Monday, December 9, 2013

Allah Sucikan Hati Para Ahli Sufi

KITA hidup pada masa ketika sains dan teknologi telah membawa umat manusia tidak hanya maju dalam bidang material, tetapi juga kepada sinisme yang tajam atas agama dan aspek-aspek spiritual dari kehidupan.
Pada sisi lain, kejayaan metode sains telah menetapkan batasan-batasan yang dipertimbangkan untuk menjadi bidang studi yang berguna dan praktis. Kita telah diajarkan untuk percaya bahawa hanya yang bersifat materi, fizik dan lahiriah saja yang boleh diterima, dan hanya fikiran rasional yang dapat menganalisa dan layak disebut sebagai kebenaran. Namun pada sisi lainnya, kita sangat mudah menjadi dikecewakan oleh berbagai agama yang masing-masing mendakwa bahawa mereka telah mengakses kebenaran dan kebaikan yang absolut, sementara dakwaan-dakwaan ini jarang diaktualisasikan lewat pengalaman dan akhlak yang luhur. Orang-orang Sufi mengakui bahawa Tuhan itu Satu, Sendiri, Tunggal, Kekal, Abadi, Berpengetahuan, Berkuasa, Hidup, Mendengar, Melihat, Kuat, Kuasa, Agung, Besar, Dermawan, Pengampun, Bangga, Dahsyat, Tak Berkesudahan, Pertama, Tuhan, Rabb, Penguasa, Pemilik, Pengasih, Penyayang, Berkehendak, Berfirman, Mencipta, Menjaga. Bahawa Dia diberi sifat dengan segala gelar, yang dengan itu Dia telah memberi sifat pada diriNya sendiri; dan Dia diberi nama yang dengan itu pula Dia telah memberi nama pada diriNya sendiri; bahawa kerana sifatNya yang kekal maka demikian pula nama-nama dan sifat-sifatNya sama sekali tak sama dengan makhluk-makhlukNya. EsensiNya tidak sama dengan esensi-esensi lain, tak pula sifatNya sama dengan sifat-sifat lain; tak satu pun dari istilah-istilah yang diterapkan pada makhluk-makhluk ciptaanNya dan yang mengacu pada penciptaan mereka dari waktu ke waktu, membawa pengaruh atasNya; bahawa Dia tak henti-hentinya menjadi Pemimpin, Terkemuka di hadapan segala yang dilahirkan dari waktu ke waktu, Ada sebelum segala yang ada; dan bahawa tiada sesuatu pun yang kekal kecuali Dia, dan tiada Tuhan di samping Dia; bahawa Dia bukan badan, potongan, bentuk, tubuh, unsur atau aksiden; bahawa dengan Dia tidak ada penyimpangan mahupun pemisahan, tidak ada gerakan mahupun kediaman, tidak ada tambahan mahupun pengurangan; bahawa Dia bukan merupakan bahagian, atau partikel, atau anggota, atau kaki-tangan, atau aspek, atau tempat: bahawa Dia tidak terpengaruh oleh kesalahan, atau mengantuk, atau berubah-ubah dikeranakan waktu, atau disifatkan oleh kiasan bahawa Dia tidak terpengaruh oleh ruang dan waktu; bahawa dia tidak dapat dikatakan sebagai yang dapat disentuh, atau dikucilkan, atau mendiami tempat-tempat; bahawa Dia tidak dibatasi oleh pemikiran, atau ditutupi selubung, atau dilihat mata. Salah seorang tokoh besar Sufi mengatakan dalam wacananya: “Sebelum tidak mendahuluiNya, setelah tidak menyelaNya, daripada tidak bersaing dengan Dia dalam hal keterdahuluan; dari tidak sesuai dengan Dia, ke tidak menyatu dengan Dia, di tidak mendiami Dia, kala tidak menghentikan Dia, jika tidak berunding dengan Dia, atas tidak membayangi Dia, di bawah tidak menyangga Dia, sebaliknya tidak menghadapinya, dengan tidak menekan Dia, di balik tidak mengikat Dia, di depan tidak membatasi Dia, terdahulu tidak memameri Dia, di belakang tidak membuat Dia luruh, semua tidak menyatukan Dia, ada tidak memunculkan Dia, tidak ada tidak membuat Dia lenyap. Penyembunyian tidak menyelubungi Dia, pra-eksistensi-Nya mendahului waktu, adanya Dia mendahului yang belum ada, kekekalanNya mendahului adanya batas. Jika engkau berkata kala, maka eksistensiNya telah melampaui waktu; jika engkau berkata sebelum, maka sebelum itu sesudah Dia, jika engkau berkata Dia, maka D, i dan a adalah ciptaanNya; jika engkau berkata bagaimana, maka esensiNya terselubung dari pemberian; jika engkau berkata di mana, maka adanya Dia mendahului ruang; jika engkau berkata tentang ke-Dia-an, maka ke-DiaanNya terpisah dari segala sesuatu. Selain Dia, tidak ada yang boleh diberi sifat dengan dua sifat (yang berlawanan) sekaligus, dan denganNya kedua sifat itu tidak menciptakan keberlawanan. Dia tersembunyi dalam penjelmaanNya menjelma dalam persembunyianNya. Dia ada di luar dan di dalam, dekat dan jauh; dan dalam hal itu Dia tidak sama dengan makhluk-makhluk. Dia bertindak tanpa menyentuh, memerintah tanpa bertemu, memberi petunjuk tanpa menunjuk. Kehendak tidak bertentangan denganNya, fikiran tidak menyatu denganNya; esensiNya tanpa kualiti (takyif), tindakanNya tanpa upaya (taklif).
Mereka mengakui bahawa Dia tidak boleh dilihat oleh mata, atau dibantah oleh fikiran; bahawa sifat-sifatNya tidak berubah dan nama-namaNya tidak berganti; bahawa Dia tidak pernah lenyap dan tidak akan pernah lenyap; Dia yang Pertama dan Terakhir, Zahir dan Batin; bahawa Dia mengenal segala sesuatu, bahawa tidak ada yang seperti Dia dan bahawa Dia Melihat dan Mendengar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: