Monday, May 14, 2012

Variasari Keluaran Mei 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Mei 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Mei 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin




Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Mei 2012











Hidayah Mei 2012

Hidayah keluaran Mei 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos

Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam tempoh kita bakal menuju pertengahan tahun 2012. Begitulah cepatnya masa berlalu. Kita saling kejar mengejar dengan masa. Dalam tempoh itu, marilah kita menoleh sejenak masa yang telah berlalu. Ramai saudara mara, kawan-kawan dan kenalan rapat dengan kita telah mendahului kita. Mereka kini telah berada dalam alam barzakh. Sememangnya mati itu terlalu rapat dan dekat dengan kita. Namun kita ini rasa mati itu masih jauh. Kononnya ‘biarlah yang lain-lain itu pergi dulu, kita akan menyusul kemudian’. Sebenarnya tidak begitu. Lambat atau cepat, kematian itu sesuatu yang pasti. Setiap hari orang-orang sekeliling kita mati. Jadi kita diminta bersedia untuk ‘mati’ dan berhak memilih kematian kita dengan kesudahan ‘husnul khatimah’. Keluaran kali ini Hidayah menyiarkan rencana khas bertajuk “Mayat Orang Mukmin Istimewa Dalam Kubur”. Semoga anda dapat memahami dan menghayatinya. Alangkah indahnya mati. Kubur bersiap sedia menghias diri untuk menerima jenazah orang-orang mukmin. Anda juga bakal menjadi sebahagian darinya. Fahami maksud hadis, “Siapa yang meminta Allah terbunuh di jalan Allah, secara tulus dari lubuk hatinya, maka Allah akan memberinya pahala mati syahid, sekalipun mati di atas tempat tidurnya.” (HR. At-Termizi dan Ahmad) Sementara itu dalam salah satu kisah iktibar di paparkan bagaimana seorang penyanyi dangdut yang mati jenazahnya disambut dengan petir yang berdentum di siang hari. Dalam ‘Kisah Haji’ ikuti pula bagai seorang ‘kaki sabung ayam’ yang menunaikan fardu haji dan telatahnya ketika berada di tanah suci. Sementara yang mengusik perasaan ialah mengenai kisah seorang petani kampung yang miskin begitu tulus ikhlas membantu orang lain akhirnya mendapat ganjaran dari hasil kebaikannya tanpa disangka-sangka. Bacalah halaman ‘Kisah Sedekah’.
Kita berharap kisah-kisah iktibar dan rencana-rencana yang dipaparkan dalam Hidayah pada setiap keluaran akan dapat membimbing dan membentuk kesedaran dan keinsafan dalam hati ini terhadap hakikat hidup ini. Kepada Allah kita pohonkan hidayah dan menetapkan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman, InsyaAllah. Terima kasih dengan sokongan berterusan anda terhadap kami.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my.

Pencuri Kain Kafan Lihat Orang Baca Quran Dalam Kubur

KALAU kita ke kawasan tanah perkuburan, maka kita akan lihat keadaannya adalah tenang dan aman. Kita tidak mendengar apa-apa pun kecuali bunyi kicauan burung dan cengkerik. Tetapi sebenarnya di dalam lubang kubur itu ada berbagai suara yang mengerikan dan menakutkan. Keadaan mereka yang ada di dalam kubur itu ada berbagai-bagai. Kita sahaja sebagai manusia yang tidak dapat mendengarnya. Makhluk jin juga tidak dapat mendengarnya. Sebenarnya, ada jeritan dari mayat-mayat tersebut dimana mereka ada yang kena seksa. Berbagai alat-alat digunakan untuk penyeksaan tersebut. Ini semuanya dilakukan kepada mereka yang berdosa, yang melanggar perintah Allah s.w.t. Mereka tidak membaca al-Quran, mereka melakukan kejahatan berulang-ulang. Ketaatan kepada Allah tidak dilakukan. Dan sebab itulah mereka diseksa. Bagi orang-orang salih kadang-kadang dia ingin melihat bagaimana seksaan itu berlaku. Dalam rencana ini diceritakan bagaimana seorang tua berdoa kepada Allah s.w.t. supaya disingkapkan misteri kisah orang-orang yang meninggal dunia. Cuba ikuti kisahnya: Seorang lelaki tua pernah mengatakan bahawa dia berdoa kepada Allah agar disingkapkan untuknya misteri orang-orang yang meninggal dunia. Suatu malam, dia bermimpi kalau hari kebangkitan telah terjadi dan orang-orang yang meninggal dunia keluar dari kubur mereka. Dia mendapati sebahagian dari mereka berpakaian sutera yang indah, yang lainnya di atas singgahsana yang mulia, sebahagian lainnya di atas bunga-bunga, dan yang lainnya tertawa-tawa, tapi ada juga yang menangis. Seseorang berbicara kepada orang-orang yang telah meninggal dunia itu bahawa perbezaan sudah dibuat, kerana perbuatan yang mereka lakukan berbeza kadarnya. Orang-orang yang berpakaian sutera adalah mereka yang sering melakukan perbuatan baik, mereka yang yang berada di singgahsana mulia adalah para syuhada, mereka  yang berbaring di atas bunga-bunga adalah orang yang sering berpuasa. Sedang mereka yang menangis adalah para pendosa. Orang-orang yang berstatus tinggi (mereka yang berbaringan di atas singgahsana yang mulia) adalah mereka yang selalu riang dalam ketaatan terhadap Allah. Sebuah cerita beredar bahawa ada seorang pencuri kain kafan yang setelah menggali kubur, dia kerap mengambil peti-peti jenazah. Ketika dia menggali sebuah kubur, dia mendapati seorang lelaki yang sedang membaca Al-Quran di atas sebuah singgahsana yang tinggi, yang di bawahnya terdapat sungai yang mengalir. Dia menjadi sangat ketakutan hingga jatuh pengsan. Orang ramai kemudian menyeretnya keluar dari kubur. Setelah tiga hari, dia tersedar kembali, mereka pun menanyakan sebab dia pengsan. Dia menceritakan semua kejadian itu. Sebahagian orang yang ingin melihat kubur itu, memintanya membawa mereka ke sana. Dia sudah siap melakukan hal itu, tetapi di malam hari dia melihat seorang lelaki tua dalam mimpinya yang melarangnya melakukan hal itu, kalau tidak dia akan masuk kubur dan mendapatkan kesulitan. Ketika terbangun dari mimpi, dia memutuskan tidak menceritakan kepada siapa pun tentang lokasi kuburan itu. Bara ibnu Azib mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, ketika orang yang tidak beriman mengungkapkan ketidak tahuannya, terdengar sebuah suara dari langit bahawa ia telah berbohong dan kerananya api neraka yang membara telah dikobarkan untuknya. Dia akan diselimuti pakaian api, pintu neraka akan dibuka, dan akan melewati panasnya neraka. Kuburnya akan mengerut sedemikian rupa, sehingga satu sisi rusuknya menusuk sisi yang lain, kemudian penjaga yang buta dan tuli ditempatkan untuk menyeksanya. Penyeksa memiliki sebuah alat penukul besi yang sangat berat sehingga sekali pukul dapat membuat sebuah gunung menjadi hancur. Lebih lanjut dia mengatakan bahawa ketika penjaga itu memukul jenazah dengan penukul besi, ia menjadi debu dan suara yang dikeluarkan akibat dari pukulan itu terdengar semua makhluk hidup dari barat sampai ke timur, kecuali manusia dan jin. Setelah itu, tubuhnya dipulihkan lagi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Kaki Menekuk Saat Meninggal

KEKAYAAN kerap kali membuat kita lalai. Semakin banyak rezeki yang melimpah, semakin banyak pula kita melewatkan waktu untuk bersyukur. Padahal sudah dijelaskan dalam ayat Al-Quran di atas, bahawa harta dan anak-anak yang kita miliki merupakan hanya cubaan dari Allah s.w.t. jua. Harta dan anak-anak itu boleh meninggikan dan merendahkan darjat kita sebagai hamba di sisiNya. Semuanya tergantung bagaimana kita menyikapi anugerah tersebut. Berikut ini adalah kisah kesombongan seorang kaya, yang dengan hartanya dia berbuat sesuka hati memfitnah kepada orang lain. Hari masih pagi benar. Udara disepanjang jalur jalan lebuh raya bertol keluar dari kota Jakarta yang dingin dan segar itu mulai terasa hangat. Perlahan-lahan matahari yang merah mulai tampak menguning. Sejengkal demi sejengkal suasana tampak mencerlang dengan sinar matahari menyinari bumi. Sekitar jam 10 pagi itu, kenderaan ambulan itu meluncur laju sambil membunyikan sirennya. Sementara mengekori di belakang sebuah kereta mewah berwarna hijau gelap. Dalam ambulan itu, wanita bernama Onah terbaring tanpa daya. Di sebelahnya terdapat dua orang mencuba menenangkannya, agar ia tetap tabah dan sabar menghadapi penyakit yang dideritainya. Mereka ialah suaminya, Kalimin, dan Ida iaitu anaknya. Ida sekali-sekali mengipas–ngipas sekujur tubuh ibunya yang terlihat sedang tenat. Rintihan tertahan keluar dari mulut wanita berusia 45 tahun. “Aduh...aduh...ah...sakitnya badan aku...” demikian rintihan itu berkali-kali meluncur dari mulutnya. Melihat keadaan wanita itu memang mengharukan. “Sabarlah bu...sebentar nanti kita akan sampai ke rumah,” pujuk si anak perempuan itu. Namun rintihan Onah semakin menjadi-jadi. Apalagi beberapa bahagian jalan yang tidak rata menyebabkan ambulan yang berlari kencang itu sedikit terlambung. Hal inilah yang membuat Onah marah-marah serta memaki-maki dengan celuparnya terhadap pemandu ambulan. “Eh...apa-apalah kamu ini. Tak bolehkah hati-hati sikit. Badan aku sakit-sakit ni!” ngomelnya. Sedangkan pemandu ambulan itu sudah berusaha sebaiknya untuk tidak menyusahkan pesakit yang dibawanya itu. Beberapa ketika kemudian, rintihan Onah menjadi teriakan-teriakan yang semakin tidak terkendalikan. Hingga akhirnya dia meminta ambulan tersebut segera menepi dan berhenti di tepi jalan. Pemandunya patuh mengikut arahan, ia dengan disiplinnya memberi lampu signal untuk berhenti. Sementara kereta yang membawa beberapa ahli keluarga Onah yang mengekori ambulan tersebut semakin panik. “Ada apa-apa yang terjadi?” tanya Arman keluarga terdekat Onah yang memandu kereta mewah itu. Suami Onah lalu menjawab bahawa isterinya minta berhenti sejenak. “Biasa-biasa saja, agar dia tenang terlebih dulu,” beritahunya tergesa-gesa.
Sebaik ambulan berhenti, Onah tak juga berhenti-henti memaki dengan sumpah seranahnya, kerana keadaan tubuh badannya yang sakit itu dia melempiaskan kekesalannya kepada sesiapa saja. Bahkan Onah sempat bersumpah seranah kepada seseorang. Maklum, sebelum ini dia mendakwa dan beranggapan bahawa penyakit yang dideritainya itu akibat terkena ‘perbuatan sihir’ orang lain. “Awas, kalau aku baik nanti, aku akan balas dan buat perhitungan dengan orang yang menyebabkan aku sakit ini,” demikian ancam Onah dengan sombongnya. Dan dapat diduga bahawa yang menjadi tohmahannya ialah seorang ustaz bernama Abdullah. Dikatakan beberapa hari lalu Onah melakukan sumpahan dengan Al-Quran terhadap Ustaz Abdullah yang telah dituduhnya menggunakan ilmu sihir untuk menganiayainya. Selepas berhenti beberapa minit kemudian, Onah tertidur lena. Akhirnya suami Onah memutuskan untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Tapi hanya beberapa kilometer kemudian, Onah terbangun lagi. Kini dia menjerit kuat. Tubuhnya dirasakan mengalami kesakitan yang luar biasa. Kakinya yang asalnya lurus itu, tiba-tiba menekuk ke belakang. Detik-detik berlalu, jeritan Onah tiba-tiba berubah menjadi rintihan lemah, sampai akhirnya dia terdiam, badannya tak bergerak sedikitpun. Mereka yang berada dalam ambulanpun menjadi panik, terutama Ida anak perempuannya. Dia menangis histeria mengkhuatirkan keadaan ibunya. Semacam ada firasat tidak baik dalam fikiran Ida, jangan-jangan ibunya yang berada di hadapannya kini sedang menghadapi sakaratul maut. Benar saja ketika Ida mahu menempelkan jarinya ke arah lubang hidung ibunya, ia sudah merasakan tidak ada lagi hembusan nafas. Demikian juga ketika dia menekan urat nadi di pergelangan tangan ibunya yang telah pucat pasi itu tak ada denyutan terasa. Menyedari hal itu Idah meratap dalam nada sebak meskipun ia masih belum percaya bahawa ibunya telah meregang nyawa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Setiap Manusia Ada Dua Pintu Di Langit

KITA sebagai orang Islam memang disuruh oleh agama supaya menziarahi jenazah para sahabat, dan saudara Islam kita meninggal dunia. Kecualilah kita mempunyai urusan-urusan yang tidak boleh dielakkan, atau pun kita tidak tahu atas kematian tersebut. Bagi orang-orang mukmin yang beriman dan beramal salih, kematiannya ditangisi oleh “langit dan bumi”. Ini, kerana setiap manusia mempunyai; “Dua pintu” yang ada di langit. Pintu pertama: Turunnya rezeki dari Allah kepada manusia, dan pintu kedua: “Naiknya amalan baik melalui pintu tersebut”. Jadi, apabila mati seseorang yang baik itu, maka rezeki untuknya tidak turun lagi, dan langit tidak menerima amalan-amalan dan kerja-kerja baik orang itu. Kalau kita banyak menelaah kitab-kitab agama yang menerangkan mengenai alam akhirat yang bermula manusia itu hidup di dunia hinggalah mencapai tahap tua, dan kemudian menghadapi kematian yang pasti datang itu akan menemui cerita-cerita dari Sabda Nabi s.a.w. Para sahabat Nabi s.a.w. yang rapat dengan Nabi saban hari, juga ada menceritakan hal-hal serupa ini dalam kitab-kitab tersebut. Manusia biasanya tentulah agak sulit menerima apa-apa juga mengenai apa-apa perkhabaran mengenai alam akhirat semasa manusia itu masih hidup di muka bumi ini. Kerana manusia yang ada hidup di muka bumi ini belum lagi mengalami kehidupan akhirat, tetapi manusia akan menjadi berubah apabila mati dan “roh” terpisah dari jasad. Sebenarnya, apabila kita menziarahi mayat, kita akan dapati mayat itu terbaring terlentang di atas katil atau pun ditempat pembaringan. Kita memanglah tidak tahu apa yang diwasiatkan oleh mayat itu kepada kaum keluarga dan sanak saudaranya. Para ulama dalam kitab-kitab mereka ada menyebut tentang perkara ini dengan terang dan jelas bagaimana mayat merasakan kesedaran bekalan yang dibawanya, kerana “bekalan” itulah yang akan menentukan kehidupan selanjutnya. Ketika hidup di dunia, manusia susah menerima apa-apa yang disampaikan oleh Allah dan RasulNya s.a.w. kepada mereka mengenai hakikat kehidupan dunia dan juga kehidupan akhirat. Hal itu disebabkan mereka belum mengalami kehidupan itu dengan indera zahir mereka.
Namun keadaan akan berubah ketika roh telah dicabut dari jasadnya, sehingga ketika indera-indera zahiriyah itu mati fungsinya, barulah roh akan menyedari hakikat keadaan yang sebenarnya. Itulah yang disampaikan oleh setiap mayat. Ia meninggalkan pesan penting bagi yang ditinggal. Kerana ia baru menyakini hakikat dari kehidupan ini. Ummu Darda r.a. meriwayatkan bahawa jika seorang mayat diletakkan di atas katilnya, dia akan berseru: “Wahai keluargaku, tetanggaku dan pengusung jenazahku! Jangan sampai dunia ini memperdaya kalian, sebagaimana dia telah memperdayaiku.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Kisah Di Balik Nama Surah Al-Baqarah

LEMBU merupakan binatang yang sangat istimewa. Di samping memberi banyak manfaat bagi kehidupan manusia, kerana daging dan susunya mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan, nama ‘lembu’ juga diabadikan dalam al-Quran. Surah kedua dalam al-Quran bernama al-Baqarah, yang bererti ‘lembu betina’.
Penamaan surah ini terkait erat dengan kisah umat Nabi Musa a.s. dengan Bani Israil, yang tercantum dalam ayat ke-67 hingga 71. Dalam ayat tersebut diceritakan bagaimana umat Nabi Musa a.s. menjadikan patung lembu betina sebagai patung sembahan mereka. Pendek kata, lembu betina ‘dijadikan berhala’ oleh Bani Israil kala itu. Allah s.w.t. berfirman: “Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor lembu betina (baqarah).” Mereka berkata: “Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?” Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah akan termasuk golongan orang-orang yang jahil”. (QS. Al-Baqarah: 67) Kata baqarah dalam ayat ini diterjemahkan para ahli tafsir sebagai ‘lembu betina’. Dalam al-Quran sendiri, kata al-baqaru (bentuk ma’rifah/definitive dari baqarun) disebut tiga kali, iaitu dalam surat al-Baqarah ayat 70, serta dalam surat al-An’am ayat 144 dan 146. Dan, yang menarik, pada surat al-Baqarah ayat 70, kata al-baqara digunakan Bani Israil sebagai sambutan atas maklumat yang diberikan Nabi Musa bahawa Allah menyuruh mereka menyembelih baqaratan, seperti yang tertera pada ayat 67. Kemudian, pada ayat 71, Musa menjawab mereka dengan menggunakan lagi kata baqaratun.

Kes Pembunuhan
Diceritakan, dulu, di tengah-tengah Bani Israil, dijumpai sekujur mayat yang diyakini sebagai korban pembunuhan. Sementara siapa yang membunuh, tak seorang pun di kalangan Bani Israil yang mengetahui. Maka, timbullah pertengkaran antara suku yang satu dengan yang lain, masing-masing menuduh pihak lain yang membunuh orang tersebut. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga Muhammad bin Sirin, dari Ubadah as-Silmani, dia menceritakan bahawa ada seorang lelaki dari kaum Bani Israil mandul. Sedangkan dia memiliki harta yang banyak, dan anak saudaranya merupakan pewarisnya. Kerana untuk mendapatkan warisan itu, saudaranya itu membunuh dirinya. Pada malam harinya, dia membawa mayat lelaki mandul itu, lalu diletakkan di depan pintu salah seorang Bani Israil. Ketika pagi tiba, maka pihak korban menuduh si pemilik rumah itu yang membunuh. Si empunya rumah tentu tidak terima. Maka terjadilah perkelahian dan saling tuduh-menuduh. Masalah ini akhirnya dibawa kepada Nabi Musa a.s. untuk diadili dan diselesaikan. Dikeranakan masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa, maka Nabi Musa menyelesaikannya dengan jalan mukjizat, dan berkata kepada mereka, “Allah s.w.t. memerintahkan supaya kalian menyembelih sapi dan sepotong dari badannya disentuhkan kepada si korban, insyaAllah ia akan kembali hidup dan memberitahukan siapa sebenarnya yang membunuh dirinya.”
Mendengar jawaban Musa ini, mereka berkata: “Apakah engkau mempermainkan kami dengan mengusulkan jalan penyelesaian yang tidak masuk akal ini?” Nabi Musa pun menjawab, “Mempermainkan orang adalah pekerjaan orang-orang bodoh, dan utusan Allah tiada pernah mengerjakan hal itu. Jika kalian memang serius hendak mengetahui siapakah pembunuhnya, maka tidak ada jalan lain, kecuali kalian harus melakukan cara tersebut.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Wanita Macam Mana Menjadi Igauan Kaum Lelaki

APA juga yang kita buat di atas muka bumi ini, bukanlah boleh dibuat dengan sesuka hati kita sendiri. Semuanya ada pedoman, ada panduan, ada peraturan dan ada garis panduannya. Sehingga kita nak makan pun ada panduan dan garis panduannya, apa yang kita boleh makan apa yang kita boleh. Bukan semuanya kita boleh ‘sapu’ begitu saja. Begitu juga dengan berpakaian. Bukan semuanya kain-kain perhiasan yang boleh kita pakai dan gunakan. Bagi lelaki kain sutera, emas tidak boleh dipakai. Sehingga untuk berkahwin dan untuk memilih isteri pun ada garis panduan yang ditentukan oleh agama. Siapakah yang menyediakan semuanya ini? Jawapannya adalah Allah s.w.t. yang menyediakan dan memberikan panduan dan garis panduan kepada manusia. Allahlah yang Maha Berkuasa dalam segala hal di langit mahu pun di bumi.
Dalam soal perkahwinan Allah juga yang memberikan garis panduan, wanita-wanita yang macam mana yang boleh kita jadikan isteri atau pun teman hidup. Kerana perkahwinan itu merupakan satu “ikatan yang paling kuat” dengan apa yang disebut ikatan janji kesetiaan. Perkahwinan merupakan ikatan suami isteri, kesetiaan cinta dan kasih sayang yang sudah diijab kabulkan menerusi perkahwinan atau pun pernikahan. Isteri yang menjadi igauan seorang suami adalah seorang isteri yang mencurahkan kemesraan dan kasih sayang untuk suami, dan kalau ada anak-anak termasuklah anak-anak sekali dengan ikhlas semata-mata untuk keredhoan Allah s.w.t. Dalam zaman yang serba moden ini, kadang-kadang kita terutama suami-isteri kurang menerima pedoman dalam menjalani bahtera kehidupan rumahtangga. Apabila kita, terutama suami isteri tidak memperolehi pedoman dalam mendirikan rumahtangga, maka sebab itulah, usia sesebuah rumahtangga itu tidak panjang, dan jarang sampai ke akhir hayat. Memilih suami yang baik, atau pun isteri yang cemerlang mestilah ada pada setiap orang, sama ada yang sudah berkahwin atau pun yang akan mendirikan rumahtangga. Kecemerlangan, masyarakat Islam dizaman dulu dalam hidup berumah tangga kerana calon isteri memilih suaminya yang berwawasan sama ada dunia dan akhirat. Isteri berjaya memilih suami yang bertanggungjawab dan bersedia mencurahkan kasih sayang kepada keluarga. Kenapa sekarang tidak sama dengan dulu? Bagi setengah-setengah pasangan terutama dalam awalan pemilihan suami, kebanyakan para wanita hanya baru kenal sekali, sudah berjanji mahu mendirikan rumahtangga. Sedangkan lelaki bakal pilihannya itu baru saja “singgah” sebentar dalam hidupnya, dan terus membuat keputusan mahu berkahwin.
Sepatutnya, pemilihan itu haruslah ada etikanya, sekurang-kurangnya mempunyai watak kepimpinan, tinggi akhlak dan peribadinya, mendapatkan rezeki dari sumber yang halal, dan paling utama sekali berilmu, beriman dan beramal salih.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Serigala Yang Dituduh Korbankan Nabi Yusuf a.s.

MALAM seperti menyulam langit menjadi hitam. Bulan setengah jingga pun nyaris meredup. Tapi, gelap malam tak menghalangi serigala itu keluar dari pintu gua, menghirup udara malam yang dingin, dan melolong dengan panjangnya. Binatang itu seakan mencium semerbak aroma yang khas, aroma binatang buruan.
Bulan di langit menjadi petunjuk bagi binatang itu menapaki lengang jalanan. Ia melangkah dengan pelan dan berjalan di bawah sinar rembulan. Mulut haiwan itu mengendus-endus dengan tajam. Aroma haiwan buruan menyengat. Serigala itu pun memutuskan mencari sumber aroma yang siap menjadi mangsa. Kian jauh serigala itu berjalan, ia merasakan aroma itu semakin dekat dengan rasa penciumannya. Ia mengendap-endap, menghembuskan nafas sejenak lalu bergerak cepat dengan waspada. Tapi beberapa langkah kemudian, ia melihat sebuah khemah putih. Tak jauh dari khemah itu, ada sepuluh lelaki sedang duduk mengelilingi unggun api yang menyala-nyala; memercikkan api seakan membakar keheningan malam.
Sejenak, serigala itu terkesima, menatap dengan tajam dan penuh selidik. Tidak henti-henti, serigala itu menatap wajah sepuluh lelaki itu; wajah orang-orang yang sedang menyusun sebuah rencana jahat. Tapi, sebenarnya aroma yang mengundang kedatangan serigala itu mendatangi tempat tersebut adalah sekawanan domba yang ikut perjalanan sepuluh lelaki itu. Serigala itu menyurukkan muka ke tanah. Tapi, ia tetap menajamkan telinga agar boleh menangkap gerak-geri sepuluh lelaki itu. Hening menyelimuti malam, dan serigala itu hanya mampu menatap dari tempat ia berdiri. Hingga kemudian, salah seorang dari sepuluh lelaki itu berkata seraya memanaskan kedua tangannya di atas tungku api unggun, “Kita harus segera bebas dari Yusuf.” Dingin malam menggigilkan tubuh serigala. Ia kemudian membekapkan bulu-bulunya agar dingin tak mengusik tulangnya. Hening malam serasa panjang, mendebarkan. Dan, sepuluh lelaki itu kembali berbincang-bincang, “Sesungguhnya Yusuf dan saudara kandungnya (Bunyamin) lebih dicintai oleh ayah kita dari pada kita sendiri, padahal kita (ini) adalah satu golongan (yang kuat). Sesungguhnya ayah kita adalah dalam kekeliruan yang nyata. Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu daerah (yang tak dikenal) supaya perhatian ayahmu tertumpah kepadamu saja, dan sesudah itu hendaklah kamu menjadi orang-orang yang baik.” (QS. Yusuf [12]: 8-9) Serigala itu seakan mengetahui apa yang diperbincangkan sepuluh saudara Yusuf itu. Lalu, seseorang di antara mereka berkata: “Janganlah kamu bunuh Yusuf, tetapi masukkanlah dia ke dasar telaga supaya dia dipungut oleh beberapa orang musafir, jika kamu hendak berbuat.” (QS. Yusuf [12]: 10) Serigala itu hendak melangkah pergi, ketika ia merasa domba-domba itu tak dapat dijadikan sasaran. Tetapi, pembicaraan sepuluh lelaki itu kembali mengusik serigala itu tetap tinggal di tempat ia berdiri. Ia pun berdiam dirinya dan melihat dengan waspada. “Apa yang akan kita katakan kepada bapa kita, Ya’qub, kalau ia bertanya tentang Yusuf?” ucap salah satu di antara mereka. “Kita katakan saja kepadanya jika Yusuf telah tersesat,” jawab yang lain. “Itu permainan tipu helah yang ketara sekali.


Selanjutnya dapatkan hidayah Mei 2012 di pasaran...

Haji Lelaki Sabung Ayam

SEBUT saja namanya Sakir. Usianya sekitar 55 tahun. Rambutnya panjang hingga melewati bahu dan selalu diikat macam tocang pada bahagian pangkal kepalanya. Meski usianya sudah separuh abad, tapi kebiasaan buruknya belum hilang, iaitu kaki sabung ayam. Kebiasaan lama saat dia dewasa tidak dapat hilang, meski dia telah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Sakir memiliki ayam jaguh yang sangat disayanginya. Namanya “Gatot Kaca”. Kedengarannya agak aneh, memang, seperti nama tokoh wayang kulit yang terkenal itu; sosok yang kerapkali disimbolkan dengan otot kawat dan tulang besi. Tapi, ayam Sakir ini dinamakan demikian kerana memang tidak sembarangan. Kerana dia seringkali menang saat diadu berlaga dengan ayam-ayam lainnya, baik dari kampungnya sendiri mahupun dari kampung lain. Tubuh ayamnya yang tinggi dan besar serta memiliki cakar yang panjang dan tajam, membuat dia ditakuti oleh ayam-ayam yang lain. Bagi Sakir, sabung ayam sebenarnya bukanlah hobi utamanya. Ini hanyalah suka-suka untuk mengisi kekosongannya di rumah sebagai ‘bos’ dari sebuah syarikat bajaj (kenderaan awam bermotor beroda tiga dengan pemandunya duduk di depan) di ibu kota Jakarta. Ya, sebagai lelaki, Sakir sebenarnya terbilang usahawan yang berjaya. Syarikatnya itu memiliki beberapa puluh bajaj yang disewakan kepada sebilangan orang. Dia punya beberapa pekerja yang diharapkan untuk mengawal segala operasi bajaj dan sekaligus memperbaikinya apabila ada berlaku kerosakan. Sebagai bos, masa Sakir banyak dihabiskan ‘stand by’ di rumah saja. Dia tahunya beres dan wang itu datang kepadanya setiap bulan. Untuk mengisi kekosongan waktu di rumah itulah, dia seringkali masuk gelanggang sabung ayam. Ayam ‘Gatot Kaca’ Sakir diasuhnya sejak kecil dan diberi makanan yang berzat. Memang patutpun saja ayam itu tumbuh besar dan kuat seperti namanya: Gatot Kaca. Namun, tentu saja, tulisan ini tidak mahu memperkatakan hal ehwal Gatot Kaca dalam segala aksi-aksinya. Tulisan ini tetap menjurus kepada si pemiliknya, iaitu Sakir.
Suatu kali dia berniat mahu menunaikan haji. Saat itu usianya 50 tahun, bererti kejadian ini lima tahun yang lalu. Dia berhasil mengumpulkan wang puluhan juta rupiah selama mengusahakan sewa bajaj-bajajnya. Setelah didesak oleh isterinya, akhirnya dia pun mahu berangkat menunaikan ibadah haji. Sebenarnya, Sakir bukanlah orang yang taat beribadat. Ibadah solat lima waktunya kerapkali dia tinggalkan. Kerana itu, dia gemar menyabung ayam. Bahkan, solat Jumaat yang hanya dikerjakan seminggu sekalipun, jarang dia tunaikan. Mungkin hanya solat dua hari raya saja yang dia lakukan, itu pun kerana saat itu tetangga di kanan dan di kirinya pergi solat beramai-ramai, hingga dia pun terpaksa ikut-ikutan. Ya, sebagai hamba Allah, Sakir sebenarnya termasuk golongan kurang bersyukur atas segala rezeki yang dia terima selama ini. Dia tidak sedar bahawa kejayaannya menjadi pengusaha bajaj di Jakarta tidak saja kerana kerja kerasnya, tetapi juga kerana pemberian rezeki dari Allah. Kerana itu, dia semestinya banyak bersyukur dengan melakukan ibadah sebaik mungkin kepadaNya. Namun, kenyataannya, dia malah kerapkali meninggalkan solat lima waktu yang justeru diwajibkan kepada setiap hamba-hamba Allah yang mengaku muslim.
Kerana itu, banyak yang terkejut ketika Sakir memutuskan diri untuk berangkat menunaikan ibadah haji. Kendati begitu, tetangga kanan-kiri rumahnya berharap agar ibadah haji yang akan dia tunaikan nanti menjadi titik tolak dari perjalanan kerohaniannya selama menjadi hamba Allah di muka bumi ini. Mahunya sekembali dari Tanah Suci kelak, Sakir berubah menjadi muslim yang sempurna, yang melaksanakan segala perintah wajib dan sunnah dalam Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Djibouti: Negara Islam Di Tanduk Afrika

Djibouti adalah sebuah negara yang terletak di Afrika Timur, tepatnya di Teluk Aden, pintu masuk Laut Tengah. Di dalam peta dunia, kewujudannya nyaris tak terlihat sebab ia hanya titik kecil di hujung Timur Ethiopia dan Somalia. Inilah yang membuat negeri ini jarang-jarang disebut dan diperkatakan orang. Negeri ini mencapai kemerdekaan pada 27 Jun 1977 dari Perancis. Dulu dikenal sebagai Tanah Somalia-Perancis atau tanah Afar-Assa, lalu berubah menjadi Djibouti. Selain berjiran dengan Ethiopia di Selatan dan Somalia di Tenggara, Djibouti juga bertetangga dengan Yaman yang terpisah oleh lautan. Djibouti terbagi kepada 6 kawasan: Arta, Ali Sabieh, Dikhil, Djibouti, Obock, dan Tadjourah. Negeri ini memiliki kekayaan alam yang lebih dibanding tetangganya, Ethiopia, Somalia, dan Yaman. Penduduk Djibouti berjumlah 800 ribu orang yang terbahagi lagi atas beberapa kelompok suku seperti Afar dan Somali. Islam merupakan agama majoriti di negeri ini, 97 peratus. Dominannya Islam di negeri ini membuat Islam melingkupi setiap gerak masyarakat Djibouti. Mereka menggunakan bahasa Arab selain bahasa Perancis. Warga penganut agama lain, umumnya, adalah kalangan ekspatriat, orang asing yang bekerja atau menetap di sana. Tapi tak pernah ada konflik terjadi sebab mereka dapat hidup dengan damai. Secara umumnya Djibouti mengakui Islam sebagai agama rasmi tapi memberi kebebasan warganya menganut agama lain dan menjalankan ibadah. Sekalipun tak ada bangunan masjid yang hebat-hebat di Djibouti, namun di setiap sudut negeri berdiri masjid-masjid yang hidup dan sentiasa didatangi warga untuk beribadah. Rakyat Djibouti merayakan semua hari besar Islam dengan meriah seperti Maulidurrasul, Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Islam, Aidiladha dan juga sambutan Israk Mikraj. Kalau sempat mengunjungi negeri ini, kita akan melihat orang-orang berpakaian gamis (jubah) dan memakai kopiah haji memenuhi jalan-jalan sambil menghentakkan kaki dan membunyikan rebana. Pengajaran agama dan dakwah Islam adalah tradisi masyarakat yang diajarkan di sekolah, majlis-majlis keramaian dan masjid. Tapi pemerintah Djibouti tak menyarankan dakwah Islam disampaikan kepada warga bukan Islam. Sejarah Djibouti tercatat dalam puisi dan lagu penduduk nomadnya, dimana disebutkan mereka sudah ada sejak ribuan tahun lalu untuk berdagang kulit dan rempah-rempah ke Mesir, India, dan Cina kuno. Melalui hubungan erat dengan semenanjung Arab selama lebih dari 1,000 tahun, suku-suku Somali dan Afar di kawasan ini menjadi salah satu bangsa Afrika yang masuk Islam pertama kali. Djibouti sendiri adalah negeri muslim yang secara umumnya turut serta dalam pertemuan Islam dan Arab. Kedatangan muslim pertama ke Djibouti terkait penghijrahan para sahabat Nabi s.a.w. ke Ehtiopia kerana ancaman pembunuhan dari kaum kafir Quraisy Makkah pada 615 Masihi. Raja Abyssinian (Habash) menyambut hangat para sahabat di kerajaannya dan mengizinkan mereka mengajarkan dan mendakwahkan agama mereka di negerinya. Bahkan raja pun melindungi para sahabat itu saat didatangi utusan Arab meminta mereka diserahkan kembali ke Makkah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Khalwat: Bilik Hotel Ustaz Kena Serbu

DALAM sambutan maulid Nabi s.a.w., boleh dikatakan saban malam terutama hari Sabtu malam Ahad, masjid-masjid dan surau dipenuhi dengan acara ceramah mengenai maulid. Ada sebuah surau di pinggir Ibu Kota Kuala Lumpur telah mengadakan majlis sambutan maulid. Seorang ustaz telah diundang memberikan ceramahnya. Ustaz ini tidaklah hebat sangat pun, tetapi bagi memenuhi acara maulid, beliau diantara diundang memberikan ceramahnya. Dalam ceramahnya itu, ustaz itu tidak pula menghuraikan mengenai Sirah Rasulullah s.a.w. Cuma beliau sentuh sikit-sikit saja. Beliau banyak bercakap hal-hal lain yang berlaku sekitar dirinya, dan pengalamannya mengadakan ceramah-ceramah di sana sini. Tetapi ada satu cerita yang agak menarik disampaikannya. Cerita itu adalah mengenai dirinya sendiri yang diserbu oleh pegawai-pegawai dan kakitangan pencegah maksiat. Kebetulan beliau mendapat undangan dari sebuah jawatan kuasa masjid di sebuah Pulau peranginan di bahagian utara Semenanjung. Oleh kerana pulau itu merupakan tempat berehat, ustaz itu membawa bersama isteri dan anak-anaknya. Menurut cerita ustaz itu, selepas memberikan ceramah pada malam itu beliau pulang ke hotelnya. “Hotelnya pun tidaklah mahal sangat pun,” katanya dengan senyum. Oleh kerana letih dan mengantuk sangat, dia bersama keluarganya tidur awal pada malam itu. Kira-kira jam 2.00 pagi, pintu biliknya diketuk orang. Ustaz ini pun kelam kabut bangun. Dia menyangka tentulah ada sesuatu yang berlaku di luar sana. Anak-anak dan isterinya lelap tidur. Dengan mata yang terpisat-pisat, sambil mengesat-ngesat mata, ustaz itu bukalah pintu. Seorang wanita terus menerpa masuk ke dalam bilik. Dia beritahu dia pegawai pencegah maksiat, dan mahu periksa ada orang buat maksiat. Ustaz itu bercerita lagi, tanpa memperdulikan penjelasan yang diberikan bahawa yang terbaring di atas katil seramai 4 orang itu adalah anak-anak dan isterinya. “Khalwat apa bendanya,” ustaz itu bercerita. Tetapi pegawai itu konon mempunyai kuasa besar terus memeriksa dalam almari, celah-celah pintu, bawah katil, masuk ke bahagian dapur. Di luar pintu ramai yang melihat-lihat ke bilik barang kali mereka nak melihat adakah wanita yang sedang separuh bogel sedang diberkas atau pun disoal siasat. Kemudian pegawai maksiat itu meminta surat nikah dari ustaz sebagai bukti yang terbaring itu adalah anak dan isterinya. “Saya datang di sini untuk memberikan ceramah agama. Nak buat apa saya bawa surat nikah,” jawab ustaz itu menceritakan peristiwa dia dan keluarganya diserbu oleh rombongan pencegah maksiat. Inilah satu peristiwa yang paling pahit yang dialami dalam hidupnya. Mendengar cerita dari ustaz tersebut, kita dapat membuat kesimpulan betapa kerja-kerja itu mengundang dosa dan mengundang fitnah kepada pegawai-pegawai pencegah maksiat itu sendiri.


Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Tanda Kiamat: Apabila Quran Diiringi Seruling

DALAM kitab agama banyak hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan kepada kita mengenai peristiwa dan kejadian-kejadian yang mungkin akan terjadi pada akhir zaman nanti. Bagaimana pun, sekarang memang sudah akhir zaman. Banyak perkara yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadis Baginda ada yang sudah berlaku. Bagaimana Rasulullah s.a.w. dalam hadis-hadisnya ada menyebutkan tentang nyanyian dan muzik yang menjadi satu “kegilaan” orang-orang kita sekarang. Alat-alat muzik dan mereka yang menyanyi itu, akan ditimpakan dengan musibah. Begitu juga dengan orang-orang suka meminum arak. Ada yang meminumnya dari pagi hingga ke petang. Nabi s.a.w. menceritakan wajah-wajah mereka akan diubah oleh Allah sebagai “kera dan babi”. Marilah kita rajin-rajin berjinak-jinak dengan buku-buku agama, terutama dengan kisah hadis-hadis Nabi s.a.w. Soalnya, kita orang-orang Melayu/Islam tidak begitu gemar dan cenderung untuk membaca kitab-kitab agama. Mereka lebih suka membaca bahan-bahan bacaan yang lain yang tidak memberikan sebarang manfaat dan pengajaran. Dalam rencana ini, saya mengutip dan mengumpulkan beberapa buah hadis Nabi s.a.w. yang berkait dengan orang-orang yang “tidak taat” kepada Allah, dan juga orang-orang sering melakukan dosa. Kisah bagaimana para ulama zaman dulu diperlihatkan dengan hal-hal jarang dapat dilihat oleh orang-orang biasa. Tujuannya menambahkan ini ialah untuk memberi kepada kita “pengajaran baik” supaya kita tidak melakukan hal-hal maksiat. Dalam rencana ini juga ada saya kutipkan hadis-hadis yang menjelaskan tentang menjelang hari kiamat, dan Allah memperlihatkan “tanda-tanda”nya lebih dulu sebelum terjadi kiamat itu. Memang bernilai hadis-hadis tersebut. Kita tidak akan temui kisah-kisah ini sekiranya kita tidak menjadi “ulat buku”. Maksudnya kita mesti baca buku-buku agama yang berfaedah. Cubalah ikuti hadis-hadis yang dikumpulkan dari kitab-kitab agama yang ditulis dan diriwayatkan ulama-ulama yang mutawatir. Diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Pada akhir zaman nanti ada suatu kaum dari umatku yang mukanya diubah menjadi kera dan babi.” Seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, mereka bukankah juga bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa anda adalah rasul utusan Allah, dan juga berpuasa?” Baginda menjawab: “Benar.” Ia bertanya: “Lalu apa salah mereka, wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w. menjawab: “Mereka suka memainkan alat-alat muzik, menyanyi, menabuh rebana, dan meminum berbagai minuman keras. Semalaman mereka sedang berjaga sambil meminum dan bersenang-senang. Lalu paginya muka mereka diubah menjadi kera dan babi.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Mayat Orang 'Mukmin' Istimewa Dalam Kubur

SETIAP jenazah yang dikebumikan tidak sama. Orang-orang mukmin yang beramal salih mendapat kedudukan yang baik. Orang-orang tidak taat, orang-orang berdosa akan menerima hukuman, tetapi tidak berat. Sementara orang-orang kafir yang tidak beriman, yang melawan perintah Allah dan tidak takut kepada Allah akan menerima seksaan yang pedih. Bagi orang mukmin apabila dikebumikan, maka mayat itu akan dikelilingi oleh amal-amal salihnya. Sembahyangnya, puasanya, zakatnya, hajinya dan lain-lain kebajikan akan mengelilinginya. Kerana sebentar akan datang malaikat yang akan bertanya kepada si mayat.
Amalan-amalan itulah yang akan menjaganya dan menjawab semua pertanyaan tersebut. Ini semuanya ada dijelaskan dalam kitab-kitab agama yang membahaskan ehwal alam kubur. Rajin-rajinlah kita membacanya. Beramallah sebanyak yang mungkin. Tamakkan diri untuk membuat amal. Kerana amal salih, amal kebajikan kita itulah yang akan menolong dan membantu kita, sama ada dalam kubur atau di padang mahsyar kelak.
Rasulullah s.a.w. paling sayangkan umatnya, iaitu kita-kita sebagai umat Muhamad s.a.w. Banyakkanlah kita membaca Al-Quran, kerana semuanya ini akan membantu kita di dalam kubur. Banyakkanlah berzikir kerana semuanya ini akan mengelilingi kita semasa “Munkar dan Nakir” datang menyoal kita di dalam kubur. Kedua-dua malaikat paling menakutkan. Orang–orang mukmin berada di dalam keadaan tenang, bergembira. Sebenarnya, apa setengah orang meragukan tentang hal ehwal dalam kubur akan menjadi kenyataan apabila kita mati kelak. Kematian itu benar. Pertanyaan di dalam kubur itu benar. Apa terjadi dan berlaku di dalam barzakh benar. Dan kita sebagai orang muslim mestilah beriman dan yakin semua perkara tersebut. Inilah hari kepastian dan pembuktian. Apa-apa yang diragukan ketika di dunia, pada saat inilah semua mata akan terbelalak, dan semua mulut menjadi bisu, kerana semua itu telah menjadikan kenyataan.
Di dalam kuburnya, seorang mukmin itu akan berada dalam sebuah taman yang berwarna hijau. Kuburnya akan meluas baginya sampai tujuh puluh depa. Dan didalamnya akan diterangi cahaya seperti cahaya bulan purnama pada malam hari. (HR. Ibnu Mundah). Menurut Imam Al-Ourthubi rahimahullah, yang demikian itu berlaku setelah adanya penyempitan kubur dan pertanyaan yang diajukan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Sedangkan kuburan orang kafir akan sentiasa sempit baginya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Menasihati Dengan Bijak Dan Cerdas

SUATU hari, ada seorang yang sudah lanjut usianya sedang berwuduk. Tapi, dia tak tahu cara wuduk yang benar. Hasan dan Husein yang ketika itu masih usia kanak-kanak melihat wuduk orangtua itu. Keduanya terusik kerana wuduk datuk itu salah. Padahal, di tempat itu tidak ada orang lain selain mereka. Jadi, tidak ada yang memberitahu kesalahan wuduk datuk itu. Akhirnya, keduanya merasa terpanggil untuk memberitahu sebagaimana ajaran Islam mensyariatkan cara berwuduk. Sayang, keduanya masih kecil dan bingung memberi tahu. Dalam hati kedua anak itu, jika datuk itu ditegur langsung, boleh jadi akan tersinggung dan terluka. Silap-silap, keduanya dianggap cuba menghina. Kedua cucu Rasulullah s.a.w. itu berfikir keras bagaimana caranya dapat memberitahu tanpa harus melukai perasaan si Atuk itu. Lalu, tercetuslah idea. Keduanya pura-pura berdebat dengan harapan boleh didengar si Atuk. “Wudukku lebih baik daripada wudukmu,” kata salah satu dari mereka. Saudaranya tak mahu kalah, “Tidak. Wudukku lebih baik.” Kemudian, keduanya sepakat untuk meminta pendapat si Atuk. Lalu, keduanya berwuduk seolah sedang berlumba untuk mendapat perhatian si Atuk. Tidak aneh, jika cara wuduk Hasan dan Husein itu membuat si Atuk justeru mendapat pelajaran perihal cara berwuduk yang sebenar. “Sebenarnya, wuduk kalian berdua itu benar. Justeru wuduk aku ini yang salah. Aku tahu kalian berbuat semua ini semata-mata didorong rasa cintamu pada Atukmu,” ujar si datuk itu. Jadi, si Atuk itu sedar di balik maksud kedua anak itu. Dia merasa terkesan dengan kecerdasan dan cara kedua orang anak itu memberi nasihat – tidak dengan kata-kata, tidak menunjukkan kesalahannya secara langsung, tetapi dengan teladan yang halus. Itulah nasihat yang cukup mengena. Sebab, orang yang dinasihati tidak merasa dinasihati, tapi dia tahu kesalahan yang dia lakukan dengan sendirinya

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...


Hindun Binti 'Utbah: Musuh Islam Yang Berbalik Membela Islam

TIDAK ADA yang pernah menyangka bilakah hidayah Allah datang dan kepada siapa saja ia akan bersemayam. Pembunuh berdarah dingin sekalipun tidak akan mampu menghindar dari dekapan kasih sayang Allah bila mana pancaran hidayah memang telah menghujam di hatinya. Khalifah Umar bin Khattab r.a., sebelum masuk Islam, merupakan sosok yang begitu kejam terhadap kaum muslimin, tetapi segalanya berubah ketika hidayah menghampirinya. Dan seperti Umar, Hindun binti ‘Utbah pun sangat membenci ajaran yang dibawa Rasulullah. Kebencian puteri pemimpin Quraisy, ‘Utbah bin Rabi’ah, itu begitu melekat hingga Rasulullah dan risalah yang dibawanya seakan-akan musuh paling utama yang harus dibenteras di muka bumi ini. Kebencian tersebut sebenarnya tak semata-mata kerana ia dibesarkan dalam keluarga para pemuka musuh Islam, termasuk suaminya yang juga seorang pemimpin Quraisy ternama, Abu Sufyan bin Harb. Namun dendam kesumat atas kematian ayah dan keluarganya yang lain yang mati di tangan bapa saudara Rasulullah, menjadi alasan utama mengapa ia menjadi peribadi yang sadis. Kendati sebetulnya peribadi Hindun sebelum memeluk Islam cukup baik.

Hindun di zaman jahiliyah
Dia bernama lengkap Hindun binti ‘Utbah bin Abdi Syams bin Abdi Mana al-Umawiyah al-Qurasyiyyah. Sedang ibunya adalah Shafiyyah binti Umayyah bin Haritsah bin al-Auqashi bin Murrah bin Hilal bin Falih bin Dzikwan bin Tsa’labah bin Bahtah bin Salim. Dia berkeperibadian luhur dan bijaksana, pembicara yang fasih, pemberani, kuat, berjiwa besar, pemikir, penyair, dan mengangkat darjat kemuliaan diri dan keluarga besarnya. Satu hal yang menunjukkan bahawa dia bukan wanita biasa adalah saat dia memutuskan menikahi Abu Sufyan bin Harb. Ketika itu, ayahnya memberitahu bahawa ada lelaki kaya, terpandang dan menjanjikan kesejahteraan hidup berbanding Abu Sufyan, yang melamar Hindun. “Kau dapat memengaruhinya kerana kebodohannya, perangainya halus, penurut, jika kau mengikutinya ia akan mengikutimu, sebaliknya jika kau menyimpang ia tetap bersamamu, kau dapat mengelola hartanya, sedang kekurangannya boleh kau tutupi dengan kecerdasanmu,” saran ‘Utbah. Hindun tak berganjak. “Sedang yang kedua, ia cukup terhormat kerana nasab dan kecerdasannya, tangkas, berwibawa, pandai mengatur keluarga sebab mereka tunduk kepadanya, memudahkan mereka yang menuruti kehendaknya, memiliki semangat tinggi, biasa menahan lapar, dan pendebat yang ulung, bagaimana menurutmu?” terang ayahnya lagi. “Lelaki pertama, bagiku, dia akan membinasakan isterinya jika kelak tak dapat menjaga untuk sentiasa berlemah-lembut, akan merendahkan diri kerana selalu tunduk pada kemahuan isteri, dan akan menghasilkan keturunan yang bodoh.  Tak perlu kau ajukan itu, ayah! Yang kedua, kelak ia akan menjadi suami yang bermertabat. Aku tertarik pada peribadinya sebab aku akan bergaul dengannya dengan mudah, dilihat dari segi nasab pun antara aku dan dia cukup layak untuk membina rumahtangga. Siapa dia?” Hindun balik bertanya.  “Dia ialah Abu Sufyan bin Harb.” Pilihannya kepada Abu Sufyan menunjukkan bahawa ia merupakan tipikal wanita yang berintegriti. Ia mengutamakan ‘modal lain’ dalam pernikahan yang lebih penting dari pada sekadar kemewahan harta benda. Menyalakan api dendamDalam peristiwa Perang Badar, kaum musyrik Quraisy keluar dari Makkah untuk dua tujuan: menyelamatkan kafilah dagang mereka yang sedang diburu Rasulullah serta untuk menghabisi kaum muslimin. Dalam misi tersebut, Hindun cukup memberi perhatian penuh. Sebab orang-orang terdekatnya ikut terjun ke medan tempur; ayahnya, bapa saudaranya, saudara kandung, serta si suami bersama pasukan Quraisy yang cukup besar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Yusuf Al-Qaradhawi: Ulama Yang Tegas Dan Berani

DIALAH ulama yang berwawasan luas, kritis, dan berani. Bahkan, dia tidak segan-segan mengkritik pemerintah yang zalim. Tak berlebihan, jika kritiknya itu kerap membuat pemerintah atau kerajaan merasa tersinggung dan panas. Hujungnya, dia pun sempat disumbatkan ke bilik penjara. Tapi, jeriji besi penjara itu tak membuat tokoh yang dikenal luas oleh kalangan umat Islam di belahan dunia ini membisu. Dia tetap kritis dan lantang, terutama sekali saat ada di atas mimbar, dia lantang menyuarakan kepedulian terhadap umat demi membuka cakrawala umat. Hingga kini, Yusuf al-Qaradhawi tetap kritis dan berani. Bahkan, saat Hosni Mubarak, pemimpin Mesir itu diam saat sedang panas diminta mundur oleh para penunjuk perasaan, Qaradhawi – yang jadi ketua Persatuan Ulama Islam Dunia itu - dengan keras menuduh Hosni Mubarak buta dan dungu. Dia malah menegaskan bahawa para syuhada yang mati saat menggulingkan kerajaan zalim Mubarak itu pun tidak sia-sia. Mujahid kelahiran Mesir ini memang dikenali memiliki pandangan yang tajam dan berani. Bahkan, kerap dianggap kontroversial. Tapi, sebagai seorang mujtahid, fatwa-fatwa yang dia keluarkan kerapkali diperlukan umat, bahkan jadi rujukan banyak orang – apalagi terkait “persoalan hidup di zaman moden ini” yang tak pernah ada dalam bahasan kitab-kitab fikih klasik. Kendati demikian, tidak sedikit pula yang mengkritik bahkan meremehkan fatwa-fatwa Qaradhawi.

Hafal al-Quran Sejak Kecil

Yusuf al-Qaradhawi lahir di sebuah kampung kecil di Mesir yang bernama Shafth Turaab di tengah Delta pada 9 September 1926. Tatkala masih kecil, al-Qaradhawi sudah dikenal sebagai seorang anak yang pandai, memiliki otak yang cergas dan bijak. Bahkan, ketika masih belia [10 tahun], dia sudah dianugerahi kemampuan menghafal al-Quran. Al-Qaradhawi menyelesaikan pengajian di Ma’had Thantha dan Ma’had Tsanawi. Setelah itu, dia meneruskan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Fakulti Ushuluddin, dan lulus tahun 1952. Al-Qaradhawi boleh dikatakan terlambat meraih gelar doktor, tapi itu tidak lain kerana dia harus meninggalkan Mesir lantaran kekejaman rejim penguasa Mesir waktu itu. Dalam perjalanan hidupnya, al-Qaradhawi kerap berhadapan dengan penguasa dan berkali-kali disumbatkan ke dalam penjara. Bahkan, ketika masih muda, berusia 23 tahun, dia sudah dimasukkan ke penjara oleh rejim - penguasa tatkala Mesir waktu itu oleh Raja Faruk. Al-Qaradhawi di penjara lantaran terlibat dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Tapi, kepedihan hidup di penjara tidak membuat al-Qaradhawi serik. Setelah bebas, dia pun kembali bersuara lantang; tetap berani mengkritik kerajaan Mesir yang memang zalim itu. Di atas mimbar, tatkala mendapatkan kesempatan memberikan khutbah, dia tak henti-henti mengecam rejim penguasa yang di mata al-Qaradhawi tidak adil dan zalim. Akibatnya, dia pun harus berurusan dengan pihak berwajib. Sebab di mata penguasa, al-Qaradhawi dianggap “berbahaya” dan harus di‘diam’kan. Tak berlebihan kalau al-Qaradhawi pun dilarang memberikan khutbah di masjid-masjid di daerah Zamalik. Pada April 1956, tatkala meletus revolusi di Mesir, al-Qaradhawi kembali ditangkap. Rupanya, penjara jadi tempat yang akrab bagi al-Qaradhawi. Sebab, pada Oktober 1956, dia kembali ke dalam penjara. Bahkan, waktu itu dia ditahan ke dalam penjara tentera selama dua tahun. Setelah berkali-kali hidup di balik penjara, al-Qaradhawi akhirnya memutuskan meninggalkan Mesir tahun 1961 menuju Qatar. Sebab, di Qatar, dia merasa lebih bebas dan leluasa untuk bersuara lantang. Selain mendapatkan taraf warga negara Qatar - kemudian menjadikan Dhaha sebagai tempat tinggalnya -, dia bahkan sempat mendirikan Fakulti Syariah di Universiti Qatar disamping mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi. Al-Qaradhawi baru mendapatkan gelar doktor tahun 1972. Dia meraih gelar doktor dengan menyelesaikan kajian yang memiliki kepedulian terhadap kemiskinan umat: Zakat dan Dampaknya Dalam Penanggulangan Kemiskinan. Setelah kajian al-Qaradhawi itu disempurnakan, akhirnya dibukukan dengan judul Fikih Zakat, sebuah buku yang cukup lengkap dan komprehensif dalam membicarakan persoalan zakat ditinjau dari sudut pandang moden.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Merangkai Hubungan Sakinah Dengan Ibu Bapa Mertua

KEBERADAAN ibu bapa mahupun mertua dalam sebuah rumahtangga pada dasarnya boleh menjadi alat efektif yang membantu mendewasakan rumahtangga anak-anaknya. Paling tidaknya bekalan kehidupan berumahtangga membuat mereka perlu bimbingan dari orang-orang yang berpengalaman. Dalam hal ini, ibu bapa dan mertua tentu saja menjadi pihak yang paling layak membantu mereka oleh kerana sudah banyak asam garam kehidupan rumahtangga yang mereka lalui. Namun, sayangnya, fungsi ‘mem-bantu’ yang dilakukan para ibu bapa-mertua seringkali bergeser menjadi alat kawalan yang berlebihan. Baik ibu bapa mahupun mertua, terkadang melampaui batas sehingga mereka lupa dimana posisi mereka sebenarnya.
Umumnya, ini terjadi kerana mereka selalu meletakkan diri sebagai pihak yang bertanggungjawab penuh atas kehidupan anak-anaknya. Sehingga tanpa sedar mereka selalu tergerak ingin terlibat dalam setiap langkah kehidupan anak menantu. Ibu bapa-mertua lupa bahawa anak-anak yang dibesarkannya itu kini tidak lagi menjadi tanggungjawab mereka sepenuhnya. Saat anak perempuan kesayangannya telah menjadi isteri dari menantunya, maka tanggungjawab sepenuhnya berada di bahu suaminya. Demikian pula jika anak lelaki pula mereka sudah memutuskan menikahi seorang gadis, maka kehidupan isteri, anak-anak dan rumahtangganya sepenuhnya mutlak berada dalam genggamannya. Rasulullah s.a.w., pemimpin umat paling berpengaruh di alam raya ini, sekalipun tidak mahu ikut campur dalam urusan rumahtangga anaknya. Suatu kali Rasulullah mengunjungi Fatimah, puteri kesayangannya yang saat itu sudah dinikahi Ali bin Abi Thalib. Keadaannya amat sederhana bahkan terkesan mengharukan oleh kerana kesederhanaan yang begitu kental terlihat. Tangan dan kaki Fatimah kasar, tubuhnya pun kurus oleh kerana keterbatasan harta benda yang ia miliki.
Namun Rasulullah dengan teguh berpesan bahawa Fatimah harus bersabar dan ikhlas serta bersetia pada suami yang selama ini telah menanamkan nilai-nilai kesederhanaan hidup dan menjauhkan diri dari cinta dunia (hubbud dunya) yang mudah merosak diri. Rasulullah bahkan bangga dan begitu mencintai si menantu kerana telah membawa Fatimah ke dalam pusaran kebaikan.

Hubungan Tak Sihat
Tidak sedikit keretakkan rumahtangga berlatarbelakangkan adanya campur tangan ibu bapa-mertua dalam kehidupan rumahtangga anak-anaknya. Kecenderungan dominasi ini dapat dilihat dari mulai masalah-masalah kecil yang biasanya tak luput dari perhatian. Mulai dari keperluan sehari-hari, acapkali ibu bapa-mertua dengan tak segan-segan mengatur dan menentukan segala keperluan berdasarkan citarasa mereka. Malah, tak jarang, anak menjadi tidak kuasa menentukan sendiri keperluannya. Parahnya lagi bila setiap perkataan ibu bapa-mertua sudah menjadi “perintah wajib” yang harus dipatuhi. Mengkritik dan membantah dianggap sebagai wujud perlawanan. Hal demikian secara nyata dirasakan Y, ibu muda dikurniai dua anakj perempuan yang tinggal di kawasan Selatan Jakarta. Ibu mertuanya sangat tidak menyukai dirinya hingga apa pun yang dilakukannya selalu salah. Mulanya urusan kecil selalu diungkit hingga menyudutkan Y. Tapi lama-lama, si ibu mertua Y tergamak menuduhnya ‘menyeleweng’ dan menganggapnya sebagai mengikis wang anaknya. Hubungan yang tidak sihat ini pun lambat laun bahkan berakhir pada kekerasan fizik. Malangnya, suami Y tidak membelanya sama sekali sekalipun secara jelas dia pernah mendapati ibunya menganiaya isterinya. Selidik punya selidik, suami Y berwatakkan anak yang sangat bergantung terhadap apa pun yang dikatakan si ibu kandung. Selain itu, ibu yang selama ini biasa memegang seluruh pendapatan suami Y, tidak suka bila ‘habuan’nya berkurang oleh kerana anaknya kini harus menyara isteri dan keluarganya. Walhasil, rumahtangga Y pun kini berada di jurang kehancuran.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Kenapa Sulit Khusyuk Di Dalam Solat?

Kenapa sulit khusyuk di dalam solat? Kerana kebanyakan kita memang belum mengenal Allah kecuali sebatas Tuhan, belum mengenal Sifat, Af’al dan  AsmaNya. Belum mengenal Dia yang menciptakan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, aku, tubuhku, mataku, telingaku, jantungku, isteriku, anak-anakku, semua yang kulihat, semua yang kudengar, semua yang bergerak, semua yang berada di langit dan di bumi, semua yang dihidupkanNya, kerana Dia memang Al-Muhyi; dan semua akan dimatikanNya, kerana Dia memang Al-Mumiitu. Semua tunduk dalam kehendak Al-Muriidu dan kekuasaanNya, Al-Qodiiru. Dialah yang mengatur semuanya, Dialah Ar-Rabb, Dialah yang menguasai sekaligus memiliki semuanya, Al-Maaliku. (lihat QS 3: 26-27).  Dia Maha Menatap, Al Bashiiru, yang tahu persis hati, fikiran dan lintasan fikiran kita. Dia Maha Mendengar, As-Samii’u, yang mendengar gesekan daun, langkah semut dan rintihan hati hambaNya. Lantas sedarkah kita bahawa Dia yang segala-galanya yang kita hadapi dalam solat selama ini? Bolehkah hati dan fikiran kita lari saat solat, sementara Dia menatap (melihat) hati dan fikiran kita? Kalau begitu, bagaimana kita terus maksiat sementara Dia terus-menerus memperhatikan kita? Kenapa sulit khusyuk di dalam solat? Kerana majoriti kita belum memahami bacaan, makna, hikmah, keutamaan, syarat dan rukun solat, maka jadilah “sukaara” [mabuk]  solat alias solat tanpa rasa, tanpa pemahaman, tanpa penghayatan, tanpa keyakinan, kosong, hampa, seakan robot, berjasad tanpa roh. Maka jadilah kalian “al-kusaala” [pa ra pemalas], yakni solat terasa beban, buru-buru cepat selesai, terbiasa menunda-nunda waktunya, gerak solatnya begitu cepat seperti ayam mematuk padi, yang bacaan surah dan segenap bacaan solatnya ‘komat-kamit’ saja. Sahabatku, simaklah kalam Allah ini, “...Janganlah kalian menegakkan solat, sedangkan kalian dalam keadaan mabuk, sampai kalian benar-benar faham apa-apa yang kalian baca dalam solat kalian,” (lihat QS. 4: 43). Lihatlah  saat orang mabuk berkata dan berbuat, ia tidak sedar apa yang dikatakan dan diperbuat; lihatlah saat orang solat, berdiri, takbir, baca ayat, rukuk, sujud, tahiyyat dan salam, tapi tidak sedar bahawa ia sedang berdiri, rukuk, sujud dan menghadap si Pencipta langit dan bumi. Ia tidak sedar bahawa ia sedang berdialog dengan pencipta dirinya yang maha menentukan segala-galanya.
Kenapa sulit khusyuk di dalam solat? Kerana majoriti kita tidak sedar bahawa solat itu adalah: dialog antara seorang hamba kepada Penciptanya. Sabda Nabi s.a.w.: “Apabila salah seorang dari kalian solat, sebenarnya ia sedang berkomunikasi dengan Allah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...

Lelaki Pendakwah Berjubah

DAN marilah, sekali-kali, kita bercermin [juga bertanya] ehwal para lelaki yang gemar berdakwah itu. Sekali-kali, kita tengok mereka yang kerap berpakaian serba putih lengkap berserban serta janggutnya yang kerap terlihat menjuntai di dagu itu. Lelaki-lelaki penziarah (dari rumah ke rumah) yang, entah sudah berapa daerah dan negeri, tak kenal lelah untuk berdakwah. Tersebutlah ia, Ustaz A, yang telah menyusur beberapa negara atas nama dakwah; mengajak dan menyeru manusia lain di wilayah  yang - menurut komunitinya - harus “dicerahkan”.  Dia hanya lelaki biasa, bukan sesiapa yang termasuk dari kelas yang kaya raya. Bukan juga tokoh agama yang namanya membahana dalam media. Panggilan “Ustaz” pun, kiranya, baru-baru saja; melekat padanya lantaran daya aktivitinya di organisasi keislaman, lantaran ghairahnya memberi tausiyah dari pintu ke pintu. Tapi, perkara biasalah, lelaki usia 50-an itu merantau dari tempat ke setempat selama berbulan-bulan ke pelbagai negara hanya sekadar misi dakwah dan iman di dada? Tentu saja boleh. Buktinya, dia memang sudah melaksanakannya. Saya sendiri tidak dapat mengesan lebih jauh apa pekerjaannya, bagaimana sumber-sumber ekonominya hingga dia mampu berdakwah dengan cara keliling tersebut; dari rumah ke rumah, dari masjid ke masjid, dari kampung ke kampung, dari kota ke kota dan dari negara ke negara. Syahdan, menurut keterangannya, juga keterangan pimpinan kelompoknya, biaya dakwah itu diperoleh dari kocek peribadinya. Konon, isteri dan anaknya sudah mengerti posisi imam mereka; aktivis sebuah organisasi Islam yang—demi misi Islam — harus rela berbagi tanggungjawab. Sebuah pengorbanan untuk agama Allah, katanya. Sebuah perjuangan seorang muslim menyuluh umat lain, demikian tegasnya. Bukankah firmanNya [QS. 3: 110] dan sabda RasulNya menegaskan laku dakwah mereka?

Selanjutnya dapatkan Hidayah Mei 2012 di pasaran...