Wednesday, April 10, 2013

Keluar Istana Mencari Hidup Zuhud

PAGI itu, ada jamuan rasmi para pegawai tinggi di istana. Namun Ali, salah seorang pegawai tinggi tersebut, malah keluar dari acara berkenaan lantaran sama sekali tidak minum khamr (arak). Dia justeru menuju kediamannya, lantas duduk-duduk bersahaja menghadap ke Sungai Dajlah. Ketika matahari sudah tergelincir, Ali melihat seseorang berada di tepi sungai. Lelaki asing itu memakai jubah putih lusuh. Kedua kakinya terbalut kain dengan beralaskan kasut sudah berlubang. Kepalanya ditutupi kain dan bakul tergantung di bahunya. Lelaki itu menepi, kemudian duduk di atas perahunya. Dari kejauhan itu, Ali terus memperhatikan. Lelaki asing itu mulai membuka begnya yang berisi roti kering. Dia keluarkan mangkuk kayu, dan menuangkan air. Lalu mencelupkan roti ke dalam air yang ada di mangkuk. Setelahnya, dia duduk bersila di atas pasir dan menikmati makanannya dengan berselera dan tenang. Selesai makan waktu tengah hari, seketika dia berbaring di tepi pantai, lalu bangun dan mengerjakan solat zuhur. “Pergilah pada orang yang sedang solat itu dan bawalah dia kemari bersama barang-barangnya!” perintah Ali pada orang suruhannya. “Ikutlah denganku dan bawalah barang-barangmu!” ajak suruhan Ali pada lelaki itu. “Maaflah, aku letih,” jawab lelaki asing itu. “Jika engkau tolak, maka aku terpaksa memaksamu,” katanya dengan nada keras.

Berdialog Dengan Kuli Angkut Barang
Akhirnya, lelaki asing itu beranjak, menggendong bakul dan barangannya sambil membaca 2 ayat QS. An-Nisa’: 216 dan 19. 
“Apakah anda penduduk di sini?” tanya Ali.
“Benar.”
“Apa pekerjaanmu?”
“Seperti yang Tuan lihat, kuli ambil upah mengangkat barangan orang.”
“Ada berapa orang yang menjadi tanggunganmu?”
“Aku mempunyai seorang ibu yang sudah tua, sudah tidak boleh berjalan dan seorang saudara perempuan buta dan penyakitan.”
“Isteri dan anak?”
“Aku tidak mempunyai isteri dan anak.”
“Berapakah penghasilanmu?”
“Apa yang diberikan Allah kepadaku, insyaAllah mencukupi.”
“Kamu mampu membawa beban setiap hari?”
“Jika aku telah selesai menunaikan solat subuh, aku keluar dan mencari rezeki sampai waktu zuhur kemudian aku mengurusi diriku sampai aku selesai menunaikan solat asar dan aku beristirahat dari asar sampai malam.”
“Bukankah kamu beristirahat di malam hari?”
“Jika aku beristirahat di waktu malam, maka Dia akan membiarkan aku di Hari Kiamat.”
Ali memahami maksudnya, beliau berkata, “Aku melihatmu makan sendiri, kenapa tidak makan dengan ibu dan saudara perempuanmu?”
“Keduanya sedang berpuasa, kerana itulah kami biasa makan bersama malam hari.”
“Keluarkanlah baranganmu itu!”
Maka diapun membuka kantongnya. Pegawai istana itu pun melihatnya sambil berfikir beberapa saat.
“Wahai Syakir! Bawakan aku 5 ribu dirham yang masih utuh, berikan kepadanya agar ia dapat memperbaiki keadaannya!” perintah Ali pada pelayannya.
“Maaf Tuan, saya tidak berkepentingan dengan wang itu,” lelaki itu menolaknya dengan halus.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: