Tuesday, December 7, 2010

Variasari Keluaran Disember 2010


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Disember 2010? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Disember 2010 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin



Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Disember 2010








Hidayah Disember 2010

Hidayah keluaran Disember 2010 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Disember 2010

ASSALAMUALAIKUM WR WBT.
SEGALA puji dan syukur kita kepada Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita bertemu lagi untuk sekian kalinya. Keluaran ini rasanya agak istimewa kerana ianya merupakan bulan mengucapkan “selamat tinggal kepada tahun 2010”. Bulan depan kita akan mengucapkan “Selamat Tahun Baru 2011”. Begitulah masa yang berjalan pantas. Diam tak diam, Hidayah sendiripun telah melebihi 12 tahun bersama para pembacanya disamping melebarkan jumlah pembacanya di Indonesia malah hingga dilanggani ribuan pembacanya di Hong Kong (terdapat puluhan ribu para pekerja Indonesia di sana) Di Malaysia, sambutan pembaca tetap setia. Buktinya Hidayah tetap terbit setiap bulan. Dan sebagaimana biasa, keluaran kali ini Hidayah muncul dengan pelbagai kisah iktibar yang kian menarik. Kisah imam mati selepas solat asar memberi motivasi kepada kita untuk sentiasa meningkatkan kualiti iman dan ibadah kita sepanjang masa. Sementara kisah anak derhaka mati berkudis memberi keinsafan agar jangan kita terlanjur menderhakai ibu bapa kandung. Pembalasan Allah bukan saja berlaku di akhirat saja, malah boleh terjadi juga di dunia ini. Begitu jugalah dengan kisah iktibar mengenai ‘Jenazah yang mengembung’ mengingatkan kita jangan tamak dengan harta warisan.
Sementara tak kurang menariknya diikuti ialah kisah seorang bakal haji yang bankrap kerana laburkan wang simpanan haji untuk bisnes yang akhirnya lingkup. Pembaca juga perlu mengikuti ruangan bersiri ‘nostalgia’ yang ditulis oleh Ibnu Idris untuk menoleh sekilas gaya kehidupan masyarakat Melayu/Islam di Singapura era 50an dan 60an dulu. Jangan lupa mengikuti dakwaan Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz menyatakan ‘tidak ada sirath di padang mahsyar’. Dalam melabuh tirai tahun 2010 ini kami mengucapkan rasa terharu dengan sokongan pembaca yang berterusan. Tanpa pembaca apalah maknanya kami di sini. “Selamat menyambut hari raya Aidiladha 1431” dan semoga yang belum sempat menunaikan fardu haji akan terus dipanjangkan umur untuk melaksanakan ibadah wajib tersebut pada tahun-tahun mendatang, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

MATI HUSNUL KHATIMAH
Saudara Pengarang,
Mati dengan acara yang baik itu memang diidamkan oleh kebanyakan kita. Siapa yang tidak mahu mati dalam keadaan ‘husnul khatimah’. Begitulah saya tertarik dengan kisah iktibar 1 yang tersiar dalam Hidayah keluaran November 2010 lalu. Kerana cerita itu juga saya membeli ‘Hidayah’ kerana nak tahu cerita lengkapnya.
Saya tertarik dnegan kisah Ahmad Matin atau ‘Aceng’ yang begitu istiqamah dalam menjalani ibadatnya hingga ke hujung hayat. Allahyarham orang biasa-biasa saja. Seorang drebar. Dia bukan ustaz atau agamawan. Tapi penghayatannya dalam mengisi makna hidup sebagai seorang mukmin jelas tergambar dalam kehidupannya.
Ada ustaz yang mengajar di surau kariah saya menasihatkan, seseorang itu hendaklah datang berjemaah di surau baik dalam keadaan kerana jemaahnya ramai, atau dalam keadaan jemaahnya sedikit. “Kita hendaklah datang bersolat jemaah bukan kerana hebat jemaah di situ tapi semata-mata ikhlas beribadat untuk Allah s.w.t. semata-mata,” katanya. Allahyarham Aceng ini menepati ciri-ciri yang dikehendaki dalam Islam. Saya berharap Hidayah terus menyiarkan kisah-kisah yang dapat memberi ‘motivasi’ kepada pembacanya seperti paparan kisah-kisah iktibar ini. Saya berjanji selepas ini akan terus melanggani Hidayah seterusnya. InsyaAllah.

Haji Sabtu Johar,
Taman Sri Gombak, Selangor.

• Alhamdulilah, bersyukurlah kerana anda turut menjadi pembaca Hidayah. Semoga ada keberkatannya buat anda. - Pengarang.

PAPARKAN SEJARAH ISLAM DI INDIA
Saudara Pengarang,
Kita selalunya mempunyai perasaan ‘melankolik’ apabila sesuatu itu terlepas dari tangan kita. Namun sejarah tetap tinggal sejarah. Ianya tidak akan berulang lagi. Begitulah dengan Granada di Sepanyol. Ada masanya kita boleh bermegah dengan apa yang dicipta oleh orang-orang terdahulu, tapi ada ketikanya pula kita kesal dengan kesilapan yang dilakukan yang mengakibatkan punahnya suatu kegemilangan dan tamadun. Benarlah kita perlu belajar dari sejarah. Apabila membaca sekilas mengenai Granada di Sepanyol yang disiarkan dalam Hidayah keluaran November 2010, saya terkenang juga mengenai sejarah kegemilangan Islam di India satu ketika dulu.
Islam pernah memerintah India. Kini hanya tinggal sejarah dan yang kesannya ialah kemegahan ‘Taj Mahal’.
Pun begitu, kita tak dapat menafikan jutaan umat Islam di India hingga kini antara umat yang kental dengan akidahnya di tengah-tengah pengaruh agama lain. Saya berharap Hidayah dapat memaparkan kesan-kesan sejarah Islam di India dalam keluaran-keluaran akan datang.

Kamaruzzaman Adnan,
Sungai Siput, Perak.

• Akan kami usahakan, InsyaAllah! – Pengarang.

Mati Selepas Imamkan Solat Asar

KEMATIAN adalah rahsia Ilahi. Tak ada satu pun manusia tahu bila ajalnya akan datang menjemput. Adakah ketika kita sedang duduk, tidur, atau bahkan sedang berjalan. Semua menjadi rahasia Pemilik pencipta manusia, yang tak lain adalah Allah s.w.t., yang menggerakkan alam ini. Yang penting untuk diketahui adalah: apakah seseorang sudah memenuhi tanggungjawab hidupnya di jalan Allah, ataukah sebaliknya? Kemudian, apakah kita mengakhiri hidup ini dalam keadaan yang baik, atau justeru sebaliknya? Kenapa ini penting? Sebab, akhir hidup seseorang adalah gambaran dari perilaku yang ia kerjakan selama hidupnya. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w. selalu menganjurkan agar kita berdoa untuk selalu dijaga iman di setiap waktu, dan agar kita meninggal dalam keadaan husnul khatimah (akhir hayat yang baik). Diriwayatkan dari Imam Thabrani dalam Kitab Al-Ausath dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah. “Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Jadilah engkau seorang muazin (orang yang mengumandangkan azan).” Lelaki itu bertanya lagi, “Aku tidak dapat. Adakah amal lain?”
Nabi s.a.w. menjawab, “Jadilah engkau seorang imam (dalam solat) berjemaah.” Orang itu berkata lagi, “Aku tidak dapat. Tapi adakah yang lain?” Lalu Nabi s.a.w. menambahnya dengan kata terakhir, “Maka, berdirilah engkau di tengah-tengah imam.” Hadis ini menunjukan betapa mulianya orang yang selalu mengumandangkan azan dan menjadi imam dalam solat berjemaah. Nabi s.a.w., secara umumnya, sangat menyanjung tugas muazin dan imam dalam solat. Balasan yang akan diterima oleh orang semacam ini tak lain adalah syurga di akhirat kelak.
Berikut ini sebuah kisah seorang kiai di kampung di Jombang, Jawa timur, yang selalu menjadi imam di surau kariahnya. Dia meninggal dunia setelah menjadi imam dalam solat asar berjemaah di suraunya.

Tersungkur Sujud
Kiai Jalil, begitulah namanya. Dia seorang ulama kampung yang tak memiliki populariti apa-apapun di tingkat daerahnya apalagi peringkat nasional. Dia bukanlah apa-apa bila dipandang dari peranannya di tingkat masyarakat luas. Dia tak memegang jawatan kemasyarakatan apa lagi jawatan dalam parti politik. Orang ramai pun ada yang tak tahu nama lengkapnya. Orang hanya tahu sebutan nama singkatnya, iaitu Kiai Jalil, itu saja.
Tapi, siapa sangka, lelaki berusia emas itu mencatat kisah indah di tengah orang yang mengenalinya secara dekat. Dia dikenali sebagai ‘warga emas’ yang selalu menempatkan dirinya pada kedudukan yang dihormati masyarakatnya. Dia tidak mahu berpihak kepada sesiapapun ketika terjadi perselisihan di tengah masyarakat.
Menurut isterinya, Khumairah, suaminya adalah lelaki yang rajin, tekun, bersopan, dan tak mudah menyerah. Sudah 40 tahun dia mengharungi bahtera rumah tangga dengannya, namun dia tak pernah mendapat perlakuan kasar dari suaminya. Dan, yang paling dia kagumi adalah usaha menjaga solat tepat pada waktunya.
“Dia itu tergolong orang yang tak ingin terlambat dalam menunaikan solat. Meski dalam keadaan sibuk bagaimanapun, dia selalu berusaha untuk bersolat tepat waktu. Ketika di rumah, dia selalu mengusahakan agar dapat solat berjemaah di surau,” ujarnya. 12 tahun yang silam, tepatnya tahun 1998, Khumairah mencuba mengingatkan sekilas kematian suaminya itu. Di usianya yang ke 65 tahun sekarang ini, dia berusaha mengurai kisah kematian suaminya yang maish segar dalam ingatan. Ketika itu, ujarnya, suaminya seperti biasa melaksanakan solat asar di surau yang tak jauh dari rumahnya. Si suami tak mengeluhkan apapun dengan masalah kesihatannya. Dia terlihat sihat walafiat. Menu makan siang pun dia habiskan dengan berselera. Itu ertinya, keadaannya sangat sihat sekali. “Saya pun tak menyangka bahawa itu adalah hari pertemuan terakhir kami di dunia ini. Sebab, dia tidak mengeluhkan penyakit apapun kepada saya,” katanya. Setelah pulang dari surau, Kiai Jalil duduk sebentar di kerusi anjung rumah. Dia meminta minuman kepada isterinya. Saat itu, Khumairah menyatakan bahawa air minumannya sudah tersedia di meja makan. Kiai Jalil pun bergegas ke dapur untuk mengambil gelas yang berisikan air putih itu. Khumairah, yang ketika itu sibuk melepaskan kain telekungnya kerana baru saja melaksanakan solat, sekilas memperhatikan suaminya dari pinggir pintu dalam biliknya. Dia melihat suaminya sedang meneguk air dalam gelas itu. Tapi, tiba-tiba saja, prak...! Kiai Jalil terjatuh dari kerusi bersamaan dengan gelas itu. Gelas itu pecah berserak di lantai. Khumairah pun langsung menghampiri tubuh suaminya yang sudah tersungkur ke lantai dalam keadaan bersujud. Dengan perasaan cemas dia lalu mengangkat dan memapah tubuh suaminya yang sudah lemah. Tapi, kerana berat, dia lalu memanggil anaknya yang berada di belakang rumah. Tubuh Kiai Jalil pun dipapah dan diusung ke bilik. Tubuh lelaki itu kemudian dibaringkan ke tempat pembaringan. Namun, tubuhnya sudah tak bernyawa lagi. Lelaki tua itu sudah meninggalkan dunia yang fana ini. Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji’un...!

Kubur Berbau Wangi
Khumairah macam tak percaya bila mendapati suaminya sudah menemui ajalnya. Begitu mudahnya si suami pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Sebab, beberapa jam lalu dia sempat bergurau senda dengan suaminya itu. Yang sangat tidak dia percaya adalah bahawa suaminya tak mengeluhkan rasa sakit sedikit pun. “Dia tak ada apa-apa penyakit. Dia sama sekali tidak mengadu apa-apa penyakit pun,” beritahunya. Tapi, bagaimana pun juga, Khumairah berusaha menerima semuanya itu. Ia menerima dengan ikhlas dan redho bila si suami yang ia cintai itu lebih dulu dipanggil Allah s.w.t. Sebab, pada hakikatnya semua manusia pasti akan mati. Termasuk juga dirinya. Kematian hanya soal menunggu waktu saja. Petang itu rumah Kiai Jalil dikunjungi ramai orang. Anak-anak dan cucu-cucunya berdatangan. Yang berziarah pun silih berganti berdatangan. Sejumlah ahli keluarga mendatangi rumah sederhana itu. Petang itu pula, rancangannya, jenazah akan dikuburkan. Sebab, Khumairah ingat bahawa suaminya dulu pernah berpesan agar segera menguburkan jasadnya bila sudah meninggal dan tidak usah menunggu lama-lama. Maka, setelah dipersetujui oleh pihak keluarga, jenazah Kiai Jalil langsung dimandikan, dikafani, disolatkan, dan kemudian dikebumikan. Jenazahnya disolatkan di surau tempat dia lazimnya bersolat lima waktu. Surau itu menjadi saksi bisu atas amal ibadah yang ia perbuat selama ini. Setelah disolatkan, jenazahnya langsung dikuburkan. Penggalian tanah kubur pun dilakukan dengan melibatkan beberapa orang dibuat secara gotong royong. Mereka mengejar waktu semoga jenazah selamat dikebumikan sebelum azan maghrib. Beberapa minit sebelum berkumandang azan maghrib itu, proses pengkebumian pun selesai dilakukan.
Sampai di sini, ada keanehan terjadi. Sebab, pihak keluarga terlupa membeli bunga untuk diletakkan di atas kubur. Sebab, mungkin, kerana waktunya sangat terbatas, jadi hingga tidak ada siapa yang ingat untuk membeli bunga. Tapi, meski tidak menaburkan bunga di atas pusara, kubur itu bagai menyebar bau wangi yang bersemarak sekali. Semerbak wangi bunga melati terasa sekali. Mereka yang berada di tanah perkuburan itu dapat menciumi. “Harum sekali baunya. Padahal saya lupa beli bunga,” jelas Khumairah.Keanehan yang kedua ketika anaknya hendak mengumandangkan azan maghrib di tanah perkuburan itu, tiba-tiba saja suara azan terdengar di beberapa surau di kampung itu yang menggunakan pembesar suara. Jadi, azan yang dilakukan anaknya bersamaan berkumandang dengan azan yang dilakukan para bilal di beberapa surau dan masjid di sekitar itu. Begitu syahdu sekali terasa... Dan, yang lebih aneh lagi, azan di beberapa surau dan masjid itu terdengar serentak ketika menyebut kalimat “Allaahu Akbar, Allaahu Akbar.” Ini sungguh aneh dan jarang berlaku. Semua itu adalah kebesaran Allah. Pasti ada hikmat disebaliknya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Geylang Serai Sumber Dari Segala Masalah

SEMASA di Singapura, saya tinggal di Geylang Serai. No.4 Geylang Serai, merupakan satu alamat paling popular ketika itu, kerana alamat ini sering tersiar dalam surat khabar terutama dalam majalah. Biasanya, kalau saya menulis rencana ataupun surat dari pembaca, saya akan tulis alamat penuh dan pengarang akhbar akan siarkan sepenuhnya. Jadi, alamat No. 4 Geylang Serai memang terkenal dikalangan orang-orang Melayu, terutama mereka yang tinggal di Geylang Serai, Singapura. Orang-orang Semenanjung Tanah Melayu zaman itu kalau datang atau pun melawat Singapura, mesti melawat Geylang Serai. Adalah satu hal yang seolah-olah tidak sah kalau tidak datang ke Geylang Serai. Bukan ada apa-apa pun di sini, cuma orang-orang Melayu tinggal di kawasan ini. Yang paling meriah di Geylang Serai ialah pada waktu petang, senja hingga ke tengah malam.
Ia bermula dari jam 4 petang dimana penjual-penjual “lambak” (macam kita di Malaysia – pasar malam sekarang ini) di sekitar tepi-tepi jalan di Geylang Serai. Tempatnya bermula dari jalan simpang Joo Chiat Road, hinggalah di persimpangan Jalan Ubi. Sepanjang kawasan jalan ini di panggil Geylang Serai. Di sinilah orang-orang berjualan. Apa juga yang kita hendak beli semuanya ada. Nak barang lama, barang separuh baru, dan yang baru, semuanya ada dijual di sepanjang jalan itu. Keadaan ini paling meriah sekali dimana saban malam tempat ini tidak pernah sunyi dari orang ramai yang mundar mandir di jalan raya. Bukan semua yang mundar mandir itu membeli, bahkan sekadar jalan-jalan saja cuci mata. Itulah sebabnya, bagi orang-orang semenanjung Tanah Melayu terutama orang-orang dari Pantai Timur, Utara, Melaka, Negeri Sembilan yang melawat menaiki bas mesti ke Geylang Serai, nak tengok dan lihat dengan mata sendiri apa yang ada di Geylang. Zaman itu orang-orang Melayu/Islam tahu bahawa meninggalkan sembahyang salah, dan berdosa. Tetapi cerita orang tidak “sembahyang maghrib” ini berlaku sejak tahun 50an lagi. Misalnya yang disebutkan orang berjualan di kawasan Geylang Serai ini yang bermula petang membawa tengah malam. Ada dua buah masjid yang berdekatan di kawasan Geylang Serai, tetapi bila muazin melaungkan “azan” tidak siapa yang pergi sembahyang. Yang mundar mandir terus mundar mandir. Cerita ini samalah juga dengan sebahagian dari orang-orang Melayu/Islam pergi “pasar malam” sekarang ini. Orang azan tanda masuk waktu solat maghrib, orang ramai terus “mundar mandir” ke pasar malam.
Yang ingat nak sembahyang, pergilah sembahyang, yang mundar mandir ingat sembahyang, terpaksa tergesa-gesa pulang ke rumah untuk solat maghrib. Cuma berapa kerat saja yang buat macam tu?
Begitu juga di Geylang Serai dalam era 50an dan 60an itu, keadaannya sama juga. Yang nak sembahyang pergilah sembahyang, yang tak nak, tetap mundar mandir di jalan raya sehinggalah waktu maghrib luput...
Di kawasan Geylang Serai pada waktu siangnya memanglah menarik. Orang-orang Melayu dari segala keturunan, dari berbagai gaya hidup ada di sini. Di kawasan Geylang Serai mereka menyewa rumah. Ada yang tinggal menyewa pakai bilik-bilik saja. Kita biasa melihat filem “Kisah-kisah Bujang lapok” dimana bujang-bujang lapok ini tinggal menyewa bilik-bilik saja dalam sebuah rumah yang sederhana. Begitulah cara hidup dizaman itu sebagaimana yang digambarkan oleh P.Ramlee dalam siri filem “bujang lapoknya” itu. Kalau anda nak tahu keadaan orang-orang yang menyewa terutama mereka yang datang merantau untuk cari kerja, rumah-rumah dan bilik-bilik yang macam filem bujang lapok, itulah yang mereka tinggal menyewa. Ada yang menyewa bilik-bilik apabila buka tingkap melihat longkang rumah sebelah. Lalu pintu belakang terpaksa melintas tandas rumah orang.
Tandas-tandas pada zaman itu ialah “main tandas angkat”. Zaman itu ada ‘tender’ dari kerajaan “angkat najis”. Dimana kadang-kadang kita sedang buang air besar, tiba-tiba tong najis kita hilang. Rupa-rupanya yang mengangkat najis sudah mengambilnya untuk dicurahkan dalam tong lain untuk diangkut. Pendeknya, apa yang ada dalam filem bujang lapok, begitulah gambaran sebenarnya. Siapa yang pernah ke Singapura merantau mencari kerja dalam era tersebut mengakui hakikat tersebut. Keadaan kotor jangan nak cakap lagi. Dimana-mana pun kita masuk dalam kawasan Geylang Serai itu keadaannya sama saja. Kalau musim hujan, keadaannya semakin bertambah buruk. Di Geylang Serai tempat saya mencari berita-berita menarik, kisah-kisah masyarakat, kisah-kisah luar kain, luar seluar dan macam-macam yang lain yang boleh kita siarkan dalam akhbar.
Undang-undang dan peraturan tidaklah begitu ketat. Kawalan bagi penjaja-penjaja, penjual-penjual makanan, warung-warung buka kedai itu dan ini tidak lagi dikawal ketat. Siapa pun boleh berniaga. Siapa pun boleh bentang kain di tepi kaki lima jual ubat, jual itu dan jual ini. Tidak perlu ada lesen itu dan ini. Di mana-mana simpang, di mana-mana kaki lima, di mana-mana lorong orang boleh dirikan apa juga jenis warung, asalkan jangan ganggu lalu lintas dan ganggu orang nak jalan dan masuk ke rumah sendiri. Tidak seperti sekarang, apa pun mesti ada lesen. Mesti ada kebenaran dari pihak berkuasa. Kita tidak boleh buat sesuka hati sendiri. Negeri ada undang-undang. Negeri ada peraturan. Kampung-kampung ada disiplin penduduk. Rumah-rumah pun mesti ada undang-undang kalau mahu duduk ramai-ramai, kalau disewakan dengan orang asing. Dulu-dulu “lantaklah” masing-masing punya suka. Nak sewa sendiri berapa bilik nak buat, aku punya suka. Itu rumah aku, sepuluh bilik untuk sewakan orang, aku punya suka. Orang lain tidak ambil peduli. Zaman era itu “lu-lu, gua-gua”. Lu punya rumah, lu punya kain lu jaga, gua punya rumah, gua punya kain, gua jaga. Sejenis judi yang paling digemari bagi orang-orang yang sedikit berada, atau pun yang tidak begitu “sengkek” ialah judi “main kuda”. Permainan ini biasanya pada hari Sabtu dan Ahad. Masanya selepas waktu zuhur. Di Geylang Serai ada beberapa buah kedai kopi. Dalam kedai kopi ini pula ada Radiofusion. Radio inilah saja yang akan menyiarkan secara langsung “kuda lumba” dari race Course Bukit Timah. Mereka yang bekerja di pejabat-pejabat akan pulang dari pejabat kira-kira jam 1.00 tengahari. Mereka yang punya banyak wang akan terus ke Bukit Timah di padang lumba kuda. Di sana, mereka berjudi sehingga lupa diri, lupa yang dia orang Islam, lupa dia ada isteri, ada anak, ada ibu bapa dan ada tanggungjawab besar di rumah, iaitu rumah mesti dibayar sewa setiap bulan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Orang Jahiliah Saja Suka Bertaklid Dalam Beragama

BERTAKLID, adalah satu sikap yang dilarang oleh agama. Taklid, maksudnya main ikut-ikut. Apa yang orang lain buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang kita ikut itu tidak disuruh oleh agama. Menurut sejarah yang dihuraikan dalam kitab-kitab agama bahawa orang jahiliah dalam beragama prinsipnya adalah ikut-ikutan. Apa yang terjadi dalam tradisi masyarakat itulah yang jadi ikutannya. Semua orang kafir baik dulu mahu pun sekarang dalam membentuk pandangan, fikirannya dan faham prinsip hidupnya yang pertama adalah ikut-ikutan, dan mengekalkan warisan nenek moyang. Dalam kitab suci Al-Quran Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam surah Zukhruf ayat 23 hingga 25 yang mafhumnya: “Dan begitulah, kami sebelummu tidak pernah mengirim seorang pemberi peringatan ke suatu negeri, kecuali orang-orang terkemukanya berkata: “Kami dapati nenek moyang kami telah mengikuti suatu agama, dan kami tetap mengikut jejek mereka.” “Nabi berkata: “Apakah sekali pun aku datang kepadamu sekalian membawa agama yang lebih lurus daripada yang telah kamu dapati dari nenek moyang kamu?” “Mereka berkata: “Kami sungguh-sungguh kafir terhadap agama kamu diutus untuk menyampaikannya.” “Lalu kami seksa mereka, kerana itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul kami).” Pada hakikatnya orang-orang yang bertaklid mempunyai ciri menolak segala petunjuk yang tidak didapati dari nenek moyang mereka, walau pun petunjuk tu benar. Mereka paling suka dengan dalih “mengekalkan budaya nenek moyang”. Satu-satu dalih yang mahu dipegang orang-orang taklid ini ialah milik nenek moyang kami. Jadi, kami wajib menjaganya”. Penyataan seperti ini adalah kunci mereka dalam melawan kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Zaman mutakhir sekarang ialah orang suka bertaklid dalam beragama. Setengah darinya tetap berpegang apa yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu, walau pun ia berlawanan dengan hukum agama. Apa yang dilakukan itu ialah adat yang dianggap oleh mereka yang bertaklid buta sebagai syariat. Itulah sebabnya, ada setengah golongan dalam masyarakat kita menjadikan adat sebagai syariat, manakala syariat dijadikan sebagai adat pula. Contoh-contoh banyak wujud dalam masyarakat kita sejak dulu hinggalah sekarang. Misalnya dalam perayaan Maulid. Ia bukanlah satu syariat, tetapi telah dijadikan satu perayaan tahunan. Zaman pemerintahan para khulafah Rasyiddin, dan para sahabat, tidak ada perayaan serupa ini. Sedangkan cinta mereka terhadap Nabi s.a.w. sangat besar kalau dibandingkan dengan kita memang jauh benar. Sedangkan mereka tidak merayakannya. Apa yang agama perintahkan kepada kita ialah “berselawat” terhadap Nabi s.a.w. Dalam Quran Allah disebutkan bahawa Allah dan para Malaikatnya berselawat ke atas Nabi, “hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu berselawat ke atasnya.” Itu yang pertama yang dianggap besar. Kalau tak rayakan hukumnya tidak boleh, sedangkan itu tidak ada dalam arahan suruhan agama berbuat demikian. Banyak lagi adat bertaklid, lebih-lebih lagi dalam soal ibadah. Soal ibadah sudah ditentukan oleh Allah melalui lisan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam soal ibadah kita tidak boleh main tokok tambah. Kita tidak boleh nak memandai-mandai tak tentu pasal... Apa juga bentuk ibadah kepada Allah, kita mestilah ikut pertunjuk Nabi s.a.w. Sama ada perbuatan, bacaan mestilah kita ikut cara Rasulullah s.a.w. lakukan. Lebih-lebih lagi ibadah sembahyang, kita mestilah ikut bagaimana Rasulullah bersembahyang sama ada dari segi perbuatan iaitu berdiri, rukuk, sujud, tahiyat dan lain-lain lagi. Begitu juga tentang bacaan-bacaan yang di baca oleh Rasulullah dalam sembahyang. Kita janganlah main tambah-tambah, tokok sana tokok sini. Nabi s.a.w. tak buat, kita buat. Kemudian kita kata, Nabi ada buat. Kerja-kerja macam ini dianggap main tambah-tambah, main taklid, main ikut-ikut. Maksudnya, orang lain buat, kita pun buat sama. Orang lain buat salah, akhirnya kita pun ikut buat salah sama. Sedangkan Nabi s.a.w. ajar kita supaya ikut yang betul dan benar. Apa yang Nabi buat, itulah yang benar dan itulah yang betul.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Pertanyaan-Pertanyaan Kubur

TIDAK sedikit orang yang menganggap bahawa pertanyaan alam kubur sangatlah mudah. Sebab, pertanyaan-pertanyaan itu tidak akan meleset dari tigal hal: Siapa Tuhanmu? Apa Agamamu? Dan Siapa Nabimu? Soalan itu semuanya soalan bocor. Boleh dihafal dan ditentukan jawapannya. Kerana itu, mereka yang berfikir demikian kerap kali menganggap mudah tentang pentingnya beribadah kepada Allah. Kerana, bagi mereka, ketika mereka dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, maka ibadah itu tidak lagi penting. Sungguh, ini sebuah pandangan yang menyeleweng. Sebab, meski pertanyaan-pertanyaan itu tampak mudah, tapi tidak demikian bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah. Ibarat kata, masakan apapun terasa tidak nikmat di lidah jika yang memakannya adalah orang sakit. Demikian yang terjadi pada orang kafir. Ia seperti orang sakit, yang tidak akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan itu, meski sebenarnya mudah. Al-Bukhari berkata, “Sedangkan orang munafik dan orang kafir, maka ditanyakan kepadanya, “Apa yang kamu katakan tentang orang ini?” Dia menjawab, “Aku tidak tahu. Aku mengatakan seperti yang dikatakan orang-orang.” Maka dikatakan kepadanya, “Kamu memang tidak tahu dan kamu tidak pernah membaca.” Lalu dia dipukul dengan palu dari besi, sehingga menjerit kesakitan yang jeritannya dapat didengar siapa yang ada di belakangnya kecuali jin dan manusia.”
Ya, orang kafir tidak akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan mudah dari Malaikat Munkar dan Nakir. Fikiran mereka seketika menjadi kosong. Lidahnya sulit sekali mengucapkan kebenaran. Yang ada, mereka hanya menjawab, “Aku tidak tahu.” Kedua malaikat yang berbadan hitam dan biru itu lalu mengenakan hukuman dengan palu besi, yang sakitnya tak terperikan. Setelah itu, kuburnya menyempit hingga tulangnya berselisih dan beranatakan dan amalannya menjelma sebagai seorang yang buruk rupanya, baunya busuk dan pakaiannya hodoh. Si amalan tersebut berkata, “Berbahagialah dengan azab Allah dan murkaNya.” Mayat berkata, “Siapa kamu, wajahmu yang membawa keburukan?” Dia menjawab, “Saya adalah amalmu yang buruk, demi Allah aku tidak mengetahuimu kecuali kamu berlambat-lambat dalam taat kepada Allah dan bersegera dalam bermaksiat.”
Demikian keadaan orang yang tidak beriman di alam kubur. Mereka tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan mudah dari Malaikat Munkar dan Nakir. Bahkan, amal mereka sendiri menjelma menjadi rupa yang wajahnya sangat buruk. Bagaimana dengan orang yang beriman? Mereka akan dapat menjawabnya dengan mudah. Bagi mereka, pertanyaan-pertanyaan itu sangat tidak asing di telinga mereka. Mereka seperti sering mendengarnya saat di dunia. Berbeda dengan orang kafir, pertanyaan-pertanyaan itu seperti “benda baru” yang dikenalinya. Abu Sa’id al-Khudri berkata, “Jika dia orang Mukmin, maka dia menjawab, “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan RasulNya.” Malaikat berkata, “Kamu benar.” Lalu malaikat membukakan pintu baginya yang menuju ke neraka, seraya berkata, “Itulah tempat dudukmu sekiranya kamu mengingkari Tuhanmu.” Di antara para sahabat ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah seseorang pada waktu itu masih boleh berkata kerana di atas kepalanya ada malaikat yang menakutkan?” Beliau menjawab, “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.” (Ibrahim: 27) Ya, orang yang beriman akan semakin percaya diri untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan malaikat di dalam kubur. Allah telah menguatkan hati mereka untuk dapat melakukan semuanya itu. Hal ini berbeda dengan orang munafik dan kafir, yang seketika menjadi bingung dan tidak percaya diri. Yang ada, malah, mereka ketakutan luar biasa kerana pertanyaan-pertanyaan itu sama sekali asing bagi mereka. Menurut Ust. Dr. H. Aam Amiruddin, M. Si, “Pengelola Tanya Jawab Kajian Islam di laman sesawang percikaniman.org”, yang menentukan dapat atau tidaknya seseorang menjawab pertanyaan malaikat di alam kubur adalah iman atau amal salihnya selama hidup di dunia. Setiap orang yang lulus dalam ‘ujian’ alam kubur akan merasakan kenikmatan, sebaliknya orang yang tidak lulus akan merasakan azab dan penderitaan. Pertanyaannya: Apakah pertanyaan-pertanyaan itu, hanya tiga itu ataukah ada yang lain? Sebelum menjawabnya, sebaiknya kita lihat kisah berikut ini: Dari Hautsarah bin Muhammad Al-Munqiri Al-Bashari, dia berkata, “Saya bermimpi melihat Yazid bin Harun Al-Wasithi dalam tidur setelah dia meninggal selama empat hari. Saya bertanya, “Apa yang Allah lakukan kepadamu?” Dia menjawab, ‘Dia menerima kebaikan-kebaikanku dan mengampuni dosa-dosaku dan memberikan kepadaku pemberian-pemberian.’ Saya bertanya kembali, ‘Apa yang terjadi setelah itu?’ Dia menjawab, ‘Tidak ada yang terjadi dari Yang Maha Mulia selain kedermawanan, Dia mengampuni dosaku dan memasukanku ke dalam syurga.’
Saya bertanya, ‘Dengan apa kamu dapatkan apa yang kamu dapatkan sekarang?’ Dia menjawab, ‘Dengan majlis-majlis zikir, berkata benar, jujur dalam berkata-kata, lama berdiri solat dan sabar atas kefakiran (kemiskinan).’ Saya bertanya, ‘Demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, keduanya telah mendudukanku dan bertanya kepadaku. Mereka bertanya kepadaku, “Siapa Rabb-mu? Apa agamamu? Siapa Nabimu?” Maka saya menggerakkan janggotku yang putih kerana terkena tanah, sambil berkata, “Sepertiku ditanya? Saya adalah Yazid bin Harun Al-Wasithi, dulu saya di dunia selama 60 tahun sebagai orang yang paling pandai.” Dari kisah di atas nampak bahawa pertanyaan alam kubur itu tidak terlepas dari identiti ketuhanan, keagamaan dan kenabian. Dari kisah di atas, nampak bahawa tiga pertanyaan itu merupakan “harga mati”, yang harus dilewati oleh manusia di alam kubur, baik muslim maupun kafir. Pendapat di atas diperkuat oleh hadis Barra bin ‘Azib yang menyebutkan bahawa saat seseorang berada di alam kubur, dua malaikat datang dan mendudukkannya lalu mereka bertanya kepadanya, “Siapa Tuhanmu? Apa agamamu? Dan siapa lelaki yang diutus kepadamu dan mengajarimu?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Wujudkah Bidadari Dalam Syurga?

SELAMA ini kita diberitahu oleh tokoh-tokoh agama dan membaca dalam buku-buku agama bahawa bidadari itu adalah satu makhluk yang diciptakan oleh Allah di dalam syurga untuk orang lelaki. Bidadari ini digambar demikian rupa tentang kecantikannya, kulitnya, matanya, betisnya dan seluruh fizikalnya memang tidak ada bandingannya makhluk di dunia ini. Sehingga ada ustaz yang menyebutkan sekiranya seorang bidadari itu berludah di atas muka bumi ini, maka akan terang benderanglah dunia ini akibat air ludah bidadari tersebut.
Tetapi masalahnya wujudkah bidadari sebagaimana yang disebutkan oleh para ulama itu? Apa nashnya, dan apa dalilnya? Seorang tokoh agama kita, Datuk Hassan Din Al-Hafiz yang diwaktu kebelakangan ini selalu menimbulkan isu-isu seolah-olah seperti perkara “Baru” dalam agama apabila beliau menyampaikan ceramah-ceramahnya sama ada menerusi TV ataupun kuliah-kuliah agama. Selain dari menimbulkan bahawa “Sirath”(jambatan) yang merentangi neraka di akhirat kelak sebagaimana yang kita diberitahu, Datuk Hassan Din berpendapat “Sirath” itu hanya sebagai “simbolik” saja. Ia tidak wujud. Tidak ada nash yang menunjukan sebagai dalil bahawa ada “jambatan menyeberangi neraka jahanam” untuk manusia menyeberangi untuk pergi ke syurga.
Kemudian dalam ceramahnya yang sama di Madrasah Al-Huda Taman Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini beliau telah menimbulkan juga isu “Bidadari”. Kelihatan para jemaah yang menghadiri ceramah itu tercengang-cengang apabila Datuk Hassan Din memberitahu tidak ada bidadari di syurga, tetapi yang ada hanyalah “Malaikat”. Para malaikat ini bukan lelaki dan bukan perempuan yang bertugas sebagai “khadam” kepada penghuni-penghuni syurga. Beliau telah menghuraikan perkataan “Nurul Ain” yang disebut didalam Quran bukan bidadari. “Barang kali ada pihak yang tersalah mentafsirkan ayat Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. berhubung perkara ini,” kata Datuk Hassan Din. Itulah tadi saya sebutkan bahawa diwaktu kebelakangan ini beliau banyak menimbulkan hal-hal yang berkaitan dengan cerita agama yang seolah-olah macam “menongkah arus”.
Pada hakikatnya, bukanlah menongkah arus, tetapi itulah kedudukan cerita yang benar dari “Al-Quran dan Sunnah Rasulullah”. Hasil dari apa yang diceramahkan oleh Datuk Hassan Din ini berhubung dengan “Sirath”(jambatan) dan juga “bidadari”, saya cuba meninjaukan pandangan dan pendapat daripada pelajar lulusan dari Madinah, Makkah, Jordan, Syria dan beberapa buah negara Islam lainnya sama berpendapat dengan apa yang dilontarkan oleh Datuk Hassan Din Al-Hafiz ini. Kata mereka: “Memang tidak ada nash yang bleh dijadikan sebagai hujah atau dalil dalam kedua-dua masalah ini. “Barang kali ada tersilap dalam mentafsirkan ayat-ayat Quran dan juga hadis-hadis Nabi s.a.w.” Sebahagian dari kita, kata mereka, kadang-kadang mengambil bahan-bahan itu dari kitab-kitab dimana perawi-perawi hadisnya tidak diiktiraf oleh para ulama muhadithin dan ulama “mufassirin”. “Kadang-kadang sanad hadis itu terputus jalurnya”, kata setengah dari pelajar tersebut. Kalau isu-isu ini ditimbulkan oleh para ilmuan Islam lainnya seperti Dr. Asri, bekas Mufti Perlis, misalnya, sudah tentulah ramai yang menyanggahnya, dan akana mendakwanya sebagai golongan itu dan golongan ini. Sebagai berfahaman itu dan ini, dan tidak mengikut “Ahlus Sunnah Waljamaah”. Pada saat-saat Datuk Hassan Din Al-Hafiz, memberikan pendapat atau pun pandangannya seolah-olah macam “menongkah arus” itu tak ada satu orang pun bersuara untuk menyanggah hujahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Tugas Para Nabi Dan Rasul

NABI atau rasul adalah utusan Allah yang mendapatkan wahyu. Bezanya, kalau nabi tidak memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut, sementara rasul sebaliknya. Kerana itu, Nabi Adam dan Idris dikatakan bukan Rasul, kerana mereka tak memiliki umat. Kata “nabi” sendiri berasal dari kata naba yang bererti “dari tempat yang tinggi”. Kerana itu, Nabi dianggap memiliki pandangan yang ke depan, seperti orang yang dapat melihat segala penjuru dari tempat yang tinggi. Sementara, kata “rasul” berasal dari kata risala yang bererti penyampaian. Kerana itu, para rasul, setelah lebih dulu diangkat sebagai nabi, bertugas menyampaikan wahyu dengan kewajipan atas suatu umat atau wilayah tertentu. Pada dasarnya, nabi adalah seorang lelaki. “Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.” (Al-Anbiya’ [21]: 7). Ibnu Qasim al-Ghuzzi (meninggal 918), pengarang kitab Fathul Qarib, menyatakan bahawa nabi adalah seorang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah. Dengan pengertian ini, jelas tak ada nabi perempuan. Yang ada hanya nabi lelaki. Namun, pada perkembangan berikutnya, ada sebahagian orang yang memasukkan perempuan sebagai nabi. Ibnu Katsir dalam al-Bidayah wa al-Nihayah (Juz II, hlm. 59) memetik satu pendapat yang menyatakan bahawa tak tertutup pintu bagi hadirnya nabi perempuan. Dikemukakan bahawa Maryam adalah salah seorang nabi. Perempuan lain yang diangkat menjadi nabi, menurut pendapat ini, adalah Sarah (Ibu Nabi Ishaq, isteri Nabi Ibrahim), dan Ibu Nabi Musa. Nabi atau rasul sebelum diangkat menjadi nabi memiliki ciri-ciri kenabian (nubuwwah) yang disebut juga dengan irhash. Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, sejak kecil terkenal dengan akhlak yang mulia dengan sebutan al-amin (terpercaya). Lalu Nabi Ismail, yang mengikhlaskan dirinya disembelih oleh bapanya, Ibrahim, yang kemudian diganti dengan kambing, padahal saat itu dia masih kecil. Berbagai kelebihan akhlak ini kerapkali menyertai para nabi saat masih kecilnya. Lalu, apakah jumlah nabi atau rasul hanya sebanyak 25 orang saja? Tidak. Jumlah mereka sebenarnya sangat banyak, namun yang wajib kita ketahui hanya sebanyak itu. Dalam hadis disebutkan, dari Abi Zar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika ditanya tentang jumlah para nabi, “(Jumlah para nabi itu) adalah seratus dua puluh empat ribu (124,000) nabi.’ ‘Lalu berapa jumlah rasul di antara mereka?’ Baginda menjawab, ‘Tiga ratus dua belas (312)’”. (HR. At-Termizi). Khidir, misalnya. Beliau sebenarnya seorang Nabi yang disebutkan dalam al-Quran, namun ia tidak masuk dalam kategori 25 nabi atau rasul yang wajib kita ketahui. Padahal, pengetahuan Khidir akan ilmu Allah sangatlah luas, terbukti ia menjadi penunjuk Nabi Musa dalam banyak hal. Lalu ada kisah Luqman, Uzayr atau Syamuil. Sedangkan tokoh yang disebut-sebut sebagai nabi di dalam hadis, tapi tidak dimasukkan dalam kelompok yang 25 orang adalah Nabi Yusya’ bin Nun, Nabi Dzul Qarnain, Syits dan Nabi Iys. Dengan banyaknya jumlah nabi atau rasul tersebut, layak jika seorang Qatadah sebagaimana dikutip Thabari dalam Jami’ al-Bayan fiy Ta‘wil al-Qur‘an (Jilid X, hlm. 408), menunjukkan bahawa para rasul itu menyebar ke seluruh bangsa-bangsa, ‘Kullu ummatin kana laha rasul’ (setiap umat memiliki rasul). Dari semua nabi atau rasul tersebut, rata-rata bergelar alaihissalam (a.s.), kecuali Nabi Muhammad yang bergelar shallallahu ‘alaihi wasallam (s.a.w.).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Siapa Manusia-Manusia Syaitan?

DALAM hadis yang terdapat di kitab Shahih Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa di bulan Ramadan para syaitan dibelenggu atau dirantai. Tetapi, mengapa banyak kejahatan juga terjadi di bulan Ramadan? Rompakan, pencurian, bahkan pelacuran pun terus berleluasa. Syaitan-syaitan mana lagi yang masih boleh keluar bebas dari belenggu dan menggoda manusia untuk melakukan kejahatan? Ternyata, mereka adalah syaitan dari kalangan manusia, dari jenis kita sendiri. Syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini sudah ada sejak ribuan tahun lalu, setua umur umat manusia; bahkan menjadi musuh para nabi sebagaimana yang dijelaskan di Al-An‘am 112: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu.” Begitu pula Imam Ahmad meriwayatkan hadis shahih dari Abu Zar r.a., dia berkata: Aku datang kepada Nabi s.a.w. dan baginda berada di masjid. Akupun duduk. Dan baginda menyatakan: “Wahai Abu Zar, apakah kamu sudah solat?” Aku jawab: “Belum.” Baginda mengatakan: “Bangkit dan solatlah.” Akupun bangkit dan solat lalu aku duduk. Baginda berkata: “Wahai Abu Zar, berlindunglah kepada Allah dari kejahatan syaitan manusia dan jin.” Abu Zar berkata: “Wahai Rasulullah apakah di kalangan manusia ada syaitan?” Baginda menjawab: “Ya.” Lalu, bagaimana manusia syaitan ini terbentuk?

Asal-Usul Manusia-manusia Syaitan

A. Terlahir Dari Hubungan Suami Isteri Tanpa Berlindung Dengan Allah
Dari hadis yang cukup panjang yang diriwayatkan Muadz bin Jabal dari Ibnu Abbas r.a. tentang dialog Rasulullah s.a.w. dengan iblis, dapat diketahui asal-usul manusia-manusia syaitan ini. Mereka terlahir dari hubungan suami isteri tanpa berlindung dengan Allah. Iblis berucap, ”Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan”. Al-Hakim, At-Termizi, dan Ibnu Jarir meriwayatkan dari Mujahid, dia berkata, “Apabila seseorang menyetubuhi isterinya dengan tidak menyebut nama Allah, jin akan menyelinap dalam saluran kencingnya dan ikut serta dalam bersetubuh.” Di dalam kitab Tahrim al-Fawahisy, Ath Thurthusyi diceritakan dalam bab Min Ayyi Syai’in Yakunu al-Mukhannats. Katanya, Ibnu Abbas r.a. berkata, “Al-mukhannats (lelaki yang seperti perempuan/banci/pondan) adalah anak-anak jin.” Lalu ia ditanya kembali, “Bagaimana itu boleh tejadi?” Ibnu Abbas menjawab, “Allah dan RasulNya telah melarang seseorang menyetubuhi isterinya pada waktu haid. Jika ia menyetubuhi isterinya pada keadaan demikian, syaitan mendahuluinya, dan setelah isterinya hamil, ia akan melahirkan seorang mukhannats (pondan).”

B. Tumbuh Dewasa dan Menjadi Manusia Yang Tidak Ikhlas
Setelah dewasa, bersama manusia lainnya yang terhasud oleh godaan syaitan, mereka menjadi manusia yang tidak ikhlas. Segala aktivitinya ditujukan bukan untuk mendapatkan keredhoan Allah, tetapi untuk mendapatkan dunia dan untuk mendapatkan pujian. Masih dari hadis yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal tersebut, ketika Rasulullah s.a.w. bersabda, “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.” Iblis segera menimpali, “Tidak, tidak. Tidak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana kau beroleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku dapat masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak dapat melihatku. Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga Hari Akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang salih, kecuali hamba Allah yang ikhlas.” Rasulullah saw. bertanya: “Sia0pa orang yang ikhlas menurutmu?” Iblis menjawab, “Tidakkah kau tahu, wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan, dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.” Iblis berkata lagi,” “Mereka, anak-anakku, selalu menyusup dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya, mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

C. Menjadi Manusia Syaitan
Para penjahat ini akhirnya terbelenggu dalam lingkaran kejahatan. Sebahagian dari mereka tidak puas jika kejahatan dan kemaksiatan dilakukan dari dan untuk diri mereka sendiri. Mereka kemudian menggoda dan membisiki orang lain untuk mengikuti perbuatan jahat seperti yang mereka sandang (penzina, pencuri, dukun, pemakan riba, pemabuk, pelacur, penggosip, pengadu domba, pendusta, dan lain-lain). Ketika orang-orang jahat ini menjadi penggoda dan pembisik atas segala perbuatan jahatnya, maka saat itulah mereka telah menjadi manusia syaitan. Sebahagian mereka kemudian mendapatkan bantuan dan kekuatan dari pimpinan mereka, iaitu Iblis, untuk menjadi dukun dengan satu tugas: menjerumuskan sebanyak-banyaknya manusia ke dalam kesesatan. Dukun-dukun ini menggunakan jampi-jampinya untuk mengubati orang yang kerasukan, menyihir dan mengajak berbuat syirik, padahal syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t. Begitu dahsyatnya Iblis dan anak-anaknya menggoda sehingga manusia yang terlahir suci pun dapat menjadi manusia syaitan, menjadi pengikutnya. Jangankan manusia awam yang tidak faham sepenuhnya ajaran Islam, ulama pun dapat dijerumuskan oleh mereka dan dapat menjadi manusia syaitan. Tidak sedikit ustaz dan ulama yang tanpa disedari telah berperanan sebagai dukun, menjadi utusan Iblis. Juga tidak sedikit ustaz dan ulama yang menjadi kaki tangan Iblis yang menjual ayat-ayat Allah dengan sangat murahnya, memecah belah ukhuwah (persaudaraan sesama umat Islam), menebar kebencian, fitnah dan menganjurkan kekerasan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Belajar Dari Seekor Cicak: Cerdik Mencari Rezeki

Allah s.w.t. berfirman: “Tidak seekor binatang melata pun di muka bumi ini yang luput dari rezeki Allah.” (Hud: 6) Pada umumnya, cicak berwarna abu-abu, tapi ada pula yang berwarna coklat kehitam-hitaman. Biasanya berukuran sekitar 10 sentimeter. Penamaan ‘cicak’ sepertinya diambil dari bunyi suara yang keluar darinya, “cak, cak, cak”. Di lingkungan rumah kita, setidaknya ada sekitar tiga jenis cicak yang sering ditemui, yakni pertama, cHYPERLINK “http://id.wikipedia.org/wiki/Cecak_tembok”icak tembok yang kerap ditemui di tembok-tembok rumah dan sela-sela atap; kedua, cHYPERLINK “http://id.wikipedia.org/wiki/Cecak_kayu”icak kayu yang bertubuh lebih kurus, dan ia lebih suka tinggal di pohon-pohon di halaman rumah, atau di bahagian rumah yang berkayu seperti di atap; ketiga, cHYPERLINK “http://id.wikipedia.org/wiki/Cecak_gula”icak gula yang bertubuh lebih kecil, dengan kepala membulat dan warna kulit seakan-akan serupa daging. Cicak ini kerap ditemui di sekitar dapur, bilik mandi dan almari tem[pat simpan makanan, mencari butir-butir nasi atau gula yang menjadi kesukaannya. Sering pula ditemukan tenggelam di cawan atau gelas-gelas kopi. Cicak memang terkenal sebagai pemanjat yang ulung; mampu memanjat dinding tegak lurus, bahkan merayap pada atap dengan kedudukan belakang ke bawah. Berdasarkan amatan dan penelitian ilmiah, kemampuan tersebut dimiliki cicak kerana keempat kakinya yang memiliki bulu-bulu halus yang mampu melekat pada permukaan apapun. Selain bertumpu pada kekuatan empat kakinya, ekor cicak pun memiliki peranan penting dalam menjaga keseimbangan. Dalam keadaan saat terpeleset, hujung ekor akan mendorong permukaan sehingga kepala dan bahagian atas tubuh cicak tidak akan menjauh dari permukaan dinding. Dalam keadaan normal, ekor ini akan menempel pada permukaan sehingga memberi cicak waktu sekitar 1/4 saat untuk melepas pegangan pada permukaan dan melangkah ke depan. Namun, bila semua usaha sudah gagal dan cicak harus terjatuh, maka ekor ini akan berfungsi sebagai penyeimbang sehingga keadaan jatuhnya cicak itu selalu dengan keempat kakinya terlebih dulu menyentuh tanah.
Itulah sekilas gambaran mengenai selok-belok dan keunggulan cicak. Ia juga termasuk binatang yang cukup akrab dengan keseharian kita. Bagaimana tidak, ia dapat dipastikan berada di dinding rumah kita, terutama saat menjelang petang. Cicak yang merayap di dinding ternyata memiliki kemampuan yang hebat, iaitu memangsa nyamuk atau juga kelekatu. Kenapa hebat? Kerana si cicak tidak memiliki sayap untuk terbang, sementara nyamuk atau lalat adalah binatang bersayap. Kelas cicak dengan nyamuk dan kelekatu berbeda; yang satu merayap, yang lain terbang. Di banding dengan kendaraan yang dapat terbang seperti kapal terbang lebih mahal berbanding yang hanya merayap seperti kereta atau motorsikal, bukan? Tapi rupanya perbedaan kelas itu tidak menjamin yang merayap tidak dapat menaklukkan yang bersayap. Buktinya, cicak yang merayap dapat menawan nyamuk yang bersayap. Itulah bukti keagungan Tuhan! Dia tidak hanya menciptakan, tapi juga membekali makhluknya dengan citarasa, naluri, kemampuan, dan potensi. Selain nyamuk, cicak juga punya kebiasaan memangsa haiwan lain, iaitu kelekatu. Anda ingat bukan ketika ada kelekatu yang mengerubungi cahaya, maka di situ pula cicak akan ‘menunggu’. Cicak tidak mengejar-ngejar kelekatu. Lagi-lagi, ada perbedaan kelas yang luar biasa antara cicak dan kelekatu; cicak hanya merayap, sementara kelekatu sama seperti nyamuk yang bersayap dan boleh terbang. Sejenak kita bayangkan, apa jadinya jika si cicak mesti mengejar-ngejar dengan mengikuti si nyamuk atau kelekatu, alih-alih mendapatkan mangsa malah si cicak malah akan terjatuh. Tapi, cicak tahu dan sedar diri; kerana dia tidak memiliki kemampuan seperti nyamuk dan kelekatu, maka ia menerapkan “strategi”, iaitu dengan kecekapan dan kemahiran atau berupaya dengan cara merayap perlahan. Setelah mengukur jarak yang tepat, si cicak pun mencakup nyamuk. Begitu pun saat cicak mengintai kelekatu. Cicak tidak ikut-ikutan terbang, tapi dengan mendatangi cahaya yang menjadi lokasi kegemaran yang biasa didatangi kelekatu. Ketika kelekatu mendatangi tempat terang, maka di situlah cicak mendapatkan mangsanya. Begitulah ‘kreativiti’ seekor cicak. Pelajaran yang dapat kita ambil dari gaya seekor cicak mendapatkan mangsa adalah, pertama: keterbatasan bukanlah penghalang untuk mendapatkan rezeki. Itu terbukti dengan ketidakmampuan cicak untuk terbang, tapi ia tetap memiliki inisiatif untuk mendayagunakan kecekapan dan kemahirannya untuk menunggu atau dengan merayap perlahan, begitu mangsa hadir, ia pun tak menyia-nyiakannya. Dari contoh dan iktibar itu, bagi kawan-kawan yang merasa memiliki sejumlah kekurangan, baik yang bersifat fisikal (merasa kurang tinggi, terlalu kurus atau gemuk, kurang cantik atau tampan, atau kekurangan yang lain) mahupun yang kekurangan ilmu pengetahuan (seperti merasa kurang pandai atau tidak berpengalaman) tetaplah percaya diri. Jika pun itu sebuah keterbatasan, masih ada keunggulan lain yang anda miliki, baik yang sudah anda sedari atau yang belum. Cicak saja dapat mencakup binatang yang boleh terbang, mengapa sebagai manusia yang punya akal kita tidak dapat meraih yang kita inginkan! Pelajaran kedua: sabar dalam berikhtiar. Cuba lihat bagaimana kesabaran cicak. Sabarnya bukan tanpa ikhtiar; ia tetap berupaya. Kesabaran cicak seolah-olah dilandasi oleh kesedaran dan sikap dirinya terhadap keadaan yang tidak dapat ia tolak. Kesabaran dalam ikhtiar cicak itu dapat diteladani oleh seorang pencari kerja. Seorang pelamar pekerjaan yang baik itu adalah tidak berhenti mencari begitu tidak mendapatkan peluang di sebuah perusahaan atau syarikat. Tapi, letak kesabarannya adalah pada kegigihan yang tidak putus dan selalu membesarkan harapan. Jika ia tidak sabar, ia akan mudah putus asa; ketika satu perusahaan menolaknya, ia akan langsung meratapi keadaan dirinya: “Ah, memang aku yang bodoh, tidak ada keterampilan, tidak memiliki pengalaman, tidak ada ini dan itu.” Tunggu dulu... Jangan mencaci diri sendiri! Cuba sekali lagi lihat ke dalam diri anda. Mungkin ada potensi diri yang belum dapat anda baca dan anda temukan. Atau sebenarnya anda tahu potensi diri itu tapi belum anda gunakan secara baik, sehingga potensi itu belum matang. Maka, tugas yang mendesak adalah terus gali potensi diri, jangan pernah bosan apalagi berhenti di tengah jalan. Lanjutkan ikhtiarmu, baik dengan terus mencari peluang atau dengan menggali kemampuan.
Pelajaran ketiga, mencuba siasat jalan tengah. Lihatlah, sang cicak yang tidak lantas menyerah dan berdiam diri. Dia mendekati cahaya untuk dapat memangsa kelekatu. Dengan begitu, ia dapat menaklukkan kelekatu yang secara pandangan kasar lebih hebat dari dirinya itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Bagaimana Rasulullah s.a.w. Mengerjakan Haji

DALAM sebuah kitab yang berjudul “Zaadul Ma’ad”, karya Imam Besar Ibnu Qayyim Al-Jauziyah telah menyebutkan tentang bagaimana Rasulullah s.a.w. mengerjakan fardu haji. Katanya: “Ketika Rasulullah s.a.w. sudah masuk masjid, Nabi terus menuju ke Kaabah dan tidak melakukan solat tahyatul Masjid, sebab tahyatnya adalah tawaf. “Ketika tiba di Hajar Aswad, baginda menciumnya tidak ada orang lain yang ikut sama bergabung atau berebut. Baginda tidak mendatangi rukun Yamani terlebih dahulu sebelum mencium hajar aswad ini dan pula mengangkat tangan kearahnya, dan juga tidak mengucapkannya “Aku berniat dengan tawafku ini tujuh kali.”
Tidak pula memulai dengan takbir, tidak mencium atau memeluk Hajar Aswad dengan seluruh badannya. Baginda tidak berdoa saat dipintu Ka’abah, tidak pula disamping Kaabah mahupun disalah satu rukunnya.
“Tidak ada zikir yang baginda ucapkan saat tawaf. Tetapi zikir yang diriwayatkan dari baginda saat berada diantara dua rukun iaitu: “Wahai Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari seksa neraka.” “Baginda mempercepat jalan saat tawaf pada putaran tiga yang terakhir, tapi dengan langkah-langkah kaki yang lebih pendek. Baginda menyelempangkan kain di atas salah satu bahu (kiri) dan memperlihatkan bahunya yang lain (kanan) dan bahunya. Setiap kali melalui di depan Hajar Aswad, baginda memberi isyarat kepadanya dengan tongkatnya lalu baginda memeluk tongkat itu. “Diriwayatkan bahawa baginda mencium Rukun Yamani, tapi tidak memeluknya dan tidak pula memeluk dengan tangan tatkala menciumnya. Ada riwayat bahawa baginda memeluk Hajar Aswad, ada pula menyatakan bahawa baginda mencium beserta tangannya, dengan meletakkan tangan padanya, kemudian memeluknya. “Adakalanya baginda mencium dengan tongkatnya. Jadi ada tiga cara dalam hal ini. At-Thabarani menyebutkan dengan isnad yang jayyid, bahawa tatkala mencium itu beliau mengucapkan, “Dengan asma Allah, Allah Maha Besar.” “Kemudian tatkala melalui Hajar Aswad pada tawaf berikutnya, baginda hanya mengucapkan Allahu Akbar dan tidak menciumnya.”
Setelah selesai tawaf, baginda menuju belakang Maqam, seraya membaca ayat, “Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat.” (Al Baqarah: 125). “Kemudian baginda solat dua rakaat. Kedudukan maqam antara baginda dan Kaabah. Sesudah Al-Fatihah baginda membaca surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas. Selesai solat baginda mendatangi Hajar Aswad lalu menciumnya. Kemudian baginda menuju Shafa dari pintu yang berbeza. Ketika mendekati Shafa, baginda membaca: “Sesungguhnya Shafa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah.” (Al-Baqarah: 158). “Baginda naik ke bukit Shafa sehingga dapat melihat Kaabah. Dengan menghadap ke arah Kaabah, baginda mengesakan Allah dan mengagungkannya dengan mengucapkan, “Tiada Ilah selain Allah semata, yang tiada sekutu baginya, bagiNya kerajaan dan bagiNya pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Tiada Ilah selain Allah semata, yang memenuhi janjiNya, yang menolong hambaNya dan yang mengalahkan pasukan musuh semata.” “Di antara Shafa dan Marwah baginda juga mengucapkan hal yang sama tiga kali. Kemudian turun ke Marwah dengan berjalan kaki. Ketika menuruni Wadi, baginda berjalan cepat, dan ketika melewati Wady dan jalannya menanjak, beliau berjalan biasa. “Setiba di Marwah baginda naik ke atas bukit lalu menghadap ke arah Kaabah, sambil mengagungkan Allah dan mengesakanNya. Baginda melakukan hal yang sama seperti ketika di Shafa. Ketika sa’inya selesai di Marwah, baginda memerintahkan orang yang tidak mempunyai haiwan korban untuk bertahallul, dan tetap menetap di sana hingga hari Tarwiyah (sehari sebelum wukuf di Arafah). “Baginda menetap bersama orang-orang Muslim di dekat Makkah selama empat hari, dan selama itu baginda mengqasar solatnya. Pada hari Khamis pagi, baginda dan semua orang-orang Muslim berangkat menuju Mina. Setiba di Mina, baginda turun dari haiwan tunggangannya dan solat zuhur serta Asar serta bermalam di sana. Keesokan paginya setelah matahari terbit baginda pergi ke Arafah. Baginda mengambil jalan di samping kanan dari jalan yang biasa dilalui orang-orang pada zaman sekarang. Di antara para sahabat ada yang bertalbiyah, ada pula yang bertakbir. Baginda hanya diam saja dan tidak mengingkari perbuatan mereka. Baginda mendapatkan khemah sudah didirikan di Namirah, sebuah dusun di sebelah timur Arafah.
Baginda singgah di tempat itu. Ketika matahari sudah tergelincir, baginda meminta untanya Al-Qashwa’, lalu pergi lagi, hingga tiba di sebuah wadi di bilangan Uranah. “Di sana baginda menyampaikan khutbah yang amat agung dari atas belakang untanya, yang didalam khutbahnya baginda menyampaikan kaedah-kaedah Islam, menghancurkan sendi-sendi kemusyrikan dan jahiliyah. Dalam khutbahnya itu baginda menyampaikan hal-hal yang diharamkan, seperti yang juga diharamkan agama-agama samawi lainnya, baik yang berkaitan dengan darah, harta mahupun kehormatan diri, meletakkan berbagai urusan jahiliyah di bawah telapak kakinya, membatilkan sesembahan Jaliliyah, mewasiatkan perlakuan yang baik terhadap wanita, menyebutkan hak-hak wanita yang harus dipenuhi dan juga kewajipan-kewajipannya, para wanita itu berhak mendapatkan rezeki dan pakaian secara layak, dan baginda tidak membuat arahan tertentu dalam hal ini. Baginda membolehkan suami memukul isteri jika dia memasukkan orang lain yang tidak disukainya ke dalam rumahnya, mewasiatkan kepada umat agar berpegang teguh kepada Kitab Allah, seraya mengkhabarkan bahawa mereka tidak akan sesat selagi mereka tetap berpegang kepadanya. Baginda mengkhabarkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap Kitab Allah itu, lalu meminta mereka untuk mengatakan apa yang hendak dikatakan dan dipersaksikan. Maka para sahabat berkata: “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan, melaksanakan dan menyampaikan nasihat.” Lalu baginda menunjuk jarinya ke langit dan meminta agar mereka bersaksi kepada Allah tiga kali, dan memerintahkan agar mereka yang hadir saat itu menyampaikan isi khutbah ini kepada mereka yang tidak hadir. Baginda hanya menyampaikan satu kali khutbah. “Setelah selesai, baginda memerintahkan Bilal untuk azan lalu iqamat. Baginda solat zuhur dua rakaat dengan merahsiakan (tidak menguatkan suara) bacaan, padahal saat itu hari Jumaat. Hal ini menunjukkan bahawa orang bermusafir boleh tidak solat Jumaat. Kemudian baginda memerintahkan Bilal untuk iqamat sekali lagi, lalu baginda mendirikan solat asar dua rakaat, dengan cara mengqashar dan menjamak. Di sini terkandung dalil bahawa perjalanan jarak yang pendek tidak perlu diatas dengan jarak tertentu. Selesai solat baginda naik haiwan tunggangan dan melanjutkan perjalanan hingga tiba di tempat wukuf. Baginda wukuf di lereng bukit. Dengan menghadap ke arah Kaabah, baginda berdoa, bertahlil dan merendahkan diri kepada Allah hingga matahari tenggelam. Baginda memerintahkan agar orang-orang naik lagi ke Uranah, dan mengkhabarkan bahawa seluruh tempat di Arafah adalah tempat wukuf. Baginda memerintahkan agar orang-orang tetap berada di tempat mereka masing-masing dan wukuf di sana. Dalam berdoa di Arafah ini baginda mengangkat tangan ke arah dadanya, seperti orang miskin yang meminta huluran makanan. Baginda bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik doa adalah hari Arafah.” Di dalam wukufnya ini baginda mengucapkan doa: “Ya Allah, bagiMu segala puji seperti yang kami ucapkan, dan kebaikan dari apa yang kami ucapkan. Ya Allah, bagiMu solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, kepadaMu tempat kembaliku, bagiMu ya Rabbi warisanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari azab kubur, bisikan di dada dan urusan yang cerai berai. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang dibawa angin.” (Diriwayatkan At-Termizi).
“Doa baginda yang lain: “YA Allah, sesungguhnya Engkau mendengar perkataanku, melihat tempatku, mengetahui rahsia dan penampakkanku, tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi dariMu dari urusanku, aku adalah yang sengsara dan fakir, yang meminta pertolongan dan perlindungan, yang takut dan perlu dikasihani yang mengakui dosa-dosanya. Aku memohon kepadaMu dengan permohonan orang yang miskin dan yang berdoa kepadaMu dengan doa orang yang takut lagi tak tahu apa-apa, sambil melututkan lututnya kepadaMu, yang kedua matanya menitiskan air mata, dengan merendahkan jasadnya dan memburukkan hidungnya. Ya Allah, janganlah Engkau menjadikan aku dengan doa kepadaMu ini orang yang celaka. Jadilah Engkau menyayangi aku dan mengasihi wahai sebaik-baik Zat yang diminta, wahai sebaik-baik Zat yang memberi.” “Ahmad menyebutkan dari hadis Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya, bahawa zikir Nabi s.a.w. yang paling banyak dibaca saat di Arafah adalah: “Tiada Ilah selain Allah semata, yang tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya segala puji. Di TanganNya kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.” Ketika di Arafah itu pula turun ayat, “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian, dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmatKu, telah Kuredhoi Islam itu jadi agama bagi kalian.” (Al-Maidah: 3). Di sana pula ada seseorang yang jatuh dari haiwan tunggangannya dan meninggal dunia. Maka Rasulullah s.a.w. memerintahkan orang itu dikafani dengan kainnya, tidak boleh diberi wewangian, dimandikan dengan air dan dicampuri dengan pohon bidara, kepala dan wajahnya tidak ditutupi kain, dan baginda mengkhabarkan bahawa Allah akan membangkitkan orang ini pada hari kiamat sambil bertalbiyah...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Khadijah Binti Khuwailid, Isteri Terkasih Sepanjang Hayat

Dialah wanita beruntung sepanjang masa. Wanita yang dipinang manusia agung menjadi isterinya. Dialah puteri dari Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai bin Kilab al-Qurasyiah al-Asadiyah. Terlahir 15 tahun sebelum tahun fiil (tahun gajah). Dia membesar dalam lingkungan keluarga yang mulia dan pada gilirannya kelak menjadikannya seorang wanita yang cerdas, teguh, agung dan memiliki akhlak yang luhur. Kerana itulah banyak lelaki dari kaumnya menaruh simpati kepadanya. Sebelum dinikahi oleh Rasulullah, Khadijah dinikahi oleh Abu Halah bin Zurarah at-Tamimi. Dari hasil perkahwinan tersebut membuahkan dua permata hati bernama Halah dan Hindun. Namun perkahwinan keduanya ditakdirkan Allah tidak berumur lama kerana Abu Halah kemudian meninggal dunia. Setelah ditinggal mati suaminya, Khadijah pun berkahwin lagi dengan Atiq bin ‘A’id bin Abdullah al-Mahzumi hingga beberapa waktu lamanya, namun akhirnya mereka bercerai. Setelah itu, banyak pemuka-pemuka Quraisy yang menginginkannya. Akan tetapi, dia ingin memberi perhatiannya dulu untuk mendidik putera-puterinya, disamping sibuk mengurus perniagaan oleh kerana dia memang wanita yang kaya raya. Urusan perniagaan yang benar-benar mengambil sebahagian besar waktunya membuat Khadijah harus mencari orang yang mampu diharapkan membantu perniagaanya. Beliau pun memutuskan mencari orang yang dapat menjual barang dagangannya. Beliau pun mendengar khabar tentang keperibadian Muhammad (sebelum diangkat menjadi Nabi) yang memiliki sifat jujur, amanah, dan berakhlak mulia. Sebab inilah dasar dari kejayaan perniagaan. Bersama pembantunya, Maisaroh, Khadijah pun lantas mendatangi Muhammad. Beliau menawarkan perniagaan dengan memberikan barang dagangan kepada Muhammad dalam jumlah yang cukup banyak. Muhammad pun menyetujui tawaran tersebut. Bersama Maisaroh, dia langsung pergi berniaga. Hasilnya? Di luar dugaan. Keuntungan berganda didapatkan oleh mereka. Khadijah pun gembira kerananya. Akan tetapi, lebih dari itu, dia merasa takjub pada keperibadian Muhammad. Kekagumaan yang lama kelamaan membawanya pada benih-benih cinta di hatinya. Apalagi dia sudah lama menjanda. Namun dia pun sedar diri bahawa usia mereka terpaut jauh. Saat itu Muhammad masih berusia 25 tahun sedang dirinya sudah mencapai 40 tahun. Di saat bersamaan, dia bermimpi aneh namun cukup membahagiakan. Dia penasaran dengan takbir mimpi itu. Maka di pagi harinya, dengan penuh kegembiraan dia pergi ke rumah sepupunya, iaitu Waraqah bin Naufal. “Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku melihat matahari berpusing-pusing di atas kota Makkah, lalu turun ke arah bumi. Dia semakin mendekat dan semakin mendekat. Aku terus memperhatikannya untuk melihat kemana dia turun. Ternyata dia turun dan memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu membuatku tertegun. Lalu aku terbangun dari tidurku,” ceritanya pada Waraqah. Dan Waraqah pun tertegun mendengarnya. “Aku sampaikan berita gembira padamu, bahawa seorang lelaki agung dan mulia akan datang meminangmu. Dia memiliki kedudukan penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin meningkat,” jelas Waraqah seraya mentakbirkan mimpi Khadijah itu. Akhirnya mimpi itu menjadi kenyataan bahawa kelak Khadijah akan dikahwini seorang Nabi dan Rasul. Seiring dengan itu, perasaan yang tersemai di hati Khadijah semakin mengembang. Dia tak kuasa menahannya. Semakin dalam dia merenung, semakin merasa kuat hasratnya untuk dinikahi Muhammad. Maka dia pun bermaksud mengajukan diri agar Muhammad dapat mempersuntingnya. Namun, dia sempat meragu atas langkah yang tak lazim pada masyarakat Arab ketika itu. Sebab pada saat itu bangsa Arab jahiliah memiliki adat bahawa pantang bagi seorang wanita untuk meminang lelaki. Untuk itu, dia perlu ‘orang ketiga’ sebagai penyambung rasa hatinya. Di saat dia bingung dan gelisah kerana masalah yang menggelayuti fikirannya, tiba-tiba muncullah seorang temannya yang bernama Nafisah binti Munabbih. Nafisah mampu menyibak rahsia yang disembunyikan oleh Khadijah tentang permasalahan yang sedang dihadapinya. Betapa dia ingin dikahwini oleh manusia berbudi luhur. Tak semata hawa nafsu yang mengendarai rasa suka terhadap Muhammad. Sebab itulah dia mengatakan, “Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku, dunia dan kekuasaan para raja Iran dan raja Rom diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu, maka semua itu bagiku tak lebih berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk.” Nafisah terus berusaha membesarkan dan menenangkan hati Khadijah. Dia meyakinkan Khadijah bahawa dia seorang wanita kaya, bermartabat, keturunan orang terhormat, memiliki harta, lagi berparas cantik, sehingga tak sepatutnya Khadijah merasa ‘rendah diri’ dalam hal ini. Sebab itu pula akhirnya dia mahu menemui Muhammad untuk mengungkapkan maksud hati Khadijah. Sesampainya di kediaman Muhammad, dengan olah bahasa yang berlapik dan santun, dia utarakan maksud kedatangannya. “Wahai Muhammad, apakah yang menghalangimu untuk berkahwin?” “Aku tidak memiliki apa-apa untuk berkahwin.” “Bagaimana jika aku pilihkan untukmu seorang wanita yang kaya, cantik, dan berkecukupan, apakah kamu mahu menerimanya?” “Siapa dia?” Nafisah (Dengan cepat dia menjawab), “Khadijah binti Khuwailid.” “Jika dia setuju, maka aku pun setuju.” Mendengar ketegasan ini, Nafisah gembira dan lantas pergi menemui Khadijah untuk menyampaikan khabar tersebut. Ini bererti, lamaran Khadijah diterima. Sedangkan Muhammad langsung memberitahukan kepada bapa-bapa saudaranya tentang keinginannya untuk mengahwini Khadijah. Budi baik wanita ibu tunggal tersebut layak dijadikan alasan bahawa dia patut dinikahinya, walaupun usia mereka terpaut sangat jauh. Kemudian, pergilah bapa-bapa saudara Nabi: Abu Thalib, Hamzah, dan yang lainnya menemui bapa saudara Khadijah yang bernama Amru bin Asad untuk melamar Khadijah. Selanjutnya, mereka menyerahkan ‘mahar’ sebagai tanda sahnya akad nikah tersebut. Maka, sejak saat itu, jadilah Khadijah sebagai isteri Muhammad. Dia menjelma sebagai ummul mukminin yang paling utama dan paling baik dalam hal mencintai suami dan mengutamakan kepentingan suami daripada kepentingan dirinya sendiri.
Dari perkahwinan ini Allah memberikan kurnia kepada keduanya putera dan puteri yang bernama al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah. Berkat perkahwinan ini pula, Khadijah merupakan orang yang pertama kali masuk Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya. Khadijah terus mendukung perjuangan suaminya dalam menyebarkan risalah Islam. Namun seiring dengan perjuangan ini, kaum muslimin terus ditimpa ujian dan musibah yang sangat berat, akan tetapi Khadijah tetap berdiri kukuh berada di sisi suaminya. Bahkan ketika ujian demi ujian secara beruntun diberikan Allah s.w.t. kepada mereka berdua, Khadijah tetap tabah dan gigih. Kedua puteranya yang masih kanak-kanak, iaitu Abdullah dan al-Qasim dipanggil Allah untuk selama-lamanya, namun demikian Khadijah tetap bersabar. Dia juga melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana syahidah pertama dalam Islam yang bernama Sumayyah menghadapi sakaratul maut kerana seksaan kaum kafir hingga jiwanya menghadap Si Pencipta penuh kemuliaan. Dalam kesempatan lain, Khadijah kembali menunjukan kualiti peribadinya yang mulia sebagai seorang isteri. Tatkala orang-orang Quraisy mengumumkan pemulauan (memboikot) terhadap orang-orang Islam untuk menekan dalam bidang politik, ekonomi, dan kemasyarakatan, dan pemboikotan tersebut mereka tulis dalam sebuah naskhah dan mereka gantungkan pada dinding Kaabah, Khadijah tidak ragu-ragu untuk bergabung dalam barisan orang-orang Islam bersama dengan kaumnya. Dia rela meninggalkan kampung halaman tercinta untuk menempa kesabaran selama tiga tahun bersama Rasulullah dan orang-orang yang menyertainya menghadapi beratnya pemboikotan yang penuh dengan kesusahan dan menghadapi kezaliman sewenang-wenangnya para kafir penyembah berhala.
Sewaktu malaikat turun membawa wahyu kepada Muhammad, Khadijah adalah orang pertama yang mengakui kenabian suaminya, dan wanita pertama yang memeluk Islam. Sepanjang hidupnya bersama Muhammad, Khadijah begitu setia menyertainya dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira’, dia pasti menyiapkan semua perbekalan dan keperluannya. Seandainya Muhammad agak lama tidak pulang, Khadijah akan melihat untuk memastikan keselamatan suaminya. Sekiranya Muhammad khusyuk bermunajat, Khadijah tinggal di rumah dengan sabar sampai suaminya kembali pulang. Terkadang kepulangan itu membawa sejuta persoalan dan kesusahan hingga membuat Rasulullah gelisah. Khadijah pun mampu mencuba sekuat mungkin untuk mententeramkan dan menghibur Rasulullah sehingga suaminya benar-benar merasa tenang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Islam Larang Dedah Aib Orang

BANYAK kisah dan cerita yang kita baca tentang mendedahkan aib orang. Dalam dunia politik, dalam dunia perniagaan, dalam bidang apa pun, kadang-kadang perbuatan keburukan orang lain akan terjadi. Tetapi yang dimaksudkan kepada pendedahan aib orang ini ialah dari segi agama. Misalnya, keburukannya kita hebahkan dengan cakap-cakap diserata tempat. Bagaimana pun, apa juga alasan yang kita katakan, tetapi mendedahkan keaiban orang adalah dilarang oleh agama. Ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bahawa kalau kita menutup aib orang di dunia, maka kita akan menutup aib kita diakhirat nanti. Hakikatnya, semua ada aibnya sendiri. Tetapi dalam ceramah-ceramah apa pun, kadang-kadang ada orang “tersasul” membuka aib dan membuka “pekong orang lain”. Tetapi ada diantaranya bukannya “tersasul”, tetapi sengaja mendedahkan aib itu dengan alasan konon untuk menjadi iktibar kepada orang lain. Apakah dengan mendedahkan keaiban orang lain itu dibenarkan oleh Islam? Terutama dalam dunia politik, perkara yang tidak seharusnya didedahkan kepada ramai dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana masing-masing mahu mendapatkan “pengaruh” atau pun “kuasa” dari rakyat. Janji dapat “kuasa”, soal dedahkan keburukan orang lain seolah-olah macam dibolehkan. Ada pula yang “kaki mengampu” cuba mencari hadis-hadis yang cuba “menghalalkan cara”.
Satu lagi perkara yang sering terjadi adanya penceramah-penceramah yang mendedahkan kisah para jemaah “haji” yang kadang-kadang ada diantaranya mengalami kejadian-kejadian “aneh” apabila berada di tanah suci Makkah. Ada para jemaah yang mengalami “peristiwa” begitu merasa “malu” dengan pendedahan para penceramah. Hakikatnya, semua orang ada melakukan kesalahan, sama ada kesalahan itu besar atau pun kecil.
Ada jemaah yang ke Makkah selain memang tujuan pokok menunaikan rukun Islam yang kelima, juga mahu memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosanya di masa lalu. Memang ada berlaku kejadian dimana para jemaah jatuh pengsan hingga beberapa hari kerana kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu. Diceritakan pula dimana para jemaah ketika pengsan itu “bermimpi” konon diberi makan itu dan ini, seperti mana seseorang yang diseksa dalam neraka kerana kemaksiatannya. Kadang-kadang ada jemaah haji yang menceritakan kepada pegawai-pegawai berkenaan apa yang dialami semasa dia pengsan itu, tetapi janganlah pula diceritakan kepada orang lain, walau pun nama jemaah itu tidak disebutkan. Pendedahan serupa ini tentulah memalukan mereka yang berkenaan lebih-lebih lagi mereka yang mengalami peristiwa tersebut. Bukan itu saja, bahkan banyak hal suami isteri didedahkan dalam ceramah-ceramah tersebut. Memang ada berlaku, tetapi kita harus berfikir perkara itu “Satu aib orang lain” yang perlu kita jaga dengan sebaik-baiknya. Satu lagi perkara yang selalu disebut oleh ada diantara penceramah ini bagaimana seseorang itu “kaki arak”, “kaki betina”, “kaki judi”, konon disebut sebagai “Raja segala maksiat” mengalami pelbagai peristiwa yang menakutkan semasa berada di tanah suci. Pendedahan-pendedahan serupa ini memang memalukan mereka yang berkenaan, apa lagi mereka yang “makan cili”, tentulah merasakan pedasnya. Bukan itu saja, bahkan banyak hal-hal peribadi suami isteri didedahkan oleh para penceramah, kalau mereka berceramah mengenai orang-orang menunaikan haji. Walau pun pada hakikatnya ia merupakan satu kejadian yang ada kebenarannya, tetapi ia merupakan aib yang rasanya tidak perlu di beritahu atau pun menceritakan kepada umum. Mereka yang suka dan gemar menimbulkan hal-hal aib orang lain adalah dengan harapan supaya kes tersebut menjadi iktibar kepada orang lain, tetapi motif atau pun tujuan itu adalah kurang wajar sama sekali. Banyak lagi hal lain yang bleh dijadikan sebagai iktibar atau pun pengajaran. Dalam agama terutama dalam kitab suci dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. banyak mendedahkan hal-hal yang boleh dijadikan iktibar. Kita tidak perlu lagi untuk menceritakan hal manusia sendiri untuk dijadikan sebagai iktibar atau pun pengajaran. Kalau para penceramah kita rajin membuka buku-buku agama dan kitab-kitab hadis, mereka akan menemui banyak kisah yang boleh dijadikan teladan dan pengajaran. Misalnya sebuah kitab yang berjudul “Asababul Wurud” sudah pun ada dalam pasaran. Kitab ini memuatkan mengenai latar belakang sejarah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Kitab ini adalah kata-kata Rasulullah s.a.w. bagi menjelaskan maksud sesuatu peristiwa atau pun kejadian yang disebut sebagai hadis. Setiap peristiwa ada sebab musababnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Tidak Ada 'SIrath' Di Padang Mahsyar

SEORANG ulama tersohor dalam negara kita, Datuk Hassan Din Al-Hafiz berpendapat bahawa tidak ada “jambatan” yang dibentangkan di atas neraka untuk semua makhluk menyeberangi di akhirat nanti. “Cerita jambatan atau pun Sirath itu hanyalah sebagai simbolik saja. Sebenarnya ia tidak wujud sama sekali,” katanya dalam satu ceramah yang disampaikannya di sebuah madrasah “madrasah Al-Huda” di Taman Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini. Katanya: “Kesilapan dan kesalahan yang timbul dari soal ini kerana ramai para ustaz salah memahami maksud ayat Quran dan hadis Nabi s.a.w. mengenai perkara ini.” Beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar berhubung dengan masalah yang penuh kontroversi ini yang katanya: “Semasa saya kecil dulu pun saya diberitahu jambatan atau pun Sirath itu ada di atas Neraka.” Datuk Hassan telah mengemukakan dalil-dalil sama ada dari nas Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. berhubung perkara ini, dan beliau telah menyebutkan ayat-ayat tersebut dalam surah apa dan ayat berapa. Begitu juga dengan hadis-hadis yang dibetangkan sebagai dalil yang sahih bahawa tidak ada “Sirath” sebagaimana yang di maklumkan itu. “Salah mengerti, dan tidak memahami isi al-Quran dan tidak memahami isi al-Hadis, maka terjadilah hal ini,” jelasnya. Datuk Hassan kemudian telah bercakap satu persatu berhubung dengan proses kebangkitan manusia dari kubur. Katanya: “Apabila ditiup Sangkakala, semua makhluk akan bangkit dari kubur masing-masing. Mereka akan berdiri di tepi kubur dan akan diperintahkan menuju ke padang Mahsyar. “Mahsyar atau pun Padang Mahsyar ini merupakan satu perjalanan yang paling jauh dan paling menyukarkan, menyulitkan sekali. “Manusia atau pun makhluk akan dibangkitkan dengan “tiga tahap”. Tahap pertama: Dari golongan kafir akan dihantar terus masuk ke dalam neraka tanpa bicara apa-apa pun. Tahap kedua (B): Makhluk yang akan dibangkitkan akan terus masuk ke syurga tanpa dihisab. Golongan ini bergantung kepada amalan masing-masing. Tahap ketiga: Golongan ini akan “stay” (menetap) di Padang Mahsyar. Berapa lama? Allah s.w.t. saja yang menentukan. Satu hari di akhirat, nisbahnya sama dengan seribu tahun di dunia. “Bayangkan bagaimana seksanya manusia yang bersalah menanti di bicara di Mahkamah Allah. Ketika itu tidak ada peguam bela. Hakim Yang Maha Besar dan Maha Perkasa, Yang Maha Mengetahui dan Maha segala-galanya iaitu Allah akan menghakiminya,” jelas Datuk Hassan dengan wajah serius. Beliau telah membawa projector dimana ada “slide” sebagai carta untuk menerangkan kedudukan “Neraka” dimana letaknya kedudukan “Syurga” dimana pula letaknya dan di tengah-tengahnya antara syurga dan neraka itu akan satu tembok besar apa yang disebut “al-a’rab”. Orang-orang yang ditempatkan di sini ialah mereka yang mempunyai “Dosa” dan “pahala” iaitu “fifty-fifty”. Dalam saat-saat Datuk Hassan Din membuat penjelasan itu, seorang jemaah angkat tangan bertanya: “Apa akan jadi dengan orang-orang yang duduk di atas tembok itu?” Datuk Hassan menjawab: “Yang berdosa akan menjalani hukuman iaitu masuk neraka, dan selepas selesai hukuman berjalan, orang-orang itu akan dihantar ke Syurga. “Begitu keadilan Allah s.w.t. dalam mengadili mahkluknya dan menghukum mereka.” Datuk Hassan Din kemudian memberitahu bahawa yang dimaksudkan jambatan atau pun “Sirath” itu ialah mereka yang berjalan dari kubur masing-masing ke Mahsyar. “Cangkuk-cangkuk besi yang tajam dan besar-besar sebagaimana yang digambarkan dalam kisah itu ialah sebagai “simbolik” dimana menunjukkan betapa sukar dan sulitnya manusia berjalan menuju ke Mahsyar. Kepayahan, kesulitan itu sama juga seperti kita mengharungi satu jalan dimana jalan-jalan itu penuh denga duri, semak samun penuh dengan ranjau dan sebagainya yang menimbulkan kesulitan yang amat sangat. Kata Datuk Hassan: “Cerita-cerita tambahan tanpa dalil dan yang sahih kita tidak boleh terima. Kadang-kadang ada cerita-cerita yang ditokok tambah. “Ada di antaranya yang kita dengar dan baca dalam kitab-kitab agama itu hanya sebagai pendapat para ulama itu sendiri, bukan dari “Quran Hadis Nabi s.a.w. yang sahih,” katanya. “Begitulah prosesnya dimana yang akan dimasukkan ke neraka datang berduyun-duyun begitu bising sekali, sehingga penjaga pintu neraka merasa hairan apa yang bunyi bising itu. “Oleh kerana para malaikat yang menjaga pintu-pintu neraka itu mahu tahu apa yang bunyi bising itu, lalu membuka pintu-pintu neraka dan orang-orang kafir terus saja masuk ke dalamnya. “Manakala orang-orang yang sudah ditentukan ke syurga terus ke pintu syurga, tetapi pintu syurga ditutup. Akhirnya Nabi kita Muhammad s.a.w. yang berjalan di depan sekali lalu mengetuk pintu syurga. “Malaikat yang menjaga pintu syurga bertanya: “Siapa? Nabi s.a.w. memberitahu bahawa baginda bersama umatnya masuk ke syurga. Para malaikat menyambutnya dengan ucapan “selamat sejahtera”.
“Lalu Nabi Muhammad s.a.w. memohon kepada Allah minta izin keluar semula untuk ke Mahsyar untuk melihat umatnya yang masih tertinggal. Maka Allah s.a.w. izinkan permintaan Nabi s.a.w. itu. “Rasulullah s.a.w. kesana semata-mata untuk mahu memberi syafaat kepada umatnya yang masih berada di mahsyar kerana urusan bicara di mahkamah Allah belum beres lagi. Begitulah sayang dan kasihnya Nabi kepada umatnya,” demikian kata Datuk Hassan dalam penjelasannya itu. Beliau menyambung: “Jadi prosesnya sudah kita tahu. Dari kubur ke mahsyar. Di sini menanti bicara. Ada mahkamah Allah dimana Allah sendiri sebagai Hakim. Kemudian, ke syurga, maka akan ke syurga. Ke neraka, akan ke neraka. “Jadi, bagaimana boleh timbul ada “Sirath”? Sedangkan keputusan sudah pun selesai. Penghisaban dan perbicaraan sudah pun selesai, keputusan sudah pun di buat, bagaimana pula ada cerita lain, mereka yang nak ke syurga akan melalui “jambatan” atau pun “Sirath”?
“Jambatan itu pula di sebutkan kecil seperti rambut dibelah tujuh, dan tajamnya lebih dari pedang. Cara berjalan di atas Sirath itu ada bermacam-macam. Ada macam kilat, ada berlari, dan berjalan, dan ada yang merangkak serta berengsot-engsot. “Yang banyak dosa akan jatuh ke bawah, di mana di bawah Sirath itu ialah “Neraka Jahanam”. Kata Datuk Abu Hassan lagi: “Tidak ada nas yang menceritakan hal ini semua, baik dalam Quran mahu pun dari hadis Nabi s.a.w. Ini cuma pendapat para ulama saja.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2010 di pasaran...

Friday, November 5, 2010

Variasari Keluaran November 2010


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2010? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2010 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2010