Monday, December 9, 2013

Hidayah Disember 2013

Hidayah keluaran Disember 2013 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR. WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Kita berjumpa lagi dalam penghujung tahun 2013 ini. Setiap masa yang berlalu besar ertinya buat kita, selain usia kita bertambah, ianya bererti kita semakin menghampiri tanah kubur yang sentiasa memanggil para penghuninya. Seperti lazimnya melalui keluaran ini juga kami persembahkan kisah-kisah iktibar yang ada kaitan dengan tanah kubur dan kematian. Yang menariknya ialah mengenai iktibar utama mengenai keistimewaan tiga jenazah wanita salihah. Setiap jenazah berkenaan ada keistimewaan masing-masing yang Allah berikan kemuliaan bagaimana jasad mereka masih utuh setelah bertahun-tahun dikebumikan. Mengenai ibu yang terlantar di rumah penjagaan orang-orang tua dapat dijadikan iktibar betapa tergamaknya anak-anak membiarkan ibu yang mendidik mereka selama ini tinggal sepi tanpa kasih sayang anak-anak dan cucu-cucunya. Hidayah juga turut memaparkan rencana mengenai perlu atau tidaknya para penceramah agama menetapkan harga bayarannya setiap kali dipanggil berkuliah atau berceramah. Walaupun ianya menyentuh sensitif pihak-pihak tertentu, namun ada baiknya untuk dijadikan renungan bersama. Dalam keluaran ini juga, Hidayah memaparkan tulisan wartawan veteran Ahmad Idris yang memberi komentarnya mengenai fesyen artis dulu dan artis sekarang. Rencana berkenaan wajar dijadikan renungan dan mengajak para artis dan kita bermuhasabah diri mengenai penampilan masing-masing dalam berfesyen dengan menjaga adab sopan dan budaya kita. Hidup dalam dunia ‘glamour’ tidak selama manapun. Tidak ada artis yang sanggup ‘menongkat langit’. Kita-kita inipun sama juga. Kesudahannya ke lubang kubur juga perginya entah ribuan tahun sebelum dibangkitkan di hari kiamat. Begitulah pembaca budiman, Hidayah tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai media dakwah untuk para pembacanya. Mudah-mudahan apa yang dipaparkan itu menjadi amal baik kami apabila menghadap Illahi nanti di akhirat kelak. Kita berjumpa lagi dalam tahun baru (2014). Terima kasih dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan selama ini.
Wassalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Adab Mencukur Rambut Cara Islam

Al-Qaz’u sendiri, setidaknya, ada empat macam; Pertama, mencukur bahagian rambut tertentu di kepalanya. Kedua, mencukur tengahnya dan meninggalkan pinggirannya. Ketiga, mencukur pinggirnya dan meninggalkan tengahnya. Keempat, mencukur bahagian depannya dan meninggalkan bahagian belakangnya. Sebenarnya, velus (rambut pertama) bayi harus dicukur botak saat di’cukur’kan kali pertama. Di samping untuk menghilangkan kotoran (lemak) yang menempel pada kepala bayi akibat persalinan, juga memudahkan bagi orang tua untuk mengesan kemungkinan ada luka atau apa-apa tanda pada kepala bayi. Jika rambut masih utuh, hal ini sulit dilakukan. Pada suatu negeri yang panas, keadaan kepala bayi yang botak juga membuatnya lebih nyaman. Larangan al-Qaz’u ini bersumber dari hadits Nabi Muhammad saw. Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhum, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah melarang perbuatan al-Qaz’u.” (Muttafaq ‘alaih) Dalam riwayat Ibnu Ami disebutkan bahawa ia berkata, “Rasulullah s.a.w. melarang kita memotong sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian lainnya.” (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Nasa’i. Lafazh hadis milik An-Nasa’i) Suatu kali Rasulullah s.a.w. pernah melihat anak muda yang memotong sebahagian rambutnya dan membiarkan sebahagian yang lain, beliaupun melarang mereka dari hal itu, “Cukurlah semua atau biarkan semua!” (HR. Abu Daud dari Ibnu Umar) Ada beberapa alasan kenapa al-Qaz’u dilarang. Pendapat pertama mengatakan bahawa hal itu dikeranakan boleh membuat penampilan si bayi atau anak akan terlihat jelek atau tidak sesuai. Pendapat yang lain mengatakan bahawa hal itu merupakan kebudayaan umat Nasrani. Pendapat yang lain lagi mengatakan bahawa hal itu merupakan kebudayaan umat Yahudi. Untungnya, sebahagian besar orang tua kita, ketika mengadakan tradisi potong rambut pada hari ketujuh (biasanya disekalikan dengan aqiqah) atau keempat puluh, selalu memotong habis rambut anaknya. Entahlah, apakah kerana tradisi saat itu yang sudah berkembang demikian atau kerana mereka sendiri mengetahui tentang pelarangan al-Qaz’u tersebut. Lalu apakah hukumnya jika kita mencukur rambut secara al-Qaz’u, tapi hal itu dilakukan untuk berubat, pembedahan atau yang lainnya? Di dalam kitab Fathul Bari (10/378) Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Imam An-Nawawi berkata, “Para ulama telah sepakat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan yang makruh kecuali apabila dilakukan untuk berubat atau semacamnya dan dalam hal ini tidak membedakan antara laki-laki dan perempuan.” Syeikh Amru bin Abdul Mun’im Salim berkata bahawa apabila perbuatan ini diikuti dengan keyakinan bahawa ia dapat menolak kejahatan, maka hukumnya adalah haram.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Keistimewaan Tiga Jenazah Wanita Salihah

Pada tahun 1989, pihak berkuasa Daerah Kabupaten Indramayu berhasrat membangun sebuah pasar kecil di kampung Singaraja. Tempat yang akan dipergunakan sebagai pasar itu sebelumnya telah menjadi tanah perkuburan beberapa warga. Ada sekitar 50 kubur warga tempatan terdapat di kawasan tersebut.
Kerana tanah tersebut milik pihak berkuasa daerah Indramayu, maka pihak berkuasa bermaksud memindahkan kubur-kubur yang terdapat di tempat tersebut ke tempat lain. Ketika kubur-kubur itu dibongkar untuk dipindahkan, terdapat tiga kubur wanita salihah yang kain kafan mereka masih utuh dan tulang belulangnya masih bagus serta tak kurang sedikit pun. Salah seorang penduduk yang diminta menjadi penggali kubur pada waktu itu adalah Zamhari. Beliau diminta menggali dua kubur oleh ahli waris dari penghuni kubur tersebut. Dua kubur yang digali oleh Zamhari adalah kubur Siti Zahro, yang kebetulan adalah ibu saudaranya dan kubur Ruwaidah, tetangganya. Anehnya, di dalam dua kubur yang digali oleh Zamhari itu, terdapat kain kafan yang masih utuh dan tulang belulang kedua mayat tersebut tidak rosak. Bahkan tali pengikat kain kafan pun masih utuh dan kulit mayat itu masih menempel di tulang belulang. Padahal di kubur-kubur yang lain kain kafannya sudah tidak ada dan tulang belulangnya sudah hancur atau tinggal sebahagian saja. “Waktu itu saya diminta menggali kubur Siti Zahro dan Ruwaidah, yang meminta adalah keluarganya. Ketika dua kubur itu saya gali, kain kafannya masih utuh dan tulang belulangnya masih bagus, tidak rosak. Bahkan kulitnya masih menempel di tulang, hanya saja dagingnya sudah tidak ada lagi.
“Kedudukan mayat pun masih menghadap ke arah kiblat, sama seperti ketika dimasukkan pertama dulu, tetapi warna kain kafannya memang sudah tidak bersih lagi, tetapi sudah kotor dan sedikit menghitam.
“Padahal di kubur-kubur lain kebanyakkan kain kafan dan tulang belulangnya sudah hancur, kecuali tinggal sedikit rambutnya saja yang masih ada,” kenang Zamhari sambil menyebut nama penghuni kubur tersebut.
Semua kubur-kubur yang digali diserahkan kepada keluarganya untuk dikuburkan di tempat masing-masing.
Selain dua kubur yang digali oleh Zamhari, ada satu kubur lain yang juga keadaan kain kafannya masih utuh dan tulangnya masih bagus, iaitu Hajah Maimah yang tidak digali oleh Zamhari, tetapi digali oleh orang lain. Siapakah ketiga perempuan salih ini? Siti Zahro meninggal sekitar tahun 1988 dalam usia sekitar 68 tahun, ketika kuburnya digali, mayatnya memang baru dikubur selama kurang lebih satu setengah tahun. Meskipun keadaan kuburnya masih baru, tetapi keadaan kafan dan tulang belulangnya yang masih bagus itu boleh dikatakan sebagai satu keistimewaan, kerana masih ada beberapa kubur yang lebih baru lagi (belum satu tahun) tetapi keadaan kain kafan dan tulang belulangnya sudah rosak atau tinggal sebahagian saja.
Ruwaidah meninggal sekitar tahun 1979 dalam usia yang masih terbilang muda, iaitu 25 tahun. Pada waktu meninggal dunia, perempuan lulusan Pondok Pesantren Tebuireng ini sudah memiliki seorang anak perempuan berusia dua tahun dari suaminya yang kini masih hidup. Ketika kuburnya digali pada tahun 1989, mayat perempuan itu sudah sepuluh tahun tertanam di kuburnya. Sedangkan usia kubur Hajah Maimah sudah tiga tahun kuburnya dipindahkan ke tempat lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Kain Kafan Terbakar

PERISTIWA memilukan ini terjadi di Desa ST di  pulau Sumatera, tahun 2006. Kisahnya disampaikan oleh Andi [samaran] yang mengetahui kisah kejadian tersebut. Bermula dari penemuan jenazah Sigit (nama samaran) oleh Rahmat. Sepulang dari sungai, dia melintasi kuburan Sigit. Seketika saja ia terkejut kerana melihat mayat Sigit yang sudah dikuburkan seminggu muncul ke permukaan. “Jasad Sigit keluar dari liangnya dengan tubuh hitam legam seperti habis dibakar,” cerita Rahmat kepada keluarga Andi. Kejadian mengerikan yang dilihatnya itu pun seketika membuat Rahmat ketakutan luar biasa. Dia pun segera berlari untuk menemui beberapa orang kampung dan memberitahukan kejadian tersebut. Kejadian ini sempat membuat ibu Andi tidak percaya, “Yang benar-benar saja apa yang kau ucapkan tu...?” “Ya Bu, saya lihat sendiri. Begini saja, kita panggil beberapa orang untuk menyaksikannya bersama-sama supaya kita tahu apa yang terjadi,” ujar Rahmat berusaha membenarkan apa yang baru dilihatnya. Ajakan Rahmat diterima oleh Andi. Ia pun menyuruh beberapa orang untuk berkumpul di rumahnya. Setelah itu, mereka (termasuk Andi sendiri) pergi bersama-sama ke kuburan Sigit untuk menyaksikan peristiwa mengerikan tersebut sekitar jam 6.30 petang.  Setelah sampai di kuburan, benar saja apa yang diceritakan oleh Rahmat. Tampak sebuah pemandangan mengerikan terjadi di kuburan Sigit. Jasad Sigit keluar dari liang lahadnya dalam keadaan setengah badan. Mulai dari bahagian badan hingga bahagian kepala, muncul ke permukaan. Kejadian itu membuat sebahagian ibu-ibu berteriak histeria kerana ketakutan. “Yang aneh dari mayat tersebut adalah matanya yang melotot seperti hendak keluar. Kemudian sekujur tubuhnya dan kain kafan pembungkus mayatnya hitam seperti hangus terbakar,” cerita Andi melalui kiriman surat yang dikirimkannya kepada redaksi Hidayah. Sebagai saksi, awalnya Andi berfikir bahawa ada seseorang yang berusaha membakar jenazah Sigit. Tetapi, setelah diperhatikan, rupanya jenazah itu berusaha untuk keluar sendiri dari alam kubur kerana tak kuat menahan sakitnya seksaan dalam kubur. Wallahu a’lam bilshawab!“ Setelah kuperhatikan lebih dekat sepertinya jasad itu berusaha untuk keluar dari liang lahad. Kerana salah satu kaki jenazah sudah berusaha untuk naik dari lubang kubur tersebut. Namun, usahanya sia-sia,” tulis Andi. Tidak lama kemudian, jasad Sigit dimasukkan (dikubur) kembali ke liang lahad. Sejak itu, berbagai kisah pahit berkaitan Sigit pun merebak ke mana-mana, menjadi buah bibir. Apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Sigit sewaktu hidupnya sehingga ia merasakan penderitaan sedemikian dahsyat di alam kubur?

Seorang Tukang Kebun
Sehari-harinya pekerjaan Sigit adalah sebagai seorang tukang kebun. Ia mengurusi beberapa kebun kopi milik saudagar kaya di kampung, iaitu Tuan Dolah. Termasuk kebun kopi milik keluarga Andi juga diurus oleh  Sigit. Dia juga memelihara kambing milik beberapa orang kampung sekitar yang keuntungannya dibuat secara sistem pawah dibahagi dua jika binatang itu melahirkan anak. Namun, dalam melaksanakan ternyata Sigit dinilai “tidak jujur”. Dia suka menyelewengkan hasil tani tanpa sepengetahuan pemilik kebun.  Hal ini tersingkap saat Sigit menyerahkan hasil penjualan kopi kepada keluarga Andi yang ternyata jumlahnya tidak sesuai dengan perkiraan awal. Kenyataannya mereka hanya menerima sejumlah wang yang jauh meleset dari perkiraan awal. Ketika ditanya soal ini, Sigit pun selalu memberi alasan, “Kalau hasil kopi tahun ini menurun akibat kualiti kopinya yang jelek, sehingga banyak yang tidak dapat dipetik.” Begitu juga terhadap orang lain, Sigit selalu pandai mengelak. Misalnya, ketika beberapa orang meminta pertanggungjawapan Sigit kerana kambing-kambing yang dipercayakan kepadanya untuk dirawat ternyata banyak yang hilang, Sigit hanya menjawab bahawa kambing-kambing itu telah dimakan binatang buas. Sigit pun kemudian mereka-reka cerita agar kejadian itu nyata, iaitu dengan memperlihatkan sebuah bercak darah di kandang binatang-binatang tersebut. Padahal, itu hanya akal-akalan Sigit saja agar mereka percaya. Dan Sigit, lagi-lagi, kembali mendapatkan kemenangan atas kebohongan dan tipu dayanya. Tidak saja terhadap orang lain, kepada isterinya sendiri Sigit telah berbuat aniaya. Ia seringkali mengabaikan nafkah lahir dan batin. Bahkan, ketika dia mendapatkan wang banyak dari hasil tipuannya, dia gunakan untuk bersenang-senang dengan wanita lain di tempat pelacuran. Sigit juga jarang pulang ke rumah dan mengurus rumah tangganya dengan baik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Sepasang Mata Wanita Salihah

KALAU kita rajin menyingkap kitab-kitab agama, maka kita akan temui berbagai cerita agama yang menarik yang boleh kita jadikan teladan dalam hidup. Para Penulis zaman dulu sangat teliti mencari kisah-kisah agama yang diabadikan dalam kitab-kitab lama. Kadang-kadang juga kita baca kisah itu diceritakan oleh para ulama yang diterimanya dari orang-orang alim sebelum itu. Cerita yang dikisahkan ini ialah kisah seorang wanita salihah. Walau pun dia mempunyai potongan badan yang cantik, tetapi anugerah itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Dalam sebuah negeri di Basrah, ada seorang pemuda bernama Mohd. Basri. Dia suka bermewah-mewah dan bermegah-megah dengan kekayaannya. Pada suatu hari ketika dia berjalan-jalan di keliling kota terlihat wanita salihah ini. Lalu dia mengekorinya. Wanita ini merasakan firasatnya lalu berhenti dan bertanya kepada pemudanya ini: “Anda terus mengekori saya, apakah anda tidak malu? Apa sebenarnya hajat anda?” Pemuda itu menjawab: “Apa yang dimalukan. Tidak ada orang yang melihat?” Perempuan tadi berkata, “Malu kepada Zat yang mengetahui khianatnya mata dan apa yang disembunyikan di balik dada.” Tersentak Mohd. Basri. Sesuatu yang berat hinggap di hatinya. Namun ia kurang tabah dan tidak mampu menguasai hawa nafsunya. Maka ketika perempuan itu meneruskan jalannya, Mohd. Basri segera mengekornya kembali di belakangnya. Si cantik itu menghentikan langkahnya dan bertanya, “Mengapa tuan teruskan juga mengganggu saya?” Mohd. Basri menjawab, “Saya terpesona oleh kedua matamu yang indah itu.” “Kalau begitu duduklah tuan di sini, tunggu saya sebentar. Saya akan pulang dulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan inginkan,” balas si perempuan. Alangkah gembiranya hati Mohd. Basri. Dia mengira perempuan itu sudah terpikat kepadanya sebagaimana dia telah terjerat oleh sicantik itu. Maka dengan dada berdebar-debar dia menunggu di tempat itu. Tidak lama kemudian muncul seorang perempuan, membawa sebuah bungkusan yang ditutup rapat dengan selembar saputangan lebar. Dia berjalan menunduk mendekati Basri, dengan kesedihan wajahnya. Mula-mula Mohd. Basri hairan menerima bungkusan itu. Namun dengan harap-harap cemas, diambilnya juga. Dia menerima kiriman hadiah yang dia belum tahu apa isinya. Dengan gementar kerana gembira yang melampui batas, dibukanya penutup bungkusan itu. Betapa terperanjat dan pucatnya Hasan Basri. Seketika putih wajahnya, dan ia terpekik ngeri begitu saputangan tersebut tersibak. Di dalamnya terdapat sepasang mata lembu yang masih berdarah.
Sebelum hilang kehairanan, perempuan itu menerangkan dengan kalimat yang terputus-putus: “Perempuan yang tuan mengikuti itu adalah majikan saya. Beliau berpesan, bahawa beliau tidak mahu memiliki mata yang membuat fitnah atas orang laki-laki. “Kerana itu beliau mengirimkan mata lembu ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. Sebab mata lembu lebih lazat dari mata manusia. Mata majikan saya hanya akan tuan pandangi, tapi mata lembu dapat Tuan makan.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Al-Karim: Menjadi Mulia Dihadapan Yang Maha Mulia

SALAH satu sifat Allah yang tidak hanya disandangkan kepadaNya tetapi disandingkan juga kepada makhlukNya adalah al-Karim atau Yang Maha Mulia. Allah menyatakan bahawa al-Quran adalah bacaan mulia, malaikat Jibril sebagai penyampai wahyu yang mulia. Dan dari bangsa manusia, Muhammad s.a.w. termasuk makhluk (seorang Rasul) yang juga dikatakan mulia. Allah katakan, “Sesungguhnya al-Quran itu adalah bacaan yang sangat mulia.” (QS. Al-Waqi’ah [56]: 77). “Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar firman Allah (apa yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril)” (QS. Al-Takwir [81]: 19). “Sesungguhnya al-Quran itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada Rasul) yang mulia. Dan al-Quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya” (QS. Al-Haqqah: 40-41).
Sifat al-Karim yang ditujukan kepada Allah digambarkan dalam ayat-ayat sebagai berikut: “Barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya, dan barang siapa ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia” (QS. Al-Nahl [16]: 40). “Hai manusia, apa yang telah memperdayakan kamu (berbuat derhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah” (QS. Al-Infithar [82]: 6). Berdasarkan penelitian para ahli, dari 23 ayat yang berbicara tentang kata “Karim”, hanya tiga ayat saja yang merujuk kepada Allah. Menurut Profesor Quraish Shihab, kata lainnya mensifati rezeki, pasangan, ganjaran, malaikat, rasul, kedudukan, naungan, surat, al-Quran, ucapan, dan ejekan kepada manusia derhaka. Secara bahasa, “al-Karim” mengandung makna antara lain kemuliaan, kedermawanan, perkasa, pemaaf, dan pemurah. Sebagian ulama memahami sifat Allah ini sebagai Dia yang memberi melampaui harapan dan cita makhlukNya, Dia yang selalu menepati janji, Dia yang memberi tanpa peduli kepada siapa yang diberi, Dia yang lebih dahulu memberi nikmat sebelum waktunya, dan Dia yang memberi tanpa diminta sebelumnya. Berdasar makna di atas, spektrum makna al-Karim adalah juga Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Dermawan. Ke-Maha-Pemurahan-Nya terletak pada pengampunanNya ketika Dia dapat menjatuhkan hukuman. PembalasanNya atas semua perbuatan baik hambaNya dan hukuman bagi para pendosa. Satu lagi, Allah melebihkan keturunan Adam berbanding makhluk lainnya. Allah firmankan, “Sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkat mereka di daratan dan di lautan” (QS. Al-Isra’ [17]: 70). Kita bertanya, siapakah manusia yang mulia itu? Ia tentu bukan mereka yang kaya semata-mata, bertakhtakan pangkat dan jawatan, atau mendapatkan kemegahan dan sambutan hangat dari orang. Manusia yang mulia adalah yang bertakwa semata-mata kepada Allah. Allah katakan, “Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” (QS. Al-Hujurat [49]: 13). Sedangkan orang yang bertakwa adalah orang-orang yang berbuat baik, sedikit sekali tidur, selalu memohon ampun, dan memberikan sebahagian harta mereka. “Sesungguhnya mereka (orang yang bertakwa) sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian” (QS. Al-Dzariyat [51]: 16-19). Dengan begitu, peribadi yang mulia adalah: pertama, selalu menjadi agen kebaikan dan perbaikan bagi sesamanya. Semua potensi yang dimilikinya didayagunakan untuk kebaikan, seperti ilmu, akal, kekuatan, kekayaan, dan doa. Ciri khas orang seperti ini tergambar dengan jelas dalam al-Quran, “... orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka...” (QS. Al-A’raf [3]: 135).
Kedua, peribadi yang mulia adalah orang-orang menghabiskan malam dengan beribadah kepada Allah s.w.t. dengan khusyu’: “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’.” (QS. Al-Isra’ [17]: 109).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Bagaimana Jika Dakwah Ditetapkan Bayarannya?

ADA semacam pendapat bahawa dakwah seakan boleh dikomersialkan. Tentu ini sangatlah memalukan. Padahal dakwah adalah tugas mulia di mata Tuhan yang nilainya jauh lebih mulia berbanding angka-angka hitungan manusia asalkan murni dilandasi ingin mendapatkan redho dari Allah s.w.t. semata-mata. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikanlah dariku meskipun hanya satu ayat saja (yang kamu tahu).” (HR. Ahmad, Bukhari dan at-Termizi). Ini ertinya meskipun kita hanya tahu satu ayat al-Quran atau satu hadis Nabi s.a.w. atau satu hukum Islam saja misalnya, maka ada keharusan kita untuk menyampaikan apa yang kita ketahui itu pada orang lain. Lantas pertanyaannya adalah jika dakwah sebuah kewajipan, benarkah ia boleh dijadikan media untuk menangguk rezeki? Atau ia adalah murni kewajipan seorang muslim yang sama sekali tak boleh ditakrifkan (diletakkan tanda harganya?)? Lalu bagaimana apabila seseorang menerima ‘imbuhan’ dari setiap ceramah?

DAKWAH ADALAH KEWAJIPAN
Dakwah sebenarnya tak sesempit pengertian berceramah saja, melainkan lebih luas cakupannya. Hadis Nabi s.a.w. di atas memang memotivasi setiap muslim tanpa kecuali untuk turut berperanan aktif mengambil bahagian dalam aktiviti dakwah ke jalan Allah, sesuai batas kemampuannya. Memang, berceramah merupakan satu dari sekian aktiviti berdakwah yang mulia.  Namun tentunya harus dengan niat dan tujuan yang benar, mengingat dakwah adalah kewajipan. Oleh sebab itu, sudah semestinya seorang penceramah atau pendakwah memantapkan hatinya untuk tujuan kerana Allah s.w.t. semata. Apabila kewajipan pengabdian seorang hamba kepada Sang Khalik melalui jalur dakwah tadi, diiringi dengan balasan material yang bertakrif; apakah pemasangan takrif itu justeru tidak menodai kemuliaan dakwah? Dalam QS. Ash-Shad: 86 menegaskan, “Katakanlah (hai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikit pun padamu atas dakwahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.”  Ayat ini mengisyaratkan bahawa mutlak bagi pendakwah untuk tidak berorientasikan pada material. Sebab apabila orientasinya material (upah), dakwah tersebut boleh saja jatuh pada riya’ alias tidak ikhlas. Seperti diketahui, riya’ merupakan sebuah sikap yang sangat tidak terpuji. Padahal apa yang diniatkan untuk Allah s.w.t. mestilah menafikan sifat riya’ Makanya soal ‘bayaran’ ceramah yang tersebut mendapat reaksi keras dari berbagai pihak. Mereka menolak, sebab dakwah sama sekali tidak boleh diperdagangkan, melainkan panggilan suci dari Allah s.w.t. bagi yang punya kemampuan untuk mencerahkan umat. Merujuk QS. Saba’: 47, “Katakanlah, upah apa pun yang aku minta kepadamu maka hal itu untuk kamu (Rasulullah s.a.w. sama sekali tidak meminta upah, tetapi hanya ingin mereka beriman dan iman adalah buat kebaikan mereka sendiri). Upahku hanya dari Allah. Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Seorang Penyamun Berakhir Dengan Darjat Tinggi

KISAH ini dinukil dari kitab-kitab agama. Ia mempunyai cerita yang menarik yang patut dijadikan teladan. Kisahnya ialah seorang pemuda yang cantik dalam sebuah kampung, Namanya Ibnu Hassan. Sebenarnya disebalik ketampanannya itu tersembunyi satu sikap dan akhlak yang buruk. Dalam kampung itu dia dianggap sebagai orang paling jahat. Apa tidak, kerana kerjanya merompak, mencuri, menyamun dan mengacau gadis-gadis dalam kampung itu. Bila sebut namanya semua orang sama ada lelaki dan wanita benci mendengarnya, dan memandangnya pun orang tak suka dan tak mahu. Dengan takdir, pada suatu hari dia terfikir sampai bila aku nak jadi orang jahat dan orang macam ini? “Aku ingin bertaubat. Aku ingin jadi orang baik dan dipandang mulia oleh masyarakat dan orang ramai.” Lelaki ini mahu berkahwin dengan seorang wanita dalam usahanya untuk mengakhiri kisah hidupnya yang penuh dengan noda itu. Dia ke sana ke mari untuk meminang, tetapi  tidak sesiapa pun yang mahu menerimanya menjadi menantu. Sementara itu, tidak ada sebarang wanita dalam kampung itu yang mahu menerimanya sebagai suami, bahkan para pelacur pun tidak mahukan dia dan jijik melihat wajahnya. Akhirnya dia pergi ke sebuah rumah dimana di rumah itu memang keluarga itu ramai anak perempuan. Yang lainnya semua sudah kahwin, cuma ada seorang saja yang belum kahwin lagi. Ibnu Hassan pergi meminang. “Ada seorang anak perempuan saya hingga sekarang tak ada orang meminang. Engkau mahu tak?” tanya bapa perempuan itu. Dengan wajah berseri, Ibnu Hasan mengangguk dan langsung membayar tunai harga mas kahwin gadis itu. Lantas ia dihantar ke biliknya.
Apabila masuk, alangkah terperanjat pemuda itu. Calon isterinya adalah seorang gadis yang hitam kulitnya. Hidungnya pula pesek dan badannya pendek. Tapi kerana ia sangat memerlukan isteri, diambilnya juga gadis itu. mereka hidup cukup bahagia selaku suami isteri. Bahkan akhirnya perempuan itu hamil dan dikurniakan seorang anak. Dalam keadaan yang paling bahagia buat Ibnu Hasan, Tuhan mahu mengujinya juga. Isterinya meninggal dunia waktu melahirkan. Ibnu Hasan bagaikan kehilangan tempat berpegang. Ketika ƻkirannya sangat runsing dan timbul ghairah jahatnya kembali, ia bermimpi pada suatu malam. Dalam mimpinya itu ia dikejar-kejar seekor ular yang hendak menelan. Ia berteriak-teriak minta tolong. Datanglah seorang tua dengan tongkatnya. Ular itu dipukulnya. Tapi malah orang itu sendiri yang terkena. Waktu ular itu sudah hampir menelan tubuhnya, muncullah seorang anak kecil melemparkan sebuah batu. Matilah ular itu. Esok harinya ditanyakannya kepada seorang kiai penafsir mimpi. Kiai tersebut menerangkan bahawa ular adalah lambang kejahatan Ibnu Hasan. Orang tua itu ibarat kebaikannya yang sangat lemah. Bagaimanakah kebaikanmu yang hanya seperti orang tua itu akan boleh mengalahkan kejahatanmu? Untung engkau sudah ada niat bertaubat, yakni bayi kecil itu. Taubat ini adalah benih yang akan besar dan sanggup mengalahkan ular betapa pun buas dan jahatnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Haiwan Korban Tidak Merasa Sakit

HARI RAYA AIDILADHA yang kita sambut setiap tahun itu memang dikaitkan dengan ibadah korban. Biasanya, binatang yang dikorbankan atau disembelih adalah lembu, kerbau atau kambing (domba). Bagi sebahagian orang (atau kebanyakan) mungkin akan bertanya-tanya, kenapa harus ada pengorbanan seekor binatang untuk beribadah? Kenapa mereka harus disembelih dan kemudian dagingnya dicincang lalu dimakan oleh kita? Tidak sedikit yang berkata “kasihan”. Sehingga tak sedikit pula, orang yang tidak tahan dan menutup matanya ketika proses penyembelihan binatang itu terjadi. Pertanyaannya: benarkah para binatang yang disembelih itu merasakan sakit? Logiknya, kulit kita saja sakit ketika tergores, apalagi disembelih. Ternyata sebuah penelitian menunjukkan jawapan yang mengejutkan bahawa binatang yang disembelih secara syariat Islam tidak merasakan sakit sama sekali. Penelitian itu dilakukan oleh dua kakitangan ahli penternakan dari Hannover University, sebuah universiti terkemuka di Jerman, iaitu: Profesor Wilhelm Schulze dan pembantunya, Dr. Hazim. Keduanya memimpin satu pasukan penelitian terstruktur untuk menjawab pertanyaan: manakah yang lebih baik dan paling tidak sakit, penyembelihan secara syariat Islam yang murni (tanpa proses pengsan) ataukah penyembelihan dengan cara Barat (dengan dilaku secara pengsan)? Keduanya merancang penelitian sangat canggih, mempergunakan sekelompok lembu yang telah cukup umur (dewasa). Pada permukaan otak kecil sapi-sapi itu dipasang elektroda (microchip) yang disebut Electro-Encephalograph (EEG). Microchip EEG dipasang di permukaan otak yang menyentuh titik (panel) rasa sakit di permukaan otak, untuk merakam dan mencatat darjah rasa sakit lembu ketika disembelih. Di jantung sapi-sapi itu juga dipasang Electro Cardiograph (ECG) untuk merakam aktiviti jantung saat darah keluar kerana disembelih. Untuk menekan kesalahan, lembu dibiarkan beradaptasi dengan EEG mahupun ECG yang telah terpasang di tubuhnya selama beberapa minggu. Setelah masa adaptasi dianggap cukup, maka separuh lembu disembelih sesuai dengan syariat Islam yang murni, dan separuh sisanya disembelih dengan menggunakan metode pengsan yang diadopsi Barat.

Penyembelihan Menurut Syariat Islam
Dalam Syariat Islam, penyembelihan dilakukan dengan menggunakan pisau yang tajam, dengan memotong tiga saluran pada leher bahagian depan, yakni: saluran makanan, saluran nafas serta dua saluran pembuluh darah, iaitu: arteri karotis dan vena jugularis. Patut pula diketahui, syariat Islam tidak menggalakkan atau teknik binatang dipengsankan sebelum disembelih. Sebaliknya, Metode Barat justeru mengajarkan atau bahkan mengharuskan agar ternak dipengsankan terlebih dahulu sebelum disembelih. Selama penelitian, EEG dan ECG pada seluruh ternak lembu itu dicatat untuk merakam dan mengetahui keadaan otak dan jantung sejak sebelum pemengsanan (atau penyembelihan) hingga ternak itu benar-benar mati. Hasil penelitian inilah yang sangat ditunggu-tunggu! Dari hasil penelitian yang dilakukan dan dilaporkan oleh Profesor Schultz dan Dr. Hazim di Hannover University Jerman itu dapat diperolehi kesimpulan bahawa penyembelihan menurut syariat Islam telah menunjukkan: Pertama, pada 3 detik pertama setelah ternak disembelih (dan ketiga saluran pada leher lembu bahagian depan terputus), tercatat tidak ada perubahan pada grafik EEG. Hal ini bererti bahawa pada 3 detik pertama setelah disembelih itu, tidak ada indikasi rasa sakit. Kedua, pada 3 detik berikutnya, EEG pada otak kecil merakam adanya penurunan grafik secara bertahap yang sangat mirip dengan kejadian deep sleep (tidur nyenyak) hingga lembu-lembu itu benar-benar kehilangan kesedaran. Pada saat tersebut, tercatat pula oleh ECG bahawa jantung mulai meningkat aktivitinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Haji Menembus Tembok Syaitan

IBADAH haji merupakan salah satu rukun Islam, ibadah yang diwajibkan kepada kaum muslim untuk dilaksanakan setidaknya sekali seumur hidup. Haji adalah puncak segala ibadah, kesempurnaan Islam dan dasar bagi tegaknya agama. Pada waktu haji Wada’ (haji perpisahan), Allah s.w.t. menurunkan ayat terakhir berikut ini, “Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu kepadamu dan telah Aku relakan Islam menjadi agamamu.” (QS. Al-Ma’idah: 3).  Menurut Al-Ghazali, dalam Ihya ‘Ulumuddin, momen turunnya ayat ini menjadi tanda bahawa adalah puncak kesempurnaan ibadah, keutuhan Islam. Betapa agungnya ibadah haji. Tidak sempurna agama Islam tanpa ibadah haji dan Nabi s.a.w. sendiri menyamakan orang yang tidak melaksanakan ibadah haji (padahal ia mampu) sebagai seorang Yahudi atau Nasrani, atau seorang yang sesat. Allah s.w.t. berfirman, “Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” (QS. Al-Hajj: 27). Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa berhaji ke Baitullah lalu ia tidak berbuat haram dan (tidak) bertengkar dengan orang lain, nescaya ia akan keluar dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan ke dunia oleh ibunya.” Nabi s.a.w. bersabda pula, “Tiada pernah terlihat syaitan lebih kecil, lebih terhina dan lebih dongkol daripada hari Arafah.”  Ini terjadi kerana pada hari ini Allah s.w.t. menurunkan keagungan rahmatNya dan ampunanNya atas segala dosa orang yang berhaji. Rasulullah s.a.w. juga bersabda, “Barangsiapa meninggalkan rumahnya untuk berhaji atau berumrah, namun ia tiba-tiba meninggal dunia, maka nescaya dituliskan baginya pahala sebagaimana orang yang berhaji atau berumrah sampai hari Kiamat. Dan barangsiapa meninggal pada salah satu Tanah Haram (Makkah atau Madinah), nescaya ia tidak akan dihisab dan masuk syurga!” Kerana bertindak sebagai penyempurna ibadah dan memiliki kedudukan sebagai amalan tinggi, ada ulama yang berpendapat setiap kali musim haji tiba, maka iblis akan membuat tembok dan menduduki jalan-jalan menuju Makkah untuk menghalang-halangi kaum muslim melaksanakan ibadah haji. Dalam firmanNya, Allah s.w.t. menyatakan bahawa iblis berkata, “Aku (Iblis) benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan yang lurus.” (Qs Al-A’raf: 16). Maka haji sebenarnya adalah langkah besar menembus tembok syaitan itu, tembok yang sudah dibuat syaitan sejak orang berniat melangkahkan kakinya untuk berhaji.

Tertib Rukun, Tertib Hati
Menurut Al-Ghazali, ada dua syarat sahnya haji, iaitu waktu tertentu (hanya di bulan haji) dan Islam. Kemudian ada lima syarat wajibnya berhaji: Islam, merdeka, sanggup dan berakal, baligh, dan waktu.
Adapun mengenai kesanggupan untuk berangkat haji, fizik orang yang akan berangkat harus sihat walafiat dan perjalanannya pun harus dalam keadaan aman, tidak ada bahaya, dan tanpa paksaan. Ia harus memiliki cukup wang dan perbekalan untuk pergi dan balik serta mampu menyediakan perbekalan bagi keluarga sewaktu ditinggalkan. Apabila seseorang memiliki kesanggupan untuk berhaji, tetapi keadaan fiziknya lemah, sakit atau lumpuh, hingga tidak memiliki harapan untuk kembali sembuh, maka ia boleh mengirimkan orang untuk berhaji atas namanya dengan memberikan belanja perbekalan pulang-pergi secukupnya. Al-Ghazali memperingatkan bagi orang yang sanggup, “Jangan menunda-nunda!” kerana bila maut tiba-tiba datang sebelum ia menunaikan, maka gugurlah hajinya dan ia kembali kepada Allah s.w.t. dalam keadaan maksiat.
Said bin Jubair, Ibrahim an-Nakhyi, Mujahid, dan Thawus berkata, “Jika kami tahu bahawa ada seorang kaya-raya dan wajib atasnya berhaji, kemudian ia meninggal sebelum mengerjakannya, nescaya kami tidak akan melakukan solat jenazah baginya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Jangan Perdagangkan Dalam Menyebar Ilmu Allah

Guru-guru agama dan para ustaz ada bercakap bahawa kalau kita mengkritik ulama, satu dosa. Kita tidaklah tahu, sama ada ia dosa besar atau pun dosa kecil saja. Tetapi bezanya ulama-ulama dahulu dengan ulama-ulama sekarang sangat jauh. Ulama dulu menuntut ilmu berjalan kaki ribu-ribu batu, jalan kaki, dan naik unta atau pun kuda. Tetapi ulama-ulama sekarang tuntut ilmu naik kapal terbang. Kalau menuntut dalam negeri, naik kereta, atau pun naik keretapi. Kita tidak dengar ulama-ulama sekarang menuntut ilmu berjalan kaki beratus-ratus batu jauhnya. Kalau ada orang yang buat macam tu, akan dianggap “ada yang tidak betullah tu...” Zaman sekarang serba serbi canggih. Zaman sains dan teknologi, tentulah tidak betul kalau ada orang cari ilmu jalan kaki atau pun naik basikal. Tetapi bezanya, antara ulama dulu dan sekarang ialah macam “bumi dengan langit”. Bukan sahaja dari segi ilmunya, tetapi dari segi minda dan sikap. Ulama dulu, apa yang dibuat semuanya “kerana Allah”. Tetapi ulama sekarang, kerana “Duit”. Tidak ada “Duit” depa tak mahu datang beri ceramah atau pun menyampaikan ilmu agama Allah. Ulama sekarang, kalau ada jemputan untuk mengembangkan syiar Islam, pertama sekali yang ditanya: “Berapa nak bayar...” tetapi ulama atau pun tuan-tuan guru dulu, tidak pernah tanya bayaran, Dan tidak pernah tanya, berapa nak bayar...? Kalau kita baca sejarah para ulama dulu seperti para imam mazhab, atau pun ulama-ulama yang berwibawa dan yang berkaliber yang mempunyai ilmu mendalam dan luas, mereka mengajarkan ilmu yang ada pada mereka semata-mata kerana Allah. Kita tidak terbaca berita yang ditulis oleh pengarang buku agama dulu yang merakamkan Imam Malik meminta bayaran sekian-sekian dinar apabila beliau mengajar ilmu agama dalam majlis-majlis agama?  Kita juga tidak pernah dengar berita Imam Ghazali mengenakan 30 dinar atau pun dirham sekali berceramah, dan sekali mengajar dalam majlis ta’lim? Begitu juga penceramah-penceramah “semi-Islam” sekarang ini akan mengenakan bayaran sekian banyak, kalau mereka diundang ke mana sahaja, sama ada ceramah dalam majlis “makan tengah hari”, ataupun “makan malam”. Yang ditanyakan ialah bayaran dulu, sedangkan ilmu yang disampaikan itu ialah ilmu Allah Taala yang “wajib” disampaikan kepada khalayak. Sekarang ini timbul cerita tentang agama diperdagangkan. Agama jadi “jual beli”. Ada tawar menawar kalau mahu menyampaikan ilmu Allah Taala. Lebih-lebih lagi orang-orang yang namanya ada tercatat dimana-mana sama ada di akhbar atau pun di media lain, akan ‘demand’ kepada penganjur yang akan mengadakan majlis ta’lim. Kadang-kadang ada yang membuat perbandingan, kalau seorang artis yang menyanyi dua atau pun lima buah lagu dan menyanyi tak sampai sejam boleh dibayar ribuan ringgit, kenapa guru agama yang menyampaikan ilmu Allah Taala tidak boleh dibayar sebanyak itu? Imam Malik, Imam Hambali, Imam Syafi’i tidak pun mengenakan apa-apa bayaran sekiranya mereka diundang untuk menyampaikan ilmu Allah Taala?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Belajar Keteguhan Dari Nabi Zulkifli

WAKTU itu, negeri Rom dipimpin oleh seorang raja yang bernama Ilyasa. Dia sudah masuk usia tua. Itulah salah satu yang menjadi masalah bagi Raja Ilyasa. Sebabnya, kerana merasa sudah tua, ia tidak memiliki calon pengganti yang siap meneruskan kuasa kepemimpinannya. Dia pun bimbang untuk menunjuk seseorang sebagai penggantinya. Namun, dia tidak kehilangan akal. Dia lalu berinisiatif menunjuk seseorang untuk sementara waktu. Tujuannya, tak lain, pada saat dia masih hidup itu, dia akan dapat melihat dan mengamati apa yang dilakukan oleh calon penggantinya. Tetapi siapakah yang pantas dan layak untuk menggantikan kedudukannya? Dia masih bimbang. Akhirnya, dia memiliki idea: membuat sayembara atau semacam pertandingan. Dia kumpulkan seluruh masyarakatnya kemudian mengumumkan apa yang diinginkannya.
“Barangsiapa yang menerima tiga syarat dariku, maka dia akan aku angkat untuk menggantikan tempatku. Ketiga syarat itu: pertama, ia mampu berpuasa siang hari, lalu untuk syarat kedua: malam harinya dia mampu melaksanakan solat malam, dan yang ketiga: ia tidak boleh marah.” Syarat itu tergolong berat. Tak salah, jika semua orang yang hadir merasa syarat itu tidak mungkin dilakukan oleh siapa pun. Tetapi, di luar dugaan Raja Ilyasa dan orang-orang yang hadir di situ, tiba-tiba muncul seorang pemuda dari kerumunan orang yang berdiri dan mengangkat tangan, bahkan kemudian mengatakan sanggup melakukan tiga syarat tersebut.
“Aku  mampu melakukannya,” ujar pemuda itu. Raja Ilyasa masih belum yakin dan bertanya lagi sekadar untuk memastikan, “Apakah kamu akan sanggup berpuasa pada siang hari dan solat pada malam harinya, serta tidak akan pernah marah?” Pemuda itu menegaskan sekali lagi, “Ya, aku akan melakukannya.”
Tapi, pada hari itu, Raja Ilyasa tak langsung menunjuk pemuda itu untuk menggantikan tempatnya. Ia masih berharap ada orang lain yang akan menyanggupi ketiga syarat tersebut sehingga sayembara atau pertandingan itu tidak disanggupi oleh satu orang saja. Tapi sayang, tak ada orang lain yang berani menerima cabaran Raja Ilyasa. Kendati demikian, Raja Ilyasa tidak mahu menyerah begitu saja. Esok harinya, dia mengumpulkan kembali orang-orang. Ia mengumumkan kembali hal yang sama sebagaimana hari sebelumnya. Rupanya, pada hari itu tidak ada satu pun orang yang menyanggupi ketiga syarat yang diajukan oleh Ilyasa kecuali pemuda yang kelmarin itu. Tidak ada pilihan lain bagi Raja Ilyasa kecuali harus menerima kenyataan bahawa hanya pemuda itu yang sanggup. Maka, Ilyasa mempertimbangkan pemuda itu untuk menggantikan tempatnya dan akan mengangkatnya sebagai penggantinya jika mampu memenuhi tiga syarat yang diajukan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

KH. Mas Abdurrahman: Matahari Bagi Masyarakat Banten

MAKKAH telah dilipat oleh waktu dan banyak orang menjadi risau. Penulis terkemuka Indonesia, Goenawan Mohammad, dalam salah satu Catatan Pinggirnya yang terbit di akhir tahun 2012 menyebut mengunjungi Makkah saat ini boleh dikatakan seperti ‘piknik instan ke kemewahan’. Kaabah dan Masjidil Haram sudah dikelilingi bangunan-bangunan ‘super besar’: hotel, pusat perbelanjaan dan sejenis itu. Termasuk, jam “besar” yang seperti terus memelototi Baitullah. Sungguh, memandangi Kaabah yang dibayangi jam besar itu menimbulkan perasaan ganjil. Ya, waktu telah berkuasa, waktu telah (dan siap) melipat rumah Allah itu. Saat senja, tulis Goenawan, bayang-bayang bangunan-bangunan besar itu jatuh menimpa Masjidil Haram. “Saya tak boleh membayangkan, bagaimana dari posisi itu akan ada orang yang dapat menulis seperti Hamka di tahun 1938: “Di Bawah Lindungan Kaabah” sebab saat ini justeru Kaabah yang seakan-akan dilindungi gedung-gedung besar, terutama Abraj al-Bait yang begitu megah dan gemerlap,” tulis Goenawan. Sami Angawi, arkitek dan pendiri Centre for the Custodian of the two Holy Mosques Institute for Hajj Research, juga galau melihat betapa dahsyat pembangunan kawasan sekitar Masjidil Haram sekarang.  Dia menyebut projek raksasa. Kesannya, wajah Makkah kehilangan warna aslinya kerana lanskap dan gunung-gunung diratakan. Ia menilai lanskap khas Makkah harusnya dipertahankan. Bangunan-bangunan itu juga mengerdilkan Masjidil Haram. Padahal  Masjidil Haram haruslah difahami dengan filosofi pusat, bukan justeru tampak tenggelam di tengah bangunan yang tinggi-tinggi.  KH Endang Barnas, pembimbing haji yang berasal dari Bekasi, juga menyebut dahsyatnya pembangunan di sekitar Masjidil Haram. “Saya pernah melihat ada hotel dibina, tapi entah mengapa dirobohkan semula. Mungkin setelah berdiri, hotel itu tak sesuai dengan pelan, hingga dirobohkan dan dibangun lagi,” ujarnya yang terakhir mengunjungi Makkah tahun lalu. Pemerintah Arab Saudi memang sudah merobohkan ribuan bangunan di sekitar Masjidil Haram dan dalam sekejap berganti dengan bangunan baru yang megah-megah. Projek perluasan Masjidil Haram ini adalah projek panjang yang dijadualkan selesai pada tahun 2020.
Bangunan yang diruntuhkan, baik deretan kedai-kedai, hotel dan rumah warga sudah diberikan pampasan memadai oleh pemerintah Arab Saudi. Beberapa projek kini sudah berjalan yang semua berada di penjuru Masjidil Haram. Projek itu adalah projek Shamiya, Jabal Khandama, dan Jabal Omar. Saat ini, projek sudah memasuki kawasan Masjidil Haram yang membuat lokasi Tawaf menyempit. Inilah yang menjadi penyebab kekurangan kuota haji di tahun 2013 ini. Sedihnya, banyak tempat-tempat bersejarah terkena kesan projek mega ini. Tempat-tempat khusus dimana Nabi s.a.w. biasanya duduk dan berdoa di sekitar Kaabah kini sudah tak jelas lagi adanya dimana. Pun daerah tempat Nabi s.a.w. lahir, termasuk rumah Khadijah r.a., isteri Nabi s.a.w. Turut dirobohkan juga adalah Masjid Kucing atau Masjid Hurairah.

Wajah Makkah dari Waktu ke Waktu
Makkah adalah kota tua dan Kaabah diyakini sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s., Kaabah kemudian hancur dan dibangun kembali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s. Dalam sirah, kita mengetahui, Kaabah telah menjadi bangunan terhormat yang dikunjungi orang dari mana saja. Warga Makkah sendiri menghormati Kaabah dengan menaruh berhala dan menempel puisi-puisi terbaik di sana sebelum kemudian dibersihkan Nabi s.a.w.  Sejak kecil hingga baginda diangkat menjadi utusan Allah, Nabi s.a.w. juga kerap bertafakur di dekat Kaabah. Titik pemberangkatan Nabi saat Israk Mikraj juga adalah kawasan sekitar Kaabah. Pada masa Nabi, kawasan Kaabah tak bertembok. Adalah Khalifah Umar bin Khatab yang menembok kawasan sekeliling Kaabah setelah sebelumnya dia membeli rumah-rumah di sekitar Kaabah kerana melihat jemaah mukmin Makkah dan para peziarah semakin banyak. Khalifah Uthman bin Affan kemudian melanjutkan pembangunan dengan melakukan perluasan. Hal sama juga dilakukan pemerintah Bani Umayyah dan Abbasiyah. Ini terus berlanjut sampai ke zaman kekhalifahan Islam paling akhir, yakni Turki Uthmani dan masa kerajaan Arab Saudi sekarang. Di masa moden, perubahan pembinaan besar-besaran pertama dilakukan pada tahun 1955. Kawasan Sa’i yakni kawasan bukit Shafa dan Marwa dibersihkan dari bangunan lain. Tempat Sa’i juga dibangun dua tingkat. Pada masa ini sisi Sa’i sudah terbahagi dua hingga tak ada lagi jemaah yang bertaburan. Dibangun pula 16 pintu masjid. Melihat foto-foto lama dari tahun 1960-an, kita boleh menyaksikan kawasan Masjidil Haram masih tampak sederhana. Ada tiang-tiang pendek pembatas kawasan tawaf. Kiswah Kaabah berwarna hitam dan putih. Masih tampak juga ornamen seperti susunan bata di Kaabah. Jalan-jalan di Makkah tak semuanya beraspal, masih berbatu dan berpasir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Saat Tanah Suci "Dilipat" Waktu

MAKKAH telah dilipat oleh waktu dan banyak orang menjadi risau. Penulis terkemuka Indonesia, Goenawan Mohammad, dalam salah satu Catatan Pinggirnya yang terbit di akhir tahun 2012 menyebut mengunjungi Makkah saat ini boleh dikatakan seperti ‘piknik instan ke kemewahan’. Kaabah dan Masjidil Haram sudah dikelilingi bangunan-bangunan ‘super besar’: hotel, pusat perbelanjaan dan sejenis itu. Termasuk, jam “besar” yang seperti terus memelototi Baitullah. Sungguh, memandangi Kaabah yang dibayangi jam besar itu menimbulkan perasaan ganjil. Ya, waktu telah berkuasa, waktu telah (dan siap) melipat rumah Allah itu. Saat senja, tulis Goenawan, bayang-bayang bangunan-bangunan besar itu jatuh menimpa Masjidil Haram. “Saya tak boleh membayangkan, bagaimana dari posisi itu akan ada orang yang dapat menulis seperti Hamka di tahun 1938: “Di Bawah Lindungan Kaabah” sebab saat ini justeru Kaabah yang seakan-akan dilindungi gedung-gedung besar, terutama Abraj al-Bait yang begitu megah dan gemerlap,” tulis Goenawan. Sami Angawi, arkitek dan pendiri Centre for the Custodian of the two Holy Mosques Institute for Hajj Research, juga galau melihat betapa dahsyat pembangunan kawasan sekitar Masjidil Haram sekarang.  Dia menyebut projek raksasa. Kesannya, wajah Makkah kehilangan warna aslinya kerana lanskap dan gunung-gunung diratakan. Ia menilai lanskap khas Makkah harusnya dipertahankan. Bangunan-bangunan itu juga mengerdilkan Masjidil Haram. Padahal  Masjidil Haram haruslah difahami dengan filosofi pusat, bukan justeru tampak tenggelam di tengah bangunan yang tinggi-tinggi.
KH Endang Barnas, pembimbing haji yang berasal dari Bekasi, juga menyebut dahsyatnya pembangunan di sekitar Masjidil Haram. “Saya pernah melihat ada hotel dibina, tapi entah mengapa dirobohkan semula. Mungkin setelah berdiri, hotel itu tak sesuai dengan pelan, hingga dirobohkan dan dibangun lagi,” ujarnya yang terakhir mengunjungi Makkah tahun lalu. Pemerintah Arab Saudi memang sudah merobohkan ribuan bangunan di sekitar Masjidil Haram dan dalam sekejap berganti dengan bangunan baru yang megah-megah. Projek perluasan Masjidil Haram ini adalah projek panjang yang dijadualkan selesai pada tahun 2020.
Bangunan yang diruntuhkan, baik deretan kedai-kedai, hotel dan rumah warga sudah diberikan pampasan memadai oleh pemerintah Arab Saudi. Beberapa projek kini sudah berjalan yang semua berada di penjuru Masjidil Haram. Projek itu adalah projek Shamiya, Jabal Khandama, dan Jabal Omar. Saat ini, projek sudah memasuki kawasan Masjidil Haram yang membuat lokasi Tawaf menyempit. Inilah yang menjadi penyebab kekurangan kuota haji di tahun 2013 ini. Sedihnya, banyak tempat-tempat bersejarah terkena kesan projek mega ini. Tempat-tempat khusus dimana Nabi s.a.w. biasanya duduk dan berdoa di sekitar Kaabah kini sudah tak jelas lagi adanya dimana. Pun daerah tempat Nabi s.a.w. lahir, termasuk rumah Khadijah r.a., isteri Nabi s.a.w. Turut dirobohkan juga adalah Masjid Kucing atau Masjid Hurairah.

Wajah Makkah dari Waktu ke Waktu

Makkah adalah kota tua dan Kaabah diyakini sudah ada sejak zaman Nabi Adam a.s., Kaabah kemudian hancur dan dibangun kembali oleh Nabi Ibrahim a.s. dan puteranya Nabi Ismail a.s. Dalam sirah, kita mengetahui, Kaabah telah menjadi bangunan terhormat yang dikunjungi orang dari mana saja. Warga Makkah sendiri menghormati Kaabah dengan menaruh berhala dan menempel puisi-puisi terbaik di sana sebelum kemudian dibersihkan Nabi s.a.w.  Sejak kecil hingga baginda diangkat menjadi utusan Allah, Nabi s.a.w. juga kerap bertafakur di dekat Kaabah. Titik pemberangkatan Nabi saat Israk Mikraj juga adalah kawasan sekitar Kaabah. Pada masa Nabi, kawasan Kaabah tak bertembok. Adalah Khalifah Umar bin Khatab yang menembok kawasan sekeliling Kaabah setelah sebelumnya dia membeli rumah-rumah di sekitar Kaabah kerana melihat jemaah mukmin Makkah dan para peziarah semakin banyak. Khalifah Uthman bin Affan kemudian melanjutkan pembangunan dengan melakukan perluasan. Hal sama juga dilakukan pemerintah Bani Umayyah dan Abbasiyah. Ini terus berlanjut sampai ke zaman kekhalifahan Islam paling akhir, yakni Turki Uthmani dan masa kerajaan Arab Saudi sekarang. Di masa moden, perubahan pembinaan besar-besaran pertama dilakukan pada tahun 1955. Kawasan Sa’i yakni kawasan bukit Shafa dan Marwa dibersihkan dari bangunan lain. Tempat Sa’i juga dibangun dua tingkat. Pada masa ini sisi Sa’i sudah terbahagi dua hingga tak ada lagi jemaah yang bertaburan. Dibangun pula 16 pintu masjid. Melihat foto-foto lama dari tahun 1960-an, kita boleh menyaksikan kawasan Masjidil Haram masih tampak sederhana. Ada tiang-tiang pendek pembatas kawasan tawaf. Kiswah Kaabah berwarna hitam dan putih. Masih tampak juga ornamen seperti susunan bata di Kaabah. Jalan-jalan di Makkah tak semuanya beraspal, masih berbatu dan berpasir. Augustus Ralli, penulis buku Christians at Mecca, 1909, menyebut Makkah adalah kota yang terus berubah. Tapi ada yang tetap sama, yakni ibadah haji dan Masjidil Haram. Dahulu, bukan-muslim dilarang memasuki Makkah. Ada notis peringatan untuk itu. Jika bukan-muslim sampai masuk, akan menerima akibatnya. Pemerintah Arab Saudi boleh menjatuhkan hukuman mati terhadap orang tersebut. Ertinya, menurut Ralli, mustahil seorang penganut Kristian dapat tetap hidup setelah melihat langsung kota suci Islam.
“Banyak cerita hukuman mati bagi orang Kristian yang terbukti masuk Makkah secara menyalahi undang-undang seperti kisah dua orang Kristian yang tertangkap di Mina. Mereka tertangkap saat sedang menulis catatan-catatan kecil di buku saku,” ujar Ralli.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Suami Diboleh Mandikan Jenazah Isteri

A. Hukum Memandikan Jenazah
Jumhur ulama berpendapat bahawa memandikan jenazah seorang muslim hukumnya fardu kifayah. Ertinya, jika sebahagian orang telah melakukannya, maka hal itu sudah terwakili. Apabila ada orang yang tidak ikut memandikan jenazah, sementara ada orang lain yang sudah memandikannya, maka kewajipan itu gugur dengan sendiri. Tetapi, jika dalam satu tempat tidak ada yang memandikan jenazah sama sekali, maka semua orang dalam satu tempat itu berdosa. Pada umumnya semua jenazah wajib hukumnya dimandikan. Hanya saja ada beberapa golongan yang tidak wajib dimandikan, diantaranya adalah orang yang mati syahid kerana peperangan di jalan Allah. Tapi, kata Imam Syafi’i, mayat muslim yang bukan syahid, meskipun kerana tenggelam, maka ia wajib dimandikan. Ukuran minima memandikan mayat iaitu meratakan air keseluruh jasad mayat setelah menghilangkan seluruh najis. Disunahkan saat memandikan jenazah dipakaikan baju kurung (gamis) dan diletakkan di atas papan atau ranjang di tempat tertutup dan beratap. Gunakan air dingin (bukan air ais), kerana ia dapat memperlambatkan proses pembusukkan.

B. Cara Memandikan Jenazah
Ada beberapa cara dan tahap yang harus diperhatikan ketika seseorang hendak memandikan jenazah.1) Sebelum proses memandikan jenazah dilakukan, kita harus menyediakan beberapa liter air sesuai dengan takaran yang diperlukan. Kemudian kita menyediakan air perasan/perahan di dalam bekas yang sudah dicampur dengan 1 gelas ukuran besar berisi perasan daun bidara sesuai dengan takaran.
Cara menyediakan perasan daun bidara:
1 Gelas besar : 4 liter
8 lt + 2 gls air perasan daun bidara
12 lt + 3 gls air perasan daun bidara
16 lt + 4 gls air perasan daun bidara
20 lt + 5 gls air perasan daun bidara
Cara menyediakan air dan kapur barus:
Setiap 4 liter air dicampur dengan 2 potong kapur barus 1

2) Kemudian mulailah memandikan. Pertama kita letakkan mayat di atas tempat pemandian dengan  melepaskan pakaiannya dengan tetap menjaga dan menutup auratnya. Dudukkan dan tekanlah perut mayat dengan tangan kanan sambil diurut-urut 3 atau 5 kali untuk mengeluarkan sisa kotoran yang ada, seperti menggunting kuku tangan dan kaki kalau panjang, mencukur bulu ketiak, kalau tidak lebat dicabut saja, merapikan kumis bila laki-laki, dan membersihkan hidung dan mulut serta menutupnya dengan kapas ketika dimandikan, lalu dibuang setelah selesai.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Poligami: Bacalah Tafsir Ibnu Katsir Apa Maksud Sebenarnya

HUKUM dalam Islam, bukan boleh dibuat main-main. Hukum-hukum itu datangnya dari Allah. Allah yang menentukan hukum itu. Kalau hukum itu mengatakan sesuatu itu “haram”, maka ia tetap haram. Kalau hukum itu mengatakan halal, ia tetap halal. Hukum-hukum ini akan berjalan dan berkuatkuasa sehinggalah dunia ini hancur, ertinya sehinggalah hari “kiamat”. Undang-undang atau pun hukum berkahwin lebih dari satu iaitu “poligami”, adalah undang-undang dan hukum Allah yang sudah tercatat dalam Quran. Ia tidak boleh diubah-ubah atau pun untuk disesuaikan dengan hukum dunia. Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Biljaksana, setiap hukum yang diadakan itu sesuai dengan semua zaman sehinggalah hari kiamat kelak.
Kita sebagai insan tidaklah boleh mengubah-ngubahnya mengikut nafsu kita atau pun fikiran kita sendiri.
Dulu ada kumpulan mengadakan kempen “SATU SUAMI-SATU ISTERI”. Ini merupakan satu langkah yang seolah-olah menolak hukum agama yang membenarkan berpoligami. Allah membenarkan poligami itu dengan syarat-syarat tertentu. Bukannya berkahwin secara membuta tuli sahaja tanpa syarat yang telah ditentukan Allah. Sebagaimana yang telah disebutkan bahawa Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Jadi, apa yang sudah ditentukan oleh Allah itu ada hikmah disebaliknya, iaitu bagi mereka yang mahu merenung lebih jauh mengenai hukum tersebut. Kalau setengah-setengah orang merenungnya dari segi “hawa nafsu” semata-mata, tentulah tidak menepati apa yang sudah ditetapkan oleh Allah dalam Kitab Suci Al-Quran. Kita tidaklah mahu menyentuh aspek-aspek lain tentang poligami ini, tetapi apa yang mahu ditekankan disini ialah tentang hukum Allah itu sendiri yang membolehkan berkahwin lebih dari satu menurut syarat-syarat yang ditentukan. Kalau kita menentang hukum yang telah di tentukan oleh Allah kepada manusia, bererti kita tidak ikut perintah Allah. Orang yang tidak ikut perintah Allah, hukumnya berdosa besar. Sebenarnya, masalah poligami ini sampai bila pun tidak akan selesai. Kaum wanita tetap akan menjadi juaranya dalam usaha menentang poligami ini. Ketika emosinya begitu tinggi, biasanya mereka akan hilang perhitungan dan pertimbangan. Hukum Allah pun, kadang-kadang mereka ketepikan, semata-mata mengikut hawa nafsu yang disertai sama oleh syaitan laknatullah. Sebenarnya, golongan yang memperjuangkan “monogami” ini  mestilah ada ilmu, dan memahami benar-benar isi Al-Quran secara menyeluruh.  Sekarang cuba kita baca sebahagian dari isi ayat Quran itu mengenai hal ini iaitu dalam surah An-Nissa’ ayat 3 yang maksudnya: “Dan Jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka) berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain, dua, tiga atau empat. “Kemudian jika kamu bimbang tidak akan  berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah hamba-hamba) perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan zalim.”
Ayat Quran ini turun bertolak dari kisah ada penjaga anak-anak yatim dimana waris mereka terbunuh dalam peperangan yang banyak meninggalkan harta, lalu penjaga anak-anak yatim ini mencampurkan hartanya dengan harta anak yatim ini. Mereka tidak mahu berkahwin dengan anak yatim ini, tetapi cuma mahukan hartanya sahaja. Jadi, turunlah ayat menerangkan bahawa kalau tidak mahu berkahwin dengan anak yatim itu, maka berkahwinlah dengan perempuan-perempuan lain, dua, tiga ataupun empat...

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Morocco Jambatan Islam Ke Eropah?

Maghribi atau Morocco terletak di paling hujung di benua Afrika itu, bersempadan dengan samudera Atlantik. Sebutan Maghribi berdasarkan pada paradigma Arab, kerana Morocco termasuk daerah Islam Afrika yang beretnik majoriti Arab sebagaimana Mesir, Libya, dan Al-Jazair (Algeria). Orang Turki mengenali Morocco dengan nama Fez, sementara orang Parsi (Iran) mengenalnya dengan nama Marrakech yang bererti Tanah Tuhan. Dua tempat itu adalah dua kota terkenal di Morocco. Dalam dunia Islam Morocco adalah penting kerana menjadi gerbang penyebaran Islam ke Eropah melalui Sepanyol, negara yang tepat berada di atas Morocco. Pendaratan yang dilakukan Thariq Bin Ziyad di negeri Andreas Iniesta itu dalam merupakan peristiwa hebat yang dikenang sejarah. Waktu itu Thariq membakar kapal-kapal pasukannya sendiri setelah mendarat di Sepanyol untuk menundukan pemerintah yang zalim. Itulah cara Thariq membangkitkan semangat juang tenteranya, seraya melafazkan perkataan bahawa tak ada jalan pulang dalam jihad selain memenangi pertempuran. Pasukan tentera Islam terbakar semangatnya hingga menakluki tempat tersebut. Bagi mengenang peristiwa itu, bukit di daratan Sepanyol di mana Thariq mendarat dinamai Jabal Thariq yang dalam loghat Eropah menjadi Gibraltar. Bagi orang Islam di Malaysia, Morocco, setidaknya dikenali melalui dua nama: Kitab Al-Jurumiah dan Ibnu Batutah. Yang pertama tentulah tidak asing bagi dunia sekolah pondok kerana kitab Al-Jurumiah yang berisi kaedah dasar tatabahasa Arab (Ilmu Nahwu) diajarkan turun-temurun sejak dahulu. Kitab tipis yang menjadi hafalan wajib pelajar pondok itu merupakan karangan seorang ulama Morocco bernama Muhammad Shonhaji. Sedang Ibnu Batutah adalah pengembara sekaligus sosiologi Islam kelas satu yang juga berasal dari Morocco. Di era moden sekarang, Morocco, kita kenali melalui tradisi dunia pemikiran Islam melalui Fatima Mernissi di bidang kajian perempuan dan Abed Al-Jabiri di bidang tradisi Islam (turats) dan kemodenan. Hal ini menjadi bukti bahawa Morocco memiliki tradisi ilmiah yang baik. Ini tentu sangatlah positif kerana tradisi ini mendorong kemajuan Islam secara umum. Dari 32.3 juta penduduk Morocco 99 peratusnya adalah Muslim. Satu lagi keistimewaan Morocco yang lain adalah Tarekat Tijaniah yang didirikan Syeikh Ahmad Tijani. Makamnya terletak di kota Fez. Tarikat ini telah menyebar ke dunia termasuk Malaysia-Indonesia. Syeikh Ahmad Tijani, konon, mendapat bimbingan langsung dari Nabi Muhammad s.a.w. Jejak keilmuan di Morocco juga ada pada diri Ibnu Al-Arabi, ahli fiqih terkemuka pada zamannya, yang terkenal dengan kitabnya Ahkam al-Quran. Saat ini kitab Ahkam al-Quran menjadi salah satu rujukan terpenting para mahasiswa pengkaji Ulumul Quran dan Fiqh. Juga ada Imam as-Sholih Abu Zaid bin Abdurrahman bin Ali bin Sholih al-Makudy atau yang dikenal dengan Imam al-Makudy, pengarang kitab al-Makudy, syarah dari Khasiyah Ibnu Hamdun. Beliaulah ulama pertama yang menulis syarah kitab Alfiyah Ibnu Malik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Apa Hukumnya Wanita Pakai Nama Suami?

SEBELUM berkahwin, namanya Irmayanti Ahmad. Irmayanti nama asalnya, Ahmad nama ayahnya. Namun setelah berkahwin dia menanggalkan nama ayahnya dan menggantinya dengan nama Wahyu. Jadilah Irmayanti Wahyu. Sejak itu dia kerap dipanggil ‘Ibu Wahyu’. Persekitarannya pun seolah melupakan namanya sendiri, Irma. Paling-paling yang memanggilnya Irma hanyalah keluarga dan teman-teman sebelum berkahwin. Inilah yang terjadi pada kebanyakan perempuan Indonesia. Dia seolah ‘kehilangan identitinya’ setelah berkahwin kerana melebur bersama identiti suaminya. Budaya patriarki memberikan ruang lebih bagi lelaki dalam segala hal, termasuk pada identitinya. Kaum lelaki boleh tetap memakai nama mereka sendiri bahkan setelah berkahwin mereka memberi nama mereka buat isteri-isteri mereka. Kebanyakan perempuan Indonesia mengalami keadaan ini. Ada yang merasa janggal dipanggil dengan nama suami, ada pula yang justeru berasa bangga pemberian nama suami. Artis Nia Ramadhani yang justeru mengajukan permohonan ganti nama beberapa waktu setelah berkahwin adalah salah satu kesnya. Cukup aneh juga keputusan Nia Ramadhani ini, kerana dalam Islam justeru nama seorang anak dinasabkan dengan nama ayahnya. Misalnya, Fatimah binti Muhammad (Fatimah anaknya Muhammad) atau misalnya kalau di Indonesia yang tidak terbiasa dengan pemakaian binti atau ibnu - Amelia Naim (puteri Sosiolog Profesor Muchtar Naim), Agus Yudhoyono (putera Presiden Susilo Bambang Yudhoyono). “Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” (Qs. Al-Ahzab: 5)
Merujuk pada ayat ini, fatwa al-Lajnah ad-Da’imah lil Buhutsil Ilmiyyah wal ifta’ juz 20 halaman 379 melarang penisbatan nama seseorang selain nama ayahnya. Termasuk di dalamnya nama seorang perempuan yang menisbatkan pada nama suaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang mengaku sebagai anak kepada selain bapanya atau menasabkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat Allah, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari kiamat nanti, Allah tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib mahupun yang sunah.” Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim, Ahmad dan Termizi. Riwayat lainnya, “Barangsiapa bernasab kepada selain ayahnya dan ia mengetahui bahawa ia bukan ayahnya, maka syurga haram baginya.” Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah. Ibnu Hibban, Darimi Ahmad, Sa’ad bin Abi Waqqosh dan Abu Bakroh r.a. Dari hadis-hadis ini, maka Mufti Muhammad Ali Farkus melarang penyebutan Aisha binti Ridwan (Aisha anaknya Ridwan) atau Aisha Ridwan, sedangkan ia bukan anaknya. Misalnya Aisha adalah isteri Ridwan, maka penyebutan yang tepat adalah Aisha zaujatu Ridwan (Aisha isterinya Ridwan). Namun Mufti Muhammad Ali Farkus memberikan kelonggaran jika dalam suatu adat tidak berlaku pemakaian idhofah-idhofah (seperti: anak (binti/ibnu, isteri (zaujah), suami (zauji) dan sebagainya dalam penggunaan nama, misalnya Aisha Ridwan maka masyarakat tahu betul Ridwan adalah nama ayahnya, maka pemakian idhofah ‘bintu’ pada Aisha bintu Ridwan dapat dipertimbangkan dalam syariat untuk tidak digunakan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Jejak Islam Di Kota "Tiongkok Kecil"

Tapi, jika anda kebetulan menempuh perjalanan dari Semarang ke Surabaya melewati jalur darat pantai utara, tidak ada salahnya singgah sebentar di kota ini. Apalagi, letak kota ini di jalan utama Semarang-Surabaya (yang pada zaman Belanda dulu disebut grotepostweg atau jalan raya pos) sehingga boleh jadi tempat istirahat sejenak di tengah perjalanan. Kenapa kota ini perlu disinggahi? Apa kelebihan dan keunikan kota ini? Kota ini menyimpan sejarah lama yang layak dikunjungi. Dahulu, kota ini dikenal sebagai kota pelabuhan. Selain itu, Lasem pernah jadi kerajaan. Alasan lain, kota ini menyimpan sejarah tentang kebudayaan China. Itu boleh dilihat dari bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang jalan utama kota ini yang terbilang unik kerana senibina arkitektur khas China dan beberapa nuansa Eropah klasik. Kebudayaan China di Lasem masih kuat kerana memiliki sejarah yang panjang dan unik. Tak salah, jika kota ini oleh peneliti dari Eropah di zaman Belanda dijuluki “The Little Beijing Old Town” dan oleh peneliti dari Perancis dijuluki “Petit Chinois” (China kecil atau Tiongkok kecil). Julukan unik tersebut memang bukan tanpa alasan.  Tapi, dalam kesempatan ini penulis tidak akan menjelaskan perihal kebudayaan dan tradisi China di Lasem yang masih mengakar. Melainkan menambahi catatan kenapa kota ini layak dikunjungi; kota ini memiliki jejak penyebaran dan perkembangan Islam yang menarik.

Sejarah Kota Tua Lasem
Sebelum Islam masuk di kota Lasem, dahulu - pada masa kerajaan Majapahit - kota ini sudah dikenal sebagai sebuah kerajaan. Bahkan, dikatakan pada abad ke-7, Lasem sudah memiliki pelabuhan. Tetapi, pada abad  ke-7 sampai awal masa kerajaan Majapahit itu tidak ada catatan yang boleh dijadikan rujukan. Lasem baru dikenal sebagai kerajaan pada tahun 1351 – pada masa kerajaan Majapahit. Hal itu didasarkan pada isi Piagam Singosari (pada 1351). Pada masa itu, Lasem diperintah Ratu Duhitendu Dewi (bergelar Bre Lasem). Bre Lasem ini masih punya hubungan kekerabatan dengan Majapahit, bahkan Bre Lasem adik perempuan dari Prabu Hayam Wuruk. Saat itu, kota Lasem sudah dikenal luas kerana memiliki pelabuhan. Dengan keberadaan pelabuhan inilah yang mengantarkan orang-orang China datang ke Lasem. Dikatakan laksamana Cheng Ho disebut-sebut pernah mendarat di Lasem pada 1334 M. Bi Nang Un, seorang nakhoda dari rombongan Cheng Ho – dan berasal dari tanah Campa (kemboja) - rupanya tertarik dengan keindahan Bonang -Binangun di kota Lasem tersebut. Dia pun mengutarakan keinginannnya untuk tinggal di Lasem, dan disetujui Adipati Wijaya Badra. Setahun kemudian, pada 1335, dia membawa keluarganya menetap di Lasem. Adipati Wijaya Badra memberi dia tanah di Kemandung. Itu mulanya etnik China datang ke kota Lasem. Setelah itu, disusul etnik China yang lain.

Sejarah Islam di Lasem
Setelah kerajaan Lasem runtuh, berdiri Kadipaten Binangun Lasem (di dekat pelabuhan Teluk Regol [1469]). Kadipaten Binangun didirikan oleh pangeran Wira Braja - putera Pangeran Badra Nala - cicit Rajasa Wardhana dan Duhitendu Dewi. Pada masa kadipaten Binangun ini, Islam mulai tumbuh. Sejarah masuknya Islam di Lasem itu tak lain kerana peranan Bi Nang Un, serta pedagang-pedagang Arab dan Parsi. Sebab, Bi Nang Un meskipun China kerap disebutkan beragama Islam (beraliran/Mazhab Hanafi). Tetapi kemajuan pesat Islam boleh mengakar kuat di Lasem tidak lain kerana telah masuk ke istana Kadipaten Binangun. Bahkan putera mahkota Kadipaten Binangun, Pangeran Wiranegara, sempat belajar agama kepada Sunan Ampel. Ketika pangeran Wiranegara naik takhta menggantikan ayahnya, Islam menjadi agama rasmi di istana Kadipaten Binangun. Di bawah kekuasaan Wiranegara itulah, pusat pendidikan Islam dan masjid  didirikan. Tidak itu saja, Pangeran Wiranegara meminta Raden Maulana Makdum Ibrahim (yang dikenal Sunan Bonang) dari Tuban hijrah ke Lasem untuk dakwah. Selain itu, juga mengangkat Sunan Bonang sebagai “wali negara”. Pangeran Wiranegara menduduki takhta Kadipaten Binangun lebih kurang 5 tahun. Dia meninggal 1474. Jawatan Adipati kemudian diteruskan oleh isterinya, yakni Nyi Ageng Maloka. Setahun kemudian, Nyi Ageng Maloka memindahkan istana (Kadipaten Binangun yang awalnya di Bonang-Binangun) ke Colegawan. Adapun istana Kadipaten Binangun diserahkan kepada Sunan Bonang, yang tidak lain adalah adiknya untuk keperluan syiar dan dakwah agama Islam. Sunan Bonang tidak lain adalah putera dari Sunan Ampel dan Nyai Ageng Manila. Konon, Raden Maulana Makdum Ibrahim disebut Sunan Bonang kerana menjalankan syiar Islam dan dakwah di desa Bonang, Lasem, kabupaten Rembang. Tetapi, pendapat lain mengatakan bahawa sebutan Sunan Bonang itu tidak lain dari Bong Ang sesuai nama marga Bong – sebagaimana nama sang ayah, Bong Swi Hoo, alias Sunan Ampel.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Allah Sucikan Hati Para Ahli Sufi

KITA hidup pada masa ketika sains dan teknologi telah membawa umat manusia tidak hanya maju dalam bidang material, tetapi juga kepada sinisme yang tajam atas agama dan aspek-aspek spiritual dari kehidupan.
Pada sisi lain, kejayaan metode sains telah menetapkan batasan-batasan yang dipertimbangkan untuk menjadi bidang studi yang berguna dan praktis. Kita telah diajarkan untuk percaya bahawa hanya yang bersifat materi, fizik dan lahiriah saja yang boleh diterima, dan hanya fikiran rasional yang dapat menganalisa dan layak disebut sebagai kebenaran. Namun pada sisi lainnya, kita sangat mudah menjadi dikecewakan oleh berbagai agama yang masing-masing mendakwa bahawa mereka telah mengakses kebenaran dan kebaikan yang absolut, sementara dakwaan-dakwaan ini jarang diaktualisasikan lewat pengalaman dan akhlak yang luhur. Orang-orang Sufi mengakui bahawa Tuhan itu Satu, Sendiri, Tunggal, Kekal, Abadi, Berpengetahuan, Berkuasa, Hidup, Mendengar, Melihat, Kuat, Kuasa, Agung, Besar, Dermawan, Pengampun, Bangga, Dahsyat, Tak Berkesudahan, Pertama, Tuhan, Rabb, Penguasa, Pemilik, Pengasih, Penyayang, Berkehendak, Berfirman, Mencipta, Menjaga. Bahawa Dia diberi sifat dengan segala gelar, yang dengan itu Dia telah memberi sifat pada diriNya sendiri; dan Dia diberi nama yang dengan itu pula Dia telah memberi nama pada diriNya sendiri; bahawa kerana sifatNya yang kekal maka demikian pula nama-nama dan sifat-sifatNya sama sekali tak sama dengan makhluk-makhlukNya. EsensiNya tidak sama dengan esensi-esensi lain, tak pula sifatNya sama dengan sifat-sifat lain; tak satu pun dari istilah-istilah yang diterapkan pada makhluk-makhluk ciptaanNya dan yang mengacu pada penciptaan mereka dari waktu ke waktu, membawa pengaruh atasNya; bahawa Dia tak henti-hentinya menjadi Pemimpin, Terkemuka di hadapan segala yang dilahirkan dari waktu ke waktu, Ada sebelum segala yang ada; dan bahawa tiada sesuatu pun yang kekal kecuali Dia, dan tiada Tuhan di samping Dia; bahawa Dia bukan badan, potongan, bentuk, tubuh, unsur atau aksiden; bahawa dengan Dia tidak ada penyimpangan mahupun pemisahan, tidak ada gerakan mahupun kediaman, tidak ada tambahan mahupun pengurangan; bahawa Dia bukan merupakan bahagian, atau partikel, atau anggota, atau kaki-tangan, atau aspek, atau tempat: bahawa Dia tidak terpengaruh oleh kesalahan, atau mengantuk, atau berubah-ubah dikeranakan waktu, atau disifatkan oleh kiasan bahawa Dia tidak terpengaruh oleh ruang dan waktu; bahawa dia tidak dapat dikatakan sebagai yang dapat disentuh, atau dikucilkan, atau mendiami tempat-tempat; bahawa Dia tidak dibatasi oleh pemikiran, atau ditutupi selubung, atau dilihat mata. Salah seorang tokoh besar Sufi mengatakan dalam wacananya: “Sebelum tidak mendahuluiNya, setelah tidak menyelaNya, daripada tidak bersaing dengan Dia dalam hal keterdahuluan; dari tidak sesuai dengan Dia, ke tidak menyatu dengan Dia, di tidak mendiami Dia, kala tidak menghentikan Dia, jika tidak berunding dengan Dia, atas tidak membayangi Dia, di bawah tidak menyangga Dia, sebaliknya tidak menghadapinya, dengan tidak menekan Dia, di balik tidak mengikat Dia, di depan tidak membatasi Dia, terdahulu tidak memameri Dia, di belakang tidak membuat Dia luruh, semua tidak menyatukan Dia, ada tidak memunculkan Dia, tidak ada tidak membuat Dia lenyap. Penyembunyian tidak menyelubungi Dia, pra-eksistensi-Nya mendahului waktu, adanya Dia mendahului yang belum ada, kekekalanNya mendahului adanya batas. Jika engkau berkata kala, maka eksistensiNya telah melampaui waktu; jika engkau berkata sebelum, maka sebelum itu sesudah Dia, jika engkau berkata Dia, maka D, i dan a adalah ciptaanNya; jika engkau berkata bagaimana, maka esensiNya terselubung dari pemberian; jika engkau berkata di mana, maka adanya Dia mendahului ruang; jika engkau berkata tentang ke-Dia-an, maka ke-DiaanNya terpisah dari segala sesuatu. Selain Dia, tidak ada yang boleh diberi sifat dengan dua sifat (yang berlawanan) sekaligus, dan denganNya kedua sifat itu tidak menciptakan keberlawanan. Dia tersembunyi dalam penjelmaanNya menjelma dalam persembunyianNya. Dia ada di luar dan di dalam, dekat dan jauh; dan dalam hal itu Dia tidak sama dengan makhluk-makhluk. Dia bertindak tanpa menyentuh, memerintah tanpa bertemu, memberi petunjuk tanpa menunjuk. Kehendak tidak bertentangan denganNya, fikiran tidak menyatu denganNya; esensiNya tanpa kualiti (takyif), tindakanNya tanpa upaya (taklif).
Mereka mengakui bahawa Dia tidak boleh dilihat oleh mata, atau dibantah oleh fikiran; bahawa sifat-sifatNya tidak berubah dan nama-namaNya tidak berganti; bahawa Dia tidak pernah lenyap dan tidak akan pernah lenyap; Dia yang Pertama dan Terakhir, Zahir dan Batin; bahawa Dia mengenal segala sesuatu, bahawa tidak ada yang seperti Dia dan bahawa Dia Melihat dan Mendengar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Rasulullah Berdialog Dengan Jibril

Ada seorang sahabat Nabi s.a.w. telah menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang datang menemui Nabi s.a.w. yang berpakaian serba putih. Lelaki itu tampan. Dia berwajah putih bersih, rambutnya cukup hitam dan cukup cantik dan kelihatan paling baik. Lelaki itu datang menghampiri Nabi s.a.w. dengan mengemukakan pelbagai pertanyaan. Sahabat Nabi itu bernama Jabbir Abdullah. Katanya: “Lelaki itu menghampiri Nabi lalu berkata dengan satu pertanyaan iaitu apakah erti dunia ini?” Rasulullah menjawab: “Dunia ini impian orang yang tidur.” Orang itu bertanya lagi: “Apakah ertinya akhirat itu?.” Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa‘ir.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah Syurga itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga  Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah Jahanam itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jahanam itu sebagai ganti dunia bagi mereka yang mencarinya.” Bertanya lagi lelaki itu: “Siapakah sebaik-baik umat ini?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah s.w.t.”
Bertanya lagi: “Bagaimanakah yang dikatakan orang taat itu?”. Rasulullah s.a.w.: “Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kaĆ»lah.” Bertanya lagi: “Seberapakah ketentuan taat itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah.” Bertanya orang itu lagi: “Berapa jarak jauhnya dunia dengan akhirat itu?” Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Hanya sekadar memejamkan mata sahaja.” Jabir melanjutkan ceritanya: “Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu”. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s. Dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat.” Bersabda Rasulullah s.a.w. Iagi: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

Thursday, November 7, 2013

Hidayah November 2013


Hidayah keluaran November 2013 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai 
buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t.
Menyongsong bulan November ini merupakan bulan yang mendebarkan bagi kalangan ibu bapa dan pelajar-pelajar yang menunggu keputusan UPSR disamping Peperiksaan SRA. Tahun menduduki tingkatan 1 dianggap peralihan yang penting bagi anak-anak kita. Yang bernasib baik dapatlah melangkah ke sekolah berasrama penuh sementara yang lainnya meneruskan ke sekolah menengah biasa. Bagaimanapun, baik bersekolah asrama atau tidak ianya bukan jaminan kejayaan. Kita sepatutnya bersyukur dalam sistem pendidikan negara kita yang tercinta ini menjamin tidak ada anak-anak yang tercicir ke sekolah menengah. Tempoh lima tahun mendatang itulah yang penting bagi menentukan para pelajar ini bergelut menimba ilmu dan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi lagi. Sebagai ibu bapa, seharusnya menjadi tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak kita. Namun jangan dilupakan, bahawa disamping bergelut dengan akademik ini hendaknya jangan diabaikan pengajian agama dan pembentukan peribadi/akhlak yang akan menjamin kebahagiaan hidup anak-anak kita di dunia dan akhirat. November yang menyongsong tiba ini juga bererti kita akan menyambut Awal Muharram 1435. Tahun baru Islam ini kadang-kadang bagai sengaja terlupa kerana kurangnya keghairahan meraikan kedatangannya berbanding menyambut tahun baru Masihi. Sedangkan sambutan Awal Muharram ini adalah terpenting dalam sejarah Islam sebagai titik tolak kecemerlangan syiar Islam di muka bumi Allah ini. Namun ketika menyambut kedatangan tahun baru ini janganlah hanya berazam setahun sekali saja. Setiap masa dan peralihan hari ini hendaklah kita semaikan tekad dan azam menjadi ‘Hamba Allah’ yang bertakwa. Hayatilah tiga ayat dalam surah Al ‘Ashr yang bermaksud: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.” Dalam melangkah masa-masa ini, Hidayah turut bersyukur kerana diberi Allah peluang untuk menemui anda dalam usia memasuki belasan tahun ini. Dengan rendah hati dan sederhananya kami ini, tidak salah menyusun kata-kata: “Tanpa anda apalah ertinya kami di sini”. Terima kasih kepada pembaca budiman. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang, InsyaAllah.
Wassalam! 

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Benarkah Buat 7 Kali Umrah Dapat Pahala Haji?

DALAM masa kita mengerjakan ibadah haji, hendaklah kita elakkan diri dari melakukan perkara khurafat, anggapan-anggapan yang negatif hendaklah kita elakkan. Kita jangan suka main “ikut-ikut” orang lain. Maksudnya, apa orang buat, kita ikut buat, sedangkan apa yang dilakukan oleh orang itu tidak betul melanggar hukum agama. Apa yang hendak kita kerjakan terutama dalam ibadah haji ini mestilah berdasarkan ilmu, dan ilmu agama. Jangan main ikut-ikut tak tentu pasal. Ada anggapan salah bahawa dengan melakukan “tujuh kali Umrah” akan mendapat “Satu Haji.” Anggapan ini, menurut apa yang disebut oleh para ulama dulu (salaf) adalah tidak betul. Pahala haji akan kita perolehi setelah kita melakukan ibadah haji dengan menyelesaikan “ilmu rukunnya”, dan “lima rukun wajib hajinya.” Setelah melakukan semuanya itu dengan sempurna “rukun” dan “wajib hajinya” barulah cukup syarat melakukan ibadah haji. Soal dapat pahala, soal diterima atau tidak, itu bukan soal kita. Itu terpulang kepada Allah s.w.t. menilainya.
Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui ibadah, atau pun amalan seseorang itu. Itulah sebabnya, kita melihat ada jemaah haji kita apabila tiba di Makkah berebut-rebut membuat “umrah” sebelum waktu wukuf tiba.
Sedangkan, kita memerlukan tenaga yang banyak lagi kerana rukun haji belum buat, dan wajib haji iaitu melontar dan sebagainya belum dilakukan. Dan ini memerlukan tenaga, sedangkan kita “dah pulun” buat Umrah tujuh kali. Kemudian kita beritahu pula orang, “Aku dah buat tujuh kali, 10 kali, 20 kali umrah.” Timbullah rasa riak. Bila tenaga sudah dihabiskan dengan melakukan Umrah sepanjang masa itu kita berada di Makkah, tiba waktu wukuf dan masa mengerjakan haji kita sudah kehabisan tenaga. Kita jadi letih, demam dan macam-macam lagi. Ini semuanya hendaklah dielakkan. Jangan main ikut-ikut orang. Jangan dengar cakap-cakap orang yang tidak ada sumber hukumnya. Dengar cakap-cakap orang tidak ada ilmu agama dan pengetahuan agama lagi mengarut. Banyak hal khurafat yang sering dilakukan oleh jemaah haji kita. Jemaah haji negara lain pun ada buat sama. Kadang-kadang masuk ke Masjidil Haram menerusi Babulsalam, mereka menyentuh pintunya lalu menyapu kemukanya. Ini semua kerja khurafat. Satu lagi perkara yang sering berlaku ialah mengusap tiang masjid. Konon dengan mengusap itu dan sapu ke muka, wajah akan jadi cantik. Dan “peluk tiang jin” akan panjang umur. Dari sumber manakah yang mereka dapat sukar untuk dipastikan. Yang peliknya mereka sanggup mengerjakan hal-hal yang serupa itu, mengarut...
Allah s.w.t. sudah tentukan umur seseorang. Dari dalam rahim ibu lagi Allah sudah perintahkan Malaikat yang tugasnya untuk menulis masa depan manusia itu sendiri. Adalah satu perkara yang mengarut dengan memeluk “tiang jin” itu akan  panjang umur. Kita jangan terpedaya dengan cakap-cakap orang. Kadang-kadang ada orang baru pulang dari haji bawa cerita-cerita yang bukan-bukan. Yang mendengarnya, apa lagi yang belum pernah ke Makkah akan percaya dengan cerita itu, dan perbualan yang tidak berdasarkan kepada ilmu agama. Sebaik-baik bertanya kepada mereka yang diberi otoriti dalam bidang agama. Kita tahu dia seorang yang ada ilmu agama, dan tanyalah mereka. Mengenai “tiang jin”, dari mana mereka dapat cerita ini? Kenapa pula dinamakan tiang jin. Apakah jin ada tiang dalam masjid?

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Kubur Lelaki Sombong Terbongkar

PANGGIL saja namanya ‘Haji Cecep’. Dia lelaki setengah baya. Usianya masih sekitar 40-an. Dia seorang pengusaha yang cukup kaya. Usahanya adalah penyewaan kenderaan bermotor, baik itu angkutan umum, kenderaan untuk keluarga bahkan motosikal. Kenderaan yang dia miliki berjumlah puluhan. Pendek kata ia adalah laki-laki yang berjaya. “Dia merintis usahanya di Bandung. Sedikit demi sedikit sampai menjadi besar dan berjaya. Kisah kejayaannya itu tersiar sampai kampung kami di Tasikmalaya. Rumahnya besar dan kenderaannya seperti kereta dan motosikalnya banyak,” ujar Romli (bukan nama sebenarnya) pemberi sumber kepada Hidayah yang masih ada hubungan keluarga dengan Haji Cecep. Haji Cecep ternyata memulai usahanya dari perniagaan pinjaman kewangan. Dia meminjamkan wang kepada yang memerlukan dengan menggunakan “bunga” atau dalam istilah Sundanya “Boroh”. Dari usaha inilah pertambahan wangnya cepat meningkat dan boleh membeli kendaraan yang kemudian dia sewakan. Perlahan-lahan usahanya semakin maju hingga memiliki sekitar 26 biji kereta. Sehari-hari, Haji Cecep sibuk mengurus bisnesnya itu. Dengan jumlah kereta dan motorsikal yang banyak, waktunya banyak tersita. Dari kesibukannya itu pula dia menangguk untung yang besar. Gelar “Haji” yang melekat pada namanya kerana dia memang telah menunaikan ibadah haji. Tak hanya itu dia juga terdengar sering melaksanakan ibadah umrah. Biaya haji-umrah buatnya memang tak ada masalahpun. Bila-bila dia mahu, dia boleh terbang ke tanah suci.
Tapi dalam keadaan berkelimpahan itu, ada yang berubah dalam diri Haji Cecep. Dia mulai sombong. Tak mudah untuk menemuinya. Dia juga kerap acuh tak acuh dengan tetangga atau ahli keluarganya. Romli bercerita, pernah dia bertandang ke rumah Haji Cecep dan dia terkejut kerana rumah Haji Cecep dijaga oleh ‘pengawal keselamatan’ swasta yang dibayarnya secara khas. “Mahu bertemu siapa?” tanya pengawal keselamatan berpakaian seragam itu atau istilah popularnya sebagai “jaga”. “Mahu bertemu Haji Cecep. Saya ahli keluarganya,” ujar Romli yang datang bersama bapa saudaranya. Romli dan pakciknya lalu disuruh menunggu kerana Haji Cecep sedang keluar. Tapi, menurut pengawal itu, dia tak lama perginya. Setelah menunggu beberapa ketika, Haji Cecep datang. Romli dan pakciknya lalu dipersilakan masuk dan menunggu di ruang tamu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Empat Kali Hadapi Seksa Sakaratul Maut

CERITA berikut ini adalah kisah nyata yang saya dapatkan dari seorang kawan  yang bekerja di sebuah hospital di Jawa Timur. Nama kawan saya itu: Abdul Gofur. Di rumah sakit tersebut, Ghofur bekerja sebagai pembimbing rohani (ustaz). Tugasnya memberikan bimbingan agama Islam kepada para pesakit. Salah satu tugasnya adalah menemani dan membimbing orang-orang yang sedang menghadapi sakaratul maut. Menurutnya, cerita ini merupakan  pengalaman unik satu-satunya yang pernah dia temui selama dua tahun bertugas membimbing orang-orang sakit dan orang-orang yang sedang mengalami sakaratul maut. Untuk menjaga muru’ah keluarga dan masyarakat, Ghofur meminta kepada penulis untuk mengganti nama pesakit dan merahsiakan nama daerah kejadian. Pada suatu pagi di tahun 1999, seperti biasa, Ghofur pergi ke hospital tempatnya bekerja. Rupanya, hari itu datang pesakit baru yang bernama Romi. Pesakit tersebut menderita penyakit leukimia yang sudah parah. Menurut keluarganya, sebelum dibawa ke hospital, Romi sudah hampir satu bulan dirawat di rumahnya. Kerana keadaan semakin hari sakitnya kian parah, para tetangga memberikan saranan kepada keluarga Romi agar segera membawa Romi ke hospital. Sampai di hospital, Romi langsung dirawat di ruang ICU. Tubuhnya yang besar tampak pucat dan lemah, tetapi sorot matanya seolah tidak mahu diam. Di hidung terpasang saluran oksigen, sementara di tangannya terpasang saluran infus. Seperti para pesakit lainnya, beberapa jam setelah masuk hospital dan mendapat perawatan secukupnya dari para doktor. Romi mendapat bimbingan agama Islam dari hospital itu. Kebetulan, Ghofurlah yang mendapat tugas membimbing lelaki yang bertubuh besar itu. Ketika pertama kali Ghofur mendatangi Romi, dia sudah menunjukkan sikap yang kurang mesra, tidak seperti pesakit lain yang biasanya selalu me rasa senang didatangi petugas hospital. Ghofur sempat sedikit takut melihat wajah pesakit yang tidak sedikit pun memberikan senyum kepadanya. Apalagi ketika Ghofur melihat sekujur tubuh lelaki itu dipenuhi dengan berbagai gambar tatu. Sisa-sisa bekas otot yang keras dan besar pun masih sedikit tampak pada tubuh itu, seolah memberi isyarat siapa sosok lelaki itu sebenarnya. Meskipun sedikit takut, Ghofur tetap menunaikan tugas mulianya. Dia tahu orang yang sedang sakit akan mudah tersentuh dengan persoalan-persoalan agama. Pengalamannya dalam menangani pesakit selama ini telah menunjukkan bahawa semua pesakit biasanya akan senang jika diberikan bimbingan keagamaan, sehingga si pesakit merasa tenang meskipun dalam keadaan sakit. Perasaaan senang itulah yang pada akhirnya banyak membantu pesakit dalam proses penyembuhan penyakitnya. Setelah mengucapkan salam dan memperkenalkan diri, Ghofur pun mulai memberikan bimbingan agama kepada Romi. “Sebagai sesama muslim, saya hanya mengingatkan, banyak-banyaklah berdoa. Sebab semua penyakit itu datangnya dari Allah, sehingga hanya Allah yang mampu mencabutnya kembali. “Jangan lupa pula beristighfar. Kita sebagai manusia tentu tidak pernah luput dari segala dosa dan kesalahan. Mudah-mudahan saja, dengan istighfar Allah mahu mengampuni dosa-dosa yang pernah kita perbuat,” ucap Ghofur mencuba memulai memberikan bimbingan keagamaannya. “Sudahlah ustaz? Kamu itu memangnya siapa? Saudara saya bukan, tetangga pun bukan, berani benar menasihati saya,” ujar Romi kesal. Ghofur terkejut mendapat sambutan yang tidak bersahabat dari pesakit baru itu. Dia tidak menyangka seorang pesakit yang terkulai lemah tanpa daya masih menunjukkan kesombongannya di hadapan orang lain, terlebih di hadapannya orang yang berniat membantu memberikan bimbingan keagamaan kepadanya. “Saya hanya hamba Allah yang kebetulan ditugaskan memberikan bimbingan keagamaan kepada setiap pesakit yang beragama Islam di sini. Saya hanya menginginkan sikap setiap pesakit merasa tenteram dan nyaman hatinya meskipun sedang sakit,” jawab Ghofur merendah diri. “Mana ada orang sakit yang tenteram dan nyaman, kalau orang macam kamu begitu bersungguh-sungguh nak beri nasihat seperti itu. Kalau kamu mahu khutbah, khutbahlah di masjid. Jangan bawa-bawa khutbah di sini!” ujar Romi dengan marahnya. Ghofur pun tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia hanya dapat bersabar sambil tidak henti-hentinya mengucap istighfar dalam hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Fahami Hukum Mencium Hajar Aswad

RAMAI orang yang ingin sekali dapat memegang dan mencium Hajar Aswad saat beribadah haji khususnya atau umrah. Kadang-kadang untuk mewujudkannya harus berdesak-desakan dan saling rebut merebut dan berasak-asakkan. Persoalannya: Apa keistimewaan Hajar Aswad sehingga semua orang demikian ghairah ingin menciumnya? Seharusnya kita hendaklah memahami dan mendalami apakah mencium atau mengucup Hajar Aswad itu dari sudut hukumnya. Hajar Aswad itu adalah sebahagian dari Kaabah, terletak di satu sudut Kaabah. Rasulullah s.a.w. mencontohkan sendiri, yakni tatkala memulai tawafnya dengan mencium Hajar Aswad. Ada satu riwayat bahawa Khalifah Umar bin Khattab waktu mencium Hajar Aswad, ia melontarkan kata-kata seperti berbicara kepada batu tersebut:”Saya tahu kamu itu hanyalah sekadar batu. Seandainya saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. mencium kamu, aku juga tidak akan mencium kamu.”
Ertinya ini adalah satu penegasan yang bagus sekali bahawa kita tidak boleh mencium Hajar Aswad dengan macam-macam khayalan seakan-akan haji kita tidak sah jika tidak mencium Hajar Aswad. Sebab mencium Hajar Aswad tidak termasuk rukun haji, juga tidak termasuk rukun tawaf. Kalau ada kesulitan kerana berdesak-desakan, kita dibolehkan mencium dari jarak jauh, dengan cara melambaikan tangan lalu tangan itu kita cium. Jadi cara mencium, tidak harus langsung. Kalau memang berpeluang, ertinya ada ruang bagi kita mencium Hajar Aswad langsung itu yang paling baik. Tapi jika tidak boleh langsung kerana kesulitan mendekati Hajar Aswad, pilihan yang dikatakan Rasulullah s.a.w. adalah dengan mencium dari jarak jauh seperti di atas (istilam namanya). Mencium Hajar Aswad itu semata-mata mengikuti cara Nabi dalam rangka menyempurnakan manasik haji. Kerana ada penegasan Nabi s.a.w., “Lakukanlah solat sesuai dengan apa yang aku lakukan.” “Lakukanlah segala macam manasik haji sesuai dengan apa yang aku lakukan.” Jadi semata-mata ittiba’ (mengikuti cara Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah). Sekali lagi, mencium Hajar Aswad bukan rukun juga bukan wajib, hanya merupakan kesempurnaan kerana mengikuti sepenuhnya cara Rasulullah s.a.w. melaksanakan ibadah haji.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...

Kisah Haji 'Bakhil' Di Tanah Suci

IMPIAN semua jemaah haji ketika pergi ke Tanah Suci adalah tidak mendapatkan halangan apapun, hingga mereka dapat mengerjakan segala fardu hajinya dengan mudah dan lancar. Hanya saja, ada saja (bahkan banyak), jemaah haji yang mengalami kesulitan selama di sana hingga dia pun boleh dianggap gagal dalam melaksanakan rukun-rukun hajinya. Kisah berikut ini memberikan sebuah gambaran kepada kita betapa perilaku seorang jemaah haji saat di rumah (sebelum haji) memberikan kesan signifikan terhadapnya saat menunaikan ibadah haji. Sebutkan saja namanya Parman (nama samaran). Sebagai lelaki, ia terbilang boleh dikatakan berjaya dalam hidupnya. Buktinya, ia kemudian dapat menunaikan haji. Hanya saja, dia terbilang lelaki yang sangat kedekut. Dia paling berat mengeluarkan hartanya di jalan Allah. Bahkan, suatu kali ada seorang pengemis yang minta-minta di depan rumahnya. Seketika saja, dia langsung menghalaunya kerana dianggap menganggunya. Baginya, tidak akan ada pengemis jika ‘pengemis’ itu mahu bekerja keras. Dia sendiri boleh berjaya seperti sekarang kerana kerja keras. Betul. Tetapi, tidak harus begitu juga dalam melayani pengemis. Kalau kita tidak suka dengan kehadirannya, berikan dia nasihat untuk tidak menjadi pengemis. Dengan begitu, ia akan tergugah dan kemudian mencari pekerjaan yang boleh dilakukannya. Bukan dengan jalan menghalaunya atau mengasarinya. Sebab, sikap kasar bukanlah jalan terbaik untuk dapat menyelesaikan persoalan. Meski hal itu merupakan perbuatan jelek, Parman sama sekali tidak merasa bersalah. Dan itu (mengusir pengemis) seringkali dia lakukan setiap kali pengemis datang ke rumahnya untuk meminta-minta.

Hilang dari Rombongan
Suatu kali Parman dapat peluang menunaikan haji. Entahlah, dapat angin apa dia tergerak hatinya untuk pergi ke Tanah Suci. Padahal, orang ‘bakhil’ sepertinya biasanya susah juga untuk boleh tergerak hati pergi haji. Ertinya, ada rasa sayang dalam hatinya untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah dengan cara pergi haji itu. Tapi, untuk Parrman lain. Dia memang terkenal sangat bakhil, tapi dalam ‘kedekutnya’ itu dia juga ingin dapat pergi haji. Pendek kata, Firman pun sudah ada di Tanah Suci. Seperti orang kebanyakan, dia pun takjub dengan pemandangan yang ada di Tanah Suci, baik tentang Kaabahnya yang agung, Masjidil Haram yang hebat dan bangunan-bangunan lainnya yang sangat moden. Dengan kata lain, Parman dibuat terpana dan terpesona dengan keadaan di Tanah Suci. Tetapi, keterpanaan Parman selama di Tanah Suci, rupanya, tak diikuti dengan kesyahduan dia dalam menjalankan segala ritual ibadah haji. Pasalnya apa? Sebab, belum saja dia menyempurnakan segala amalan ibadah hajinya, dia telah terpisah dari rombongan hajinya. Saat itu, lima hari sebelum kepulangan ke Tanah Air, tiba-tiba saja Parman menghilang dan susah ditemukan. Dicari kemanapun dia tak ditemui. Kejadian itu terus berlangsung hingga tiga hari. Hilangnya Parman ini membuat ketua rombongan sangat panik. Betapa tidak? Dia yang bertanggung jawab atas semua yang terjadi dengan anggota jemaah haji yang dipimpinnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2013 di pasaran...