Friday, July 20, 2012

Tertawa Dalam Masjid Boleh Kena Seksa Kubur

SEKSA KUBUR perkara benar. Ada sebanyak 13 macam yang dilakukan oleh manusia menyebabkan mereka kena seksa. Diantara 13 macam itu termasuklah tidak mencuci najis dan kencing. Perkara itu nampak terlalu mudah, tetapi akibatnya, orang yang tidak bersuci dari najis dan kencing itu akan kena seksa.
Satu perkara lagi yang barang kali tidak ramai dikalangan kita tidak tahu atau tidak sedar. Kita selalu melakukan perkara itu di dalam masjid. Sahabat Rasulullah s.a.w. bernama Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang maksudnya: “Tertawa di masjid merupakan kegelapan di dalam kubur.” Hadis ini yang diriwayatkan oleh Dailami menjelaskan bahawa tertawa itu ialah sekuat dan keras sehingga mengganggu orang-orang yang sedang beribadat (bersolat). Hal serupa ini memang ada terjadi dalam masyarakat kita. Kadang-kadang kita dapat saksi adanya orang berbual-bual dalam masjid, bercakap hal-hal yang tidak penting dan lucu (bergurau senda) sehingga mereka yang mendengarnya tertawa. Seksa-seksa dan kepedihan di dalam kubur tidak datang begitu saja, tentunya apa yang manusia rasakan di kuburnya, adalah hasil dari apa yang telah mereka perbuat ketika hidupnya di alam dunia ini.
Diantara perbuatan-perbuatan yang menyebabkan seksa dan kepedihan kubur adalah;

Kencing tidak hati-hati
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, “Bersihkanlah dirimu dari air kencing, kerana kebanyakan azab kubur itu kerana air kencing.” (Ibnu Abi Syibah, Ibnu Abid Dunya, dan Al-Ajiri) Ya’la bin Murrah berkata: “Aku pernah berjalan bersama Rasulullah s.a.w. melewati beberapa kuburan, lalu aku mendengar himpitan dalam suatu kuburan, maka kutanyakan kepada Nabi s.a.w.:  “Ya Rasulullah, aku mendengar himpitan dalam sebuah kubur.” “Apakah engkau mendengarnya wahai Abu Ya’la?” sahut baginda. “Ya,” jawabku. Kemudian baginda berkata: “Sesungguhnya dia diazab kerana dosa kecil.”  “Apakah dosa kecil itu?” tanyaku. “Dia mengadu domba di kalangan umat manusia dan tidak membersihkan diri dari air kencing.” Kemudian baginda meletakkan pelepah kurma. (Baihaqi - Dala’ilun Nubuwwah).

Mengadu Domba (Namimah)
Dari Ibnu Abbas r.a., ia meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berjalan melewati dua buah kuburan, lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya keduanya diazab bukan kerana dosa besar. Salah satunya dia tidak membersihkan diri dari air kencing, sedangkan lainnya kerana mengadu domba.” Kemudian baginda mengambil pelepah kurma yang masih basah dan membelahnya menjadi dua, lalu meletakkan di setiap kuburan itu sebuah pelepah. Para sahabat r.a. bertanya: “Ya Rasulullah s.a.w., mengapa baginda mengerjakan hal itu?” “Mungkin pelepah ini dapat meringankan keduanya selama ianya belum mengering,” jawab baginda. (HR. Bukhari, Muslim dan Ibnu Abi Syaibah). Qatadah r.a. berkata, “Azab kubur sepertiga dari ghibah, sepertiga dari namimah, dan sepertiga lagi dari air kencing.”

Menggumpat (Ghibah)
Maimunah r.a. berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Maimunah, berlindunglah engkau kepada Allah dari Azab kubur. Sesungguhnya di antara azab kubur yang paling pedih adalah disebabkan oleh ghibah (mengumpat) dan air kencing.” (HR. Ibnu Abd Dunya, Baihaqi). Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya azab kubur itu disebabkan oleh tiga hal: ghibah (mengumpat), namimah (mengadu domba), dan air kencing. Oleh kerana itu, hendaklah kalian menjauhinya.” (HR. Baihaqi).

Selanjutnya dapatkan Hidayah Julai 2012 di pasaran...

No comments: