Tuesday, May 14, 2013

Arak: Badan Keluar Wap Panas Menjelang Maut

SEBELUM membaca kisah ini selengkapnya, ada baiknya kita petik terlebih dahulu firman Allah s.w.t. yang berbunyi sebagai berikut:  “Hai orang–orang yang beriman! Sesungguhnya minuman keras, berjudi, [berkorban untuk] berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu hendak menjerumuskan kamu ke dalam bencana permusuhan dan saling membenci sesama kamu [lantaran] minuman keras dan bermain judi, serta menghalangi kamu dari mengingat Allah dan mengerjakan solat, tidakkah kamu mahu berhenti .” (QS. Al-Maidah: 90-91) Ayat di atas dengan tegas melarang umat Islam melakukan perbuatan keji dan kotor. Salah satunya adalah meminum minuman keras (arak dan sejenis dengannya). Sebab, ia termasuk perbuatan syaitan dan mengandung segenap mudarat yang tak terhindarkan, baik fizik, kejiwaan dan kerohanian. Hal ini bukan hanya sudah diberi amaran keras oleh Allah dalam firman tersebut, tapi juga sudah banyak penelitian ilmiah [kedoktoran] yang menyatakan bahawa minuman keras itu merosak jiwa raga peminumnya. Tidak aneh bila Rasulullah s.a.w. berpesan bahawa Allah mengutuk bukan hanya peminum minuman keras tapi semua yang terlibat di dalamnya. “Allah telah melaknat khamar (arak/minuman keras), peminumnya, penghidangnya, pembelinya, penjualnya, pemerasnya, yang diperas untuknya. Pembawanya dan yang dibawa kepadanya.” Demikian sabda baginda s.a.w. Sayangnya, meski firman Allah dan seruan Nabi sudah begitu jelas, masih saja banyak umat yang mengaku muslim terperosok di dalamnya; ada yang menjadi peminum minuman keras, ada pula yang berniaga minuman keras. Memang, bisnes yang membawa kemudaratan dan dilaknat oleh Allah ini kerap mendatangkan untung yang luar biasa. Tak aneh, bila banyak orang yang tergiur bukan hanya sekadar peminum, tapi juga sebagai perniagaan minuman keras. Padahal dalam firman yang lain, Allah sudah menegaskan: “Apakah kamu telah melihat orang yang kafir terhadap ayat–ayat Kami dan ia menyatakan: “Aku pasti akan diberi harta dan anak.” Adakah ia melihat yang ghaib atau ia telah membuat perjanjian di sisi Tuhan yang Maha Pemurah? Sekali–kali tidak. Kami akan menulis apa yang ia katakan, dan benar–benar Kami akan memperpanjang seksa untuknya, dan Kami akan mewarisi apa yang ia katakan itu, dan ia akan datang kepadanya secara sendirian.” (QS. Maryam: 77-80) Kiranya, janji Allah itulah yang telah berlaku terhadap seorang ahli perniagaan yang berjaya dalam hidupnya, dihormati dan disegani. Sebutlah namanya Encik Nizam. Latar belakangnya dari golongan orang biasa. Berkat kegigihannya, ia berhasil merintis kerjaya di dunia politik tanahair. Dia mendapat sokongan dan dukungan dari tokoh–tokoh pemimpin yang berkuasa. Sedikit demi sedikit, kerjayanya melonjak hingga membuat dirinya melebarkan sayap menjadi seorang pengusaha dan ahli perniagaan yang berjaya. Sebagai seorang ahli perniagaan, beliau memiliki banyak usaha yang bergerak di berbagai bidang. Namun, usaha utamanya adalah beberapa rangkaian hotel dan restoran mewah yang terdapat di Malaysia ini.
Sebagai ahli perniagaan dan bekas ahli politik yang mendapat sokongan kerajaan, dia memiliki banyak saluran pelaburan. Kesannya, banyak rakan-rakan bisnes yang ingin bekerjasama dengannya, meski sekadar melantiknya sebagai pengerusi syarikat. Salah satu antaranya ialah sebuah syarikat judi terbesar di Malaysia yang mengajaknya berkongsi dengan menjadikan dirinya sebagai Pengarah Urusan. Hanya sekadar ‘menempel’kan namanya di syarikat judi tersebut, ia mendapat puluhan ribu ringgit sebulan. Seorang sahabat dekatnya pernah mengesan tentang kesombongan Encik Nizam ini. Dia sangat angkuh dengan  kejayaannya dalam dunia perniagaan. “Jangan persoalkan apakah harta saya ini hasil barang halal atau haram. Tetapi lihatlah sumbangan yang telah saya berikan kepada masyarakat,“ hujahnya satu ketika dulu. Memang benar, hasil syarikat perjudiannya, dia mendapat keuntungan luar biasa. Dia seringkali menyumbangkan wangnya untuk anak–anak yatim dan golongan miskin yang memerlukan bantuan. Sementara melalui bisnes utamanya yang lain: hotel dan restoran, beliau telah meraup keuntungan yang tidak sedikit. Terlebih, di setiap hotel dan restorannya, ia menjajakan aneka rupa minum-minuman keras yang juga membawa keuntungan yang besar.
Bahkan, di kediamannya yang mewah, yang terletak di suatu tempat yang eksklusif di Lembah Kelang, dia menyediakan sebuah ‘bar’ khusus untuk dirinya dan para tetamunya yang ingin mencicipi berbagai jenis minuman keras itu...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2013 di pasaran...

No comments: