Wednesday, April 10, 2013

Hati Mati Ada Sepuluh Perkara

KALAU kita rajin membaca kitab-kitab agama, maka kita akan temui banyak ilmu yang sangat berguna untuk kita. Kadang-kadang kita akan terbaca tentang amalan-amalan yang sangat baik untuk kita amalkan sekeluarga. Kitab-Kitab agama yang tinggi nilai ilmunya biasanya ditulis oleh para ulama besar. Ulama-ulama Salafus Salih, zaman yang setaraf dengan para imam-imam Mazhab. Ilmu agama dan Islam yang ditulis oleh mereka dalam kitab-kitab karya mereka ini suci dan murni. Ia tidak dicemari dengan sebarang khurafat, dan juga bidaah. Ilmu yang ditulis didalamnya di ambilnya secara langsung dari al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Kemudian mereka huraikan ayat-ayat Quran itu berdasarkan kepada ilmu yang diperolehi. Ulama-ulama besar ini, biasanya merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama sebelum mereka. Ada juga kitab-kitab agama merujuk terus dari para sahabat Nabi s.a.w. Kerana para sahabat Nabi ini dekat dengan Nabi. Mereka tahu apa yang Nabi buat. Mereka nampak apa yang Nabi kerjakan dan sebagainya.
Jadi, ilmu agama yang ada pada ini amatlah suci, amatlah benar kerana dari Nabi s.a.w., dan tidak melalui sesiapa pun. Itulah sebabnya, ada sebahagian ulama Salaf menulis kitab-kitab agama berdasarkan apa yang di bacanya dari ulama-ulama yang terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. Kadang-kadang terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan pandangan ulama-ulama masa kini. Sebenarnya perkara atau pun isu tidak bercanggah, cuma ulama-ulama masa kini tidak menemui isu tersebut dalam kitab-kitab yang dibacanya.
Itulah sebabnya, kadang-kadang timbul isu tuduh menuduh semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat. Berbalik kepada kalau kita rajin membaca dan menyelak kitab-kitab agama, maka kita akan temui dan bertemu dengan ilmu-ilmu agama yang dapat menjadi panduan dalam hidup kita seharian, dan sentiasa melakukan amalan-amalan baik untuk bekal di alam baqa kelak. Ada sebuah kitab yang menukilkan tentang masalah kematian. Dalam kitab ringkasan “Manhajul-Qasyiddin” menyebut, ada ulama pernah menyebut: “Kami semua mempercayai mati. Tetapi kami tidak nampak ada orang yang menyiapkan diri ke arah itu. kami semua mempercayai syurga, tetapi kami tidak melihat orang yang beramal ke arah untuk masuk syurga. “Kerana itu bagaimana kamu boleh bergembira dan apa yang kamu semua nanti-nantikan? Kematianlah yang pertama-tama akan datang kepada kamu dengan perintah Allah dalam keadaan baik atau jahat. “Yang demikian marilah kita berjalan menuju kepada Tuhan dengan cara yang baik. Ahli sufi terkenal Ibrahim Adham ketika dia ditanya orang mengenai pengertian firman Allah: “Berdoalah kepadaku semoga aku akan perkenankan doamu.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: