Saturday, July 21, 2012

Variasari Keluaran Julai 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi Julai 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.Dapatkan segera majalah Variasari keluaran Julai 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin





Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari Julai 2012














Friday, July 20, 2012

Hidayah Julai 2012

Hidayah keluaran Julai 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos

Kepada pembaca yang melanggan secara online e-maikan kepada kami salinan resit bayaran bersama maklumat peribadi serta tarikh mula majalah yang anda ingin kami hantarkan...ke alamat: majalahhidayah@yahoo.com

Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Pembaca budiman, kita kian hampir mengetuk pintu Ramadan. Kedatangan bulan mulia ini memang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam seluruh dunia. Beruntunglah kita yang dipanjangkan usia untuk menemui lagi bulan yang suci ini. Dalam tempoh menunggu-nunggu itu wajarlah kita bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk melaksanakan ibadat puasa selama sebulan itu. Hidayah juga turut berbuat demikian. Dalam keluaran kali ini diselitkan juga beberapa rencana mengenai ibadat puasa untuk dijadikan panduan bersama. Turut dimuatkan ialah laporan oleh Haji Ahmad Idris yang turut mengikuti rombongan TH yang berjaya membawa misi 400 jemaah umrah baru-baru ini. Semoga ada manfaatnya buat pembaca yang kemungkinan merancang untuk turut menunaikan umrah menjelang Ramadan nanti. Sebagaimana biasa, kisah iktibar juga tidak kurang menariknya. Anda jangan lepaskan peluang mengikuti kisah bagaimana jenazah seorang lelaki yang ‘tertahan’ pengkebumiannya disebabkan oleh ‘hutang’nya yang tidak sempat berbayar.
Mungkin kita tidak mengambil berat sangat soal hutang piutang ini. Sikap sambil lewa ini akan membawa padah apabila kita sudah sampai ke alam barzakh. Bertekadlah untuk menyelesaikan hutang-hutang anda sementara masih diberi kesempatan oleh Allah bernafas di dunia ini. Sementara itu bacalah juga kisah iktibar bertajuk ‘Lelaki kufur terima azab’ yang boleh menjadi pengajaran kepada kita untuk tidak mengalami nasib sama sepertinya. Janganlah apabila hidup miskin ‘taat’ kepada Allah, sementara bila diberi kekayaan harta benda dan wang ringit, kita lupa kepadaNYA hinggakan tidak kenal pintu masjid dan surau. Na’udzubillahi min dzaalik’... Terima kasih kepada yang terus setia membaca Hidayah dan kepada yang baru mengenali daiges ini, hayatilah apa yang kami paparkan semoga dapat membentuk hidup kita menjadi orang yang beriman dan beramal salih, InsyaAllah.
Wassalam!

Pengarang
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Bolehkah Kita Buat Puasa Nabi Daud?

ADA beberapa orang lain telah mengemukakan pertanyaan mengenai soal puasa. Ada yang bertanyakan kafiat “puasa Nabi Allah Daud.” Puasa Nabi Daud a.s. ialah puasa yang berselang-selang. Sehari puasa dan sehari tidak. Puasa ini pernah disebut oleh Nabi s.a.w. puasa Sunat Nabi Daud. Orang itu bertanya apakah kita boleh mengerjakan puasa Nabi Daud? Dan puasa apa yang dilarang atau dibolehkan dalam Islam?
Jawapan yang diberikan bahawa secara umum, puasa menjadi dua: “wajib dan tidak wajib.” Secara umum puasa dapat dibahagi kepada dua. Wajib dan tidak wajib.
Puasa wajib ada tiga kategori:
(a) wajib kerana waktu, yakni puasa bulan Ramadan
(b) wajib kerana sebab tertentu, seperti akibat pelanggaran yang nazarnya berupa puasa - misalnya, nazar membatalkan sumpah adalah puasa selama tiga hari (QS. Al-Ma’idah [5]: 89 dan
(c) wajib kerana seseorang mewajibkannya atas dirinya sendiri, iaitu puasa nazar.
Puasa yang tidak wajib dapat dibahagi menjadi tiga:
(a) dianjurkan pada hari-hari tertentu,
(b) dilarang untuk hari-hari tertentu dan
(c) tidak dianjurkan dan tidak pula dilarang.
Secara umum, dapat kita katakan bahawa puasa yang dianjurkan adalah puasa seperti puasa Nabi Daud (yakni, puasa selang sehari dengan sehari berpuasa dan sehari berbuka), puasa Isnin dan Khamis, dan puasa enam hari di bulan Syawal. Hanya Imam Malik saja memakruhkan puasa kategori ini. Kemungkinan besar hadis tentang puasa ini tidak beliau ketahui atau beliau menilainya lemah. Majoriti ulama juga memasukkan dalam kategori ini puasa ‘Asyura, yakni puasa pada tarikh 9 dan - ada juga yang mengatakan -10 bulan Muharram, serta puasa Arafah, yakni tarikh 9 Zulhijjah. Akan tetapi, menurut Imam Syafi’i, puasa Arafah ini hanya dianjurkan bagi mereka yang tidak melaksanakan ibadah haji. Akan halnya puasa pada hari-hari terlarang (dalam pengertian haram atau makruh hukumnya), para ulama sepakat menyatakan bahawa haram hukumnya berpuasa pada Hari Raya aidilfitri dan aidiladha. Ehwal puasa pada hari-hari Tasyriq, yakni tiga hari sesudah hari raya haji. Puasa hari raya haji, banyak ulama mengharamkan juga. Sebahagian lain membolehkannya tetapi makruh hukumnya. Adapun puasa pada hari Jumaat dan Sabtu dalam keadaan tertentu, pada separuh terakhir bulan Syaaban, ada ulama  yang melarangnya dalam pengertian makruh hukumnya, tetapi ada juga yang membolehkannya. Semua ini disebabkan hadis-hadis itu amat beragam dan para ulama berbeza-beza dalam menilai dan menafsirkannya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Tragedi Gugurkan Kandungan

SUGARDI, dalam usia perkahwinannya yang ke lima, lelaki berumur 42 tahun itu merasa sangat bersyukur kerana mak bidan menyatakan Tinah, isterinya, sudah mengandung tiga bulan. Dia merasa hari-harinya tidak akan sepi lagi; seorang anak yang selama ini didambakannya akan lahir. Bertahun-tahun dia menginginkan kehadiran seorang anak, tapi baru tahun ke lima perkahwinannya ini, keinginan itu berhasil. Sayangnya, apa yang dirasakan Sugardi itu, ternyata tidak dapat dikongsi dengan Tinah. Isterinya itu justeru beranggapan bahawa kehamilannya itu sangatlah meresahkan dirinya. Hari-harinya kerap dirundung duka. Senyum di wajahnya menghilang. Hanya raut wajah masam menunjukkan tidak gembiranya dia dengan benih yang dikandungnya itu. Tentu saja, Sugardi merasa sangat aneh dengan sikap isterinya itu. Dia ingin sekali menanyakan hal itu langsung kepadanya, tapi sejauh ini dia belum berani melakukannya. Terlebih jika dia teringat ucapan beberapa teman yang sudah berpengalaman dan sudah memiliki lebih dari seorang anak.
“Perangai perempuan hamil itu pembawaannya macam-macam, Di,” begitu kata Rokim yang sudah berumahtangga 10 tahun dan mempunyai empat orang anak. “Mungkin itu pembawaan anak,” tambah Rokim. “Tapi, dia setiap hari berleter dan berwajah murung, kadang-kadang malah terkesan ketakutan dan selalu menjauhi saya,” keluh Sugardi lagi. Rokim tertawa. “Itukan belum seberapa, Di,” sahutnya. “Saya bukan saja pernah dicebik-cebik, tapi dimaki-maki dan pernah dihalau dari rumah.”  Sugardi terbengong. “Sampai sebegitu anehnya?” “Tapi, pada bulan-bulan kehamilan selanjutnya, isteri saya tu seperti tak mahu jauh dari saya, Dia terkesan menjadi sangat manja. Di sini asyiknya punya isteri hamil, Di. Makanya, kamu jangan membalas perbuatannya.”  Kerana ingatkan ucapan Rokim itu, Sugardi tak pernah menanyakan keanehan isterinya. Sugardi menerima apa saja yang dilakukan Tinah. Keanehan-keanehan yang tak masuk akal pun tak pernah lagi dipermasalahkan Sugardi. Dia hanya berharap, suatu saat nanti keanehan itu berubah menjadi satu hal yang manis dan membahagiakan. Sama seperti apa yang dirasakan oleh Rokim.

TINAH SEMAKIN ANEH
Alih-alih dari mendapatkan sesuatu yang manis dan membahagiakan, Sugardi malah semakin mendapat suguhan yang bertambah aneh, bahkan membuat kepalanya pening kerana naik darah. “Apa kamu sudah gila?” begitu bentak Sugardi kepada Tinah. “Aku belum mahu punya anak!” Tinah membalas dengan suara keras. Sugardi ingin memukul isterinya, tetapi kesabaran membuat hayunan tangannya berhenti di udara. “Dia darah daging kita, kenapa kamu ingin menggugurkannya?” Tinah tak menjawab. Dia hanya menangis.
Kerana Tinah terus menangis, Sugardi meninggalkannya dengan hati kesal. Dan siapa yang dapat menduga kalau semenjak itu, Tinah malah tak mahu ditemui lagi oleh suaminya. Empat belas hari telah berlalu dari kejadian itu. Kesedaran Sugardi rasanya sudah habis, sebab, selama itu Tinah selalu tak mahu dijumpainya. Terkadang Tinah tak ada di rumah. Entah kemana, Sugardi tak pernah tahu. Tinah selalu pergi tanpa memberitahunya. Kalau pun berada di rumah, Tinah selalu mengurung diri di bilik tidurnya. Atas kejadian ini, ada satu hal yang masih melegakan hati Sugardi. Terakhir, saat dia melihat Tinah, perut isterinya itu masih membuncit. Itu satu pertanda kalau Tinah masih mempertahankan kehamilannya.  Pagi itu, Sugardi kembali membujuk Tinah dari balik pintu. Dia ingin melihat keadaan isterinya dan ingin mengetahui keadaan kehamilannya. Tanpa berani membuka pintu, Sugardi terus bercakap kepada Tinah dari balik pintu. “Bukalah pintu ni, Tinah. Saya tidak marah.” Sugardi terus menunggu-nunggu dibukakan pintu, namun setelah sekian lama tak kunjung dibukakan, ditambah lagi Sugardi mendengar erangan pelan Tinah, maka tanpa tangguh-tangguh dia pun membuka pintu yang ternyata tidak terkunci itu. Sugardi terkejut saat menyaksikan keadaan isterinya yang terbaring di atas tempat tidur. Keadaan Tinah terlihat begitu lemah. Dan yang membuat Sugardi bingung, dari lubang hidung dan lubang telinga Tinah mengalir darah hingga mengotori pakaiannya.
“Tinah! Kamu kenapa? Apa yang terjadi.” Sugardi panik dan cemas.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Jenazah terhalang Hujan Ketika Mahu Dikebumikan

ABDUL RAZAK, bukan nama sebenarnya, baru saja meninggal dunia. Dia menghembuskan nafas terakhirnya malam tadi sekitar jam 1.00 pagi. Menurut salah seorang adiknya, Allahyarham meninggal dunia setelah cukup lama berjuang melawan penyakit kanser paru-paru yang dialaminya. Dia sempat dirawat di hospital dalam tempoh agak lama. Kerana keadaannya tidak ada perubahan, dia lalu minta pulang ke rumah, dan hanya berubat sekadarnya. Pagi itu suasana rumah Allahyarham didatangi beberapa orang kampung. Meski keadaan tengah gerimis, beberapa orang berdatangan ke rumahnya. Hujan mula turun sejak sebelum subuh hari. Ketika azan subuh terdengar, langit memuntahkan airnya ke permukaan bumi. Cukup lebat kala itu. Namun, ketika jam sudah menunjukkan pukul 7.00 hujan mulai sedikit reda, meski tampak sedikit hujan renyai-renyai. Tapi, langit masih saja terlihat agak gelap. Jam 8.00 pihak keluarga memutuskan segera melakukan pengurusan jenazah. Yang paling mendesak adalah memandikan, mengkafani, lalu mensolati, hingga kemudian dikebumikan. Pihak keluarga merancang mengadakan solat jenazah selepas solat zuhur sekitar pukul 1.30 atau jam 2.00 petang. Kerana itu, sejak pukul 8.00 lagi pihak keluarga sudah menyiapkan segala keperluan untuk hal itu. Salah seorang anaknya, Ahmadi, sudah memaklumkan beberapa orang untuk melakukan penggalian tanah liang kubur untuk ayahnya. Kebetulan, kawasan tanah perkuburan itu tak begitu jauh dari rumahnya. Hanya perlu berjalan sekitar 300 meter saja. Memang dekatpun... Itu ertinya tidak perlu menggunakan kenderaan untuk menuju ke sana. Cukup melakukan iringan jalan kaki untuk menghantar jenazah ayahnya. Jam 8.30 hujan datang lagi. Turunnya hujan memang sederhana lebat. Tapi, beberapa orang yang ditugaskan untuk melakukan penggalian liang lahad mencuba untuk menunda. “Ahmadi, hujan turun lagi. Kita tunda saja ya, penggaliannya,” jelas Risman, salah seorang warga yang ditugaskan untuk menggali liang kubur. “Jangan, Risman! Teruskan saja. Kita usahakan penguburannya nanti pukul 1 tengah hari, jadi kita tetap harus menggali. Nanti kita pakai kain khemah saja untuk menutupi lubang dan yang menggali,” kata Ahmadi. Atas desakan ini, beberapa petugas penggali kubur segera melakukan pekerjaannya. Beberapa diantara mereka mengambil peralatan untuk pemasangan khemah, sementara yang lainnya sibuk melakukan penggalian. Hujan ternyata masih saja turun di kampung itu: sebuah kampung yang jauh dari pusat kota. Untuk menuju ke pusat kota seseorang perlu melakukan perjalanan sekitar 40 km. Dengan kenderaan umum mungkin memerlukan sekitar satu jam perjalanan.

Dimandikan dan Dikafani
Di lain tempat, yakni di rumah si mati, pihak keluarga juga tengah sibuk mempersiapkan proses pemandian dan mengkafan jenazah. Namun, keadaan cuaca yang terjadi menjadikan dua proses penting dan hukumnya wajib kifayah itu tertunda kerana cuaca hujan yang masih membasahi bumi. Ketika jam menunjukan waktu 9.30 pihak keluarga memutuskan untuk memandikan jenazah di dalam ruangan, tepatnya di ruang dapur. Setelah selesai, proses berikutnya dilanjutkan dengan mengkafani jenazah. Petugas pengkafan jenazah, termasuk tokoh masyarakat setempat, mengingatkan anak-anaknya untuk mengikhlaskan kepergian bapa mereka. Hujan masih turun di permukaan bumi siang itu. Belum ada tanda-tanda akan reda. Padahal, jam sudah menunjukkan pukul 12.00. Itu ertinya, proses untuk sembahyang jenazah cuma sebentar lagi.  Beberapa orang tetamu pun terus berdatangan. Beberapa ahli keluarga dikumpulkan untuk memberikan doa bagi Allahyarham. Tak berapa lama kemudian, kumandang azan zuhur pun terdengar. Walaupun cuaca hujan, siang itu, masih ada orang yang dengan ikhlas mengumandangkan azan solat zuhur di tengah keadaan hujan yang disertai angin yang kencang. Itulah semangat orang-orang salih. Beberapa anggota keluarga Allahyarham mulai gusar. Sebab, ketika jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari, langit masih gelap dan hujan tetap lebat. Kerana masih hujan pula, maka jenazah masih belum dapat dibawakan ke masjid. Untuk menuju lokasi masjid perlu berjalan kaki sekitar beberapa ratus meter. Salah seorang anak perempuan Allahyarham bertanya kepada seorang ustaz yang hadir. “Ustaz, kalau hujan belum reda juga bagaimana?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Tertawa Dalam Masjid Boleh Kena Seksa Kubur

SEKSA KUBUR perkara benar. Ada sebanyak 13 macam yang dilakukan oleh manusia menyebabkan mereka kena seksa. Diantara 13 macam itu termasuklah tidak mencuci najis dan kencing. Perkara itu nampak terlalu mudah, tetapi akibatnya, orang yang tidak bersuci dari najis dan kencing itu akan kena seksa.
Satu perkara lagi yang barang kali tidak ramai dikalangan kita tidak tahu atau tidak sedar. Kita selalu melakukan perkara itu di dalam masjid. Sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang maksudnya: “Tertawa di masjid merupakan kegelapan di dalam kubur.” Hadis ini yang diriwayatkan oleh Dailami menjelaskan bahawa tertawa itu ialah sekuat dan keras sehingga mengganggu orang-orang yang sedang beribadat (bersolat). Hal serupa ini memang ada terjadi dalam masyarakat kita. Kadang-kadang kita dapat saksi adanya orang berbual-bual dalam masjid, bercakap hal-hal yang tidak penting dan lucu (bergurau senda) sehingga mereka yang mendengarnya tertawa. Seksa-seksa dan kepedihan di dalam kubur tidak datang begitu saja, tentunya apa yang manusia rasakan di kuburnya, adalah hasil dari apa yang telah mereka perbuat ketika hidupnya di alam dunia ini.
Diantara perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seksa dan kepedihan kubur adalah;

Kencing tidak hati-hati
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, “Bersihkanlah dirimu dari air kencing, kerana kebanyakan azab kubur itu kerana air kencing.” (Ibnu Abi Syibah, Ibnu Abid Dunya, dan Al-Ajiri) Ya’la bin Murrah berkata: “Aku pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w. melewati beberapa kuburan, lalu aku mendengar himpitan dalam suatu kuburan, maka kutanyakan kepada Nabi s.a.w.:  “Ya Rasulullah, aku mendengar himpitan dalam sebuah kubur.” “Apakah engkau mendengarnya wahai Abu Ya’la?” sahut baginda. “Ya,” jawabku. Kemudian baginda berkata: “Sesungguhnya dia diazab kerana dosa kecil.”  “Apakah dosa kecil itu?” tanyaku. “Dia mengadu domba di kalangan umat manusia dan tidak membersihkan diri dari air kencing.” Kemudian baginda meletakkan pelepah kurma. (Baihaqi - Dala’ilun Nubuwwah).

Mengadu Domba (Namimah)
Dari Ibnu Abbas r.a., ia meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berjalan melewati dua buah kuburan, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya keduanya diazab bukan kerana dosa besar. Salah satunya dia tidak membersihkan diri dari air kencing, sedangkan lainnya kerana mengadu domba.” Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah dan membelahnya menjadi dua, lalu meletakkan di setiap kuburan itu sebuah pelepah. Para sahabat r.a. bertanya: “Ya Rasulullah s.a.w., mengapa baginda mengerjakan hal itu?” “Mungkin pelepah ini dapat meringankan keduanya selama ianya belum mengering,” jawab baginda. (HR. Bukhari, Muslim dan Ibnu Abi Syaibah). Qatadah r.a. berkata, “Azab kubur sepertiga dari ghibah, sepertiga dari namimah, dan sepertiga lagi dari air kencing.”

Menggumpat (Ghibah)
Maimunah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Maimunah, berlindunglah engkau kepada Allah dari Azab kubur. Sesungguhnya di antara azab kubur yang paling pedih adalah disebabkan oleh ghibah (mengumpat) dan air kencing.” (HR. Ibnu Abd Dunya, Baihaqi). Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan oleh tiga hal: ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), dan air kencing. Oleh kerana itu, hendaklah kalian menjauhinya.” (HR. Baihaqi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Orang Islam Sekarang Lebih Suka Bermusuh

ISLAM, adalah satu nama yang besar dan agung. Tidak ada yang lebih  agung darinya. Nilainya tidak terhingga. Nama  itu diberi oleh Allah s.w.t. sendiri. Islam itu bukan diberi oleh Nabi Besar kita Muhammad s.a.w. dan mana-mana pihak pun. Allah telah memberitahu Rasulnya Muhammad s.a.w. bahawa Allah redho Islam itu menjadi agama kita. Jadi, sama-samalah kita pelihara Islam itu supaya ia tidak tercemar.
Maksudnya, janganlah ada diantara sesama kita menjadikan nama Islam itu sebagai topik untuk kita berbahas, berbincang dan berpolimek sehingga nama Islam itu menjadi lain pula bila ditafsirkan kelak.
Kadang-kadang manusia ini hilang pegangan, hilang perhitungan, sehingga yang baik datang dari Allah itu, akhirnya menjadi tidak baik bila tiba ditangan manusia. Manusia sendirilah yang merasakan  nama dan nikmat yang diberikan oleh  Allah itu. Islam, sebagaimana yang kita tahu adalah satu agama, satu pegangan hidup.
Adanya agama itulah yang menjadikan manusia ada prinsip hidupnya. Itulah sebabnya Allah berikan agama kepada manusia. Agama itulah merupakan satu keyakinan kepada manusia. Agama yang diredhoi oleh Allah untuk manusia itu, ialah Islam. Oleh yang demikian, etika dakwah dalam Islam ialah bagaimana mengislamkan orang Islam, bukan mengislamkan orang di luar Islam. Sejauh ini apa yang dilakukan oleh para mubaligh ialah menyampaikan Islam, dan bukan mengislamkan orang. Kalau kita menghimbau kembali sejarah Islam, apakah Nabi Nuh a.s. tidak ingin supaya anaknya beriman? Apakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak ingin Abu Jahal dan Abu Lahab berdiri dibarisan orang-orang yang beriman? Kalau sejarah menceritakan anak Nabi Nuh a.s. berdiri dibelakang orang-orang kafir. Azar ayah Nabi Ibrahim a.s. menjadi pengukir berhala, manakala Abu Jahal pula menentang perjuangan Nabi s.a.w., itu semuanya sebagai contoh bahawa kita hanya berkewajipan menyampaikan Islam. Sedangkan setiap individu itu sama ada Islam atau pun tidak, bergantung sepenuhnya kepada kurniaan hidayah dari Allah s.w.t. Yang penting bagi umat Islam ialah menjaga kerukunan umat seagama. Kita tidak perlu untuk bertelagah antara satu dengan lain semata-mata kerana soal kecil, soal mentakrifkan Islam itu sendiri. Islam sudah mengikat kita dengan akidah, iaitu keyakinan. Dari mana pun kita datang, apa pun warna kulit kita, kalau akidah kita sama, maka kita adalah bersaudara. Walau pun kita berlainan fahaman politik, tetapi akidah kita sama, maka kita bersaudara dalam Islam. Kenapa mesti kita bercakaran sesama sendiri? Apakah tokoh-tokoh agama kita tidak nampak semua ini? Allah s.w.t. telah menyempurnakan agama kita. Allah telah mencukupkan nikmatnya kepada kita. Allah telah redho Islam itu menjadi agama kita. Apa lagi yang kita mahu? Apa perlu lagi kita bergaduh? Apa perlu lagi kita ungkit itu dan ini? Soal untuk bertengkar hanya kerana soal kecil, soal mahu mencari pengaruh, dan soal untuk mengekalkan kedudukan, sudah berlalu. Dunia ini tidak lama. Dunia ini tidak kekal. Apa bendanya yang kita nak rebut-rebut? Kita perlu menjaga dan mengawasi dimana umat Islam sekarang menghadapi tentangan yang lebih berat. Setengah setengah dari pemimpin barat menganggap agama Islam dan umat Islam sebagai agama orang mundur, ridak mampu memerintah dan membangun negara sendiri yang sering terlibat dengan keganasan. Hari ini sesiapa yang memiliki nama Islam diberi layanan yang buruk. Mereka ditahan, disoal, diperiksa, diserang bahkan dibunuh dengan sewenang-wenangnya. Memang jelas bahawa umat Islam sekarang tertindas dan dihina di dunia. Hakikatnya sekarang, kita orang-orang Islam sudah tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam sebenarnya. Hari ini orang-orang Islam dan negara-negara Islam lebih kuat bermusuh dari orang bukan Islam atau pun negara bukan Islam yang bermusuh dengan kita.
Ada diantara orang-orang Islam dan negara Islam yang sanggup bersyubahat dengan musuh Islam daripada bekerjasama dengan orang Islam atau negara Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Takutnya Batu Jadi Bahan Bakar Neraka

AYAT di atas menjelaskan bahawa bahan api neraka nanti terbuat dari manusia dan batu. Apakah kita boleh membayangkan bagaimana rasanya jika kita termasuk dari salah satu manusia yang menjadi bahan bakar neraka nanti? Mudah-mudahan saja tidak. Maka, perbanyaklah doa kepada Allah untuk memintakan ampun atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan, lalu perkuat dengan amal salih. Jika kita istiqamah melakukannya, insyaAllah, Tuhan pun akan memasukkan kita sebagai ahli syurga dan tentunya terhindar menjadi bahan bakar api neraka. Sayangnya, di antara kita sangat sedikit yang menyedari hal itu. Apa buktinya? Banyaknya kejahatan dan kemungkaran yang bermaharajalela di mana-mana. Sekarang, kita tidak sulit menemukan orang bertelanjang ria di muka umum. Bahkan, di Barat kadang-kadang melampaui batas sampai melakukan seks di muka umum. Kita pun sangat mudah menemukan orang yang tidak malu lagi untuk tidak solat, padahal mengaku dirinya muslim. Yang lebih nekad lagi, mereka juga mabuk dan berpesta dadah dengan lengkingan tawa yang memekik telinga, tanda kemenangan dan kebahagiaan. Padahal, sebenarnya, kebahagiaan mereka adalah sementara. Sebab, kebahagiaan sejati sesungguhnya nanti di akhirat. Kita sebagai manusia mestinya sangat malu pada batu. Apa sebabnya? Batu yang diciptakan Allah dalam keadaan tidak sempurna (kerana tak memiliki akal) saja sangat takut pada api neraka. Kerana tersangat takutnya, mereka rela mengorbankan dirinya untuk kebahagiaan seseorang. Mereka berusaha untuk berlumba-lumba berbuat kebaikan kerana sebenarnya mereka sangat menyedari bahawa bahan bakar api neraka nanti adalah dirinya bersama makhluk Tuhan yang lainnya, iaitu manusia. Banyak kisah yang menunjukkan pada kita bagaimana rasa takutnya batu pada api neraka. Alkisah, pada suatu hari Rasulullah s.a.w. menemui puterinya, Fatimah Az-Zahra r.a. Baginda mendapati puterinya tersebut sedang menggiling sair (sejenis padi-padian) menggunakan sebuah penggilingan yang terbuat dari batu. Rasullullah melihat puterinya itu sedang menggiling sambil menangis, maka Rasullullah pun bertanya kepada putrinya: “Apa yang menyebabkanmu menangis, wahai Fatimah? Semoga Allah s.w.t. tidak menyebabkan matamu menangis.” Fatimah pun menjawab;
“Ayahanda, penggilingan dan urusan rumahtanggalah yang menyebabkan saya menangis.” Lalu Rasullullah duduk di sisi puterinya. Dan Fatimah Az-Zahra pun melanjutkan perkataannya; “Ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta Ali bin Abi Thalib (suami Fatimah Az-Zahra) untuk mencarikan saya seorang jariyah (pembantu) untuk menolong saya menggiling gandum dan pekerjaan rumah.” Setelah mendengar ucapan puteri kesayangannya itu, Rasulullah bangun dari duduknya dan mendekati penggilingan, baginda mengambil gandum dan meletakkan gandum tersebut di dalam penggilingan sambil mengucapkan; “Bismillahirrahmanirrahim...” Dengan izin Allah penggilingan tersebut berputar dengan sendirinya sambil bertasbih kepada Allah dengan berbagai bahasa sehingga tergiling habislah butir-butir gandum itu.
Kemudian Rasulullah berkata pada penggilingan: “Berhentilah berputar dengan izin Allah!” Maka penggilingan pun berhenti berputar, dan dengan izin Allah penggilingan tersebut boleh berbicara dan berkata: “Ya Rasulullah! Demi Allah, Tuhan yang telah menjadikan baginda dengan kebenaran sebagai Nabi dan RasulNya. Jikalau baginda Rasul memerintahkan hamba untuk menggiling gandum mulai dari Masryiq (Timur) sampai Maghrib (Barat) pun nescaya akan hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah satu ayat yang berbunyi; “Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang telah diperintahkan Allah.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Mengungkap Rahsia-Rahsia Makrifat

BAGAIMANAKAH kita mengenal Allah s.w.t.? Tahapan-tahapan apa saja yang mesti kita lalui? Dan bagaimana sebenarnya tanda-tanda pengenalan itu? Inilah hal yang terus direnungi dan dimaknai seorang sufi. Mengenal Allah (makrifatullah) adalah rahsia dari segala rahsia kehidupan. Siapapun yang boleh mengungkap rahsia makrifat dan mewujudkannya dalam amal keseharian akan sampai kepada darjat yang tinggi.
Seorang sufi nusantara abad ke-17, Syeikh Yusuf al-Makassari, mengungkap hal ini dalam naskhah yang ia tulis tahun 1676, Zubdat al-Asrar (Menyingkap Intisari Segala Rahsia).  Naskhah yang sudah berusia 336 tahun itu ditulis Syeikh Yusuf untuk pegangan murid-muridnya, para calon sufi, dimana tauhid adalah dasar dari itu semua. Siapa yang ingin mencapai makrifat dan mengenal Allah tak boleh mengabaikan tauhid juga rukun Islam dan rukun iman. Semua dimulai dari keyakinan bahawa Allah itu ada. Keberadaan Allah harus diyakini sepenuh hati. Adanya Allah itu Qadim, sudah sejak dahulu kala, tanpa permulaan. Dialah yang tiada bermula dan tiada berakhir dan tiada sesuatu yang serupa dengan Dia. Hati harus menghadap dan berikrar akan hal ini. FirmanNya: “Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (QS. Al-An’Am: 79). “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku.” (QS. As-Shaffat: 99) Keyakinan akan keberadaan Allah ini berlaku dalam setiap waktu dan keadaan. Hamba yang bijaksana dan tercerahkan meyakini bahawa Allah bersama dia dimana pun ia berada, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w.: “Iman seseorang yang paling baik, ialah mengetahui bahawa Allah bersamanya dimana pun ia berada.” Maka ia pun harus selalu menjaga dan sentiasa ingat bahawa Allah selalu bersamanya, melihat kepadanya, dan meliputinya dengan kasih sayangNya. Sebaliknya, si hamba harus ingat kepada Allah setiap waktu dan keadaan.

Ingat dan Sedar
Cara untuk selalu ingat kepada Allah ialah dengan mengucapkan zikir, iaitu dengan menyebut nama Allah dalam berbagai lafaz. Dengan zikir terus menerus hamba ingat hanya kepada Allah s.w.t. dan meniadakan apa saja selain Dia. Dengan zikir, akhirnya hamba akan meyakini dan merasakan bahawa tiada yang disembah, dituju, dimaksud, dan dicintai selain Allah. Dan zikir terbaik adalah kalimah syahadah. Namun kita juga boleh berzikir dengan lebih sederhana dengan menyebut asmaNya: “Allah...Allah... “. Zikir tertinggi adalah zikir hati (qalb/kalbu). Melalui zikir itu, calon sufi akan meyakini bahawa tiada wujud yang hakiki selain wujud Tuhan, dan segala sesuatu selain Dia hanya bayangan saja. Wujud selain Allah hanya sebagai fenomena saja sebagaimana timbulnya bayangan dari seseorang yang berdiri. Sekalipun bayangan itu terlihat dengan mata, tapi wujud sebenar adalah orang itu bukan bayangannya. Demikian perumpamaannya.
Setelah meyakini keberadaan Allah dan memahami wujud al-Haq, seorang hamba mesti berbaik sangka kepadaNya. Inilah akhlak kepada Allah itu. Allah s.w.t. adalah Tuhan yang Penyayang dan ia tak pernah alpa menyayangi setiap makhlukNya. Dia Maha Lembut (Al-Lathif), Pengampun (Ghoffur) dan sentiasa Memelihara kita lahir dan batin (Hafiz). Akhlak ini juga mesti dikedepankan dalam hubungan dengan manusia. Sentiasalah berbaik sangka kepada sesama manusia, termasuk orang-orang yang bersalah, kerana sesungguhnya kita tak pernah berhak menyalahkan orang, sebab Allah-lah Hakim sebenar dan Dia juga mengampuni setiap kesalahan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Hud-Hud Nabi Sulaiman

HARI itu, Hud-hud pergi ke arah selatan, ke perbukitan Yaman. Ia terbang mengepakkan sayap dan tubuhnya seperti mengambang di udara. Dari angkasa, ia melihat hamparan tanah yang luas, padang pasir yang seperti butir-butir emas dan laut yang serupa lembaran kain biru. Hud-hud sebenarnya terbang mencari sumber air. Setelah terbang jauh, ia menemukan sumber air yang tampak belum pernah dijamah di padang pasir yang tidak berpenghuni. Ia terbang hingga rendah, dengan niat mendekati sumber air itu. Tapi, waktu ia terbang merendah itu, ia memasuki sempadan negeri Saba‘ dan ia pun terkejut, terpesona. Sebab, ia melihat bangunan istana yang megah dan kehidupan orang-orang Saba‘ yang belum pernah ia lihat. Ia lalu hinggap di sebuah pohon. Dari atas pohon itu, ia menoleh ke segala arah. Ia melihat kehidupan. Tapi, semua itu tak membuatnya hairan, kecuali saat ia melihat orang-orang  Saba‘ bersujud pada matahari. Lama ia mengamati negeri itu dan tercengang. Ia bertambah gelisah. Apalagi, tak jauh dari istana itu, ia melihat kuil dan melihat orang-orang Saba‘ menyembah matahari. Ia kemudian terbang ke istana. Ia melihat lingkaran raksasa dari emas yang dihiasi mutiara. Lingkaran itu memantulkan seberkas sinar mentari hingga menyilaukan mata hud-hud. Tapi, ia tak buta. Ia masih dapat melihat dengan jelas ketika seorang ratu berjalan dengan pakaian yang panjang, menutupi kedua tumitnya bahkan saat ratu berjalan seperti menyapu lantai. Dalam hati, hud-hud dapat meneka bahawa ia itu seorang ratu yang penuh wibawa, nyaris sempurna, tetapi hud-hud melihat sang ratu dan orang-orang Saba‘ dalam kesesatan lantaran menyembah matahari. Rasa bergejolak yang membawa hud-hud ingin tahu tentang negeri Saba‘ membuat ia tinggal di negeri tersebut selama 3 hari. Padahal, ia sedang mendapat tugas dari Nabi Sulaiman. Dan di negeri Saba‘ itu, ia terlena. Hingga pada hari ketiga ia baru ingat pada Nabi Sulaiman. Maka, ia pun terburu-buru pulang. Tapi, ia sudah terlambat. Sebab, sebelum ia sampai di istana, Nabi Sulaiman yang dikenal boleh berbicara dengan binatang itu telah memeriksa kawanan burung dan menemukan hud-hud tak ada. “Mengapa aku tidak melihat hud-hud? Apakah dia termasuk yang tidak hadir? Sungguh, aku benar-benar akan mengazabnya dengan azab yang keras atau benar-benar menyembelihnya kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.” (QS. An-Naml [27]: 20-21) Maka, saat hud-hud datang, sekawanan burung langsung mengerumuni hud-hud dengan wajah cemas lantaran diliputi ketakutan akan nasib hud-hud yang akan mendapatkan hukuman Nabi Sulaiman. “Dari mana engkau?” tanya sekawanan burung. Hud-hud seperti menangkap firasat yang tidak baik. Tapi sambil menenangkan diri, ia bertanya, “Apa yang terjadi? Kenapa kalian semua diliputi kecemasan?” “Nabi Sulaiman telah melakukan penyiasatan. Mulanya ia memeriksa pasukan jin, lantas binatang-binatang buas, lalu dia datang kemari.” Hud-hud bertanya kepada burung merpati. “Apa yang terjadi?” Merpati menjawab, “Raja sulaiman telah datang. Dan dia memeriksa burung-burung, dan kerana tidak melihatmu, Nabi Sulaiman pun hendak menjatuhkan hukuman kepadamu.” Seketika itu tubuh hud-hud gementar. Tapi ia berusaha tenang. “Benarkah Nabi Sulaiman telah mengatakan semua ancaman itu?”
“Ia telah mengatakan seperti yang kami sampaikan, tidak lebih dan tidak kurang,” ujar merpati.
“Apa jawabmu?” “Aku ingin mengatakan engkau sibuk dalam satu tugas, tapi paruhku kaku dan tertahan hingga aku tak mampu melanjutkan kata-kataku...” “Jangan takut! Aku memang dalam sebuah tugas.”
Tapi, hud-hud tetap tak boleh tenang. Apalagi, dia tidak tahu bagaimana anggapan Nabi Sulaiman ketika nanti mendengar ceritanya. Boleh jadi, Nabi Sulaiman tak mempercayainya; menganggap hud-hud bohong. Akhirnya dengan kepala yang masih diliputi debu bekas perjalanan jauh, hud-hud pergi ke istana Nabi Sulaiman. Ia terbang dengan perasaan tidak menentu. Diliputi takut, dan cemas.

Selanjutny dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Thursday, July 19, 2012

Marawi City: 'Kota Bulan Sabit' Di Filipina

TIDAK berlebihan jika Marawi City menyebut dirinya sebagai ‘kota Islam’. Selain memang majoriti, 90 peratus muslim, penduduk kota yang terletak di Mindanao dan termasuk wilayah Lano Del Sure ini menyimpan peninggalan sejarah penting terkait Islam. Baru-baru ini, Oman Fathurahman, pakar naskah kuno dari UIN Jakarta, menemukan manuskrip berusia ratusan tahun yang menyatakan bahawa seorang ulama penting Kesultanan Banten pada abad ke 18, Abdullah bin Abdul Qahhar al-Bantani, adalah guru intelektual bagi sejumlah ulama Mindanao yang berada di wilayah Selatan Filipina. Oman juga menemukan, kiblat keislaman warga Marawi City adalah Aceh dimana kitab karangan ulama Aceh ternama seperti Nuruddin Ar-Raniri dan Abdulrauf Al-Singkili banyak dikaji di sini. Penemuan Oman Fathurahman itu menjadi pegangan dasar yang boleh menjelaskan mengapa Islam begitu kuat mengakar di kota ini. Manuskrip yang ditemukan Oman tak hanya satu-dua, tapi puluhan jumlahnya. Sebahagian besar tak terurus. Ini dimungkinkan kerana sebahagian manuskrip itu berbahasa Melayu sementara sudah hampir tak ada orang mengerti bahasa Melayu di Marawi City. Bahasa Melayu dulu memang popular sebab ulama di sana memakai bahasa itu selain bahasa Arab dan bahasa asli mereka, Maranao, dalam pengajaran Islam. 
“Masyarakat Muslim Maranao kini sudah hampir tidak mengenal lagi bahasa Melayu yang 200 tahun lalu menjadi bahasa intelektual leluhurnya, padahal salah satu manuskrip dalam Koleksi Shiek Ahmad Basher berisi pernyataan penulisnya bahawa ia sangat bangga dan telah berusaha keras menulis menggunakan bahasa Melayu agar terhubungkan dengan masyarakat Muslim lain di Nusantara, meski bahasa ibunya sendiri adalah Maranao,” ujar Oman dalam catatannya. Tapi faktor penting kenapa kekayaan Islam di kota ini baru terungkap adalah konflik berkepanjangan. Tak mudah masuk ke kota ini, sebab ada puluhan kawalan pemeriksaan yang dijaga tentera bersenjata lengkap. Belum lagi warga kota Marawi juga tak mudah percaya dengan orang asing.

Kota Islam yang Bertahan
Pulau Mindanao dimana komuniti muslim Filipina terbanyak bertumpu ke sini, secara geografinya memang berdekatan dengan daerah muslim lainya, seperti Malaysia (khususnya Sabah) dan Brunei Darussalam di Kalimantan dan juga Indonesia melalui Sulawesi dan Maluku. Pulau-pulau yang paling dekat dengan Indonesia dan Malaysia seperti Pulau Sulu, Palawan, dan Tawi-Tawi, merupakan majoriti muslim Filipina.
Marawi City ada di tengah pulau Mindanao, pulau terbesar nombor dua di Filipina setelah Luzon. Letaknya di tepi Utara Danau Lanao yang indah. Kota ini berjarak hampir beratus kilometer dari Manila, ibu kota Filipina, yang membuat kota ini sangat berbeda dari daerah Filipina lainnya. Negara Filipina sebahagian besar beragama Katolik yang merupakan hasil dari penjajahan Sepanyol. Sebahagian lain beragama Protestan, Hindu dan Buddha. Jadi jika banyak kota di Filipina disebut ‘Kota Salib’ maka Marawi City adalah satu-satunya yang disebut ‘Kota Sabit’ atau ‘Kota bulan sabit’. Warga Marawi City beretnik Maranao yang termasuk dalam etnik Moro. Sebutan ‘Moro’, sebenarnya, adalah sebutan yang merujuk langsung ke ‘Muslim’. Sebutan ini diberikan Sepanyol yang menjajah Filipina. Kita tahu, Sepanyol sepanjang sejarah menyebut orang Islam di negaranya dengan sebutan ‘Orang Moor’ yang merujuk ke ‘Moroko’, negeri yang menjadi jembatan masuknya Islam ke Sepanyol. Sepanyol menamai muslim Mindanao dengan ‘Moro’ bertujuan sebagai kempen negatifnya terhadap Islam, sebab kata itu diertikan dengan ‘penjahat’, ‘hitam’, ‘kampungan’ dan lainnya. Selama menjajah Mindanao, Sepanyol menemui banyak kesulitan sebab kesultanan Mindanao melawan keras mereka. Tapi setelah Sepanyol berhasil menguasai pulau ini, kristinasi berlangsung, hingga kini penduduk Mindanao hanya tinggal 20 peratus yang beragama Islam. Orang Moro ini juga ada di Sulawesi dan Kalimantan. Pun di Maluku di pulau Moro-tai. Mereka inilah yang sering kita dengar melakukan penentangan untuk merdeka dari Filipina melalui organisasi Front Pembebasan Muslim Moro (MILF). Islam sudah dikenal masyarakat Mindanao sejak abad ke-8 Masihi. Dalam masa penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat, Islam tetap berkembang di sana. Di masa pemerintahan Filipina terjadi ketegangan, sebab orang Moro ingin merdeka. Pernah terjadi insiden pembunuhan 24 warga Moro tahun 1968 di zaman Presiden Marcos yang menciptakan kekacauan di Mindanao. Kini pemerintah Filipina memberikan daerah otonomi khusus ke kalangan muslim Moro dimana Marawi City termasuk di dalamnya.
Sebagai kota yang terus dilanda konflik, Marawi City tampak sangat terbelakang. Tak ada pembangunan sebab antara pemerintah dan warga terus saling mencurigai. Kota ini tampak lusuh dan dipenuhi penempatan liar. Di gerbang kota ini terpampang tulisan “Welcome To Islamic City” dengan lambang sabit di pintu gerbangnya. Tapi pintu gerbang itu tampak kotor dengan cat yang mengelupas.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Ketika Makmum Memisahkan Diri Dari Imam

DALAM solat berjemaah, imam itu pemimpin yang harus diikuti oleh makmum. Selagi imam benar memimpin solat jemaah, makmum mestilah mengikutinya,  dalam keadaan apa pun. Kecuali jika imam batal solatnya, seperti buang angin, atau imam tidak thuma’ninah kerana gerakannya terlalu cepat, hingga sulit bagi si makmum menempati kedudukan sempurna di setiap rukunnya. Apabila berada dalam keadaan demikian, makmum disyariatkan untuk mufaraqah (memisahkan diri dari jemaah). Begitu pula apabila imam membaca surat atau memanjangkan bacaan solatnya sementara ada makmum yang fiziknya lemah hingga tidak dapat berlama-lama, maka wajib baginya melakukan mufaraqah. Namun demikian, para ulama Syafi’i mengecualikan pada solat Jumaat. Imam Zainuddin al-Malibary, dalam kitab Fathul Mu’in, mengatakan sebenarnya tanpa uzur sekali pun makmum boleh saja memisahkan diri dari imam dan solatnya tetap sah. Hanya saja, orang yang mufaraqah tersebut tidak mendapatkan pahala solat berjemaah. Masih menurut al-Malibary, wajib mufaraqah apabila makmum mengetahui ada hal-hal yang membatalkan solatnya imam. Sebab bila tidak berniat mufaraqah, solatnya batal sekali pun tidak mengikuti imam. Yang tergolong uzur di antaranya adalah bacaan imam yang terlalu panjang, meninggalkan salah satu sunnah solat (seperti: tasyahud awal, qunut dan lainnya, kerana itu makmum boleh mufaraqah dengan mengerjakan sunnah-sunnah itu), khuatir dirinya diserang rasa mengantuk, takut kehilangan harta dan sebagainya. Disebutkan dalam Shahih Bukhari dan Shahih Muslim, ada riwayat yang menyebut bahawa Muaz pernah melaksanakan solat Isyak bersama para sahabatnya dan ia memanjangkan (bacaannya) lalu ada seorang lelaki keluar dari shaf dan mengerjakan solat. Kemudian Muaz mendatangi Nabi s.a.w. dan menceritakannya. Rasulullah s.a.w. marah dan mengingkari apa yang dilakukan Muaz dan Rasul tidak mengingkari apa yang dilakukan lelaki itu serta dia tidak memerintahkannya untuk mengulang solatnya. Riwayat di atas menjadi alasan bolehnya seorang makmum mufaraqah dikeranakan imam terlalu panjang bacaannya, sementara ada makmum yang barangkali tidak boleh berlama-lama bersama imam. Sebab, pada dasarnya imam juga dituntut untuk memahami keadaan makmumnya; apakah mereka yang ikut solat berjemaah fiziknya mampu apabila dipanjangkan bacaan Qurannya atau ada di antara mereka yang lemah fiziknya?

MUFARAQAH KERANA IMAM BATAL
Ketika di tengah solat jemaah, tiba-tiba, imam batal solatnya – disebabkan hadas misalnya -, solat makmum tidaklah menjadi batal. Makmum tetap boleh melanjutkan solatnya. Apabila hal itu terjadi, makmum tidak boleh membatalkan solatnya. Dalam keadaan seperti ini makmum memiliki dua pilihan. Pertama, makmum dapat meneruskan solatnya dengan niat mufaraqah dari imam. Ertinya makmum meneruskan solatnya secara sendirian (munfarid) terpisah dari imam yang telah batal solatnya. Kerana itu, apabila makmum yang mengetahui bahawa imam telah batal solatnya – kendati pun imam tidak sedar dirinya telah batal-, tetapi makmum tetap meneruskan solatnya mengikuti gerakan imam, maka solatnya dinyatakan batal. Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, mengatakan jika makmum tetap meneruskan solat di belakang imam yang berhadas padahal makmum mengetahui imam berhadas, maka ia berdosa kerana perbuatannya itu dan solatnya batal menurut ijma’ ulama. Makmum tidak boleh diam begitu saja saat mengetahui imam batal solatnya, tetapi boleh menentukan sikap dengan niat mufaraqah. Saat itu juga makmum segera memisahkan diri dari jemaah. Ia tidak boleh meneruskan solat jemaahnya bersama imam, lebih-lebih membatalkan solatnya. Pilihan kedua adalah makmum tadi tetap dapat menyempurnakan solat berjemaah sampai selesai. Bila alternatif ini diambil, maka harus ada penggantian imam. Dalam kajian fiqih, penggantian imam ini disebut dengan istilah istikhlaf. Pengertian istikhlaf adalah salah seorang makmum yang menggantikan tempat imam, kerana imam asli batal solatnya sehingga tidak boleh menyempurnakan solatnya. Istikhlaf boleh dilakukan melalui penunjukan imam tadi, boleh juga dengan inisiatif makmum dengan cara begitu imam asli batal, salah seorang makmum maju menjadi imam.  Tentu saja, makmum yang menggantikan tempat imam adalah yang memenuhi syarat menjadi imam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Mereka Yang Haram Dinikahi

PERNIKAHAN yang disyariatkan Islam sebenarnya bertujuan menautkan dua hati antara seorang lelaki mukmin dan perempuan mukminah. Mukmin manapun bebas menentukan pilihan kepada siapa hatinya akan ditambatkan; apakah kelak pendamping hidupnya seorang gadis, ataukah janda. Begitu pula dengan wanita mukminah. Status duda atau masih bujang tidak menjadi halangan untuk melangsungkan pernikahan. Asalkan beriman dan mampu, dia boleh menikahi wanita mukmin. Namun Allah memberi aturan tegas bahawa tidak semua wanita mukminah boleh dinikahi. Dalam al-Quran disebutkan secara tegas sejumlah wanita yang haram dinikahi kerana dianggap memiliki hubungan nasab (kekeluargaan). Mereka ini disebut dengan mahram. Hubungan mahram ini melahirkan beberapa tanggapan, iaitu hubungan mahram yang bersifat kekal, antara lain kebolehan berkhalwat (berduaan), kebolehan bepergiannya seorang wanita dalam suatu perjalanan (safar) lebih dari tiga hari asal ditemani mahramnya. Akan tetapi hubungan mahram yang selain itu, adalah mahram sekadar haram untuk dinikahi, tetapi tidak membuat halalnya berkhalwat, bepergian berdua, atau melihat sebahagian dari auratnya. Hubungan mahram model ini disebut sebagai hubungan mahram yang bersifat sementara saja. Wanita yang haram dinikahi (mahram) disebutkan dalam al-Quran surat An-Nisa’, ayat 23. “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Ayat ini memperincikan beberapa kriteria orang yang haram dinikahi sekaligus menjadi orang yang boleh melihat bahagian aurat tertentu dari wanita. Mereka adalah ibu kandung, anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan, saudara-saudara perempuan bapa (ibu-ibu saudara), saudara-saudara perempuan ibu (ibu-ibu saudara), anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki (anak saudara), anak-anak perempuan dari saudara-saudara yang perempuan (anak-anak saudara), ibu-ibu yang menyusui, saudara perempuan sepersusuan, ibu-ibu dari isteri (mertua, ibu dari ibu mertua dan seterusnya ke atas), anak-anak isteri yang dalam pemeliharaan (diasuh) isteri yang digauli, serta isteri-isteri anak kandung (menantu).

Peringkat Mahram
Para ulama membagi dua peringkat mahram: mahram yang bersifat abadi, iaitu keharaman yang tetap akan terus melekat selamanya antara lelaki & perempuan, apa pun yang terjadi antara keduanya. Lalu, mahram bersifat sementara, iaitu kemahraman yang sewaktu-waktu berubah menjadi tidak mahram, tergantung tindakan-tindakan tertentu terkait dengan syariah yang terjadi. Para ulama membahagi mahram yang bersifat abadi ini menjadi 3 kelompok berdasarkan penyebabnya. Pertama, kerana sebab hubungan nasab; nasab ibu kandung dan seterusnya ke atas seperti nenek, ibunya nenek, anak wanita dan seterusnya ke bawah (cucu, cicit dan seterusnya), saudara kandung wanita, anak perempuan dari saudara lelaki mahupun saudara perempuan (anak saudara), ibu saudara dari pihak ayah mahupun ibu Kedua, kerana hubungan perkahwinan (perbesanan/ipar) seperti ibu dari isteri (mertua wanita) dan seterusnya ke atas yang segaris (nenek dari ibu mertua dan seterusnya), anak wanita dari isteri (anak tiri dan seterusnya ke bawah yang segaris), isteri dari anak lelaki (menantu perempuan), isteri dari ayah (ibu tiri dan seterusnya ke atas), dan anak tiri yang diasuh oleh ibu tiri. Ketiga, kerana hubungan akibat persusuan. Yakni ibu yang menyusui, kerana dia menjadi ibu bagi anak yang disusuinya. Ibu dari ibu yang menyusui (nenek), kerana ia telah menjadi neneknya. Ibu dari suami wanita yang menyusui, kerana ia juga telah menjadi neneknya, saudara perempuan ibu yang menyusui, kerana ia menjadi ibu saudara bagi yang disusui, saudara perempuan dari suami ibu yang menyusui, kerana ia juga menjadi ibu saudara bagi yang disusui dari pihak bapa, cucu perempuan dari ibu yang menyusui, kerana mereka adalah anak saudara bagi anak yang disusui tersebut.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Memahami Erti Tasawuf Yang Sebenar

HAKIKAT bahawa Al-Quran adalah sumber utama ilmu dan amalan tasawuf tidak dapat dinafikan. Al- Quran menyatakan dengan jelas bahawa Allah s.w.t. tidak dapat diserupakan dengan sesuatu, dalam konteks yang lain Al-Quran menyatakan tentang Allah s.w.t. itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar. Semua ini merupakan suatu hikmat ketuhanan yang tertinggi yang telah dibawa oleh Baginda Rasulullah s.a.w. melalui wahyu Ilahi, iaitu Al-Quran. Kemudian umat Islam membaca ayat suci yang menyuruh mencari Tuhannya,  kerana Dialah sumber segala cahaya di langit mahupun di bumi. Namun jika umat Islam membaca ayat  tersebut, lalu meniru gaya hidup yang telah dianjurkan dengan satu kaedah yang telah diatur susun oleh ilmu dan amalan tasawuf, tentu bukan menjadi satu kesalahan. Sebagai contoh, Al-Quran menganjurkan agar hidup jangan terlalu mencintai dunia kerana hal itu menyebabkan kotor dan mencemarkan perjalanan roh yang sifatnya sedia suci, lalu diajarkan dalam ilmu tasawuf dengan satu metodologi yang dikenali sebagai zuhud. Begitulah seterusnya. Jika hal ini terjadi dalam kehidupan umat Islam tidak bermakna ia menganut suatu ajaran baru,  yang dimasukkan ke dalam ajaran Islam sebagai sisipan (Prof Dr H. Abuddin, 1996). 
Pendekatan Imam Ghazali memberikan jaminan untuk mempertahankan prinsip bahawa Allah dan penciptaanNya adalah dua hal yang berbeza sehingga satu sama lain tidak mungkin bersatu (Prof H.A. Rivay, 1996). Dari keterangan di atas tidak mungkin sama sekali untuk kita menyatakan bahawa keseluruhan hal tersebut adalah suatu penambahan dari ajaran orang sufi. Namun secara yakin boleh kita nyatakan di sini ia adalah suatu tafsiran yang mereka telah simpulkan dari satu keyakinan bahawa Allah s.w.t. itu bersifat dengan sifat wujud yang hakiki dan Allah s.w.t. itu diyakini terlalu hampir dengan mereka seperti yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya (bermaksud): “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaf: 16) Sebenarnya Islam merupakan agama tauhid, manakala semua aspek Islam, sama ada dari sudut ajaran serta amalannya adalah melambangkan kepada prinsip yang asasi tersebut. Disiplin ilmu dan amalan tasawuf  merupakan aspek yang paling mendalam dari dimensi yang batin terhadap wahyu yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tasawuf adalah kaedah atau cara yang terbaik untuk merealisasikan prinsip tauhid yang terkandung dalam ajaran Islam tersebut. Oleh kerana itu, sebagai seorang yang Islam dan beriman kepada Allah s.w.t. dan RasulNya, maka kemuncak dari keislaman dan keimanan tersebut akan dapat dilihat secara sehabis-habis universal oleh perlambangan terhadap ungkapan kalimah syahadah. Namun dalam hal ini, seperti yang di catatkan oleh sejarah, hanya ahli sufi dengan disiplin ilmu dan amalan tasawuf sahaja yang dapat merealisasikan rahsia dari tuntutan tauhid tersebut. Merekalah yang mengetahui makna lafaz ini (tauhid) dengan pemahaman yang benar secara zahir dan batin. Atau dengan lain perkataan, dapat melihat Allah s.w.t. di mana-mana juga. Pada hakikatnya, keseluruhan dari inti pati amalan yang terkandung dalam ajaran tasawuf yang bersifat perjalanan kerohanian melalui disiplin tarekat itu sebenarnya mempunyai misi tersendiri untuk menyembuhkan manusia dari berbagai bentuk penyakit batiniah.  Dengan demikian manusia akan berada pada landasan yang benar untuk menuju ke martabat insan kamil. Hanya dengan cara mencapai taraf kesempurnaan diri yang sebenar, barulah seseorang yang salik itu boleh menjadi suci dan bersih di sisi Tuhannya. Hal ini telah diterangkan oleh Allah s.w.t. dengan firmanNya
(Maksudnya): ”Dan orang  yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (al-Ankabut: 69) Agama Islam secara umumnya menjadi lengkap dengan adanya tiga perkara iaitu Islam, iman dan ihsan yang merupakan tiga rukun agama. Kedatangan Jibril a.s. menemui Nabi s.a.w. dan seterusnya bertanyakan baginda tentang Islam, iman dan ihsan dalam peristiwa yang terkenal itu adalah bertujuan mengkhabarkan tentang rukun agama yang terdiri dari tiga perkara tersebut. Perkara ini dapat diperhatikan pada penjelasan Nabi s.a.w. yang bermaksud “Sesungguhnya dia itulah Jibril yang datang kepada kamu bagi mengajarkan kepada kamu agama kamu.” Ketika Nabi s.a.w. ditanya tentang Islam baginda menjelaskan bahawa ia adalah mengucap dua kalimat syahadah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu. Apabila Nabi s.a.w. ditanya tentang iman baginda menjelaskan bahawa ia adalah percaya kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan percaya kepada ketentuan Allah sama ada baik atau buruk. Apabila Nabi s.a.w. ditanya pula tentang ihsan baginda menjelaskan bahawa ia adalah beribadat kepada Allah seolah-olah melihatNya sekiranya tidak melihatNya maka Allah itu melihat hambaNya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Khalid Bin Walid: Pesona Pakar Strategi Perang

SELAIN Umar bin Khatthab r.a., sejarah Islam telah menyematkan Khalid bin Walid sebagai sosok sahabat yang cukup disegani kerana kelebihan dan sifat beraninya dalam berbagai hal. Namanya masyhur sebagai panglima perang dan ditakuti musuh di medan tempur sepanjang penglibatannya. Kerana itulah, dia mendapat julukan ‘Pedang Allah yang Terhunus’. Khalid sendiri bukan sosok asing dalam pandnagan Rasulullah. Dia masih memiliki garis persaudaraan dengan Rasulullah. Maimunah, ibu saudara Khalid, adalah isteri Nabi s.a.w. Dengan Umar bin Khatthab pun ia masih mempunyai hubungan keluarga, yakni saudara sepupu. Sejak kecil, keduanya sudah cukup akrab. Bahkan sebuah riwayat menuliskan bahawa pada masa kanak-kanaknya, kedua saudara sepupu ini pernah main gusti. Khalid yang dikenal kuat, saat itu dapat mematahkan kaki Umar. Beruntung tak sampai lama kaki Umar dapat kembali diluruskan. Ayah Khalid, Walid bin Mughirah, adalah salah seorang pemimpin yang paling berkuasa dari Bani Makhzum, sebuah suku yang memiliki otoriti penting dalam masyarakat Quraisy. Jika terjadi peperangan, orang-orang dari suku inilah yang dipercayai mengurus gudang senjata dan tenaga tempur, mengumpulkan kuda dan senjata bagi perajurit-perajurit. Sedang ibunya bernama Lubabah. Walid juga seorang kaya raya. Dia memiliki kebun buah–buahan yang membentang dari kota Makkah sampai ke Thaif. Namun ia pun cukup cenderung dalam keagamaan meski belum terpanggil memeluk Islam. Dia sangat menghormati Kaabah, dan seringkali menyediakan kain penutup Kaabah serta memberi makan secara percuma untuk orang-orang yang datang berkumpul di Mina ketika musim ibadah haji tiba. Minatnya cukup kuat terhadap Islam. Dalam hati kecilnya, Walid merasa bahawa al Quran itu adalah kalimat–kalimat Allah. Dia pernah mengatakan secara jujur dan terang-terangan bahawa dia tidak boleh berpisah dari keindahan dan kekuatan ayat–ayat suci itu. Ucapan yang terus terang ini memberikan harapan bagi Nabi s.a.w. bahawa Walid akan segera masuk Islam. Tetapi impian dan harapan ini tak pernah menjadi kenyataan. Dia takut kehilangan kedududukannya sebagai pemimpin bangsa Quraisy.

Ilmu Ketangkasan
Besar dalam lingkungan kekuasaan membuat Khalid bebas dan leluasa menyalurkan kegemarannya, yakni bergusti dan berkelahi. Saat itu, keahlian dalam seni peperangan dianggap sebagai tanda seorang ‘satria’. Panglima perang bererti pemimpin besar. Kepahlawanan adalah satu hal terhormat di mata rakyat. Khalid ingin menjadi seperti ayahnya dan bapa-bapa saudaranya yang disegani rakyat. Oleh kerana itu, dia memutuskan bergabung ke dalam seni peperangan dan seni bela diri. Khalid mempelajari keahlian menunggang kuda, kemahiran memainkan pedang dan memanah, mencurahkan perhatiannya ke dalam hal memimpin angkatan perang. Bakatnya yang natural, ditambah dengan latihan yang keras, telah membina Khalid menjadi sosok yang luar biasa. Kemahiran dan keberaniannya mengagumkan setiap orang.
Pandangan yang ditunjukkannya mengenai taktik perang menakjubkan setiap orang. Dengan jelas orang dapat melihat bahwa dia akan menjadi ahli dalam seni ketenteraan. Bakat yang menonjol ini rupanya telah sanggup merebut tempat istimewa di hati masyarakat, hingga akhirnya ia dilantik menjadi pemimpin suku Quraisy. Di segi lain, saat itu orang–orang Quraisy sedang memusuhi Islam. Mereka sangat anti dan memusuhi Islam dan para penganutnya. Kepercayaan baru itu menjadi bahaya bagi kepercayaan dan adat istiadat kaum Quraisy lantaran mereka sangat mencintai adat kebiasaannya. Untuk itulah mereka mengangkat senjata untuk menggempur orang–orang Islam. Sebagai pemuda Quraisy yang berani dan bersemangat, Khalid langsung berdiri di garis paling depan untuk melawan Islam.

Di Balik Kekalahan Perang Uhud
Kaum Quraisy begitu terpukul atas kekalahan mereka di perang Badar. Mereka merasa sangat terhina. Dan Khalid pun merasakan betul pahit kekalahan itu dan bertekad membalas dendam sukunya dalam peperangan berikutnya, yakni dalam perang Uhud. Khalid dan pasukannya bergerak ke Uhud dengan satu tekad; menang atau mati. Beliau memimpin sayap kanan tentera Quraisy empat kali lebih besar jumlahnya dari pasukan Islam. Meskipun mereka sempat ragu-ragu mengingatkan kekalahan yang telah mereka alami di Badar dulu. Mulanya pasukan Quraisy memulai pertempuran dengan baik. Tetapi setelah tentera Islam mulai memecah pertahanan mereka, mereka gagal mempertahankan tanah yang mereka kuasai. Pasukan Quraisy nyaris dapat dilumpuhkan. Kekuatannya menjadi terpecah-pecah. Mereka lari tercerai-berai. Saat-saat kritis mengancam orang-orang Quraisy. Namun Khalid bin Walid tidak gentar. Dia mengumpulkan kembali anak buahnya dan mencari kesempatan baik guna melakukan balasan. Sementara pasukan muslim yang melihat orang-orang Quraisy cerai-berai mulai lengah. Khususnya para pemanah yang ditugaskan Rasulullah s.a.w. menjaga kedudukan strategis di balik bukit Uhud silau oleh harta perang milik pasukan Quraisy. Tanpa fikir panjang, para pemanah itu pun meninggalkan posnya dan menyerbu ke lapangan. Pertahanan menjadi kosong. Khalid yang awas dengan keadaan tersebut bergegas menyerbu ke pos strategis pasukan muslim. Mereka pun berhasil menguasainya dan menjadi berleluasa menggempur pasukan muslim dari belakang. Dengan kecepatan luar biasa, Khalid masuk dari garis belakang menggempur pasukan Islam di pusat pertahanan yang sedang lengah dan terbuai merebut harta. Dalam sekejap, Khalid mampu mengubah kemenangan kaum muslimin menjadi suatu kehancuran. Khalid mampu membaca situasi dengan cepat. Dia sanggup menarik kembali tentara yang telah cerai-berai untuk bertempur lagi. Seni perangnya yang luar biasa inilah yang mengungkap kekalahan Uhud menjadi suatu kemenangan bagi orang Quraisy.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Doa Lelaki Tua Itu Dimakbul Oleh Allah

SERUPA taman tak berbunga, seperti rumah tanpa cahaya. Begitulah, seorang perempuan mendalami rasa dukanya. Usianya merangkak hampir di angka 40-an, namun sebuah sinar belum juga menyuluh hidupnya: sebelas tahun masa perkahwinannya, seonggok janin belum juga mengendap di rahimnya. Dibenaknya, sebuah kata acapkali merundung jiwanya: “Apalah erti sebuah keluarga tanpa kehadiran seorang anak?”
Maka, demi menjawab batinnya, dia menemui doktor-doktor kandungan di Belanda, Scotland dan Amerika Syarikat, guna mengesani rahimnya. Apa jawab doktor-doktor yang katanya hebat dan sangat canggih itu? Dia adalah perempuan tak subur, dia adalah perempuan mandul yang mustahil di perutnya bersemi si benih bayi. Para doktor-doktor yang supermahal itu bukan mendapatkan ubat, dia malah menerima ‘hukuman’ yang menyesakkan dada. Gelap. Suram. Dia pun menangis, meratap-ratap pilu, menyesali tubuh dan rahimnya. Namun, dia bukan perempuan biasa. Dia punya ‘semangat’ menaklukkan kegagalan yang kata semua orang kelam. Dia pun memilih menumpas virus putus asa itu. “Seorang doktor hanyalah manusia, dan Tuhan mempunyai segala kuasa,” begitu simpulnya. Demi rindunya mendengar tangis suara bayi, dia kembali berusaha. Namun kali ini, dia benar-benar pasrah. Sebab ‘doktor’nya yang satu ini adalah neneknya sendiri. Si nenek menerapi dirinya dengan ramuan jamu-jamuan tradisional dan sejumlah urutan. Ada kira-kira dua tahun lebih, dia menjalani pengubatan ala neneknya itu. Satu keajaiban Tuhan pun terjadi. Sebuah penantian panjang itu terjawab: di usia 41 tahun dia dinyatakan mengandung. Profesor dan sejumlah doktor yang menganalisa kehamilannya menggeleng-geleng kepala, tak percaya. Perempuan itu sangat berbahagia. Anaknya juga lahir cantik dan normal. Setelah itu, di usia 46, perempuan itu kembali melahirkan anak keduanya. Begitulah seterusnya, dan kisah pun berakhir penuh kebahagiaan. Perempuan yang kisahnya saya tuturkan di atas tak lain adalah kisah Dr. Martha Tilaar, Pengarah Urusan PT Martina Berto, pengusaha yang sekarang ini masyhur dengan jamu-jamuannya itu. Barangkali, kisah beliau hanya satu kisah kecil yang dialami seorang perempuan yang mengalami hal yang sama. Namun sayang, banyak diantara mereka yang hampir putus asa dan akibatnya terjebak pada hal-hal yang merosak rumahtangga dan jiwanya. Perceraian, misalnya. Bahkan, berabad-abad silam, sebelum Martha dan ibu-ibu lainnya yang senasib mendapatkan anugerah anak, para kekasih Allah, nabi-nabi yang sudah lama kita imani juga mengalami hal yang sama. Namun mereka terus berdoa, mereka terus berharap tanpa kenal lelah. ‘Kisah Martha’ dan sejumlah kisah penderitaan batin para perempuan  yang dikatakan mandul atau tidak subur itu membuat saya teringat kisah Nabi Zakaria a.s. Untuk mereka, saya ingin sekali mengutip di tulisan ini:  Dalam Tafsir Ibnu Katsir diceritakan bahawa Nabi Zakaria adalah seorang Nabi besar dari Bani Israel. Baginda merupakan sosok Nabi yang sangat bertakwa dan zuhud. Suatu hari di usianya yang sudah sangat senja itu, baginda mengadu kepada Allah s.w.t.: “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku penuh uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada engkau, Ya Tuhanku. Sesungguhnya aku khuatir terhadap pengikutku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah yang mandul. Maka anugerahlah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan sebahagian keluarga Ya’qub...” (lihat Qs Maryam (19):1-6).
Dalam Tafsir tersebut, Ibnu Katsir menegaskan bahawa Zakaria memohon anak bukanlah untuk mewarisi hartanya, sebab baginda terlalu agung dan mulia jika hanya mengkhuatirkan hartanya, terlebih lagi ia hanya tukang kayu yang sehari-hari makan dari hasil jerih payahnya. Lalu, Zakaria a.s. semakin mengeluh dan bersimpuh pada ilahi. “Ya Tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling baik.” (lihat Qs al-Anbiyaa (21): 89) Keluh kesah Zakaria yang ini, menurut beberapa ulama, dapat dijadikan sebagai doa pasangan suami isteri untuk mengharap buah hati. Bahkan, katanya, pernyataan yang ini pun boleh digunakan sebagai doa untuk seorang yang belum lagi berkahwin. (Bukanlah Al-Quran adalah serupa zikir yang melintasi ruang dan waktu?)

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

Jangan Biarkan Diri Dibelit Iblis

SEMUA yang berpangkat “Jeneral” dikalangan “iblis” dan “syaitan” ada di Makkah dan Madinah. Tugas mereka untuk melalaikan umat Islam dari pergi ke masjid untuk bersembahyang berjemaah. Itulah sebabnya, ada di antara para jemaah yang melakukan “Haji” atau pun “Umrah”, kadang-kadang terlepas dari bersembahyang berjemaah di Masjidil Haram  atau pun di Masjidil Nabawi. Apa lagi kalau para jemaah itu bersama dengan kawan-kawan sebilik yang hanya kenal di Makkah saja, dan ketika di sana mereka tinggal sebilik, manalah ada masa untuk mengejutkannya supaya bangun segera pergi masjid? Ketika berada di Makkah, masing-masing dengan halnya. Kecuali suami isteri. Dia bersama anak-anaknya. Dia bersama ibu ataupun bapanya, bolehlah dia ambil perhatian berat. Tetapi sekadar sebagai seorang sahabat, bila azan berkumandang masing-masing kelam kabut masuk bilik air dan ambil wuduk untuk bersembahyang.
Kalau tempat itu jauh dari tempat penginapan, timbul juga masalah. Sejam lagi masuk waktu solat, kita terpaksa bersiap sedia untuk keluar dari hotel. Kalau kita terlambat, kita tidak dapat tempat. Kita terpaksa bersembahyang di luar saja. Itulah sebabnya, kalau ada kawan-kawan bercerita, dia tidak dapat berjemaah beberapa waktu, kerana terlewat, akibat tertidur. Masa yang agak panjang sedikit ialah antara subuh dengan zuhur. Waktu inilah para jemaah yang “kaki tidur boleh tidur”. Tetapi kalau sentiasa tidur-tidur saja, zuhur akan terlepas dari berjemaah, hanya dapat bersembahyang dalam hotel sahaja. Selepas zuhur, kita akan menghadapi waktu asar pula. Antara zuhur dan asar, masanya tidaklah begitu lama. Kita tidak bolehlah nak tidur-tidur sebagaimana waktu selepas subuh. Begitulah juga antara asar dan maghrib, masanya juga tidak lama. Kalau tempat penginapan agak jauh, kita terpaksa bersiap-siap sejam sebelum masuk waktu.
Oleh sebab itulah kita tidak boleh tidur-tidur. Para jemaah sentiasa berkejar-kejar untuk mendapatkan tempat berjemaah bersama Imam. Kalau kita tertidur, maka kita akan terlepas dari berjemaah. Masa tidur itulah, Iblis akan “membelit” kita. Ketika itulah jeneral-jeneral syaitan akan dikerahkan untuk mengkhayalkan kita supaya terus tidur. Beberapa ramai orang tidak dapat berjemaah dalam masjid. Kadang-kadang ada yang tidak sempat masuk dalam masjid, dan hanya dapat berjemaah di kaki lima kedai saja. Ada yang membentangkan sejadah ditepi-tepi jalan, kerana mahukan pahala jemaah itu. Kedai-kedai yang berdekatan dengan Masjidil Haram itu akan ditutup apabila tiba waktu solat. Sembahyang subuh terutamanya, kita mestilah ada sebuah “jam loceng” untuk membangunkan kita segera. Kalau waktu sembahyang  subuh jam 3.30 pagi, kita hendaklah mengunci jam kita kira-kira jam 2.40 untuk membolehkan kita bersiap-siap lebih awal ke masjid.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...