Wednesday, March 13, 2013

Kehebatan Rasa Takut Kepada Allah

MARTABAT manusia ditentukan oleh akhlaknya. Kematangan sikap dan peribadi bermula dari rumahtangga. Menanamkan sikap yang jujur dan membentuk perangai umat mesti dimulai dengan menanam syakhsiah pada keluarga manakala pembinaan rohani anggota keluarga pula perlu dilaksanakan dengan agama. Ia sebenarnya perlu dimulai dengan menanamkan rasa ”Khauf” atau takut sebagaimana firman Allah s.w.t.: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan penuh rasa takut (khauf) dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”. (QS As Sajdah: 16) Perkataan “khauf” yang bererti takut telah disentuh di dalam Al Quran sebanyak 134 kali dan perkataan yang sinonim dengannya iaitu “Khasysyah” yang juga bererti takut terdapat sebanyak 84 kali. Allah s.w.t. menjadikan kehidupan di dunia ini ibarat medan ujian yang mesti ditempuh oleh manusia. Firman Allah s.w.t. tentang perkara tersebut : “Dialah Allah yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS Al Mulk: 2) Rasa takut (khauf) merupakan sifat kejiwaan dan kecenderungan fitri yang bersemayam di dalam hati manusia dan memiliki peranan yang penting dalam kehidupan kejiwaan manusia. Ali bin Abi Talib r.a. berkata: (MAN KHAAFA AAMANA), “Barangsiapa yang takut, aman!”
1. Kalau kita tidak takut hujan, kita tidak akan sediakan payung.
2. Apabila kita tidak takut sakit, kita tidak akan berusaha untuk meningkatkan kesihatan kita.
3. Apabila kita tidak takut negara rosak, maka kita tidak perlu memilih pemimpin yang baik. Islam tidak memandang rasa takut yang ada dalam diri manusia sebagai aib yang mesti dihilangkan. Namun demikian, rasa takut akan menjadi sesuatu yang buruk apabila seseorang tidak mampu mengatur dan menyalurkan rasa takutnya, apalagi bila rasa takut itu menjadi halangan kepada apa-apa kemajuan, penghambat kebebasan mengamalkan sunnah dan membiarkan kehormatan dirinya rosak. Ali bin Abi Talib r.a. menasihati kita lagi :
“Kalau kamu bertekad melakukan sesuatu, maka harungilah...kerana bayangan bencana terlihat lebih besar dari yang sebenarnya.” Jadi, sesungguhnya menunggu datangnya sesuatu, tanpa bersiap sedia dan berbuat sesuatu sebenarnya lebih buruk dari sesuatu yang ditunggu itu sendiri. Oleh kerana itu, lebih baik kita melakukan persiapan dan menyusun kekuatan batin menghadapi sesuatu yang akan datang. Al-Quran telah menggambarkan rasa takut yang timbul pada jiwa para rasul dan juga pada diri hamba-hamba Allah yang salih, meskipun mereka adalah manusia pilihan yang terkenal suci dan bersih. Allah s.w.t. berfirman menceritakan peristiwa keluarga Musa a.s. ketika menghadapi kekejaman Firaun yang membunuh setiap anak-anak lelaki yang lahir kerana takut, jika generasi yang lahir itu, akan mengubah kekuasaan yang selama turun temurun telah berada di tangan keturunan Firaun itu. Maka ketika Musa lahir, yang memang dipersiapkan oleh Allah s.w.t. untuk menggantikan kekuasaan Firaun, kepada ibu Musa diilhamkan oleh Allah s.w.t. sebagai berikut:“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, “Susukanlah dia, dan apabila kamu takut (khuatir), maka hanyutkanlah ia ke dalam sungai (Nil). Dan janganlah kamu takut dan (jangan pula) bersedih hati kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya (salah seorang) dari para rasul.” (QS Al-Qashash: 7)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mac 2013 di pasaran...

No comments: