Wednesday, April 10, 2013

Mutiara Islam Tanah Kazan

MASJID Qol Sharif yang terletak di Kazan adalah masjid terbesar di Russia dan Eropah Timur. Masjid ini dibangun di Kazan, Kremlin, pada abad ke-16. Bangunan ini memiliki menara berbentuk cupola dan tenda. Ada aura bangunan tradisional Volga Bulgaria, juga elemen renaisans Eropah dan seni reka bentuk Uthmani.
Qol Sharif adalah nama ulama di daerah itu yang dikhabarkan membangun masjid ini pertama kali. Qol Sharif dan murid-muridnya kemudian berperang mempertahankan diri dari serangan Russia walau akhirnya tewas pada tahun 1552. Beberapa bahagian Masjid Qol Sharif dapat dilihat di Katedral Santo Basil di Moscow, yang bentuknya tak biasa bagi arkitek Russia. Masjid ini dibaik pulih pada tahun 1996 dengan bentuk sedikit moden dan dirasmikan pada 24 Julai 2005. Beberapa negara ikut menyumbang dalam pembangunan Masjid Qol Sharif, terutama Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UEA). Qol Sharif dianggap sebagai salah satu simbol terpenting dari keinginan warga Republik Tartarstan untuk merdeka dan bebas. Perlu diketahui, Russia adalah negara federal terbesar di dunia yang memiliki 21 republik dengan otonomi khusus mengatur pemerintahan melalui konstitusi dan pemerintahan sendiri. Republik Tartarstan adalah salah satunya. Luas negara ini 68 ribu kilometer persegi, sama dengan luas Ireland, Lithuania dan Sri Langka, dan dihuni sekitar 3.7 juta penduduk. Ibukota Republik Tartarstan adalah Kazan yang sebahagian besar warganya menganut Islam. Republik Tartarstan kini dipimpin oleh Presiden Rustam Minnikhanov. Saat ini Masjid Qol Sharif juga berfungsi sebagai Muzium Islam. Pada waktu yang sama, selama Hari Raya Islam, ribuan orang berkumpul di sana untuk solat. Komplek Masjid Qol Sharif dianggap menjadi titik lanskap arkitektur Kazan terpenting. Selain bangunan masjid utama, juga terdapat perpustakaan, lembaga penerbitan dan pejabat imam.
Masjid Qol Sharif adalah bukti kehadiran Islam di tanah Kazan. Arkeologi menemukan reruntuhan lain berupa bebatuan putih di dekat salah satu benteng kuno. Menurut para peneliti, bangunan itu menghadap ke arah Makkah. Penemuan tersebut sekaligus membantah pandangan para ahli sejarah yang mengatakan bahawa Islam muncul di Kazan dan kawasan tersebut setelah abad ke 15. Menurut para ahli sejarah Russia, kota Kazan telah ada sejak abad ke-10. Namun, dokumen-dokumen tertulis yang dimiliki kota ini berasal dari abad ke-15. Dalam waktu tersebut, Kazan adalah ibukota ‘’Kazan Khanate’’. Bangunan Masjid Qol Sharif ini terdiri dari dua tingkat. Tingkat atas merupakan ruang solat, sementara aras bawah dipergunakan bagi keperluan pendidikan, muzium mahupun pentadbiran. Pada bahagian halaman, terdapat dua ruang dewan besar dan kolam berciri reka bentuk Timur Tengah. Selain kemegahan bangunannya, masjid ini juga terkenal di Eropah kerana berdampingan dengan sebuah Gereja katedral.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: