Tuesday, May 14, 2013

Suami Kaki Judi, Isteri Minta Cerai

ADA tiga perkara yang sangat dilarang oleh agama bagi seseorang itu melakukannya. Tiga perkara itu adalah berjudi, minum arak dan kaki perempuan (kaki betina). Kata setengah orang, yang paling teruk sekali ialah “kaki judi”. Bagi seseorang yang kaki judi, segala-galanya tidak akan terurus. Makan minum tidak akan terurus dengan betul. Pakaian compang camping, dan segala-galanya dalam hidupnya tidak akan mencapat matlamat yang baik dan betul. Kisah dari pejabat kadi ini ingin menceritakan tentang bagaimana seorang suami yang kaki judi. Isteri yang mendapat suami kaki judi ini, makan hati berulam jantung dibuatnya...
Apa tidaknya, siang malam, hanya memikirkan “judi”. Duit gaji habis dimeja judi. Makan minum tak tentu hala. Belanja dalam rumah tangga jadi tidak tentu arah dan tidak terurus. Anak-anak yang bersekolah pun, terlibat dengan sikap ayahnya yang kaki judi itu. Dalam masalah ini, agama awal-awal lagi sudah memberikan garis panduan bagaimana mahu mencari seorang suami yang baik, dan bagaimana pula mahu mencari seorang isteri yang salihah. Agama telah memberikan “petunjuk” dimana kalau kita ikut garis panduan yang diberikan oleh agama, maka hidup kita suami isteri akan selamat selama-lamanya. Halimah binti Aziz (bukan nama sebenar) datang menemui kadi mengadu hal yang suaminya suka berjudi dan tidak ingat pulang ke rumah. Cukup bulan dia lebih gemar menghabiskan masa dan wangnya tanpa rasa kesal dan menyesal.
Yang menderita anak-anak dan isterinya dan isterinya yang menunggu kepulangan suami yang tidak langsung berhati perut dengan pengorbanan isteri dan anak-anak di rumah. Menurut Halimah, selama ini dialah yang menjadi ketua keluarga, menyara anak-anak, sekolah dan mengaji. Bukan itu saja perbelanjaan rumah juga dia yang uruskan, daripada dapur hinggalah kepada bil api dan bil air. Bayangkanlah apa gunanya ada suami kalau tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga tidak ada. Menurut Halimah, bukan itu saja suaminya sanggup mengambil semula barang-barang kemas yang dibelinya termasuk yang pernah dihadiahkan kepadanya untuk berjudi. Halimah menjelaskan, semasa mula-mula kahwin dulu hubungan mereka mesra dan tidak pernah dimarahi jauh sekali untuk ditengking dan dibenci. Segala kehendak hati dituruti dan kasih sayang ternyata menjadi. Namun demikian keadaan kini berubah, Halimah tidak lagi dimanja. Malah selalu kena marah dan ditengking macam hamba abdi. Salah sedikit, tangan hinggap dipipi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

No comments: