Monday, November 12, 2012

Kisah Dua Syeikh Yang Di Pujuk Syaitan

APAKAH orang salih dijamin selamat dari godaan syaitan? Jawapannya tentu tidak. Jangankan orang salih, ulama atau kiai, Nabi Adam a.s. saja sempat tergelincir dari syurga dan diturunkan ke bumi kerana godaan syaitan. Begitu juga Nabi Daud a.s. yang pernah tergelincir kerana dikatakan merebut dan mengahwini isteri panglimanya sendiri. Berikut ini, saya paparkan tentang seorang salih bernama Syeikh Saffan yang tergelincir ke dalam perbuatan dosa kerana berhasil digoda oleh syaitan. Juga kisah seorang salih lainnya, Syeikh Anshari dan muridnya, yang berhasil lulus dari perangkap syaitan kerana keimanannya yang benar-benar teguh. Tujuan tulisan ini semata-mata agar kita selalu berwaspada terhadap godaan syaitan. Ertinya, orang yang sudah tampak salih, misalnya rajin berpuasa dan solat, tidak dijamin boleh selamat dari godaan syaitan. Prinsipnya sederhana: pertama, kerana syaitan sentiasa menggoda manusia sampai bila-bilapun.
Kedua, semakin orang itu salih, godaan syaitan terhadapnya pun semakin kuat. Jadi, intinya, harus tetap berwaspada. Syeikh Shaffan adalah salah seorang ulama yang selama 50 tahun bekerja untuk agama. Akibat satu pandangan yang haram, dia jatuh ke perangkap syaitan dan kehilangan akal dan jatuh cinta pada gadis berbeda keyakinan. Dia pergi meminang dan ayah si gadis mengatakan, “Pergilah kamu! Kami tidak akan memberikan gadis kepada muslim, kerana agama kami tidak mengizinkan untuk itu.” Syeikh yang sudah dimabuk cinta, bertanya: “Apa yang harus aku lakukan sehingga perkahwinan ini boleh berlangsung?”
Ayah gadis itu berkata, “Hanya ada satu cara: engkau masuk agama kami.” Syeikh Shaffan yang berjanggut putih itu melempar serbannya dan selanjutnya masuk agama yang dianuti si gadis. Ayah gadis itu kemudian berkata, “Tidak semudah yang engkau bayangkan, masih ada persyaratan lain, yakni emas kahwin.”
“Berapa emas kahwinnya?” tanya Syeikh. Gadis itu berkata, “Emas kahwinku sama dengan emas kahwin Shafura, anak perempuan Nabi Syu’aib yang juga isteri Nabi Musa a.s., namun dengan satu perbedaan, iaitu engkau harus menggembala babi selama 8 tahun.” Syeikh Shaffan yang tidak melihat jalan lain kecuali itu, terpaksa menerimanya. Gadis itu mengatakan, bahawa babi itu najis. Syeikh berkata, “Hal itu sudah tidak menjadi masalah, kerana aku telah masuk agama kamu.” Setelah upacara perkahwinan, gadis itu berkata, “Aku ragu padamu apakah kamu benar-benar masuk agamaku atau tidak?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah November 2012 di pasaran...

No comments: