Monday, December 9, 2013

Adab Mencukur Rambut Cara Islam

Al-Qaz’u sendiri, setidaknya, ada empat macam; Pertama, mencukur bahagian rambut tertentu di kepalanya. Kedua, mencukur tengahnya dan meninggalkan pinggirannya. Ketiga, mencukur pinggirnya dan meninggalkan tengahnya. Keempat, mencukur bahagian depannya dan meninggalkan bahagian belakangnya. Sebenarnya, velus (rambut pertama) bayi harus dicukur botak saat di’cukur’kan kali pertama. Di samping untuk menghilangkan kotoran (lemak) yang menempel pada kepala bayi akibat persalinan, juga memudahkan bagi orang tua untuk mengesan kemungkinan ada luka atau apa-apa tanda pada kepala bayi. Jika rambut masih utuh, hal ini sulit dilakukan. Pada suatu negeri yang panas, keadaan kepala bayi yang botak juga membuatnya lebih nyaman. Larangan al-Qaz’u ini bersumber dari hadits Nabi Muhammad saw. Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu ‘anhum, ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah melarang perbuatan al-Qaz’u.” (Muttafaq ‘alaih) Dalam riwayat Ibnu Ami disebutkan bahawa ia berkata, “Rasulullah s.a.w. melarang kita memotong sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian lainnya.” (HR. Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Nasa’i. Lafazh hadis milik An-Nasa’i) Suatu kali Rasulullah s.a.w. pernah melihat anak muda yang memotong sebahagian rambutnya dan membiarkan sebahagian yang lain, beliaupun melarang mereka dari hal itu, “Cukurlah semua atau biarkan semua!” (HR. Abu Daud dari Ibnu Umar) Ada beberapa alasan kenapa al-Qaz’u dilarang. Pendapat pertama mengatakan bahawa hal itu dikeranakan boleh membuat penampilan si bayi atau anak akan terlihat jelek atau tidak sesuai. Pendapat yang lain mengatakan bahawa hal itu merupakan kebudayaan umat Nasrani. Pendapat yang lain lagi mengatakan bahawa hal itu merupakan kebudayaan umat Yahudi. Untungnya, sebahagian besar orang tua kita, ketika mengadakan tradisi potong rambut pada hari ketujuh (biasanya disekalikan dengan aqiqah) atau keempat puluh, selalu memotong habis rambut anaknya. Entahlah, apakah kerana tradisi saat itu yang sudah berkembang demikian atau kerana mereka sendiri mengetahui tentang pelarangan al-Qaz’u tersebut. Lalu apakah hukumnya jika kita mencukur rambut secara al-Qaz’u, tapi hal itu dilakukan untuk berubat, pembedahan atau yang lainnya? Di dalam kitab Fathul Bari (10/378) Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata: “Imam An-Nawawi berkata, “Para ulama telah sepakat bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan yang makruh kecuali apabila dilakukan untuk berubat atau semacamnya dan dalam hal ini tidak membedakan antara laki-laki dan perempuan.” Syeikh Amru bin Abdul Mun’im Salim berkata bahawa apabila perbuatan ini diikuti dengan keyakinan bahawa ia dapat menolak kejahatan, maka hukumnya adalah haram.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Disember 2013 di pasaran...

No comments: