rasa Takut Kepada Allah

MARTABAT manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumahtangga. Menanamkan sikap yang jujur dan membentuk perangai umat mesti dimulai dengan menanam syakhsiah pada keluarga manakala pembinaan rohani anggota keluarga pula perlu dilaksanakan dengan agama. Ia sebenarnya perlu dimulai dengan menanamkan rasa ”Khauf” atau takut sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (QS As Sajdah: 16) Perkataan “khauf” yang bererti takut telah disentuh di dalam Al Quran sebanyak 134 kali dan perkataan yang sinonim dengannya iaitu “Khasysyah” yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah s.w.t. menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat medan ujian yang mesti ditempuh oleh manusia. Firman Allah s.w.t. tentang perkara tersebut : “Dialah Allah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS Al Mulk: 2) Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam kehidupan kejiwaan manusia. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: (MAN KHAAFA AAMANA), “Barangsiapa yang takut, aman!”
1. Kalau kita tidak takut hujan, kita tidak akan sediakan payung.
2. Apabila kita tidak takut sakit, kita tidak akan berusaha untuk meningkatkan kesihatan kita.
3. Apabila kita tidak takut negara rosak, maka kita tidak perlu memilih pemimpin yang baik. Islam tidak memandang rasa takut yang ada dalam diri manusia sebagai aib yang mesti dihilangkan. Namun demikian, rasa takut akan menjadi sesuatu yang buruk apabila seseorang tidak mampu mengatur dan menyalurkan rasa takutnya, apalagi bila rasa takut itu menjadi halangan kepada apa-apa kemajuan, penghambat kebebasan mengamalkan sunnah dan membiarkan kehormatan dirinya rosak. Ali bin Abi Talib r.a. menasihati kita lagi :
“Kalau kamu bertekad melakukan sesuatu, maka harungilah...kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya.” Jadi, sesungguhnya menunggu datangnya sesuatu, tanpa bersiap sedia dan berbuat sesuatu sebenarnya lebih buruk dari sesuatu yang ditunggu itu sendiri. Oleh kerana itu, lebih baik kita melakukan persiapan dan menyusun kekuatan batin menghadapi sesuatu yang akan datang. Al-Quran telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan juga pada diri hamba-hamba Allah yang salih, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih. Allah s.w.t. berfirman menceritakan peristiwa keluarga Musa a.s. ketika menghadapi kekejaman Firaun yang membunuh setiap anak-anak lelaki yang lahir kerana takut, jika generasi yang lahir itu, akan mengubah kekuasaan yang selama turun temurun telah berada di tangan keturunan Firaun itu. Maka ketika Musa lahir, yang memang dipersiapkan oleh Allah s.w.t. untuk menggantikan kekuasaan Firaun, kepada ibu Musa diilhamkan oleh Allah s.w.t. sebagai berikut:“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan apabila kamu takut (khuatir), maka hanyutkanlah ia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu takut dan (jangan pula) bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” (QS Al-Qashash: 7)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Tips Rasulullah Bagi Penderita Insomnia

TIDAK sedikit manusia moden yang menderita insomnia atau susah tidur. Ada banyak hal yang menjadi puncanya. Selain faktor perubatan, insomnia sebenarnya boleh disebabkan kerana keadaan psikologi - seperti depresi, perasaan cemas ataupun khuatir yang berlebihan, bahkan stres - dan juga keadaan lingkungannya. Bagi para penderita insomnia, boleh tidur dengan mudah dan nyenyak itu seperti mendapatkan anugerah yang mahal dan berharga. Tidak salah, jika mereka kemudian rela mengeluarkan wang untuk pergi mendapatkan konsultasi dan menjalani terapi. Sebahagian yang lain, ironisnya, menempuh jalan mengambil ubat tidur. Padahal, dalam agama Islam, Rasulullah berabad-abad yang lampau telah mengajarkan terapi sihat melalui doa yang boleh dibaca sebelum tidur – yang bermanfaat untuk menenangkan fikiran dan tubuh sekaligus boleh diterapkan untuk mengatasi insomnia. Khalid bin al-Walid pernah mengalami penderitaan lantaran susah tidur, kemudian dia mengadukan hal itu kepada Rasulullah. Khalid dianjurkan Rasulullah untuk memohon perlindungan (ta‘awwudz) dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari murkaNya, dan dari kejahatan seluruh hambaNya dan dari godaan syaitan agar tidak mengganggunya. Dalam riwayat yang lain, disebutkan bahawa dalam menjawab pengaduan Khalid itu Nabi s.a.w.  bersabda: “Jika kau hendak tidur, ucapkanlah: Ya Allah Tuhan penguasa langit yang tujuh dan yang dinaunginya, Tuhan penguasa bumi yang tujuh dan yang di bawahnya, Tuhan penguasa syaitan dan segala kesesatannya, jadilah untukku Kawan yang melindungiku dari segala keburukan makhlukMu seluruhnya agar tidak menimpa salah satu dari mereka atau menimpa diriku, sungguh Maha Mulia Engkau dan Maha Tinggi pujianMu dan tidak ada Tuhan selain Engkau, tidak ada Tuhan kecuali Engkau.” (HR. At-Termizi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

Bahagiakah Miliki Rumah Bagaikan Istana?

DIA lelaki kampung. Pemuda yang masih suka takjub dan gelabah membaca dunia kota: menafsir rumah-rumah mewah. Padahal, ini bukan kali pertama dia menjejakkan di Ibu kota, bukan sesuatu yang asing. Tapi, tetap saja, dia kerap terpesona sekaligus bertanya setiap menyusuri rumah-rumah megah di komplek-komplek perumahan elit. Tempat tinggalnya memang titik yang jauh berbanding kota yang akrab dengan jalan-jalan yang jem dan banjir ini. Tapi, dia punya rasa ingin tahu. Dan ia bertanya (barangkali lebih tepat menggugat): “Mengapa orang membangun rumah semewah ini? Macam istana pula?” tanyanya, suatu kali, saat membonceng motosikal saya, saat kami melewati satu taman perumahan elit.
“Pemiliknya orang kaya dan biasanya perlu rumah seperti ini. Boleh jadi demi status, boleh jadi juga untuk pelaburan. Wallahualam.”
“Pasti mahal!?”
“Pastinya...”
“Berapa kira-kira anggarannya?”
“Pasaran semasa sekitar tiga sampai 5 milyar...(satu juta tujuh ratus lima puluh ribu)”
“Itu wang semua..!?”
“Ya iyalah...”
“Hahaha...”
“Hahaha...”
Ia tertawa. Saya tertawa. Lalu, sejurus kemudian ia berkomentar lagi. “Rumahnya kelihatan sunyi sepi saja? Terus setiap kita lihat paling ada satu-dua orang. Itu pun wajahnya – maaf ya.., macam saya juga. Tidak mirip orang-orang yang  di tv tu....” ujarnya. Dan saya tersenyum mendengar selorohnya. “Itu barangkali pembantunya, yang menunggu rumahnya. Biasanya begitu. Si majikan sibuk bekerja, yang tinggal ya... para pembantu.” “Wah, sayang ya, yang menikmati “istana”-nya para pembantu, bukan majikannya..”
“Yah begitulah...” Dia diam. Saya diam. Agaknya, dia masih mengamati rumah-rumah komplek di jalan-jalan yang kami susuri itu. Saya menelisik batin atas komentarnya. Sungguh, pertanyaannya juga pertanyaan saya. Barangali juga pertanyaan anda,  gugatan anda. Terlebih saya kerap mendapati rumah besar bukan jaminan kebahagian besar; dimana suami isteri menjadi pasangan suami isteri tauladan, dimana anak-anak tumbuh dengan sihat dan bahagia, dimana jiwa-jiwa yang bahagia bersuaka dan bertumbuh di dalamnya. Banyak jiwa-jiwa yang rapuh di dalamnya; peribadi-peribadi yang terbiasa dengan limpahan harta benda, yang  merasa asing atas diri sendiri, atas keluarga sendiri. Meski, itu bukan jaminan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...