Monday, December 9, 2013

Seorang Penyamun Berakhir Dengan Darjat Tinggi

KISAH ini dinukil dari kitab-kitab agama. Ia mempunyai cerita yang menarik yang patut dijadikan teladan. Kisahnya ialah seorang pemuda yang cantik dalam sebuah kampung, Namanya Ibnu Hassan. Sebenarnya disebalik ketampanannya itu tersembunyi satu sikap dan akhlak yang buruk. Dalam kampung itu dia dianggap sebagai orang paling jahat. Apa tidak, kerana kerjanya merompak, mencuri, menyamun dan mengacau gadis-gadis dalam kampung itu. Bila sebut namanya semua orang sama ada lelaki dan wanita benci mendengarnya, dan memandangnya pun orang tak suka dan tak mahu. Dengan takdir, pada suatu hari dia terfikir sampai bila aku nak jadi orang jahat dan orang macam ini? “Aku ingin bertaubat. Aku ingin jadi orang baik dan dipandang mulia oleh masyarakat dan orang ramai.” Lelaki ini mahu berkahwin dengan seorang wanita dalam usahanya untuk mengakhiri kisah hidupnya yang penuh dengan noda itu. Dia ke sana ke mari untuk meminang, tetapi  tidak sesiapa pun yang mahu menerimanya menjadi menantu. Sementara itu, tidak ada sebarang wanita dalam kampung itu yang mahu menerimanya sebagai suami, bahkan para pelacur pun tidak mahukan dia dan jijik melihat wajahnya. Akhirnya dia pergi ke sebuah rumah dimana di rumah itu memang keluarga itu ramai anak perempuan. Yang lainnya semua sudah kahwin, cuma ada seorang saja yang belum kahwin lagi. Ibnu Hassan pergi meminang. “Ada seorang anak perempuan saya hingga sekarang tak ada orang meminang. Engkau mahu tak?” tanya bapa perempuan itu. Dengan wajah berseri, Ibnu Hasan mengangguk dan langsung membayar tunai harga mas kahwin gadis itu. Lantas ia dihantar ke biliknya.
Apabila masuk, alangkah terperanjat pemuda itu. Calon isterinya adalah seorang gadis yang hitam kulitnya. Hidungnya pula pesek dan badannya pendek. Tapi kerana ia sangat memerlukan isteri, diambilnya juga gadis itu. mereka hidup cukup bahagia selaku suami isteri. Bahkan akhirnya perempuan itu hamil dan dikurniakan seorang anak. Dalam keadaan yang paling bahagia buat Ibnu Hasan, Tuhan mahu mengujinya juga. Isterinya meninggal dunia waktu melahirkan. Ibnu Hasan bagaikan kehilangan tempat berpegang. Ketika ûkirannya sangat runsing dan timbul ghairah jahatnya kembali, ia bermimpi pada suatu malam. Dalam mimpinya itu ia dikejar-kejar seekor ular yang hendak menelan. Ia berteriak-teriak minta tolong. Datanglah seorang tua dengan tongkatnya. Ular itu dipukulnya. Tapi malah orang itu sendiri yang terkena. Waktu ular itu sudah hampir menelan tubuhnya, muncullah seorang anak kecil melemparkan sebuah batu. Matilah ular itu. Esok harinya ditanyakannya kepada seorang kiai penafsir mimpi. Kiai tersebut menerangkan bahawa ular adalah lambang kejahatan Ibnu Hasan. Orang tua itu ibarat kebaikannya yang sangat lemah. Bagaimanakah kebaikanmu yang hanya seperti orang tua itu akan boleh mengalahkan kejahatanmu? Untung engkau sudah ada niat bertaubat, yakni bayi kecil itu. Taubat ini adalah benih yang akan besar dan sanggup mengalahkan ular betapa pun buas dan jahatnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: