Wednesday, April 10, 2013

Jangan Terjebak Ajaran Sesat!

Antara syarat-syarat tersebut ialah:
1. Kata mereka pada syarat yang keempat: Hendaklah memasukinya seperti memasuki masjid (khalwat), berpandu dan bergantung kepada roh-roh para syeikh tarikat itu melalui (sebagai penghubung) syeikhnya sendiri. Segi batil di dalam syarat ini, ialah; menurut ajaran Islam yang sebenar segala bantuan, pertolongan, keberkatan kemenangan adalah kurnia Allah semata-mata, di tanganNya terletak segala sesuatu, Maha Berkuasa atas segala-galanya. Adapun roh para syeikh atau syeikhnya sendiri tidak mempunyai apa-apa tidak dapat mengelakkan bahaya atas dirinya sendiri dan tidak melindungi orang lain. Bagaimana kita hendak meminta bantuan kepadanya, bagaimana hendak meminta sesuatu kepada seseorang yang tidak memilikinya? Dari sini nampak bahawa syarat ini batil, kerana dia mengajak orang syirik kepada Allah dan memperakuinya secara halus dan penuh tipu helah.
2. Kata mereka di dalam syarat yang keenam: Hendaklah terus menerus berzikir sampai menjelma yang zikirnya itu (Allah) - Ini sudah tentu menurut sangkaan mereka -apabila fana dari berzikir (tidak berdaya/tidak ingat) terhadapNya maka itulah musyahadah (menyaksikan Allah). Kesesatan di dalam syarat ini, ialah iktikad (kepercayaan) mereka, bahawa Allah s.w.t. akan menjelma kepada orang yang sedang berzikir sehingga orang itu fana (tidak sedar diri), dengan cara itu berlakulah musyahadah terhadap Zat Tuhan atau NurNya yang Maha Tinggi. Ini semua karut, dusta dan batil kerana Allah s.w.t. tidak akan menjelma kepada sesiapa pun di muka bumi ini. Allah pernah menjelma kepada gunung, lalu gunung itu berkecai dan Nabi Musa a.s. jatuh pengsan ketika meminta hendak melihatnya dahulu, apabila baginda sedar kembali katanya: Terjemahan: Maka setelah Musa sedar kembali, ia berkata: “Maha Suci Engkau”, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.” Fikir baik-baik tentang penipuan dan pembohongan tasawuf ini. Memang sepanjang sejarah puak itu penuh dengan pembohongan, pemalsuan dan penipuan seperti itu, sama ada di atas Allah ataupun ke atas hamba-hambanya.
3. Kata mereka pada syarat yang kelapan: Kemudian hendaklah membayangkan rupa syeikhnya di hadapan matanya, maka ia akan menjadi temannya di dalam perjalanannya itu dengan pengertian dan kerohanian, kerana yang menjadi syeikh pada hakikatnya ialah rohaniahnya, ia juga menjadi tempat bergantung setiap orang murid walaupun jumlah mereka beribu-ribu. Perhatikan bagaimana berlembutnya pencipta kesesatan ini, membawa hamba secara beransur-ansur ke medan kekufuran, di mana dia meletakkan syeikh sebagai ‘Ilah’, yang rohnya diistilahkan sebagai rohaniah, yang sentiasa bersama dengan semua murid-muridnya. Bukankah ini menciplak erti dari firman Allah s.w.t. yang menceritakan tentang ilmu, liputan dan kekuasaannya: Terjemahan: Tiada pembicaraan rahsia di antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia yang keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia ada bersama mereka di mana pun mereka berada... (Surah al-Mujadilah: 7)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: