Monday, November 12, 2012

Jenazah Bergerak Ketika Di Mandikan

PARA sahabat Nabi s.a.w. memang banyak menyimpan kisah dan cerita mengenai manusia. Para sahabat ini memang rapat dengan Baginda dan sering berdampingan. Mereka selalu mendengar cerita-cerita dari Nabi s.a.w. sendiri mengenai kisah-kisah dalam kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi yang dahulu. Diantara para sahabat yang paling rapat dengan Nabi s.a.w. ialah Abu Hurairah r.a. Beliau merupakan seorang yang paling intim sekali. Beliau banyak menghafal hadis-hadis Nabi s.a.w., dan banyak meriwayatkan hadis-hadis tersebut. Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah. Kisah ini menarik dan perlu kita ketahui. Umat Islam khususnya perlu mengetahui kisah yang diceritakan oleh Abu Hurairah ini. Abu Hurairah bercerita: “Ada seorang jatuh sakit yang amat parah. Teman-temannya duduk berkelilinginya. Tiba-tiba orang itu pengsan (koma). “Oleh kerana teman-temannya menganggap dia telah meninggal dunia, lalu orang-orang disekelilingnya menutupi mukanya dengan kain dan menutup matanya.” Kemudian orang pun memandikannya kerana mahu dikebumikan segera. Ketika dimandikan, tiba-tiba tubuhnya bergerak.
Orang ramai pun hairan kenapa jadi macam itu. Tentulah dia sudah mati, kenapa pula tiba-tiba saja tubuhnya bergerak-gerak macam orang belum mati? Sebenarnya memang dia belum matipun lagi. Dia cuma pengsan (koma) sahaja. Mereka mendatanginya dengan rasa hairan dan memberitahukan bahawa mereka telah menganggapnya meninggal dunia. Mendengar hal itu, dia mengaku bahawa adalah benar dia telah meninggal dunia. Setelah mati (koma), dia dibawa ke kubur. Seorang pemuda tampan dengan bau wewangian meletakkannya di dalam kubur. Tapi tiba-tiba, seorang perempuan hitam dan kotor muncul. Perempuan itu mulai menunjukkan kesalahan-kesalahannya satu demi satu, sehingga dia menundukkan kepalanya, kerana  malu. Dia bertengkar dengan perempuan itu tentang kesalahan-kesalahannya. Akhirnya, perempuan itu berkata bahawa perselisihan mereka akan diselesaikan di tempat lain nanti. Dia mengikuti perempuan itu dan memasuki sebuah rumah yang luas yang memiliki lantai tinggi yang berkilauan. Sebuah masjid berdiri di salah satu sudutnya dan ada orang sedang bersolat, dia membaca surah an-Naml, tetapi berhenti di tengah-tengah surah, kerana terlupa. Dia membantu lelaki itu meluruskan ayat tersebut. Setelah menyaksikan solatnya, lelaki itu bertanya kepadanya apakah dia hafal surah itu. dia membenarkan. Mendengar hal itu, lelaki tersebut mengeluarkan sebuah buku dari bantalnya dan mulai membacakannya. Ketika itu perempuan hitam juga ada di sana dan mulai menunjukkan perbuatan buruknya satu demi satu. Lelaki yang tampan dan berbau wangi juga datang dan menyangkal perempuan itu, dengan menyebutkan segala perbuatan-perbuatan baiknya.
Mendengar hal itu, salah seorang yang ada di masjid mengumumkan bahawa meskipun dia membuka darinya terhadap segala risiko, tetapi Allah telah mengampuni kelalaian-kelalaiannya dan menambahkan bahawa kematiannya belum juga datang dan bahawa dia meninggal pada hari Isnin.

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

No comments: