Wednesday, April 10, 2013

Tips Agar Suami Isteri Dan Para Bujang Menemukan Jodohnya

RASULULLAH s.a.w. pun mengingatkan bahawa mereka yang ingin berkahwin harus mengutamakan akhlak agama daripada kecantikan, kekayaan, dan keturunan sebagai syarat bahagia dunia dan akhirat.
Sahabat, inilah asas-asas kukuh yang membentuk rumah tangga sakinah yang boleh dijadikan pegangan.  Antara lain:  1. Akidah yang kuat. Bukankah  Allah mengingatkan: “Mukminah budak (hamba) lebih utama dan halal dinikahi daripada wanita musyrikah (syirik-kafir) walaupun cantiknya memukaumu.” (QS Al-Baqarah 2: 221)  Rasulullah pun mengingatkan bahawa mereka yang ingin menikah harus mengedepankan akhlak agama daripada kecantikan, kekayaan, dan keturunan sebagai syarat bahagia dunia dan akhirat.
2. Ibadah istiqamah. Yakni penikmat solat malam, Dhuha, penjaga wuduk, pentadabbur Quran, suami yang selalu berjemaah di masjid & menghidupkan sunnah-sunnah Nabi s.a.w. lainnya.
3. Akhlak mulia itu dengan kasih sayang, berbaik sangka & rendah hati untuk selalu berlomba dan melayani.
4. Rezeki yang halal adalah sumber keluarga sakinah dan  berkah.
5. Menyelesaikan masalah dengan musyawarah.
6. Meminta maaf walaupun merasa benar demi kedamaian. Kebersamaan suami-isteri kadang boleh bermusuhan, tetapi berdamai, memaafkan & mengajak untuk membuka lembaran baru lebih mulia (lihat QS. At-Taghaabun 64: 14).
7. Suami isteri sepakat mengaji dan berguru kepada ulama yang istiqamah untuk meminta nasihat dan rujukan kalau ada masalah. Jangan kerana kekurangan atau kesalahan 10 melupakan 1000 kenangan indah.
Adapun tips-tips kecil meraih keluarga hingga semakin hari semakin mesra dan sakinah, adalah sebagai berikut:

Selanjutnyan dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: