Monday, November 12, 2012

Variasari Keluaran November 2012

Sudahkah anda memiliki Variasari edisi November 2012? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan... Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai. Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan. Dapatkan segera majalah Variasari keluaran November 2012 sebelum terlambat. 

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin

Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari November 2012















Hidayah November 2012

Hidayah keluaran November 2012 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah


Langganlah Segera Melalui Pos


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Masa yang terus merangkak dan berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar kita sudah berada hampir penghujung tahun 2012. Kehadiran penghujung tahun ini mengejutkan kita yang sentiasa dibelit dengan kesibukan hidup sehari-hari. Begitu sibuk dengan hal dunia, kita kadang-kadang terlalai dengan kewajipan sebagai seorang muslim. Contohnya dalam kewajipan bersolat lima waktu, ada yang mengabaikan, melupakan dan menganggapnya sebagai persoalan yang remeh. Pembaca budiman, apalah ertinya kehebatan kita dengan pelbagai kejayaan dan kedudukan yang diraih. Ianya tidak bererti sama sekali seandainya kita mengabaikan kewajipan bersolat lima waktu atau meringan-ringankan ibadat solat. Apabila bersolat ditunaikan di hujung-hujung waktu, atau diqadha apabila masa lapang atau ditinggalkan terus apabila dijamah kesibukan. Alangkah malangnya jika berada dalam kelompok manusia seperti itu. Memanglah Allah tidak menghukum serta merta setiap hambaNya yang ingkar dengan perintahNya, tapi amat malang apabila hidup tidak ada keberkatan walaupun hidupnya gemilang dijulang pelbagai kejayaan. Hidayah dalam keluaran kali ini mengemukakan kisah ‘iktibar 1’ yang sungguh menyentuh kalbu. Bagaimana seorang pemuda salih mengalami keajaiban dalam keadaan ‘koma’ dikebumikan dan mengalami peristiwa aneh yang perlu dijadikan renungan kita bersama. Pembaca juga dialu-alukan menghayati ‘Kisah iktibar 2’ yang memaparkan pula mengenai seorang wanita yang istiqamah dalam menjaga wuduknya saban waktu. Hidayah akan terus dengan tradisi ‘berdakwah melalui pembacaan’. Kami bersyukur dengan kerjasama dan sokongan para pembaca yang membolehkan Hidayah tetap unggul dihati peminatnya dari dulu, kini dan seterusnya. Alhamdulilllah. Kita berjumpa lagi dalam keluaran akan datang.
Wassalam!

Pengarang.
Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Air Zam-Zam Kisah Agung Dalam Sejarah Islam

KELUARAN kali ini kita paparkan mengenai “Air Zam-Zam”. Kisah atau pun cerita “air zam-zam” ini memang sangat popular. Ia merupakan satu kisah yang amat besar dan agung dalam sejarah Islam itu sendiri. Air itu datangnya dari syurga. Ia menjadi minuman Nabi Ismail a.s. dan ibunya Siti Hajar. Para ahli sejarah dan para ulama itu sendiri berselisih pandangan dan pendapat mengenai air zam-zam itu sendiri, dan kemunculannya. Memang sudah menjadi Sunatullah, Nabi Ibrahim mendapat arahan Allah supaya membawa anaknya Ismail dan isterinya Hajar di kawasan itu. Sedangkan Ismail ketika itu masih menyusu lagi.
Nabi Ibrahim meninggalkan sedikit air untuk isteri dan anaknya. Kemudian air itu habis. Menurut cerita, Ibrahim meninggalkan isteri dan anaknya di situ. Ketika telah kehabisan air, Siti Hajar mencari air dan berlari-lari anak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Larian anak itu sebanyak tujuh kali. Dari perbuatan Siti Hajar itulah dijadikan atau pun disunnahkan Sa’i (berlari kecil) antara Safa dan Marwah. Kemudian Ismail menghentak-hentak kaki dan menjerit-jerit (sebagaimana jeritan bayi yang lapar untuk menyusu atau mahu minum air), di mana kakinya dihentakkannya ke tanah. Lalu Allah s.w.t. mengalirkan air dibawah kakinya. Siti Hajar melihat peristiwa itu setelah dia mencari air tidak berjumpa, lalu datang semula ke tempat anaknya Ismail yang ditinggalkan itu. Itu kisah yang dinukilkan dalam kitab-kitab agama dan yang diberitahu oleh ustaz-ustaz kita dalam kuliah-kuliah agama apabila bercakap tentang kisah air zam-zam, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Siti Hajar dan Siti Sarah. Apa kira pun, apa cerita pun yang kita tahu yang diceritakan dan yang dikisahkan bahawa air zam-zam sudah wujud sejak dulu-dulu lagi, entah berapa ribu tahun dulu.
Sekarang ini kalau kita pergi ke Makkah dan dimana saja di seluruh Arab Saudi, kita akan dapat merasa minum air zam-zam. Sehingga di dalam Masjidil Haram, dan masjid Nabawi di Madinah, pihak berkuasa Kerajaan menyediakan kemudahan untuk kita minum air zam-zam. Pada hakikatnya, air zam-zam anugerah Allah s.w.t. Mengenai perkara ini, Wahab bin Munabih pernah menyatakan: “Demi Allah yang jiwaku dalam genggamannya! Sesungguhnya ia dijamin dalam kitab Allah s.w.t. sebagai satu anugerah (pemberian), sesungguhnya ia di dalam kitab Allah s.w.t. adalah minuman orang-orang baik, dan sesungguhnya ia di dalam kitab Allah s.w.t. adalah makanan ubat bagi penyakit.” Ibnu Khutsaim mengatakan bahawa Wahab bin Munabbih datang kepadanya dengan mengeluh sakit. Ia pun datang untuk menziarahinya dan mendapati air zam-zam yang ada disisinya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Selepas 'Koma' Dan Dikuburkan

SIAPA pun akan mencintai pemuda ini. Ya, Salman (bukan nama sebenarnya) adalah seorang pemuda yang salih. Dia fasih mengaji Quran, rajin berselawat dan aktif ke masjid. Tutur katanya pun begitu santun, sangat terjaga. Usianya baru sekitar awal 20-an. Tak aneh, banyak orang yang diam-diam mengidamkannya menjadi menantu. Setiap kali ada kegiatan di masjid, Salman selalu hadir. Ia ringan membantu segala hal di masjid; menggulung permaidani, membersihkan lantai dan lain sebagainya. Terkadang ia jugalah yang melaungkan azan. Tapi tak ada yang pernah tahu tempoh usia seseorang itu. Satu ketika, Salman diberitakan meninggal dunia. Dia sebenarnya tak terdengar sebelum ini mengalami sebarang penyakit kronik apa-apa atau sakit jantung. Khabar kematian Salman tentu saja membuat orang yang mengenalinya terkejut. Usia semuda itu, pemuda sesalih itu, ternyata berumur pendek. Hal ini mendatangkan perasaan hiba bagi siapa saja yang dekat dengannya. Salman dikatakan tidur di biliknya di siang hari itu. Saat azan asar berkumandang dia tak keluar dari bilik seperti biasanya. Bagitu pun pada waktu maghrib. Barulah ketika itu ibunya curiga dan memeriksa bilik Salman. Betapa terkejutnya ibu Salman mendapati anaknya sudah tak bernyawa lagi. Dengan perasaan sedih, tersebarlah berita kematian Salman kepada para tetangga. Demi melihat kebaikan pemuda itu, ramailah orang-orang yang datang menziarahi ‘jenazah’. Rata-rata mereka merasa prihatin, sebab Salman sangat mereka harapkan dapat berbuat banyak di dunia dakwah di kampung mereka. Pembawaannya yang tenang, sifat sopan santunnya, serta potensinya yang besar dalam ilmu agama, sungguh, akan dapat berguna bagi masyarakat kelak di kemudian hari. “Pemuda itu sangat baik, kelihatan salih orangnya. Sayang sekali usianya pendek,” ujar Kinah yang menjadi sumber kisah ini kepada Hidayah, yang tak mahu nama sebenarnya dipaparkan. Maka demikianlah, kampung kecil di sebuah daerah, Jawa Barat itu, mendadak ramai orang yang berkumpul di rumah keluarga si mati. Rumah sederhana milik keluarga Salman seperti tak henti-henti menerima tetamu yang menyatakan takziah. Beberapa diantaranya membawa beras dan menghulurkan sumbangan wang untuk meringankan beban keluarga itu. Dalam waktu yang sama majlis pembacaan ayat suci al-Quran dan bacaan surah Yassin dilangsungkan. Suasana sekitar kelihatan syahdu dan khusyuk sekali. Sebagaimana lazimnya keluarga muslim yang taat, keluarga Salman tidak ingin menunda-nunda urusan menguburkan jenazah. Rencananya, malam itu juga jenazah Salman segera dikuburkan. Kebetulan kawasan tanah perkuburan pun tak terlalu jauh. Orang-orang juga setuju kerana tenaga cukup banyak dan persiapan tak akan memakan waktu lama sebab peralatan mudah didapatkan.
Maka, setelah persiapan siap dilakukan, segeralah ‘jasad Salman’ disolatkan di masjid. Selanjutnya, keranda jenazah diusung ke tanah perkuburan. Di sana, lubang liang lahadnya sudah siap. Tak aneh, bila proses penguburan pun segera dilaksanakan tanpa sebarang halangan. Jasad Salman diletakkan pelan-pelan ke dalam liang lahad. Setelah dimiringkan dan disendal dengan kepalan tanah tanah, papan-papan pelindung yang ditaruh dalam posisi miring pun disusun.

Ternyata pemuda itu belum mati
Tanah kuburan pun segera ditimbus. Hingga terciptalah gundukan tanah di perkuburan Salman. Selesai pembacaan doa talkin, mereka yang mengiringi jenazah pun segera pulang. Hari memang sudah beranjak malam dan udara sudah mulai dingin. Perkuburan itupun kemudian menjadi sepi. Tapi tak ada yang mengetahui bahawa ada perasaan syak yang besar di dada ibunya Salman. Dia merasa mendapat firasat anaknya belum mati atau hanya mengalami pengsan atau ‘koma’. Perasaan itu sangat besar menyentak dadanya. Dia menyatakan hal itu kepada suaminya. Si suami yang awalnya mengira itu hanya kesan perasaan rasa sedih isterinya semata, kemudian mulai memikirkan firasat isterinya. Jangan-jangan firasat itu benar.
Maka, si suami pun membincangkan lagi dengan orang-orang tertentu untuk menggali kubur Salman yang masih basah itu. Beberapa orang ada yang kurang setuju dan merasa itu hanyalah perasaan seorang ibu yang ditinggal anaknya saja. Tapi akhirnya penggalian itu dilakukan juga. Tidaklah sukar sangat menggali semula kuburan Salman yang masih basah itu. Ada perasaan aneh dan ganjil saat papan pelindung jenazah Salman dibuka satu-persatu. Kain kafan pun kemudian dibuka. Diperiksa leher Salman dan benar saja ada denyut di leher itu. Semua terkejut. Firasat si ibu ternyata benar. Salman masih hidup atau tepatnya ia hidup lagi, sebab sebelumnya mereka semua sudah yakin Salman benar-benar mati di waktu maghrib dengan cara memeriksa hidungnya yang tak mengeluarkan nafas lagi, nadinya tak berdenyut, dan tubuhnya sudah dingin. Pelan-pelan jasad Salman diangkat. Pipi Salman ditepuk-tepuk. Salman memberi tindakan balas. Matanya terbuka tapi ia tampak sangat ketakutan. Dia sedikit meronta tapi kemudian orang-orang di sekelilingnya menenangkannya. Salman akhirnya dapat sedar sepenuhnya dan mengenali beberapa ahli keluarganya dan orang-orang di sekelilingnya. Tapi wajahnya masih pucat dan menyiratkan ketakutan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Jenazah Bergerak Ketika Di Mandikan

PARA sahabat Nabi s.a.w. memang banyak menyimpan kisah dan cerita mengenai manusia. Para sahabat ini memang rapat dengan Baginda dan sering berdampingan. Mereka selalu mendengar cerita-cerita dari Nabi s.a.w. sendiri mengenai kisah-kisah dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi yang dahulu. Diantara para sahabat yang paling rapat dengan Nabi s.a.w. ialah Abu Hurairah r.a. Beliau merupakan seorang yang paling intim sekali. Beliau banyak menghafal hadis-hadis Nabi s.a.w., dan banyak meriwayatkan hadis-hadis tersebut. Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah. Kisah ini menarik dan perlu kita ketahui. Umat Islam khususnya perlu mengetahui kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah ini. Abu Hurairah bercerita: “Ada seorang jatuh sakit yang amat parah. Teman-temannya duduk berkelilinginya. Tiba-tiba orang itu pengsan (koma). “Oleh kerana teman-temannya menganggap dia telah meninggal dunia, lalu orang-orang disekelilingnya menutupi mukanya dengan kain dan menutup matanya.” Kemudian orang pun memandikannya kerana mahu dikebumikan segera. Ketika dimandikan, tiba-tiba tubuhnya bergerak.
Orang ramai pun hairan kenapa jadi macam itu. Tentulah dia sudah mati, kenapa pula tiba-tiba saja tubuhnya bergerak-gerak macam orang belum mati? Sebenarnya memang dia belum matipun lagi. Dia cuma pengsan (koma) sahaja. Mereka mendatanginya dengan rasa hairan dan memberitahukan bahawa mereka telah menganggapnya meninggal dunia. Mendengar hal itu, dia mengaku bahawa adalah benar dia telah meninggal dunia. Setelah mati (koma), dia dibawa ke kubur. Seorang pemuda tampan dengan bau wewangian meletakkannya di dalam kubur. Tapi tiba-tiba, seorang perempuan hitam dan kotor muncul. Perempuan itu mulai menunjukkan kesalahan-kesalahannya satu demi satu, sehingga dia menundukkan kepalanya, kerana  malu. Dia bertengkar dengan perempuan itu tentang kesalahan-kesalahannya. Akhirnya, perempuan itu berkata bahawa perselisihan mereka akan diselesaikan di tempat lain nanti. Dia mengikuti perempuan itu dan memasuki sebuah rumah yang luas yang memiliki lantai tinggi yang berkilauan. Sebuah masjid berdiri di salah satu sudutnya dan ada orang sedang bersolat, dia membaca surah an-Naml, tetapi berhenti di tengah-tengah surah, kerana terlupa. Dia membantu lelaki itu meluruskan ayat tersebut. Setelah menyaksikan solatnya, lelaki itu bertanya kepadanya apakah dia hafal surah itu. dia membenarkan. Mendengar hal itu, lelaki tersebut mengeluarkan sebuah buku dari bantalnya dan mulai membacakannya. Ketika itu perempuan hitam juga ada di sana dan mulai menunjukkan perbuatan buruknya satu demi satu. Lelaki yang tampan dan berbau wangi juga datang dan menyangkal perempuan itu, dengan menyebutkan segala perbuatan-perbuatan baiknya.
Mendengar hal itu, salah seorang yang ada di masjid mengumumkan bahawa meskipun dia membuka darinya terhadap segala risiko, tetapi Allah telah mengampuni kelalaian-kelalaiannya dan menambahkan bahawa kematiannya belum juga datang dan bahawa dia meninggal pada hari Isnin.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Tunai Haji Dalam Tahun 1971

DALAM bulan Disember 1970 saya tunaikan haji bersama satu rombongan dari Malaysia menggunakan pesawat MAS. Itulah penerbangan sulung MAS memulakan perkhidmatannya membawa jemaah haji.
Sebelum itu jemaah haji pergi ke Makkah menaiki kapal laut. Nama kapal itu ialah “Ansun”, dan “Kuala Lumpur”. Akhirnya kedua-duanya tenggelam dalam laut. Itulah sebabnya Malaysia menggunakan pesawat MAS untuk bawa jemaah haji selepas itu, yang bermula dalam bulan Disember 1970 hinggalah hari ini.
Kisah orang naik kapal laut pergi Makkah sudah tidak wujud lagi selepas tarikh tersebut. Ke Makkah tunaikan haji dalam tahun tersebut agak lain jika dibandingkan sekarang. Zaman itu keadaan di Makkah belum membangun lagi. Masjidnya pun belum diperbesarkan. Masjidil Haram masih lagi belum hebat sebagaimana sekarang. Di kawasan keliling Masjidil Haram masih banyak lagi rumah-rumah kayu.
Sebahagiannya adalah hotel yang diperbuat dari kayu dan batu. Jalan raya yang ada disekeliling Masjidil Haram masih lagi belum bertar dengan sepenuhnya. Saya tunaikan haji dalam tahun itu atas undangan Kerajaan Arab Saudi, iaitu atas nama Kementerian Penerangan Arab Saudi. Pegawai dari Kedutaan Saudi di Kuala Lumpur menghantar surat kepada Utusan menjemput salah seorang wakilnya untuk mengikuti perkembangan orang buat haji dalam tahun itu. Masa itu Pak Melan Abdullah sebagai Ketua Pengarang. Beliau telah memilih saya wakil utusan. Kebetulan dalam pemergian buat haji dalam tahun itu termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail. Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah, Tengku Ahmad Rithauddin selaku Menteri Luar, Menteri Besar Kelantan, Mohamad Yakub, Abdullah Ahmad yang ketika itu menjadi Setiausaha akhbar kepada Tun Razak turut sama tunai haji, dan satu penerbangan dengan kami dan jemaah haji lainnya. Saya dibekalkan dengan satu surat dari kedutaan dalam bahasa Arab. Surat itu saya diberitahu sebagai tanda: “Inilah orang yang menjadi tetamu Arab Saudi dalam Musim Haji ini.” Pak Melan telah memberitahu saya bahawa apabila tiba di Airport ada pegawai sambut dan ambil terus bawa ke hostel, dan pegawai ini akan uruskan segala-galanya. Tiba di Airport Jeddah, tak ada seorang pun yang sambut. Saya berjalan kaki dari pesawat menuju ke terminal bersama dengan jemaah lain.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Di Mahsyar Orang Punyai 99 Kejahatan

BANYAK cerita yang sudah kita baca mengenai kisah di padang mashyar. Kita juga telah banyak membaca tentang “perhisaban” (timbangan amal) yang akan berlaku di padang yang luas tidak bertepi itu. Semuanya itu memperlihatkan tentang keadilan Allah s.w.t. dalam membuat pertimbangan. Dalam Quran dalam surah At-Tin Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat lapan yang maksudnya:  “Bukankah Allah (yang demikian kekuasaannya) seadil-adil Hakim?’ Allah s.w.t. “Maha adil, paling adil dalam menghakimi makhluknya dihari pembalasan kelak. Pelbagai soal dan perkara dalam kehidupan manusia akan diadili oleh Allah. Amalan yang utama sekali dan paling penting yang akan dihisab ialah “Solat”. Setengah-setengah para ulama menjelaskan kalau masalah sembahyang beres dihisab, maka amalan-amalan lainnya mudah sahaja. Diakhirat nanti, semua amalan kita akan diwujudkan dalam bentuk manusia, atau pun dalam bentuk benda yang boleh dilihat oleh kita sendiri. Sekarang ini, semua amalan tidak dapat dilihat, tetapi Allah Maha Berkuasa boleh menjadikan apa saja amalan-amalan kita dalam bentuk apa saja yang Allah jadikan. Tidak ada orang yang dirugikan oleh Allah dalam penghakiman di padang mashyar kelak. Sebesar biji sawi sekali pun, perbuatan baik dan jahat akan di hitung dan akan dipertimbangkan. Dalam kitab-kitab agama yang menceritakan mengenai bab perhisaban dan bab padang mahsyar diceritakan secara lengkap terperinci mengenai perkara ini. Para ulama telah menghuraikan hadis-hadis Nabi s.a.w. berhubung masalah ini. Ahli-ahli Muffassirin pula telah menghuraikan ayat-ayat Quran dan menyimpulkan tentang hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Para ulama berkata pertama-tama, catatan solat akan dihisab iaitu seperti: Berapa banyak solat yang dikerjakan seseorang pada masa hidupnya, dan berapa banyak yang dia tinggalkan? Berapa banyak hambatan fizik dan sebaliknya yang dia atasi? Berapa banyak solat sunah (solat-solat sunat) yang telah dia kerjakan? Jika dia tidak melakukan solat wajib, maka tujuh puluh solat sunat dapat mengganti satu kewajiban yang terabai. Solat akan muncul dalam bentuk manusia. Solat yang ditunaikan tanpa keikhlasan, akan muncul tanpa tangan dan kaki. Solat wajib yang ditunaikan dengan sempurna, akan muncul dalam bentuk penuh hiasan. Catatan ibadah fizik, seperti puasa, haji, zakat dan berperang di jalan Allah (jihad), dihisab secara sama. Juga, catatan tentang kesalahan, haus akan ilmu agama, pembunuhan, luka-luka, makan dan minum, jual beli barang yang tidak sah, dan memenuhi hak orang lain, akan diperiksa secara teliti.
Orang yang teraniaya akan menerima ganti rugi (balasan) dari orang yang zalim (penganiaya) menurut aturan iaitu: Jika ada kebaikan yang tersimpan dalam diri penganiaya, kebajikan itu akan dimasukkan ke dalam catatan korban- korban kezalimannya. Dan jika tidak, maka dosa-dosa orang yang menganiayanya. Para dermawan yang yakin akan rahmat Allah, akan memberikan kebajikan mereka kepada orang lain tanpa pertimbangan. Diberitakan dalam sebuah hadis bahawa dua orang akan berada di neraca keadilan. Salah satunya memiliki kebaikan sama dengan dosanya, sedang yang lainnya hanya memiliki satu kebajikan. Orang yang pertama berkata kepada orang yang kedua:  “Jika kamu meminta satu kebajikan dari orang lain, maka timbangan kebaikanmu menjadi berat dan kamu akan diperkenankan masuk syurga.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Dua Syeikh Yang Di Pujuk Syaitan

APAKAH orang salih dijamin selamat dari godaan syaitan? Jawapannya tentu tidak. Jangankan orang salih, ulama atau kiai, Nabi Adam a.s. saja sempat tergelincir dari syurga dan diturunkan ke bumi kerana godaan syaitan. Begitu juga Nabi Daud a.s. yang pernah tergelincir kerana dikatakan merebut dan mengahwini isteri panglimanya sendiri. Berikut ini, saya paparkan tentang seorang salih bernama Syeikh Saffan yang tergelincir ke dalam perbuatan dosa kerana berhasil digoda oleh syaitan. Juga kisah seorang salih lainnya, Syeikh Anshari dan muridnya, yang berhasil lulus dari perangkap syaitan kerana keimanannya yang benar-benar teguh. Tujuan tulisan ini semata-mata agar kita selalu berwaspada terhadap godaan syaitan. Ertinya, orang yang sudah tampak salih, misalnya rajin berpuasa dan solat, tidak dijamin boleh selamat dari godaan syaitan. Prinsipnya sederhana: pertama, kerana syaitan sentiasa menggoda manusia sampai bila-bilapun.
Kedua, semakin orang itu salih, godaan syaitan terhadapnya pun semakin kuat. Jadi, intinya, harus tetap berwaspada. Syeikh Shaffan adalah salah seorang ulama yang selama 50 tahun bekerja untuk agama. Akibat satu pandangan yang haram, dia jatuh ke perangkap syaitan dan kehilangan akal dan jatuh cinta pada gadis berbeda keyakinan. Dia pergi meminang dan ayah si gadis mengatakan, “Pergilah kamu! Kami tidak akan memberikan gadis kepada muslim, kerana agama kami tidak mengizinkan untuk itu.” Syeikh yang sudah dimabuk cinta, bertanya: “Apa yang harus aku lakukan sehingga perkahwinan ini boleh berlangsung?”
Ayah gadis itu berkata, “Hanya ada satu cara: engkau masuk agama kami.” Syeikh Shaffan yang berjanggut putih itu melempar serbannya dan selanjutnya masuk agama yang dianuti si gadis. Ayah gadis itu kemudian berkata, “Tidak semudah yang engkau bayangkan, masih ada persyaratan lain, yakni emas kahwin.”
“Berapa emas kahwinnya?” tanya Syeikh. Gadis itu berkata, “Emas kahwinku sama dengan emas kahwin Shafura, anak perempuan Nabi Syu’aib yang juga isteri Nabi Musa a.s., namun dengan satu perbedaan, iaitu engkau harus menggembala babi selama 8 tahun.” Syeikh Shaffan yang tidak melihat jalan lain kecuali itu, terpaksa menerimanya. Gadis itu mengatakan, bahawa babi itu najis. Syeikh berkata, “Hal itu sudah tidak menjadi masalah, kerana aku telah masuk agama kamu.” Setelah upacara perkahwinan, gadis itu berkata, “Aku ragu padamu apakah kamu benar-benar masuk agamaku atau tidak?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kisah Nabi Hud Dan Umatnya Yang Menentang

DI SEMENANJUNG Arab, terhampar gurun-gurun pasir yang luas di bahagian timur. Tetapi, daerah itu kosong. Tak ada tanda kehidupan. Tak ada tanaman dan air. Padahal, dulu, daerah yang dikenal bernama Al Ahqaaf ini subur dan hijau. Daerah tempat kaum Ad pertama - yang nasab mereka sampai kepada Nabi Nuh a.s. - pernah mengukir setitik kehidupan. Tatkala musim hujan tiba, hujan turun dengan pusingan yang rutin. Tanah pun jadi subur. Hijau dan makmur. Liuk-liuk sungai dipenuhi air yang mengalir dengan jernih. Bentangan kebun-kebun dan ladang-ladang terlihat indah, menyegarkan bahkan menyenangkan dipandang. Di kebun-kebun itulah, tumbuh pohon-pohon kurma, anggur dan berbagai tanaman yang lain. Ternak pun berkembang biak dengan baik. Di permukiman penduduk kaum Ad itu, rumah-rumah dibangun dengan megah. Istana, mahligai dan benteng berdiri dengan menawan dan anggun. Maklum, pada waktu itu, mereka sudah dikenal memiliki peradaban yang tinggi. Bahkan, Allah memberi anugerah kepada mereka dengan bentuk fizik yang berbeda dengan yang lain, lantaran mereka tinggi dan kuat. Tapi, setumpuk anugerah itu tidak membuat kaum Ad bersyukur. Mereka justeru menjalani kehidupan dengan dipenuhi kemewahan dan kesombongan. Hati mereka pun tertutup. Mereka tidak menyembah kepada Allah s.w.t., melainkan menyembah patung-patung berhala. Dan mereka itu disebut-sebut sebagai kaum pertama yang menyembah patung - setelah banjir besar pada zaman Nabi Nuh. Di kuil-kuil yang ada atas di bukit, mereka beribadah dan menganggap berhala-berhala itulah yang telah menjadikan tanah mereka subur. Di tengah-tengah kesombongan kaum Ad itulah, Allah mengutus Nabi Hud untuk berdakwah. Dengan risalah yang dibawa itu, Nabi Hud mengajak kaumnya menyembah Allah, dan meninggalkan berhala-berhala itu. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Kamu hanyalah mengada-adakan saja.” (QS. Hud [11]: 50) Tapi, hati kaum Ad benar-benar telah tertutup. Seruan Nabi Hud tidak didengar dan dianggap hembusan angin yang keluar dari telinga kanan dan keluar telinga kiri. Mereka tidak mau membuka mata hati untuk menerima kebenaran yang dibawa Nabi Hud. Bahkan, dengan sombong, mereka mencemuh dan mengejek Nabi Hud. Hati mereka telah keras seperti batu, sehingga menuduh Nabi Hud itu sudah tolol dan gila. Bahkan, ejekan dan cemuhan yang diumbar oleh kaum Ad itu pun disertai dengan ancaman. 
Tapi Nabi Hud tidak takut, dan tetap mengajak kaumnya berpikir dengan jeli dan rasional. Apalagi, dakwah Nabi Hud itu tidak meminta upah atau balas budi. “Hai kaumku, aku tidak meminta upah kepadamu bagi seruanku ini. Upahku tidak lain hanyalah dari Allah yang telah menciptakanku. Maka tidakkah kamu memikirkan(nya)?” (QS. Hud [11]: 51)

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Penyanyi 'Rap' Terkenal Perancis Pilih Islam

SEBAHAGIAN kita tentu maklum bagaimana kisah para bintang ternama dunia yang akhirnya tewas dengan tragis. Mereka menyalahguna ubat penenang tidur hingga melebihi dos. Pelarian terhadap ubat-ubatan tentu bukan tanpa alasan. Bahkan, tak sedikit hingga ke dadah. Ubat-ubatan sejenis ini dianggap penawar atas kegelisahan dan ‘kepedihan’ jiwa. Menjadi bintang terkenal ternyata tidak selalu berbanding lurus dengan kebahagiaan dan ketenangan hidup. Sebut saja, bintang seksi Marilyn Monroe, yang meninggal tahun 1963. Kematiannya akibat terlebih menelan ubat tidur, yang biasa ia gunakan di saat masalah menghampirinya. Ia mengalami kekecewaan berat, kerana kekasihnya curang, hingga kemudian bunuh diri di bilik mandi dengan menelan ubat tidur hingga ‘over dose’. Nasib serupa juga dialami oleh Amy Whinehouse, Elvis Presley, Heath Ledger, Jimi Hendrix, Michael Jackson, dan sebilangan artis lainnya. Bahkan, beberapa tahun yang sudah, ratu muzik pop Amerika Syarikat, Whitney Houston, juga meninggal dunia akibat ubat-ubatan. Ia mencampur antara alkohol dan ubat-ubatan hingga ‘over dose’ dan ditemui mati di bilik hotel mewah Beverly Hilton. Ada lapuran mengatakan dia sengaja melakukan hal itu kerana kecewa atas masalah yang membelitnya. Kerana tidak kuat menghadapi masalah hidup, bunuh diri akhirnya jadi pilihannya.  Tapi, tidak semua bintang dunia mengikuti jejak mereka. Ada juga bintang dunia yang menjadikan agama sebagai pelarian sebenar. Islam, sebagai agama pembawa kedamaian, hadir membawa sinar. Penyanyi ‘Rap’ terkenal Perancis, Diam’s, atau nama sebenarnya Melanie Georgiades salah satunya. Penyanyi rap ini justeru jatuh ke pangkuan Islam manakala segala jenis ubat-ubatan dirasa tak mampu mengubati jiwanya yang sedang gundah. Manakala dia menghadapi masalah yang begitu besar, Islam lalu hadir untuk mengubati jiwanya yang ‘sakit’. Sejumlah pakar jiwa dan psikologi tak mampu merawat sakit kejiwaannya. Di saat itulah ia mengenal Islam dan mencuba memahaminya secara perlahan. Lambat laun, perkenalannya dengan Islam ternyata dapat mengubati kemelut kejiwaannya. Islam, bagi wanita kelahiran Cyprus, 25 Julai 1980 ini, adalah jawapan kehidupan. “Saya belum menemukan caranya untuk penyelesaian masalah yang selama ini dihadapi, baik dari ahli psikologi mahupun doktor jiwa. Namun, hanya saya dapatkan dalam Islam,” jelas Diam’s, menjawab persoalan Paris Match Magazine, mengenai keislamannya. Sebelumnya, Diam’s memang mengaku mengalami masalah kejiwaan yang begitu dahsyat. Kepindahan agama Diam’s akibat mengalami depresi besar seiring dengan populariti dan kejayaan yang diraihnya. Dia biasa dipuja-puja para peminatnya. Keadaan tersebut, sebagaimana dipetik dari Paris Match, membuat Diam’s melakukan pencarian alternatif yang tepat untuk hidupnya. Majalah Perancis Gala juga menyampaikan khabar bahawa penggerak dirinya menjadi seorang ‘saudara baru’ adalah kerana tekanan batin. “Dia telah menemukan (jawapan kehidupannya) dalam Islam, sesuatu yang tidak dapat ditemukan di agama-agama lain, yang telah membantunya dalam menangani psikologi, emosional dan masalah dalam kehidupan sehari-hari,” kata salah seorang teman dekatnya, kepada Majalah Gala. Media ternama di Perancis ini juga mencatat bahawa dalam beberapa tahun terakhir sebelum dirinya menjadi seorang muslimah, Diam’s turun dengan tekanan psikologi yang kuat kerana jatuh pada kejayaan dan populariti. Hal ini menyebabkan pengasingan dan mencari pilihan hidup. Menurut saksi sebahagian temannya yang lain, masuk Islamnya Diam’s kerana dia banyak berteman dengan para artis keturunan imigran. Terutama teman rapat perempuannya, artis Perancis berdarah Morocco, Amel Bent, dan Jamal Dabouz, yang banyak mendukung kerjaya seninya selama ini. Media massa di Perancis menyebutkan bahawa perubahan secara drastis dalam hidup Diam’s terjadi setelah dua bulan artis terkenal itu melangsungkan perkahwinan dengan pemuda Muslim bernama Aziz. Paris Match juga menceritakan keadaan Diam’s ketika masih kecil. Dia pernah mengalami kecelaruan jiwa, khususnya, setelah kedua ibu bapanya yang beragama Katolik bercerai. Dia bahkan pernah melakukan cubaan bunuh diri pada usia remaja 15 tahun. Sebagaimana pengakuan Diam’s, “Kemasyhuran dan kekayaan tidak membuat saya tenteram sesuai yang diinginkan, dan saya hanya mendapatkan jawapan dari Allah s.w.t.’” Dia juga menceritakan bahawa selama ini dirinya sudah melakukan upaya yang sungguh-sungguh untuk ‘mengubati’ kejiwaannya, yang terkadang terguncang di tengah populariti yang dia perolehi.  Perceraian yang menimpa ibu bapanya adalah keadaan yang sangat memukul kejiwaannya. Di saat dirinya masih remaja dan mengidealkan keutuhan rumahtangga, justeru ibu bapanya memilih jalan perceraian.  Kerana masih meraba-raba dalam hidupnya kala itu, dia mencuba mengakhiri nasib hidupnya, seperti yang sudah dilakukan oleh Merilyn Monroe mahupun bintang dunia lainnya. Untung saja, niat untuk bunuh diri kala itu dapat dicegah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Berkongsi Derita Dengan Muslim Rohingya

LEBIH beberapa bulan lalu kita seperti terkena ‘bom’ dengan berita mengenai muslim Rohingya yang menghuni di wilayah Rakhine (Arakan) di Myanmar. Bahkan beredar beberapa foto yang menggambarkan mereka dibunuh secara kejam baik oleh tentera Myanmar mahupun etnik Budha Arakan. Kekejaman atas muslim Rohingya tersebar melalui media sosial dan disebut sudah menyebabkan keheningan di dunia maya. Di Indonesia sudah berdiri PIARA (Pusat Informasi dan Advokasi Rohingya-Arakan) yang didirikan atas inisiatif aktivis hukum dari PAHAM (Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia) yang berpejabat di Pasar Rebo, Jakarta Timur. PIARA berusaha mengumpul bantuan untuk warga muslim Rohingya. Laporan mengenai keadaan muslim Rohingya memang sangat memprihatinkan. Kekerasan yang terjadi mulai bulan Jun lalu itu telah merebak menjadi tindakan pemerintah Myanmar secara tersusun dan pelanggaran hak asasi manusia (HAM) yang berat. Diberitakan, polis dan tentera Myanmar memperkosa, merompak, menyeksa dan membunuh orang-orang Rohingya secara sewenang-wenangnya. Sebahagian besar lagi muslim Rohingya ditangkap dan disumbat di kem-kem penahanan tanpa makanan dan perubatan.
Warga muslim Rohingya yang tertumpu di wilayah Rakhine itu terbiar dan tak mendapatkan bantuan apa-apapun. Mereka disekat dari dunia luar. Kerajaan Myanmar menyekat bantuan dan melarang sesiapapun masuk wilayah Rakhine. Hanya ada jalan melalui laut, tapi itu juga dijaga. Situasi jadi mirip dengan Gaza di Palestin yang terasing dari dunia. Tidak berlebihan jika dengan keadaan itu kerajaan Myanmar sepertinya memang ingin muslim Rohingya musnah perlahan-lahan. Hal ini bukan berlebihan. Hasrat tertinggi negara yang diperintah junta tentera itu, Presiden Thein Sein, bahkan menyebut muslim Rohingya sebaiknya dipindahkan saja ke negara lain. “Pindahkan saja mereka ke negara lain,” ujar Sein. Pernyataan ini sungguh menyakitkan. Muslim Rohingya sudah hidup di Arakan beratus tahun lamanya.
Inilah yang membuat Amnesty International, pertubuhan Hak Asasi Manusia antara bangsa, menyebut keadaan muslim Rohingya sangat darurat. Bagaimana tidak. Kekerasan dan pembunuhan terjadi dimana-mana dan pemerintah seperti merestuinya. Kolumnis Amerika Syarikat berdarah Palestin, Ramzy Baroud, menyatakan Rohingya saat ini sedang melalui episod paling malang dalam sejarah mereka. Apa yang mereka alami merupakan yang paling pedih dibandingkan berbagai masalah lain di dunia. Namun kisah penderitaan mereka seperti tak menjadi keutamaan dunia untuk diselesaikan. Baroud menyebut ini sangat mencurigakan dan ini ada kaitan penguasaan alam yang dihuni muslim Rohingya yang berlimpah seperti; hidrokarbon, mineral, permata, dan kayu. Sudah lazim diketahui, Myanmar adalah negeri miskin yang kekayaan alamnya diangkut dan dikuasai para kapitalis dari Barat.

Insiden Bas
Tragedi ini sendiri bermula insiden pada 3 Jun 2012. Segerombolan kelompok ekstrim Rakhines yang sebahagian besar penganut Buddha, menyerang sebuah bas penumpang yang mengangkut muslim Rohingya. 10 warga maut dalam insiden ini. Setelah inilah kerusuhan merebak kerana ada tindakan balas dari komuniti muslim Rohingya. Baroud menyatakan dalam rencana di ruang peribadinya, sejak tarikh 10 hingga 28 Jun 2012, sudah 650 Muslim Rohingya terbunuh, 1,200 hilang, dan lebih dari 80,000 orang lainnya menjadi pelarian akibat kerusuhan dan pembakaran. Kengerian terakhir yang ia catat adalah tarikh 13 Julai lalu saat sebuah helikopter tentera Myanmar membakar 3 perahu yang membawa 50 orang Rohingya yang berusaha melarikan diri. Semua penumpang perahu terbunuh. Baroud mengecam kelompok-kelompok pro-demokrasi Myanmar, khususnya Liga Nasional untuk Demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi atas sikap berdiam diri mereka terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap warga muslim Rohingya. Baroud menilai kekerasan dan kezaliman yang dihadapi minoriti muslim Myanmar yang berjumlah 800 ribu orang itu terjadi ketika Amerika Syarikat dan Inggeris menghentikan kempen pro-demokrasi mereka melawan kerajaan junta tentera Myanmar. Ini diparahkan dengan tindakan membisu media antarabangsa yang seperti tak peduli dengan tragedi itu. Tak ada berita, tak ada khabar, hingga maklumat Rohingya sebahagian besar diperoleh melaui media-media bebas dan media sosial. “Media antarabangsa mematikan lampu, black out, hingga tak tampak apapun,” ujar Baroud.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Hikmah Dan Keutamaan Mengamalkan Selawat

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Akan tersungkur hidung seseorang yang tidak membaca selawat kepadaku ketika disebutkan namaku di hadapannya.’” [HR. Termizi. Imam Termizi menerangkan bahawa hadis ini adalah hadis [kategori] hasan] Diriwayatkan dari Anas r.a., dia berkata, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘Barangsiapa yang mendengar namaku disebutkan, hendaklah dia membaca selawat kepadaku, apabila dia membaca selawat satu kali maka Allah Azza wa Jalla akan memberikannya sepuluh kali lipat.” [HR. Ibnu Sinni]  Sementara hadis lain disebutkan, diriwayatkan dari Ali r.a. dan dia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Orang yang bakhil [kedekut] adalah orang yang tidak mahu membaca selawat kepadaku ketika namaku disebutkan...’” [HR. Termizi. Menurut Imam Termizi hadis ini adalah hadis yang darjatnya shahih. Dan Imam Nasa’i pun meriwayatkan hadis ini.]  Imam Muslim sendiri, sebagai salah satu perawi yang namanya erat dengan hadis shahih, meriwayatkan hadis soal selawat. Ia berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Barangsiapa membaca selawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan sepuluh rahmat kepadanya.” [HR. Muslim dari Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash r.a.]
Lalu Imam Abu Hurairah menuturkan bahawa ia pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian menjadikan kuburku sebagai persidangan Hari Raya. Berselawatlah kepadaku, kerana selawat kalian sampai kepadaku dimana saja kalian berada.” [HR. Nasa’i] Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda: “Setiap kali seseorang mengucapkan salam kepadaku, maka Allah mengembalikan rohku sehingga aku dapat menjawab salamnya.” [HR. Abu Daud] Dalam hadis lain juga disebutkan, “Setiap mukmin yang berselawat satu kali kepada Nabi, nescaya malaikat Jibril memohonkan rahmat untuknya sepuluh kali.” [HR. Ibnu Majah]
Bila sejumlah hadis di atas tidak memuaskan anda, simaklah juga hadis berikut, sebagaimana ditulis Abdullah Hajjaj dalam buku ‘Agar Doa Terkabul’. Dari Abdullah r.a., ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang ditugasi khusus di muka bumi untuk menyampaikan salam yang diucapkan umatku kepadaku.” [HR. Nasa’i] Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda dalam hadis lain yang tidak kalah pentingnya untuk kita cermati. Beliau bersabda, “Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisiku kelak di Hari Kiamat adalah mereka yang paling banyak membaca selawat kepadaku.” [HR. Termizi]
Demikianlah sejumlah dalil naqli [Quran dan hadis] untuk memotivasi kita mendawamkan berzikir dan berdoa dengan selawat. Sejumlah redaksi di atas menyiratkan betapa selawat bukan hanya sebuah perintah yang mendatangkan pahala dari Allah, tetapi juga menggairahkan seseorang agar sentiasa mencintai RasulNya. Berdasarkan dalil di atas pula, tak aneh, bila selawat kepada Nabi menjadi salah satu poin penting dalam ibadah solat. Bacaan tasyahud awal dan akhir saat solat, misalnya, tidak akan sah tanpa membaca selawat Nabi. Sebab ia merupakan salah satu rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan.
Dan boleh dimaklumi pula, sebagai doa, zikir dan wirid, selawat sangat diperhitungkan dalam kehidupan seorang muslim. Tengok saja pelbagai ritual spiritual dan budaya yang banyak menggunakan selawat sebagai wasilah untuk bermunajat. Bila meminjam bahasa KH.Jalaludin Rakhmat, “Berbahagialah orang-orang yang menandai peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan—lahir, menikah, mendapat rezeki, lulus ujian dan sebagainya - dengan selawat. Lebih berbahagia lagi, orang-orang yang selalu menggetarkan selawat dimana pun ia berada.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Kematian Nasihat Paling Agung

KEMATIAN adalah guru. Kematian adalah nasihat. Kematian mengajarkan bahawa hidup mesti dijalani dengan yang terbaik. Nafas yang Allah berikan kepada kita adalah alat untuk melakukan ketaatan, tak ada maksud lain. Kematian adalah suatu hal yang selalu diperdengarkan. Ia selalu ada untuk direnungkan oleh sesiapapun juga. Ia memberi pelajaran bagi siapa saja yang ingin memperoleh pelajaran. Maka akan sangat menghairankan jika manusia lalai atasnya, melupakan, bahkan tak memikirkannya. Allah s.w.t. berfirman: “Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggung jawaban)? Bukankah dulu dia setitis mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim), kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah menciptakannya, dan menyempurnakannya, lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang: lelaki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) menghidupkan orang mati?” (QS. Al Qiyamah: 36-40) Abu Darda pernah berkata. “Aku dibuat tertawa oleh orang-orang yang mengharapkan dunia padahal maut mengejarnya. Dan aku juga dibuat tertawa oleh orang yang tertawa dengan mulut lebar, sedang dia tidak mengetahui apakah Allah redho padanya ataukah murka?” Abu Darda yang merupakan sahabat Nabi s.a.w. ini awalnya diriwayatkan menangis sebelum menyebutkan kalimat di atas. Tangisnya pecah mengingat masa-masa bersama Nabi dan golongannya yang kini telah pergi meninggalkan dunia. Tapi tiba-tiba ia tertawa demi melihat bagaimana banyak sekali orang yang sama sekali tak hirau akan kematian yang pasti datang. Demikianlah sebuah mata yang jernih yang bias melihat hakikat memandang kelalaian manusia dalam mengingat kematian. Abu Darda tertawa kerana merasa hairan melihat gambaran kehidupan manusia. Tampak sekali olehnya di celah-celah kehidupan yang berjalan banyak sekali model dan macam kelalaian yang dilakukan manusia. Sebahagian besar kelalaian itu lahir dari parahnya ketamakan akan dunia. Ketamakan ini terus menjadi-jadi, membuat orang saling membunuh dan saling membenci. Orang tega membunuh untuk merebut kekayaan, menguasai harta orang lain, atau menguasai tanah yang bukan miliknya. Manusia dikekang nafsunya hingga ia lupa hakikat hidupnya, lupa bahawa ia hanyalah seorang hamba, lupa bahawa manusia tak akan hidup selamanya. Kerananya, tawa Abu Darda itu adalah tawa yang menyentuh kesedaran kita akan perkara ini. Ia sesungguhnya ingin mencolek bahu orang-orang yang lalai itu dengan tawanya itu. Kelupaan dan kealpaan mengingat mati sendiri adalah milik siapa pun, baik kalangan agamawan mahupun orang biasa kerana syaitan sentiasa melenakan siapa pun dengan berbagai cara - sesuai kadarnya - dalam mengingat kematian. Syaitan melupakan kita bahawa kematian adalah guru dan nasihat yang agung.
Padahal siapa yang mengejar dunia sama ertinya dengan meminum air laut, semakin banyak meminum semakin bertambah pula rasa hausnya. Nabi kita, Muhammad s.a.w., juga telah bersabda dalam hadis riwayat Imam Bukhari bahawa seandainya anak Adam memiliki dua lembah maka dia akan mencari lembah yang ketiga. Manusia melupakan kematian sebagai guru dan nasihat hingga tergamak mengorbankannya waktu ibadahnya, lupa renungi kehambaan dirinya. Tak jarang manusia bias tertawa lepas sedang ia sama sekali tak mengetahui apakah Allah yang Rahman dan Rahim itu meredhoi hidupnya atau malahan murka terhadapnya? Astagfirullah...Sedang kematian selamanya selalu mengintai dalam waktu dan ketetapan yang mutlak. Allah telah berfirman dalam surat Al-A’raf ayat 34 yang telah membuat banyak orang salih menangis bahawa: “Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu. Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tak dapat pula memajukannya.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Lelaki Masyhur Penghuni Langit

DAN dialah lelaki masyhur di kalangan penghuni langit: miskin, muda, yatim. Dialah ‘selebriti’ yang dialu-alukan penduduk langit; bukan Nabi, bukan sahabat, tapi — syahdan — dua khalifah, Umar r.a. dan Ali k.w., bersusah payah mencari jati dirinya, tergerak ingin mereguk berkat doa darinya sebagaimana dianjurkan Rasulullah s.a.w.  “Ia bukan penghuni bumi. Ia penghuni langit. Mintalah [berkah] doa dan istigfar darinya..” kata-kata Nabi s.a.w. itu, agaknya, terakam berat dalam memorinya. Dia lelaki Yaman. Kerjayanya pengembala kambing dan unta. Dari upah mengembala inilah, ia menyara dirinya serta ibunya yang tua dan lumpuh untuk bertahan hidup. Bila upah itu lebih, ia sedekahkan untuk tetangganya yang senasib dengannya. Pakaian yang menempel di tubuhnya hanya dua lembar: satu untuk penutup badan, dan satunya lagi untuk selendang. Konon, zaman itu, banyak orang yang mengolok-olok kemiskinannya, menghina-hina dan mentertawakan  dirinya. Tak aneh, dalam sebuah riwayat sufisme, kerana miskinnya, lelaki ini mencari makan dari tong-tong sampah yang ada. Dalam satu kisah, ketika tengah mengais-ngais sampah, di sebelahnya ada seekor anjing yang juga sedang mengais-ngais makanan. Ia lalu berkata: “Wahai anjing, jika sebagai manusia berakal aku kelak tak selamat, maka sungguh engkau lebih baik dariku.” Kenapa Nabi s.a.w. boleh memuji lelaki miskin ini? Kenapa kemudian Umar dan Ali berteguh janji mencarinya? Dalam sebuah riwayat hadis dikisahkan: pemuda ini ingin sekali bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal di Madinah. Ia merindukan Nabi s.a.w. serupa pecinta yang sekian lama tak bersua. Terlebih, banyak tetangganya yang ia dengar telah berjumpa dengan Kekasih Allah itu. Tapi, ia masyghul. Bagaimana biaya menuju Madinah? Bagaimana dengan ibunya? Siapa yang akan merawatnya? Apalagi, saat ia dengar Nabi s.a.w. terluka dalam Peperangan Uhud dimana giginya tanggal akibat lemparan batu musuh-musuhnya,  ia kian gelisah. Ia ingin segera menziarahi Nabi. Gelora cintanya kepada Nabi yang belum pernah ia jumpai itu, ia tanggalkan juga giginya dengan batu.  Kian hari, rindu benar-benar melandanya. Ia tak tahan. Ia lalu mencurahkan perasaan itu kepada ibunya. Si ibu kelu. Ia mengerti betul iman anaknya terhadap Baginda Nabi. Ia memahami sekali gejolak rindu anaknya yang kuyu dan miskin ini. Ia pun meredhoinya. “Pergilah, Nak. Temuilah Rasulullah di rumahnya. Tapi, setelah bertemu, lekas pulanglah.”  Mendapat restu ibunya yang uzur, Uwais begitu teruja. Ia berkemas-kemas untuk segera berangkat. Namun, tidak lupa, ia siapkan keperluan ibunya dan ia titipkan kepada tetanga bila terjadi apa-apa dengan ibunya. Pemuda itu pun pergi, menempuh perjalanan jauh, melewati jalan-jalan berdebu, menaklukkan gurun-gurun pasir yang tandus,  mengakrabi panas yang terik dan malam yang teramat dingin. Allah Maha Kuasa, akhirnya, perjalanan dari Yaman ke Madinah yang jaraknya kira-kira 400 km itu lulus ia tempuh. Tapi, sayang, Allah juga punya kehendak lain. Setibanya di rumah Nabi, ia tidak mendapati manusia agung itu. Yang ada hanya isterinya, ‘Aisyah r.a. “Rasulullah sedang di medan perang..”ujar ‘Aisyah. Betapa sedihnya si pemuda mendapati kenyataan ini. Ia bingung, antara menunggu Nabi yang tak pasti kembalinya atau mengikuti pesanan ibunya untuk segera pulang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

Menjejak Sejarah Islam Di Kampung Mlangi

APABILA anda tengah berada di Kota Gudeg, sudi-sudikanlah berkunjung ke Kampung Mlangi. Kampung ini sungguh berbeda dibanding kampung-kampung lainnya di Yogyakarta. Mlangi adalah sebuah kampung yang memiliki jejak sejarah Islam yang panjang. Di kampung ini tumbuh dan berkembangnya puluhan pondok pesantren. Pondok pesantren tertua yang masih berdiri hingga sekarang adalah “Pondok Pesantren Al-Miftah” (lahir sejak tahun 1920-an). Kemudian berturut-turut disusul “Pondok Pesantren As-Salafiyyah, Al-Falakhiyyah” (pondok pesantren puteri pertama di Mlangi), “Al-Huda”, “As-Salamiyyah”, “An-Nasyath”, “Hujjatul Islam”, “Ar-Risalah”, “Al-Ikhsan” dan pondok-pondok pesantren lainnya.
Dibandingkan pondok pesantren lain, pondok pesantren di Mlangi ini agak unik. Kerana pondok pesantren di Mlangi dilahirkan oleh masyarakat hingga antara pondok pesantren dan masyarakat merupakan suatu komuniti sosial yang sama. Sementara pondok-pondok pesantren lain rata-rata dilahirkan oleh tokoh atau kiai. Sambil belajar belajar di lembaga pendidikan formal, masyarakat setempat menjadi ”pelajar-pelajar” yang menuntut ilmu di pondok-pondok pesantren yang ada di Mlangi. Kerana itu, jangan hairan apabila cara berpakaian penduduk sekitar pun terlihat Islami. Yang lelaki sehari-harinya biasa berkain pelikat, baju jubah dan berkopiah. Sedangkan yang perempuan biasa terlihat mengenakan kebaya dan bertudung.  Kendati majoriti pondok pesantren di Mlangi ini mengikuti tradisi salaf, namun pondok-pondok pesantren tetap bersikap terbuka. Sebab kebanyakan lembaga pendidikan formal tempat para pelajar (santri) belajar, baik di lingkungan Mlangi mahupun di luar Mlangi, sudah mengikuti kurikulum yang berlaku pada umumnya. Sehingga pelajar-pelajar yang kental dengan pendidikan tradisional, sedikit sebanyak juga sudah berfikiran lebih terbuka. Clifford Geertz, pengkaji masyarakat berasal dari Amerika Syarikat, yang meneliti budaya Jawa, pernah menyatakan bahawa Kampung Mlangi ini termasuk memiliki tingkat keagamaan tinggi, di dalamnya terdapat pelajar-pelajar pondok tradisional yang berbaur dengan pelajar-pelajar pondok yang moden. 

LAHIR DARI MULANGI
Tempat bersejarah di Mlangi yang masih dapat kita saksikan sekarang ini adalah bangunan Masjid Jami’ Pathok Negoro Mlangi. Masjid ini dikelilingi oleh kompleks perkuburan. Dan yang paling tersohor adalah perkuburan embah Kiai Nur Iman. Siapa Kiai Nur Iman? Beliau adalah tokoh yang pertama membuka kampung ini hingga menjadi kampung untuk pelajar-pelajar pondok seperti sekarang ini. Nama Mlangi tak lepas dari nama Kiai Nur Iman yang sebenarnya adalah kerabat Hamengku Buwono I, bernama asli Pangeran Hangabehi Sandiyo. Bila ditelusuri, Sandiyo (Nur Iman) dulunya pernah belajar di pondok Pesantren Gedangan Pasuruan Jawa Timur di bawah asuhan Kiai Abdullah Muhsin. Kiai memberikan julukan Nur Iman lantaran tindak tanduk muridnya yang seorang ini sangat arif dan bijak. Kiai juga berpesan agar Nur Iman sentiasa menyampaikan amar makruf nahi munkar, bila-bila pun dan dimana pun. Ia juga berpesan agar terus berjuang menegakkan Islam serta mendirikan pondok-pondok pesantren dimana ia tinggal nantinya. Sepulangnya dari memondok, ia diberikan hadiah berupa tanah oleh Hamengku Buwono I, yang tak lain adalah adiknya sendiri. Kebetulan saat itu Keraton (istana) Yogyakarta sudah berdiri usai penandatanganan Perjanjian Gianti (1755). Tanah hadiah inilah yang kemudian dinamakan ‘mlangi’, dari kata bahasa Jawa ‘mulangi’ yang bererti mengajar. Dinamai demikian sebab daerah itu kemudian digunakan oleh Kiai Nur Iman untuk mengajar agama Islam. Beliaulah yang akhirnya membuka kawasan yang dulunya berupa hutan belantara ini menjadi perkampungan Islam.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...