Saturday, January 12, 2013

Variasari Keluaran Januari 2013

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Januari 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Januari 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Januari 2013













Hidayah Januari 2013

Hidayah keluaran Januari 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos


Friday, January 11, 2013

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya masa sentiasa bertukar ganti. Berlaku pada setiap hari. Cuma apabila pertukaran tahun baru baik hijrah atau masehi, barulah terasa masa kian meninggalkan kita. Sebagai seorang muslim kita hendaklah positif dengan hari-hari yang kita lalui. Mahunya hari ini tidak sama dengan hari kelmarin dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Siapa yang mengeluh akan hidupnya, bermakna dia tidak redho dengan ketetapan Allah s.w.t. Tapi siapa yang bersyukur dengan takdir yang dilaluinya, Allah akan menambah nikmat kesyukurannya melalui dari yang tidak kita jangkakan. Jangan salah menilai nikmat pemberian Allah itu dengan harta kekayaan dan anak pinak yang ramai dan sebagainya. Nikmatilah hidup anda hari-hari. Dan rasakan kebahagiaan yang anda anggap kecil itu sebagai anugerah besar dari Tuhan Yang Maha Pemurah. Hari ini anda masih mampu berjalan ke masjid atau ke surau, sedangkan ada orang lain tidak lagi mampu berbuat demikian. Entah kerana keuzurannya, atau mungkin kakinya telah kena potong kerana menghidap ‘kencing manis’? Sedang anda masih diberi Allah sihat walafiat, segar bugar. Masih mampu menungang motosikal kapcai anda, sedangkan seorang yang berkenderaan mewah rupa-rupanya dia seorang OKU – Allah hu akbar! Begitulah juga dengan Hidayah. Setiap keluarannya tetap menemui pembaca dengan segala kesederhanaannya. Namun kami bersyukur majalah yang anda pegang sekarang ini telah berbelas tahun ditatap, dibaca dan dimanfaatkan oleh ribuan pembaca di nusantara ini.
Semoga tahun baru dan masa-masa mendatang ini Hidayah akan terus mendapat sokongan berterusan dari anda. Tanpa anda apalah ertinya kami di sini. Doakanlah Hidayah terus maju jaya, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.m

Terjadinya Hari Kiamat

ALLAH S.W.T. menjadikan “Hari Jumaat” ada banyak keistimewaannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberitahu kita menerusi hadis-hadisnya mengenai keistimewaan tersebut. Sebagai orang Islam, kita hendaklah manfaatkan hari Jumaat itu dengan sebaik-baiknya, kerana ia adalah “penghulu” kepada semua hari. Dalam kitab-kitab agama Rasulullah s.a.w. ada memberikan “petunjuk” kepada umatnya mengenai sembahyang Jumaat dan keistimewaan hari Jumaat itu sendiri. Dalam sahih Muslim disebutkan dari Abu Hurairah dan Huzaifah r.a., kedua-duanya berkata: Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang ertinya: “Allah menyimpangkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat. Orang-orang Yahudi mempunyai hari Sabtu. Orang-orang Nasara mempunyai hari Ahad. “Lalu Allah s.w.t. datang kepada kita dengan menunjukkan kita dengan hari Jumaat, lalu menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Begitu juga mereka akan mengikuti kita pada hari Jumaat. “Kita adalah kaum terakhir dari penduduk dunia dan terdepan (masuk syurga) pada hari kiamat, yang ditetapkan bagi mereka sebelum semua makhluk.” Mengenai hari Jumaat ini juga, dalam sebuah kitab yang berjudul “Al-Musnad” dan “As-Sunah” disebutkan hadis Aus bin Aus’ dari Nabi Muhammad s.a.w., Baginda bersabda yang ertinya: “Diantara hari-hari kamu yang paling mulia adalah hari Jumaat. Pada hari itu Allah menciptakan Adam, pada hari itu dia dimatikan, pada hari itu dia ditiup, pada hari itu ditiup sangkakala. “Maka perbanyakkan selawat atas diriku pada hari itu, kerana selawat kamu akan ditampakkan kepadaku.” Mereka bertanya:  “Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami akan ditampakkan kepada engkau, padahal badan engkau telah usang? Baginda Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.” Sementara itu dalam Jami’ At-Termizi disebutkan dari hadis Abi Hurairah, dari Nabi s.a.w., baginda bersabda yang ertinya: “Hari paling baik yang didalamnya matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke syurga, pada hari itu dia dikeluarkan dari sana, dan hari kiamat tidak datang melainkan pada hari Jumaat.”
Malik meriwayatkan di dalam kitab  “Al-Muwatha” dari Abu Hurairah secara Marfu’: “Hari paling baik yang diciptakan di dalamnya matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia diturunkan (ke bumi), pada hari itu taubatnya diterima, pada hari itu dia meninggal dunia, pada hari itu kiamat tiba. “Tidak ada satu pun haiwan melata melainkan bersuara pada hari Jumaat sejak dari waktu subuh hingga matahari terbit, kerana sayang kepada satu saat, kecuali Jin dan manusia. “Pada hari itu ada suatu saat yang tidak ditemui hamba Muslim, dia sembahyang, dia memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan sesuatu kepadanya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Tenggelamnya Kubur Pasangan Curang

MALAM mulai merangkak. Sunyi perlahan menyergap suasana. Semua orang kelihatan mulai berada di rumah masing-masing. Tapi tidak dengan segelintir orang di sebuah jalan kecil di kampung S, Jawa Barat itu. Kelihatan beberapa orang sedang duduk-duduk di pondok kawalan keselamatan, memulai aktiviti mereka.
Mereka merupakan sebilangan orang-orang kampung yang bertugas ronda kawalan sekampung pada malam itu. Mereka terlihat asyik berbincang-bincang. Sementara beberapa antaranya sedang asyik memainkan daun terup secara suka-suka sebagai perintang waktu. Alunan dangdut dari sebuah radio kecil terdengar pelan dan syahdu. Iramanya membuat petugas ronda kala itu setengah terhibur. Ya, malam itu, seperti biasanya, ahli masyarakat yang prihatin melaksanakan tanggungjawab mereka mengawal keamanan kampung. Ini dilakukan kerana perkampungan mereka beberapa hari ini dicerobohi pencuri. Meski yang hilang tidaklah seberapa, tapi, seringnya berlaku kecuarian kecil-kecil itu membuat pihak rukun tetangga memutuskan untuk menerapkan sistem rondaan secara bergilir. Tujuannya, untuk mengamankan keadaan kampung mereka agar terjaga dari hal-hal yang tidak diinginkan. Malam itu, keadaannya memang agak berbeda. Pasalnya, sejak petang tadi berhembus khabar tentang sering didatangi rumah seorang janda muda di kampung tersebut oleh seorang pemuda yang tak dikenali. Seorang dari petugas ronda sejak siang memang sudah memperhatikan gelagat janda berkenaan yang dicurigai tersebut. Dalam benaknya, si janda diduga kuat sering melakukan perbuatan tidak bermoral di rumahnya. Namun, kerana belum ada bukti, dia tidak mahu membuat tuduhan sembarangan. Rumahnya memang berdekatan dengan rumah janda itu. Gerak-geri si janda itu tentu saja agak terkawal dari pandangan matanya. Apalagi, dia memang lebih sering berada di rumah pada sebelah malam. Siang tadipun, tanpa disengaja, dia melihat seorang pemuda mendatangi rumah si janda itu. Dan, semenjak maghrib tadi, pemuda itu tidak nampak keluar dari rumah itu. Maka, muncul dalam benaknya, jangan-jangan pemuda itu mengambil kesempatan menginap di rumah janda itu. Si janda ini sebut saja namanya “Yanti”. Dia seorang pegawai sebuah syarikat swasta di sebuah perusahaan yang bergerak di bidang kewangan. Biasanya, dia pulang dari tempat kerja sekitar pukul 4.30 petang. Dia pergi kerja sekitar pukul 7.00 pagi. Di rumah tersebut dia tinggal bersendirian, kerana kedua ibu bapanya sudah meninggal dunia. Suaminya dulu menceraikan dia kerana didapati dia melakukan hubungan gelap dengan teman lelaki satu pejabat. Malam itu tiba-tiba suasananya mulai tegang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Empat Malaikat Menjadi Pemimpin

DALAM kitab-kitab agama ada dijelaskan mengenai para Malaikat atau pun pemimpin Malaikat yang menguruskan hal-hal mengenai dunia ini. Dalam kitab tersebut dijelaskan bahawa empat malaikat yang menjadi pemimpin itu ialah Jibril, Mikail, Malaikat Maut dan Israfil. Malaikat Jibrail menguruskan angin dan tentera. Mikail menguruskan tentang hujan dan tumbuhan. Malaikat Maut tugasnya mencabut nyawa, dan Israfil menurunkan perintah kepada mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Ibnu Abi Hatim, Abu Syeikh dalam al-Azhamah, dan al-Baihaqi dalam asy-Syu’ab dari Ibnu Sabith). “Segala sesuatu dalam Ummul Kitab akan terjadi sampai hari kiamat dan tiga malaikat ditugaskan untuk menjaganya. Jibril a.s. ditugasi menurunkan kitab kepada rasul, dia juga ditugasi untuk menurunkan berbagai bencana bila Allah ingin membinasakan suatu kaum serta menugaskannya untuk memberi kemenangan ketika terjadi peperangan, Mikail ditugasi menjaga dan mengurus titisan hujan dan tumbuhan bumi, dan Malaikat maut ditugasi mencabut nyawa. Bila dunia telah binasa, semua yang mereka kumpulkan dan disamakan (kecocokan) dengan Ummul Kitab, lalu didapatinya sama.” (HR. Ibn Abi Syaibah). (Diriwayatkan oleh Abu asy-Syaikh dari Ibn Sabith) “Ketika Rasulullah s.a.w. sedang menyeru Jibril, tiba-tiba cakrawala langit terbuka. Lalu Jibril mengecil dan mengisut lalu mendekati bumi. Ternyata seorang malaikat sudah berada di depan Rasulullah s.a.w. dan berkata: ‘Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu menyampaikan salam kepadamu dan memberimu pilihan untuk menjadi seorang nabi dan raja atau nabi yang ‘abd (seorang hamba). Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Jibril memberikan isyarat dengan tangannya kepadaku agar aku bersikap tawaduk, maka aku tahu bahawa dia adalah penasihatku. Lalu aku menjawab: “Nabi yang ‘abd.’ Lalu malaikat itu naik ke langit, dan aku katakan: ‘Wahai Jibril, aku ingin menanyakanmu tentang hal ini. Akan tetapi, kerana melihat keadaanmu, ada sesuatu yang melupakanku, iaitu siapakah orang ini, wahai Jibril?’ Jibril menjawab: ‘Dia adalah Israfil yang diciptakan Allah pada hari penciptaannya yang bershaf kedua kakinya dan tidak mengangkat hujungnya. Antaranya dan Tuhan ada tujuh puluh cahaya, tidak ada satu cahaya pun yang dekat darinya kecuali terbakar, dan di hadapannya tersimpan loh mahfuzh. Bila Allah mengizinkan pada sesuatu di langit atau di bumi, terbukalah loh itu dan dia (Israfil) memukulkan keningnya sehingga dapat melihat ke dalamnya. Bila hal itu adalah pekerjaanku, maka dia akan memerintahkan aku, bila hal itu pekerjaan Mikail, maka dia akan memerintahkannya, dan bila hal itu pekerjaan Malaikat Maut, maka dia akan memerintahkannya. Aku bertanya: ‘Wahai Jibril, apakah tugasmu? Dia menjawab: ‘Mengurus angin dan para tentera. Aku bertanya lagi: ‘Apakah tugas Mikail? Dia menjawab: ‘Mengurus tumbuhan dan titisan hujan. Aku bertanya lagi: ‘Apakah tugas malaikat maut?’ Dia menjawab: ‘Mencabut nyawa. Aku tidak menduga bahawa dia (Israfil) akan turun kecuali pada saat terjadinya kiamat, dan sesungguhnya keadaan yang engkau lihat pada diriku ini adalah kerana aku takut akan terjadinya hari kiamat.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, ath-Thabrani, dan Abu asy-Syaikh dari Ibnu Abbas).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Cerita Orang Beli Toyol Di Makkah Bohong Belaka

CERITA “toyol” memang sudah kita dengar sejak kita masih kecil lagi. Konon toyol ialah makhluk yang kecil. Ia merupakan cerita “awang kenit”. Konon, toyol ini boleh disuruh-suruh ke mana-mana sahaja.
Bahkan disuruh mencuri harta orang terutama wang. Toyol akan lakukan menurut perintah tuannya.
Kebanyakan cerita yang kita dengar ialah toyol dibeli di tanah Arab, iaitu di Makkah. Konon, mereka yang pergi ke sana selain menunaikan fardu haji, ada juga yang membeli toyol. Kemudian toyol itu di bawa pulang ke tanah air untuk berkhidmat dengan tuan yang membelinya. Soalnya sekarang, apakah benar toyol ini wujud? Apakah benar toyol ini boleh dibeli di Makkah? Untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan soal toyol ini, saya telah menemui seorang “Ustaz” yang sudah lama tinggal di Makkah menguruskan jemaah Haji dan juga mereka yang melakukan Umrah setiap tahun. “Mana ada toyol!” kata Ustaz Mahmod ketika saya kemukakan pertanyaan bahawa apakah benar di tanah Arab ini banyak toyol. “Toyol itu apa?” tanya Ustaz Mahmod kepada saya dengan nada yang agak serius. Saya terpaksa menjelaskan  satu persatu apakah sebenarnya yang diceritakan orang tentang toyol itu, dan bentuk-bentuk yang diceritakan orang, dan tugas-tugas toyol itu bila dibawa pulang ke tanah air masing-masing.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Teori 'Bing Bang' Dan Kebenaran Al-Quran

ILMUAN Barat dipeningkan atau dipusingkan tentang asal alam semesta ini. Ada yang berteori, alam berasal dari ketiadaan dan ada pula yang mengatakan berasal dari material yang sudah ada. Ada yang berkata juga alam semesta itu kekal, tapi tidak sedikit yang bilang tidak kekal. Namun, dari semua teori yang ada soal alam semesta, ilmuan abad ini akhirnya sepakat soal satu teori yang bernama ‘Big Bang’. Teori ini mengatakan bahawa alam semesta pada awalnya satu, yakni berasal dari satu titik. Titik ini kemudian hancur dan mengembang hingga akhirnya berubah menjadi bumi, matahari, langit dan sebagainya. Teori Big Bang ini hampir disepakati oleh banyak ilmuan dan meruntuhkan teori alam semesta sebelumnya. Salah satu yang sepakat bernama Dr. Russel Cannon. Menurutnya, sejak lama kita ketahui bahawa teori terbaik bagi [asal usul] alam semesta adalah ‘Big Bang’ — bahawa alam semesta terbentuk melalui suatu ledakan raksasa pada satu ruang teramat kecil, dan sejak itu mengembang secara terus-menerus. Bahkan, Dennis Sciama, yang selama bertahun-tahun bersama Fred Hoyle mempertahankan teori steady-state, yang berlawanan dengan fakta penciptaan alam semesta, menjelaskan posisi akhir yang telah mereka capai setelah semua bukti bagi teori ‘Big Bang’ terungkap. Sciama menyatakan bahawa ia mempertahankan teori steady-state bukan kerana ia menganggapnya benar, melainkan kerana ia berharap bahawa inilah yang benar. Sciama selanjutnya mengatakan bahawa ketika bukti mulai bertambah, ia harus mengakui bahawa permainan telah usai dan teori steady-state harus ditolak. Profesor George Abel dari universiti California juga menerima kemenangan akhir Big Bang dan menyatakan bahawa bukti yang kini ada menunjukkan bahawa alam semesta bermula jutaan tahun silam melalui peristiwa ‘Big Bang’. Ia mengakui bahawa ia tak memiliki pilihan kecuali menerima teori ‘Big Bang’. Dengan kemenangan Big Bang, mitos ‘materi kekal’ yang menjadi dasar berpijak faham materialis terhempaskan ke dalam tumpukan sampah sejarah. Lalu keberadaan apakah sebelum Big Bang; dan kekuatan apa yang memunculkan alam semesta sehingga menjadi ‘ada’ dengan ledakan raksasa ini saat alam tersebut ‘tidak ada’? Meminjam istilah Arthur Eddington, pertanyaan ini jelas mengarah pada fakta yang ‘secara filosofis menjijikkan’ bagi kaum materialis, yakni keberadaan Yang Maha Pencipta. Hal ini bererti Big Bang tak hanya membuktikan bahawa alam semesta diciptakan dari ketiadaan, tetapi ia juga diciptakan secara sangat terencana, sistematis dan teratur. Big Bang terjadi melalui ledakan suatu titik yang berisi semua material dan energi alam semesta serta penyebarannya ke segenap penjuru ruang angkasa dengan kecepatan yang sangat tinggi. Dari materi dan energi ini, munculah suatu keseimbangan luar biasa yang melingkupi berbagai galaksi, bintang, matahari, bulan, dan benda angkasa lainnya. Hukum alam pun terbentuk yang kemudian disebut ‘hukum fisikal’, yang seragam di seluruh penjuru alam semesta, dan tidak berubah. Hukum fisikal yang muncul bersamaan dengan ‘Big Bang’ tak berubah sama sekali selama lebih dari 15 bilion tahun. Selain itu, hukum ini didasarkan atas perhitungan yang sangat teliti sehingga penyimpangan satu milimeter saja dari angka yang ada sekarang akan berakibat pada kehancuran seluruh bangunan dan tatanan alam semesta. Semua ini menunjukkan bahawa suatu tatanan sempurna muncul setelah Big Bang. Atas dasar itu, fisikawan terkenal, Profesor Stephen Hawking mengatakan dalam bukunya A Brief History of Time, bahawa alam semesta dibangun berdasarkan perhitungan dan keseimbangan yang lebih bertepatan dari yang dapat kita bayangkan. Dengan merujuk pada kecepatan mengembangnya alam semesta, Hawking berkata: “Jika kecepatan pengembangan ini dalam satu detik setelah Big Bang berkurang meski hanya sebesar angka satu per-seratus ribu juta, alam semesta ini akan telah runtuh sebelum pernah mencapai ukurannya yang sekarang.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Kisah Dakwah Nabi Ibrahim a.s.

MUSIM kemarau telah berlalu, dan musim bunga yang ditunggu-tunggu itu akhirnya tiba. Sungai-sungai penuh dengan air yang mengalir jernih dan bening. Bunga-bunga pun bermekaran. Tanaman dan pohon di segenap dataran tanah Babylon tampak mulai menghijau. Orang-orang Babylon dilingkupi setangkup kebahagiaan. Sebab dengan kedatangan musim bunga itu, mereka dapat merayakan hari raya - yang datang setahun sekali itu. Dengan wajah riang dan senang, penduduk Babylon pun berduyun-duyun ke luar kota untuk mengikuti sambutan perayaan hari raya. Tapi, di saat orang-orang mengikuti perayaan hari raya itu, Nabi Ibrahim a.s. justeru memilih tak pergi ke luar kota. Beliau memilih tinggal di kota. Ada yang menggumpal di dalam hati orang-orang Babylon, hingga mereka pun tidak kuasa untuk tidak bertanya, “Wahai Ibrahim, kenapa engkau tidak ikut pergi bersama kami?” “Aku sakit,” jawab Nabi Ibrahim, pendek.
Orang-orang itu pun berlalu, meninggalkan Nabi Ibrahim dalam kesendirian. Sebenarnya, Nabi Ibrahim tidak sedang sakit. Alasan “sakit” itu diutarakan lantaran Nabi Ibrahim benar-benar merasa sedih ketika melihat mereka semua menyembah patung. Padahal Nabi Ibrahim diperintah Allah untuk meluruskan kesesatan mereka, mengajak ke jalan yang benar. Maka, tatkala orang-orang Babylon itu keluar kota untuk merayakan hari raya dengan senang, Nabi Ibrahim diam-diam merancangkan sesuatu. Orang-orang sudahpun meninggalkan kota. Saat itulah, Nabi Ibrahim merasa bahawa waktu itu sebagai waktu yang tepat untuk pergi ke kuil seraya membawa kapak. Tak ada yang tahu rencana kepergian Nabi Ibrahim itu, sebab keadaan kota sepi akibat ditinggalkan oleh penduduknya. Maka, ketika Nabi Ibrahim menginjakkan kaki di kuil itu, tidak ada siapa pun yang dijumpai kecuali berhala-berhala yang berdiri dan tidak bergerak. Dengan tegasnya bertindak, Nabi Ibrahim pun menghancurkan berhala-berhala itu satu persatu. Tapi ketika hendak menghancurkan berhala yang paling besar, beliau berhenti berbuat yang sama sebagaimana yang dilakukan pada patung-patung yang lain. Akhirnya, Nabi Ibrahim pun membiarkan patung besar itu tetap berdiri kukuh, lalu menggantungkan kapak di bahu berhala itu. Selanjutnya, Nabi Ibrahim pergi dari kuil dengan tenang.
Perayaan hari raya yang disambut dengan meriah di luar kota itu, akhirnya usai. Orang-orang Babylon pun kembali ke kota. Pada saat itulah, mereka pergi ke kuil untuk memberikan sesembahan pada berhala-berhala yang mereka anggap sebagai “tuhan”. Tapi, betapa  terkejutnya mereka, saat melihat kuil dipenuhi puing-puing berhala. Berhala-berhala yang mereka anggap tuhan itu hancur berkeping-keping. Lebih mengejutkan lagi, mereka justeru melihat berhala yang besar masih berdiri dengan kukuh dan di bahu berhala besar itu tersemat sebatang kapak. Keriuhan terjadi, dan mereka saling bertanya satu sama lain, “Siapakah yang telah menghancurkan tuhan-tuhan kita?” Salah seorang di antara mereka akhirnya angkat suara, “Aku selalu mendengar seorang pemuda bernama Ibrahim selalu merendahkan tuhan-tuhan kita. Ia bahkan mengatakan tuhan-tuhan kita tidak berguna. Aku kira, dialah yang telah menghancurkan tuhan-tuhan kita.”
Akhirnya, Raja Namrud memerintahkan beberapa pengawal untuk memanggil, bahkan berniat mengadili Nabi Ibrahim di kuil itu juga.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Pelabuhan Hidayah Seorang Pengacara MTV Eropah

BERADA di puncak kerjaya adalah dambaan semua orang. Apalagi, bila itu sesuai dengan apa yang diinginkannya. Maka, boleh dipastikan ia akan merasa senang dan bahagia. Tapi, kesenangan belum tentu sama dengan kebahagiaan. Kerana, buktinya, banyak orang merasa senang, tapi ia tidak merasakan bahagia. Justeru ia mengalami kegersangan hati. Kristiane Backer adalah contohnya. Bekas pengacara MTV Eropah ini mengaku mengalami keguncangan jiwa ketika dirinya berada di puncak kerjaya sebagai pengacara. Padahal, secara materialnya, ia sudah mendapatkannya. Populariti juga sudah diraihnya. Bahkan, hobinya yang suka jalan-jalan dan mengelilingi dunia, pun diperolehnya dengan mudah. Di tengah kegersangan jiwa itulah, ia kemudian berkenalan dengan rakan-rakannya yang beragama Islam. Dari sini ia mendapat kesempatan membaca dan berbincang tentang Islam, meski awalnya ia sangsi, mengingat Islam kononnya dengan sikap diskriminasi antara golongan lelaki dan wanita. Tapi, setelah ia mempelajari Islam, ia lalu faham bahawa Islam ternyata menjunjung tinggi kedudukan dan mertabat kaum wanita. Berikut ini adalah catatan perjalanan kisah hidup pengacara MTV ini dalam merengkuh hidayah Islam, yang disarikan dari buku yang ditulisnya: From MTV to Mecca. Buku tersebut berisi perjalanan kerjayanya dan pelabuhannya dalam Islam. Selesai menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci, ia nekad meninggalkan MTV, kerana ia sudah mantap untuk berpakaian cara muslim dan berjilbab.

Gemerlap dan ‘Glamour’
Aku lahir di sebuah kota pelabuhan yang indah di Hamburg, Jerman. Di sanalah aku tumbuh dewasa di tengah keluarga Protestan. Jerman adalah negeri yang mencatatkan kisah hidupku yang menyenangkan.
Pada usia 21 tahun, aku bergabung dengan Radio Hamburg sebagai wartawan radio. Sebelum itu, aku terlebih dulu menjalani kursus berkaitan. Inilah pekerjaan pertamaku. Sejak dulu aku memang bercita-cita bekerja di dunia media. Dua tahun setelah bekerja di radio tersebut, aku mengikuti sebuah ujian pemilihan sebagai pengacara untuk MTV Eropah. Ini adalah mimpi keduaku, yakni menjadi seorang pengacara. Tak disangka aku lalu terpilih dari ribuan peserta yang melamar kala itu.
Sebagai konsekuensi atas kemenangan ujian tersebut, aku pun pindah ke London pada tahun 1989, untuk menjalankan tugasku sebagai pengacara MTV. Saat itulah kehidupanku mulai menanjak secara bertahap ke puncak kerjaya dan menggerlap bintang. Aku masuk ke dalam dunia selebriti, yang penuh dengan glamour dan foya-foya. Maka, aku pun terbawa ke dalam gaya hidup bebas. Ini tentu sangat luar biasa. Sebab, di usiaku yang baru 20-an tahun, aku tinggal di Notting Hill dengan pencapaian kerja yang sangat cemerlang dan gemilang. Sebagai gadis muda di kota baru aku datangi, aku sudah diundang kemana-mana laksana seorang “bintang kenamaan”. Aku mulai sering difoto banyak papparazi. Wajar saja, kerana waktu itu aku bekerja di depan layar sebagai pengacara salah satu acara musik bertaraf dunia. MTV Eropah telah menjadi acara yang digandrungi golongan muda, terutama di Jerman, Scandinavia dan negara-negara lainnya. Hal ini tentu sangat menarik, mengingat aku dapat menjadi sebahagian dari fenomena transformasi budaya remaja saat itu. Saat bekerja sebagai pengcara muzik itulah aku mulai dikenalkan dengan banyak orang-orang terkenal. Aku merasakan kehidupan yang sangat menyenangkan sebagai selebriti. Rasa-rasanya hampir semua gaji yang kuterima dihabiskan untuk membeli baju dan perhiaasan yang bagus dan trendy. Aku pun sering melakukan perjalanan ke berbagai tempat menarik di Eropah, baik dalam rangka tugas kerja maupun sekadar mengembara semata-mata. Sekali waktu, aku pergi ke Boston untuk mewawancarai kumpulan Rolling Stone dan mengikuti persembahan pentas besar-besaran para artis terkenal dunia. Aku juga mewawancarai Lenny Kravitz di Boston, Dave Steward dan Neneh Cherry di Munich dan Annie Lennox di LA. Aku pun sekali waktu mewawancarai Peter Gabriel. Dia tidak hanya seorang pemuzik, komposer dan penulis besar, tapi juga seniman muzik kelas dunia.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Rahsia Masjid Indah Di Istana Schwetzingen

Schwetzingen hanyalah sebuah kota kecil. Terletak tepat di antara kota Heidelberg dan Mannheim di Jerman. Kota ini menjadi tempat yang nyaman untuk santai sebab banyak kedai-kedai, restoran, dan kedai kopi, untuk tempat menghabiskan waktu. Kota ini pernah dijadikan tempat melepas penat ribuan orang Amerika Syarikat sejak perang dunia II, sebuah tempat yang sejuk dan menyenangkan. Orang boleh mengunjungi kota ini dengan menaiki kereta selama 10 minit, baik dari Mannheim atau Heidelberg atau 60 minit dari Frankfurt. Kota ini mendakwa dirinya sebagai kota pertanian dunia. Tanah di Schwetzingen yang ringan dan berpasir memang menjadi tempat sangat baik untuk tumbuhnya asparagus, sejenis sayuran lazat berbentuk batang yang masyhur berkhasiat memperbaiki ginjal. Restoran di Schwetzingen banyak menyediakan menu olahan asparagus  dan penduduk kota ini mengadakan festival asparagus setiap bulan Mei. Namun, mercu tanda kota ini adalah istana Schwetzingen yang terkenal indah. Istana ini didirikan sejak abad ke-14, tapi kemudian sempat beberapa kali mengalami kehancuran dan dibangunkan kembali. Carl Theodor, putera raja yang berkuasa pada abad ke 18, lalu merombak istana ini dengan bayangan baru. Ia ingin membangun istana dengan taman paling indah di dunia. Istana versi Theodor inilah yang masih berdiri sampai sekarang.
Uniknya, di tengah hamparan rumput yang menghijau, pohon-pohon Alphine yang berbaris, air terjun serta terusan-terusan kecil yang tenang, ada sebuah bangunan istimewa berwarna merah muda. Bangunan ini tegak megah dengan bangunan lain dalam istana itu. Seorang pelancong yang membuat video perjalanannya ke Schwetzingen mengulas tentang bangunan ini: “Ada bangunan gereja di istana itu, tapi sebenarnya saya tak tahu itu bangunan untuk agama apa?” ujarnya. Bangunan yang membuat bingung pelancong itu ternyata adalah sebuah masjid bergaya Turki. Masjid itu memiliki dua menara dan di dalamnya tertera dengan jelas kaligrafi “Allah” dan “Muhammad”. Ternyata itulah masjid pertama di Jerman yang pernah didirikan. Tak banyak orang tahu sebab bangunan itu berada dalam istana, bukan dalam ruang terbuka masyarakat luas. Inilah yang kemudian membuat banyak spekulasi berkaitan masjid ini.

Masjid Untuk Siapa?
Yang mashyur digunakan sebagai penjelasan bagi keberadaan masjid ini adalah sikap tolak ansur Raja Frederick II, penguasa kerajaan Roma, Jerusalem dan Sisilia. Raja itu pernah berkata, “Semua agama sama baiknya jika orang-orang yang memeluknya bersikap jujur. Bila orang Turki datang ke negeri kita dan ingin tinggal di negara ini, maka kita akan mendirikan masjid-masjid untuk mereka.” Abad ke 18, nama Turki memang sangat besar dan hebat. Mereka yang menjadi penerus kekhalifahan Islam ini menguasai banyak daerah di dunia dan mulai memperkenalkan dirinya ke Eropah yang waktu itu maju kerana industrinya. Orientasi mereka pada masa itu adalah misi damai dan dialog peradaban, bukan lagi perang berkepanjangan.
Maka masjid di istana itu jelas terkait dengan Turki. Tapi masalahnya, siapa yang menjadi muslimnya di dalam istana Schwetzingen? Sebab masjid itu tak digunakan masyarakat umum? Beredar rumusan, masjid itu dibangun sebagai hadiah bagi salah-satu isteri raja yang muslim. Ada juga rumusan yang menyebut masjid itu memang dibangun untuk anggota istana. Uniknya di dalam istana Schwetzingen tak ada bangunan gereja. Bangunan gereja di zaman itu ada di luar istana seperti gereja Saint Pancratius yang dibangun pada tahun 1763-1765. Dalam catatan, Masjid Scwetzingen dirancang dan dibangun pada tahun 1778-1791 oleh arkitek berbangsa Perancis Nicolas de Pigage (1723-1796) yang juga menjadi arkitek istana Schwetzingen. Ia memadukan gaya Perancis dan Inggeris dalam mendirikan istana itu. Tapi khusus untuk masjid, gayanya sangat Turki dan Timur. Pigage juga menggabungkan elemen-elemen dari senibina Islam Sepanyol dan juga dengan gaya Timur Tengah. Berada di dalam istana berkonsep taman, maka masjid ini juga bergaya taman. Ada hamparan rumput hijau dan tumbuhan yang ditata hias. Inilah yang membuat Masjid Schwetzingen disebut sebagai masjid taman pertama di Eropah. Masjid ini memiliki keunikan yang jelas dengan unsur lain dalam istana sebab ada gerbang untuk memasuki kawasannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Austria: Islam Menemui Kedamaian Di Sana

ISLAM adalah agama minoriti terbesar di Austria dengan lebih dari 4 peratus penduduknya, setara dengan minoriti Protestan yang juga berjumlah 4 peratus. Angka ini berdasarkan kajian dalam tahun 2001.
Agama majoriti yang dianuti penduduk Austria yang berjumlah sekitar 8 juta jiwa dipegang oleh Katolik, yang jumlahnya lebih dari 70 peratus. Dari jumlah ini kita dapat menghitung bahawa di Austria ada sekitar 350 ribu orang muslim. Jumlah ini melonjak cukup tinggi jika dibandingkan kajian yang dilakukan pada tahun 1971 yang hanya 0.3 peratus dari populasi Austria yang terdaftar rasmi sebagai muslim. Tahun 1991, jumlah ini meningkat, yakni sekitar 158.776 muslim dihitung dalam kajian yang sama (2 peratus dari populasi).
Muslim di Austria dalam waktu beberapa tahun ini juga semakin bertambah, yang membuat mereka mampu berbicara lebih terbuka di tengah masyarakat Austria. Di Wina kini banyak terdapat muslimah yang memakai tudung. Dalam hal etnik, kelompok terbesar adalah keturunan Turki (134,210 Turki), diikuti oleh Bosnia (96,210 orang). Selama dekad terakhir, orang-orang keturunan Arab juga signifikan (10,123 orang).
Satu lagi yang menjadi bahagian besar dari pertambahan muslim di Austria berasal dari Mesir dan Iran. Baru-baru ini, lebih jauh lagi, fenomena yang meningkatkan pertumbuhan muslim adalah banyaknya warga Austria sendiri yang menjadi ‘saudara baru’ dengan memeluk Islam. Islam di Austria memiliki sejarah panjang. Dimulai sejak masa kesultanan Turki Uthmaniyah. Saat itu, pasukan Turki memasuki Austria tapi berhasil ditewaskan pasukan dari raja Austria. Meskipun upaya ini gagal, Islam mulai berpengaruh secara nyata bagi Austria setelah waktu itu. Malah ramai orang Turki yang masuk Austria yang kemudian menetap di sana. Mereka disambut baik oleh penguasa yang memberi mereka kebebasan beragama. Setelah Perang Dunia Kedua, gelombang baru pendatang muslim tiba di Austria. Mereka sebahagian para buruh (pekerja) yang membantu membangunkan semula negara itu yang hancur selepas perang dunia itu. Setelah tahun 1964, para pekerja dari sektor lain masuk terutama dari Turki, Bosnia dan Herzegovina dan Serbia, serta -meskipun kurang - dari negara-negara Arab dan Pakistan. Ini ditambah dengan kian banyaknya mahasiswa muslim belajar di Austria, terutama di Universiti Austria. Selama tahun 1970-an itu, kedatangan pendatang asing meningkat, kesan dari majunya ekonomi Austria. Gelombang terakhir dari kedatangan muslim tiba di awal 1990-an dari Yugoslavia. Mereka rata-rata menetap di wilayah industri seperti Vorarlberg, Wina, Salzburg, dan Tyrol.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Amalan-Amalan Baik Akan Hapuskan Seksa Kubur

BOLEH dikatakan saban malam, di masjid-masjid atau pun di surau-surau dimerata tempat dalam negara kita ini ada kuliah agama. Tujuan mengadakan kuliah-kuliah itu semata-mata untuk mengajar kita tentang agama dan Islam itu sendiri. Bagi orang-orang yang belum tahu tentang selok-belok sembahyang, maka menerusi kelas kuliah agama itu kita dapat maklumat dan ilmu cara-cara sembahyang. Para guru agama juga akan menerangkan hal-hal yang berkait dengannya. Tujuan lain kelas agama ini untuk kita pelajari dan mesti kita mengetahuinya, walau pun tidak banyak. Hukum hakam tentang yang boleh dan yang tidak boleh, tentang yang haram-haram dan tentang yang haram di makan mesti juga kita tahu. Dalam kuliah-kuliah agama ini para guru agama akan menjelaskan dan akan mengajar kita perkara-perkara tersebut. Menuntut ilmu adalah wajib. Dalam hidup ini, kita mesti ada ilmu. Mahu beribadat kepada Allah pun mesti ada ilmu. Kalau kita nak makan pun mesti ada ilmu. Apa jenis makanan yang boleh kita makan, pun mesti ada ilmu.
Belajar ini merupakan amalan-amalan baik yang akan menghapuskan seseorang itu dari seksa, terutama seksa kubur.

• Solat Ba’da Maghrib Pada Malam Jumaat
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa mengerjakan solat dua rakaat setelah solat maghrib pada malam Jumaat, lalu pada setiap rakaatnya membaca al-Fatihah sekali dan Idza zulzilat (al-Zalzalah) lima belas kali, nescaya Allah akan memudahkan sakaratul maut baginya, melindunginya dari azab kubur, dan memudahkan penyeberangan shirath pada hari kiamat kelak.” (Al-Ashbahani - At-Targhib).

• Meninggal Dunia pada Hari Jumaat
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat, dia akan dilindungi dari azab kubur.” (Abu Ya’la). Dari Ikrimah bin Khalid Al-Makhzumi r.a. disebutkan bahawa “barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat, dia akan ditandai dengan tanda iman dan dipelihara dari azab kubur.” (Baihaqi) Al-Hakim berkata: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat, akan tersingkap tabir yang menutupi apa yang menjadi miliknya di sisi Allah. sebab, pada hari Jumaat ini neraka Jahanam tidak dinyalakan, semua pintu ditutup dan para penguasa di neraka tidak bekerja sebagaimana pada hari-hari lainnya. Jika nyawa seorang hamba yang taat mengabdi kepadaNya pada hari Jumaat, yang demikian itu merupakan tanda kebahagian dan kebaikan tempat kembalinya. Dia tidak mencabut nyawa pada hari Jumaat melainkan telah ditetapkan bagi mereka yang dicabut nyawanya itu kebahagiaan di sisiNya. Oleh kerana itu, Dia akan selalu melindunginya dari fitnah kubur.” asulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, dia akan diselamatkan dari azab kubur, dan akan datang pada hari kiamat kelak dengan pengenalan syahid menempel pada dirinya.” (Abu Nu’aim: Al-Hilyah)
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidaklah seorang muslim, lelaki mahu pun perempuan, meninggal dunia pada malam Jumaat atau hari Jumaat, melainkan akan dilindungi dari azab dan fitnah kubur, akan bertemu dengan Allah, tidak menjalani hisab, dan pada hari kiamat kelak dia akan datang bersama orang-orang yang memberikan kesaksian bahawa syurga telah dipersiapkan untuknya.”

• Berjuang Fi Sabilillah Di Luar Kampung Halamannya
Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa ada seseorang yang meninggal di Madinah. Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat untuknya, kemudian bersabda, “Seandainya saja dia meninggal bukan di tempatnya kelahirannya.” Ada seseorang yang bertanya, “Mengapa demikian, ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya jika seseorang meninggal bukan di tempat kelahirannya, akan diukurkan baginya tempat di syurga dari tempat kelahirannya sampai akhir hayatnya.” (Ahmad, An-Nasa’i, Ibnu Majah).
Dari Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bagi orang asing  (yang meninggal tidak di tempat kelahirannya) akan diluaskan kuburnya sejauh keberadaannya dari keluarganya.” (Abu Al-Qasim bin Mundah).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Mengenali Karamah Para Wali Allah

KARAMAH adalah sesuatu yang keluar dari adat kebiasaan, tidak diiringi dengan pengakuan kenabian, dan juga bukan muqaddimah kenabian. Di mana Allah munculkan pada diri seorang hamba yang memiliki kebaikan, selalu mengikuti ajaran Nabi, berakidah serta beramal secara benar, baik orang tersebut mengetahui aaupun tidak. (Lawa-mi’ Al-Anwar Al-Bahiyyah, 2/392) Tujuan adanya karamah adalah sebagai bantuan, dukungan, dan pertolongan kepada hamba tersebut, atau untuk mengukuhkannya dalam keimanan.
Dalam perkara apa Karamah? Karamah boleh terjadi dalam urusan agama atau duniawi, Ibnu Taimiyyah mengatakan: Di antara prinsip Ahlus Sunnah adalah mempercayai adanya Karamah para wali dan hal-hal luar biasa yang Allah munculkan pada mereka berupa beraneka ragam ilmu, Mukasyafah/ kemampuan memandang, dan berbagai kemampuan serta pengaruh lainnya. (Al-Aqidah Al-Wasithiyyah syarah Al-Harras, hal 119) Contoh dalam hal ilmu dan pengetahuan seperti kemampuan seorang ulama yang memperlihatkan apa yang ada dalam kandungan isterinya bahawa bayinya tersebut adalah wanita. Sedangkan contoh Mukasyafah/ kemampuan memandang seperti kemampuan Umar bin Khathab r.a. yang boleh melihat pasukan perangnya yang dikirim ke Iraq dan saat itu terdesak oleh musuh. Kemudian Umar mengatakan: “Wahai pasukan, ke gunung, ke gunung!” Dan pasukan itu pun mendengar ucapan Umar kemudian ke gunung maka akhirnya selamat. Sementara contoh kemampuan dan pengaruh, iaitu yang terjadi pada Maryam. Di mana hanya dengan menggoyang batang pohon kurma, buah kurma pun berjatuhan. Padahal secara akal dan kewajaran, tidak mungkin kerana kuatnya pohon dan lemahnya wanita yang tengah hamil tua. Juga ada di antara anak buah Nabi Sulaiman a.s. yang dapat memindahkan sebuah singgahsana ratu dalam waktu kurang dari sekejap mata. Menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Syarah Aqidah Al-Wasithiyyah karya Syaikh Ibn Utsaimin hal. 207, tidak semua wali memiliki karamah dan terkadang, wali yang tidak memiliki karamah itu beroleh lebih mulia dibandingkan yang memilikinya. “Tidak setiap wali itu harus memiliki karamah. Bahkan, wali Allah yang tidak memiliki karamah boleh jadi lebih utama daripada yang memilikinya. Oleh kerana itu, karamah yang terjadi di kalangan para Tabi’in itu lebih banyak daripada kalangan para sahabat, pada hal para sahabat lebih tinggi darjatnya daripada para Tabi’in,” ujar Ibnu Taimiyah seperti ditulis dalam Majmu’ Fatawa 11/283.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Terapi Dengan Al-Quran Dan Sunnah

MENDERITA sakit sungguh tidak mengenakkan. Satu organ tubuh kita ada yang kurang beres (terganggu), sakit kepala atau pening kepala misalnya, sedikit sebanyak akan mempengaruhi aktiviti harian kita. Kerana itu selagi dalam keadaan sihat walafiat mestinya kita banyak bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. Kalau ada gejala tak sedap badan dalam tubuh atau yang disebabkan oleh suatu penyakit, baik jasmani mahupun rohani, sebagai seorang Muslim seharusnya tidak perlu terlalu risau. Kerana di dalam al-Quran dan hadis sebenarnya menyediakan beragam penyembuhan yang sangat banyak. Bahkan bukan saja mampu menyembuhkan penyakit yang sifatnya fizik, sebagaimana ditangani medis, melainkan juga penyakit mental/rohani. Dalil bahawa al-Quran boleh digunakan sebagai terapi penyembuhan itu dinyatakan secara lengkap dalam beberapa ayat, di antaranya:
1-“Katakanlah: “al-Qur’an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin.” (QS. Fushshilat: 44).
2-“Dan Kami turunkan dari al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang orang yang beriman.” (QS. al-Isra’: 82).
3-“Hai sekalian manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian pelajaran dari Rabb kalian, dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS. Yunus: 57).
Ini dikuatkan dengan sabda Nabi s.a.w. bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya.
4-“Allah tidak menurunkan penyakit, melainkan pasti menurunkan ubatnya.”
5-“Setiap penyakit ada ubatnya. Jika suatu ubat itu tepat (mujarab) untuk suatu penyakit, maka akan sembuh dengan izin Allah.” 
Ibnul Qayyim mengatakan al-Quran merupakan ubat yang sempurna bagi semua penyakit hati, penyakit badan, mahupun penyakit dunia dan akhirat. Tak seorang pun yang boleh menyembuhkannya kecuali Dia. Apabila seseorang sudah memperbaiki caranya berubat dengan menggunakan al-Quran, dengan penuh keyakinan dan keimanannya, menerima dengan lapang dada, dan dengan keyakinan yang mantap serta semua syarat-syaratnya sudah terpenuhi, insyaAllah penyakit itu akan sembuh dan hilang.
Bagaimana pun juga suatu penyakit tidak akan mampu melawan kalam Allah, kerana apabila al-Quran itu diturunkan di atas gunung, gunung saja boleh hancur atau kalau diturunkan di atas bumi, maka bumi itu sendiri boleh terpotong dan terbelah. 
6-“Kalau sekiranya kami turunkan al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir” (QS. al-Hasyr: 21).
Oleh kerana itu, tidak ada satu penyakit hati dan juga penyakit fizik melainkan di dalam al-Quran terdapat jalan penyembuhannya, penyebabnya, serta pencegah terhadapnya bagi orang yang dikurniai pemahaman oleh Allah terhadap KitabNya. Allah telah menyebutkan di dalam al-Quran beberapa penyakit hati dan fizik, juga disertai penyebutan penyembuhan hati dan fizik.
Ibnul Qayyim berkata, “Pada suatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doktor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surat al-Fatihah, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air zam-zam dan membacakan padanya surat al-Fatihah berkali-kali, lalu aku meminumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan sepenuhnya. Selanjutnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam mengubati berbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar.”
Namun yang perlu difahami di sini ialah ayat-ayat serta doa-doa dan zikir yang digunakan sebagai ubat tersebut memang benar-benar memiliki khasiat penyembuhan. Di samping itu, semuanya juga tergantung pada penerimaan dan kemampuan pelaku serta seberapa besar pengaruh darinya.
Apabila berbagai ubat di atas ternyata kurang berkhasiat, itu disebabkan oleh lemahnya sentuhan sang pelaku, atau mungkin upaya yang dilakukannya belum terkabulkan. Atau dikeranakan adanya suatu penghalang yang begitu kuat yang menghalangi mujarabnya doa-doa itu.
Sebab dalam upaya penyembuhan melalui lafaz-lafaz dari al-Quran, terdapat dua hal yang perlu diperhatikan. Yang pertama, dari pihak yang menderita sakit dan yang kedua, dari pihak yang meruqyah. Dari pihak orang yang menderita sakit adalah keteguhan jiwanya dan keseriusannya dalam menghadapkan diri kepada Allah serta beriktikad yang kukuh bahawa al-Quran merupakan ubat (penawar) sekaligus rahmat bagi orang-orang mukmin. Juga harus memohon perlindungan dengan sebenar-benarnya yang melibatkan kesatuan hati dan lisan. Kemudian dari pihak yang meruqyah, dengan al-Quran dan as-Sunnah, hendaknya juga memenuhi kedua hal tersebut. Dikatakan oleh Ibnu at-Tiin, ruqyah dengan membaca mu’awwidzat atau dengan nama-nama Allah s.w.t. merupakan pengubatan rohani, (akan bekerja efektif) bila dibaca oleh hambaNya yang salih, insyaAllah kesembuhan akan diperoleh dengan izin Allah s.w.t.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Thursday, January 10, 2013

Sayap Patah Malaikat Dan Selawat Nabi s.a.w.

Diriwayatkan, suatu hari, Malaikat Jibril datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w., aku telah melihat seorang malaikat di langit berada di atas singgahsananya. Di sekitarnya terdapat 70,000 malaikat berbaris melayaninya. Pada setiap hembusan nafasnya Allah s.w.t. menciptakan darinya seorang malaikat. Dan sekarang ini, kulihat malaikat itu berada di atas Gunung Qaaf dengan sayapnya yang patah sedang menangis. Ketika dia melihatku, dia berkata, “Adakah engkau mahu menolongku?” Aku berkata, “Apa salahmu?” Dia berkata, “Ketika aku berada di atas singgahsana pada malam Mikraj, lewatlah padaku Muhammad, Kekasih Allah. Lalu aku tidak berdiri menyambutnya dan Allah menghukumku dengan hukuman ini serta menempatkanku di sini seperti yang kau lihat.” Malaikat Jibril berkata, “Seraya aku merendah diri di hadapan Allah s.w.t., aku memberinya pertolongan.” Maka Allah s.w.t.berfirman: “Hai Jibril, katakanlah agar dia membaca selawat atas KekasihKu, Muhammad s.a.w.” Malaikat Jibril berkata lagi, “Kemudian malaikat itu membaca selawat kepadamu dan Allah s.w.t. mengampuninya serta menumbuhkan kedua sayapnya, lalu menempatkannya lagi di atas singgahsananya.” [Kisah ini bersumber dari Kitab Mukasyafatul Qulub oleh Hujjatul Islam Al Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Ghazali]

Tangisan Nabi s.a.w. Menggetarkan ‘Arasy
Dikisahkan, suatu hari, di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Kaabah, baginda mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya dengan membaca “Ya Karim! Ya Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti diolok-olok, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki gagah dan tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokku, kerana aku ini adalah orang Arab Badui? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku lapurkan kepada kekasihku, Muhammad, Rasulullah.” Mendengar kata-kata orang Badui itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: “Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab orang itu.  “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

Doa Siapa Makbul?

SEBUAH kapal karam ditengah laut kerana terjangan badai dan ombak hebat. Hanya dua orang lelaki yang boleh menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau yang kecil dan gersang. Dua orang yang diselamatkan itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahawa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa kepada Tuhan. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagikan pulau kecil itu kepada dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di sisi-sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan. Mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan yang tumbuh disisi tempat tinggalnya. Sedangkan daerah tempat lelaki yang lainnya tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki pertama yang merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokkan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki pertama itu tinggal. Sementara di sisi tempat tinggal lelaki kedua tetap saja tidak ada perubahan. Segera saja, lelaki pertama yang satu ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersiap-siap untuk berlayar meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di sisi lain pulau. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima pemberian Tuhan kerana doa-doanya tidak termakbulkan Tuhan. Begitu kapal siap berangkat, lelaki pertama itu mendengar suara dari langit menggema. “Hai, mengapa kamu meninggalkan rakanmu yang berada di sisi lain pulau ini?” “Berkatku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doakulah dikabulkan,” jawab lelaki pertama ini.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...