Wednesday, April 10, 2013

Apakah Remaja Islam Boleh Bercinta-Cintaan?

APA yang anda fikirkan ketika melihat remaja berlainan jenis yang bukan mahramnya berpegangan tangan di depan orang ramai? Hati kita mungkin akan berbulu melihatnya. Ternyata remaja zaman sekarang sudah berani mendedahkan pasangan kekasihnya. Malangnya, mereka tidak malu-malu mempertontonkannya di depan khalayak ramai. Dulu, terutama di kampung-kampung, orang jalan beriringan dengan lawan jenis yang bukan mahramnya saja masih dianggap ‘ganjil’. Kini, malah mereka berani berpegangan tangan. Kata mereka, kuno atau ‘kampungan’ kalau tidak melakukannya. Fenomena ini menunjukkan telah merosotnya moral manusia. Semuanya bermula dari masuknya tradisi Barat ke dunia Islam. Mereka membaca kisah-kisah percintaan yang ada di novel, roman, filem-filem dan syair lagu. Sehingga mereka punya kesan bahawa masa remaja tidaklah indah kalau tidak dibumbui bunga-bunga percintaan, kisah-kisah asmara, dan sebagainya. Apalagi di Barat, sebelum menikah dikenal istilah “cinta monyet” dan sebagainya. Istilah-istilah ini kemudian diserap oleh anak remaja kita melalui sarana-sarana tadi. Hal ini, kalau kita melihat pada kacamata Islam, sungguh memilukan sekali. Soal bercinta-cintaan yang melanda pasangan sebelum menikah saja masih diperdebatkan dalam Islam, apalagi pelakunya hanyalah seorang anak remaja. Tujuan mereka tentunya hanya mahu “cari-cari kesenangan” saja, bukan serius untuk ke jenjang perkahwinan. Atas dasar itulah, banyak kalangan yang menilai bahawa bercinta-cintaan di kalangan remaja merupakan sesuatu yang tidak wajar digalakkan. Pendirian Islam sudah jelas. Ertinya, hukumnya sudah jelas haram. Sebab, bercinta-cinta yang mereka lakukan bukan sebagai ‘mengesan’ karakter satu sama lain pada tahap sebelum berkahwin, tetapi sebagai pelampiasan hawa nafsu belaka. Berbeda dengan pasangan cinta di kalangan orang dewasa. Dalam hal ini masih ada pro-kontranya. Sebahagian menilai bahawa hukumnya haram kerana boleh mendekatkan pada perzinaan. Dalam Islam hanya dikenal istilah ta’aruf (perkenalan saja). Sisanya, berpendapat boleh selama masih dalam batas wajar dan sesuai dengan ajaran Islam. Misalnya, perkenalan mereka bertujuan untuk mengenal karakter dan keperibadian satu sama lain menjelang pernikahan. Selain itu, selama mereka berkenalan, selalu ditemani mahramnya. Ertinya, ketika mereka diberikan kesempatan berduaan, maka harus ada pihak ketiga, iaitu mahramnya sendiri, sehingga pihak ketiga itu tidak diisi oleh syaitan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: