Monday, November 12, 2012

Kisah Di Mahsyar Orang Punyai 99 Kejahatan

BANYAK cerita yang sudah kita baca mengenai kisah di padang mashyar. Kita juga telah banyak membaca tentang “perhisaban” (timbangan amal) yang akan berlaku di padang yang luas tidak bertepi itu. Semuanya itu memperlihatkan tentang keadilan Allah s.w.t. dalam membuat pertimbangan. Dalam Quran dalam surah At-Tin Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat lapan yang maksudnya:  “Bukankah Allah (yang demikian kekuasaannya) seadil-adil Hakim?’ Allah s.w.t. “Maha adil, paling adil dalam menghakimi makhluknya dihari pembalasan kelak. Pelbagai soal dan perkara dalam kehidupan manusia akan diadili oleh Allah. Amalan yang utama sekali dan paling penting yang akan dihisab ialah “Solat”. Setengah-setengah para ulama menjelaskan kalau masalah sembahyang beres dihisab, maka amalan-amalan lainnya mudah sahaja. Diakhirat nanti, semua amalan kita akan diwujudkan dalam bentuk manusia, atau pun dalam bentuk benda yang boleh dilihat oleh kita sendiri. Sekarang ini, semua amalan tidak dapat dilihat, tetapi Allah Maha Berkuasa boleh menjadikan apa saja amalan-amalan kita dalam bentuk apa saja yang Allah jadikan. Tidak ada orang yang dirugikan oleh Allah dalam penghakiman di padang mashyar kelak. Sebesar biji sawi sekali pun, perbuatan baik dan jahat akan di hitung dan akan dipertimbangkan. Dalam kitab-kitab agama yang menceritakan mengenai bab perhisaban dan bab padang mahsyar diceritakan secara lengkap terperinci mengenai perkara ini. Para ulama telah menghuraikan hadis-hadis Nabi s.a.w. berhubung masalah ini. Ahli-ahli Muffassirin pula telah menghuraikan ayat-ayat Quran dan menyimpulkan tentang hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Para ulama berkata pertama-tama, catatan solat akan dihisab iaitu seperti: Berapa banyak solat yang dikerjakan seseorang pada masa hidupnya, dan berapa banyak yang dia tinggalkan? Berapa banyak hambatan fizik dan sebaliknya yang dia atasi? Berapa banyak solat sunah (solat-solat sunat) yang telah dia kerjakan? Jika dia tidak melakukan solat wajib, maka tujuh puluh solat sunat dapat mengganti satu kewajiban yang terabai. Solat akan muncul dalam bentuk manusia. Solat yang ditunaikan tanpa keikhlasan, akan muncul tanpa tangan dan kaki. Solat wajib yang ditunaikan dengan sempurna, akan muncul dalam bentuk penuh hiasan. Catatan ibadah fizik, seperti puasa, haji, zakat dan berperang di jalan Allah (jihad), dihisab secara sama. Juga, catatan tentang kesalahan, haus akan ilmu agama, pembunuhan, luka-luka, makan dan minum, jual beli barang yang tidak sah, dan memenuhi hak orang lain, akan diperiksa secara teliti.
Orang yang teraniaya akan menerima ganti rugi (balasan) dari orang yang zalim (penganiaya) menurut aturan iaitu: Jika ada kebaikan yang tersimpan dalam diri penganiaya, kebajikan itu akan dimasukkan ke dalam catatan korban- korban kezalimannya. Dan jika tidak, maka dosa-dosa orang yang menganiayanya. Para dermawan yang yakin akan rahmat Allah, akan memberikan kebajikan mereka kepada orang lain tanpa pertimbangan. Diberitakan dalam sebuah hadis bahawa dua orang akan berada di neraca keadilan. Salah satunya memiliki kebaikan sama dengan dosanya, sedang yang lainnya hanya memiliki satu kebajikan. Orang yang pertama berkata kepada orang yang kedua:  “Jika kamu meminta satu kebajikan dari orang lain, maka timbangan kebaikanmu menjadi berat dan kamu akan diperkenankan masuk syurga.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

No comments: