Friday, January 11, 2013

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya masa sentiasa bertukar ganti. Berlaku pada setiap hari. Cuma apabila pertukaran tahun baru baik hijrah atau masehi, barulah terasa masa kian meninggalkan kita. Sebagai seorang muslim kita hendaklah positif dengan hari-hari yang kita lalui. Mahunya hari ini tidak sama dengan hari kelmarin dan hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Siapa yang mengeluh akan hidupnya, bermakna dia tidak redho dengan ketetapan Allah s.w.t. Tapi siapa yang bersyukur dengan takdir yang dilaluinya, Allah akan menambah nikmat kesyukurannya melalui dari yang tidak kita jangkakan. Jangan salah menilai nikmat pemberian Allah itu dengan harta kekayaan dan anak pinak yang ramai dan sebagainya. Nikmatilah hidup anda hari-hari. Dan rasakan kebahagiaan yang anda anggap kecil itu sebagai anugerah besar dari Tuhan Yang Maha Pemurah. Hari ini anda masih mampu berjalan ke masjid atau ke surau, sedangkan ada orang lain tidak lagi mampu berbuat demikian. Entah kerana keuzurannya, atau mungkin kakinya telah kena potong kerana menghidap ‘kencing manis’? Sedang anda masih diberi Allah sihat walafiat, segar bugar. Masih mampu menungang motosikal kapcai anda, sedangkan seorang yang berkenderaan mewah rupa-rupanya dia seorang OKU – Allah hu akbar! Begitulah juga dengan Hidayah. Setiap keluarannya tetap menemui pembaca dengan segala kesederhanaannya. Namun kami bersyukur majalah yang anda pegang sekarang ini telah berbelas tahun ditatap, dibaca dan dimanfaatkan oleh ribuan pembaca di nusantara ini.
Semoga tahun baru dan masa-masa mendatang ini Hidayah akan terus mendapat sokongan berterusan dari anda. Tanpa anda apalah ertinya kami di sini. Doakanlah Hidayah terus maju jaya, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.m

No comments: