Monday, September 20, 2010

Variasari Keluaran Oktober 2010

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Oktober 2010? Kalau belum dapatkan segera sebelum kempunan...

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari para pembaca amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Oktober 2010 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Oktober 2010









Hidayah Oktober 2010





Hidayah keluaran Oktober 2010 sudah beredar di pasaran.
Pastikan anda memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami Oktober 2010

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadapan Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. SYAWAL 1431 menjelang jua...Betapa harmoninya hidup ini. Lepas satu nikmat diberikan nikmat lain lagi. Tanpa putus-putus dan tidak pernah habis-habis. Ramadan yang telah dilalui dengan nikmat dan rahmatnya dan keampunanNya menyusul pula kedatangan Syawal. Kedatangannya bukan sekadar dirai dengan hanya menghulur salam saling bermaafan, bukan sekadar mengecap nikmat kuih muih, lemang ketupat dengan rendangnya. Bukan dengan balik kampung mengunjungi ibu bapa, menziarahi sanak keluarga dan sahabat handai, bukan itu semata-mata... Nikmat yang sebenarnya ialah nikmat masih berkemampuan menjalani ibadat puasa dan lain-lainnya kerana Allah. Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Darda’ r.a. yang berkata: “Andaikan tidak kerana tiga macam, maka saya tidak hirau untuk segera mati. Pertama: meletakkan dahi ke tanah kerana sujud kepada Allah. Dan (kedua) Puasa pada musim kemarau sehingga dapat merasakan benar-benar lapar dan haus dan (ketiga) duduk bersama kaum (orang-orang) yang menjaga benar-benar kalimat percakapan yang keluar dari mulut sebagaimana memilih biji-biji kurma yang baik.” Sehubungan dengan itu ada hadis yang bermaksud: “...adapun amal yang mendapat tujuh ratus, maka tiap amal memperjuangkan agama Allah atau perbelanjaan dalam jihad fisabilillah. Adapun yang tidak diketahui pahalanya kecuali oleh Allah s.w.t.sendiri ialah puasa.” Begitulah kelebihan ibadat puasa. Jadi peringatan di sini, buat saya dan para pembaca dalam menyambut syawal ini hendaklah kita melakukan amalan puasa sunat enam hari. Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda: “Siapa yang puasa di bulan Ramadan kalau dilanjutkan dengan (puasa) enam hari pada bulan Syawal, maka sama dengan berpuasa sepanjang tahun.” Pembaca budiman, marilah kita rebut setiap amal kebaikan dan amal ibadat dalam sisa-sisa hidup kita yang masih tinggal ini. Entah Syawal tahun depan mungkin sebilangan kita akan menyambut di perut bumi. Jangan-jangan entah esok lusa kita sudah tiada lagi. Allah sahaja yang mengetahuinya. Terima kasih kepada pembaca yang mengirimkan ucapan “Selamat Hari Raya” melalui email dan kad raya dan sms. Sokongan anda hendaknya berterusan sampai bila-bila. Kami di sini juga turut memohon maaf dan mengucapkan “Selamat Menyambut Syawal 1431”.
Pembaca semua adalah di hati penerbit dan karyawan Hidayah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Surat Pembaca

RAYUAN DERMA DARI ANAK-ANAK YATIM MUAR
Saudara Pengarang,
Assalamualaikum wr.wbt. Terlebih dahulu pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih seandainya surat ini terpilih untuk disiarkan di ruangan ini. Kami AJK Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar merayu kepada para pembaca Hidayah dan para dermawan untuk menghulurkan bantuan derma kepada pertubuhan ini bagi membiyai perbelanjaan anak-anak yatim di bawah kelolaan kami. Bilangan anak-anak yatim di sini ialah seramai 97 orang, 47 lelaki dan 50 perempuan. Sesungguhnya setiap sen yang dihulurkan kepada pertubuhan ini amat bermakna buat anak-anak yatim ini. Segala sumbangan menurut jumlah tertentu akan dikecualikan dari Cukai Pendapatan. Setiap sumbangan para dermawan boleh dibankkan terus ke dalam akaun bank kami. Sila kirimkan salinan slip bank untuk makluman kami
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD,
CAWANGAN MUAR No. Akaun: 1023010004926
Mudah-mudahan dengan sumbangan para dermawan ini kami doakan akan diterima sebagai amal kebajikan kelak di akhirat. Kami sekeluarga PKAYIM mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin,” kepada pembaca Hidayah khususnya dan umat Islam umumnya. Andai ingin berhubung terus dengan kami bolehlah menggunakan alamat berikut:
Yang Dipertua,
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar,
N0.18, Jalan Petrie, Peti Surat 109, 84007 Muar, Johor Darul Ta’zim.
Wassalam.

AJK PKAYIM,
Muar, Johor.

• Sesungguhnya tangan kanan yang menghulur derma tanpa diketahui tangan kirinya akan mendapat pahala yang berganda kerana keikhlasan pemberinya. Mungkin anda salah seorang daripadanya... – Pengarang.

MAHU HIDAYAH BERKUALITI
Saudara Pengarang,
Saya tertarik dengan cadangan saudara Yusman Abdul Rahman dari Simpang Pulai, Ipoh, Perak yang mencadangkan supaya majalah Hidayah diterbitkan dua kali sebulan. Itu satu cadangan yang menarik, tapi kita harus ingat bahawa untuk menerbitkan majalah Hidayah dua kali sebulan bukannya payah sangat, tapi kita harus lihat pada isi kandungan yang dimuatkan didalamnya, apakah ianya mengikut fakta atau tidak, kerana majalah ini adalah bercorak keagamaan. Kita tidak boleh main tangkap muat sahaja dan kita harus menilai mutu rencana yang dimuatkan didalamnya, apakah ianya benar-benar memberi kepuasan kepada semua pembaca. Kalau kita pandang dari sudut keuntungan memanglah untung, tapi dari sudut kualiti bagaimana, kalau banyak tapi kualitinya kurang memuaskan, ianya akan membosankan pembaca. Begitu juga dengan kos percetakan dan kos atau gaji tambahan kepada para penulis rencana serta karyawan Hidayah kerana tugasnya bertambah, maka upahnya juga mestilah bertambah, kalau tidak nanti apa kata mereka, sudah tentulah rungutan dan seranah yang mereka lemparkan kepada majikan. Saudara Yusman kena fikirkan itu. Ini harus difikirkan secara mendalam oleh pihak penerbit, kebajikan pekerja juga perlu diambil kira, kerana pekerja dan majikan perlu berada dalam satu pasukan yang selesa barulah sesuatu perkara itu dapat berjalan dengan lancar. Kalau pekerja dan majikan tidak bersatu hati, maka ianya akan menimbulkan banyak masalah, perkara ini haruslah difikirkan sedalam-dalamnya.
Berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Ianya harus diselidiki tentang pasaran dan permintaan khalayak sebelum bertindak untuk menerbitkan dua kali sebulan, apakah ianya memerlukan dan ianya menjamin akan kepuasan para pembaca khususnya para peminat majalah Hidayah atau sebaliknya. Janganlah kita berfkir apabila mendapat pujian dari seseorang maka kita harus bertindak tanpa membuat sebarang kajian yang terperinci. Yang akan menanggung beban ialah penerbit. Pembaca tidak akan merasa apa-apa akibat lambakan Hidayah di kedai-kedai buku atau kedai-kedai surat khabar. Kepada saudara Yusman saya memohon maaf, saya bukanlah menidakkan saranan saudara, seperti yang saya katakan diawal tulisan, bahawa cadangan ini adalah satu cadangan yang baik, tapi kita harus fikirkan bersama apakah ianya boleh memberi keuntungan kepada semua pihak, sama ada penerbit, karyawan dan pembaca.

ARA,
Pelabuhan Klang, Selangor.

• Pandangan anda ada kebenarannya. Namun bagi Yusman pula, beliau sekadar melontar cadangan sahaja. Sementara Hidayah tetap berlaku adil untuk menyiarkan pendapat para pembacanya. – Pengarang.

MENANTIKAN KELAHIRAN ANAK KANDUNG
Saudara Pengarang,
Saya terharu membaca rencana bertajuk ‘Mengekalkan Perkahwinan Tanpa Cahaya Mata’ yang tersiar dalam Hidayah keluaran September 2010 halaman 108. Fokusnya teradap pasangan suami isteri yang belum dikurniai anak setelah sekian tahun berkahwin memang menarik. Sejuk rasa hati mengikuti saranannya. Cadangan tips bahagianya juga menarik untuk diamalkan. Sesungguhnya berkata itu mudah. Tapi apabila terkena diri sendiri tahulah rasa pahit maungnya. Begitulah juga mengenai diri saya yang telah lapan tahun berumahtanga belum ada tanda-tanda untuk mendapatkan cahaya mata. Namun syukurlah suami saya bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat yang kini telah berusia lebih tiga tahun. Kehadiran anak angkat perempuan kami itu memberi sinar cahaya dalam kehidupan kami. Kemanjaan dan keletahnya menjadi pengubat rindu kami untuk memiliki anak kandung sendiri. Dan seandainya Allah s.w.t. mengurniakan anak kandung kami sendiri, tidak akan mengurangkan kasih sayang kami kepada anak angkat kami itu, InsyaAllah. Terima kasih Hidayah kerana menyiarkan rencana tersebut.

Sazlina Amran,
Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

• Setiap sesuatu itu ada hikmahnya. Ianya telah tersurat sejak azali lagi. Saya doakan anda akan dikurniakan anak kandung yang anda dan suami cita-citakan selama ini...amin! – Pengarang.

Bunyi Aneh Dari Kubur

JIKA diibaratkan mata rantai, maka hidup manusia adalah jalinan utuh yang saling terkait satu sama lainnya. Yang terjadi sekarang terkait dengan yang terjadi masa lampau, dan apa yang diusahakan saat ini juga akan terkait dengan masa depan. Kenyataan hidup inilah yang terjadi di sebuah kampung terpencil di pulau Sumatera. Kampung tersebut adalah kampung kecil dimana penduduknya masih sedikit. Rumah-rumahnya sebuah di sana, sebuah di sini dalam jarak yang jauh. Bahkan di waktu siang sekalipun suasana terasa sangat sepi di sana. Sebahagian besar penduduknya adalah petani yang mengelola kebun dan ladang. Mereka menanam kopi, kelapa sawit, menoreh getah dan lain-lain tanaman yang dianggap menguntungkan. Kisah ini menimpa salah seorang penduduk kampung bernama Sahnun (bukan nama sebenarnya). Kejadian yang menimpanya baru terjadi beberapa bulan yang lalu. Suatu hari, Sahnun diberitakan meninggal dunia. Lelaki berusia 45 tahun itu cukup dikenal baik oleh penduduk kampung. Sebagaimana penduduk kampung yang lain, Sahnun mendapat pengurusan sebagaimana semestinya dari mulai memandikan jenazah sampai upacara pengebumiannya. Penduduk kampung juga hadir dalam majlis tahlil dan menghulurkan wang sedekah seperti lazimnya. Sahnun dikebumikan pada pukul 3.00 petang hari itu juga. Semua berjalan lancar dan sebagaimana semestinya. Tak ada kejadian aneh dan khusus. Tiga hari berlalu. Seorang petani yang akan ke ladang kebetulan melintas di kawasan sekitar kubur Sahnun. Langkah si petani itu terhenti kerana ada satu hal yang mengganggunya. Ia menajamkan pendengaran dengan saksama. Terdengar olehnya suara seperti hentaman atau pukulan dan benda jatuh, lalu suara itu menghilang, tapi kemudian terdengar lagi. Terasa teruja, si petani itu berusaha mencari asal suara itu. Ia mengedarkan pandangannya sampai matanya tertumpu pada kubur Sahnun. Spontan si petani itu pucat dan bulu romanya menegak. Hari masih siang dan terang benderang, tapi kenapa dari kubur itu seperti keluar suara? Tak mungkinkah ini kejadian mistik atau aneh yang terkait dengan tahyul dan lain sebagainya. Awalnya, petani tersebut tak yakin. Tapi setelah diperhatikan dengan seksama, pastilah dia merasa pucat dan ketakutan.
Ternyata benar, suara gaduh-gaduh tersebut terdengar dari dalam sebuah kubur, dan itu adalah kubur Sahnun.
Keesokan harinya, si petani membawa kawannya ke tempat itu untuk mempastikan apa yang didengarnya. Teman si petani itu juga terkesan mendengar suara gaduh itu. Demikianlah seorang demi seorang kemudiannya mulai memeriksa dan membenarkannya.

Disaksikan Isteri
Seorang penduduk kampung, Syafri (bukan nama sebenarnya), yang mengetahui kubur siapa yang mengeluarkan suara gaduh tersebut kemudian berusaha ingin memberitahukan hal tersebut kepada keluarga Sahnun. Setelah menimbang baik buruknya, iapun berjalan ke rumah keluarga Allahyarham Sahnun. “Maaf, saya memohon maaf sebelumnya. Saya ingin menyampaikan mungkin ada baiknya kakak menengok kubur suami kakak kerana ada orang yang beritahu kubur itu mengeluarkan suara,” ujarnya. “Mengeluarkan suara bagaimana!? Hati-hati kau bercakap, jangan sampai kau menyebar berita bohong ni!” ujar isteri Sahnun tersinggung. “Saya mohon maaf jika khabar ini mengejutkan kakak. Tapi ada baiknya kakak ke sana kerana saya juga mulanya tak percaya, tapi setelah saya mendengar sendiri, saya jadi yakin. Ada baiknya kakak juga mendengarnya sendiri,” ujar Syafri lagi.
Mendengar hal itu, isteri Sahnun terdiam. Tak ada sedikit pun terpancar niat tak baik di dalam diri Syafri; orang kampungnya yang cukup dia kenal. Tapi hatinya juga bergetar, kalau benar yang terjadi begitu, adalah sebabnya hingga boleh demikian? Bagaimana mungkin kubur boleh mengeluarkan suara? Dengan perasaan campur aduk, ditemani anak, beberapa ahli keluarga, dan beberapa penduduk kampung, isteri Sahnun segera menuju kubur suaminya. Hari itu, barangkali, adalah hari yang tak pernah diinginkan oleh isteri Sahnun. Saat bersimpuh di hadapan kubur suaminya, telinganya sendiri mendengar suara gedebak-gedebuk, bersahutan, berkelanjutan, kadang-kadang kecil, kadang-kadang keras dari dalam kubur suaminya! Spontan saja isteri Sahnun meraung-raung bersedih. Sekalipun hatinya menolak, sekalipun dia tak pernah mengharapkan hal tersebut, tapi telinganya tak membohong. Suara itu benar-benar dia dengar dan itu berasal dari gundukan tanah dimana jasad suaminya berada. “Kenapa boleh jadi seperti ini? Kenapa? tolonglah! Kenapa boleh jadi seperti ini?” rintih isteri Sahnun terharu.Orang-orang memandang prihatin ke arah isteri Sahnun. Sungguh, mereka pun tak mengerti apa yang harus dilakukan. Hal itu tak pernah terjadi di kampung tersebut hingga mereka juga tak tahu harus bagaimana. Seorang pemimpin kampung kemudian menganjurkan isteri Sahnun pulang, agar masalah ini boleh dibincangkan bersama beberapa pemimpin agama dan pemimpin adat. Pasti ada hal yang tak beres dan hal itulah yang harus ditemukan. Sementara itu, seorang pemimpin agama kemudian mengumpulkan sejumlah penduduk untuk sama-sama membacakan surah Yassin di perkuburan Sahnun. Langkah itu diambil agar diberi petunjuk jelas dari Allah s.w.t. tentang keadaan kubur Sahnun itu. 40 orang itu melingkari dan membaca surah Yassin dengan seksama. Di sela-sela pembacaan Yassin itu masih terdengar suara “Gedebak-Gedebuk” dari dalam kubur.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Kebenaran Dalam Quran Diterima Ahli Sains

AL-QURAN bukan kitab sains tetapi kitab yang banyak membawa tanda-tanda mengenai kehidupan.
Penemuan sains kemudian membuktikan betapa benarnya tanda-tanda yang terkandung di dalam al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu sebelum ilmu sains berkembang. Sains bukan kebenaran mutlak. Ini kerana orang bukan Islam dan mereka yang tidak percaya kepada agama menganggap sains sebagai kebenaran mutlak.
Ulama menggunakan kayu ukur mereka untuk membuktikan kebenaran Islam. Para ulama banyak menyebut pelbagai tanda kehidupan yang terkandung didalam al-Quran, yang kadang-kadang para ulama ini memetiknya begitu hebat dan menghairankan kita dan berbanding dengan ilmu-ilmu sains yang menyokong penjelasan al-Quran. Antaranya ialah sumber cahaya matahari. Para saintis hari ini menyatakan bahawa cahaya matahari bersumber dari bahan kimia yang akan hilang pada satu hari nanti. Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun lalu menyatakan bahawa matahari bergerak kesatu arah dan satu hari nanti ia tidak akan wujud. Begitu juga dengan bentuk bumi. Orang-orang dulu menyangka bahawa keadaan bumi ini mendatar. Tetapi Quran dalam surah al-Luqman telah menjelaskan bahawa dunia ini bulat dan berputar. Lalu, membolehkannya berlaku siang dan malam. Hakikat kebenaran ini kemudian ditemui oleh ahli-ahli sains. Begitu juga dengan ilmu alam. Pakar lautan mendapati bahawa terdapat dua jenis air iaitu tawar dan masin yang tidak bercampur antara satu dengan lain.
Surah ar-Rahman, ayat 19 dan 20 menjelaskan: “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kedua-duanya bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.” Salah satu penemuan sains kira-kira antara 50 hingga 100 tahun lalu ialah mengenai peringkat-peringkat penghamilan dan kejadian manusia, sedangkan prosesnya begitu jelas diterangkan didalam Quran. Al-Quran telah menjelaskan terperinci peringkat-peringkat kejadian manusia dalam kandungan. Daripada 6000 ayat Quran, 1000 ayat merangkumi pelbagai bidang sains seperti biologi, perkebunan, genetik dan ilmu falak (astronomi). Semuanya itu menunjukkan bahawa Islam agama moden dan sains hanya melengkapi kebenarannya. Quran harus dan sudah menjadi sumber pengetahuan sains. Ia merupakan buku panduan induk yang menyediakan kod kehidupan yang sempurna yang dapat mencegah manusia daripada sebarang bentuk kerosakan. Yang demikian al-Quran mestilah direnung, di teliti dan dihayati. Soal menimba pelajaran dan mencari ilmu pengetahuan adalah satu kemestian. Ayat pertama yang diturunkan ialah “Bacalah” merupakan perintah Allah supaya manusia mencari ilmu. Tetapi sayangnya, ramai penganut Islam tidak membaca Quran dan memahami kandungannya. Kalau kita tidak dapat memahami isi kandungannya bagaimana kita dapat melaksanakan ajarannya?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober di pasaran...

Apakah Jin Berpuasa?

Berdasarkan ayat di atas para ulama sepakat bahawa jin pun terkena mukallaf, yakni diberikan beban syariat dan bertanggung jawab atas setiap tindakannya di muka bumi ini. Mereka solat, pergi haji dan berpuasa. Kerana itu, menurut Abu Azka Fathin Mazayasyah dan Ummi Alhan Ramadhan M dalam Bercinta dengan Jin, tak hairan jika mereka juga berlumba-lumba untuk beribadah dan ikut belajar beribadah pada manusia. Apabila ada jin yang ikut solat dengan manusia, maka boleh jadi mereka itu adalah jin muslim yang memang benar-benar ingin belajar pada manusia. Menurut sejarah, awal mula jin masuk Islam berawal dari sebuah “halangan langit.” Suatu kali para jin ingin mencuri maklumat dari langit. Kemudian mereka terhalang oleh sesuatu hal yang tak mereka ketahui. Para jin itu dilempari dengan pancaran-pancaran api, sehingga memaksa mereka untuk kembali ke kaumnya.
Kaum jin tersebut kemudian bertanya pada mereka yang pulang kembali itu. Ada apa-apakah dengan kalian semua? Mengapa kalian kembali lagi sebelum memperoleh rahsia langit? Para jin yang telah gagal menjalankan misinya itu menjawab, “Kami terhalang untuk memperoleh sebarang maklumat dari langit. Bahkan, kami dilempari dengan pancaran api.” Kaum jin itu kemudian berkata: “Hal itu tidak mungkin terjadi begitu saja. Pastilah telah terjadi sesuatu yang sangat penting. Cubalah kalian mengelilingi seluruh penjuru bumi, mulai dari Timur hingga Barat!” Maka serombongan jin pun berangkat untuk mencari sumber penyebab dari kejadian yang tengah menimpa mereka. Ketika mereka melintasi jalan di Tihamah, mereka mendengar lantunan ayat suci al-Quran dari Rasulullah s.a.w., yang pada saat itu sedang menunaikan solat subuh bersama para sahabatnya. Para jin itu pun berhenti dan mendengarkan dengan seksama ayat-ayat al-Quran yang dibaca Rasulullah s.a.w. Setelah selesai mendengarkan bacaan ayat suci al-Quran itu, mereka lalu berkata, “Inilah yang menyebabkan kita semua jadi terhalang untuk mendengarkan berita dari langit.” Kemudian para jin itu kembali ke kaumnya seraya menyampaikan apa yang baru saja mereka alami. “Kami telah mendengarkan al-Quran yang amat mengagumkan. Ayat-ayat itu memberi petunjuk pada kebenaran. Sungguh, kami telah beriman kepadaNya dan kami tidak akan menyekutukan sesuatu pun dengan Tuhan kita.” Kisah di atas diambil dari riwayat Ibnu Abbas. Itu merupakan “tonggak sejarah” bagi bangsa jin. Sebab, setelah itu sebahagian dari bangsa jin kemudian belajar agama Islam pada Rasulullah. Sejak itulah dakwaan identiti sebagai jin Muslim atau jin Islam mulai muncul. Ertinya, bangsa jin yang mengikuti syariat Nabi s.a.w. dengan cara solat, bersedekah dan puasa, adalah mereka yang beragama Islam. Sedangkan yang tidak mahu mengikutinya dianggap sebagai jin kafir. Padahal, sejak awal mereka mendapatkan taklif (beban syariat). “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang salih dan di antara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda.” (Al-Jin: 11)
Dalam hubungan berpuasa, bagaimana cara bangsa jin menjalankannya? Apakah puasa mereka berbeda dengan puasanya bangsa manusia ataukah sama? Jika kita melihat kisah di atas nampak bahawa perjalanan spiritual bangsa Jin bermula dari Rasulullah s.a.w. Ertinya, mereka memeluk Islam setelah mendengarkan lantunan ayat-ayat suci al-Quran dari Rasulullah, bukan dari yang lain. Kerana mereka belajar dari Rasulullah, tentu puasa mereka pun sama seperti puasanya Rasulullah. Ertinya, ketika mereka berpuasa bererti saat mereka tidak makan, minum dan melakukan hubungan seks sejak fajar hingga terbenamnya matahari. Kita sudah mafhum bahawa hidup bangsa jin layaknya manusia. Mereka makan, minum dan berhubungan seks. “Bangsa jin itu juga makan seperti kita, hanya saja makanannya tidak sama dengan makanan kita dan adakalanya dia mencuri makanan kita sebagaimana syaitan mencuri makanan zakat dari Abu Hurairah yang diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaganya,” ujar Abu Dzaka dalam forum.nu.or.id.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Belajar Syukur Dari Kederhakaan Bani Israil

Dikisahkan, umat Yahudi biasanya memberikan hasil tuaian dan buah-buahan kepada para rahib. Mereka biasanya suka memberi hadiah dan merasuah para rahib agar mengubah isi Taurat dan memudahkan hukum yang memberatkan sesuai permintaan mereka. Para raja juga suka memberikan hadiah kepada para rahib agar mereka mahu mengubah isi Taurat dan menyembunyikan ajaran-ajarannya yang sebenar. Setelah para rahib memperoleh kekuasaan (kemegahan) dan harta benda umat Yahudi, mereka khuatir umatnya akan memercayai kerasulan Muhammad a.s. dan mengikutinya, sehingga kekuasaan tak dapat mereka miliki lagi. Satu ketika, Ka’ab bin Asyraf, seorang umat Yahudi, bertanya kepada rahib. “Apa pendapatmu tentang Muhammad?” Rahib menjawab, “Dia adalah Nabi.” Ka’ab bertanya lagi, “Jika jawapanmu bukan demikian, aku pasti akan memberimu hadiah.” Rahib itu pun berfikir, “Baru tadi aku memberi jawapan tanpa fikir dulu. Berilah aku kesempatan untuk berfikir dan melihat Kitab Taurat.” Kemudian rahib itu masuk ke tempat ibadahnya dan mengganti sifat Muhammad dengan sifat-sifat Dajjal. Setelah itu ia kembali dan memberikan jawapan sesuai permintaan. Ka’ab pun puas. Ia lalu memberikan rahib itu empat hasta kain untuk setiap ayat (syair dalam Taurat) yang disampaikan rahib itu.

Bani Israil
Kisah ini dinukil dari Kitab Tafsir Ruhul Bayan karya Ismail Haqi al-Burusywi. Kisah di atas dimaksudkan untuk menggambarkan betapa umat Yahudi begitu tidak senang dengan kebenaran. Padahal, dalam Kitab Taurat sendiri, iaitu kitab yang mereka yakini, watak Muhammad digambarkan sebagai serang Nabi. Hal ini, tegasan Allah dalam al-Quran, merupakan bukti bahawa mereka telah ingkar terhadap nikmat yang mereka miliki. Inilah yang Allah paparkankan dalam Quran Al-Baqarah: 40. “Wahai Bani Israil, ingatlah kepada nikmatKu yang telah Aku berikan nikmat itu kepada kalian dan penuhilah janji kalian kepadaKu, tentu Aku memenuhi janji-Ku kepada kalian dan hanya kepada-Ku lah selayaknya kalian takut.” Nikmat, dalam maksud sederhana, adalah segala sesuatu yang positif yang diraih manusia. Nikmat yang dimaksud dalam ayat ini, iaitu nikmat yang didapatkan kaum Yahudi, antara lain adalah apa yang diperoleh nenek moyang mereka, seperti berbagai kenikmatan, selamat dari seksa Firaun, malapetaka alam, serta dengan banyaknya nabi yang diutus dari Bani Israil bila dibanding dengan umat yang lain. Perintah ini antara lain bertujuan untuk mengikis habis rasa dengki dan iri hati yang menyelubungi jiwa Bani Israil. Mereka iri dan dengki kepada Nabi Muhammad setelah sebelumnya mereka mengharap Nabi yang akan diutus adalah dari kelompok mereka. Ada tiga perintah yang disebutkan dalam ayat ini, iaitu mengingat nikmat Allah, memenuhi janji Allah, dan takut kepada Allah. Tiga perintah tersebut merupakan sistem kesempurnaan Ilahi bagi manusia. Seruan dari ayat ini khususnya ditujukan kepada Bani Israil. Israil adalah nama Nabi Ya’qub, iaitu ayah Nabi Yusuf a.s., sedangkan Israil sendiri maknanya abdullah (hamba Allah). Dalam Qamus al-Kitab al-Muqaddas diertikan sebagai ‘harga yang rendah’. Menurut bahasa Ibrani, iaitu bahasanya bangsa Yahudi, isra ertinya hamba, sedangkan il (elli, elia) ertinya Allah. Sya’rawi, seorang ulama tafsir, berpandangan bahawa hamba Allah, atau pilihan Allah, yang dimaksud dalam bentukan kata Israil hanya ditujukan kepada Nabi Ya’qub, dan bukan kepada anak cucunya. Nabi Ya’qub mendapat gelar Israil lantaran ia telah mampu melewati cubaan yang besar. Ketika ia lulus dari cubaan itu ia berhak dan layak untuk menyandang gelar Israil. Sebahagian ulama tafsir berpendapat bahawa ayat ini ditujukan secara khusus kepada kaum Yahudi yang hidup di zaman Rasulullah, yakni orang-orang yang tinggal di sekitar Kota Madinah, seperti Bani Quraizhah dan Bani Nadir. Mereka merupakan anak cucu Nabi Ya’qub. Orang Yahudi diperingatkan dan disebutkan secara khusus, kerana mereka merupakan orang-orang yang paling banyak nikmatnya, namun paling kufur atas nikmat itu. “Ingatlah kepada nikmatKu,” seru Allah. Ayat ini memberitahukan bahawa kaum Yahudi bukan saja meremehkan nikmat Allah serta tidak rasa khuatir terjadinya bencana kerana tidak pandai bersyukur, namun kerana mereka telah melupakan nikmat itu sendiri secara keseluruhan. Mengaitkan kufur nikmat kepada kaum Yahudi, kerana biasanya tabiat manusia suka cemburu dan hasad dengki apabila mereka melihat nikmat Allah ada pada orang lain. Kaum Yahudi termasuk kelompok yang ingkar pada janji. Janji itu mencakupi segala perintah Allah berupa keimanan, ketaatan, menjauhi larangan-laranganNya, dan sentiasa menepati ajaranNya. Termasuk ke dalam janji itu adalah apa-apa yang telah dicantumkan Allah dalam Taurat, seperti mengikuti Muhammad. Janji adalah memelihara segala sesuatu dan menjaganya dari waktu ke waktu. Yang dimaksud janji dalam ayat ini adalah ikatan dan ajaran.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Kisah Si Pemalas Dengan Abu Hanifah

SUATU hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang tingkapnya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, “Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada sesiapa pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh..., manakah hati yang belas ihsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik.” Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas dia tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis: “Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu berkeluh kesah sedemikian atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. “Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus.” Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, “Ya Allah, Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk mengenyangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku.” Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar tingkap itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya. Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya: “Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian ‘malas’ namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. “Sungguh tidak redho Tuhan melihat orang pemalas dan berputus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan...jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. “Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang berputus asa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Hidup Baru Selepas Tunai Haji

Ini adalah kisahku, namaku Yin Nani, aku berkerja sebagai doktor umum di Hospital Islam Cempaka Putih Jakarta. Perjalanan hidupku cukup berliku, pahit, sedih bercampur menjadi satu. Aku pernah mengalami sakit hati dan kekecewaan yang mendalam terhadap lelaki sampai aku berpandangan seolah-olah sangat sulit bagiku mendapatkan pasangan hidup yang bernama suami yang saling menghargai, menyayangi, menghormati, dan berbagi dalam suka dan duka. Namun, sebagai hamba yang beriman akhirnya dengan berhaji aku lebih memahami bahawa segala sesuatu yang pahit belum tentu membawa derita dan segala sesuatu yang manis belum tentu membawa bahagia. Kerana, semua penderitaan yang begitu pahit, akhirnya membawa hikmah dalam mematangkan pandangan hidupku. Perwatakan dan kedewasaan hidupku menjadi lebih bermakna dan aku lebih menyukuri segala kurnia yang diberikanNya. Aku berangkat menunaikan fardu haji akhir tahun 2006 dan kembali ke Indonesia awal tahun 2007. Perjalanan hajiku tergolong lama, sekitar tiga bulan. Kerana, disamping sebagai jemaah, aku juga bertugas sebagai ‘Panitia Penyelenggara Ibadah Haji’ (PPIH). Aku tiba di Tanah Suci sebelum jemaah haji Indonesia datang dan aku kembali ke tanah air setelah semua jemaah pulang. Keinginanku berangkat menunaikan haji muncul pada tahun 2004. Namun, kerana faktor kesempatan, hasrat menunaikan hajiku tertunda. Alhamdulillah, pada tahun 2006, keinginan itu terkabulkan. Di Tanah Suci, tugasku menyiapkan klinik dan menangani kesihatan jemaah haji dari Indonesia. Ada tiga daerah kerja yang dijangkau PPIH, iaitu di Jeddah, Makkah dan Madinah.

Tawaf dan Berdoa
Pertama kali memasuki Masjidil Haram air mataku langsung menitis tanpa kusadari. Hal ini kerana kerinduanku yang mendalam untuk menyaksikan Kaabah yang begitu mulia. Selama ini aku hanya mampu menghadap ke arah Kaabah tanpa dapat melihatnya. Selesai ibadah umrah yang pertama kali aku duduk memandangi Kaabah di datarannya dengan perasaan terharu, takjub dan kesan yang sangat mendalam, seolah-olah Kaabah menjadi saksi tentang sejarah para Nabi a.s., para malaikat dan hamba Allah yang salih. Hal yang ingin kulakukan ketika itu adalah Tawaf keliling Kaabah setiap hari. Bagiku, Tawaf adalah sesuatu yang sangat istimewa. Ini adalah ungkapan kerinduanku pada Ka’bah. Setap hari, tepatnya setelah habis shalat fardu, aku mengelilingi Kaabah. Setiap Tawaf, aku selalu memperoleh kesan tersendiri. Terus terang, di satu sisi aku merasa bersyukur memperoleh kesempatan haji ke Baitullah. Tapi, di sisi lain, aku masih mengalami masalah besar dalam rumah tangga yang begitu rumit. Sehingga, aku terus berharap akan memperoleh keberkahan hidup setelah menjalankan ibadah haji. Mungkin, secara fizik aku tak sakit kerana tubuhku sihat. Secara ekonomi, hampir-hampir aku tak punya masalah. Masalah dengan keluarga besar, yang dulu sempat kualami lantaran aku masuk Islam, juga sudah diselesaikan dengan baik. Keadaan anak-anakku juga sihat. Namun, secara kerohanian, aku bermasalah dalam kehidupan berumah tangga. Aku kurang beruntung dalam membina rumah tangga sampai dua kali terkandas di tengah jalan. Ini membuat batinku sedih sekali. Maka, di depan Kaabah, aku pun bersimpuh. Aku menangis di Multazam. Aku memohon kepada Allah untuk diberi jalan keluar. Aku mengadu kepadaNya. Aku mendambakan insan yang bergelar suami yang mampu menjadi imam dalam hidupku. Aku mengharapkan suami yang dapat membimbing jalan hidupku, yang terbaik untukku dan anak-anakku, memperbaiki agamaku, menjadi teman yang saling mengisi, melindungi aku dan anak-anakku, menjadi ikutan dan simbol kebanggaan keluarga yang dapat menciptakan suasana yang damai dan bermartabat. Aku mendambakan insan yang bernama suami yang sayang pada keluarga besarku. Aku tak mahu gagal lagi dalam berumah tangga. Aku sudah bertekad bahawa aku tak mahu mengulangi kisah pahit rumah tangga yang pernah kualami.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Syair Yang Tidak Laku

Mentari pagi baru saja beranjak. Sinarnya menerobos cermin tingkap dan pintu rumah. Bersamaan dengan itu, Jarir bangun dari tidurnya. Sebenarnya si penyair tersebut masih lelah dan ingin tetap memanjakan tubuhnya. Namun, ia teringat bahawa hari ini harus segera bergegas ke istana. Perlahan, ia bangkit dari tempat tidurnya. Lalu menggerakkan isterinya yang masih terlelap dalam tidurnya. “Bangunlah!, matahari sudah terbit. Bangunlah!” Perempuan itu hanya menggeliat seraya membuka kelopak matanya. “Cepat, bangun! Hari ini aku hendak ke istana.” “Oh ya... ya... suamiku. Engkau harus siapkan syair-syair terbaikmu.” Lelaki itu lantas memerintahkan pembantunya untuk mempersiapkan segalanya, mulai air untuk mandi hingga sarapan paginya. “Aku tak dapat bayangkan jika seorang pemimpin tidak suka syair. Sebab syair adalah sebahagian dari alat perhubungan negara,” kata Jarir sambil menoleh ke arah isterinya. “Makanya suamiku, engkau harus mempersembahkan sebaik mungkin agar khalifah tidak kecewa dengan syair-syairmu. Maklumlah, khalifah adalah orang besar,” ujar isterinya. Jarir merenungi apa yang baru diucapkan isterinya. Memang ada benarnya. Tak berselang lama, penyair itu membacakan kalimat-kalimat indahnya. Namun sempat terlintas di benaknya, menurut penuturan sebahagian orang, Khalifah Umar bin Abdul Aziz kurang menyukai para penyair yang kebanyakan hanya memuji-muji agar mendapatkan hadiah semata. Tetapi Jarir sudah bertekad bulat datang ke istana. Mungkin khalifah sebelumnya memang kurang memberi perhatian terhadap nasib para penyair lantaran krisis ekonomi yang berkepanjangan, yang mengakibatkan terbatasnya hadiah yang diterima oleh para penyair. Ia masih berkeyakinan bahawa setelah kejayaan kepemimpinan yang baru ini membuka harapan baru tentang perbaikan nasib para penyair. Di mata Jarir, pengangkatan khalifah yang baru ini merupakan kesempatan terbaik yang tidak boleh dilepaskan. Syair, menurutnya, salah satu media untuk berhubungan dengan banyak orang. Maka, rasanya mustahil jika dinafikan. Jarir tetap punya harapan besar lantaran Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikenal sebagai seorang pemimpin yang adil dan bijak. Beliau sangat peduli terhadap orang yang memerlukan.

Bayangan indah
Di sepanjang perjalanan menuju istana, ia sudah mengumpulkan bait-bait syair yang akan diungkapkan nanti di hadapan khalifah. Hebatnya, inspirasi-inspirasi tersebut mengalir deras. Ia sudah membayangkan yang indah-indah. Di tengah jalan, mendadak seseorang menghampirinya. “Jarir, tak ada gunanya kau berkunjung ke istana. Jika kau tetap memaksa ke sana, engkau bakal pulang dengan tangan kosong. Sebab dari awal, Khalifah Umar bin Abdul Aziz menyatakan bahawa semua kekayaan negara akan dikembalikan lagi kepada umat Islam. Kerana itu, apa yang akan engkau harapkan lagi? Semua perhiasan yang digunakan isterinya telah ditanggalkan, dan telah dikembalikan ke baitulmal. Tanah-tanah yang dikuasai keluarganya pun telah diserahkan untuk kemaslahatan umat. Ia menempuh jalan sebagai zuhud dan meninggalkan kemewahan dunia.” Lelaki itu merasa gundah dan ragu seraya tetap meneruskan perjalanannya. Ia tetap yakin bahawa khalifah adalah orang yang bijaksana dan tidak mungkin bakal memandang sebelah mata kehadiran penyair. Dalam hati, Jarir membisikkan, yang para penyair bukanlah seorang penganggur yang kerjanya hanya mengharap sedekah dan hadiah sahaja. Ketika sampai di kediaman khalifah, penyair tersebut terkejut dengan pemandangan yang dilihatnya. Ternyata, istana khalifah lebih mirip dengan rumah penduduk biasa. Keadaannya sepi. Tak ada kesibukan bererti. Yang terlihat hanya beberapa petugas berjaga-jaga, tak seketat seperti khalifah sebelumnya. Tidak ada pula bunyi muzik atau nyanyian kegembiraan di tempat itu. Ia menduga mungkin khalifah sedang tiada di istana. Jarir memberanikan diri mengetuk pintu. Dari dalam tirai seseorang menyahut. “Saya Jarir. Saya ingin menyampaikan pujian-pujian kepada khalifah,” kata Jarir.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Nama Mesir Abadi Dalam Al-Quran

Kebanyakan kita hampir mengenali Profesor DR. Quraish Shihab. Beliau adalah pakar tafsir yang sudah diakui kealimannya. Kita juga, pastinya, mengenal Habiburahmanel-Shirazy, penulis novel Islam ‘Ayat-Ayat Cinta’.
Dua orang ini adalah sekian ramai ilmuan Indonesia yang terkait dengan Mesir. Quraish Shihab belajar agama dari tingkat pendidikan menengah di Mesir pada tahun 1958 saat ia berumur 14 tahun. Menekuni bidang tafsir, ia memperoleh gelar sarjana pada tahun 1967 sampai kemudian memperoleh gelar doktor pada tahun 1982. beliau adalah doktor Tafsir pertama lulusan Universiti Al-Azhar di Asia Tenggara dan sudah menulis banyak buku penting mengenai a-Quran, termasuk Tafsir Al-Mishbah yang terkenal itu. Sementara Habiburahman El-Shirazy adalah sasterawan asal Semarang dan juga seorang pendidik lulusan Al-Azhar tahun 2002. Dalam novelnya ‘Ayat-Ayat Cinta’ tergambar jelas mengenai keindahan Mesir, Kaherah, juga sungai Nil. Habiburahman belajar 7 tahun di Mesir. Tentu banyak tokoh-tokoh lain yang terkait dengan Mesir, Al-Azhar dan Kaherah di Indonesia. Namun dari dua tokoh ini sudah tergambar eratnya kaitan Mesir dengan Indonesia sebelum negara lainnya mengakui. Malah di Malaysia sendiri ramai para ilmuan dan para ulamanya menimba ilmu di negara bertuah ini.
Mesir atau Republik Arab Mesir adalah sebuah negara yang sebahagian besar wilayahnya terletak di Afrika bahagian timur laut. Dengan luas wilayah sekitar 997.739 kilometer persegi, Mesir mencakupi semenanjung Sinai yang dianggap sebagai bahagian dari Asia Barat Daya, sedangkan sebahagian besar wilayahnya terletak di Afrika Utara. Mesir bersempadan dengan Libya di sebelah barat, Sudan di selatan, jalur Gaza dan Israel di utara-timur. Persempadanannya dengan perairan ialah melalui Laut Tengah di utara dan Laut Merah di timur. Mesir berbentuk republik sejak 18 Jun 1953. Hosni Mubarak telah memegang jawatan sebagai Presiden Mesir selama lima penggal sejak 14 Oktober 1981 setelah pembunuhan Anwar Sadat. Selain itu, ia juga pemimpin Partai Demokrat Nasional. Perdana Menteri Mesir, Dr. Ahmed Nazrif, dilantik ada 9 Julai 2004 untuk menggantikan Dr. Atef Ebeid. Majoriti penduduk Mesir menetap di pinggir Sungai Nil (sekitar 40,000 km²) yang merupakan sungai terpanjang di dunia. Sebahagian besar daratannya merupakan sebahagian dari guru Sahara yang jarang dihuni.
Mesir terkenal dengan peradaban kuno dan beberapa monumen kuno termegah di dunia seperti Piramid Giza, Kuil Karnak dan Lembah Raja serta Kuil Ramses. Di Luxor, sebuah kota di wlayah selatan, terdapat kira-kira artifak kuno yang mencakup sekitar 65 peratus peninggalan kuno di seluruh dunia. Kini, Mesir diakui secara luas sebagai pusat budaya dan politik utama di wilayah Arab dan Timur Tengah.

Pemimpin Afrika
Mesir boleh dikatakan sebagai negeri para nabi. Nama Mesir sendiri diabadikan al-Quran sebanyak lima kali. Selain itu, ada beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menyebut langsung nama Mesir. Hal ini menunjukkan tingginya peranan dan kedudukan Mesir dalam sejarah agama Islam. Ratusan bahkan ribuan ulama terkemuka lahir dan menjalankan misi dakwahnya di Mesir ini. Penduduk asli Mesir berasal dari keturunan Ham bin Nuh a.s. Dia salah satu putera Nabi Nuh a.s. yang menjadi nenek moyang negeri Mesir, Yaman dan negara-negara di tanduk benua Afrika. Sementara putera Nabi Nuh yang lain, Sam bin Nuh a.s. keturunannya tersebar di negara-negara Iraq dan sebahagian besar negara jazirah Arab. Dikatakan, sebutan Mesir menurut sejarah diambil dari nama cicit Nabi Nuh a.s., iaitu Misr bin Baishar Ham bin Nuh a.s. Mesir merupakan Negara Arab paling banyak penduduknya, yakni sekitar 80 juta orang. Hampir seluruh populasi terpusat di sepanjang Sungai Nil, terutama Iskandariyah dan Kaherah, dan sepanjang Delta Nil dan dekat Terusan Suez. Hampir 95 peratus dari populasinya adalah pemeluk Islam dan bakinya Kristian (Koptik). Bersama Libya, Algeria dan Maghribi, Mesir adalah pemimpin kawasan dalam hal keislaman. Empat negara inilah sendi utama besarnya populasi Islam di benua Afrika yang berpusat di wilayah Utara. Agama memiliki peranan besar dalam kehidupan di Mesir. Suara azan adalah penentu bagi kegiatan dan pembahagian waktu kerja masyarakatnya, hal yang juga boleh kita temui di Malaysia, Indonesia dan negara Islam lainnya. Kaherah juga dikenali dengan berbagai menara masjid dan gereja. Menurut perlembagaan Mesir, semua perundang-undangan harus sesuai dengan hukum Islam. Negara mengakui mazhab Hanafi lewat Kementerian Agama. Imam dilatih di sekolah keahlian untuk imam dan di Universiti Al-Azhar, yang memiliki jawatankuasa untuk memberikan fatwa untuk masalah agama. Majoriti muslim Mesir beraliran sunni dan sebahagian juga menganut ajaran sufi. Pendidikan Mesir juga sangat berpengaruh dalam dunia Islam. Tak hanya Al-Azhar, individu-individu ilmuan Mesir memiliki jangkauan pengaruh yang luas. Sebutlah Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rasyid Ridha, dan Muhammad Ali Pasha yang menyuarakan pembaharuan pemikiran. Di masa sekarang kita boleh menyebut almarhum Syaikhul Azhar Sayyid Tantawi, Sayyid Qutub, Mahmud Syaltut serta, tentu saja Dr.Yusuf Al-Qardhawi yang menyandang gelar ketua Ravithah al-Alam al-Islamy atau Mufti dunia. Apa yang dilakukan Muhammad Abduh yang tak hanya membenahi bangunan tapi juga pemikiran di Al-Azhar boleh dikatakan sebuah revolusi. Bias dari revolusi ilmu pengetahuan ini terasa di seluruh dunia Islam, termasuk di nusantara kita ini. Mereka yang belajar di Al-Azhar kemudian membawa bahang revolusi itu ke negaranya masing-masing. Abduh menyuarakan pentingnya modernisme dalam Islam dengan rasionaliti dan logik sebagai dasarnya serta gerakan untuk kembali ke al-Quran dan as-Sunnah.
Bersama Al-Afghani yang merupakan gurunya, Abduh menyuarakan pentingnya penguatan atas Pan-Islamisme dan lepas dari belenggu penjajahan dunia Barat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Konon 'Hantu Sungai' Makan Telur Dan Pisang

KADANG-KADANG saya tersenyum apabila menghimbau kembali zaman sekolah-sekolah dulu, zaman remaja ketika usia belasan tahun dulu. Sebabnya, ada peristiwa-peristiwa yang melucukan, sedih, pilu dan menakutkan bila kita ingatkan dari segi agama dan akidahnya. Zaman di mana orang-orang Melayu/Islam ketika itu tidak ada pendidikan agama secara mendalam, apa lagi secara serius. Zaman dimana orang Melayu hidup dalam “separuh jahiliah”. Orang-orang Melayu/Islam hanya tahu sembahyang, puasa saja. Sedangkan hukum hakam tentangnya tidak begitu mahir. Cuma main ikut-ikut. Orang sembahyang, kita pun sebagai budak-budak pun ikut sama sembahyang. Kalau pun belajar tentang sembahyang itu cuma pada bacaannya dan perbuatan berdiri, rukuk, sujud dan rukun-rukun lain. Kadang-kadang dalam sembahyang boleh main-main. Cubit kawan sebelah, tarik bajunya dan hal-hal yang boleh membatalkan sembahyang itu sendiri. Oleh kerana mereka ini tidak mendapat pengajaran yang betul bagaimana mahu sembahyang mengikut rukun-rukun dan aturan-aturan yang ditentukan, maka terjadilah hal-hal yang serupa itu. Dikalangan remaja pula memang tidak mempedulikan langsung tentang soal-soal agama. Ada yang berjudi di tepi masjid. Malah di tangga masjid pun ada yang berjudi. Sempat main daun terup lagi... Walau pun tidak menggunakan wang, tetapi kotak rokok atau pun “rubber band”, tetapi soalnya perbuatan itu adalah salah sama sekali dari pandangan agama. Ada juga perbuatan-perbuatan yang memang menyalahi akidah dan berlaku syirik. Misalnya, ada bomoh-bomoh yang mengubati orang sakit dalam kampung itu menggunakan “jampi serapah” dengan menyebut nama-nama yang bukan nama-nama Allah.
Kalau pesakit tidak juga sembuh, maka bomoh akan memerintahkan tuan rumah iaitu kalau isteri yang sakit, maka suami diperintahkan buat apa yang disebut sebagai “ancak”. Ancak ialah dibuat dari pelepah pokok pinang. Di bentuk empat persegi dijadikan seperti sebuah kotak. Didalamnya diisikan bertih, pisang dan telur empat biji, dua darinya sudah direbus. Empat penjuru kotak pelepah itu diletakkan lilin kemudian dipasang. Ancak yang sudah diisikan dengan bahan-bahan tersebut kemudiannya dihanyutkan ke dalam sungai. Bomoh itu memberitahu bahawa makanan yang didalam ancak itu untuk beri makan “hantu sungai”. Hanya orang yang dianggap “berani” yang akan ditugaskan membawa ancak itu untuk dihanyutkan ke dalam sungai. Yang ditugaskan membawa “ancak” itu untuk dihanyutkan ke sungai, itulah “hantu sungai” sebenarnya. Sebabnya, sebelum ancak itu dilepaskan, dialah orangnya yang mengambil semua bahan yang ada didalam ancak tersebut. Kecuali yang tidak diambil bertihnya saja. Apabila ada orang tahu ancak yang mahu dihanyutkan, orang-orang akan menunggu dihilir sungai, kalau ancak itu dihanyutkan dari hulu sungai. Ia bergantung kepada arus air sungai itu sendiri. Mereka yang menunggu dihilir sungai, dan mendapati dalam ancak itu kosong, mereka akan bersorak, “hantu dah makan”. Itulah kerja bomoh yang ada di kampung-kampung tertentu. Perbuatan-perbuatan syirik seperti ini bermaharaja lela dalam kampung, dan tidak sesiapa pun yang ambil tahu dan ambil peduli.
Si bomoh bersama dengan tuan rumah dimana keluarga yang sakit itu turut sama melakukan perbuatan syirik yang benar-benar dan nyata melanggar perintah Allah s.w.t. “Mana ada hantu sungai? Hantu mana boleh makan? Semuanya kerja bohong? Bomoh pun ikut pembohong? Ini semata-mata untuk mendapatkan sedikit duit dari orang yang sakit itu.” Kalaulah zaman itu, ada ustaz atau pun tokoh agama dalam kampung tersebut tahu dan mempunyai pengetahuan agama, tentulah hal serupa ini tidak akan berlaku. Zaman berlalu dengan berbagai-bagai perbuatan syirik dalam kampung. Perbuatan-perbuatan “mungkarat”, terjadi sebagai serpihan-serpihan hidup dalam sebuah masyarakat yang tidak ada pendidikan agama yang betul. Zaman apa pun, ia adalah sama, kerana zaman dan masa itu adalah Allah s.w.t. yang menciptakannya. Kita sebagai manusia tidak boleh menyalahkan “masa atau pun zaman”. Allah Maha Mengetahui dan tidak akan membiarkan hamba-hambanya hidup dalam keadaan “separuh kebodohan”. Ada keluarga yang mampu menghantar anak-anak mereka belajar agama keluar negara. Apabila anak-anak itu pulang, mereka membawa ilmu yang dipelajari, dan mendapati apa yang berlaku dalam kampungnya adalah “tidak betul”, melanggar syariat dari apa yang terkandung dalam Kitabullah dan Sunah Rasulullah s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Pesona Kecantikan Muslimah

SEBENARNYA, Ani terbilang perempuan cantik. Cukup menarik malah andai ia boleh menghias sedikit saja wajahnya. Tetapi sebenarnya Ani tak suka bersolek. Penampilannya sederhana sahaja. Kadang-kadang terkesan bahawa dia sebenarnya bukan suka bermake-up. Wajahnya dibedakkan sikit bila ia hendak keluar rumah dan sehabis mandi. Itu pun, lagi-lagi seadanya saja. Seperti sekadar untuk membezakan bahawa dia sudah mandi dan siap memulakan aktiviti hari-harinya. Tetapi, suatu hari, ia terlonjak terkejut ketika sedang bercermin. Kenapa berbeza dari aku yang dulu? Hatinya terus bertanya-tanya, mengingat-ingat apa yang ia perbuat hingga terjadi perbezaan sedemikian menonjol. Padahal, apa yang dilakukannya sekarang dan dulu tak ada yang berubah. ‘Oh, ternyata aku tak lagi muda!’ Ibu kepada seoranag anak perempuan ini seketika tersenyum getir. Sarah, teman Ani, malah sebaliknya. Perempuan yang senang tampil menawan itu sangat tekun merawat penampilannya. Bahkan untuk mendapatkan hasil memuaskan, ia tak segan mengeluarkan wang belanja untuk merawat wajah dan tubuhnya. Ia juga rela membeli sejumlah perhiasan untuk operasi “sedut lemak” ke negeri tetangga.
Tentu saja, Ani dan Sarah hanyalah contoh realiti kehidupan perempuan. Potret keperibadiannya yang sering ditemui dimana-mana pun. Kenyataannya memang sebahagian perempuan menganggap bahawa penampilan adalah hal nombor dua. Mereka khuatir akan terjebak pada sikap tabarruj (sikap berlebih-lebihan dalam hal penampilan) sehingga tampil cantik dan menawan dianggap tindakan yang sia-sia. Sedang di sisi lain, mereka justeru telah terpedaya oleh para jurujual kecantikan sehingga terghairah untuk berpenampilan bagai ‘puteri raja’. Media kecantikan yang memancing menarik perempuan-perempuan masa kini untuk ikut menjaga kecantikan, sama seperti yang tertera pada iklan. Bagaimana Islam memandang hal ini? Tak bolehkah perempuan cantik dan bersolek agar tampil menawan? Apakah harus menunggu usia tua, matang, dewasa, bahkan harus bersuami untuk tampil cantik? Atau sebaliknya, mengapa harus banyak wang yang dibelanjakan agar paras tampil mempesona? Tak bolehkan tanpa ‘belanja rawat wajah’ pun perempuan tetap boleh tampil menarik? Sesungguhnya bahawa keinginan untuk tampil cantik bagi seorang perempuan adalah hal yang semulajadi. Sebab keinginan itu adalah naluri yang telah diberikan Allah atas mereka. Perempuan memiliki kemampuan menampilkan kecantikannya serta menaruh perhatian lebih besar berbanding kaum lelaki. Bahkan, perempuan atau betina makhluk hidup, hampir semuanya terlihat indah dari pada jantannya. Hanya saja, selama ini lelaki cenderung mencari atau mengimpikan kecantikan perempuan, sedang perempuanlah yang cenderung menampakkannya. Dengan begitu, wajar pula bila setiap perempuan selalu berhasrat untuk tampil menawan dalam setiap kesempatan. Tanpa melakukan hal tersebut, jangankan untuk mendapatkan hasil memuaskan, bahkan untuk sekadar sihat saja rasanya mustahil. Sebab lazimnya diketahui bahawa setiap orang memiliki masalah berbeza-beza pada tubuhnya, mulai dari kaki sampai hujung rambut. Sebab itulah perhatian dan perawatan akan hal ini mutlak diperlukan. Malangnya, kerap kali tindakan yang dilakukan tanpa ilmu pengetahuan dan kesedaran yang cukup sehingga mereka sangat mudah terjebak pada persoalan itu-itu saja, yakni semata pada keinginan untuk selalu tampil cantik tanpa sebab hal lain yang lebih penting. Watak peribadi seperti inilah yang menyeret mereka untuk melakukan tindakan-tindakan ekstrim, seperti melakukan pembedahan plastik, sedut lemak, suntik pemutih dan lain sebagainya, tak peduli tindakan yang diambil itu selamat dari segi kesihatan ataupun tidak. Ukuran kepantasan alih-alih menjadi musnah oleh kerana mereka lambat laun tidak lagi puas merasa cantik. Dan, inilah tabarruj yang diharamkan itu.
Ada fatwa menyebut, semua perbuatan yang didasari untuk kelihatan cantik, nampak lebih muda atau menarik perhatian orang lain, adalah haram dilakukan kerana dianggap mengubah ciptaan Allah. Perbuatan itu menunjukkan sifat tidak bersyukur manusia kerana anugerah tubuh badan yang sempurna yang dikurniakan Allah adalah secantik-cantik dan sebaik-baik anugerah. Seseorang yang dilahirkan sempurna, memang harus merawat kesempurnaan yang dimilikinya, dia boleh mengubahnya dengan tujuan untuk menghindari kemudharatan. Ertinya, fizik yang sempurna tidak perlu diubah kecuali dengan tujuan untuk memperbaiki kecacatan, kecederaan atau apa saja yang sekiranya boleh mendatangkan kemudharatan jika dibiarkan. Adapun melakukan pembedahan demi mengubah fizik yang sudah sempurna, merupakan sebuah perbuatan dosa besar. Dosa itu bukan kerana telah mengubah ciptaan Allah, tetapi terdapat unsur kebohongan atau menipu oleh kerana cara-cara yang dilakukan bukanlah hal yang semestinya. Menambahkan bahawa niat seseorang untuk melakukan perubahan kecantikan itu haruslah disedari apakah betul atau salah. Seorang wanita yang ingin melakukan perubahan kecantikan dengan niat ingin kelihatan hebat dan anggun, atau ingin agar pasangan hidupnya kagum dan tidak mencari pasangan lain, harus diingatkan bahawa niat ini salah. Sebab keanggunan seseorang bukan jaminan pasangannya akan tetap setia. Juga bukan jaminan kelak dia akan kelihatan hebat dan akan dikagumi banyak orang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Nilai Ilmu Ulama Dulu Tak Sama Dengan Sekarang

Pernah suatu ketika dulu kita dihebohkan kerana tidak ada orang yang dianggap sebagai ulama dalam negara kita. Ilmuan Islam yang begitu ramai pun, masih dianggap belum mencapai ketahap ulama. Jadi, siapakah ulama itu yang sebenarnya? Apakah kriterianya? Dalam kitab-kitab dalam kamus disebutkan bahawa ulama itu adalah orang yang berilmu. Ilmu yang dimaksudkan disini adalah ilmu agama, yang berlandaskan kepada semua ilmu agama iaitu sama ada ilmu bahasa atau pun ilmu “syariat”. Ulama ialah apabila bercakap lebih-lebih lagi menenai soal agama dan hukum untuk kepentingan umat, biasanya persepsinya berdasarkan kepada fikiran rasional, objektif menghargai nilai-nilai akhlak dan moraliti. Seorang ulama apabila berhujah mengenai soal hukum hakam, apa lagi dalam mentafsirkan wahyu Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. biasanya melalui “balaqhah” bahasa dan syariat dengan menampilkan ayat-ayat termonologi yang berkaitan. Biasanya umat Islam yang mempunyai ilmu agama dan juga berpengetahuan agama akan menghargai pendapat ulama seperti ini lebih-lebih lagi kalau ulama itu dapat menghuraikan ayat-ayat Allah yang ramai orang kurang memahaminya dan mengertikannya. Ulama tulen ialah berdedikasi dan bersifat rabbani. Ulama seperti ini biasanya disebut sebagai “orang alim”, “orang yang warak”, dan umat Islam umumnya sangat menghormati dan menghargai ulama seperti ini. Zaman mutakhir ini ulama-ulama dipertikaikan, sama ada peribadi ulama itu sendiri, lebih-lebih lagi ilmu yang ada pada ulama itu sendiri. Sekarang ini umat Islam terutama di negara kita sendiri teramat sedih kerana ilmu agama pada zaman ini sudah terjerumus pada hal-hal yang sudah diperingatkan oleh Nabi s.a.w. kira-kira 14 abad yang lalu. Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya dalam bab bagaimana ilmu agama dicabut oleh Allah s.w.t. Abdullah bin Al-Ash berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari para hambaNYA dengan sekali cabut, tetapi dengan mencabut para alim ulama, apabila tidak seorang pun ulama yang ditinggalkannya, lalu manusia mengangkat para pemimpin bodoh, lalu mereka ditanya oleh manusia. Mereka memberikan fatwa tidak berdasarkan ilmu yang benar, lalu diri mereka tersesat dan juga menyesatkan orang lain.” Sekarang ini ulama-ulama dan pembesar-pembesar agama yang bijak pandai yang banyak menghasilkan kitab-kitab yang boleh kita pelajari dan membuat rujukan sudah ramai yang pergi, kecuali sebahagian kecil saja yang ada. Ilmu agama saat ini hanya banyak dipetik dari orang-orang tinggal sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam hadis diatas. Sesungguhnya soal hukum hakam agama mestilah diambil atau pun dipetik dari fatwa para ulama besar. Maksudnya, para ulama jenis yang sentiasa gigih menuntut ilmu sehingga rambutnya menjadi putih kerana terlalu banyak mentelaah kitab-kitab dan mentafsirkan ayat-ayat Quran. Ulama-ulama yang tubuh badannya jadi kurus kerana terlalu banyak menyengkang mata. Matanya menjadi menguning kerana terlalu banyak membaca.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Perceraian Tiga Sahabat

Tiga sahabat dan satu khabar yang menyesakkan. Tiga kawan dengan cerita yang menciptakan lubang di rongga hati. Dua kawan perempuan dan satu teman lelaki. Kawan pertama: Sinta [tentu bukan nama sebenarnya]. Ia seorang aktivis sebuah pertubuhan keislaman, berusia 30-an, dengan seorang anak, dan pandai mencari nafkah. Ia telah resmi memutuskan ikatan perkahwinannya saat si suami, begitu terang-terangan, menduakan hati dengan perempuan lain. Ia menuntut cerai setelah segenap usaha rumah tangga dipertahankanya; setelah segugus luka, airmata, dan perih menyelimuti hari-harinya. Dan surat talak itu pun keluar. Melalui dunia maya, kepada saya, ia khabarkan babak baru kisah hidupnya: menjadi ibu tunggal dengan seorang anak lelaki. Kawan kedua: Rasha [juga bukan nama sebenarnya]. Sahabat yang satu ini pelajar di sebuah pondok pesantren dan bekas penuntut di sebuah perguruan tinggi negeri. Usianya hampir kepala 3. Berparas jelita dan memilih mengajar sebagai pekerjaan mulianya. Sebenarnya, usia perkahwinannya baru seumur jagung, belum genap setahun; namun, ikatan suci perkahwinannya kandas. Memedihkan. Ia tidak menuntut cerai, tapi si suamilah yang justeru memutuskan mahligai rumah tangganya. Ia tidak bercerita lebih mendalam ehwal derita perpisahan yang menimpanya. Ia hanya mengkhabarkan dalam sebuah pesan pendek handphonenya: “Az, untuk sementara, jangan tanya kenapa dulu. Hatiku masih luka. Masih trauma. Barangkali ini keputusan terbaik yang dipilihkan Allah buatku. Aku sedang berusaha ikhlas. Doakanlah...” Kawan ketiga: Hasan [sengaja saya samarkan namanya juga], teman lelaki sebaya saya yang pendiam dan giat mencari wang. Ia mengenal Husna, isterinya, begitu singkat; sekitar empat bulanan. Dikenalkan oleh seorang temannya. Kerana merasa sudah mantap dan ingin cepat-cepat memutuskan masa bujangnya, ia pun melamar Husna. Alhamdulillah, ibu bapa Husna menerimanya dan, singkat cerita, berkahwinlah mereka berdua. Namun, betapa malangnya Hasan, baru berjalan tiga bulan biduk rumahtangganya, isteri yang dikahwininya itu ternyata hanya berpura-pura saja mencintainya. Isterinya memuja lelaki lain dan masih ‘bermesra-mesraan’ melalui telefon. Mereka sering pergi berdua kala Hasan berangkat kerja. Dunia Hasan runtuh. Ia tergolek rapuh di tempat tidur. Ia tidak ingin melanjutkan perkahwinannya. Dan akhir cerita yang sedih pun terjadi: perceraian. Demikianlah. Ketiga sahabat saya itu, barangkali, akan mengenang dalam sejarah hidupnya bahawa ada jelaga dan lorong hitam yang pernah mengisi batinnya. Dan itu perlu waktu untuk menyembuhkannya. Dan itu perlu keyakinan hati yang kukuh untuk melangkah lagi, perlu diperbaharui jiwa kembali untuk menatap masa depan yang baru. Saya sendiri lemas dan merasakan sakitnya perpisahan mereka. Barangkali, itulah hidup, itulah pilihan anak manusia yang berhak memilih jalan kisah hidupnya, kebahagiaannya. Mereka berupaya agar tak terperangkap dalam ranjau ikatan rumah tangga: berkahwin tapi tidak menemukan tujuan pernikahan yang sakinah, mawaddah dan rahmah. Dan sakinah [ketenangan], bila merujuk uraian Prof. Quraish Shihab dalam buku Pengantin Al-Quran, bukan sekadar ketenangan lahir yang terlihat, yang tercermin pada kecerahan air muka, kerana yang satu ini boleh saja kerana betul bendul, ketidaktahuan atau kebodohan; tetapi ketenangan yang terpancar pada air muka yang disertai kelapangan dada, budi bahasa yang halus, yang dilahirkan oleh ketenangan batin lantaran menyatu padunya pemahaman dan kesucian hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...

Sunday, September 19, 2010

Model Mendidik Anak Menurut Lukmanul Hakim

APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar. Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai akidah yang kental terhadap Allah s.w.t. Justeru itu, Allah s.w.t. telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:
1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.
2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.
3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.
4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah takwa sebagai kapalnya.
5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.
6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.
7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbaki lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

AKIDAH PENTING DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
Masalah akidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami akidah Islam secara mendalam. Firman Allah yang bermaksud: “Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: “Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”(Luqman: 31). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.
Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanannya? Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan akidah untuk beriman dengan Allah s.w.t. secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan. Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa: “Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingatiNya? Kemudian beliau berkata kepadaku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidahmu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).
Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, “Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur.” Katanya lagi, “Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat.” Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama yang terkenal.

SOLATLAH ANAKKU
Firman Allah s.w.t. bermaksud: “Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat.” (Luqman: 17). Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah.” Solat yang dikehendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan. Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah s.w.t. Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Oktober 2010 di pasaran...