Wednesday, April 10, 2013

Keranda Terbang Lelaki Salih

KESALIHAN seseorang tak hanya diukur dari ibadah individual semata-mata, antara dirinya kepada Allah s.w.t. [hablum minallah], tapi juga boleh diukur dari kesalihan sosialnya [hablum minannas], yang berhubungan langsung antara manusia dalam keseharian hidupnya. Ustaz Masykur adalah salah seorang lelaki salih yang sangat memegang teguh keduanya. Hablum minallah dan hablum minannas diusungnya secara berkesinambungan. Sebab, keinginan Ustaz Masykur adalah tidak hanya bermanfaat bagi dirinya sendiri, tetapi juga bagi orang lain. Kerana itu, amal ma’ruf nahi munkar selalu berkobar di dalam dadanya.
Ustaz Masykur merupakan sosok manusia yang perlu diteladani. Apa pun risiko yang akan menimpanya, dia tetap akan menjalani kewajibannya. Dia tak segan-segan memberi tahu seseorang (tentunya dengan cara yang sangat sopan dan bijaksana) apabila di depan matanya orang tersebut melakukan kesalahan.
Berikut kisah kehidupan lelaki salih ini satu yang kiranya boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.

MENCARI KELUARGA
Sudah lama sekali Ustaz Masykur tidak bersilaturahim dengan sepupunya yang bernama Royyan. Entah sudah berbilang tahun ke berapa, mungkin sepuluh atau belasan tahun. Yang jelas, saat itu, Ustaz Masykur merindukan saudaranya itu. Terakhir, Ustaz Masykur bertemu dengan Royyan ketika sepupunya itu masih menetap di Kampung Setu. Pada hari itu, Ustaz masykur bermaksud menemui Royyan di Kampung Setu yang letaknya masih melekat di benaknya, sehingga tanpa ragu-ragu lagi Ustaz Masykur langsung menuju kampung tersebut. Namun, saat Ustaz Masykur tiba dan menanyakan dimana rumah kediaman Royyan kepada penduduk setempat, ternyata Royyan sudah tidak tinggal di situ lagi. “Apakah mak cik mengetahui ke mana pindahnya Royyan itu?” tanya Ustaz Masykur. Seorang penduduk yang mengenali Royyan memberitahu tempat Royyan berpindah. ”Royyan pindah ke Kampung Sindang,” ujarnya. Ustaz Masykur mengucapkan terima kasih dan meminta diri menuju Kampung Sindang. Hampir tiga jam lamanya Ustaz Masykur menempuh perjalanan dengan berjalan kaki ke Kampung Sindang. Sebuah kampung yang cukup besar, namun terasa sangat lain dengan Kampung Setu. Ustaz Masykur merasakan Kampung Sindang lebih gersang dengan udara yang terasa sangat panas dan menyengat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2013 di pasaran...

No comments: