Monday, January 13, 2014

Hidayah Januari 2014

Hidayah keluaran Januari 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!

Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Detik-detik menuju akhir tahun 2013 semakin hampir menutup tirainya. Bakal menyelak tahun baru 2014. Mungkin sebagaimana biasanya, akan riuh rendahlah disana sini menyambut kedatangannya. Akan berdentam dentum mercun dan bunga api mewarnai di mana-mana. Akan padatlah Dataran Merdeka untuk membilang satu, dua, tiga hingga berdentang jam 12 malam. Tidak mungkin dalam suasana meriah begitu ada yang terdetik bahawa sebenarnya mereka membilang detik-detik akhir ke tanah kubur. Anak-anak muda, para dewasa lelaki perempuan tidak kurang warga emas pun akan memadat mana-mana perayaan menyambut tahun baru. Seolah-olah tahun baru tidak akan lahir tanpa dentam dentum mercun dan semarak bunga api warna warni yang menghangus dalam sekelip mata entah puluhan ribu, entah ratusan ribu atau mungkin jutaan ringgit. Ah...apalah hendak direpekkan dan diomelkan. Bukankah para pemimpin juga merestuinya. Ada yang datang tunjuk muka, bergelak ketawa, merendahkan sayap agar digelar “berjiwa rakyat’. Tidak tercalar rasa takut entah esok entah lusa maut akan meragutnya. Dalam suasana menyambut peralihan tahun baru itu, dengar-dengarlah pesanan Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba yang mukmin itu berada diantara dua ketakutan, antara ajal masa yang lalu, ia tidak mengetahui bagaimana akan berbuat kepadanya, dan masa yang akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya.” Kerana itu, sabda Nabi lagi, “Setiap orang haruslah berbekal untuk kepentingan dirinya sendiri, dari masa hidupnya untuk matinya, dari masa mudanya untuk masa tuanya, dari dunia untuk akhiratnya...” Dan dalam riuh rendah gegak gempita menyambut tahun baru ini, dan dalam tekanan ibu bapa menjerut perut menyediakan perbelanjaan persekolahan anak masing-masing, dan dalam sekian ramai menunggu-nunggu bantuan BRIM 2014 Hidayah tetap muncul jua menemui anda. Hidayah muncul dengan wajah yang sama. Dengan harga yang sama, namun dengan harapan akan bertambahlah bilangan pembaca barunya. Pembaca budiman, terimalah Hidayah terbaru ini dengan seadanya. Selagi wujudnya anda, selagi itu usia Hidayah berterusan. Menutup ruangan kali ini marilah kita berkongsi nasihat Yahya bin Mu’az Arrazi yang berkata: “Seorang yang sempurna akal iaitu yang berbuat tiga: Meninggalkan dunia sebelum ditinggalkannya. Dan membangun kubur sebelum dimasukkannya. Dan mengerjakan apa yang diredhoi Allah sebelum menghadapNYA.” Terima kasih dengan kerjasama semua pembaca selama ini. Alhamdulillah.

Pengarang
Suhaimi Hamid

"Jika Tidak, Nyawamu Akan Dicabut!"

SEORANG usahawan yang berjaya telah mengalami perubahan hidup dari yang tidak baik kepada terbaik. Dari sifat yang buruk, menjadi insan yang salih. Usahawan tersebut kini dalam lingkungan setengah abad.
Segala-galanya bermula apabila ia mengalami ‘stroke’ dan koma selama tiga hari. Dia kemudiannya mendapat rawatan di wad kecemasan sebuah hospital swasta di Lembah Kelang. Sewaktu ‘koma’ itulah seorang malaikat mendatanginya dan memberitahunya: “Nyawa kamu akan dicabut dalam tempoh 12 jam dari sekarang kecuali jika kamu dapat mencari 40 orang yang ikhlas mendoakan keselamatanmu...”
Usahawan itu panik. Mana mahu cari 40 orang yang ikhlas mendoakannya. Dia cuma dapat menjamin tiga orang saja yang dapat mendoakannya dengan ikhlas iaitu, isterinya dan dua orang anaknya. 37 orang lagi dia buntu untuk mencarinya.. Walaupun dia seorang usahawan berjaya, mempunyai sebilangan pekerja-pekerja bawahannnya, namun hubungannya dengan para pekerjanya tidaklah baik. Dia bukanlah majikan yang prihatin. Dia tidak mesra pekerja. Itulah kelemahannya. Mengharapkan para pekerja mendoakannya dengan ikhlas, jangan harap! Dia merasa ego bahawa kejayaannya selama ini adalah hasil usaha dan kerja gigihnya. Dia menganggap para pekerjanya itulah yang ‘menumpang kejayaannya’. Walaupun dia membayar gaji pekerjanya, namun ianya tidak setimpal dengan usaha mereka. Malah kebajikan pekerjapun diabaikan. Malah pernah wang KWSP pekerjanyapun dia ‘sapu’. Walaupun dia membayarnya semula, itupun setelah pihak berkenaan memberi amaran untuk menyaman syarikatnya kerana gagal menunaikan tanggungjawab membayar potongan KWSP. Usahawan itu panik. Tempoh yang diberikan oleh malaikat kini tinggal setengah jam saja. Dia sudah berputus asa. Bayangan ajal sudah berada diambang pintu hospital... Tergambarlah segala kekesalannya dengan apa yang telah dilakukannya selama ini. Terbayanglah seorang demi seorang pekerja-pekerja yang ditindasnya. Dia tidak akan sempat meminta ampun dan maaf atas salah silapnya selama ini. Terbayanglah dia dengan beberapa pemungut derma yang datang ke pejabatnya dan yang datang memetik-metik loceng dipintu pagar rumahnya yang tak dipedulikannya. Malah dia sendiri mengarahkan pengawal keselamatan di syarikatnya tidak membenar para peminta derma masuk ke pejabatnya.
Terbayanglah dia, surau yang berdekatan dengan kediamannya sudah bertahun-tahun tidak dijejakinya kerana kesibukannya. Malah dia merasakan tidak layak ‘berjemaah’ di situ. Mana ada tempat untuk ‘parking’ kereta Mercedesnya di kawasan sempit itu. Memandang surau itupun dia terasa lekeh sangat. Tiap-tiap malam asyik “kuliah maghrib’ memanjang. Usahawan itu benar-benar buntu. Tempoh setengah jam nyawanya akan dicabut telah memasuki minit yang ke 25. Tapi atas kehendak Allah Taala masuk minit ke 26 berlakulah keajaiban...malaikat yang memberi amaran kepadanya datang dengan wajah yang ceria dan memaklumkan berita gembira kepadanya. “Nyawa kamu dilanjutkan oleh Allah Taala. Kamu baru saja dapat 37 orang yang benar-benar ikhlas mendoakan keselamatan kamu. Jadi termasuk isteri dan dua orang anak kamu, jumlah 40 orang itu telah kamu dapati...” beritahu malaikat itu. Usahawan itu terkejut beruk dan diapun tersedar dari ‘koma’nya. Siapa 37 orang itu...? Apabila dia mencelikkan matanya dan tersedar dengan keadaan sekeliling, didapatinya di tepi katilnya berdiri seorang ustaz berjubah putih lengkap berserban tersenyum manis mengurut-ngurut bahunya. Disamping ustaz itu berdiri isterinya dan dua orang anaknya yang dewasa itu. Mereka menunjukkan wajah gembira dan bersyukur melihat perubahan orang yang mereka sayangi itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Maut Ketika Bermaksiat Dalam Masjid

PADA siang hari itu, waktu solat zuhur pun tiba. Gema azannya sudah berkumandang dari berbagai menara masjid di Kota Durian (bukan nama sebenar). Tapi di salah sebuah masjid di lingkungan hospital yang terletak di kota itu, anehnya azan zuhur belum berkumandang juga. Orang-orang yang lalu lalang di hospital pun hairan. Tidak biasanya masjid di komplek hospital itu sepi, apalagi saat siang hari menjelang solat zuhur.
Seorang demi seorang, orang-orang di persekitaran hospital antaranya para pelawat, jururawat, doktor bahkan kakitangan hospital - mendatangi masjid tersebut. Mereka mahu menunaikan solat. Malangnya, mereka  tidak dapat masuk kerana pintu masjid terkunci. Beberapa orang yang berkerumun di depan masjid pun saling berpandangan. Mereka hairan dan bingung. Sebabnya, masjid di hospital itu tidak berkunci di waktu zuhur malah pada waktu solat lainnya. Ahmad (40 tahun), ketua pengawal keselamatan hospital itu kebetulan berkeliling meronda dan melewati masjid tersebut. Dia pun hairan saat menjumpai orang-orang berkerumun di depan masjid. Dia mendekati orang-orang itu mahu mengambil tahu apa yang sebenar terjadi.
Namun, dia terkejut dan kesal ketika tiba di situ, dia malah dibentak oleh salah seorang doktor yang bertugas di hospital tersebut, “Apa yang terjadi ni? Masjid ini tempat umum, kenapa dikunci? Bukankah ini sudah masuk waktu zuhur?” Ahmad kebingungan. Dia merasa tidak mengunci pintu masjid itu. Biasanya selepas solat subuh lagi masjid itu dibiarkan pintunya tidak terkunci. “Saya tidak tahu doktor. Saya pasti pihak pengawal kami tidak mengunci masjid ini.” “Tetapi, kenapa boleh terkunci? Saya tidak mahu tahu! Kalau perlu, buat apa saja supaya pintunya dibuka,” desak doktor tersebut kepada Ahmad. Ahmad semakin merasa bersalah. Maka, dia pun mendekati daun pintu masjid tersebut. Sementara, orang-orang makin ramai di depan masjid sudah merasa tidak sabar lagi. Keriuhan pun terjadi. Ahmad merasa terdesak. Dia berusaha menggerak-gerakkan daun pintu masjid, tetapi tidak membuahkan hasil. Dia pun kian bingung. Akhirnya, Ahmad berusaha memastikan keadaan pintu masjid itu. Dan dia merasa ada yang janggal. Ada orang yang sengaja menutup pintu masjid dari dalam. “Baik kita tolak saja pintu ni! Nanti boleh dibaiki kemudian...” gesa doktor tersebut. Orang-orang di depan masjid itu rupanya menyokong apa yang diusulkan doktor tersebut. Ahmad tidak punya pilihan lain. Akhirnya, dia pun menghentam pintu masjid tersebut. Setelah ditolak dengan sekuat tenaga, pintu masjid itu pun terbuka. Tiba-tiba, alangkah terkejutnya Ahmad dan mereka yang menyaksikan. Setelah pintu masjid terbuka, terlihat pemandangan yang tidak beradab. Mata mereka seperti tidak percaya dengan apa yang mereka lihat. Untuk seketika mereka tertegun dan kaget.
Rupanya, tidak jauh dari pintu itu, Ahmad melihat seorang lelaki berusia lingkungan 40-an sedang menindih seorang wanita (berumur lingkungan 20-an). Dan keduanya dalam keadaan tidak sempurna berpakaian. Yang lelakinya berkain pelikat saja. Lebih aneh dan ajaibnya, pasangan yang sudah tertangkap basah itu tidak berusaha bangkit dari tempatnya. Pelik bin hairan dibuatnya. “Apa kamu berdua buat di sini? Cepat bangun!” bentak Ahmad. Nampak semacam ada yang tidak beres di dalam masjid, orang-orang pun berhamburan masuk ke dalam masjid. Mereka pun terkejut sama. Suasana di dalam masjid pun jadi riuh dan heboh. Tapi pasangan yang sedang dalam keadaan tidak senonoh itu seperti tak dapat berbuat apa-apa. Keduanya tampak ketakutan, dan itu terlihat jelas dari raut muka si lelaki dan si wanita – yang akhirnya diketahui sebagai salah seorang petugas jururawat di hospital tersebut. Setelah melihat orang-orang mulai berdatangan masuk ke dalam masjid, pasangan itu pun hanya berusaha menutupi tubuh keduanya dengan selembar pakaian yang ada saja. Keduanya masih dalam keadaan berpelukkan meski orang-orang sudah berdatangan dan melihat. “Apa jadi dengan kamu berdua ni. Orang ramai masuk ke masjid masih saja tidak segera bangun! Cepat berdiri!” sergah ketua pengawal keselamatan itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Pasangan Suami Isteri Di Syurga

HENDAKLAH diketahui sepanjang isteri belum atau tidak berkahwin lagi dengan laki-laki lain, maka ia masih sah disebut sebagai isteri dari Allahyarham suaminya, kendati ia seorang ‘ibu tunggal’ sebab putusnya perkahwinan akibat kematian. Ia baru sah disebut sebagai mantan atau bekas suaminya, bila ternyata memutuskan untuk berkahwin lagi dengan laki-laki lain. Hal ini diungkapkan Ustaz Imam Hanafi, Pengurus Pondok Pesantren Al-Hamidy Pamekasan, yang dinukil dari laman sayangi.com.  Dia menyebut salah satu hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang dinilai shahih oleh Al-Albani. Disebutkan bahawa bagi seorang perempuan yang ditinggal mati suaminya, kemudian berkahwin lagi, maka dia menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir. Hadis riwayat Thabrani tersebut juga menjadi dasar mengapa para isteri Rasulullah s.a.w. tidak boleh dinikahi oleh laki-laki lain. Sebabnya, para isteri Rasulullah s.a.w. tetap akan menjadi isteri-isteri baginda di syurga kelak. Ini juga berlaku bagi pasangan suami isteri lainnya, sepanjang isteri masih berada dalam keimanan dan salihah. Sebaliknya tidak berlaku jika salah satunya (baik suami atau isteri) menjadi kafir. Syeikh Muhammad Ali menceritakan bahawa di masa Nabi, seorang sahabat perempuan bernama Ummu Darda’ r.a. pernah mengajukan keberatannya kepada Rasulullah untuk berkahwin lagi. Dia menolak beberapa lamaran laki-laki yang mendatanginya lantaran ia menginginkan agar ia tetap menjadi isteri bagi suaminya, Abu Darda’, kelak di Akhirat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: “Seorang wanita bersama suami terakhirnya.” (Dikeluarkan Ath-Thabarani dalam Al-Mu’jam al-Ausath. Hadis ini dishahihkan Al-Albani dalam Silsilah Ash-Shahihah)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Kutu Dan Ulat Menggeliat Di Kepala 'Ah Long"

ORANG-ORANG mengerumuni rumah Ijah. Mereka mulai memenuhi ruang tamu rumah itu. Sebahagian telah mengambil tempatnya masing-masing sementara menunggu jenazah Ijah selesai dimandikan. Semua mereka turut menziarahi atas meninggalnya Ijah di usianya yang ke-55 tahun. Sementara itu, di tepi rumah, beberapa wanita sudah siap memandikan jenazah. Tempat itu ditutup selembar kain. Di antara mereka ada Shalehah, wanita yang sering ditugaskan memandikan jenazah di kampung itu. Tibalah saatnya jenazah yang akan dimandikan datang. Shalehah yang sudah berpengalaman mengurus pemandian bersikap biasa-biasa dan tenang saja ketika jenazah berada di depannya dalam keadaan masih tertutup kain di sekujur tubuhnya.
Kain penutup di bahagian kepala jenazah mulai disibak. Betapa terkejutnya perempuan itu saat melihat pemandangan yang aneh itu. Sebabnya kelihatan kutu-kutu dan ulat-ulat kecil muncul dan merayap di kepala jenazah. Ternyata, makin lama makin banyak, sumbernya berasal dari dalam rambut kepala jenazah. Dari situlah muncul kutu-kutu dan ulat-ulat itu berasal. “Astaghfirullah...” seru Shalehah. “Memang ada apa, Lehah?” Darmi menimpali. “Cuba kau lihat ini!” kata Shalehah sambil jari telunjuknya menunjuk ke kepala.
Yang lain ikut beranjak mendekati bahagian kepala jenazah. Masing-masing mereka turut terkejut. Mereka tercekat. Tak mampu berkata-kata. Malahan ada yang langsung mundur beberapa langkah kerana terkejut setelah melihat banyak kutu dan ulat menggerayangi kepala jenazah itu. Kemudian mengurut dada seakan tak percaya pada pemandangan yang dilihatnya. Ucapan istighfar terlontar dari mulut mereka. Mereka cuba menguasai diri. Akan tetapi dari raut muka masing-masing yang tampak tercengang, dapat diteka jika muncul tanda tanya dalam diri mereka; kenapa boleh terjadi hal demikian? Sungguh sulit diterima akal yang waras, ada kutu-kutu dan ulat menggeliat-geliat di sekitar kepala. Bukan satu dua saja haiwan menjijikkan itu menjalar di kepala jenazah, tetapi banyak, menyebar hingga ke wajah. Di balik penutup kain di tempat pemandian jenazah itu ada kegemparan kecil yang mungkin tak diketahui oleh para hadirin lainnya.
Bagi Shalehah selaku wanita yang diberi tanggungjawab memandikan jenazah, peristiwa ini tak biasa. Seumur-umur memandikan jenazah belum pernah dirinya melihat pemandangan seperti itu. Namun hari itu, dengan mata kepalanya sendiri, ia saksikan semuanya. Setelah mereka dapat menguasai diri, akhirnya proses pemandian jenazah pun dilangsungkan. Mahu tidak mahu, satu demi satu binatang menjijikkan tersebut disingkirkan pelan-pelan dari kepala jenazah. Sampai tidak ada lagi yang tersisa yang menempel di kepala.

MENJADI RAHASIA UMUM
Awalnya, memang kejadian ganjil ini dirahsiakan oleh mereka yang mengetahui saja. Lambat laun, berita heboh ini tersebar juga dari satu mulut ke mulut lain, entah siapa yang memulai, yang jelas hampir sebahagian besar penduduk di kampung itu akhirnya mendengar peristiwa tersebut. Tak dinafikan, berita kurang sedap ini merebak dengan cepat. Tiap ada kerumunan orang di sudut-sudut kampung, hampir tak luput memperkatakannya. Di pematang-pematang sawah, di warung-warung kopi hingga di majlis kenduri kendara, ada saja yang mengulik-ulik dan memanjang-manjang khabar ini.  Keluarga si mati resah mendengar celotehan warga soal keaiban si mati. Tapi mahu bagaimana lagi, khabar yang berhembus itu tak mampu dicegahnya. Mereka memang boleh menutup telinganya rapat-rapat dari berita songsang itu di dalam rumah, namun mereka tak mampu menegah pembicaraan yang terjadi di luar manakala mereka keluar dari rumah. Khabar-khabar angin pun berkembang. Ada yang beranggapan bahawa peristiwa ini adalah sebuah kebetulan belaka. Kerana Ijah sudah beberapa lama menderita suatu penyakit dan sudah barang tentu kebersihan tubuh dan tempatnya kurang terperhatikan. Meskipun sebenarnya di rumahnya masih ada anak perempuan tunggalnya yang menguruskannya. Akan tetapi banyak pula orang yang menganggap bahawa peristiwa itu adalah sebuah isyarat akan kekuasaan Allah s.w.t. yang sengaja ditampakkan sebagai sebuah pelajaran berharga bagi orang yang masih hidup. Banyak orang menduga, termasuk Shalehah, Darmi dan ibu-ibu lain yang turut dalam proses pemandian jenazah bahawa keganjilan yang mengiringi saat pemandian itu adalah berkaitan dengan kebiasaan tidak baik Ijah sewaktu hidupnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Lumba-Lumba Menolong Ahli Zikir

Cerita-cerita serupa seringkali terjadi pula pada manusia-manusia biasa (bukan Nabi) yang memiliki kelebihan dalam beribadah kepada Allah s.w.t., seperti ahli zikir, para da’i, ahli puasa serta hafiz al-Quran dan lain-lainya. Salah satu cerita serupa adalah cerita yang terjadi pada seorang nelayan di Kepulauan Seribu, Jakarta Utara, Indonesia. Peristiwa tersebut terjadi sekitar tahun 60-an. Ketika itu, di Kepulauan Seribu belum ada nelayan yang menggunakan kapal mesin. Untuk pergi dari satu pulau ke pulau lainnya, biasanya penduduk menggunakan perahu layar sahaja. Salah satu pulau yang padat penduduknya adalah Pulau Tidung. Di pulau tersebut hiduplah sepasang suami isteri yang dikenali kerana kesalihan mereka. Namanya Sauk dan isterinya. Mereka termasuk orang yang rajin mengamalkan berzikir setelah menunaikan solat lima waktu. Sauk adalah seorang nelayan. Setiap selesai solat subuh, ia pergi memancing atau menjaring. Menjelang maghrib atau selepas asar ia baru pulang ke rumah membawa ikan hasil tangkapannya. Hampir setiap hari, pekerjaan itu dilakukannya dengan tekun. Jika tidak pergi ke laut, biasanya, Sauk membaiki jaringnya dan mempersiapkan alat-alat pancing. Sambil menambal jaring-jaringnya yang terkoyak, Sauk selalu mengingat Allah dengan berzikir. Ia selalu menyempatkan waktu-waktu yang dilaluinya, baik waktu senggangnya mahupun waktu kerjanya dengan zikir. Seolah tidak ada waktu yang dilaluinya tanpa berzikir kepada Allah s.w.t. Saat suaminya pergi memancing atau menjaring, si isteri pula mengurus anak-anaknya atau membersihkan rumah dan mempersiapkan makanan untuk kepulangan suaminya. Ia selalu menyambut suaminya yang pulang dari laut dengan senyuman, baik suaminya membawa ikan hasil tangkapan yang banyak atau tidak. Begitulah indah dan romantisnya pasangan suami isteri ini. Sauk dan isterinya selalu menjaga hubungan baik dengan para tetangga. Mereka selalu menjaga mulutnya, hingga terjaga dari menceritakan aib dan kejelekan tetangganya. Mereka tidak mahu menyakiti hati para tetangganya dengan cerita-cerita yang menurutnya tidak perlu. Bahkan, mereka selalu membantu jika ada tetangganya yang memerlukan bantuan. Maka tidak hairan jika penduduk kampung sangat menyukai mereka. Jika tidak pergi melaut, Sauk selalu menyempatkan diri untuk solat berjemaah di masjid. Isterinya pun seringkali menghadiri majlis taklim ibu-ibu setiap hari Sabtu di kampungnya. Dalam majlis taklim itulah ia banyak belajar bermacam-macam zikir dan selawat dari para guru yang mengajarnya. Pada suatu hari, Sauk bersama isterinya pergi ke Pulau Panggang untuk menghadiri majlis perkahwinan dari anak saudaranya. Anak-anaknya tidak ada yang diajak serta, kerana mereka harus pergi sekolah. Ia pergi ke Pulau Panggang dengan menggunakan perahu layar yang biasa dia gunakan untuk memancing. Perahunya terbilang cukup kecil, panjangnya hanya 3 meter dengan lebar geladak 1 meter. Dengan perahu layarnya itu, jarak antara Pulau Tidung dan Pulau Panggang ditempuhnya dalam dua jam perjalanan. Selama dalam perjalanan ke Pulau Panggang, ia tidak lupa berzikir sebagaimana yang biasa ia lakukan dalam setiap masa. Acara majlis di rumah saudaranya itu berjalan dengan lancar. Selain menghadiri majlis pernikahan anak saudaranya itu, ia juga menyempatkan diri bersilaturrahim ke rumah saudara-saudaranya yang lain. Ia merasa bahawa silaturrahim ke rumah-rumah saudaranya yang lain termasuk penting, kerana mereka tidak mungkin bertemu setiap hari akibat terpisah oleh laut. Kerana itu, ia manfaatkan kedatangannya di Pulau Panggang untuk bersilaturahim kepada saudara-saudaranya yang lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran

Pulang Haji Bawa Beg Berisi Batu

SUARA rebana bergema, menyambut kepulangan Haji Samin (bukan nama sebenarnya). Dia baru saja tiba dari Tanah Suci bersama isterinya. Kelompok hadrah mendendangkan lantunan selawat mengiringi kepulangan Haji Samin. Keluarga, kerabat dan tetangga menyambut kepulangan Haji Samin dengan penuh ceria. Haji Samin dan isterinya menunaikan ibadah haji sudah dua kali. Kali ini merupakan haji yang ketiganya. Tetangga mengenal Haji Samin sebagai orang yang sangat gemar mengunjungi Tanah Suci. Hampir setiap dua tahun sekali ia ke Tanah Suci sejak tahun 1990. Dia kerap melakukan umrah. Haji Samin memang terkenal sebagai saudagar yang berjaya di daerahnya. Dia adalah seorang pengusaha berjaya di bidang perniagaan. Dia memiliki beberapa restoran, yang kesemuanya berjalan sukses. Dia memiliki para pekerjanya termasuk tukang-tukang masaknya lebih dari 200 orang. Bayangkanlah kehebatannya... Kepergiannya ke Tanah Suci kali inipun konon ‘niat’nya adalah untuk jalan-jalan saja “Bu, tahun ini kita pergi haji saja...” kata Haji Samin, kepada isterinya. “Kenapa haji? Pergi Umrah sajalah bang haji. Lebih munasabah, singkat, dan tidak bersesak-sesak sangat,” jawab isterinya. “Tahun ini saya mahu pergi haji saja. Saya mahu beli permaidani Raudhah Kirmaniya (satu jenama permaidani)). Saya juga mahu beli sejadah yang bagus di sana.” “Ah, di kedai-kedai di Jakarta juga banyak. Kenapa harus pergi haji?” “Beda, Bu. Kalau di Jakarta itu saya tidak yakin aslinya,” kata Haji Samin yang panggil isterinya dengan panggilan manja “Bu”. Dia memang suami romantis  “Tapi kenapa harus pergi haji? Kan kita boleh umrah saja, lebih singkat. Mengurusnya juga tidak susah-susah.” “Justeru itu. Kalau haji kita boleh lebih lama-lama. Kita boleh jalan-jalan di sana. Lagi pula, kita kan sudah dua kali pergi haji. Jadi, kalau pun kita tidak ikut syarat dan rukun haji, ya tidak apa-apa. Tidak ada bebannya.” “Ya, terserah abang haji sajalah,” jawab isteri Haji Samin. Demikianlah perbualan antara Haji Samin dan isterinya setahun sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci pada tahun 2000. Haji Samin berencana berangkat haji untuk jalan-jalan dan belanja. Ia tidak berfikir bahawa haji adalah ibadah yang penuh dengan nilai kerohaniannya, yang penuh dengan rukun dan adabnya sebagai ‘tetamu’ ke Rumah Allah. Yang ada dalam benaknya adalah pergi ke Tanah Suci untuk jalan-jalan dan berbelanja.

Oleh-Oleh...
Turun dari keretanya, Haji Samin langsung disalami keluarga, kerabat dan tetangga. Dia terlihat ceria dan senang dapat kembali ke Tanah Air. Ia lalu bergegas masuk ke dalam rumahnya yang megah itu. Untuk ukuran di daerahnya, rumah Haji Samin tergolong paling mewah, luas dan bergaya. Tetangga menggelar Haji Samin laksana ‘Tuan Takur’, yakni tokoh orang kaya raya dalam filem Bollywood yang popular di kala itu.
Beg-beg dan barangan berisi oleh-oleh dari tanah suci mulai diturunkan dari kereta. Boleh dibilang bahawa oleh-oleh haji yang dibawa Haji Samin memang banyak. Dia sengaja membeli banyak oleh-oleh di Tanah Suci, kerana memang niatnya adalah untuk jalan-jalan dan belanja. Dia orang ‘kaya’. Apa sangatlah oleh-oleh itu dengan segala kekayaannya yang ada. “Abang haji, mana oleh-olehnya?” celoteh salah seorang tetamunya yang tak lain adalah seorang tetangganya. “Ya, nanti. Masuk saja dulu ke dalam rumah. Nanti oleh-olehnya dibahagikan di dalam rumah,” kata Haji Samin. Mendengar jawapan Haji Samin tersebut, para tamu langsung masuk ke dalam rumah. Mereka sudah mafhum benar bahawa Haji Samin pasti akan membahagikan oleh-olehnya dari Tanah Suci. Hal ini memang sudah menjadi amalannya manakala ia baru pulang dari tanah suci sebelumnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Kisah Uzair Tertidur Sangat Luar Biasa

Ini adalah kisah yang paling menarik. Kisahnya mengenai seseorang bernama UZAIR. Kisah ini untuk memberi tahu manusia tentang kekuasaan Allah yang menghidupkan semula orang yang sudah mati. Zaman Nabi-nabi dulu, ada sebahagian kaumnya tidak yakin dan percaya bahawa manusia akan dibangkitkan semula setelah mati untuk menghadap Allah. Marilah kita ikuti kisah ini yang dipetik dari sebuah kitab.
Suatu hari ketika Uzair memasuki kebunnya yang menghijau dengan pokok-pokok tamar dan tiba-tiba hatinya telah terpesona serta tertarik untuk memikirkan rahsia keindahan dan keajaiban alam ini. Sesudah memetik buah-buahan dia pun pulang dengan keldainya sambil menikmati keindahan-keindahan alam sekitarnya sehingga keldai yang ditunggangnya sudah tersesat jalan. Setelah sekian lama barulah dia sedar bahawa dia telah berada di suatu daerah yang tidak dikenali oleh beliau serta sudah jauh dari negerinya sendiri. Keadaan negeri tersebut baru diserbu oleh musuh-musuh sehingga menjadi rosak binasa sama sekali.
Di tapak atau bekas runtuhan itu terdapat mayat-mayat manusia yang bergelimpangan yang sudah busuk serta hancur. Melihat kejadian yang mengerikan itu, dia pun turun dari keldainya dengan membawa dua bakul buah-buahan. Manakala keldainya ditambat di situ, kemudian dia pun duduk bersandar pada dinding sebuah rumah yang sudah runtuh untuk melepaskan penatnya. Dalam pada itu fikirannya mulai memikirkan mayat manusia yang sudah berbau busuk itu. “Bagaimanakah orang-orang yang sudah mati dan hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan kembali di negeri akhirat.” Begitulah pertanyaan yang datang dalam fikirannya dan tidak terjawab olehnya sehingga dia menjadi lemah longlai dan kemudian terus tertidur. Dalam tidur itu dia seakan-akan bertemu dengan semua arwah (roh-roh) orang-orang yang sudah meninggal itu. Tidurnya amat luar biasa sekali, bukan hanya sejam atau semalam, tetapi dia telah tertidur terus menerus tanpa bangun-bangun selama seratus tahun lamanya. Dalam masa dia tertidur itu, keadaan di sekitarnya sudah ramai penduduk baru, rumah serta bangunan-bangunan banyak yang telah didirikan. Dalam masa seratus tahun itu segala-galanya berubah, manakala Uzair tetap terus tidur tersandar di dinding buruk itu menjadi jasad (tubuh) yang tiada bernyawa lagi. Dagingnya sudah hancur dan tulang belulangnya sudah hancur lebur berderai. Kemudian jasad Uzair yang telah mati, daging dan tulangnya disusun kembali oleh Allah pada bahagiannya masing-masing lalu ditiupkan rohnya. Dan ketika itu juga Uzair hidup kembali seperti dahulu. Uzair lalu duduk dan terus berdiri seperti orang yang bangun dari tidur lantas dia mencari keldai dan buah-buahannya yang di dalam bakul dahulu. Tidak berapa lama kemudian turunlah beberapa malaikat seraya bertanya: “Tahukah engkau ya Uzair berapa lama engkau tertidur?” Tanpa berfikir panjang Uzair menjawab, “Saya tertidur sehari dua ataupun setengah hari.” Lalu malaikat pun berkata kepadanya: “Bahawa engkau terdampar di sini genap seratus tahun lamanya. Di sinilah engkau berbaring, berhujan dan berpanas cahaya matahari, kadang-kadang ditiup badai dan hawa sejuk dan juga panas terik. Dalam masa yang begitu panjang, makanan-makanan engkau, tetap baik keadaannya. Tetapi cuba lihat keadaan keldai itu, dia sendiri pun telah hancur, dagingnya sudah busuk.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

7 Keajaiban Makkah Dan Madinah

MAKKAH dan Madinah, dua kota suci tersebut, dimana Allah jadikan sebagai sebagai tempat ibadah haji, bukanlah tanpa makna. Banyak hikmah terkandung di dua kota ini. Selain keajaiban alamiahnya dari Allah s.w.t., Makkah dan Madinah juga memiliki beberapa keajaiban yang merupakan hasil kreasi manusia. Berikut 7 keajaiban kota Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah: 

1. Kaabah, ‘Zero Magnetism Area’
Para astronot telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi. Radiasi yang berada di sekitar Kaabah ini memiliki karakteristik yang menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.  Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya apabila kita mengeluarkan kompas di area tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarik yang sama besarnya antara kedua kutub. Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Makkah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Dan kerana itulah juga ketika kita mengelilingi Kaabah, kita seakan-akan diri di-recharge oleh suatu energi misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah. Makkah juga merupakan pusat bumi.

2. Zamzam, Mata Air Yang Tak Pernah Kering
Air zamzam yang berlimpah merupakan mukjizat yang tidak dapat diingkari. Sejak masa Nabi Ibrahim a.s. hingga kini, mata air tersebut tidak pernah kering. Padahal, jutaan liter disedut setiap masa haji tiba. Yang menakjubkan, ukuran sumur zamzam itu hanyalah 18 x 14 kaki saja (kira-kira 5 x 4 meter). Ertinya, tidak besar dan tidak pula dalam. Hasil penelitian contoh air yang dilakukan oleh Tariq Hussain, jurutera kimia yang bekerja di Instalasi Air Laut, kota Jeddah, menunjukkan bahawa zamzam mengandung zat fluorida yang punya daya efektif membunuh kuman, layaknya seperti sudah mengandung ubat. Dibandingkan air biasa di kota Makkah dan Arab, air zamzam mengandung kalsium dan garam magnesium yang lebih banyak. Itu mungkin sebabnya air zamzam membuat efek menyegarkan bagi jemaah yang kelelahan. Tambahan lagi, hasil laboratorium Eropah menunjukkan bahawa zamzam layak untuk diminum. Nabi s.a.w. bersabda, “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail.” (HR. Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

3. Hajar Aswad, Batu dari Syurga
Menurut banyak riwayat, antara lain dari Abdullah bin Umar bin Khattab, Hajar Aswad berasal dari syurga. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adam-lah yang menjadikannya hitam.” Pada mulanya Hajar Aswad tidak berwarna hitam, melainkan berwarna putih bagaikan susu dan berkilat memancarkan sinar yang cemerlang. Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. (7 SH-65 H) menerangkan bahawa perubahan warna Hajar Aswad dari putih menjadi hitam disebabkan sentuhan orang-orang musyrik. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Abdullah bin Amr bin As, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t. tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup memandangnya. Dalam penelitian lainnya, mereka mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, ada tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem tata surya kita.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Iblis Boleh Menyamar Anjing Hitam

MUSUH utama manusia ialah Iblis. Allah s.w.t. ciptakan iblis dari unsur api. Ia memiliki pelbagai kelebihan dan kekurangannya. Diantara kelebihan iblis dapat berubah wajahnya menurut kemahuan yang disesuaikan dengan mesejnya dalam menyesatkan manusia di dunia ini. Rasulullah s.a.w. menyebutkan iblis ini memiliki paras rupa dan wajah yang sangat buruk, hodoh dan mengerikan. Sehingga apabila manusia melihat iblis dalam bentuk asalnya, manusia boleh jatuh pengsan kerana tidak sanggup menatap rupanya yang hodoh itu.
Iblis juga berbau busuk yang sangat menusuk hidung kita di samping mempunyai cita-cita keji yang menjerumuskan anak Adam ke lembahan yang banyak kepada fitnah. Dalam kitab-kitab agama ada dijelaskan tentang iblis atau syaitan ini. Orang Arab menamakan sebagai “lar” kepada Syaitan, kerana ia membangkang, cepat bergerak dan amat membahayakan. Allah s.w.t. menyebutkan bahawa pohon “Zaqqum” sebagai kepala Syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohon yang tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah dalam surah Ash-Shaffat ayat 65 yang maksudnya: “Muncungnya bagaikan kepala syaitan.”
Imam Farra pula menyatakan: Ada tiga sebab hubungan dengan pohon zaqqum iaitu:
• Allah s.w.t. membuat perumpamaan muncung Zaqqum dengan kepala syaitan kerana rupanya buruk dan hodoh.
• Orang Arab menamakan sebagai ular kerana ia mempunyai perangai yang sangat buruk.
• Konon kerana pohon Zaqqum itu amat jelik, maka ia disamakan seperti kepala syaitan.
Para ulama telah membuat banyak takrif tentang iblis. Di antara para ulama ini ada yang kena tipu dengan iblis. Tetapi ulama-ulama ini lebih kuat iman dan tahu tentang sifat dan wajah-wajah iblis itu. Di antaranya termasuklah Syeikh Abdul Kader Jailani, seorang ulama yang terkemuka. Beliau pada suatu hari pernah melihat satu cahaya dimana sinarnya begitu hebat. Tiba-tiba dalam  sinar itu terdengar satu suara tanpa rupa. Suara itu mengatakan: “Hai Syeikh akulah Tuhanmu. Aku telah menghalalkan kepadamu segala perkara yang telah dihukum haram.” Tetapi Pak Syeikh kita ini tahu bahawa suara itu adalah suara iblis yang cuba memperdayakannya. Syeikh Abdul Kader membaca Istighfar meminta perlindungan dari Allah dari godaan Iblis. Syeikh Abdul Kader berkata: “Hai iblis yang dilaknat! Hai Iblis yang dijauhkan dati Rahmat Allah, jauhkanlah dirimu dariku dan jangan mendekatiku.”  Cahaya yang tadinya terang benderang tiba-tiba hilang berubah menjadi gelap gelita, di mana gumpulan awan hitam di mana iblis lari ketakutan. Lalu iblis berseru: “Hai Syeikh Abdul Kader, kau selamat dari tipu dayaku. Engkau termasuk orang-orang yang tahu tentang hukum-hukum Allah.” Syeikh Abdul Kader sangat bersyukur kepada Allah kerana terlepas dari godaan iblis itu. Seorang ulama lain, Syeikh Mohammad Bin Himyar, seorang ‘abid. Dia sentiasa menjauhkan dirinya dari perkara-perkara haram dan syubahat. Dia berpuasa pada siang hari dan bersolat pada malam hari.
Pada suatu hari dia pergi berburu. Di tengah jalan tiba-tiba muncul seekor ular. Sebenarnya, ular itu adalah iblis yang cuba merosakkan Pak Syeikh itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Nabi Yang Bersujud Di Perut Ikan

LAKI-LAKI salih itu berjalan ke arah pantai dengan memendam duka dan kecewa. Di hatinya, gemuruh kemarahan seperti tengah memuncak hingga ke ubun-ubun. Hari itu, akhirnya dia memutuskan pergi meninggalkan kota Ninawi. Sebab, dia merasa sudah tak ada lagi yang perlu dilakukan di kota itu setelah sekian lama berdakwah. Semua terasa sia-sia, tidak membuahkan hasil. Setelah berjalan cukup jauh, laki-laki itu pun tiba di pantai. Hamparan laut yang biru terlihat meneduhkan dan membuat hatinya sedikit terhibur. Sejenak dia melepas lelah seraya menunggu kedatangan kapal layar yang akan berlabuh - untuk kemudian membawanya pergi meninggalkan kota Ninawi. Tidak berapa lama, sebuah kapal layar datang berlabuh di tepi pantai. Kapal itu pun menurunkan beberapa penumpang, dan beberapa orang kemudian naik untuk pergi berlayar, termasuk lelaki salih itu. Tetapi setelah penumpang naik ke atas, kapal itu terlihat lain. Kapal itu seperti penuh dengan muatan. Kendati demikian, kapal itu tetap memaksakan diri berlayar ke tengah lautan. Layar dikembangkan, dan perlahan kapal itu seperti merambat pelan di permukaan air laut.

***

Laki-laki salih itu tak lain adalah Nabi Yunus a.s., seorang Nabi yang mendapatkan mandat dari Allah untuk berdakwah di Ninawi — sebuah  wilayah Mosul, yang letaknya di pinggir laut. Awalnya, dia yang lahir di kota Ninawi mengajak penduduk tersebut untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Tapi selain itu ada hal penting lagi yang dia dakwahkan yang tak semata-mata berkaitan dengan moral (etika), yakni mengajak penduduk Ninawi mengikuti risalah tauhid yang diwahyukan Allah, kerana hal itu sebenarnya ajaran yang paling penting dari maksud diutusnya Nabi Yunus. Sayang seribu sayang, niat dan maksud baiknya diabaikan dan bahkan tidak dipedulikan. Penduduk Ninawi mendustakan Nabi Yunus. Mereka ingkar, tetap memilih dalam kekufuran. Hal itulah yang membuat Nabi Yunus merasa dakwah yang dilakukannya itu sia-sia. Maklum, Nabi Yunus sudah berdakwah cukup lama. Dari situlah, dia merasa tidak perlu lagi hidup di tengah-tengah kaumnya. Dia kecewa. Dia marah kerana kerja keras dan perjuangan dakwah selama sekian tahun itu tidak membuahkan hasil. Akhirnya, setelah sekian lama berdakwah dan tidak membuahkan hasil, dia pergi meninggalkan kaumnya dan mengancam bahawa dalam waktu tiga hari ke depan akan diturunkan azab Allah kepada penduduk Ninawi. Sebab, tak ada satu pun penduduk Ninawi yang mengikuti ajakannya atau menjadi pengikut Nabi Yunus.

***

Setelah kapal yang ditumpangi Nabi Yunus itu berlayar dan tepat berada di tengah lautan, rupanya cuaca sedang tidak baik. Gelombang bergulung-gulung. Kapal yang dinaiki laki-laki salih itu seperti diguncang-guncang ombak dan gelombang besar yang datang silih berganti. Kapal pun terumbang-ambing di tengah lautan. Sebahagian besar penumpang menjerit histeria, dan dicekam ketakutan lantaran kapal itu hampir tenggelam digulung ombak dan gelombang yang besar. Bahkan, kapal itu tidak selang lama mengalami kebocoran. Akibatnya, kapal itu semakin tertatih-tatih dan kian berat berlayar di tengah lautan kerana menanggung muatan yang sangat berat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Lelaki Miskin Dan Seekor Ikan Yang Busuk

PAGI masih menyelimuti perkampungan. Kala itu, seorang lelaki beranjak dari rumahnya, melangkahkan kaki menuju pasar. Tangannya menatang benang tenun yang akan dijual. Nantinya hasilnya akan dibelikan keperluan harian. Hanya dengan cara itulah, dia dapat menyambung hidup menyara keluarganya. Setelah menunggu beberapa lama, ia pun mendapatkan wang yang akan dibelikan sekampit tepung. Dengan hati yang gembira dia segera pulang. Namun di tengah jalan, dia melihat ada dua orang laki-laki yang saling berbalahan. Rupanya kedua orang tersebut berkelahi gara-gara merebut wang satu dirham. “Maaf, ada apa kalian saling bertengkar?” kata lelaki penjual benang tenun itu meleraikan. Salah seorang dari mereka memberitahukan bahawa keduanya bertengkar kerana wang satu dirham. Tahu bahawa pangkal persoalannya adalah wang, maka dengan serta-merta sipenanya segera merogoh sakunya. Wang satu dirham dari hasil jualan benang tenun, dia serahkan kepada mereka. Keduanya sangat senang dan kembali berdamai. Sementara lelaki penderma tadi melenggang, melanjutkan perjalanan pulang. Tanpa hasil di tangan. Sebab wang untuk membeli tepung sudah habis dia serahkan kepada mereka yang berseteru tadi.
Si isteri yang menunggu di rumah tampak kurang ceria melihat suaminya pulang tanpa hasil. Tapi lelaki itu segera menghampiri isterinya, dia jelaskan peristiwa yang dialaminya di sepanjang perjalanan itu. Mendengar penuturan suaminya, si isteri menjadi mengerti. Ia menerimanya dengan berlapang dada. Tapi perempuan itu tak kekurangan akal. Masih ada beberapa perkakas yang boleh ditukar untuk mendapatkan keperluan hidupnya. Lalu ia kumpulkan beberapa perkakas rumah dan menyerahkan kepada suaminya untuk dijual. Laki-laki itu pun berangkat. Harapannya kali ini pulang dengan sekampit tepung di tangan.

MUTIARA DALAM PERUT IKAN
Sungguh malang, barang-barang jualannya tidak ada sesiapa yang mahu membelinya di pasar. Beruntunglah lelaki itu beriringan dengan seorang laki-laki yang membawa ikan yang menebar bau busuk. “Engkau membawa sesuatu yang tidak laku, demikian pula dengan yang aku bawa ini. Apakah engkau mahu menukarnya dengan barang (daganganku)?” orang itu berkata kepadanya. Ia pun mengiyakan tanda setuju. Dan ikan itu pun dibawanya pulang. Meski hanya membawa seekor ikan yang mulai berbau busuk pula, tapi hati lelaki itu tetap senang. Pasalnya kali ini ada hasilnya. “Isteriku, segeralah masak ikan ini! Aku sudah sangat lapar, begitu pun engkau juga mesti lapar juga!” kata lelaki itu pada isterinya. Perempuan itu segera mengurus ikan tersebut. Lalu dibelahnya perut ikan tersebut. Pada saat ikan terbelah, tampaklah pemandangan yang sangat elok. Perempuan itu terkejut bukan kepalang. Namun demikian, ada rona gembira di wajahnya. Dia menduga bahawa benda kecil di perut ikan itu adalah mutiara.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Afong: Masuk Islam Kerana Tolak 'Tiga Tuhan'

SEBAGAI penganut Kristian Katolik yang taat, Johanes Paulus, yang mesra dipanggil Afong, sebenarnya dipersiapkan oleh bapanya untuk menjadi seorang paderi apabila dewasa kelak. Kerana itu, saat remajanya dia disekolahkan di sekolah teologi, yang khusus mendalami ajaran-ajaran katolik. Justeru di sinilah masalah itu muncul. Ketika menginjak kelas 3, rupanya daya kritis Afong sebagai anak remaja mulai tumbuh. Ia mulai menggugat konsep ketuhanan yang dimiliki oleh agamanya, iaitu keberadaan Tuhannya dalam tiga peribadi: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Dalam konsep ini, Jesus kadang-kadang dianggap Tuhan dan kadang-kadang dianggap sebagai anak Tuhan. Bagi, Afong remaja, hal ini sangat membingungkan.. Menurut Afong, dalam kepercayaan Katolik, Jesus disalib dan meninggal dunia untuk menebus dosa warisan yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. Jadi, kehadiran Jesus untuk menyelamatkan umat manusia. Pertanyaannya: Jika Tuhan yang punya hak untuk mengampuni dosa manusia, kenapa ia harus mengutus anaknya (Jesus) dan mengorbankannya untuk mengampuni dosa-dosa umat manusia? Ini tidak logik. Kalau Tuhan berniat ingin mengampuni dosa-dosa manusia, tinggal mengampuni saja. Tidak sulit, kenapa harus ada pengorbanan – yang dikorbankan anaknya lagi? Lalu, kenapa Jesus harus mati lalu hidup lagi tiga hari kemudian? “Tuhan pula boleh buat begitu kerdilnya, begitu lemahnya,” katanya. Jika Jesus itu juga dianggap sebagai Tuhan, kenapa harus mati? Jika Tuhan mati, alam ini akan hancur. Adanya keteraturan alam yang sangat luar biasa, pasti ada yang mengaturnya, iaitu Tuhan. Jika Tuhan mati, alam akan boleh hancur. Lagi-lagi, ini tidak logik.
Belum lagi, kata Afong, sesaat sebelum meninggal, Jesus mengeluh kepada Tuhannya, “Tuhan, Tuhan, kenapa Engkau tinggalkan aku?” Jika Jesus sengaja diutus untuk dikorbankan sebagai penebusan atas dosa manusia, kenapa ia harus mengeluh kepada Tuhan. “Seperti tidak ikhlas,” ujar Afong. Sekali lagi, bagi lelaki yang dilahirkan di Jakarta pada 8 Ogos 1970 ini, konsep ketuhanan Katolik sangat tak logik. “Jadi, konsep triniti itu semakin saya fikir semakin tidak logik,”  ujarnya. Akal warasnya memberontak. Hati dan jiwanya kacau balau. Akhirnya, Afong pun keluar dari sekolahnya. Meski ditentang bapanya, tapi Afong tetap ingin keluar dari sekolah itu. Ia sendiri kemudian melanjutkan ke sekolah umum. Selama beberapa ketika ia sempat menjadi atheis (tidak percaya Tuhan). Tapi, lagi-lagi, dalam ketidakpercayaannya akan Tuhan itu, ia kembali merenung tentang alam. Matahari, bulan, bumi dan planet-planet yang lain, mengapa boleh berfungsi berjalan sesuai porosnya. Mereka sangat teratur. Semua ini tidak akan mungkin berjalan, jika tidak ada yang mengatur; dan yang mengatur itu pasti Tuhan. Akhirnya, ia mulai percaya lagi bahawa Tuhan itu sebenarnya ada.

Ke Hindu dan Buddha
Akhirnya, ia cuba mempelajari agama Hindu. Hal pertama yang ia pelajari adalah soal ketuhanan. Ternyata, ajaran Hindu juga tidak jauh berbeda dengan ajaran Katolik. Kalau di Katolik ada Tuhan tiga, sementara di Hindu ada Trimurti: Dewa Brahman (Pencipta/Utpathi), Dewa Wisnu (Pemelihara/Sthiti) dan Dewa Siwa (Penghancur/Pralina). Lagi-lagi, hal ini membingungkan Afong. “Jika Tuhan ada banyak, bagaimana boleh mengatur alam. Seorang presiden saja tidak boleh lebih dari satu dalam satu negara, apalagi Tuhan. Alam akan kacau jika dipimpin oleh lebih dari satu Tuhan. Mereka akan saling berebut kekuasaan,” ujar Afong. Bagi Afong, jelas hal ini sebuah kekeliruan. Ini tak logik. Belum lagi, di ajaran Hindu ada perbedaan kasta. Ada kasta Sudra (kasta terendah yang diisi oleh para hamba), Waisya (diisi oleh rakyat jelata, petani dan pedagang), Ksatria (diisi oleh para raja, bangsawan dan prajurit) dan Brahmana (kasta tertinggi, diisi oleh para bhrahmana). Lagi-lagi, hal ini membingungkan Afong.  “Manusia itu harus diangkat darjatnya, bukan dibuat-buat kastanya,” katanya. Merasa tidak puas dengan ajaran Hindu, Afong pun mempelajari ajaran Buddha. Lagi-lagi, ia tak menemukan apa yang dicarinya. Pada akhirnya, Buddha juga sama dengan Katolik, iaitu manusia dijadikan sebagai Tuhan. “Tuhan mereka bernama Sidharta Gautama. Awalnya, ia tak mengajarkan ketuhanan. Ia hanya mengajarkan akhlak. Kerana dianggap orang suci, ketika meninggal dunia Buddha dijadikan Tuhan,”  ujar Afong. Afong tidak puas dengan konsep ketuhanan dalam ajaran Buddha.

Lalu ke Islam    
Akhirnya, tak ada pilihan lagi, ia pun mempelajari Islam. Agama yang selama ini paling ia benci.  Selama ini, Afong ditanamkan pemikiran dalam agama Katolik bahawa Islam adalah agama orang Arab, orang pinggiran, terbelakang dan agama ‘teroris’ (pengganas). Dengan kata lain, Islam itu selalu digambarkan dengan citra yang negatif. Kerana itu, ia sebenarnya malas mempelajari Islam. Kalapun dulu ia mempelajari Islam saat di sekolah teologi, itu pun yang buruk-buruknya. Namun, kerana tak ada pilihan lagi, ia pun terpaksa mempelajari Islam. Seperti agama-agama yang pernah dipelajarinya, kali ini ia pun cuba mempelajari konsep ketuhanan dalam Islam. Ia pun mulai rajin pergi ke toko-toko buku seperti Gunung Agung, Walisongo dan Gramedia. Dalam pencariannya itu, akhirnya ia menemukan konsep syahadat, iaitu aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah. Dalam syahadat ini, Afong menemukan konsep yang jelas tentang Tuhan. Tuhannya orang Islam itu hanya satu iaitu Allah.
Sementara sifat-sifat Tuhan itu adalah Asmaul-husna. Ia mempelajari sifat Wujud (Ada), Qidam (Terdahulu), Baqa (Kekal), Mukhalafatul lil-hawaditsi (Berbeda dengan makhluk) dan sebagainya.  Bagi Afong, konsep ketuhanan Islam ini sangat memuaskan dirinya. Begitu juga dalam hal penggambaran Tuhan. “Di agama lain, Tuhan ada bentuk fiziknya, dalam Islam tidak ada. Dan memang harus begitu. Sebab, Tuhan tak boleh dibayangkan,” ujarnya. Bagi Afong, Tuhan yang benar adalah Tuhan yang tak dapat digambarkan (divisualisasikan). Ini sangat logik. Sebab, membayangkan makhlukNya saja sangat sulit, apalagi penciptanya. “Cuba Kita bayangkan saja matahari, bumi, bulan, galaksi dan tata surya kita. Betapa besarnya mereka. Dan itu terus-menerus tak dapat kita bayangkan, apalagi yang menciptakannya. Jadi, Tuhan itu tak boleh dibayangkan,” ujarnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Syria: Tragedi Pilu Umat Islam

DALAM sejarah Islam, Syria memang negeri yang menyimpan kenangan. Di sanalah bercokol kesan peradaban Islam masa lalu. Damascus – ibu kota Syria sekarang ini - pada masa-masa kejayaan Islam, pernah tercatat menjadi ibu kota kekhalifahan disamping menjadi pengkalan tentera Islam yang merebak ke segenap penjuru bumi dengan mengibarkan dakwah perkembangan Islam. Tak salah, jika Syria disebut sebagai gerbang sejarah. Selain itu, Syria juga dijuluki sebagai tempat lahirnya peradaban. Maklum, jika ditelusuri jauh ke belakang, kemajuan peradaban zaman moden sekarang ini nyaris tidak dapat dilepaskan dari sejarah dan perabadan bangsa-bangsa di wilayah Syria kuno, yang membentang mulai  pergunungan Taurus (Turki) hingga Sinai (dekat Mesir), dan dari Mediteranian hingga ke daerah Sungai Eufrat (di Iraq).
Dari penelitian arkeologi, pada tahun 1975 di Kota Ebla - bahagian utara Syria — disebutkan ada kerajaan Semit yang sempat berdiri dan menyebar dari Laut Merah ke Turki dan Mesopotamia (2500-2400 SM). Syria memang ‘kerak’ peradaban. Beragam jejak peradaban menancapkan peninggalannya di sana, mulai peradaban Arab kuno, Rom, Parsi, hingga peradaban Islam. Sayang, kini sejarah dan peradaban yang dimiliki Syria itu seperti berubah warna. Negeri itu berubah akibat krisis politik. Syria jadi “gelanggang pergolakan politik” yang masih terus mendidih. Ribuan orang harus jadi korban: meninggal dan tercedera dan melibatkan ribuan pelarian. Sungguh memilu dan menyedihkan. Padahal, dahulu Syria - yang dikenal  dengan negeri Syam - itu merupakan wilayah yang dalam sejarah Islam disebut-sebut sebagai negeri yang sangat diberkati. Di atas bumi Syria itulah, dulu para Nabi a.s. diutuskan. Tidak sedikit sahabat Nabi s.a.w. dan pejuang muslim kenamaan dikebumikan di Syria. Selain dikenal sebagai bumi para Nabi, Syria juga dikenal kaya dengan para ulamanya. Ulama kenamaan seperti Umar bin Abdul ‘Aziz, Ibnu Tayymiyah, al-Awza’i, an-Nawawi, Ibnu Katsir, Ibnu Qayyim al-Jauziyah bahkan deretan ulama lain adalah ulama ternama yang dibesarkan di negeri Syam.

Sekilas Sejarah Syria
Syria dikenal sebagai negeri yang memiliki sejarah tua. Syria dulu disebut bahagian pinggiran Timur laut Tengah yang menjulang dari gunung Thuruus sampai Sinai. Ada yang menyebut Syria dengan Syam. Orang Eropah menyebutnya Lipant. Dalam catatan sejarah Islam, wilayah yang sekarang dikenal dengan Syria itu masuk dalam negeri Syam (bersama Palestin, Lebanon, Jordan) Tak salah, jika Syria pada masa lampau dikenal sebagai salah satu pusat kebudayaan dunia. Beberapa abad lampau, Syria merupakan pusat pemerintahan Islam. Selain itu, wilayah Syria kuno sempat menjadi daerah yang diduduki selama berabad-abad dan juga merupakan wilayah yang diperebutkan oleh Rom dan Mongolia. Syria dikuasai Rom pada 64 SM oleh Pompeius setelah meraih kemenangan dalam Perang Mithridates Ketiga. Syria terus berada di bawah kekuasaan Rom selama tujuh abad berikutnya, termasuk oleh kemaharajaan Bizantium. Tetapi pada 637, negeri itu berada di dalam kekuasaan kaum muslim - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Di bawah kekuasaan Islam, Syria yang waktu itu disebut Syam masih dikenal sebagai negeri perdagangan. Konon, nama Syam mengacu salah satu nama putera Nabi Nuh a.s. yang selamat dari banjir besar: Sam. Dari Sam, kemudian lahir Bangsa Semit yang memunculkan agama Ibrahimiyyah, Yahudi, Nasrani, dan Islam. Tapi Syam pada saat itu memang tak semata meliputi Syria, namun juga Palestin, Lebanon, dan Jordan. Dalam catatan sejarah, Rasulullah s.a.w. pernah beberapa kali berkunjung ke Syria, bahkan sebelum diangkat Allah sebagai seorang Rasul ketika melakukan perdagangan. Di Syria, peradaban Islam sempat mengukir sejarah. Kekuasaan Islam dengan cepat menyebar. Puncak peradaban Islam di Syria terjadi pada masa Dinasti Umayyah. Khalifah pertamanya, Mu’awiyyah, memindahkan ibu kota dari Madinah ke Damascus (Syria). Dalam sejarah moden, negara Syria dicatat sebagai negeri merdeka pada tahun 1946. Tapi tragisnya, sejak merdeka, tidak lepas dari rentetan rampasan kuasa. Rampasan kuasa pertama: Mac 1949, di bawah kepemimpinanan Sami’ al-Hanawi. Rampasan kuasa kedua: di bawah kepemimpinan Hasan al-Zaim (Ogos 1949), dan rampasan kuasa ketiga: September di bawah pimpinan Adib Al-Syisyakli. Pada tahun 1954, terjadi rampasan kuasa lagi dipimpim Hasyim al-Aqhasi. Pada tahun 1957 terjadi rampasan kuasa kembali di bawah kepemimpinan Syukri al-Quutli. Saat itu sudah terjadi persatuan antara Mesir - Syria. Kemudian, September tahun 1961, terjadi rampasan kuasa oleh Tadzim al-Qudsi, memberhentikan pemerintahan Al-Quutli. Saat itu, berakhir persatuan antara Mesir-Syria.
Pada tahun 1966, di bawah Shalah Gadid, Syria dilanda rampasan kuasa lagi. Nurdin al-Anaasi jadi Presiden. Shalah Gadid jadi Perdana Menteri. Pada tahun 1971, Hafidz al-Asad naik menjadi Presiden. Selama 30 tahun di bawah kekuasaan al-Asad, Syria memasuki masa sulit. Setelah Hafidz meninggal dunia, Bashar al-Asad menggantikan ayahnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Mengingat Kembali Pesan Haji Nabi s.a.w.

KAUM muslim di seluruh dunia setiap tahun bertemu dengan bulan Zulhijjah atau yang dikenal dengan bulan haji. Haji adalah salah satu rukun Islam. Tetapi, ini hanya diwajibkan bagi orang yang sudah mampu dari segi kewangannya. Itu pun hanya diwajibkan satu kali dalam seumur hidup. Lebih dari sekadar kewajiban yang harus ditunaikan, haji sesungguhnya memberikan pesan-pesan penting bagi kehidupan kita saat ini dan seterusnya. Pesan-pesan ini antara lain disebutkan Rasulullah ketika baginda melaksanakan haji terakhir (haji Wada) pada tahun 10 H. Di padang Arafah, Rasulullah menyampaikan khutbah yang sangat terkenal kerana pesan-pesan penting di dalamnya. Khutbah tersebut diriwayatkan Bukhari dan Muslim, dan di antaranya berisi: “Wahai manusia, dengarkanlah apa yang akan aku sampaikan, kerana boleh jadi aku tidak bertemu lagi dengan kalian di tempat ini, setelah tahun ini, selamanya. Wahai manusia, sesungguhnya darah dan harta kalian adalah haram dizalimi oleh siapa saja di antara kalian, sebagaimana haramnya (dinodai) hari ini, pada bulan ini, di negeri kalian ini. Ketahuilah, sesungguhnya segala perkara jahiliyah berada di telapak kakiku (dibatalkan), dan darah jahiliyah juga dibatalkan. “Wahai manusia, sesungguhnya syaitan telah putus asa kerana tidak disembah lagi di bumi kalian ini, selamanya. Akan tetapi, jika ia ditaati pada perkara lainnya, maka ia akan membuat kalian rela terhadap perbuatan yang kalian anggap hina. Maka, berhati-hatilah kalian dengan syaitan dalam menjalankan agama kalian. “Wahai manusia, sesungguhnya riba nasiah itu adalah tambahan dalam kekafiran. Hal itulah yang telah membuat orang-orang kafir semakin sesat. Mereka menghalalkannya selama satu tahun, kemudian mengharamkannya selama satu tahun berikutnya. Mereka ingin menginjak-injak apa yang diharamkan Allah. Mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan olehNya. Dan sesungguhnya zaman itu telah berputar sebagaimana mestinya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri dari 12 bulan. “Bertakwalah kalian kepada Allah dalam memperlakukan kaum wanita. Kerana kalian telah mengambil mereka dengan jaminan dari Allah, dan kalian juga telah meminta kehalalan kemaluan mereka dengan menggunakan kalimat Allah. Sesungguhnya kalian memiliki hak atas mereka, dan mereka pun memiliki hak atas kalian. Mereka berkewajiban menjaga tempat tidur kalian dari orang-orang yang kalian tidak sukai. Jika mereka melanggarnya, maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Mereka juga berhak mendapatkan rezeki dan pakaian dari kalian dengan cara yang baik. “Renungkanlah, wahai manusia, ungkapan yang telah aku sampaikan kepada kalian. Aku juga meninggalkan sesuatu buat kalian, di mana kalian tidak akan sesat selamanya sepanjang kalian berpegang teguh padanya: al-Quran dan sunah RasulNya. Wahai manusia, dengarkanlah dan taatilah, sekalipun yang memimpin kalian itu adalah seorang hamba sahaya yang cacat dari bangsa Habasyah, selama ia menegakkan al-Quran di tengah-tengah kalian.
“Wahai manusia, dengarkanlah perkataanku dan fahamilah. Ketahuilah bahawa setiap muslim itu bersaudara satu dengan yang lainnya. Bahawa sesama muslim itu saling bersaudara. Kerana itu, tidak halal bagi seorang pun mengambil milik saudaranya, kecuali dengan cara yang benar. Janganlah menzalimi diri kalian. Ya Allah, apakah aku telah menyampaikannya? Kalian pasti akan bertemu dengan Tuhan kalian, maka janganlah kalian kembali sesat (sepeninggalku) dengan saling menzalimi satu sama lain.” Inilah haji pertama dan terakhir Rasulullah. Kerana itu, haji ini disebut dengan haji Wada, yakni haji perpisahan. Pidato baginda di Arafah menunjukkan hal ini. Baginda tidak boleh menjamin apakah tahun depan baginda masih boleh ke Makkah lagi untuk berhaji. Sebagai haji perpisahan, ini momentum penting bagi kaum muslimin. Dan, itu tidak disia-siakan Rasulullah. Di padang Arafah, baginda menyampaikan pidato panjang tentang banyak hal, seperti disebutkan di atas, yang pada intinya adalah pesan kemanusiaan kepada segenap kaum muslim agar tetap dijaga. Rasulullah adalah pemersatu kaum muslimin yang tadinya berpecah-belah dalam sentimen dan fanatik kesukuan. Potensi perpecahan itu akan kembali muncul manakala baginda sudah tiada. Kerana itu, baginda mengingat dengan pesanan keras tentang hal ini. Masalah kezaliman juga sangat baginda tekankan, kerana watak manusia pada dasarnya mendorong dirinya untuk berbuat zalim, apalagi jika di lingkungan sosial berlaku pengkelas-kelasan sosial. Baginda menegaskan bahawa tidak ada kelas-kelas sosial, kerana manusia itu hakikatnya sama. Yang membedakan adalah takwa atau kualiti seseorang yang terlihat dalam peranan positif yang dimainkannya di lingkungan sosial.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Kisah Pengantin Lelaki Tinggalkan Majlis Pernikahan

DULU-DULU orang lelaki suka berkahwin secara sembunyi-sembunyi. Ini kerana mereka sudah ada isteri, dan berkahwin satu lagi takut isteri marah. Hal ini biasanya berlaku di kampung-kampung di mana orang lelaki berkahwin lain secara diam-diam. Kadang-kadang cara macam ini boleh menimbulkan pelbagai masalah. Kalau isteri pertama dapat tahu, buruk padahnya. Pelbagai tindakan yang boleh diambil oleh isteri terhadap suaminya yang berkahwin secara sembunyi itu. Dalam satu kuliah agama, sebagaimana biasa, ustaz yang memberi kuliah itu adalah pernah memegang jawatan kadi. Ustaz ini bercerita tentang kisah bagaimana seorang suami berkahwin dengan wanita yang dicintainya. Ustaz ini memang banyak modal bila dia memberikan ceramahnya dalam majlis-majlis kuliah yang diadakan di masjid ataupun di surau. Kadang-kadang ceritanya menarik, dan kadang-kadang tidak. Yang menarik tu, dijadikan sebagai modal pula untuk majalah ini. Ceritanya kali ini bagaimana seorang lelaki yang sudahpun punya isteri dan anak seorang. Lelaki ini  telah meminang seorang anak gadis yang dikenalinya. Anak gadis ini memang tidak tahu latar belakang lelaki ini, tetapi barangkali hati sudah berkenan, maka tidak perlu lagi dikaji latar belakang, yang bakal menjadi suaminya itu. Ustaz ini memulakan ceritanya di mana pada suatu pagi sedang dia duduk di kerusinya sambil membaca akhbar yang baru dibelinya di kedai yang tidak jauh dari pejabatnya. Sedang asyik dia membaca sebuah berita mengenai seorang wanita bertemu dengan seorang bomoh yang mahukan supaya suaminya sentiasa sayang dan tidak keluar malam terperangkap dengan bomoh itu sendiri yang berbelanja hampir lima ribu ringgit. Duit lesap, bomoh tipu dia, suami tetap keluar malam lebih dahsyat dari yang sudah-sudah, dan bomoh itu sendiri lesap entah ke mana. Sedang ustaz tersenyum-senyum membaca berita itu sambil dalam hatinya  berkata-kata: “Padan muka...Jumpa lagi bomoh...Akhirnya bomoh mainkan dia...(kebas duit dia) tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar. “Assalamualaikum tuan kadi?” Bunyi suara itu dari luar dan dengan segara pintu pun terbuka. “Waalaikummussalam wr.wbt.” jawab tuan kadi dengan tenang sambil mempersilakan orang yang membuka pintu biliknya masuk. Ada tiga orang, dua perempuan dan seorang lagi lelaki. Ketiga-tiganya mungkin anak beranak, fikir tuan kadi dalam kepalanya. Apa yang difikirkan oleh kadi itu memang betul belaka. Yang datang itu ialah Zaliha (anak), Jalil (ayah) dan Hasnah (ibu). Mereka datang berjumpa dengan kadi ada kes besar mengenai anaknya kahwin “tak jadi”. Mereka datang mahu saman malu, dan mahu tuntut ganti rugi keluarga lelaki, yang namanya dikenali sebagai ‘Usman Sabtu’. Semua nama-nama yang disebutkan dalam kes ini bukanlah nama yang sebenarnya. Sebenarnya, kes “tak jadi kahwin” di mana mana pun ada berlaku. Bagi Kadi kes macam ini sudah menjadi perkara biasa kepada kadi itu sendiri.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Bila Meninggal Dunia Ketika Tunai Haji

HAJI itu ibadah khusus. Sangat istimewa. Sebabnya, tidak semua orang boleh menjalaninya. Hanya mereka yang mampu dan mendapatkan hidayah Allah saja yang boleh menunaikan rukun Islam kelima tersebut. Kerana itu, suatu kehormatan bagi muslim yang boleh berhaji; ia mendapatkan kesempatan untuk masuk syurga. Tentu saja, syaratnya, ia beroleh meraih haji mabrur. Dari Abdullah bin Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ikutilah antara Haji dan Umrah (melakukan ibadah Haji dan Umrah), kerana sesungguhnya keduanya boleh membersihkan dari kefakiran dan beberapa dosa sebagaimana membersihkannya selongsong pada kotoran besi, emas, perak dan tiada pahala  bagi orang yang haji mabrur (yang diterima) kecuali syurga.” (HR. Termizi) Dengan segala keistimewaannya dari Allah tersebut, tidak sedikit jemaah haji yang berharap boleh meninggal dunia di sana. Alasannya sederhana: mereka ingin mendapatkan syurganya Allah. Pertanyaannya: Apakah jemaah haji yang meninggal di Makkah atau Madinah sudah pasti masuk syurga? Tidak ada dalil yang jelas mengulas soal ini. Andaipun ada, hanya membahas soal balasan haji mabrur, iaitu syurga. Sementara itu tidak semua jemaah haji itu boleh mendapatkan gelar haji mabrur, termasuk orang yang meninggal dunia. Pada titik ini, satu jawapan sebenarnya sudah terungkap bahawa jemaah haji yang meninggal dunia tidak ada jaminan akan masuk syurga. Secara logik, hal ini boleh dianalisa sebagai berikut: Pertama, tidak semua dana yang dipakai jemaah haji adalah dana yang halal. Boleh jadi, ada di antara mereka yang menggunakan dana korupsi, hasil wang tidak halal, wang riba dan sebagainya. Pertanyaannya: apakah layak mereka yang menggunakan dana haram boleh masuk syurga ketika meninggal dunia, meski itu berada di waktu yang mulia, iaitu saat haji?
Kedua, teks hadis secara jelas mengatakan bahawa syurga hanya diperuntukkan untuk jemaah haji yang mabrur (hidup atau meninggal), bukan untuk setiap jemaah haji. Ketiga, niat haji orang berbeda-beda. Ada yang kerana ‘prestij’ dan ada pula kerana mengharapkan redho Allah. Kerana itu, syurga hanya diperuntukkan bagi jemaah haji yang punya niat tulus dalam berhajinya, bukan untuk tujuan yang lain.
Sementara tidak semua jemaah haji memiliki niat semacam ini. Kerana itu, tidak layak jika syurga sudah pasti milik jemaah haji yang meninggal di sana, tanpa melihat segala kualiti hajinya.  Keempat, ada jemaah haji yang bunuh diri dari hotelnya. Apakah orang yang bunuh diri, meski sedang haji, langsung masuk syurga? Tentu saja tidak, sebab bunuh diri sangat dicela Allah. Betul bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda (riwayat Abu Hurairah), “Barangsiapa yang keluar untuk ibadah haji lalu mati maka Allah menulis baginya pahala (amalan) haji sampai hari Kiamat, dan barangsiapa yang keluar untuk ibadah umrah lalu mati maka Allah menulis baginya pahala (amalan) umrah sampai hari Kiamat, dan barang siapa yang keluar untuk perang lalu mati maka Allah menulis baginya pahala (amalan) perang sampai hari kiamat.” (HR. Thabrani)
Tetapi, hadis ini hanya menjelaskan soal nilai pahala untuk pelaku jemaah haji. Pahala bukanlah syurga. Berdasarkan hadis ini, orang yang keluar untuk haji lalu meninggal dunia, maka ia akan mendapatkan pahala hingga hari Kiamat. Ketika perhitungan di hari Mahsyar nanti, pahala haji itu akan dihitung (sejak kematiannya hingga hari Kiamat) lalu ditimbang. Apakah hasilnya lebih banyak pahala ataukah dosa? Jika banyak pahala, maka balasannya adalah syurga. Sebaliknya, jika banyak dosanya, maka ia akan disiksa dulu di akhirat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Ajaran Bodoh Ajar Orang Bodoh

SEKARANG ini ada macam-macam ajaran “sesat” muncul dalam negara kita. Dah macam–macam perkara dibuat oleh pemimpin-pemimpin agama kita, namun ajaran sesat muncul juga di sana sini. Yang Pak Syeikh hairan, ada pula pengikutnya. Bukannya seorang dua, bahkan ramai pula. Pak Syeikh tak faham apa yang mereka terpengaruh sangat dengan ajaran-ajaran baru ini. Akhir ini ada pula ajaran sesat “Tuhan Harun”. Betul punya mengarut... Apa bendanya tuhan Harun tu? Yang pengikut-pengikut tu terpengaruh sangat kenapa? Apa... tak ada ilmu ke? Namun Nabi Muhammad s.a.w. dah bawa ajaran agama yang betul dan benar. Ikut saja sudahlah. Apa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. itu benar belaka. Ianya bersumberkan dan berpunca dari Allah s.w.t. Apa yang kita sibuk-sibuk nak percaya yang lain tu, pasal apa? Berpuluh-puluh tahun Nabi mengajarkan agama yang benar dan betul, dan dah ramai pengikutnya seluruh dunia menerima dan mengamalkannya, kenapa pula kita sibuk-sibuk nak percaya dengan ajaran dari orang-orang yang macam “keledek Gheboi” ini? Pelik bin aneh sungguh. Nabi kita dah bawa agama yang betul dan benar iaitu “agama Islam.” Allah beritahu dalam Quran: “Islam saja yang diterima dan Allah redho terhadap Islam.” Apa nak lagi? Yang mengaku nak ajar agama itu dan ini, bukannya betul, cuma nak cari duit dan nak cari kaya.
Allah jua beritahu dalam Quran, “Janganlah kamu mati, kecuali mati dalam Islam.” Sudah terang dan jelas penerangan dari Allah. Pak Syeikh kadang-kadang naik angin juga kenapa ada orang-orang Islam kita yang percaya dengan ajaran-ajaran yang tidak betul dan mengarut macam ni? Pak Syeikh nasihatkan orang-orang yang terpenaruh ini datanglah ke majlis-majlis pengajian kuliah agama di masjid-masjid dan surau-surau pada setiap malam selepas solat fardu maghrib. Macam-macam ilmu agama diajar oleh para ustaz kita. Ada bab sembahyang, bab tauhid, bab mengenai agama Islam, bab angkat wuduk, bab macam mana kita nak sembahyang, apa nak baca, dan kafiyat cara-cara sembahyang itu. Semuanya ada dalam kuliah ini. Percuma saja. Tak perlu bayar. Datang sajalah. Ambillah ilmu yang diajar oeh para ustaz kita. Tak bayar apapun. Semua jawatankuasa masjid dan surau dah bayarkan. Kita tak payah bayar lagi. Kita cuma datang dan dengar saja. Bila kita dah ada ilmu tentang agama kita, tentulah kita tidak terpengaruh lagi dengan ajaran-ajaran sesat sebagaimana yang terjadi sekarang. Sebenarnya, orag-orang ini mengaku jadi guru. Sebenarnya dia orang bodoh, mahu mengajar orang bodoh supaya jadi bodoh, bukan jadi pandai. Jadi, janganlah percaya dengan orang-orang jenis ini. Pak Syeikh berharap kerajaan terutama Zahid Hamidi, ambil berat. Tangkap mereka dan hukum mereka dengan seberat-beratnya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Habib Munzir: Mimpi Bertemu Rasulullah Dan Angka 40

HABIB MUNZIR merupakan anak keempat dari empat beradik pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya lahir di Palembang dan dibesarkan di Makkah. Setelah lulus pendidikan jurnalistik di New York University, Amerika Syarikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian Berita Yudha yang lalu menjadi Berita Buana. Masa kecilnya dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa. Ayahnya meninggal dunia tahun 1996 dan dikebumikan di Cipanas, Jawa Barat. Setelah ia menyelesaikan Sekolah Menengah Atas, dia mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, dan Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, sebelum akhirnya terbang ke Yaman. Di negeri para habib itu, ia belajar di Ma’had Darul Musthafa pimpinan Habib Umar. Setelah lulus ia kembali ke Jakarta. Di masa-masa Habib Munzir mendirikan “Majlis Rasulullah”, gurunya Habib Umar bin Hafiz pernah menyatakan rasa bangganya saat beliau melihat iring-iringan jemaah memakai jaket hitam bertuliskan “Majlis Rasulullah”. Ya, seperti layaknya pohon subur, ilmu yang diserap Habib Munzir sudah menghasilkan buah yang manis. Tapi Habib Munzir mengaku pernah membuat ayahnya merasa kecewa. Ia pada mulanya tampak tak terlalu serius dalam menuntut ilmu. Ayahnya memang membebaskan Habib Munzir menuntut ilmu yang ia suka, apapun itu, walau ia mengharapkan Habib Munzir menuntut ilmu agama. “Kau ini mahu jadi apa? Jika mahu belajar ilmu agama maka belajarlah dan tuntutlah ilmu sampai keluar negeri. Jika ingin mendalami ilmu dunia maka tuntutlah sampai keluar negeri, namun sarananku tuntutlah ilmu agama. Aku sudah mendalami keduanya, dan aku tak menemukan keberuntungan apa-apa dari kebanggaan orang yang sangat menyanjung negeri barat, walau aku lulusan New York University, tetap aku tidak beroleh kejayaan di dunia kecuali dengan kelicikan, saling berebut dalam kerakusan berebut jawatan, dan aku menghindari itu,” nasihat si ayah. Satu hal yang menonjol dari Habib Munzir sejak kecil adalah kecintaannya pada Rasulullah s.a.w. Ia mengaku kerap bermimpi bertemu Rasulullah. Dalam satu kesempatan Habib Munzir mengkisahkan mimpinya itu. “Suatu waktu saya mimpi bersimpuh dan memeluk lutut Nabi s.a.w. dan berkata ‘Saya sangat rindu padanya, jangan tinggalkan aku lagi, butakan mataku ini asal boleh berjumpa denganmu, atau matikan aku sekarang, aku terseksa di dunia ini.’ Rasulullah lalu menepuk bahuku dan berkata, ‘Munzir, tenanglah! Sebelum usiamu mencapai 40 tahun kau sudah berjumpa denganku’ dan saya terbangun,” kisah Habib Munzir. Habib Munzir sempat menjadi pelayan di hostel yang didirikan ibunya. Sambil bekerja, kadang-kadang penyakit asmanya menyerang. Ia berusaha melawan itu dengan berpuasa Nabi Daud. Ia membuat minuman, memasak nasi goreng pesanan tamu dan membersihkan bilik-bilik hostel. Di masa itu ia sempat belajar di Bukit Duri kepada Habib Umar bin Abdurrahman Assegaf, namun tak bertahan lama kerana sakit asmanya kerap berulang. Ia lalu mengikuti kursus bahasa Arab dan sering menghadiri peringatan maulid yang digelar Habib Umar bin Hud al-Attas di Cipayung. Kalau tak ada biaya ia pergi menumpang lori dari Cipanas menuju Jakarta. Keadaan Habib Munzir yang tampak tak jelas membuatnya dipandang bagaikan sebelah mata. Bahkan, Habib Munzir mengaku takut ikut berkumpul saat menyambut hari raya kerana keadaannya itu kerap dipermasalahkan.
Dalam keadaan itu ia kerap berdoa sambil menangis agar dipertemukan dengan guru yang dicintai Rasulullah. Tahun 1994 ia berjumpa dengan Habib Umar bin Hafiz, seorang guru dari Yaman. Tak disangaka-sangka, Habib Umar memintanya untuk belajar ke Tarim, Yaman. “Namamu Munzir kelak kau akan menjadi pemberi peringatan pada jemaahmu kelak,” ujar Habib Umar kepada Habib Munzir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Pentingkah Membina Kubur?

UDA sudah meninggal dunia. Namun kuburnya yang sudah dipagar dengan batu marmar setinggi pinggang orang dewasa menjadi perdebatan. Isterinya, Pipah, tidak sependapat dengan pemugaran tersebut kerana dianggap terlalu mewah dan terlihat terlalu tinggi dibandingkan dengan kubur-kubur lainnya. Sehingga kuburnya lebih menjolok mata. Isteri Uda ini menginginkan kuburan suaminya dibuat sederhana saja sama seperti kubur-kubur lainnya. Sedangkan keluarga Uda berpendapat bahawa pemugaran kubur Uda tidaklah perlu dipermasalahkan. Keluarga merasa memiliki ‘kewajipan’ untuk membuat kubur Uda nyaman untuk disinggahi oleh para penziarah. Kebetulan banyak kubur alim ulama yang diperlakukan lebih istimewa, sementara kubur Uda hanya dibuat biasa saja. Polemik soal tanah kubur makin ramai lantaran tanah kubur Uda berada di tengah-tengah kawasan perkuburan umum itu, di mana sekitarnya juga terdapat banyak kuburan lain yang kebanyakan juga ditandai seadanya. Sementara peraturan kubur umum sudah ada ketentuannya tersendiri yang tidak boleh dilanggar. Dalam peraturan tata kelola kubur, ada aturan-aturan yang sudah ditetapkan oleh Pemprov DKI Jakarta. Peraturan Pemprov ini tercatat di Peraturan Daerah (Perda) No. 3 Tahun 2007 tentang larangan untuk membangun di atas tanah kubur awam selain tanda pada batu nisan dan juga rumput.

Reaksi beberapa pihak
Memang di berbagai tempat kita masih menemui banyak tanah kubur dibangun dengan megah.  Di Indonesia sendiri banyak kita saksikan, tanah-tanah perkuburan para wali dibangun sedemikian rupa berbeda dengan tanah kubur umat Islam pada umumnya. Namun keberadaan tanah kubur mereka tak dipersoalkan mengingat jasa besar mereka terhadap penyebaran Islam di nusantara. Pembangunan tanah kubur seperti di atas bagi sebahagian orang dianggap penting sebagai penanda bahawa di tempat itulah bersemadi tokoh besar yang punya jasa besar di tengah masyarakat. Pembangunan tanah kubur juga dimaksudkan agar para penziarah yang berdatangan dari berbagai kota dapat mendoakan orang yang meninggal di tempat itu dengan nyaman. Atas dasar banyak juga makam para Nabi, para wali dan banyak tokoh yang dibangun cukup megah tersebut, maka Ustaz Aswan, Abang Uda dan beberapa pendukungnya menilai bahawa pemugaran makam Uda dengan batu marmar setinggi pinggang orang dewasa tak perlulah diperdebatkan. Menurutnya, Uda layak mendapat ‘penghargaan’ seperti itu. Sebab sebelum pemugaran, di sekitar tanah kubur tersebut tampak becak dan kotor sehingga membuat para penziarah tampak kurang nyaman. Masalahnya, kuburan Uda berdiri di atas tanah kubur awam.  Padahal aturan tidak boleh membangun bangunan yang melebihi dari ketentuan yang sudah diatur. Ketika ada kubur dibangun lebih menonjol berbanding kubur-kubur lain di tempat itu, maka boleh jadi membuat perbedaan antara satu dengan yang lain. Ini akan berbeda apabila pembangunan atas kubur berada di tanah milik keluarga atau tanah peribadi. Dari kaca mata agama disebutkan sebuah riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. pernah memerintahkan sahabat agar kuburan Uthman bin Mazh’un diberi tanda dengan cukup menancapkan batu atau kayu di atasnya. Inilah yang kemudian menjadi landasan umat Islam, di mana di tiap-tiap tanah kubur diberi tanda berupa batu nisan. Jadi pesan soal tanah kubur dari riwayat tersebut hendaknya dibuat sederhana saja, sama sekali tak menonjolkan kemewahan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...

Solat Dan Cinta

MAAF, sebelumnya. Agar anda tidak terlanjur, sejak awal, saya perlu tegaskan: tulisan ini bukan ehwal cinta yang aduhai tertib dalam imajinasi anda: dua sejoli yang asyik-masyuk, kemudian menikah, lalu beranak-pinak dan kemudian menua hingga ajalnya. Atau: sepasang kekasih yang saling mencintai, lalu berpisah, dan kemudian kesepian di akhir hayatnya. Bukan, saudaraku. Ini bukan tentang cinta itu. Ini cinta yang lain yang saya pun ragu dapat melakoninya;  cinta teramat halus, yang begitu indah dan mempesona ke dalam jiwa, cinta yang setiap desir dan hembusannya, yang saya masygul mampu meraihnya. Ini cinta yang terjadi di dalam ibadah anda: solat. Semoga tidak menjadi klise kerana ia laku prinsipal yang wajib ditunaikan setiap hari. Syahdan, dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Jika seorang hamba berdiri di dalam solatnya, Allah s.w.t. mengangkat tirai yang menghalangi antara Dia dan hambaNya itu, lalu Dia pun menghadapinya dengan “Wajah”Nya. Malaikat berbaris, mulai dari kedua bahunya sampai ke langit, bersolat mengikuti solatnya dan mengucapkan amin atas doanya. Dan sesungguhnya, seorang yang sedang bersolat ditaburi segala kebajikan dari puncak langit sampai garis pembatas rambut di kepalanya. Di saat itu, bahkan terdengar suara: “Sekiranya hamba yang sedang bermunajat ini menyadari siapa yang diajaknya bermunajat, nescaya ia tidak akan menoleh ke arah mana pun.” Dan sesungguhnya, pintu-pintu langit terbuka bagi orang-orang yang bersolat. Sedangkan Allah s.w.t. menunjukkan kebanggaanNya di antara para malaikat berkenaan dengan hambaNya yang sedang bersolat.” Sungguh, siapa yang dapat menampik anugerah dahsyat dari Allah tersebut? Ketersingkapan DiriNya untuk sang hamba. Berlimpahnya kebajikan untuk hambaNya. Meluapnya kasihNya untuk mereka yang tengah sembahyang. Bahkan, yang luarbiasa, ia bangga-banggakan hambaNya yang solat itu di hadapan para malaikatNya. Persoalanya, berapa banyak di antara kita yang mengkhidmati solat dengan kesedaran demikian? Berapa banyak di antara kita yang memperlakukan solat sebagai medan pertemuan antara sang abid dengan Tuhannya? Berapa peratus jumlah muslim yang menjadikan solat sebagai laku cinta selayaknya sang kekasih bertemu pujaan hatinya?
Solat kita adalah solat yang - acapkali terburu-buru. Solat kita ialah solat yang sentiasa menunda-nunda. Solat kita adalah solat yang “kurang peduli” akan cinta Ilahi. Betapa tidak? Bukankah ketergesa-gesaan dan menunda-nunda dalam solat itu senarai buktinya. Solat kita adalah solat yang membiarkan kecamuk benak dengan hal-hal duniawi. Bukankah urusan ini-itu di luar ibadah kerap terbawa ketika kita menunaikan solat? Bibir boleh mengucap AsmaNya, tapi sanubari luput mengingat NamaNya. Bukankah yang demikian laku “munafik” seorang hamba  yang katanya selalu merindukan nikmat dan KasihNya?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2014 di pasaran...