Wednesday, May 15, 2013

Variasari Keluaran Mei 2013


 








Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Mei 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Mei 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari Mei 2013







Tuesday, May 14, 2013

Hidayah Mei 2013

Hidayah keluaran Mei 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Bulan Mei ini Hidayah menemui anda dalam suasana negara kita sedang menghadapi PRU13. Inilah demokrasi yang kita amalkan. Bagi kita inilah masanya untuk membuat pilihan kerajaan baru untuk tempoh lima tahun akan datang. Adalah menjadi tanggungjawab rakyat menunaikan amanah ini dengan penuh telus dan matang. Kita bukan saja perlu memilih kerajaan yang akan meneruskan pembangunan wawasan menjadi Malaysia negara maju pada tahun 2020, malah kita juga mahu maju sampai ke akhirat.
Oleh itu pilihlah pemimpin yang amanah, telus, berwawasan, berakhlak – bukan pemimpin yang korup, yang mengambil kesempatan mengaut kekayaan untuk diri sendiri, kroni dan kaum keluarga. Dalam suasana bahang PRU13 inilah Hidayah tetap menemui pembacanya. Hidayah tetap memaparkan kisah-kisah dan rencana yang dapat memberi renungan kepada kita semua. Bacalah Iktibar 1 bagaimana nasib seorang ahli perniagaan yang mengutamakan kejayaan duniawinya tanpa memikirkan balasan dosa pahala di akhirat kelak. Disamping itu, anda jangan lupa baca dan teliti rencana ‘Bertaubatlah sebelum terlambat’ (Muka 154) agar kita dapat mengambil pengajarannya. Sementara bagi peminat dunia sufi bolehlah ikuti rencana bertajuk ‘Kedudukan Tasawuf Dalam Islam’ dan jangan lupa mengikuti rencana ‘Kenali Siapa Jin, Siapa Syaitan’ disamping pelbagai rencana lain lagi. Hidayah juga dalam proses membuat perubahan lay-out cover secara bertahap demi memberi daya tarikan dan kepuasan kepada pembaca. Kami amat berterima kasih dengan pandangan dan kritikan dari masa ke semasa oleh pembaca yang prihatin dengan majalah kesayangan ini. Setiap pandangan kami alu-alukan.
“Selamat mengundi dalam PRU13”.
Wassalam!
Terima kasih dengan sokongan berterusan anda semua.

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Arak: Badan Keluar Wap Panas Menjelang Maut

SEBELUM membaca kisah ini selengkapnya, ada baiknya kita petik terlebih dahulu firman Allah s.w.t. yang berbunyi sebagai berikut:  “Hai orang–orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, [berkorban untuk] berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu hendak menjerumuskan kamu ke dalam bencana permusuhan dan saling membenci sesama kamu [lantaran] minuman keras dan bermain judi, serta menghalangi kamu dari mengingat Allah dan mengerjakan solat, tidakkah kamu mahu berhenti .” (QS. Al-Maidah: 90-91) Ayat di atas dengan tegas melarang umat Islam melakukan perbuatan keji dan kotor. Salah satunya adalah meminum minuman keras (arak dan sejenis dengannya). Sebab, ia termasuk perbuatan syaitan dan mengandung segenap mudarat yang tak terhindarkan, baik fizik, kejiwaan dan kerohanian. Hal ini bukan hanya sudah diberi amaran keras oleh Allah dalam firman tersebut, tapi juga sudah banyak penelitian ilmiah [kedoktoran] yang menyatakan bahawa minuman keras itu merosak jiwa raga peminumnya. Tidak aneh bila Rasulullah s.a.w. berpesan bahawa Allah mengutuk bukan hanya peminum minuman keras tapi semua yang terlibat di dalamnya. “Allah telah melaknat khamar (arak/minuman keras), peminumnya, penghidangnya, pembelinya, penjualnya, pemerasnya, yang diperas untuknya. Pembawanya dan yang dibawa kepadanya.” Demikian sabda baginda s.a.w. Sayangnya, meski firman Allah dan seruan Nabi sudah begitu jelas, masih saja banyak umat yang mengaku muslim terperosok di dalamnya; ada yang menjadi peminum minuman keras, ada pula yang berniaga minuman keras. Memang, bisnes yang membawa kemudaratan dan dilaknat oleh Allah ini kerap mendatangkan untung yang luar biasa. Tak aneh, bila banyak orang yang tergiur bukan hanya sekadar peminum, tapi juga sebagai perniagaan minuman keras. Padahal dalam firman yang lain, Allah sudah menegaskan: “Apakah kamu telah melihat orang yang kafir terhadap ayat–ayat Kami dan ia menyatakan: “Aku pasti akan diberi harta dan anak.” Adakah ia melihat yang ghaib atau ia telah membuat perjanjian di sisi Tuhan yang Maha Pemurah? Sekali–kali tidak. Kami akan menulis apa yang ia katakan, dan benar–benar Kami akan memperpanjang seksa untuknya, dan Kami akan mewarisi apa yang ia katakan itu, dan ia akan datang kepadanya secara sendirian.” (QS. Maryam: 77-80) Kiranya, janji Allah itulah yang telah berlaku terhadap seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam hidupnya, dihormati dan disegani. Sebutlah namanya Encik Nizam. Latar belakangnya dari golongan orang biasa. Berkat kegigihannya, ia berhasil merintis kerjaya di dunia politik tanahair. Dia mendapat sokongan dan dukungan dari tokoh–tokoh pemimpin yang berkuasa. Sedikit demi sedikit, kerjayanya melonjak hingga membuat dirinya melebarkan sayap menjadi seorang pengusaha dan ahli perniagaan yang berjaya. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau memiliki banyak usaha yang bergerak di berbagai bidang. Namun, usaha utamanya adalah beberapa rangkaian hotel dan restoran mewah yang terdapat di Malaysia ini.
Sebagai ahli perniagaan dan bekas ahli politik yang mendapat sokongan kerajaan, dia memiliki banyak saluran pelaburan. Kesannya, banyak rakan-rakan bisnes yang ingin bekerjasama dengannya, meski sekadar melantiknya sebagai pengerusi syarikat. Salah satu antaranya ialah sebuah syarikat judi terbesar di Malaysia yang mengajaknya berkongsi dengan menjadikan dirinya sebagai Pengarah Urusan. Hanya sekadar ‘menempel’kan namanya di syarikat judi tersebut, ia mendapat puluhan ribu ringgit sebulan. Seorang sahabat dekatnya pernah mengesan tentang kesombongan Encik Nizam ini. Dia sangat angkuh dengan  kejayaannya dalam dunia perniagaan. “Jangan persoalkan apakah harta saya ini hasil barang halal atau haram. Tetapi lihatlah sumbangan yang telah saya berikan kepada masyarakat,“ hujahnya satu ketika dulu. Memang benar, hasil syarikat perjudiannya, dia mendapat keuntungan luar biasa. Dia seringkali menyumbangkan wangnya untuk anak–anak yatim dan golongan miskin yang memerlukan bantuan. Sementara melalui bisnes utamanya yang lain: hotel dan restoran, beliau telah meraup keuntungan yang tidak sedikit. Terlebih, di setiap hotel dan restorannya, ia menjajakan aneka rupa minum-minuman keras yang juga membawa keuntungan yang besar.
Bahkan, di kediamannya yang mewah, yang terletak di suatu tempat yang eksklusif di Lembah Kelang, dia menyediakan sebuah ‘bar’ khusus untuk dirinya dan para tetamunya yang ingin mencicipi berbagai jenis minuman keras itu...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Anak Derhaka Maut Selepas 'Disumpah Ibu'

HARI itu di sebuah pasar, matahari telah memancarkan sinarnya, membuat tubuh terasa panas dan berpeluh. Suara bising kenderaan dan hon kereta memekakkan telinga bersahutan-sahutan memenuhi jalan, ditambah gemuruh lalu lalang orang di jalan-jalan yang kian memenatkan otak saja. Lengkaplah kegersangan di siang hari itu. Namun, tiba-tiba, sebuah peristiwa memecahkan suasana. Di tengah riuh rendah orang berniaga, seorang lelaki bermotosikal bersama pasangan wanitanya dilaporkan telah terkorban setelah terbabit kemalangan dengan sebuah lori kecil. Keadaannya sangat mengharukan dan menyayat hati. Darah bercucuran di bahagian kepala dan tubuhnya. Badannya terseret beberapa meter dari lori. Bahkan, sekujur tubuhnya telah bersimbah darah. Dia meninggal dunia waktu itu juga.  Begitu pula dengan teman wanitanya. Keadaannya tak jauh berbeda. Tubuhnya juga bersimbah darah. Terkorban waktu itu juga. Memang mengerikan... Khabar itu langsung saja membuat gempar hampir seluruh warga di tempat kejadian. Jenazah kedua mangsa itu menjadi tontonan ramai. Ahmadun (26 tahun), sebut saja demikian, telah menemui maut oleh ganasnya pertembungan lori yang sedang melintas dari arah bertentangan. Lori itu melintas dengan deras dan tidak dapat mengendalikan kenderaannya yang akhirnya melanggar sebuah motosikal dari arah depan. Menurut keterangan yang menyaksikan kejadian, Ahmadun dan pasangan wanitanya, Rini (23 tahun, sebut saja demikian) dengan motosikal dipecut laju bermaksud mahu memotong sebuah kereta yang ada di depannya. Sementara dari arah depan, lori kecil itu juga turut memecut. Kerana tidak dapat mengelak, merempuh motosikal itu. Ada juga ramalan lain menyebutkan bahawa penunggang motosikal itu yang kurang waspada dan tidak mempertimbangkan kemungkinan tidak dapat memotong kereta di depannya yang juga dipandu laju. Pada akhirnya, motosikal tersebut kehilangan keseimbangan. Pemandu lori pun melanggar motosikal tersebut. Itu dilakukan untuk menghindari kereta yang datang dari arah bertentangan. Sebab, jika ia melanggar kereta, mungkin korban akan lebih banyak. Gesekan antara dua kenderaan roda empat boleh terbabas ke gerai-gerai yang banyak dikerumuni orang di pinggir jalan. Ruas jalan itu langsung jem. Kereta dan kenderaan pengguna jalan di lokasi tersebut berhenti seketika untuk menyaksikan kemalangan yang terjadi. Bukan saja lantaran kerana terbunuhnya dua korban itu, tapi juga kerana kejadian tersebut menimpa seorang pemuda yang sering dikiaskan seperti halnya sosok ‘Malin Kundang’, si anak derhaka. Sebaik kejadian berlaku, untuk menghindari kejadian yang tidak diinginkan, pemandu lori itu terus melarikan diri.
Namun, salah seorang pengawal keselamatan swasta yang bekerja di salah satu kedai di lokasi kejadian berhasil menangkap pemandu lori tersebut. Dia lalu dibawa ke pejabat syarikat keselamatan tersebut.
Mulanya, dia hendak melarikan diri. Namun, dia kemudian berhasil dihalangi oleh beberapa orang yang berdekatan, sehingga dia tak dapat berbuat demikian. Sementara itu, jasad Ahmadun dan Rini tetap saja dibiarkan tergeletak di ruas jalan untuk beberapa ketika, seperti bangkai yang tak bererti tanpa ditutupi helaian akhbar. Menurut cerita seorang saksi, saat itu warga setempat hanya memandangi korban tersebut dari bahu jalan. Ada kekesalan yang mereka luapkan kepada Ahmadun. Kekesalan itu, terlihat dari raut muka mereka. Itu tersimpan cukup lama, seiring dengan perilaku yang pernah dilakukannya.

Sejarah hitam
Cerita nyata ini mengenai seorang pemuda yang terkenal di kampungnya. Peristiwa ini belum begitu lama terjadi. Sekitar dua tahun silam. Di sebuah kampung, sebut saja namanya ‘Kampung Jati’, Ahmadun menorehkan tinta hitam untuk dirinya sendiri. Dia lahir dan dibesarkan di sebuah perkampungan padat penduduk. Dia termasuk anak yang mudah bergaul. Kerana itu, dia dengan mudah dikenal oleh warga pasar. Di samping itu, ia juga termasuk orang yang dikenali di lingkungan rumahnya, termasuk juga di kampung bersebelahan. Ahmadun mula bekerja sebagai seorang pegawai di salah satu perusahaan kecil di sebuah kota di tanah Jawa. Namun, menginjak usianya yang ke-26, dia pun berubah kerja. Dia lebih suka menjadi peniaga dari pada menjadi pegawai. Kerana itu, dia mampu memiliki beberapa warung. Lambat laun, usaha niaga kecil-kecilannya lancar. Untuk ukuran umurnya yang masih muda, dia termasuk peniaga kecil yang berjaya. Namun, dia tidak hanya aktif sebagai seorang pedagang, tabiat tidak baiknya dia gemar berjudi dan berpeleseran dengan wanita. Itulah sisi gelap hidupnya...Perkenalannya dengan judi boleh dikatakan sudah lama. Dia mengawalinya saat bergaul dengan sebilangan ‘pendekar adat’ di tempat kelahirannya. Di komuniti ini, dia boleh dikatakan sebagai salah seorang ahli silat. Dia juga dikatakan menguasai seni silat yang menjadi  budaya di daerahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Malaikat Jibril a.s. Menangis Ketika Menemui Rasulullah s.a.w.

KISAH para Malaikat memang menarik dan menakjubkan. Allah s.w.t. telah menggambarkan dalam Quran mengenai kisah Malaikat ini. Ada satu kisah di mana pada suatu saat malaikat Jibril a.s. telah menemui Baginda Rasulullah s.a.w. Kedatangan Jibril ketika dalam keadaan di mana malaikat Jibril menangis. Nabi s.a.w. sendiri terkejut melihat Jibril, apa lagi yang menyebabkan beliau sedih dan takut. Ikutilah nukilan-nukilan tentang kisah tersebut seperti berikut: “Jibril mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya, “Apakah yang membuatmu menangis?” Jibril menjawab: “Bagaimana aku tidak menangis. Demi Allah, tidaklah kering air mataku sejak Allah menciptakan neraka kerana aku khuatir akan menderhakaiNya sehingga aku dilemparkan ke dalamnya.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam az-Zuhd dari Abu Imran al-Jauni) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah menurunkan Jibril a.s. dalam rupa yang terbaik daripada saat mendatangiku sebelumnya. Lalu dia berkata: “Sesungguhnya Allah mengirim salam kepadamu wahai Muhammad dan Dia berfirman kepadamu: “Sesungguhnya Aku telah mewahyukan kepada dunia untuk menjadi pahit, menyusahkan, menyempitkan, dan menekan para waliKu sehingga mereka menyukai pertemuan denganKu. Dan agar memudahkan, meluaskan dan berbuat baik kepada para musuhKu sehingga mereka membenci pertemuan denganKu. Sesungguhnya Aku telah menciptakan dunia sebagai penjara bagi para waliKu dan syurga bagi para musuhKu.” Al-Baihaqi berkata: “Kami tidak menulisnya kecuali dengan sanad ini, yang diantara mereka ada orang-orang yang tidak diketahui.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Syuabul Iman, kami diberitahu oleh Abu Muhammad Abdulullah bin Yusuf al-Ashbahani, kami diberi tahu oleh Abu Bakar Ahmad  bin Said bin Fardhakh al-Akhmimi di Makkah, kami diberi tahu oleh al-Walid bin Hammad, kami diberitahu oleh Abu Muhammad Abdullah al-Anshari, aku diberitahu oleh Abul Fadhl dari ayahnya, Ashim, dari ayahnya, Umar, dari Qatadah bin an-Nu’man yang berkata: “Pernah mendatangi Nabi s.a.w. seorang penduduk Yaman yang botak depan kepalanya (aksyaf), juling matanya (ahwal), pendek lehernya (auqash), bengkok kakinya (ahnaf), kecil telinganya (ashwa). Kidal tangannya (a’sar), sedikit gading punggung dan pahanya (arsah), dan renggang kakinya (afhaj). Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, beri tahulah aku sesuatu yang diwajibkan Allah atasku. ‘Setelah beliau memberitahunya, dia berkata: “Aku bersumpah atas nama Allah untuk tindak menambah sesuatu yang diwajibkanNya. Beliau bertanya: “Mengapa demikian? Dia menjawab: “Sebab, Dia telah menciptakanku, lalu memperburuk bentukku. Lalu beliau berpaling, lalu Jibril mendatanginya dan berkata: “Wahai Muhammad, mana orang yang mencela itu? Sesungguhnya dia telah mencela Tuhan, maka Dia pun mencelanya.” Jibril berkata lagi: “Katakan  kepadanya, tidakkah dia ingin Allah membangkitkannya dalam rupa Jibril yang asli pada hari kiamat? Rasul pun mengatakannya kepadanya, lalu dia menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah. Sesungguhnya aku bersumpah atas nama Allah agar Dia tidak menguatkan tubuhku atas sesuatu yang diredho Allah kecuali aku telah mengerjakannya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Pakai Rambut Palsu Di Larang

SEORANG wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w., katanya kepada baginda: “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak atau gugur rambutnya, adakah boleh saya memakainya dengan rambut palsu?” Rasulullah menjawab: “Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu.” (HR. Bukhari dan Muslim) Daripada Hamid bin Abd al-Rahman bin Auf beliau telah mendengar Mu’awiyah berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut daripada seorang pengawal, katanya: “Hai penduduk kota Madinah, di manakah ulama-ulama kamu? Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. melarang perbuatan seumpama ini sabdanya: “Sesungguhnya kemusnahan Bani Israel (Bangsa Yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakainya (rambut palsu).” (HR. Bukhari dan Muslim) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. sebuah hadis mauquf, sabdanya: “Allah mengutuk para wanita tukang cacah dan wanita yang meminta dicacah, wanita yang memendekkan rambut di bahagian-bahagian mukanya, wanita yang menjarangkan giginya untuk kecantikan yang merubah keaslian ciptaan Allah.” Hadis ini telah sampai kepengetahuan seorang perempuan Bani Asad yang pandai membaca Al-Quran, namanya Ummu Ya’qub, lalu ia datang menemui Abdullah untuk menanyakan mengenai hadis tersebut, kata Abdullah: “Kenapa saya tidak boleh mengutuk orang yang telah dikutuk oleh Rasulullah s.a.w. sedangkan hal ini terdapat di dalam kitab Allah.” Perempuan itu berkata: “Sesungguhnya saya telah membaca seluruh Al-Quran, tetapi saya tidak pernah menemuinya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Mencari Calon 'Suami Idaman'

APAKAH kriteria sebenarnya seorang lelaki untuk layak dijadikan ‘suami idaman’?
A. Soleh
“Apabila datang kepada kalian orang yang kalian sukai agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia, jika tidak kalian lakukan, akan ada fitnah (petaka) dan kerosakan yang besar.” Sebahagian ulama salaf berkata, “Jangan nikahkan anak perempuan anda kecuali dengan orang yang bertakwa. Jika mencintainya, tentu ia akan memuliakannya dan jika membencinya tentu ia tidak akan menzaliminya.” Sesungguhnya agama menghalangi lelaki berbuat zalim (sewenang-wenang), kerana dalam hubungan dengan wanita ia beranjak dari firman Allah bermaksud: “...Dan bergaullah dengan mereka secara patut...” (An-Nisa’: 19).
Dan sabda Rasulullah s.a.w.: “Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku.” Sungguh tidak dibenarkan akal dan agama, ketika seseorang hanya menikahkan anak perempuannya dengan orang yang membayar mahar tertinggi untuk anaknya. Atau, hanya akan menikahkannya dengan orang yang paling tinggi pangkatnya di antara para pelamar, atau yan paling banyak hartanya, tanpa memperhatikan aspek agama dan akhlak.
Ini merupakan pemahaman keliru sebahagian orang tentang hakikat sesuatu dan nilai kehidupan. Anak perempuan bukanlah barang dagangan dan akad nikah bukanlah hasil dagang. Akad nikah bertemunya beberapa sifat dengan sifat-sifat lainnya. Itulah pandangan Islam tentang hakikat atau substansi masalah. Iaitu memandang kemapanan seseorang tergantung pada kesempurnaan akhlak dan agamanya, bukan harta, kecantikan dan pangkatnya. Mengutamakan hal-hal semacam ini di atas akhlak dan agama merupakan kerosakan dan musibah yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah. perlakuan yang baik bukanlah sebuah pilihan, tetapi merupakan kewajipan suami terhadap isterinya ialah:

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Cerdaskan Batin Melalui Zikir

HATI setiap manusia pada dasarnya jernih, bening, dan bercahaya. Di dalamnya ada seberkas cahaya yang bersumber dari Sumber Cahaya Kehidupan ini: Allah! Al-Ghazali menggambarkan hati manusia sebagai sebuah kaca yang bening. Jika kita rajin membersihkannya, kaca itu akan menjadi bening dan jernih sehingga mampu menangkap kotor-kotor yang tersembunyi. Tapi jika dibiarkan kotor, maka kebeningan kaca itu akan tercemar oleh noda-noda hitam dan lama-kelamaan berkarat dan akan menutupi beningnya hati manusia sehingga cahaya ilahi tidak lagi tertangkap oleh nurani manusia. Berzikir adalah satu cara untuk melancarkan kecerdasan kesedaran batin kita. Sebabnya, zikir merupakan salah satu tarikat, jalan, metode atau cara yang dilakukan para sufi untuk menyucikan jiwa, mendekatkan diri, meningkatkan kesedaran dan merasakan kehadiranNya. Tapi zikir bukannya melafazkan nama Tuhan berulang kali seperti jampi, apalagi tanpa mengetahui makna yang dibaca. Selama ini ketika kita bercakap tentang zikir, sering kali hanya dikaitkan sengan caranya: sikap duduk, mata terpejam, mulut tertutup atau terkumat-kamit membaca doa. Padahal, dalam bahasa Al-Quran, zikir dilakukan dengan duduk, berdiri dan berbaring. Dengan kata lain, zikir dilakukan dalam segala keadaan. Dan, hanya berzikir hati menjadi tenang. Untuk itu, jika kita berzikir, haruslah zikir kita dapat membawa kesedaran, pengetahuan dan kesatuan dengan Tuhan. Zikir harus ditempatkan di dalam hati, seperti halnya, ketika sedang jatuh cinta. Kita harus membuktikannya tidak hanya dengan mengatakan “aku cinta kamu” berulang kali. Tetapi juga diiringi dengan berbagai tindakan, perasaan dan ungkapan-ungkapan rasa kasih sayang. Jadi, bagaimana agar zikir kita tidak terjebak pada sesuatu kelaziman sehingga tidak membeningkan kebeningan kesedaran kita? Menurut Ahmad Chojim, penulis buku terlaris (di Indonesia) ‘Meraih Hidup Bermakna’, kita harus membezakan antara zikir dan cara berzikir. umumnya perhatian kita itu tertumpu pada caranya, bukan pada zikirnya. Rasulullah s.a.w. memang pernah mengajarkan tatacara dalam berzikir kepada Ali bin Abi Talib yang tercatat dalam hadis Qudsi, firman Tuhan yang dilafazkan oleh Nabi Muhammad. Ali bin Abi Thalib bertanya, “Wahai Nabi Allah! Bimbinglah aku dengan jalan yang paling singkat dan cepat menuju Tuhan, dan dengan jalan termudah bagi hamba-hamba tuhan, serta bagi hamba-hamba pilihan.” Nabi s.a.w. menjawab, “Wahai Ali, jalan itu adalah zikir yang berterusan dan menyendiri kepada Allah.”  Kemudian Ali bertanya, “Wahai Nabi Allah, kalau begitu tunjukkan kepadaku bagaimana caranya berzikir.” Nabi s.a.w. menjawab, “Pejamkan matamu, dan dengarlah.” Kemudian nabi membacakan “la ilahaillallah” sebanyak tiga kali. Ali mendengarnya dan menyemaknya. Selain itu, dalam berzikir, kita juga harus memahami dan mengenali bacaan dan nafas kita. Cara sederhana hanya memerhatikan keluar masuk nafas. Iaitu dengan memejamkan mata, mulut tertutup dan nafas diperhatikan ketika keluar dan masuk.

Selamjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Seruan Nabi Luth Untuk Kaum Sodom

HARI itu, Nabi Ibrahim a.s. kedatangan tiga orang tetamu. Meski Nabi Ibrahim tidak mengenal mereka, kerana tak pernah bertemu sebelumnya, Nabi Ibrahim tidak pernah membuat seorang pun tamu yang datang mengetuk rumahnya pulang dengan menelan kecewa. Kerana itu, setelah menyambut ketiga tamunya itu dengan ramah, Nabi Ibrahim menyediakan hidangan. Tapi, anehnya, saat makanan itu sudah dihidangkan di hadapan mereka, tidak satu pun dari mereka yang tergerak untuk menyentuhnya. Tangan tamu-tamu itu hanya diam. Mulut mereka pun seakan tidak selera untuk makan. Semestinyalah, makanan itu dibiarkan sia-sia.  Dalam hati, Nabi Ibrahim merasa ada yang aneh. Kekhuatiran pun menelusup di hati. Nabi Ibrahim benar-benar merasa tak enak, bahkan merasa ada yang salah dengan apa yang telah dihidangkan. Tetapi, ketiga tetamu itu seperti dapat membaca apa yang berkecamuk di hati Nabi Ibrahim. “Ibrahim, engkau tidak usah khuatir. Kami adalah utusan Allah untuk tanah Sodom. Kami ini para malaikatNya. Dia memerintahkan kami untuk menghukum penduduk Sodom,” jawab salah satu dari mereka. Akhirnya, Nabi Ibrahim faham kenapa makanan itu dibiarkan tidak tersentuh. Maklum, mereka itu malaikat. Tapi, ketika salah satu dari mereka menyebutkan tanah Sodom, ingatan Nabi Ibrahim langsung terkenang penduduk Sodom, terutama Nabi Luth a.s. yang tidak lain adalah saudara Nabi Ibrahim. “Tetapi, Luth ada di tanah Sodom,” ujar Nabi Ibrahim. “Kami tahu. Allah memerintahkan kami untuk menghancurkan tanah Sodom, beserta penduduknya, kecuali Luth dan anak perempuannya,” jawab salah seorang dari utusan Allah itu. Seketika, Nabi Ibrahim lega. Tetapi, sebenarnya, dalam hati ia ingin menunda hukuman itu. Ia masih ingin membimbing penduduk Sodom meniti jalan yang benar. Sebab Nabi Ibrahim tahu dan pernah melintasi tanah Sodom. Dan dia sepenuhnya belum lupa dengan satu peristiwa yang terjadi beberapa tahun lalu. Ya, beberapa tahun yang lalu, saat Nabi Ibrahim meninggalkan Babylon dan hendak ke Palestin, dia berangkat ditemani dengan isterinya, Sarah dan Luth. Dalam perjalanan ke Palestin itu, mereka melentasi Sodom, sebuah wilayah di pinggiran pantai Laut Merah, di Jordan. Di tanah Sodom itulah, kemudian Nabi Ibrahim meminta Luth untuk tinggal. Tujuan di balik permintaan itu, tidak lain agar Nabi Luth menyeru orang-orang di tanah Sodom supaya beriman kepada Allah, dan meniti jalan yang benar. Di tanah Sodom itu, Luth akhirnya tinggal, berkahwin, bahkan dikurniai seorang puteri. Tapi Nabi Luth tinggal dan menetap di tanah Sodom memiliki tanggung jawab yang tidak mudah. Nabi Luth diangkat Allah menjadi Rasul, memanggul pesan Ilahi untuk dakwah atau menyeru penduduk Sodom berbuat kebajikan. Maka, ketika Nabi Luth melihat dan bahkan menyaksikan dengan mata kepala sendiri kemaksiatan yang dilakukan penduduk Sodom, dia tidak boleh diam membisu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Prof Dr Zakiyah Darajat: Pelopor Psikologi Islam Di Indonesia

DIA tenang dan lembut. Tapi dia juga tegas. Setidaknya, demikianlah kesan para pengikutnya saat mengiringi Allahyarham ke tanah perkuburan yang terakhir di Kompleks Pemakaman UIN di Ciputat. Guru besar Psikologi Islam Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta ini meninggal dunia di usia 83 tahun. Kepergiannya cukup memberi rasa kehilangan bagi kalangan ahli akademik UIN Jakarta. “Profesor Zakiyah Darajat merupakan salah satu dari sedikit orang hebat, akademik, dan sumbangan hebat yang mendedikasikan dirinya untuk anak-anak Indonesia. Memiliki perhatian yang sangat besar dalam pendidikan, psikologi anak, perkembangan kejiwaan Islam. KPAI dan segenap pemerhati anak Indonesia sangat kehilangan dengan kematiannya.” ungkap Wakil Ketua KPAI yang juga pengajar di UIN, Dr. Asrorun Niam.
Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), KH. Amidhan, juga menuturkan bahawa Profesor Zakiyah Darajat adalah tokoh besar dan wanita yang sangat mengambil berat di bidang pendidikan. “Indonesia kehilangan tokoh besar wanita.” Pada hemat KH. Amidhan, Allahyarham adalah tokoh pendidik sekaligus pula psikologi agama. Allahyarham juga pernah duduk sebagai pengurus MUI pusat. “Dengan segala kelembutan yang dimilikinya, Allahyarham berhasil memberi solusi bagi setiap pesakit,” katanya, mengenang. Allahyarham adalah orang yang paling kental di bidang pendidikan. Kerana itu pula ia kerap dimintai pendapat tentang hukum Islam dan berbagai upaya memulihkan mengembalikan mental seseorang yang tengah tertekan. MUI, katanya, pernah meminta pendapatnya tentang musibah yang dialami warga Aceh tatkala terjadi tsunami. MUI bersama Allahyarham, menyusun buku dan kemudian dijadikan panduan untuk memulihkan mental warga yang terlibat. Pendek kata, Allahyarham adalah sosok intelektual muslimah yang banyak memberi sumbangan besar pada umat Islam dan khususnya untuk MUI. Dia juga pernah menjadi pengurus teras MUI Pusat. Sepulang pengajiannya dari luar negeri, ia mengabdikan diri pada Departemen Agama. Menteri Agama ketika itu, KH Saifuddin Zuhri, menyarankan ia membuka klinik konsultan di Depag. Sejak itu pekerjaan menasihati orang menjadi sebahagian hidupnya yang tak pernah lepas hingga kini. Terakhir, ia menjabat Pengarah Pembinaan Agama Islam hingga bersara pada 1984. Setelah bersara, dia malah dilantik menjadi anggota DPA hingga 1988. Bersamaan dengan keanggotaannya di DPA, ia mendirikan Yayasan Pendidikan Ruhama, lembaga pendidikan sejak TK hingga SMA yang berlokasi di Legoso, Cirendeu, Ciputat. Dalam dunia dakwahnya, sepertinya ia tak kenal lelah. Pada tahun 60-an dia mampu berceramah lima sampai enam kali sehari. Sering pula ia tampil di RRI, TVRI, dan kini di beberapa stesyen tv swasta. Pernah ia berceramah secara berantai di 10 tempat tanpa henti. Anehnya, dalam setiap ceramah ia menemui orang-orang yang sama. Ternyata, mereka - kebanyakan kaum ibu - adalah penggemar atau peminat setianya. Pendapatnya tentang wanita: “‘Saya senang mereka bekerja, tapi jangan sampai lupa pada kedudukannya sebagai ibu. Kasihan anak-anak mereka,’’ katanya, dalam satu komentarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Muslim Malmo: Komuniti Terbesar Di Scandinavia

MEMPERKATAKAN Islam di kawasan Scandinavia, tidak dapat lepas dari kota ini. Ya, kota Malmo adalah kota khas berkaitan isu keislaman di kawasan itu. Scandinavia sendiri adalah kawasan di Utara Eropah iaitu Norway, Sweden, Finland dan Denmark di dalamnya. Kota Malmo terletak di Sweden dan peratus muslim di Malmo adalah yang terbesar di Scandinavia, 25 peratus dari 300 ribu penduduknya. Peratus itu membuat Malmo menjadi cukup terkenal sebagai kota muslim di Sweden. Malmo adalah kota terbesar ketiga di Sweden setelah Stockholm dan Gothenburg. Kota ini sangat unik budayanya. Banyak etnik dan bangsa tinggal di kota ini. Malmo sejak dahulu memang merupakan kota industri dan pelabuhan hingga banyak bangsa singgah dan kemudian menetap. Tercatat ada 170 suku bangsa di Malmo. Dari Iraq sampai Hungari, dari Bosnia sampai Rumania. Isu Islam di kota ini ternyata tidak boleh dipermainkan. Jika di Eropah Barat, Paris adalah pusat pemberitaan terkait Islam, Moscow di Eropah Timur, maka di Scandinavia Malmo merupakan pusat pemberitaannya. Muslim Malmo mesti menerima tentangan negatif anti Islam.
Mereka dituduh akan melakukan pengambilalihan Malmo menjadi daerah Muslim. Tentu ini membuat ketegangan tersendiri hingga tercatat beberapa insiden negatif yang merugikan muslim terjadi di sana.
Masjid Malmo, salah satu masjid terbesar di Scandinavia, pernah tiga kali mengalami peristiwa buruk. Masjid ini pernah diserang aksi pembakaran pada 28 April 2003 hingga rosak cukup teruk. Serangan kedua terjadi pada 18 September 2005 yang kemudian berlanjut 21 Oktober 2005. Ini semua ada kaitan berkebangnya isu anti Islam di sana.  Tidak hanya itu, muslim Malmo juga menerima serangan politik. Parti Demokrat Sweden adalah yang paling kerap menyerang muslim Malmo dan Sweden secara umum. Salah seorang pemimpin parti ini, Par Norling, tahun lalu, bahkan secara terbuka menyebut umat Islam tidak sesuai hidup di Sweden dan harus dipindahkan. Umat Islam boleh tinggal kalau mereka meninggalkan ajarannya.
“Larang Islam di Sweden. Jika mereka tidak mahu (meninggalkan agama), satu-satunya pilihan adalah pindahkan mereka,” ujar Norling sebagaimana diberitakan thelocal.se, sebuah portal berita ternama di Sweden. Kenyataan Norling tentu saja menuai kecaman. Ini adalah pernyataan negatif kedua terhadap umat Islam yang dilontarkan kepada masyarakat di sana. Sebelumnya, Sven-Erik Karlsson, juga dari Parti Demokrat Sweden, menyebut bahawa harus ada kelompok khusus di beberapa wilayah Sweden untuk mengganggu golongan pendatang agar mereka tidak selesa berada di Sweden. Pernyataan ini terkait berita penghinaan atas seorang pendatang Somalia. Bukannya mengecam, Karlsson malah mendukung. Seperti Norling, pernyataan Karlsson juga membuat heboh yang berhujung dengan berundurnya Karlsson dari jawatannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Abu Hanafiah: Pengasas Mazhab Hanafi

DIANTARA empat mazhab imam yang terkenal di dunia Sunnah (sunni) waljamaah, hanya Imam Hanafi yang bukan keturunan Arab. Namun melalui tangan dan tindakannya, beliau merupakan perintis pertama hukum Islam sebelum tiga imam mazhab lainnya. Hukum Islam menjadi lebih berwarna dalam sentuhan tangannya. Cermin bening-cerah nampak pekat saat kita membuka lembaran seorang fukaha (pakar hukum Islam) yang mulanya bernama Imam Hanafi atau Abu Hanafiah. Nama sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit.
Beliau dilahirkan pada tahun 80H atau 699M. Kufah, bandar tempat beliau dilahirkan, adalah kawasan yang menjadi mata rantai penyebaran Islam pada suatu masa. Masjid, para ulama, dan juga benih cendekiawan Islam tumbuh di kota yang pernah didiami oleh Ali bin Abu Thalib r.a., yang mempunyai salasilah dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan hidup Nu’man bin Tsabit tidak lepas dari berkah Imam Ali tatkala beliau mendoakan ayah Nu’man agar keturunannya menjadi insan yang berbudi luhur. Rupanya berkah ini mengawali kehidupan Nu’man, keturunan Tsabit. Nu’man bin Tsabit menjadi seorang kembara ilmu yang gigih. Perlahan-lahan, nama dirinya mengabur. Beliau yang sering dipanggil sebagai Abu Hanifa, kerana salah seorang puteranya bernama Hanifah, yang lain menisbahkannya kerana perbuatan suci dan lurusnya.

ALIM DAN ZUHUD
Kecintaan pada ilmu merupakan ciri yang menonjol pada diri Abu Hanifah. Dia rela berkelana guna mengadu untung, mencari ketenangan, kebahagian yang mulia adalah segenap perkataan, perbuatan perilaku Rasulullah s.a.w., junjungan utama orang muslim. Kerana itulah, Abu Hanifah sedia mendatangi setiap orang mahupun madrasah yang mengajarkan butir mulia kehidupan itu. Begitulah ketika Anas bin Malik r.a. datang ke Kufah, Abu Hanifah belajar daripadanya. Belajar meriwayatkan hadis pun dilakukannya pada ulama besar seperti Atha’ bin Abi Rabbah, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj Al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi dan masih ramai lagi. Ada pula yang meriwayatkan beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat r.a. Keinginan hendak menuntut ilmu membuat dia rela mendampingi guru fikahnya, Syeikh Hamad bin Abi Sulaiman, yang ditinggalkannya setelah gurunya meninggal. “Aku putuskan untuk tidak berpisah dengan beliau tatkala ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas aku tidak mempunyai jawapannya,” Itulah nazar mengikuti alim bernama Syeikh Hamad selama 10 tahun. Selain sibuk dengan hukum Islam (fikah) yang menjadi “primadona” ilmu Islam pada masa itu, Abu Hanifah pun membekali diri dengan ilmu pendukung lainnya, iaitu ilmu kalam, ilmu sastera dan ilmu hikmah. Samudera yang ada dalam dirinya mengalirkan percikan hikmah dan cahaya pada dirinya mahupun orang yang berada dalam jangkauan wibawa ilmunya. Beliau mengetuai satu lembaga yang terdiri dari ahli fikah. Dari lembaga itulah keluar hukum Islam berjumlah 83 ribu buah: 38 ribu berkait dengan urusan agama dan 45 ribu yang lainnya mengenai urusan dunia. Dengan segudang ilmunya, sebenarnya tiada pintu tertutup untuk promosi jawatan, limpahan kekayaan, pergaulan bersama golongan elit dan kemasyhuran lainnya. namun seorang ilmuan sekaligus seorang guru sejati menemukan kebahagiaan hakikinya pada penyebaran kebenaran  itu sendiri. Bahkan, apa pun risiko yang mendatang. Bukankah dengan kemudahan yang disediakan pemerintah, penyebaran kebenaran dapat berjalan lancar? Tetapi, ada hal yang kurang menyenangkan. Kerana itulah, Abu Hanifah memilih “tidak”! sebaliknya dia memilih jalan berliku dalam sikap tegar dan zuhud.  Yakin pada janji nilai luar biasa yang abadi, walaupun kesannya adalah derita dunia berupa seksa penjara dari para pemimpin yang zalim. Begitulah ketika Gabenor Iraq, Yazid bin Amr menawarkan jawatan kadi kepada Abu Hanifah. Bila tawaran itu ditolak, bayangan hukum cambuk sudah membayang dimatanya. Namun Abu Hanifah menolak kedudukan dari pemerintah yang abai terhadap sunnah Rasulullah dan suara kebenaran. “Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya,” begitulah jawapan yang dari fukaha ini. Tak hairan, beliau dipenjara selama dua minggu dan didera sebatan 10 cemeti pada setiap harinya.
Sikap menolak jawatan pemerintah juga diulangi ketika khalifah Abu Ja’far al Manshur dari zaman Abbasiyah, yang menggantikan kekuasaan Umayyah, berada dalam tampuk kekuasaan. “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu,” ujar Khalifah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Suami Kaki Judi, Isteri Minta Cerai

ADA tiga perkara yang sangat dilarang oleh agama bagi seseorang itu melakukannya. Tiga perkara itu adalah berjudi, minum arak dan kaki perempuan (kaki betina). Kata setengah orang, yang paling teruk sekali ialah “kaki judi”. Bagi seseorang yang kaki judi, segala-galanya tidak akan terurus. Makan minum tidak akan terurus dengan betul. Pakaian compang camping, dan segala-galanya dalam hidupnya tidak akan mencapat matlamat yang baik dan betul. Kisah dari pejabat kadi ini ingin menceritakan tentang bagaimana seorang suami yang kaki judi. Isteri yang mendapat suami kaki judi ini, makan hati berulam jantung dibuatnya...
Apa tidaknya, siang malam, hanya memikirkan “judi”. Duit gaji habis dimeja judi. Makan minum tak tentu hala. Belanja dalam rumah tangga jadi tidak tentu arah dan tidak terurus. Anak-anak yang bersekolah pun, terlibat dengan sikap ayahnya yang kaki judi itu. Dalam masalah ini, agama awal-awal lagi sudah memberikan garis panduan bagaimana mahu mencari seorang suami yang baik, dan bagaimana pula mahu mencari seorang isteri yang salihah. Agama telah memberikan “petunjuk” dimana kalau kita ikut garis panduan yang diberikan oleh agama, maka hidup kita suami isteri akan selamat selama-lamanya. Halimah binti Aziz (bukan nama sebenar) datang menemui kadi mengadu hal yang suaminya suka berjudi dan tidak ingat pulang ke rumah. Cukup bulan dia lebih gemar menghabiskan masa dan wangnya tanpa rasa kesal dan menyesal.
Yang menderita anak-anak dan isterinya dan isterinya yang menunggu kepulangan suami yang tidak langsung berhati perut dengan pengorbanan isteri dan anak-anak di rumah. Menurut Halimah, selama ini dialah yang menjadi ketua keluarga, menyara anak-anak, sekolah dan mengaji. Bukan itu saja perbelanjaan rumah juga dia yang uruskan, daripada dapur hinggalah kepada bil api dan bil air. Bayangkanlah apa gunanya ada suami kalau tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak ada. Menurut Halimah, bukan itu saja suaminya sanggup mengambil semula barang-barang kemas yang dibelinya termasuk yang pernah dihadiahkan kepadanya untuk berjudi. Halimah menjelaskan, semasa mula-mula kahwin dulu hubungan mereka mesra dan tidak pernah dimarahi jauh sekali untuk ditengking dan dibenci. Segala kehendak hati dituruti dan kasih sayang ternyata menjadi. Namun demikian keadaan kini berubah, Halimah tidak lagi dimanja. Malah selalu kena marah dan ditengking macam hamba abdi. Salah sedikit, tangan hinggap dipipi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Kenali Siapa Jin Siapa Syaitan

1. Kehidupan Jin
SECARA sederhana, jin dapat didefinisikan sesuatu yang tersembunyi atau tidak nampak mata pada pandangan zahir. Manusia tidak dapat melihat mereka, tetapi mereka boleh melihat manusia. “Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka” (QS. al-A’raf: 27). Ada titik persamaan antara jin dengan manusia, kerana jin juga makhluk Tuhan. Ada yang kuat, ada yang lemah, ada yang beriman dan taat, ada pula yang ingkar dan derhaka, jin juga sama-sama memiliki kemampuan memahami serta kemampuan memilih jalan yang baik dan buruk. Begitu pula jenis kelaminnya, ada yang laki-laki dan ada yang perempuan, jin juga beragama, makan minum, punya tempat tinggal, berkahwin dan punya keturunan. Akan tetapi, dalam sejumlah hal, jin berbeda dengan manusia, terutama dalam hal asal penciptaan. “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” (QS. ar-Rahman: 15). “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api” (QS. ar-Rahman: 15). Sedangkan manusia tercipta dari tanah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:  “Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api, dan Adam a.s. diciptakan dari tanah, sebagaimana telah dijelaskan kepada kalian.” Demikian pula, penciptaan jin jauh lebih dulu berbanding manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” (QS. al-Hijr: 26-27). Kerana sifatnya seperti manusia, maka banyak pula jin yang punya perangai buruk dan suka mengganggu. Jika kita kadang-kadang melihat fenomena kerasukan itu mungkin saja disebabkan oleh masuknya jin ke dalam tubuh manusia. Boleh jadi kerana jin kerja sama dengan tukang sihir/dukun atau kerana menyusup sendiri ke dalam tubuh manusia kerana benci atau cinta padanya.
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (QS.Fushshilat: 36). “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila.” (QS. al-Baqarah: 275). Al-Qurthubi dalam tafsirnya mengatakan ayat ini menjawab atas persepsi keliru orang yang mengingkari adanya fenomena kerasukan (kesurupan) jin atau syaitan tidak dapat masuk pada diri manusia dan tidak dapat mengganggunya menjadi gila.  Adapun kejadian yang disebabkan gangguan jin, seperti dikatakan Ustaz Jajang Aisyul Muzakki, Lc. M.Pd.I, adalah sebagai berikut:
1. Rasa takut
2. Penyakit psikis-jiwa (gila, stress, depresi, kerasukan, was-was)
3. Penyakit fizik (semua penyakit fizik yang tidak boleh ditangani medis dan semua penyakit yang tidak ada sebab medisnya)
4. Gangguan mata dan banyak mengkhayal
5. Saling membenci dan bermusuhan antara dua orang yang memiliki ikatan (suami-isteri, rakan perniagaan, teman, keluarga)
6. Penyakit-penyakit wanita (mandul, sakit belakang, haid tidak teratur, pendarahan, sakit di rahim dan lain-lain)
7. Penyakit seksual (impoten dan sebagainya)
8. Mengalami keanehan di dalam rumah, seperti tv menyala sendiri, dapur menyala sendiri dan sebagainya)
Tetapi, ada beberapa cara mengatasi rasa takut terhadap jin:

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Pengkhianat: Makan Gaji Ambil Rasuah

RASUAH, suatu perbuatan yang keji, kotor, buruk dan busuk. Islam melarang dan mengutuk perbuatan tersebut sehingga bila-bila pun. Mengumpul harta tidak dilarang. Bagi seorang muslim, tidak ada larangan untuk menghimpun harta sebanyak-banyaknya, selama harta itu dikumpulkan secara halal, dan dikembangkan juga dengan cara yang syar’i. Jika ada sebahagian agama dikatakan: “Orang kaya tidak akan masuk singgahsana langit hingga ada seekor unta masuk kelubang harum.” maka untuk jawapan itu, Islam mengatakan begini: “Sebaik-baik harta ialah harta yang dimiliki orang salih.” (HR. Ahmad) Islam tetap melindungi harta seseorang itu secara sah dan dilindungi juga oleh undang-undang supaya harta hak miliki individu itu secara halal dan sah tidak dirampas oleh pencuri, penyamun atau pun penipu. Rasulullah s.a.w. menghimpun antara kehormatan harta, darah, dan harga diri dalam satu konteks kalimat, dan menjadikan pencurian sebagai kontra atas tuntutan iman. keadaan beriman.” Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seorang pencuri itu mencuri sedang ia dalam keadaan beriman.” Kemudian Allah s.w.t. pula berfirman dalam surah al-Maidah ayat 38 yang ertinya: “Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan atas apa yang mereka kerjakan dan seksaan dari Allah. Dan adalah Allah Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu sabdanya yang lain pula yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya yang ertinya: “Tidaklah dihalalkan bagi seorang muslim untuk mengambil tongkat saudaranya tanpa kerelaan perasaan dirinya.” Dalam soal memakan harta orang lain, dalam Kitab Suci Al-Quran Allah s.w.t. telah mengingatkan dalam surah An-Nisa’ ayat 29 yang maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah saling memakan harta sesama kamu dengan cara batil (tak betul), kecuali dengan cara perdagangan (berniaga) yang berlaku suka sesama suka di antara kamu.”
Kita tidak dilarang mengumpul harta, tetapi dengan cara yang halal dan betul harta yang kita perolehi itu. Kita juga tidak dilarang mengumpulkan apa juga harta asalkan harta itu kita agihkan pula kepada mereka yang memerlukannya apabila sudah cukup nisabnya. Setelah kita disuruh mencari harta secara halal, maka Islam menyediakan pula peraturan tertentu dengan melarang kita dari memakan harta dari sumber yang haram.
Zaman sekarang, sumber haram ialah “Rasuah”. Inilah yang paling terkenal dengan “sumber haram”. Orang dapat duit dan dapat harta cara mudah iaitu dengan cara makan “Rasuah”.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Bertaubat Sebelum Terlambat

HAMBA yang diberkahi itu adalah hamba yang Allah beri kesempatan bertaubat, lalu Allah senangkan hamba itu dengan ibadah. Allah hiasi dirinya dengan kemuliaan akhlak. Tahukah kalian orang yang paling beruntung di akhirat kelak? Iaitu orang yang mestinya diazab kerana banyak dosa dan maksiat di dunia, tetapi tidak dibalas, orang yang banyak aibnya di dunia, tetapi di akhirat tidak ditampakkan aibnya. Ya, itulah hamba Allah yang sebelum ia mati, ia bertaubat sungguh-sungguh. Subhanallah, sudah meraih ampunan seluruh dosa, mendapat doa dari para malaikat dan di akhirat sama sekali tidak diazab lantaran dosa maksiatnya. Mari baca firman Allah yang satu ini: “Malaikat-malaikat) yang memikul ‘Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepadaNya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan): “Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari seksaan neraka yang menyala-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang salih di antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Ghaafir: 7-8). Subhanallah, bahagianya mereka yang bertaubat. Ayuhlah sahabat-sahabat Facebook-ku, jangan tunda-tunda lagi, kematian mengejarmu setiap saat!  Sahabat salihku, Allah pun pernah bertanya atas kenekatan manusia berani berbuat maksiat kepadaNya, “Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu. Bukan hanya derhaka saja, bahkan kamu mendustakan Hari Pembalasan.” (QS. Al-Infithor: 6-9). Astagfirullahal Azhim. Tiada Tuhan yang berhak diibadati selain Engkau. Subhanallah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya hamba termasuk diantara orang orang yang berbuat zalim. Ampunilah seluruh dosa hamba, ya Allah, dari mulai akil-baligh hingga akhir hayat hamba kelak, dosa besar dan kecil, sengaja dan tidak sengaja, terang-terangan dan sembunyi-sembunyi selama ini, dosa bercanda dan sungguh sungguh. Ampunilah semuanya, ya Allah! Cabut keinginan maksiat pada diri hamba, bimbing hamba agar taubat hamba taubatan nasuha, berkahi sisa-sisa umur hamba dengan kesenangan ibadah, amal salih & kemuliaan akhlak. Amin.  Sebarkan ini, Sahabatku. Semoga semakin banyak sahabat FB kita yang hijrah. Amin. Sahabatku, tahukah anda siapa hamba Allah yang diberkahi? Subhanallah. Abdun mabruk.  Hamba yang diberkahi itu adalah hamba yang Allah beri kesempatan bertaubat, lalu Allah senangkan hamba itu dengan ibadah. Allah hiasi dirinya dengan kemuliaan akhlak. Dia berikan hamba itu semangat beramal salih. FirmanNya: “Orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Furqon: 70).

Selanjutnya daparkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

Harga Segelas Susu

SUATU hari seorang budak miskin berjualan dari rumah ke rumah untuk membiayai sekolahnya. Ketika berjaja itu ia merasa begitu lapar dan haus, tapi ia mempunyai wang sedikit. Budak itu memutuskan untuk meminta makanan dari rumah terdekat. Tetapi, ketika seorang gadis muda membukakan pintu, ia cemas dan takut. Akhirnya ia hanya meminta segelas air putih untuk menghilangkan dahaga. Gadis muda itu terfikir pastilah budak itu merasa lapar, maka dibawalah segelas susu untuk budak tersebut. Budak itu meminumnya dengan perlahan, kemudian ia bertanya, “Berapa saya berhutang dengan anda?” “Kamu tak berhutang apa-apapun kepada saya,” jawab si gadis, “Ibuku mengajar aku untuk tidak menerima apa-apa bagi perbuatan baik yang kami lakukan.”  “Kalau begitu, saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya yang terdalam,” jawab budak miskin itu. Saat Howard Kelly – budak kecil yang miskin itu – meninggalkan rumah tersebut, dia bukan hanya merasa badannya lebih segar, tetapi keyakinannya pada Tuhan dan sesama manusia menjadi lebih kuat. Sebelumnya dia sudah merasa putus asa dan hampir menyerah kalah. Tahun demi tahun berlalu. Suatu hari wanita tersebut mengalami sakit parah. Doktor yang menanganinya merasa bingung dan akhirnya mengirim wanita itu ke kota besar untuk mendapatkan pertolongan pakar. Dr. Howard Kelly dipanggil untuk memberi pendapat tentang penyakit yang dideritai wanita malang itu. Ketika ia mendengar nama bandar asal si pesakit, ia segera pergi ke wad tempat wanita tersebut dirawat. Ia terus mengenali wanita itu dan memutuskan untuk melakukan hal yang terbaik yang boleh ia usahakan untuk menolongnya. Sejak hari itu, ia memberikan perhatian khusus pada kes ini. Setelah melalui perjuangan panjang, perang melawan penyakit itu pun berhasil. Dr. Kelly diminta oleh pihak pentadbiran hospital untuk menandatangi biaya yang harus dibayarkan oleh si wanita kepadanya. Ia melihat laporan tersebut, dan kemudian menuliskan sesuatu pada laporan lalu dikirim ke Wad rawatan si wanita.
Wanita tersebut merasa takut untuk membukanya, kerana ia merasa yakin bahawa ia tidak mampu membayarnya. Akhirnya dengan menguatkan hati...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...