Wednesday, April 10, 2013

Bersama Dekati Sirah Rasulullah s.a.w.

TIADA Tuhan selain Allah, Muhammad itu utusan Allah. lafaz syahadah yang saban hari kita lafazkan. Lafaz kesaksian yang padanya tergalas satu ikrar dan sumpah untuk menjadikan Allah sahaja, satu-satunya pengatur hidup kita. Allah sahaja satu-satunya tujuan dan harapan kita. Lafaz kesaksian yang padanya terkandung ikrar dan kesaksian bahawa benar risalah yang dibawa yang dibawa Ar-Rasul Muhammad s.a.w. Bahawa hanya panduan yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. yang akan kita ikuti. “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhoan) Allah s.w.t. dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah s.w.t. banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Al-Ahzab: 21) Pada ikrar yang kita lafazkan saban waktu solat, terkandung satu tanggungjawab untuk menjalani kehidupan ini sebagaimana yang telah Allah s.w.t. ajarkan kepada kekasihNya, Muhamamd s.a.w. Kita semua tahu bahawa syahadah itu satu ikrar yang super besar, super berat. Ikrar yang menjadi pintu masuk seseorang ke dalam kesejahteraan Islam. Syahadah yang menjadi pembeza antara seorang muslim dan seorang kafir. Ini bukan sebuah ikrar biasa, tapi ini adalah ikrar keimanan dan keyakinan. Meraikan Maulidurasul s.a.w. bukan sahaja terhad pada 12 Rabi’ulawal sahaja. Ianya patut dilakukan pada setiap hari dalam setiap bulan di setiap masjid agar orang ramai dapat merasakan cahaya dan syariat Islam di dalam hati-hati mereka. Ia merupakan peluang keemasan untuk mengajar dan mengingatkan ummah mengenai Rasulullah s.a.w. dan akhlak Baginda s.a.w. yang mulia, cara Baginda saw beribadah dan cara Baginda s.a.w. bergaul dengan orang ramai, secara tidak langsung boleh memupukkan perasaan cinta dan sayang serta sentiasa mengingat Rasul s.a.w.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: