Friday, January 11, 2013

Terjadinya Hari Kiamat

ALLAH S.W.T. menjadikan “Hari Jumaat” ada banyak keistimewaannya. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberitahu kita menerusi hadis-hadisnya mengenai keistimewaan tersebut. Sebagai orang Islam, kita hendaklah manfaatkan hari Jumaat itu dengan sebaik-baiknya, kerana ia adalah “penghulu” kepada semua hari. Dalam kitab-kitab agama Rasulullah s.a.w. ada memberikan “petunjuk” kepada umatnya mengenai sembahyang Jumaat dan keistimewaan hari Jumaat itu sendiri. Dalam sahih Muslim disebutkan dari Abu Hurairah dan Huzaifah r.a., kedua-duanya berkata: Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang ertinya: “Allah menyimpangkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat. Orang-orang Yahudi mempunyai hari Sabtu. Orang-orang Nasara mempunyai hari Ahad. “Lalu Allah s.w.t. datang kepada kita dengan menunjukkan kita dengan hari Jumaat, lalu menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Begitu juga mereka akan mengikuti kita pada hari Jumaat. “Kita adalah kaum terakhir dari penduduk dunia dan terdepan (masuk syurga) pada hari kiamat, yang ditetapkan bagi mereka sebelum semua makhluk.” Mengenai hari Jumaat ini juga, dalam sebuah kitab yang berjudul “Al-Musnad” dan “As-Sunah” disebutkan hadis Aus bin Aus’ dari Nabi Muhammad s.a.w., Baginda bersabda yang ertinya: “Diantara hari-hari kamu yang paling mulia adalah hari Jumaat. Pada hari itu Allah menciptakan Adam, pada hari itu dia dimatikan, pada hari itu dia ditiup, pada hari itu ditiup sangkakala. “Maka perbanyakkan selawat atas diriku pada hari itu, kerana selawat kamu akan ditampakkan kepadaku.” Mereka bertanya:  “Wahai Rasulullah bagaimana selawat kami akan ditampakkan kepada engkau, padahal badan engkau telah usang? Baginda Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.” Sementara itu dalam Jami’ At-Termizi disebutkan dari hadis Abi Hurairah, dari Nabi s.a.w., baginda bersabda yang ertinya: “Hari paling baik yang didalamnya matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke syurga, pada hari itu dia dikeluarkan dari sana, dan hari kiamat tidak datang melainkan pada hari Jumaat.”
Malik meriwayatkan di dalam kitab  “Al-Muwatha” dari Abu Hurairah secara Marfu’: “Hari paling baik yang diciptakan di dalamnya matahari terbit adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia diturunkan (ke bumi), pada hari itu taubatnya diterima, pada hari itu dia meninggal dunia, pada hari itu kiamat tiba. “Tidak ada satu pun haiwan melata melainkan bersuara pada hari Jumaat sejak dari waktu subuh hingga matahari terbit, kerana sayang kepada satu saat, kecuali Jin dan manusia. “Pada hari itu ada suatu saat yang tidak ditemui hamba Muslim, dia sembahyang, dia memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberikan sesuatu kepadanya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Januari 2013 di pasaran...

No comments: