Thursday, April 11, 2013

Variasari Keluaran April 2013





Sudahkah anda memiliki Variasari edisi April 2013? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran April 2013 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

 


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Di Dalam Variasari April 2013











Wednesday, April 10, 2013

Hidayah April 2013

Hidayah keluaran April 2013 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam dan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, kita bertemu lagi dalam keluaran bulan April ini. Sebagaimana biasa, kami terus membawa anda mengikuti pelbagai kisah kehidupan suka duka manusia di atas muka bumi Allah.
Istimewanya dalam ruangan IKTIBAR, antara yang menariknya ialah mengenai kisah jemaah haji ‘berseluar pendek’ sepanjang berada di Makkah. Ini bukan kisah lucu, namun menggambarkan betapa ‘jemaah haji’ berkenaan menyirat latar belakang kehidupannya yang gelap dan kemudian terdedah apabila menjijak Tanah Suci. IKTIBAR 3 dipaparkan mengenai seorang lelaki yang akhirnya menjadi ‘gila’ kerana tewas dalam pertandingan merebut jawatan ‘lurah’. Dia sanggup berhabisan wang ringgit bagi mendapatkan ‘kuasa’, namun takdir tidak membenarkan seorang ‘perasuah’ sepertinya menjadi pemimpin di kalangan masyarakat. Renung-renungkan kisah tersebut dengan bakal-bakal calun PRU13 kita tak lama lagi ini. Jangan bagi muka dengan mereka yang tak jujur untuk dijadikan pemimpin di negara tercinta kita ini. IKTIBAR berikutnya pula ialah mengenai ‘Keranda Terbang’ seorang pendakwah bebas yang tegas dalam menghadapi “Amar ma’ruf nahi mungkar”. Walaupun tokoh ini dirahsiakan identitinya, namun dia wujud dalam dunia yang serba mencabar ini bagi membuktikan bahawa tokoh-tokoh mulia seperti ini akan terus ada hingga akhir zaman.
Pembaca budiman, anda juga dialu-alukan untuk membaca rencana ‘Mukmin Istimewa Dalam Kubur’. Semoga ada hikmahnya selepas membaca rencana berkenaan dan sama-samalah kita berdoa akan termasuk dalam golongan orang-orang mukmin yang istimewa ini. Dalam pada itu anda perlu membaca ‘Hikmah menziarahi orang mati dan melawat tanah kubur’, kerana walaupun kita saban waktu berziarah rakan-rakan kita yang mati, dan tidak kurang juga yang melawat ke tanah perkuburan, namun kita masih kabur dengan pelbagai hikmat berbuat demikian.
Wassalam.
Terima kasih kerana terus membaca Hidayah. Sementara pembaca baru dialu-alukan untuk terus kekal membaca majalah ini semoga ianya dapat membentuk kita menjadi mukmin yang sejati, InsyaAallah.

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Menyelami Maksud 'Al-Fattah'

HANYA sekali Allah menggelari diriNya dengan al-Fattah dalam al-Quran, yakni dalam surat Saba (24) ayat 26. Namun, maksud kata ini banyak ditemukan dalam al-Quran. Misalnya, “Sesungguhnya Kami telah memenangkan engkau dengan kemenangan yang jelas,” (QS. Al-Fat-h (48): 1);  “Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci pembuka ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,” (QS. Al-An’am (6): 59);  “Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan adil dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” (QS. Al-A’raf (7): 89). Juga ayat, “Apa-apa yang dianugerahkan Allah kepada manusia dari rahmat Allah maka tidak ada yang dapat menahannya.” (QS. Faathir (35): 2) Dari ayat-ayat di atas dapat difahami bahawa Allah adalah pembuka kemenangan, pembuka segala yang ghaib, pemberi keputusan yang terbaik, dan pembuka anugerah dan rahmat bagi manusia. Termasuk pembuka pintu rezeki, seperti Allah kemukakan, “Katakanlah (wahai Muhammad) ‘Siapakah yang memberi kamu rezeki dari langit dan dari bumi?’ Katakanlah, ‘Allah”, dan sesungguhnya kami atau kamu yang berada di atas petunjuk atau dalam kesesatan yang nyata. Katakanlah ‘kamu tidak akan ditanya tentang dosa-dosa yang kami perbuat; kami (juga) tidak akan ditanya tentang apa-apa yang kamu perbuat’. Katakanlah. ‘Tuhan kita, akan mengumpulkan antara kita, kemudian memberi keputusan antara kita dengan benar, dan Dialah Maha pemberi Putusan, lagi Maha Mengetahui”. (QS. Saba (34): 24-26) Saudaraku, semestinya kita kian mengerti bahawa kita tidak sendiri di dunia ini. Kita selalu dilindungi oleh Sang Maha Pembuka. Bila saja kita menambatkan semua harapan, cita, dan masalah hanya kepadaNya, nescaya tidak ada kesulitan atau kekurangan apapun yang menimpa kita, Sang Maha Pembuka pasti akan memberi jalan bagi masalah keluarga kita yang mengalami perbalahan, menuntun kita menemukan teman hidup sejati, membimbing kita untuk selalu taat, berlaku adil, mudah memaafkan dan meminta maaf. Kalau saat ini kita sedang gusar ehwal cita-cita kita yang belum tercapai, dengan memohonkan dan menzikirkan al-Fattah, pastilah Allah akan menganugerahkan rahmatNya tanpa ada orang yang mampu menahannya. Tetapi selama ini, mengapa kita lebih suka termenung dan bingung, padahal di sisi kita ada al-Fattah?

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Maut Tragis Dukun Sihir

RUMAH dekat kawasan persawahan itu terlihat sepi dan menyeramkan. Apalagi, dinding-dinding kayu di depan rumah itu catnya sudah mengelupas dan merekah di sana-sini. Di depan rumah, ada juga pokok ru tua dan pohon kelapa yang tumbuh menjulang tinggi. Dari pepohonan itulah, setiap hari jatuh dedaunan yang menguning dan kering, berserakan di halaman rumah dan terlihat dibiarkan tak terurus. Kesan itulah yang membuat rumah itu terlihat suram dan menyeramkan. Padahal, rumah itu bukan rumah kosong. Di dalamnya, ada lima orang yang tinggal. Sepasang suami isteri, dua anak perempuannya dan seorang nenek tua yang sudah menjangkau usia emas. Tetapi, sekali pun berpenghuni, pintu rumah itu kelihatan jarang-jarang dibuka. Hampir setiap hari pintu rumah itu selalu ditutup, kecuali hanya yang terbuka dua tingkap bilik. Sebenarnya jaranbg seorang pun penduduk yang bertandang ke rumah itu. Orang-orang Kampung Durian seakan memulaukan penghuni rumah itu. Orang-orang itu seakan menghukum penghuni rumah itu. Tapi, siapa pun yang melintas atau berjalan tak jauh dari rumah itu pasti mendengar rintihan kesakitan dari dalam rumah tersebut; jeritan kesakitan dari mulut nenek tua yang sudah lanjut usia tersebut. Itulah yang tragisnya.
Hampir setiap hari, nenek itu mengerang kesakitan. Jeritannya terdengar parau, menyayat ulu hati. Teriakannya bahkan membuat orang kampung merasa meremang bulu roma dan takut. Wajar, kalau orang kampung melintas di dekat rumah itu tidak hanya merasa berdiri bulu tengkoknya, tapi sekaligus terganggu dan terusik. Tidak jarang, mereka yang mendengar jeritan nenak itu berlalu dengan cepat dan sengaja menutup telinga rapat-rapat atau pura-pura tak mendengarnya.  Semua itu, bermula sejak nenek tua itu jatuh sakit enam bulan lalu dan dikhabarkan menderita penyakit aneh. Dari situ, orang-orang kampung memperkatakan hal tersebut. Kemudian, sebagian besar orang berkesimpulan bahawa penyakit aneh yang diderita oleh nenek tua itu sebagai kutukan, atau balasan dari perbuatan yang dulu pernah dilakukannya di masa lalu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Keranda Terbang Lelaki Salih

KESALIHAN seseorang tak hanya diukur dari ibadah individual semata-mata, antara dirinya kepada Allah s.w.t. [hablum minallah], tapi juga boleh diukur dari kesalihan sosialnya [hablum minannas], yang berhubungan langsung antara manusia dalam keseharian hidupnya. Ustaz Masykur adalah salah seorang lelaki salih yang sangat memegang teguh keduanya. Hablum minallah dan hablum minannas diusungnya secara berkesinambungan. Sebab, keinginan Ustaz Masykur adalah tidak hanya bermanfaat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi orang lain. Kerana itu, amal ma’ruf nahi munkar selalu berkobar di dalam dadanya.
Ustaz Masykur merupakan sosok manusia yang perlu diteladani. Apa pun risiko yang akan menimpanya, dia tetap akan menjalani kewajibannya. Dia tak segan-segan memberi tahu seseorang (tentunya dengan cara yang sangat sopan dan bijaksana) apabila di depan matanya orang tersebut melakukan kesalahan.
Berikut kisah kehidupan lelaki salih ini satu yang kiranya boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

MENCARI KELUARGA
Sudah lama sekali Ustaz Masykur tidak bersilaturahim dengan sepupunya yang bernama Royyan. Entah sudah berbilang tahun ke berapa, mungkin sepuluh atau belasan tahun. Yang jelas, saat itu, Ustaz Masykur merindukan saudaranya itu. Terakhir, Ustaz Masykur bertemu dengan Royyan ketika sepupunya itu masih menetap di Kampung Setu. Pada hari itu, Ustaz masykur bermaksud menemui Royyan di Kampung Setu yang letaknya masih melekat di benaknya, sehingga tanpa ragu-ragu lagi Ustaz Masykur langsung menuju kampung tersebut. Namun, saat Ustaz Masykur tiba dan menanyakan dimana rumah kediaman Royyan kepada penduduk setempat, ternyata Royyan sudah tidak tinggal di situ lagi. “Apakah mak cik mengetahui ke mana pindahnya Royyan itu?” tanya Ustaz Masykur. Seorang penduduk yang mengenali Royyan memberitahu tempat Royyan berpindah. ”Royyan pindah ke Kampung Sindang,” ujarnya. Ustaz Masykur mengucapkan terima kasih dan meminta diri menuju Kampung Sindang. Hampir tiga jam lamanya Ustaz Masykur menempuh perjalanan dengan berjalan kaki ke Kampung Sindang. Sebuah kampung yang cukup besar, namun terasa sangat lain dengan Kampung Setu. Ustaz Masykur merasakan Kampung Sindang lebih gersang dengan udara yang terasa sangat panas dan menyengat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Umar Beriman, Nabi s.a.w. Bertakbir, Abu Jahal Membanting Pintu

UMAR bin al-Khattab adalah pemuda gagah perkasa. Usianya 26 tahun. Dia layaknya seumpama lautan, beriak dan bergelora di permukaan tapi lembut di dalamnya. Tubuhnya kuat dan tegap, penuh emosi, cepat panas, tapi memiliki hati penuh hiba. Banyak bukti mengenai kelembutan hati Umar. Saat dia melihat Ummu Abdillah binti Abi Khatmah, isteri sahabat Nabi s.a.w., Amir bin Rabiah, akan berangkat hijrah ke Ethiopia ia menatap dengan sedih. “Semoga keselamatan menyertai kalian,” ujarnya. Ummu Abdillah berkomentar melihat sikap Umar itu. “Aku melihat kelemah-lembutan pada air mukanya. Itu tak pernah kulihat sebelumnya. Dia bersedih kerana kita harus berhijrah,” ujar Ummu Abdillah. “Apakah kau mengharapkan keislaman Umar? Dia tidak akan memeluk Islam sebelum al-Khattab (ayah Umar) memeluk agama Islam,” ujar suaminya seperti tak melihat ada kemungkinan Umar memeluk Islam kerana begitu terkenalnya dia dengan sikap kedegilan dan ketaatannya mengikuti agama nenek moyangnya. Ya, Umar amat memegang prinsip, apalagi berkaitan agama nenek moyangnya. Ini sebab dia tegas menolak Nabi Muhammad dan ajaran yang dibawanya. Ayahnya, Khattab, telah membawanya menghormati Kaabah dan menghormati segala yang berhubungan dengan berhala. Baginya, semua itu saling berkaitan dan menjadi satu kesatuan yang suci serta tidak patut dipertanyakan dan diubah. Kaum Quraisy dulunya bersatu. Namun, sekarang Makkah menjadi sebuah kota dengan dua agama dan dua komunitinya. Dia melihat dengan jelas bahawa penyebab pertelingkahan ini hanya satu: Nabi Muhammad! Maka suatu hari dia menghunus pedang. Niatnya bulat: membunuh Nabi! Itulah satu-satunya jalan menyatukan lagi Quraisy, membuat tenang masyarakat, dan membuatnya tak perlu lagi melihat ada keluarga dan sahabat yang berselisih kerana perbedaan keyakinan. Niatnya utuh dan langkahnya mantap. Dia seperti bukan manusia dengan daging dan darah, dia lebih layak disebut tombak tajam terhunus yang siap menemui sasarannya. Nu’aim bin Abdullah melihat Umar di tengah jalan. “Kemana kau hendak pergi hai Umar?” tanya Nu’aim. “Aku akan membunuh Muhammad,” ujar Umar.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Hati Mati Ada Sepuluh Perkara

KALAU kita rajin membaca kitab-kitab agama, maka kita akan temui banyak ilmu yang sangat berguna untuk kita. Kadang-kadang kita akan terbaca tentang amalan-amalan yang sangat baik untuk kita amalkan sekeluarga. Kitab-Kitab agama yang tinggi nilai ilmunya biasanya ditulis oleh para ulama besar. Ulama-ulama Salafus Salih, zaman yang setaraf dengan para imam-imam Mazhab. Ilmu agama dan Islam yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab karya mereka ini suci dan murni. Ia tidak dicemari dengan sebarang khurafat, dan juga bidaah. Ilmu yang ditulis didalamnya di ambilnya secara langsung dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kemudian mereka huraikan ayat-ayat Quran itu berdasarkan kepada ilmu yang diperolehi. Ulama-ulama besar ini, biasanya merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama sebelum mereka. Ada juga kitab-kitab agama merujuk terus dari para sahabat Nabi s.a.w. Kerana para sahabat Nabi ini dekat dengan Nabi. Mereka tahu apa yang Nabi buat. Mereka nampak apa yang Nabi kerjakan dan sebagainya.
Jadi, ilmu agama yang ada pada ini amatlah suci, amatlah benar kerana dari Nabi s.a.w., dan tidak melalui sesiapa pun. Itulah sebabnya, ada sebahagian ulama Salaf menulis kitab-kitab agama berdasarkan apa yang di bacanya dari ulama-ulama yang terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan pandangan ulama-ulama masa kini. Sebenarnya perkara atau pun isu tidak bercanggah, cuma ulama-ulama masa kini tidak menemui isu tersebut dalam kitab-kitab yang dibacanya.
Itulah sebabnya, kadang-kadang timbul isu tuduh menuduh semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat. Berbalik kepada kalau kita rajin membaca dan menyelak kitab-kitab agama, maka kita akan temui dan bertemu dengan ilmu-ilmu agama yang dapat menjadi panduan dalam hidup kita seharian, dan sentiasa melakukan amalan-amalan baik untuk bekal di alam baqa kelak. Ada sebuah kitab yang menukilkan tentang masalah kematian. Dalam kitab ringkasan “Manhajul-Qasyiddin” menyebut, ada ulama pernah menyebut: “Kami semua mempercayai mati. Tetapi kami tidak nampak ada orang yang menyiapkan diri ke arah itu. kami semua mempercayai syurga, tetapi kami tidak melihat orang yang beramal ke arah untuk masuk syurga. “Kerana itu bagaimana kamu boleh bergembira dan apa yang kamu semua nanti-nantikan? Kematianlah yang pertama-tama akan datang kepada kamu dengan perintah Allah dalam keadaan baik atau jahat. “Yang demikian marilah kita berjalan menuju kepada Tuhan dengan cara yang baik. Ahli sufi terkenal Ibrahim Adham ketika dia ditanya orang mengenai pengertian firman Allah: “Berdoalah kepadaku semoga aku akan perkenankan doamu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Seksa Kubur Pasti Berlaku

DI DALAM sahih Ibnu Hibban, daripada Ummi Mubasysyir, katanya: “Sekali peristiwa Rasulullah mendatangku seraya berkata: “Berlindung dirilah kamu kepada Allah dari seksa kubur! Maka kataku: “Wahai Rasulullah! Apakah di dalam kubur itu ada seksa? Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya mereka itu akan diseksa di dalam kubur mereka suatu seksa yang hanya semua binatang sahaja yang dapat mendengarnya.”
Setengah ahli ilmu pengetahuan berkata: “Lantaran adanya seksa kubur itu, maka setengah-setengah orang telah membawa binatang-binatang mereka yang telah sakit perut ke kubur kaum Yahudi dan kaum Nasrani, juga ke kubur-kubur kaum Munafiqin dari suku kaum Ismaliah, Nusairiyah dan Kamaratih dari suku Bani Ubaid dan lain-lain lagi yang menduduki bumi Mesir dan Syam. Kebanyakan tuan punya kuda juga membawa binatang-binatang mereka ke sana kerana tujuan ini, seperti mereka membawanya juga ke kubur-kubur kaum Yahudi dan Nasrani. Kata si pencerita ini: “Apabila kuda-kuda atau binatang-binatang itu mendengar seksa kubur dari kubur-kubur itu, semuanya tidak tentu arah kerana takut, dan tahap kepanasan badannya naik cepat sehingga sakit perut binatang-binatang itu terus hilang.” Berkata Abdul Haq Al-Asybili, telah berbicarakan seorang ahli ilmu fiqh bernama Abdul Hakam bin Barkhan, dan dia memang terkenal luas pengetahuannya dan banyak amalannya, katanya: “Sekali peristiwa ada sekumpulan manusia telah menguburkan mayat di timur Asybiliyah, dan setelah selesai dari menguburkannya, mereka pun duduk di satu penjuru berbual-bual, dan berdekatan dengan mereka ada saekor binatang. “Tiba-tiba binatang itu terus mendatangi kubur itu dengan cepat sekali, lalu meletakkan telinganya di atas kubur yang di tanam mayat tadi, seolah-olah ia ingin mendengar sesuatu. “Sebentar sahaja binatang itu disitu, maka dengan tidak semena-mena telah berlari jauh meninggalkan kubur itu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Jibril Imam Penduduk Langit

SEBENARNYA, para pemimpin Malaikat yang menguruskan hal-hal dunia ini mempunyai nama-namanya tersendiri. Malaikat Jibril. Namanya ialah Abdullah. Nama Mikail adalah “Ubaidullah”. Dan nama Israfil adalah “Abdulrahman”. “Segala sesuatu itu kembali kepada (IL) iaitu tempat menyembah Allah ‘Azza wa Jalla.” (Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Jariri dan Abu Syeikh dari Ali bin Hussein). “Jibril adalah ‘Abdullah dan Mikail adalah ‘Ubaidullah. Dan setiap nama yang ada di dalamnya adalah tempat menyembah Allah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas) “Nama Jibril di antara para malaikat adalah pelayan Tuhannya ‘Azza wa Jalla.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Abu Asy-Syaikh dari Abdul Aziz bin Umair) “Telah sampai khabar kepadaku bahawa Jibril adalah imam penduduk langit.” (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syaikh dari Abu Musa bin Abi A’isyah) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mahukah kalian aku beri tahu tentang malaikat yang paling mulia? Dia adalah Jibril.” (Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dari Ibnu Abbas)
“Rasulullah s.a.w. pernah melihat Jibril, sedangkan dia berpakaian hijau dan memenuhi segala sesuatu di antara langit dan bumi.” (Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Mas’ud) “Rasulullah s.a.w. telah melihat Jibril dalam rupanya yang asli yang memiliki enam ratus sayap.” (Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud) Rasulullah s.a.w. bersabda: “Aku melihat Jibril turun yang memenuhi segala sesuatu di antara timur dan barat, dan padanya ada kain sutera tipis yang tergantung padanya mutiara dan yakut.” (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syaikh dari Aisyah r.a.) Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku ingin seandainya dapat melihatmu (Jibril) dalam rupamu yang asli.”  Jibril menjawab: “Engkau menginginkan hal itu?” beliau menjawab “Ya.” Jibril berkata: “Waktu penjanjianmu adalah ini dan itu pada malam hari di Baqi al-Gharqad.” Waktu yang dijanjikan itu datang pada beliau, lalu Jibril membentangkan salah satu sayapnya yang menutupi cakrawala langit sehingga tidak kelihatan suatu apa pun di langit.” (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syaikh dari Aisyah r.a.) Tentang firmanNya, “Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain. (iaitu) di Sidratil Muntaha.” (QS An Najm 53: 13)- Sidratil Mun taha iaitu tempat yang paling tinggi di atas langit yang ke 7, yang telah dikunjungi Nabi s.a.w. ketika peristiwa Israk Mikraj. Ibnu Mas’ud berkata, “Rasulullah s.a.w. melihat Jibril menggantungi kedua kakinya, dan padanya ada mutiara seakan-akan titisan hujan pada tumbuhan.” (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syaikh dari Ibn Mas’ud r.a.)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Bersama Dekati Sirah Rasulullah s.a.w.

TIADA Tuhan selain Allah, Muhammad itu utusan Allah. lafaz syahadah yang saban hari kita lafazkan. Lafaz kesaksian yang padanya tergalas satu ikrar dan sumpah untuk menjadikan Allah sahaja, satu-satunya pengatur hidup kita. Allah sahaja satu-satunya tujuan dan harapan kita. Lafaz kesaksian yang padanya terkandung ikrar dan kesaksian bahawa benar risalah yang dibawa yang dibawa Ar-Rasul Muhammad s.a.w. Bahawa hanya panduan yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. yang akan kita ikuti. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhoan) Allah s.w.t. dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21) Pada ikrar yang kita lafazkan saban waktu solat, terkandung satu tanggungjawab untuk menjalani kehidupan ini sebagaimana yang telah Allah s.w.t. ajarkan kepada kekasihNya, Muhamamd s.a.w. Kita semua tahu bahawa syahadah itu satu ikrar yang super besar, super berat. Ikrar yang menjadi pintu masuk seseorang ke dalam kesejahteraan Islam. Syahadah yang menjadi pembeza antara seorang muslim dan seorang kafir. Ini bukan sebuah ikrar biasa, tapi ini adalah ikrar keimanan dan keyakinan. Meraikan Maulidurasul s.a.w. bukan sahaja terhad pada 12 Rabi’ulawal sahaja. Ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya dan syariat Islam di dalam hati-hati mereka. Ia merupakan peluang keemasan untuk mengajar dan mengingatkan ummah mengenai Rasulullah s.a.w. dan akhlak Baginda s.a.w. yang mulia, cara Baginda saw beribadah dan cara Baginda s.a.w. bergaul dengan orang ramai, secara tidak langsung boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingat Rasul s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Lautan Yang Tidak Bercampur

AYAT di atas membincangkan tentang dua air atau lautan yang berbeda jenis dan bertemu, tetapi satu sama lain tetap pada posisinya iaitu tidak bercampur. Sebelum diadakan penelitian, logiknya kita pasti akan sulit menerima fakta ini. Ayat serupa yang menjelaskan tentang ini adalah QS. Al-Furqan ayat 53 yang ertinya, “Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain asin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Dalam Tafsir al-Qurthubi karya Imam al-Qurthubi, beliau mengutip pendapat al-Hasan yang dijelaskan dalam karya (tafsir) al-Mawardi bahawa dua laut yang tidak bertemu yang dimaksud adalah laut Parsi dan laut Rom. Sementara menurut Ibnu Abbas dan Ibnu Jubair, dua laut itu adalah laut langit dan laut bumi. Ibnu Abbas berkata, “Kedua laut itu bertemu setiap tahun dan antara keduanya terdapat pembatas dan penghalang yang menghalangi agar air asin ini tidak menjadi tawar, atau yang tawar menjadi asin.” Pertanyaannya: bagaimana dua air atau lautan yang berbeda jenis ketika bertemu itu tidak boleh bercampur? Suatu ketika seorang Oceanografer berbangsa Perancis, Jaques Yves Cousteau, telah menemukan sebuah fakta tentang pertemuan dua laut yang tidak bercampur. Ia meneliti pertemuan Samudera Atlantik dan Mediteranian yang tidak bercampur satu dengan yang lain. Keduanya berada di selat Gibraltar, iaitu lautan sempit yang berada di antara Daratan Morocco, Afrika dan daratan Sepanyol, Eropah. Pertemuan dua arus laut ini ditandai perbedaan warna dari kedua lautan. Air laut dari Samudera Atlantik berwarna biru lebih terang, sedangkan air laut Mediteranian berwarna biru lebih gelap, lebih pekat. Garis batasnya dapat terlihat jelas. Penelitian Cousteau ini dilakukannya ketika melakukan eksplorasi di bawah laut. Ia menemui kumpulan mata air tawar yang tidak bercampur dengan air laut. “Seolah-olah ada dinding yang membatasi kedua aliran air itu,” ujar Cousteau. Beliau pun mencuba mempelajari ilmu kelautan untuk memecahkan misteri tentang fenomena ganjil tersebut, namun tak pernah membuahkan hasil. Dia pun menceritakan hal ganjil itu kepada seorang profesor muslim. Terkejutlah Cousteau ketika profesor muslim menceritakan bahawa fenomena itu telah dijelaskan al-Quran 14 abad silam. Ilmuan muslim pun memetik dua ayat al-Quran di atas. Terpesonalah Costeau mendengar ayat-ayat al-Quran itu. Kekagumannya terhadap ayat suci al-Quran itu melebihi kekagumannya akan pemandangan laut dalam yang pernah dilihatnya. Menurut Cousteau, mustahil jika al-Quran disusun oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sebab, pada zaman itu belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Costeau pun dikhabarkan masuk Islam secara diam-diam, atas kekagumannya pada al-Quran yang mengungkapkan fenomena alam ini. Jaques Cousteau meninggal dunia pada hari Rabu, 25 Jun 1997, dan dengan kerahsiaan Islamnya, banyak orang terdekatnya yang tidak tahu. Ia dikhabarkan dikebumikan di Katedral Notre Dame di Paris.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Kisah Nabi Ishak Dan Kedua Puteranya

SUATU hari, Nabi Ibrahim a.s. kedatangan tiga orang tetamu yang tidak dikenali. Tetapi, sekali pun tidak mengenal ketiga tamunya tersebut, Nabi Ibrahim tetap menyambut mereka dengan sopan dan lemah lembut. Maklum, Nabi Ibrahim sudah dikenali ramai sebagai orang yang suka menghormati para tetamunya.
Dalam kesempatan itu, Nabi Ibrahim pun tak ingin mengecewakan ketiga tamu-tamu tersebut. Pendek kata, Nabi Ibrahim ingin menghormati ketiganya dengan menghidangkan masakan. Setelah menyambut ketiga tamunya, Nabi Ibrahim segera pergi ke kandang, lalu menyembelih kambing yang gemuk, memasaknya menjadi masakan yang istimewa dan kemudian dihidangkan di hadapan ketiga tamu-tamu itu sebagai satu bentuk penghormatan. Tapi, ketika hidangan itu sudah matang dan Nabi Ibrahim menghidangkan di hadapan mereka, anehnya tidak satu pun dari ketiga tamu-tamu itu yang mahu menyentuh masakan yang ada di hadapan mereka. Nabi Ibrahim seketika kebingungan dan cemas. Dalam hati, Nabi Ibrahim merasa tidak enak, dan merasa ada yang salah dengan apa yang telah dihidangkan. Sebab, hidangan makanan itu tak tersentuh dan seperti sia-sia. Hingga akhirnya, salah satu dari ketiga tamu itu berkata, “Ibrahim, engkau tidak usah cemas dan khuatir. Kami adalah utusan Allah untuk tanah Sadum. Kami adalah para malaikatNya. Dia telah memerintahkan kepada kami untuk menghukum penduduk Sadum.” Seketika itu, Nabi Ibrahim terdiam. Baginda faham, kenapa makanan itu tidak disentuh dan tidak dimakan. Tetapi, dia langsung teringat dengan penduduk Sadum, terlebih lagi di Sadum ada Nabi Luth a.s. “Luth ada di tanah Sadum,” ujar Nabi Ibrahim. “Kami tahu. Allah telah memerintahkan kami untuk menghancurkan penduduk itu beserta penduduknya, kecuali Luth dan anak perempuannya,” jawab salah satu utusan itu. Sebenarnya, dalam hati Nabi Ibrahim ingin menunda hukuman itu. Sebab ia masih ingin membimbing penduduk Sadum ke jalan yang benar. Walau pun penduduk Sadum ketika itu dikenal sebagai orang-orang kafir dan berlumur kejahatan, tetapi Nabi Ibrahim merasa sedih ketika mereka hendak dihancurkan. Tetapi, ketiga tamu Nabi Ibrahim seperti membaca dengan jelas apa yang terlintas di benak dan fikiran Nabi Ibrahim. Tidak salah, kalau kemudian salah satu dari mereka berkata, “Ibrahim, menjauhlah dari masalah ini. Perintah Tuhanmu telah datang.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Keluar Istana Mencari Hidup Zuhud

PAGI itu, ada jamuan rasmi para pegawai tinggi di istana. Namun Ali, salah seorang pegawai tinggi tersebut, malah keluar dari acara berkenaan lantaran sama sekali tidak minum khamr (arak). Dia justeru menuju kediamannya, lantas duduk-duduk bersahaja menghadap ke Sungai Dajlah. Ketika matahari sudah tergelincir, Ali melihat seseorang berada di tepi sungai. Lelaki asing itu memakai jubah putih lusuh. Kedua kakinya terbalut kain dengan beralaskan kasut sudah berlubang. Kepalanya ditutupi kain dan bakul tergantung di bahunya. Lelaki itu menepi, kemudian duduk di atas perahunya. Dari kejauhan itu, Ali terus memperhatikan. Lelaki asing itu mulai membuka begnya yang berisi roti kering. Dia keluarkan mangkuk kayu, dan menuangkan air. Lalu mencelupkan roti ke dalam air yang ada di mangkuk. Setelahnya, dia duduk bersila di atas pasir dan menikmati makanannya dengan berselera dan tenang. Selesai makan waktu tengah hari, seketika dia berbaring di tepi pantai, lalu bangun dan mengerjakan solat zuhur. “Pergilah pada orang yang sedang solat itu dan bawalah dia kemari bersama barang-barangnya!” perintah Ali pada orang suruhannya. “Ikutlah denganku dan bawalah barang-barangmu!” ajak suruhan Ali pada lelaki itu. “Maaflah, aku letih,” jawab lelaki asing itu. “Jika engkau tolak, maka aku terpaksa memaksamu,” katanya dengan nada keras.

Berdialog Dengan Kuli Angkut Barang
Akhirnya, lelaki asing itu beranjak, menggendong bakul dan barangannya sambil membaca 2 ayat QS. An-Nisa’: 216 dan 19. 
“Apakah anda penduduk di sini?” tanya Ali.
“Benar.”
“Apa pekerjaanmu?”
“Seperti yang Tuan lihat, kuli ambil upah mengangkat barangan orang.”
“Ada berapa orang yang menjadi tanggunganmu?”
“Aku mempunyai seorang ibu yang sudah tua, sudah tidak boleh berjalan dan seorang saudara perempuan buta dan penyakitan.”
“Isteri dan anak?”
“Aku tidak mempunyai isteri dan anak.”
“Berapakah penghasilanmu?”
“Apa yang diberikan Allah kepadaku, insyaAllah mencukupi.”
“Kamu mampu membawa beban setiap hari?”
“Jika aku telah selesai menunaikan solat subuh, aku keluar dan mencari rezeki sampai waktu zuhur kemudian aku mengurusi diriku sampai aku selesai menunaikan solat asar dan aku beristirahat dari asar sampai malam.”
“Bukankah kamu beristirahat di malam hari?”
“Jika aku beristirahat di waktu malam, maka Dia akan membiarkan aku di Hari Kiamat.”
Ali memahami maksudnya, beliau berkata, “Aku melihatmu makan sendiri, kenapa tidak makan dengan ibu dan saudara perempuanmu?”
“Keduanya sedang berpuasa, kerana itulah kami biasa makan bersama malam hari.”
“Keluarkanlah baranganmu itu!”
Maka diapun membuka kantongnya. Pegawai istana itu pun melihatnya sambil berfikir beberapa saat.
“Wahai Syakir! Bawakan aku 5 ribu dirham yang masih utuh, berikan kepadanya agar ia dapat memperbaiki keadaannya!” perintah Ali pada pelayannya.
“Maaf Tuan, saya tidak berkepentingan dengan wang itu,” lelaki itu menolaknya dengan halus.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Pengasas Madrasah Diniyyah Puteri

ISLAM sama sekali tak pernah membeda-bedakan kedudukan dan mertabat laki-laki dan perempuan agar maju dalam hal ilmu pengetahuan. Semuanya layak mendapatkan pendidikan sebaik mungkin. Bahkan, jauh hari sebelum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencantumkan pendidikan sebagai hak yang harus dimiliki oleh perempuan, Islam justeru secara tegas menggariskan sejak belasan abad silam bahawa pendidikan bukan lagi berhak, tapi suatu kewajipan. Inilah ‘semangat’ yang dimiliki perempuan hebat seorang ini. Di kala wanita terpinggirkan dari dunia pendidikan, dia justeru memperjuangkan hak-hak kaum wanita agar dapat memperoleh pendidikan. Tujuannya tentu luhur, bahawa dengan memajukan kaum wanita, maka bangsa Indonesia khususnya yang kala itu belum merdeka akan dibekali oleh generasi berpendidikan tinggi di masa depan. Ini disedari betul oleh Rahmah El Yunusiyyah bahawa wanita adalah ‘madrasah’ utama bagi anak dan keluarganya. Bahkan, perempuan adalah guru utama pada suatu bangsa. Jika perempuan baik, maka baiklah suatu bangsa. Tapi, jika perempuan rosak, maka rosaklah suatu bangsa. Inilah pemahaman Rahmah, yang ia terima dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Lebih dari itu, Rahmah menyedari betul bahawa jika seorang wanita kuat, berdikari, cerdas dan pintar, maka membangun bangsa yang kelak merdeka dan mengisinya akan mudah dijalani. Sebaliknya, jika bangsa tidak disiapkan generasinya, maka mencapai kemerdekaan dan mengisinya akan sulit sekali. Dan, sosok yang menentukan itu tak lain adalah kaum wanita. Rahmah mempunyai impian besar agar kaum perempuan mendapat kesempatan lebih luas untuk maju dan boleh menyerap ilmu agama. Agama adalah tunggak atau asas utama dalam membangun karakter suatu bangsa. Oleh kerana itu, di samping dibekali ilmu pengetahuan umum, kaum wanita lebih wajib lagi untuk mendalami ilmu agama. Kenyataan yang dia jumpai kala itu pahit sekali. Di tengah perempuan yang tak menentu, menambah panjang persoalan manakala bangsa ini sedang dijajah oleh bangsa Belanda. Hal ini tentu kian menambah terpinggirnya kedudukan kaum perempuan. Rahmah pun risau. Haruskah perempuan menerima fungsinya sebagai isteri bagi suami, dan ibu bagi anak-anaknya dengan tanpa pendidikan yang memadai. Kerisauan ini ia goreskan dalam catatan hariannya: “Ya Allah, ya Rabbi, bila dalam ilmuMu apa yang menjadi cita-citaku ini untuk mencerdaskan anak bangsaku terutama anak-anak perempuan yang masih jauh tercecer dalam bidang pendidikan dan pengetahuan, ada baiknya dan Engkau Redhoi, maka mudahkanlah, ya Allah, jalan menuju cita-citaku ini.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Kota Zidane, Kota Berbagai Ragam

KITA boleh memperkatakan Marseille pertama kali melalui sukan bola sepaknya. Jika anda menghayati sukan yang popular ini, anda pasti mengenali Zinedine Zidane. Dia adalah pemain yang membawa Perancis memenangi Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah tahun 2000 ini, lahir di Marseille. Dia memiliki ibu bapa berasal dari Algeria yang berhijrah ke Perancis pada tahun 1954. Zidane atau yang mesra dengan panggilan Zizou itu, lahir pada 23 Jun 1972. Dia tak pernah memperkuat Olimpik Marseille, kelab bola sepak di kota Marseille, namun namanya tak dapat dipisahkan dari kota tersebut. Zidane melonjak saat memperkuat Juventus pada 1996-2001, lalu memperkuat Real Madrid pada 2001-2006, sebelum akhirnya menyatakan persaraannya. Dia meraih gelar pemain terbaik dunia tiga kali (1998, 2000, 2003) dan pemain terbaik Eropah satu kali (1998). Zidane tidak hanya menjadi duta bola sepak, tapi juga membawa nama Islam. Dia dikatakan seorang muslim yang dikhabarkan cukup taat. Hal ini juga ada pada diri Samir Nasri. Pemain bola sepak nasional Perancis itu adalah pemain muslim kelahiran Marseille. Samir dibesarkan di kota itu dan selama 4 tahun merintis kerjaya bola sepaknya di Olympic Marseille (2004-2008). Nasri kemudian semakin terkenal setelah bermain di Arsenal dan kini memperkuat Manchester City. Pemain bola sepak yang lahir pada 28 Jun 1987 itu sempat menjadi headline pemberitaan dunia saat ia meraikan sambil menunjukkan baju dalamnya bertuliskan “Eid Mubarak” setelah berhasil menjaringkan gol Southampton di liga Premier Inggeris sebagai ucapan selamat “Aidilfitri” kepada seluruh muslim dunia di bulan Ogos tahun 2012 lalu. Satu nama lagi yang boleh disebut adalah Frank Ribery. Sekalipun tak lahir di Marseille (Ribery lahir di Boulogne-sur-Mer, 7 April 1983), ia sempat memperkuat Marseille selama dua tahun (2005-2007) sebelum akhirnya menyertai kelab Jerman Bayern Muenchen. Tak hairan, ketiga nama itu menjadi ikon Islam, yang juga turut membawa nama Marseille sebagai kota muslim di Perancis. Marseille adalah sebuah kota pesisir di Tenggara Perancis. Kota ini merupakan kota berpenduduk terbanyak kedua di Perancis (setelah Paris) dengan jumlah penduduk mencapai 860 ribu jiwa. Dikatakan, kota ini sudah ada sejak tahun 600 SM dengan nama Massalia. Marseille kini merupakan pelabuhan komersial terbesar di Perancis dan keempat terbesar di Eropah. Secara internasionalnya, kota ini merupakan kota kedua di Perancis yang memiliki banyak perwakilan dari negara lain, iaitu lebih dari tujuh puluh konsulat. Marseille terkenal sebagai “kota air” kerana memiliki laut yang indah, kota filem, sebab menjadi kota kedua setelah Paris yang paling banyak difilemkan di Perancis. Sementara di luar itu, kota ini adalah kota bagi tumbuhnya keragaman yang damai antara penduduknya yang beragam etnik dan keyakinan. Saat ini ada sekitar 25-30 peratus muslim di Marseille, satu jumlah yang cukup menonjol untuk Eropah Barat. Angka ini membuat Marseille sering diperkatakan terlebih kerana kehidupan sosialnya di sana relatif cukup damai. Umat Islam Marseille hidup bersama warga Yahudi, Protestan dan warga majoriti Katolik.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Apakah Remaja Islam Boleh Bercinta-Cintaan?

APA yang anda fikirkan ketika melihat remaja berlainan jenis yang bukan mahramnya berpegangan tangan di depan orang ramai? Hati kita mungkin akan berbulu melihatnya. Ternyata remaja zaman sekarang sudah berani mendedahkan pasangan kekasihnya. Malangnya, mereka tidak malu-malu mempertontonkannya di depan khalayak ramai. Dulu, terutama di kampung-kampung, orang jalan beriringan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya saja masih dianggap ‘ganjil’. Kini, malah mereka berani berpegangan tangan. Kata mereka, kuno atau ‘kampungan’ kalau tidak melakukannya. Fenomena ini menunjukkan telah merosotnya moral manusia. Semuanya bermula dari masuknya tradisi Barat ke dunia Islam. Mereka membaca kisah-kisah percintaan yang ada di novel, roman, filem-filem dan syair lagu. Sehingga mereka punya kesan bahawa masa remaja tidaklah indah kalau tidak dibumbui bunga-bunga percintaan, kisah-kisah asmara, dan sebagainya. Apalagi di Barat, sebelum menikah dikenal istilah “cinta monyet” dan sebagainya. Istilah-istilah ini kemudian diserap oleh anak remaja kita melalui sarana-sarana tadi. Hal ini, kalau kita melihat pada kacamata Islam, sungguh memilukan sekali. Soal bercinta-cintaan yang melanda pasangan sebelum menikah saja masih diperdebatkan dalam Islam, apalagi pelakunya hanyalah seorang anak remaja. Tujuan mereka tentunya hanya mahu “cari-cari kesenangan” saja, bukan serius untuk ke jenjang perkahwinan. Atas dasar itulah, banyak kalangan yang menilai bahawa bercinta-cintaan di kalangan remaja merupakan sesuatu yang tidak wajar digalakkan. Pendirian Islam sudah jelas. Ertinya, hukumnya sudah jelas haram. Sebab, bercinta-cinta yang mereka lakukan bukan sebagai ‘mengesan’ karakter satu sama lain pada tahap sebelum berkahwin, tetapi sebagai pelampiasan hawa nafsu belaka. Berbeda dengan pasangan cinta di kalangan orang dewasa. Dalam hal ini masih ada pro-kontranya. Sebahagian menilai bahawa hukumnya haram kerana boleh mendekatkan pada perzinaan. Dalam Islam hanya dikenal istilah ta’aruf (perkenalan saja). Sisanya, berpendapat boleh selama masih dalam batas wajar dan sesuai dengan ajaran Islam. Misalnya, perkenalan mereka bertujuan untuk mengenal karakter dan keperibadian satu sama lain menjelang pernikahan. Selain itu, selama mereka berkenalan, selalu ditemani mahramnya. Ertinya, ketika mereka diberikan kesempatan berduaan, maka harus ada pihak ketiga, iaitu mahramnya sendiri, sehingga pihak ketiga itu tidak diisi oleh syaitan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Orang Mukmin "Istimewa" Dalam Kubur

SETIAP jenazah yang dikebumikan tidak sama. Orang-orang mukmin yang beramal salih mendapat kedudukan yang baik. Orang-orang tidak taat, orang-orang berdosa akan menerima hukuman,tetapi tidak berat. Sementara orang-orang kafir yang tidak beriman, yang melawan perintah Allah dan tidak takut kepada Allah akan menerima seksaan yang pedih. Bagi orang mukmin apabila dikebumikan, maka mayat itu akan dikelilingi oleh amal-amal salihnya. Sembahyangnya, puasanya, zakatnya, hajinya dan lain-lain kebajikan akan mengelilinginya. Kerana sebentar akan datang malaikat yang akan bertanya kepada si mayat. Amalan-amalan itulah yang akan menjaganya dan menjawab semua pertanyaan tersebut. Ini semuanya ada dijelaskan dalam kitab-kitab agama yang membahaskan alam kubur. Rajin-rajinlah kita membacanya.  Beramallah sebanyak yang mungkin. Tamakkan diri untuk membuat amal. Kerana amal salih, amal kebajikan kita itulah yang akan menolong dan membantu kita, sama ada dalam kubur atau di padang mahsyar kelak. Rasulullah s.a.w. paling sayangkan umatnya, iaitu kita-kita ini sebagai umat Muhamad s.a.w. Banyakanlah kita membaca Al-Quran,kerana semuanya ini akan membantu kita di dalam kubur. Banyakanlah berzikir kerana semuanya ini akan mengelilingi kita semasa “mungkar dan Nakir” datang menyoal kita di dalam kubur. Kedua-dua malaikat ini paling menakutkan. Orang-orang mukmin berada di dalam keadaan tenang, bergembira.
Sebenarnya, apa setengah orang meragukan tentang hal ehwal dalam kubur akan menjadi kenyataan apabila kita mati kelak. Kematian itu benar. Pertanyaan di dalam kubur itu benar. Apa terjadi dan berlaku di dalam barzah benar. Dan kita sebagai orang mestilah beriman dan yakin semua perkara tersebut. Inilah hari kepastian dan pembuktian. Apa-apa yang diragukan ketika di dunia, pada saat inilah semua mata akan terbelalak, dan semua mulut menjadi bungkam, kerana semua itu telah menjadikan kenyataan. Di dalam kuburnya, seorang mukmin itu akan berada dalam sebuah taman yang berwarna hijau. Kuburnya akan meluas baginya sampai tujuh puluh depa. Dan didalamnya akan diterangi cahaya seperti cahaya bulan purnama pada malam hari.(Ibnu Mundah). Menurut Imam Al-Ourthubi, yang demikian itu berlaku setelah adanya penyempitan kubur dan pertanyaan yang diajukan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Sedangkan kuburan orang kafir akan sentiasa sempit baginya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Jangan Terjebak Ajaran Sesat!

Antara syarat-syarat tersebut ialah:
1. Kata mereka pada syarat yang keempat: Hendaklah memasukinya seperti memasuki masjid (khalwat), berpandu dan bergantung kepada roh-roh para syeikh tarikat itu melalui (sebagai penghubung) syeikhnya sendiri. Segi batil di dalam syarat ini, ialah; menurut ajaran Islam yang sebenar segala bantuan, pertolongan, keberkatan kemenangan adalah kurnia Allah semata-mata, di tanganNya terletak segala sesuatu, Maha Berkuasa atas segala-galanya. Adapun roh para syeikh atau syeikhnya sendiri tidak mempunyai apa-apa tidak dapat mengelakkan bahaya atas dirinya sendiri dan tidak melindungi orang lain. Bagaimana kita hendak meminta bantuan kepadanya, bagaimana hendak meminta sesuatu kepada seseorang yang tidak memilikinya? Dari sini nampak bahawa syarat ini batil, kerana dia mengajak orang syirik kepada Allah dan memperakuinya secara halus dan penuh tipu helah.
2. Kata mereka di dalam syarat yang keenam: Hendaklah terus menerus berzikir sampai menjelma yang zikirnya itu (Allah) - Ini sudah tentu menurut sangkaan mereka -apabila fana dari berzikir (tidak berdaya/tidak ingat) terhadapNya maka itulah musyahadah (menyaksikan Allah). Kesesatan di dalam syarat ini, ialah iktikad (kepercayaan) mereka, bahawa Allah s.w.t. akan menjelma kepada orang yang sedang berzikir sehingga orang itu fana (tidak sedar diri), dengan cara itu berlakulah musyahadah terhadap Zat Tuhan atau NurNya yang Maha Tinggi. Ini semua karut, dusta dan batil kerana Allah s.w.t. tidak akan menjelma kepada sesiapa pun di muka bumi ini. Allah pernah menjelma kepada gunung, lalu gunung itu berkecai dan Nabi Musa a.s. jatuh pengsan ketika meminta hendak melihatnya dahulu, apabila baginda sedar kembali katanya: Terjemahan: Maka setelah Musa sedar kembali, ia berkata: “Maha Suci Engkau”, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.” Fikir baik-baik tentang penipuan dan pembohongan tasawuf ini. Memang sepanjang sejarah puak itu penuh dengan pembohongan, pemalsuan dan penipuan seperti itu, sama ada di atas Allah ataupun ke atas hamba-hambanya.
3. Kata mereka pada syarat yang kelapan: Kemudian hendaklah membayangkan rupa syeikhnya di hadapan matanya, maka ia akan menjadi temannya di dalam perjalanannya itu dengan pengertian dan kerohanian, kerana yang menjadi syeikh pada hakikatnya ialah rohaniahnya, ia juga menjadi tempat bergantung setiap orang murid walaupun jumlah mereka beribu-ribu. Perhatikan bagaimana berlembutnya pencipta kesesatan ini, membawa hamba secara beransur-ansur ke medan kekufuran, di mana dia meletakkan syeikh sebagai ‘Ilah’, yang rohnya diistilahkan sebagai rohaniah, yang sentiasa bersama dengan semua murid-muridnya. Bukankah ini menciplak erti dari firman Allah s.w.t. yang menceritakan tentang ilmu, liputan dan kekuasaannya: Terjemahan: Tiada pembicaraan rahsia di antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada... (Surah al-Mujadilah: 7)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Berselawat Juga Ibadah

TIDAK sedikit catatan hadis yang mencatat amalan agung di balik untaian  selawat yang diucapkan umat Islam untuk Rasulullah s.a.w. Pasalnya, selawat Nabi itu bukan sekadar bacaan atau salam yang diperuntukkan kepada Nabi, lebih dari itu merupakan jalinan cinta setiap muslim kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad. Amalan selawat itu pun begitu agung kedudukannya - sampai-sampai Allah, juga para malaikatNya berselawat untuk Nabi sebagai tanda cinta, rahmat dan penghormatan. Hal itu sebagaimana difirmankan Allah, “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya!” (QS. Al-Ahzab: 56). Tak salah, jika umat muslim yang enggan – apalagi tak tersentuh hatinya — mengucapkan sewalat untuk Nabi, boleh dikategorikan sebagai umat yang benar-benar kikir dan bakhil. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. pun menegaskan, “Orang yang pelit adalah orang yang tidak mengucapkan selawat saat namaku disebut” (HR. Ahmad bin Hanbal). Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, “Kehinaan bagi seseorang ketika aku disebut di dekatnya, namun dia tidak berselawat kepadaku.” (HR. At-Termizi, dan al-Hakim) Sebaliknya, umat Islam yang ringan mengucap salam dapat dikategorikan sebagai umat beruntung. Sebab, dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa, “Sebaik-baik manusia kepadaku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak membaca selawat.” (HR. at-Termizii).

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Hukum Berjabat Tangan Bersalam

Rasulullah s.a.w. bersabda: Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: “Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan” Dia menjawab: “Ya.” (HR. Bukhari) Dari al-Barraa’ bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” (HR. Abu Daud, Termizi & Ibnu Majah) Dari Athaa’ bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan.” (Hadis Mursal riwayat Imam Malik) Dari al-Barra’ bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu.” (HR. Ibnu Sunni) Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.

Hukum Mencium Tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulama, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim. Dimakruhkah mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai. Dari Zari’ r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: “Kamipun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w.”

Hukum Membongkokkan Badan
Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang. Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah s.a.w., jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membungkuk kepadanya? Baginda menjawab: “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?” Baginda menjawab “Tidak.” Orang itu bertanya: “Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?” Baginda menjawa: “Ya.” (HR. Termizi)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Tips Agar Suami Isteri Dan Para Bujang Menemukan Jodohnya

RASULULLAH s.a.w. pun mengingatkan bahawa mereka yang ingin berkahwin harus mengutamakan akhlak agama daripada kecantikan, kekayaan, dan keturunan sebagai syarat bahagia dunia dan akhirat.
Sahabat, inilah asas-asas kukuh yang membentuk rumah tangga sakinah yang boleh dijadikan pegangan.  Antara lain:  1. Akidah yang kuat. Bukankah  Allah mengingatkan: “Mukminah budak (hamba) lebih utama dan halal dinikahi daripada wanita musyrikah (syirik-kafir) walaupun cantiknya memukaumu.” (QS Al-Baqarah 2: 221)  Rasulullah pun mengingatkan bahawa mereka yang ingin menikah harus mengedepankan akhlak agama daripada kecantikan, kekayaan, dan keturunan sebagai syarat bahagia dunia dan akhirat.
2. Ibadah istiqamah. Yakni penikmat solat malam, Dhuha, penjaga wuduk, pentadabbur Quran, suami yang selalu berjemaah di masjid & menghidupkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. lainnya.
3. Akhlak mulia itu dengan kasih sayang, berbaik sangka & rendah hati untuk selalu berlomba dan melayani.
4. Rezeki yang halal adalah sumber keluarga sakinah dan  berkah.
5. Menyelesaikan masalah dengan musyawarah.
6. Meminta maaf walaupun merasa benar demi kedamaian. Kebersamaan suami-isteri kadang boleh bermusuhan, tetapi berdamai, memaafkan & mengajak untuk membuka lembaran baru lebih mulia (lihat QS. At-Taghaabun 64: 14).
7. Suami isteri sepakat mengaji dan berguru kepada ulama yang istiqamah untuk meminta nasihat dan rujukan kalau ada masalah. Jangan kerana kekurangan atau kesalahan 10 melupakan 1000 kenangan indah.
Adapun tips-tips kecil meraih keluarga hingga semakin hari semakin mesra dan sakinah, adalah sebagai berikut:

Selanjutnyan dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

Mutiara Islam Tanah Kazan

MASJID Qol Sharif yang terletak di Kazan adalah masjid terbesar di Russia dan Eropah Timur. Masjid ini dibangun di Kazan, Kremlin, pada abad ke-16. Bangunan ini memiliki menara berbentuk cupola dan tenda. Ada aura bangunan tradisional Volga Bulgaria, juga elemen renaisans Eropah dan seni reka bentuk Uthmani.
Qol Sharif adalah nama ulama di daerah itu yang dikhabarkan membangun masjid ini pertama kali. Qol Sharif dan murid-muridnya kemudian berperang mempertahankan diri dari serangan Russia walau akhirnya tewas pada tahun 1552. Beberapa bahagian Masjid Qol Sharif dapat dilihat di Katedral Santo Basil di Moscow, yang bentuknya tak biasa bagi arkitek Russia. Masjid ini dibaik pulih pada tahun 1996 dengan bentuk sedikit moden dan dirasmikan pada 24 Julai 2005. Beberapa negara ikut menyumbang dalam pembangunan Masjid Qol Sharif, terutama Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UEA). Qol Sharif dianggap sebagai salah satu simbol terpenting dari keinginan warga Republik Tartarstan untuk merdeka dan bebas. Perlu diketahui, Russia adalah negara federal terbesar di dunia yang memiliki 21 republik dengan otonomi khusus mengatur pemerintahan melalui konstitusi dan pemerintahan sendiri. Republik Tartarstan adalah salah satunya. Luas negara ini 68 ribu kilometer persegi, sama dengan luas Ireland, Lithuania dan Sri Langka, dan dihuni sekitar 3.7 juta penduduk. Ibukota Republik Tartarstan adalah Kazan yang sebahagian besar warganya menganut Islam. Republik Tartarstan kini dipimpin oleh Presiden Rustam Minnikhanov. Saat ini Masjid Qol Sharif juga berfungsi sebagai Muzium Islam. Pada waktu yang sama, selama Hari Raya Islam, ribuan orang berkumpul di sana untuk solat. Komplek Masjid Qol Sharif dianggap menjadi titik lanskap arkitektur Kazan terpenting. Selain bangunan masjid utama, juga terdapat perpustakaan, lembaga penerbitan dan pejabat imam.
Masjid Qol Sharif adalah bukti kehadiran Islam di tanah Kazan. Arkeologi menemukan reruntuhan lain berupa bebatuan putih di dekat salah satu benteng kuno. Menurut para peneliti, bangunan itu menghadap ke arah Makkah. Penemuan tersebut sekaligus membantah pandangan para ahli sejarah yang mengatakan bahawa Islam muncul di Kazan dan kawasan tersebut setelah abad ke 15. Menurut para ahli sejarah Russia, kota Kazan telah ada sejak abad ke-10. Namun, dokumen-dokumen tertulis yang dimiliki kota ini berasal dari abad ke-15. Dalam waktu tersebut, Kazan adalah ibukota ‘’Kazan Khanate’’. Bangunan Masjid Qol Sharif ini terdiri dari dua tingkat. Tingkat atas merupakan ruang solat, sementara aras bawah dipergunakan bagi keperluan pendidikan, muzium mahupun pentadbiran. Pada bahagian halaman, terdapat dua ruang dewan besar dan kolam berciri reka bentuk Timur Tengah. Selain kemegahan bangunannya, masjid ini juga terkenal di Eropah kerana berdampingan dengan sebuah Gereja katedral.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...