Monday, December 9, 2013

Apa Hukumnya Wanita Pakai Nama Suami?

SEBELUM berkahwin, namanya Irmayanti Ahmad. Irmayanti nama asalnya, Ahmad nama ayahnya. Namun setelah berkahwin dia menanggalkan nama ayahnya dan menggantinya dengan nama Wahyu. Jadilah Irmayanti Wahyu. Sejak itu dia kerap dipanggil ‘Ibu Wahyu’. Persekitarannya pun seolah melupakan namanya sendiri, Irma. Paling-paling yang memanggilnya Irma hanyalah keluarga dan teman-teman sebelum berkahwin. Inilah yang terjadi pada kebanyakan perempuan Indonesia. Dia seolah ‘kehilangan identitinya’ setelah berkahwin kerana melebur bersama identiti suaminya. Budaya patriarki memberikan ruang lebih bagi lelaki dalam segala hal, termasuk pada identitinya. Kaum lelaki boleh tetap memakai nama mereka sendiri bahkan setelah berkahwin mereka memberi nama mereka buat isteri-isteri mereka. Kebanyakan perempuan Indonesia mengalami keadaan ini. Ada yang merasa janggal dipanggil dengan nama suami, ada pula yang justeru berasa bangga pemberian nama suami. Artis Nia Ramadhani yang justeru mengajukan permohonan ganti nama beberapa waktu setelah berkahwin adalah salah satu kesnya. Cukup aneh juga keputusan Nia Ramadhani ini, kerana dalam Islam justeru nama seorang anak dinasabkan dengan nama ayahnya. Misalnya, Fatimah binti Muhammad (Fatimah anaknya Muhammad) atau misalnya kalau di Indonesia yang tidak terbiasa dengan pemakaian binti atau ibnu - Amelia Naim (puteri Sosiolog Profesor Muchtar Naim), Agus Yudhoyono (putera Presiden Susilo Bambang Yudhoyono). “Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan memakai nama bapa-bapa mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah.” (Qs. Al-Ahzab: 5)
Merujuk pada ayat ini, fatwa al-Lajnah ad-Da’imah lil Buhutsil Ilmiyyah wal ifta’ juz 20 halaman 379 melarang penisbatan nama seseorang selain nama ayahnya. Termasuk di dalamnya nama seorang perempuan yang menisbatkan pada nama suaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang mengaku sebagai anak kepada selain bapanya atau menasabkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat Allah, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari kiamat nanti, Allah tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib mahupun yang sunah.” Hadis ini dikeluarkan oleh Muslim, Ahmad dan Termizi. Riwayat lainnya, “Barangsiapa bernasab kepada selain ayahnya dan ia mengetahui bahawa ia bukan ayahnya, maka syurga haram baginya.” Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah. Ibnu Hibban, Darimi Ahmad, Sa’ad bin Abi Waqqosh dan Abu Bakroh r.a. Dari hadis-hadis ini, maka Mufti Muhammad Ali Farkus melarang penyebutan Aisha binti Ridwan (Aisha anaknya Ridwan) atau Aisha Ridwan, sedangkan ia bukan anaknya. Misalnya Aisha adalah isteri Ridwan, maka penyebutan yang tepat adalah Aisha zaujatu Ridwan (Aisha isterinya Ridwan). Namun Mufti Muhammad Ali Farkus memberikan kelonggaran jika dalam suatu adat tidak berlaku pemakaian idhofah-idhofah (seperti: anak (binti/ibnu, isteri (zaujah), suami (zauji) dan sebagainya dalam penggunaan nama, misalnya Aisha Ridwan maka masyarakat tahu betul Ridwan adalah nama ayahnya, maka pemakian idhofah ‘bintu’ pada Aisha bintu Ridwan dapat dipertimbangkan dalam syariat untuk tidak digunakan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: