Tuesday, May 14, 2013

Abu Hanafiah: Pengasas Mazhab Hanafi

DIANTARA empat mazhab imam yang terkenal di dunia Sunnah (sunni) waljamaah, hanya Imam Hanafi yang bukan keturunan Arab. Namun melalui tangan dan tindakannya, beliau merupakan perintis pertama hukum Islam sebelum tiga imam mazhab lainnya. Hukum Islam menjadi lebih berwarna dalam sentuhan tangannya. Cermin bening-cerah nampak pekat saat kita membuka lembaran seorang fukaha (pakar hukum Islam) yang mulanya bernama Imam Hanafi atau Abu Hanafiah. Nama sebenarnya ialah Nu’man bin Tsabit.
Beliau dilahirkan pada tahun 80H atau 699M. Kufah, bandar tempat beliau dilahirkan, adalah kawasan yang menjadi mata rantai penyebaran Islam pada suatu masa. Masjid, para ulama, dan juga benih cendekiawan Islam tumbuh di kota yang pernah didiami oleh Ali bin Abu Thalib r.a., yang mempunyai salasilah dengan Rasulullah s.a.w. Permulaan hidup Nu’man bin Tsabit tidak lepas dari berkah Imam Ali tatkala beliau mendoakan ayah Nu’man agar keturunannya menjadi insan yang berbudi luhur. Rupanya berkah ini mengawali kehidupan Nu’man, keturunan Tsabit. Nu’man bin Tsabit menjadi seorang kembara ilmu yang gigih. Perlahan-lahan, nama dirinya mengabur. Beliau yang sering dipanggil sebagai Abu Hanifa, kerana salah seorang puteranya bernama Hanifah, yang lain menisbahkannya kerana perbuatan suci dan lurusnya.

ALIM DAN ZUHUD
Kecintaan pada ilmu merupakan ciri yang menonjol pada diri Abu Hanifah. Dia rela berkelana guna mengadu untung, mencari ketenangan, kebahagian yang mulia adalah segenap perkataan, perbuatan perilaku Rasulullah s.a.w., junjungan utama orang muslim. Kerana itulah, Abu Hanifah sedia mendatangi setiap orang mahupun madrasah yang mengajarkan butir mulia kehidupan itu. Begitulah ketika Anas bin Malik r.a. datang ke Kufah, Abu Hanifah belajar daripadanya. Belajar meriwayatkan hadis pun dilakukannya pada ulama besar seperti Atha’ bin Abi Rabbah, Asy-Sya’bi, Adi bin Tsabit, Abdurrahman bin Hurmuj Al-A’raj, Amru bin Dinar, Thalhah bin Nafi dan masih ramai lagi. Ada pula yang meriwayatkan beliau sempat bertemu dengan 7 sahabat r.a. Keinginan hendak menuntut ilmu membuat dia rela mendampingi guru fikahnya, Syeikh Hamad bin Abi Sulaiman, yang ditinggalkannya setelah gurunya meninggal. “Aku putuskan untuk tidak berpisah dengan beliau tatkala ada yang bertanya kepadaku tentang suatu masalah lantas aku tidak mempunyai jawapannya,” Itulah nazar mengikuti alim bernama Syeikh Hamad selama 10 tahun. Selain sibuk dengan hukum Islam (fikah) yang menjadi “primadona” ilmu Islam pada masa itu, Abu Hanifah pun membekali diri dengan ilmu pendukung lainnya, iaitu ilmu kalam, ilmu sastera dan ilmu hikmah. Samudera yang ada dalam dirinya mengalirkan percikan hikmah dan cahaya pada dirinya mahupun orang yang berada dalam jangkauan wibawa ilmunya. Beliau mengetuai satu lembaga yang terdiri dari ahli fikah. Dari lembaga itulah keluar hukum Islam berjumlah 83 ribu buah: 38 ribu berkait dengan urusan agama dan 45 ribu yang lainnya mengenai urusan dunia. Dengan segudang ilmunya, sebenarnya tiada pintu tertutup untuk promosi jawatan, limpahan kekayaan, pergaulan bersama golongan elit dan kemasyhuran lainnya. namun seorang ilmuan sekaligus seorang guru sejati menemukan kebahagiaan hakikinya pada penyebaran kebenaran  itu sendiri. Bahkan, apa pun risiko yang mendatang. Bukankah dengan kemudahan yang disediakan pemerintah, penyebaran kebenaran dapat berjalan lancar? Tetapi, ada hal yang kurang menyenangkan. Kerana itulah, Abu Hanifah memilih “tidak”! sebaliknya dia memilih jalan berliku dalam sikap tegar dan zuhud.  Yakin pada janji nilai luar biasa yang abadi, walaupun kesannya adalah derita dunia berupa seksa penjara dari para pemimpin yang zalim. Begitulah ketika Gabenor Iraq, Yazid bin Amr menawarkan jawatan kadi kepada Abu Hanifah. Bila tawaran itu ditolak, bayangan hukum cambuk sudah membayang dimatanya. Namun Abu Hanifah menolak kedudukan dari pemerintah yang abai terhadap sunnah Rasulullah dan suara kebenaran. “Demi Allah, aku tidak akan menduduki jawatan itu, sekalipun aku dibunuh kerananya,” begitulah jawapan yang dari fukaha ini. Tak hairan, beliau dipenjara selama dua minggu dan didera sebatan 10 cemeti pada setiap harinya.
Sikap menolak jawatan pemerintah juga diulangi ketika khalifah Abu Ja’far al Manshur dari zaman Abbasiyah, yang menggantikan kekuasaan Umayyah, berada dalam tampuk kekuasaan. “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang jawatan itu,” ujar Khalifah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

No comments: