Saturday, August 16, 2014

Hidayah Ogos 2014

Hidayah keluaran Ogos 2014 sudah beredar di pasaran.  Pastikan anda  tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera  sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk  anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja...


Salam Kami

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammmad s.a.w. Kali ini kita bertemu lagi dalam suasana yang ceria. Saling tegur menegur menebar salam mengucapkan datangnya Aidilfitri. Senyuman menghiasi wajah melukiskan gambaran kesucian hati yang terserlah
Menjelangnya fajar Syawal 1435 ini. Untuk sekian kalinya kita tetap meninggalkan Ramadan. Entah berjumpa lagi entah tidak Ramadan akan datang. Atau tanpa sedar entah-entah berbalut jasad kain kafan bersemadi dalam kubur menunggu sanak saudara sahabat handai datang menziarahi. Alangkah sayunya meninggalkan detik-detik ini. Walaupun kegembiraan hari raya mencerap rasa sanubari, namun tak sama cerianya beribadat di bulan puasa. Sehari dua aidilfitri, hilanglah keseronokannya. Berapalah sangat kuih muih, ketupat lemang yang tersudi dijamah. Lama-lama muallah rasanya. Pembaca budiman, janganlah lupa ada ibadat sunat penting yang wajar kita lakukan selepas ini. Buatlah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, apa lagi jika dibuat bermula sehari selepas 1 Syawal. Besar fadilatnya bagi yang mengerjakannya seolah-olah anda berpuasa sepanjang tahun. Memanglah Ramadan yag berlalu ini banyak dugaannya. Bagi kaki bola, ada yang sanggup berjegang mata dan bersahur hingga pertengahan Ramadan menonton Piala Dunia. Namun kita harus mengambil pendekatan yang positif. Bagaimana sebilangan pemain beragama Islam bertekad terus berpuasa di tengah panas terik beraksi namun ibadat puasa diteruskan. Inilah nilai murni yang boleh kita contohi. Sukan tidak melalaikan urusan ibadat utama yang akan dinilai pahalanya di akhirat kelak. Sewajarnya selepas ini, penonton-penonton bola sepak Piala Malaysia nanti bersolatlah terlebih dahulu terutama waktu Maghrib walau dalam keadaan apa sekalipun. Hidayah sebagaimana biasa dalam keluaran hari raya ini terus mempersembahkan kisah-kisah iktibar dan rencana-rencana menarik sepanjang masa untuk tatapan pembaca. Bagi pembaca budiman yang selama ini menyokong usaha kami ini, jutaan terima kasih kami ucapkan. Tanpa anda, majalah ini tidak akan wujud dalam tatapan. Anda akan mendapat “saham akhirat” apabila menjadi pembaca setia majalah ini, InsyaAllah. Kami mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin” dan kita berjumpa lagi dalam keluaran berikutnya.
Wassalam!

Pengarang
Suhaimi Hamid

Fahami Keutamaan Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban bererti pertengahan bulan Syaaban. Kalau merujuk kalender Hijriyah, malam itu jatuh pada tarikh 14 Syaaban kerana pergantian tarikh sesuai penanggalan Hilaliyah atau yang menggunakan sumber rembulan, yakni  saat matahari terbenam atau malam tiba. Di dalam sejarah kaum muslim ada yang berpendapat bahawa pada saat itu terjadi pemindahan kiblat kaum muslim dari Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram, seperti yang diungkapkan Imam Al-Qurthubi di dalam menafsirkan firman Allah s.w.t., “Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” (QS. Al Baqarah: 142) Al-Qurthubi mengatakan bahawa telah terjadi perbedaan waktu tentang pemindahan kiblat setelah kedatangan Nabi s.a.w. ke Madinah. Ada yang mengatakan bahawa pemindahan itu terjadi setelah 16 atau 17 bulan, sebagaimana disebutkan di dalam (shahih) Bukhari.  Sedangkan Daruquthni meriwayatkan dari al-Barra yang mengatakan, ”Kami melaksanakan solat bersama Rasulullah s.a.w. setelah kedatangannya ke Madinah selama 16 bulan menghadap Baitul Maqdis, lalu Allah s.w.t. mengetahui keinginan nabiNya, maka turunlah firmanNya, ”Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit.” Di dalam riwayat ini disebutkan 16  bulan, tanpa ada keraguan tentangnya.
Imam Malik meriwayatkan dari Yahya bin Said dari Said bin al Musayyib bahawa pemindahan itu terjadi dua bulan sebelum peperangan badar. Ibrahim bin Ishaq mengatakan bahawa itu terjadi di bulan Rejab tahun ke-2 H. Abu Hatim al-Bistiy mengatakan bahawa kaum muslim melaksanakan solat menghadap Baitul Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Kedatangan Rasul s.a.w. ke Madinah adalah pada hari Isnin, di malam ke 12 dari bulan Rabiul Awal. Lalu Allah s.w.t. memerintahkannya untuk menghadap ke arah Kaabah pada hari Selasa di pertengahan bulan Syaaban. (Al Jami’ Li Ahkamil Qur’an jilid I hal 554) Kemudian, apakah Nabi s.a.w. melakukan ibadah-ibadah tertentu di malam nisfu Syaaban? terdapat riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. banyak melakukan puasa di dalam bulan Syaaban, seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. berkata, ”Tidaklah aku melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan kecuali bulan Ramadan. Dan aku menyaksikan bulan yang paling banyak beliau berpuasa (selain Ramadan, pen) adalah Syaaban. Beliau s.a.w. berpuasa (selama) bulan Syaaban kecuali hanya sedikit (hari saja yang beliau tidak berpuasa, pen).” Adapun solat malam maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. banyak melakukannya  pada setiap bulan.  Solat malamnya pada pertengahan bulan sama dengan solat malamnya pada malam-malam lainnya. Ulama tabiin, Atha’ bin Yassar,  berkata, “Tidak ada malam yang lebih utama setelah malam Lailatul Qadar kecuali malam nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah s.w.t. turun ke langit dunia lalu menebarkan ampunan kecuali kepada orang menyekutukan Allah dan bermusuhan.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Kubur Peniaga Curang, Keluar Ulat Dan Ular

“Bummm...” bunyi dentuman itu memecah kesunyian malam di Kampung Selasih. Karyadi dan isterinya seketika terjaga dari tidurnya. Keduanya tertanya-tanya sambil meneka-neka peristiwa apa yang baru saja terjadi itu. “Astaghfirullah... bunyi apa tadi tu, bang?” tanya Siti pada suaminya.  “Entahlah... Aku juga tak tahu,” jawab Karyadi, 51.  Perempuan itu mendekap anaknya yang masih kecil kerana ketakutan. Tiba-tiba suara “Bummm..!” kali kedua terdengar lagi, sama kuatnya dengan yang pertama. Pasangan suami isteri itu saling berpandangan. Kembali kalimat istighfar spontan mereka ucapkan. Belum sempat berkata-kata lagi, dentuman ketiga terdengar lagi. Kali ini, mereka terdiam. Panik. Kegelisahan mulai merayapi perasaan mereka. Malam itu, bukan hanya keluarga Karyadi yang dilanda ketakutan. Beberapa warga lain juga dicekam ketakutan. Rumah Karyadi memang tidak terlalu jauh dengan suara dentuman itu. Didorong rasa ingin tahu, Karyadi dan beberapa warga memberanikan diri keluar rumah, melihat-lihat sekeliling untuk memastikan keadaan. Kala itu, waktu dini hari. Masih jauh lagi untuk masuk subuh. Sejumlah warga masih bingung dengan suara yang membangunkan tidur mereka. Ternyata setelah disusuri, dentuman tadi berasal dari kuburan kampung yang hanya berjarak 50 meter dari rumah Karyadi. Betapa kagetnya mereka, ketika sampai di lokasi dilihatnya asap nipis masih mengepul dari sebuah kuburan. Mereka tak berani mendekat. Namun dari jarak cukup jelas, mereka menduga bahawa asap itu muncul setelah dentuman berasal dari kuburan Hendra. (55 tahun, bukan nama sebenar).

Pemandangan Menyedihkan
Esok harinya, ketika matahari nampak di ufuk, Kampung Selasih heboh. “Mari kita lihat, bang! Kenapa semalam bunyi berdentum seperti ledakan dan asap mengepul di kuburan?” “Yelah... Mudah-mudahan tak terjadi sesuatu yang aneh-aneh,” jawab Karyadi agak khuatir. Mereka pun bergerak. Yang lain mengikuti dari belakang. Sampai di tempat kejadian, sudah tak terlihat lagi asap mengepul. Namun pemandangan ganjil tampak di hadapan mereka. Kuburan milik saudagar Hendra menganga. Bahkan bukan itu saja yang membuat mereka terkejut bukan main, tapi juga ada sesuatu yang bergerak-gerak, menggeliat dari dalam lubang menganga itu. Sebahagian di antara mereka ada yang segera angkat kaki meninggalkan tempat tersebut setelah melihat apa yang tersaji di depannya.
“Haah..!”  mereka terperanjat.
Nampak di lubang itu banyak ular dan ribuan ulat sedang menggeliat. Seakan binatang-binatang meronta ingin keluar dari liang lahad. Sungguh menjijikkan sekaligus menakutkan. Betapa tidak, baru kali inilah mereka saksikan kejadian yang di luar fikiran yang sihat. Aneh. Tapi itulah kenyataan yang mereka lihat. Dalam waktu singkat, khabar ganjil ini bertiup kencang di Kampung Selasih. Tak hairan, kampung itu pun menjadi gempar. Beberapa warga masih sempat menyaksikan kejadian itu. Namun akhirnya beberapa orang dari kalangan ahli agamanya mengambil langkah cepat menutupi lubang yang menganga tersebut dengan menambak tanah hingga rata dengan tanah sekitarnya agar suasana tidak makin sensasi.  Dalam hati, mereka yakin inilah kuasa Tuhan yang sengaja ditunjukkan agar manusia mampu merenungi peristiwa yang mungkin saja terjadi dengan perjalanan hidup si penghuni kuburan. Kendati demikian, setumpuk pertanyaan tetap menghinggapi kepala mereka; darimana datangnya binatang-binatang yang demikian banyak tersebut? Kenapa juga sebelumnya ada berlaku dentuman diikuti asap mengepul? Kenapa harus di kuburan saudagar Hendra, bukan di tempat lain? Rasanya mustahil orang berbuat sengaja dengan meletakkan ‘bom tiruan’ atau sebagainya dengan membuat huru-hara dengan cara seperti itu. Sebab selain tak ada untungnya, juga tak faedah sama sekali.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Bertaubat Setelah Kaki Membusuk

SEJAK lulus SMA (setaraf Tingkatan 5) di Jambi, Ariman, warga Desa Batanghari ini pergi merantau ke Balikpapan, Kalimantan Selatan. Di kota minyak ini, kerana tak mempunyai pengalaman sedikit pun, Ariman sanggup bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan masakan Padang. Tak lama bekerja di kedai makan pinggir jalan itu, lelaki yang hingga kini belum berkahwin itu melamar pekerjaan dengan sebuah syarikat catering. Nasib baik rupanya berpihak pada Ariman. Dia diterima bekerja di sana. Kali pertama bekerja, Ariman ditempatkan di sebuah lombong batu bara di Kota Baru, Pulau Laut, Kalimantan Selatan.
Sayangnya, baru bekerja beberapa bulan, Ariman terpaksa diberhentikan kerja, kerana itu wang hasil jerih payahnya selama di syarikat catering itu dibelikannya sebuah motosikal dan digunakan untuk ’menarik ojek’.
Sejak mencari nafkah sebagai tukang ojek, Ariman memilih tinggal di luar Balikpapan. Lelaki ini hijrah ke Dusun Gunung Lampu, Kelurahan  Amborawang, Kecamatan Samboja, Kutai Kertanegara. Kerana di tempat barunya dia tak memiliki sanak saudara, dia kemudian menumpang di rumah salah seorang warga setempat bernama Jamaludin. Kerana sama-sama dari Sumatera. Ariman berasal dari Jambi, sedang Jamaludin berasal dari Padang. Maka sejak saat itu, Ariman sangat akrab dengan Jamaludin. Bahkan sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Tak hanya itu, dari sisi ekonomi Jamaludin lebih mampu. Untuk makan sehari-hari Ariman tak perlu membayar kepada Jamaludin yang memiliki usaha warung dan kedai kecil-kecilan ini. Dengan begitu, selama menjadi tukang ojek yang melayani perjalanan Gunung Lampu-Argosari yang merupakan perkampungan bekas tahanan politik, sedikit demi sedikit Ariman dapat menabung wang simpanan. Apalagi, hasil jerih payahnya sebagai tukang ojek,  hanya berkurang untuk membeli rokok saja.   Rupanya, melihat kejayaan Jamaludin dalam berdagang, salah seorang tetangganya, yakni Rahardi, berminat juga membuka warung dan kedai runcit kecil-kecilan. Tak lama, Rahardi benar-benar membuka kedai runcit dan warung makan. Padahal, antara rumah Jamaludin dan Rahardi tak jauh jaraknya. Dengan begitu, di daerah yang sebenarnya sepi ini, terdapat dua warung. Hanya dalam hitungan bulan, usaha Rahardi berkembang pesat mengungguli Jamaludin. Sementara, usaha Jamaludin kemudian justeru mulai kembang-kempis. Hal inilah yang tak disukai Jamaludin. Sebagai manusia biasa timbul rasa iri dan dengki, terhadap keberhasilan Rahardi. Hingga pada suatu malam, saat duduk berdua dengan Ariman, dia mengutarakan isi hatinya kepada sahabatnya. Selain masalah kedai dan warungnya yang kian sepi kerana di dekatnya mulai ada pesaing, Jamaludin pun menyampaikan niat tidak baik. Maksudnya, Jamaludian meminta bantuan Ariman agar mencarikan seorang dukun yang boleh menghambat laju usaha Rahardi. Bahkan kalau boleh, mencari dukun yang mampu mematikan usaha tetangganya itu. Kerana merasa berhutang budi kepada Jamaludin, Ariman kemudian menyanggupi permintaan rakannya. Esok harinya, setelah pembicaraan empat mata dengan Jamaludin, Ariman langsung menuju Tenggarong, Kutai. Di kota ini, sebenarnya Ariman juga buta di mana dia harus mencari dukun yang mampu diminta tolong seperti permintaan rakannya. Namun, atas saran atau petunjuk tukang ojek sahabatnya, akhirnya Ariman mendapat petunjuk dimana rumah dukun yang dimaksudkan. Setelah bertemu dengan dukun yang dimaksudkan itu, Ariman langsung mengutarakan niatnya. Hanya dengan beberapa lembar wang pecahan lima puluh ribu rupiah, dukun itu menyanggupi permintaan pelanggannya. Setelah diberi syarat jampi serapah oleh sang dukun yang didatanginya, Ariman pun langsung pulang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Disambar Petir Kerana Kata-Kata Sendiri

Matahari hampir tenggelam. Saridin (40 tahun), petani yang tinggal di kampung Delima (sebut saja demikian) sejenak melihat ke arah matahari. Dia tahu, sebentar lagi azan Maghrib akan berkumandang dan dia tahu bahawa itu pertanda waktu pulang tiba. Dia memanggul cangkul di bahu, kemudian mencuci tangan dan kaki di kubangan air. Sejenak, dia kembali menatap arah matahari, lalu meniti pematang sawah yang berkelok hingga akhirnya memasuki kawasan rumah penduduk. Dia berjalan merunduk, tak peduli dengan orang-orang yang berselisih dengannya. Warga kampung Delima pun sudah memaklumi sifat Saridin yang tak banyak bicara, seperti tak peduli lingkungan sekitar. Dia terus berjalan dengan langkah perlahan. Di wajah Saridin tergurat rasa letih yang sangat. Sesekali, dia menyeka keringat di dahi dengan tangannya yang sudah berwarna kocoklatan akibat sering dibakar terik mentari.  Tinggal beberapa langkah lagi sebenarnya Saridin akan sampai di rumah. Tapi, saat hampir sampai di rumah, langkah Saridin dihentikan Ustaz Zaenal (45 tahun), salah seorang warga yang sudah dianggap sebagai ustaz di kampung Delima kerana jawatannya yang menjadi imam masjid dan mengajar anak-anak mengaji. “Assalamu`alaikum, bang Saridin,” sapa Ustaz Zaenal sewaktu terjumpa dengan Saridin. Ucapan salam itu cukup mengejutkan Saridin. Sebabnya, dia hampir tak pernah datang ke masjid atau ikut perkumpulan pengajian yang diadakan di masjid kampung tersebut. Jadi, dia langsung tak pernah bercakap dengan Ustaz Zaenal.  Tergagap, Saridin menjawab salam. “Wa`alaikumsalam, Ustaz.”  “Baru pulang, bang?” Saridin hanya mengangguk, tak menjawab sepatah kata pun. Dalam hati, Saridin merasa tak perlu menjawab pertanyaan itu kerana dia tahu sebenarnya Ustaz Zaenal sudah tahu jika dia baru pulang dari sawah. Tetapi, kenapa hal itu masih ditanyakan? Itulah yang membuat Saridin kesal. Pernyataan itu pun dianggap hanya sekadar basa basi yang tak perlu ditanggapi.  “Sebentar lagi mahu Maghrib, bang! Jomlah segera mandi, dan pergi ke masjid!” ajak Ustaz Zaenal tanpa bermaksud menyindir. Maklum, Ustaz Zaenal tahu, Saridin bukanlah termasuk orang kampung yang rajin solat berjemaah. Tetapi, menurut Ustaz Zaenal, hal itu perlu disampaikan kepada Saridin - dengan harapan siapa tahu Saridin terketuk hatinya kemudian mulai ikut solat berjemaah. Tapi, Saridin justeru kian kesal dengan Ustaz Zaenal. Walau demikian dia tetap diam, dan tidak menunjukkan reaksi. Dia berharap Ustadz Zaenal cepat berlalu, dan dia boleh segera pulang ke rumah. Sayangnya, Ustaz Zaenal justeru tidak segera berlalu, malah tiba-tiba mengajak Saridin berbual-bual. “Boleh saya menyampaikan sesuatu, bang?”
Saridin tambah kesal. Harapan Saridin agar Ustaz Zaenal segera pergi dari hadapannya dan kemudian berjalan ke masjid ternyata hampa, dan malah bermaksud mengajak bebual lebih jauh. Saridin tidak tahu, dan tidak punya fikiran apa pun kenapa tiba-tiba Ustaz Zaenal ingin mengajaknya berbual-bual saat-saat menjelang maghrib ini. Tetapi, dia merasa kebingungan.  “Ustaz, apa yang sebenarnya ingin disampaikan? Silakan disampaikan, biar saya cepat segera pulang kerana saya sudah lapar,” jawab Saridin.
“Hanya ingin menyampaikan sesuatu, bang,” ujar Ustaz Zaenal pendek.  “Ya, Ustaz. Silakan dan cepatlah sikit!” “Begini, bang, ceritanya itu ada beberapa orang kampung yang meminta saya berbicara kepada bang Saridin,” Ustaz Zaenal tak langsung menyampaikan apa yang sebenarnya terjadi, kerana dia masih bingung membuka percakapan yang tepat. Sayang, Saridin memaksa Ustaz Zaenal untuk segera berbicara.
“Ustaz, tidak usah berbelit-belit dan buang-buang waktu. Ustaz tahu kan saya sedang lapar dan hendak pulang ke rumah kerana letih sehari suntuk bekerja? Jadi, sampaikan saja apa yang ingin Ustaz sampaikan. Tidak usah banyak cakap itu dan ini!” “Yalah, bang. Saya hanya ingin menyampaikan apa yang dikeluhkan warga. Selama ini, warga kampung merasa bang Saridin kurang bergaul, tak kisah dan ambil peduli dengan masyarakat. Lebih dari itu, mereka mengeluhkan sikap abang Saridin yang suka merendahkan orang lain.”
“Ustaz, saya sudah tahu jika soal itu. Jadi, tidak usah Ustaz berceramah menasihati saya tentang satu hal ini.”
“Bang, saya hanya menyampaikan dan mengajak bang Saridin sedar. Itu saja, bang. Jadi jangan dianggap saya paling suci dan terbaik. Jika saya masih boleh mewakili keluhan orang kampung, sebaik mungkin saya sampaikan. Saya hanya mengingatkan saja, bang. Tidak lebih, tidak kurang. Jadi jangan salah faham!”
“Lalu kenapa jika saya seperti ini, Ustaz?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Mengubah Orang Kasar Dengan Kelembutan

SUATU hari, ada seorang Badui datang ke kota Madinah. Dia datang dengan tujuan untuk mendatangi Nabi - yang saat itu sedang berkumpul bersama sahabat di dalam masjid. Tanpa basa-basi, si Badui langsung menyampaikan maksud kedatangannya: meminta sesuatu. Nabi s.a.w. memberi sesuatu yang tidak seberapa. Tapi, si Badui merasa kurang. Dia lantas berkata kasar dan kurang sopan kepada Nabi. Spontan, hal itu membuat para sahabat marah, nyaris bertindak kasar kepada Badui itu. Tetapi, Nabi mencegah dan menenangkan keadaan. Nabi justeru mengajak si Badui bertandang ke rumah, dan Nabi memberinya sesuatu lagi. Si Badui benar-benar merasa senang, tapi pada sisi lain juga merasa hairan - nyaris tidak percaya. Sebab, dia melihat langsung keadaan (rumah) Nabi. Tidak banyak hadiah dan barang. Hal itu tidak pernah dia bayangkan. Pasalnya, dia menganggap rumah Nabi banyak dipenuhi barang-barang mewah sebagaimana pemimpin-pemimpin lain yang pernah dilihatnya. Seketika itu, si Badui sedar. Dia pun mengucapkan rasa terima kasih. Nabi kemudian berkata, “Kemarin kau mengucapkan kata-kata kasar, dan tidak senonoh di hadapanku, hingga menimbulkan kemarahan sahabat-sahabatku. Aku khuatir mereka akan mengganggumu kelak kemudian hari. Sekarang kau telah mengucapkan terima kasih kepadaku, bolehkah kata-kata yang sama ini kau ucapkan di hadapan para sahabatku besok agar meredakan kemarahan mereka terhadapmu?”
Si Badui pun menyanggupi, tidak menolak. “Baik,” jawabnya. Janji itu ditepati. Esok hari, si Badui datang ke masjid untuk memenuhi janji. Saat para sahabat sudah berkumpul, Nabi kemudian membuka percakapan yang manis dan elegan. “Orang ini telah menunjukkan kerelaan dan keramahannya terhadap kita. Bukankah begitu?” Si Badui merasa dihormati Nabi, dan menjawab pendek. “Ya betul.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Penyair Amir Hamzah Di Pancung!

NAMA lengkap Amir Hamzah ialah Tengku Amir Hamzah, tetapi dipanggil Amir Hamzah, lahir di Tanjung Pura, Langkat, Sumatera Utara, pada 28 Februari 1911. Amir Hamzah membesar dalam lingkungan bangsawan Langkat yang taat pada agama Islam. Bapa saudaranya, Machmud, adalah Sultan Langkat yang memerintah tahun 1927-1941. Ayahnya, Tengku Muhammad Adil (saudara Sultan Machmud sendiri), menjadi wakil sultan untuk Luhak Langkat Bengkulu dan menetap di Binjai, Sumatera Timur. Amir mendapat pendidikan di Langkatsche School di Tanjung Pura pada tahun 1916. Tahun 1924 masuk sekolah MULO (sekolah menengah pertama) di Medan. Setahun kemudian berhijrah ke Jakarta hingga menyelesaikan sekolah menengah pertamanya pada tahun 1927. Amir, kemudian melanjutkan sekolah di AMS (sekolah menengah atas) Solo, Jawa Tengah, Jurusan Sastera Timur, hingga tamat.  Kembali lagi ke Jakarta dan masuk Sekolah Hakim Tinggi hingga meraih Sarjana Muda Hukum. Amir Hamzah tidak dapat dipisahkan dari kesusteraan Melayu. Tidak hairan jika dalam dirinya mengalir bakat kepenyairan yang kuat. Buah Rindu adalah kumpulan puisi pertamanya yang menandai awal kariernya sebagai penyair. Puncak kematangannya sebagai penyair terlihat dalam kumpulan puisi Nyanyi Sunyi dan Setanggi Timur. Selain menulis puisi, Amir Hamzah juga menterjemahkan buku ‘Bagawat Gita’. Riwayat hidup penyair yang juga pengikut tarekat Naqsabandiyah ini ternyata berakhir tragis. Pada 29 Oktober 1945, Amir diangkat menjadi Wakil Pemerintah Republik Indonesia untuk Langkat yang berpusat di Binjai. Ketika itu Amir adalah juga Raja muda Langkat Hulu di Binjai. Ketika Sekutu datang dan berusaha merebut hati para sultan, kesedaran rakyat terhadap revolusi membara. Mereka mendesak Sultan Langkat segera mengakui Republik Indonesia. Lalu, Revolusi Sosial pun pecah pada 3 Mac 1946. Sasarannya adalah keluarga bangsawan yang dianggap kurang memihak kepada rakyat, termasuk Amir Hamzah. Pada pagi hari 20 Mac 1946 mereka dihukum pancung. Namun, kemudian terbukti bahawa Amir Hamzah hanyalah korban yang tidak bersalah dari sebuah revolusi sosial. Pada tahun 1975 Pemerintah RI menganugerahinya gelar Pahlawan Nasional. Dalam diri seorang penyair, ada dua aspek yang sering diperbincangkan, iaitu realitinya sebagai seorang manusia, dan kapasitinya sebagai seorang penyair. Dua realiti ini berjalan seiring, saling mempengaruhi dan saling menjelaskan. Semua penyair adalah manusia, namun, tidak semua manusia menjadi penyair. Amir Hamzah adalah seorang manusia pandai bersyair. Ia lahir sebagai putera dari seorang keluarga istana, dengan kedudukan politik semasa yang tidak menguntungkan, ia tiada kuasa untuk memilih, apalagi menolak, apakah mahu menjadi sebahagian dari rakyat jelata, atau bangsawan istana.  Amir membesar dan berkembang dalam suasana harmonis keluarga sultan. Sebagaimana kerajaan Melayu lainnya, Langkat juga memiliki tradisi sastera yang kuat. Lingkungan istana inilah yang pertama kali mengenalkan dunia sastera pada dirinya. Ayahnya, Tengku Muhammad Adil adalah orang penting di Langkat yang sangat mencintai sejarah dan sastera Melayu. Pemberian namanya sebagai Amir Hamzah disebabkan ayahnya yang sangat mengagumi Hikayat Amir Hamzah. Dalam lingkungan yang seperti itulah, kecintaan Amir terhadap sejarah, adat-istiadat dan kesusasteraan negerinya tumbuh.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Hikayat Pelacur Dan Pemuda Yang Takut Seksa

Hasan Basri bercerita: Di sebuah kampung, ada seorang wanita jalang yang kecantikannya luar biasa, mengalahkan perempuan-perempuan lain seusianya. Parasnya yang ayu, menawan, sudah terkenal dimana-mana. Perempuan ini jadi primadona banyak orang, terutama mereka yang berduit. Siapa saja asal punya wang minima 100 dinar, boleh menikmati kemolekan tubuhnya. Sampai suatu hari, ada seorang pemuda melihat kecantikan parasnya. Pemuda ini kagum akan kecantikannya, hingga terbetiklah hasratnya untuk mendekati.  Namun apa daya, wang di kantongnya tak cukup. Kerana itu, ia bekerja membanting tulang dengan tangannya sendiri. Ia ingin mengumpulkan wang 100 dinar sesuai yang disyaratkan perempuan itu. Singkat kemudian, kerja kerasnya membuahkan hasil. 100 dinar diperolehinya. Kemudian dengan penuh semangat, ia mendatangi perempuan cantik itu di kediamannya. “Sungguh engkau telah membuatku terlalu kagum. Untuk itulah, aku bekerja keras supaya dapat mengumpulkan 100 dinar,” kata pemuda itu bangga. “Bayarkan saja wang itu pada ketua pelayan agar dinilai keaslian dan ditimbang beratnya,” sahut si perempuan cantik itu. Setelah beres semua pembayarannya, si perempuan berkata lagi, “Masuklah!” sambil isyaratkan dengan telunjuk tangannya.  Rumah perempuan ini nampak sangat indah, bersih dan mewah. Setiap sisi ruangannya mengeluarkan aroma wangi, sehingga membuat nyaman mereka yang berada di tempat itu. Pemuda itu pun masuk. Kini, ia tiba di sebuah bilik yang ranjangnya berhiaskan emas. Jelas kelihatan sangat istimewa. Ia berdecak kagum akan segala keindahan yang terpampang di hadapannya. Ketika sudah masuk di bilik yang bagaikan kamar pengantin itu, “Marilah!” wanita itu memanggilnya. Wanita itu tersenyum manis. Pipinya merona. Tak berapa lama lagi, ia bersiap menjalankan tugasnya. Ia berfikir, pastilah pemuda ini sama saja dengan pemuda-pemuda lain yang ingin memuaskan hasrat biologisnya dengan dirinya. Sebelumnya, pemuda ini menggebu-gebu dan terus membayangkan syahwatnya  yang sudah lama ia pendam dengan perempuan di hadapannya ini bakal dilampiaskan, namun keinginan itu tiba-tiba meredup. Justeru yang terjadi tubuhnya gementar. Jantungnya berdegup keras. Keringat dinginnya mengucur dari pori-pori tubuhnya. Entahlah kenapa perasaan tak menentu ini mendadak menghinggapi dirinya. Hatinya gelisah luar biasa. Seketika keinginan liarnya sirna. Syahwatnya yang tadinya membuncah, seketika lenyap, terbunuh oleh ketakutan yang luar biasa. Yang muncul dalam kepalanya justeru bayangan dosa sekaligus seksaan yang amat pedih; kobaran api yang siap melalap dirinya dan rasa sakit yang tiada tara dirasakannya.
Ia gemetaran mengingat bagaimana akibatnya nanti ia akan mempertanggungjawabkan perbuatannya di hadapan Allah s.w.t. jika benar-benar melakukan maksiat yang sudah direncanakan sebelumnya.
“Tidak... tidak... tidak... Aku tak mahu!” hatinya memberontak. Setelah berfikir matang-matang, ternyata lebih banyak mudharat yang akan menimpanya jika melakukan maksiat, ia pun mengambil keputusan mengurungkan niat buruknya. “Biarlah aku pergi! Ambil saja wang 100 dinar itu!” ucapnya.
Dengan penuh perasaan hairan, sang wanita yang ada di atas ranjang tadi bertanya, “Ada apa denganmu? Katanya, engkau sudah pernah melihatku dan mengagumiku. Kemudian engkau juga menginginkan diriku. Bahkan terlalu berhasratnya dengan diriku, engkau rela bekerja membanting tulang agar dapat mengumpulkan wang 100 dinar. Setelah engkau mendapatkan wang itu dan menginginkan diriku, lantas kenapa engkau jadi begini?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Permata Ulama Di Bumi Bugis

Nama AGH. Abdurrahman Ambo Dalle, atau biasa dipanggil Anregurutta H. (AGH) Ambo Dalle, adalah tokoh ulama karismatik yang sangat disegani dan mendapat tempat yang mulia di hati masyarakat Sulawesi Selatan. Ia seorang maha guru, yang menginspirasi betapa pentingnya menjadi seorang pendidik dan pendakwah Islam. Semasa hidupnya, ia mendedikasikan hidupnya untuk umat Islam. Ia dekat dengan semua kalangan, baik pelajar-pelajar pondoknya mahupun masyarakat dan pemerintah. Pengabdiannya yang sepenuhnya dan kepemimpinannya yang adil, lekat di jiwa pencintanya. Agaknya, sulit menemukan figur ulama seperti dirinya, terutama sekali mengetahui selok belok perjuangannya di dalam menegakkan syiar agama dan meletakkan asas yang kukuh demi berdirinya pendidikan pesantren, yang kini memiliki jaringan cabang atau cawangan yang sangat luas hingga keluar negeri.

Mendirikan DDI
Gurutta Ambo Dalle lahir dan hidup di tengah keluarga bangsawan sekitar tahun 1900 M, di Desa Ujung Kecamatan Tanasitolo, Kabupaten Wajo. Ayahnya bernama Andi Ngati Daeng Patobo dan ibunya bernama Andi Candara Dewi. Gurutta mendapat pendidikan formal pertamanya di Volk School (Sekolah Rakyat) sedangkan petang hari dan malamnya ia belajar mengaji. Sejak kecil, ia rajin belajar tajwid, nahwu-sharaf dan menghafal al-Quran pada seorang ulama bernama KH. Muhammad Ishak. Umur 7 tahun, ia sudah hafal al-Quran. Selain ilmu agama, ia pun mengikuti kursus bahasa Belanda di HIS. Ia pernah pula belajar di Sekolah Guru yang diselenggarakan Syarikat Islam (SI) di Makas. Pada saat banyak ulama asal Wajo pulang dari Makkah setelah belajar lama di sana, seperti H. Muhammad As’ad bin Abdul Rasyid Al-Bugisy, Gurutta tak menyia-nyiakan kesempatan emas itu hingga ia berangkat ke Sengkang untuk menimba ilmu dari guru besar tersebut hingga ia diangkat menjadi penolong oleh gurunya. Berbekal pengalaman mengajar yang ada, Gurutta diberi amanah memimpin MAI Mangkoso. Ia pun membuka cabang MAI Mangkoso di berbagai daerah. Kemerdekaan yang diproklamasikan pada tarikh 17 Ogos 1945 ternyata tidak serta merta mendatangkan ketenteraman dan kedamaian bagi rakyat. Ancaman datang lagi dari Belanda melalui aksi Sekutu/NICA. Rakyat dari berbagai pelosok bangkit mengadakan perlawanan. Terjadilah peristiwa yang dalam sejarah dikenal sebagai Peristiwa Korban 40,000 Jiwa di Sulawesi Selatan. Tentara NICA di bawah komando Kapten Westerling membunuh dan menahan rakyat yang dituduh sebagai ekstrimis. Banyak santri yang ditugaskan Gurutta Ambo Dalle menjadi korban. Namun, situasi itu tidak menyurutkan semangat Gurutta. untuk mengembangkan MAI. Bahkan, dalam situasi seperti itu bersama beberapa ulama lepasan MAI Sengkang, diantaranya AG.H.Daud Ismail dan AG.H.M. Abduh Pabbajah, AG.H.Abdurrahman Ambo Dalle melakukan pertemuan alim ulama/kadhi se Sulawesi Selatan di Watang Soppeng. Pertemuan itu menyepakati pembentukan  organisasi yang diberi nama Darud Da’wah Wal Irsyad (DDI), yang bergerak dalam bidang pendidikan, dakwah, dan sosial kemasyarakatan. AG.H.Abdurrahman Ambo Dalle dipilih sebagai ketua dan AG.H.M.Abduh Pabbajah sebagai setiausaha organisasi itu. Setelah pertemuan tersebut, MAI Mangkoso beserta seluruh cabang-cabangnya berubah nama menjadi DDI. Mangkoso pun ditetapkan sebagai pusat organisasi. Tahun 1950, Gurutta yang berusia 50 tahun itu akhirnya pindah ke Parepare meninggalkan Mangkoso yang sarat kenangan yang semakin meneguhkan ketokohan Gurutta dalam sumbangannya menegakkan agama Islam melalui media pendidikan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Mengakui Dalil-Dalil Logik Agama Islam

Namaku Edy Prayitno. Nama baptisku Paulus Edy Prayitno. Saat ini aku menetap di Surabaya. Sejak kecil aku sudah beragama Kristian. Aku diasuh oleh bapa saudara sejak kecil, setelah ayahku meninggal.  Dia seorang paderi yang kaya raya. Dia hanya mempunyai seorang anak perempuan, makanya dia mengambil aku untuk diasuhnya dan dijadikannya sebagai anak angkat. Salah satu tujuannya agar aku kelak boleh dididik dan menjadi seorang paderi. Seorang wanita memang tidak boleh menjadi seorang paderi. Itulah sebabnya bapa saudaraku itu ingin mengasuhku. Kalaupun ada wanita menjadi paderi, tetap saja yang diperbolehkan menurut Alkitab adalah laki-laki. Kalaupun ada wanita menjadi paderi, yang alasannya kerana Ester juga seorang ‘nabi’, namun ini jarang diterima. Kerana, menurutku, kalau kita lihat sejarah, Ester bukanlah seorang nabi. Jadi, sampai sekarang Katolik juga tidak pernah menerima ada ‘romo’ atau ‘pastor’ dari perempuan. Kalau biarawati itu berbeda. Sejak kecil aku sudah dididik ketat soal agama Kristian. Aku disekolahkan di sebuah kelas muzik dan sekolah minggu sejak remaja di Gereja GPPS (Gereja Pantekosta Pusat Surabaya). Lulus SMU aku dimasukkan sekolah Alkitab yang lulusannya menjadi penginjil dan paderi yang dikirim ke seluruh pelosok Indonesia dengan gaji dan belanja penuh dari gereja. Aku harus seratus peratus melayani, dan tidak boleh bekerja di luar gereja. Aku juga dulu sangat aktif mencari jiwa. Istilahnya “menjaring jiwa”, iaitu mengusahakan orang Islam masuk ke agama Kristian. Jika aku boleh menunjukkan bahawa dia beragama Islam di kad pengenalannya, dan ia bersedia sampai dibaptis, maka aku akan mendapatkan hadiah. Hadiahnya dipamerkan di papan kenyataan. Sampai ada yang menerima hadiah motosikal jika mendapat 5 orang masuk Kristian. Saat aku masih kuliah di teologi, aku punya perkumpulan penginjilan. Kala itu aku menjadi ketua pasukan muzik. Kemana-mana aku selalu diajak. Dalam gereja aku, syarat menjadi paderi harus penuh “Roh Kudus”. Pencarian “Roh Kudus” ini tidak semua bahagian dan kelompok gereja ada, apalagi yang dari Katolik, mereka pasti tidak ada acara pencarian penuh “Roh Kudus”. Dalam pencarian ini aku harus puasa sesuai tingkatan. Ada yang tiga hari, ada yang tujuh hari, dan ada yang 40 hari.  Saat pencarian “Roh Kudus” kita dianjurkan berada di atas bukit atau gunung. Hal ini seperti yang dialami Jesus yang suka berdoa naik ke bukit atau Nabi Musa yang harus naik ke atas gunung. Biasanya gereja sudah punya tempat khusus untuk kegiatan semacam ini. Aku dan kawan-kawan saat itu tinggal di atas bukit selama tujuh hari tujuh malam. Siang berpuasa, lalu mengkaji Alkitab, dan malamnya berdoa dan mencari mukjizat pemenuhan “Roh Kudus”. Di sana sudah disiapkan para paderi yang mempunyai kurnia menterjemahkan bahasa “Roh”, jadi nanti kalau ada pelajar yang kemasukan “Roh” akan diterjemahkan. Yang masuk itu “Roh Kudus” atau “Roh Dunia” (istilah mereka).  Mereka yang kemasukan “Roh Kudus” tidak sedarkan diri. Mereka menangis dan menjerit-jerit seperti orang yang sedang di-ruqyah (dalam Islam). Yang benar-benar kemasukan “Roh Kudus” di lengan mereka diikat tali pita sebagai tanda jika yang bersangkutan sudah penuh “Roh Kudus”. Sampai malam ke-7, aku belum juga kemasukan “Roh Kudus”. Tidak penuh-penuh alias gagal seratus peratus. Pendek cerita aku pulang dengan kegagalan. Aku tidak lulus. Aku sendiri yang tidak lulus. Aku harus mengulanginya lagi tiga bulan kemudian.  Tetapi, selama setahun aku mengikuti kegiatan itu, tetap saja tidak lulus. Padahal, imanku pada Kristian saat itu sangat kuat. Aku yakin jika Jesus itu Tuhan, dan agama selain agama Kristian adalah agama kafir. Aku juga dididik bahawa agama Islam itu agama ‘berhala’ kerana didakyahkan menyembah batu.

Dihalau Oleh Bapa Saudara
Aku sendiri belum mengerti kenapa aku sulit kemasukan “Roh Kudus”. Kebelakangan aku baru mengerti bahawa ayahku ternyata seorang muslim. Sebelum meninggal dunia ia pernah mewasiatkan ke ibuku bahawa suatu ketika aku akan kembali ke pangkuan Islam. Ayahku seorang guru mengaji Al-Quran dan lulusan pondok pesantren di Sedayu, Gresik, Jawa Timur. Namun, sepeninggalan ayah, aku lalu diasuh oleh bapa saudara yang menganut agama Kristian dan seorang paderi pula. Makanya, muncul dalam benakku, kenapa aku yang taat dan menginjil kemana-mana tiba-tiba masuk agama Islam? Padahal, saat itu, dalam impianku semua saudaraku termasuk ibu dan adikku harus menjadi Kristian. Dalam binaan agama Kristian, orang-orang Kristian harus boleh “menjaring jiwa” orang-orang terdekat dahulu. Biasanya seperti pasangan kekasih, ayah, ibu atau saudara, jika masih belum menjadi orang Kristian. Mereka diajak dan dirayu dan dipjuk bagaimana caranya supaya mereka mahu masuk agama Kristian. Kala itu, aku punya teman wanita muslim (bertudung). Suatu ketika ia kuajak menziarahi ke rumah bapa saudara. Saat itu aku juga punya ‘kekasih’ seorang aktivis gereja. Dia vokalis di grup muzik gereja. Waktu tahu bahawa aku rapat dengan teman wanita muslim yang bertudung, bapa saudaraku marah bukan main. Dia tidak mahu aku punya teman wanita orang Islam. Waktu itu aku juga punya kawan laki-laki lulusan pondok pesantren. Entah dia ini lulusan pesantren di Kediri atau Jombang. Aku sudah lupa. Dia ini pintar agama Islam. Selalu kalau kami bertemu, aku berdialog soal agama dengannya. Aku mencuba ingin mengalahkan dalil-dalilnya tentang agama Islam.
Dalam benakku, aku ingin dia masuk agama Kristian. Ini cabaran buatku untuk dapat menaklukkan keyakinannya. Caranya aku belajar soal agama Islam terlebih dulu. Aku beli buku-buku Islam. Ilmu agama Islam juga sebenarnya diajarkan di sekolah teologi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Diet Sihat Ala Rasulullah

MEMILIKI fizik yang bagus, ideal, dan menarik tentunya keinginan semua orang. Atas dasar itu, banyak orang melakukan diet, kerana dianggap cara tepat menurunkan berat badan agar tubuh lebih ideal.
Maka bermunculanlah berbagai macam diet. Mulai dari food combaining, diet mediterania, OCD (diet ala Deddy Corbuzier), diet anti-aging calorie restriction (diet rendah kalori) dan sebagainya.  Semua itu boleh membawa perubahan baik tatkala dilakukan dengan benar. Tapi bila caranya salah, malah boleh berimbas kesan sebaliknya. Sudah banyak contoh orang yang mengidamkan fizik ideal, cantik, dan ramping namun berefek samping tak menyihatkan. Misalnya, tubuh jadi lemas, kepala sering pening, sakit perut berkepanjangan bahkan sampai sesak nafas. Diet yang diertikan sebagai pengaturan pola makan sebenarnya sudah lama diajarkan oleh Nabi s.a.w. Teliti saja dalam beberapa hadisnya yang jelas-jelas mengatur pola hidup sihat. Namun, baru sekaranglah banyak mata terhenyak mendapati penemuan ilmiah yang ternyata relevan dengan ucapan dan amalan Nabi s.a.w. 14 abad silam, Nabi s.a.w. sudah mengingatkan, “Tidaklah sekali-sekali manusia memenuhi sebuah wadah pun yang lebih berbahaya dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia harus mengisinya, maka sepertiga (bahagian lambung) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya (udara)” (HR. Termizi).

Jangan Makan Berlebih
Munculnya beragam penyakit yang mengerikan sekarang ini, tak hairan dipengaruhi oleh faktor makanan yang asal-asalan dan bahagiannya yang berlebih. Menurut para ahli nutrisi, jika kebelakangan ini ramai orang kelebihan berat badan ini disebabkan orang-orang mengambil makanan sembarangan meskipun mungkin tidak merasa lapar. Sebahagian orang beranggapan bahawa badan gemuk adalah petanda kemakmuran. Padahal dari situlah penyakit mengintai. Kegemukan yang sering diakibatkan oleh kombinasi antara pengambilan makanan yang berlebihan, tidak sihat, serta kurangnya aktiviti fizik, justeru memberikan peluang terjadinya berbagai macam penyakit, seperti: jantung, kencing manis, kanser, dan asma. Mengingat kesan sedemikian rupa, banyak ilmuan menyokong bahawa mengatur pola makan yang sihat dengan membatasi kalori sangat dianjurkan agar kesihatan dan kebugaran tubuh tetap terjaga. Penemuan Kalluri Suba Rao, ahli biologi molekuler (2004), menyebutkan bahawa makan sedikit memungkinkan tubuh lebih berkonsentrasi memperbaiki dirinya sendiri, mampu membuang zat-zat beracun dari dalam tubuh, dan regenerasi sel-sel rosak dengan sel sihat dapat berlangsung lebih optimal. Sebaliknya, makan berlebih, tubuh akan disibukkan dengan kegiatan katabolisme (menguraikan makanan dalam tubuh) dan tidak sempat memperbaiki. Inilah yang mengundang berbagai penyakit; seperti darah tinggi, kolesterol, dan sebagainya. Penelitian di atas sangat relevan dengan diet yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Tepat sekali kalau Nabi s.a.w. mengingat-ingatkan agar tubuh jangan dijejali makanan, bahagian untuk makan kurang lebih 1/3 bahagian kerana sepertiganya untuk pernafasan dan sepertiganya lagi untuk air. Nah, di dalam 1/3 makanan itu pun selain harus memperhatikan jumlah ambilan kalori yang tidak berlebih, juga harus memenuhi nutrien penting lain, seperti: protein, vitamin dan mineral-mineral.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Masjid Unik Mempesona Dalam Gua

Menariknya Masjid Aschabul Kahfi Perut Bumi Al-Maghribi, merupakan sebuah masjid yang mengkomposisikan keberadaannya di dalam perut bumi. Tentu, jangan dibayangkan kegelapan saat berada di dalamnya, sebaliknya pendaran cahaya meluruh melalui lampu-lampu cantik yang menghiasinya,  sesuatu yang berbeda di banding masjid kebanyakan. Masjid ini terletak di Gedongombo, Kecamatan Semanding, Tuban, Jawa Timur, masjid ini tak pernah sepi dengan kehadiran jemaah. Salah satu sebabnya, agaknya, daya tarik keunikannya. Memang, saat kita menghampiri bahagian depan masjid, kita hanya melepasi dengan gerbang dengan dua gapura dan bahagian atas bertuliskan nama masjid. Pengunjung tak akan menemukan keutuhan masjid jika tidak masuk ke dalam lorong yang mirip gua. Di sana ada laluan anak tangga sebagai jembatan menuju bangunan utama.

KREATIVITI SORANG KIAI
Adalah KH Shubhan Akbar yang menjadi ‘arkitek’ rumah ibadah unik ini. Pilar-pilar melingkar menjadikan masjid ini berciri arkitektur Arab. Melihat keunikan masjid ini terbaca tumpuan sepenuhnya kiai dalam mengekspresikan cita seninya. Keunikan terpancar melalui gerbang-gerbang dengan berbagai bentuk dan warna. Ayat-ayat al-Quran dan tulisan rajah terpahat indah di atas gerbang-gerbang itu. Kubah yang cukup megah menghiasi bahagian atas masjid, dimana kubah itu terbuat tidak terlalu tinggi kerana disesuaikan dengan bangunan utama yang berada di perut bumi, sementara di sekeling kubah terdapat halaman yang dapat digunakan sebagai tempat bersantai para pengunjung. Masjid yang merujuk nama Surat Al-Kahfi ini semakin terpancar kala masuk lebih jauh ke dalamnya. Stalagtit dan stalagmit yang mengering menjanjikan keterpesonaan nan eksotik. Sebuah tanaman nan asri, lengkap dengan suara gemercikan air, semakin memukau pengunjung.

TANAH KERAJAAN

Berdiri mempesona di tanah seluas 3 hektar, masjid ini sekomplek dengan  “Pondok Pesantren Perut Bumi”. Dulunya adalah tanah milik kerajaan, tapi setelah itu terbebas, kerana Allah menghendakinya seperti itu. Lorong-lorong gua yang terdapat di bawah tanah itu dialih fungsikan menjadi tempat kegiatan mengaji para pelajar,  kuliah subuh dan istighasah. Sementara bahagian atasnya dibangunkan ruangan untuk penginapan para pelajar pondok. Menurut KH. Shubhan Akbar, sebelum tanah berstatus negara itu dibebaskan, sebuah petunjuk ghaib diperolehnya melalui Syeikh Maulana Maghribi, seorang guru wali di Tanah Jawa pada masa silam. Dalam petunjuk itu, sebuah tugas dipertanggungjawabkan ke bahu KH. Shubhan Akbar, bahawa dirinya harus merawat gua yang berada di Dusun Wire itu. Petunjuk itu dilaksanakan oleh KH. Shubhan Akbar dan setelah tanah itu benar-benar dibebaskan, ternyata di bawahnya terdapat gua dengan lorong yang sangat luas. Lorong-lorong gua yang ada masih terlihat semulajadi. Masjid Aschabul Kahfi Perut Bumi Al-Maghrobi ini boleh dibilang langka. Pasalnya, masjid ini memanfaatkan lorong gua alias perut bumi sebagai rumah Allah dan tempat mendekat kepada Sang Khalik. Terbukti, kerana daya tarik masjid ini, banyak menziarahi yang datang dari berbagai kota di pulau Jawa. Ruangan besar seperti dewan utama yang sekarang difungsikan sebagai masjid ini, konon dulunya adalah gua Puteri Sendangharjo. Sedangkan tempat istighasah dalam gua perut bumi ini dulunya adalah gua Singojoyo, tempat ‘khalwat’ para tokoh Islam sebelum wali songo. Hampir tiap malam Jumaat tempat ini ramai didatangi peziarah yang melakukan istighasah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Contohi Gaya Rasulullah Ketika Berkhutbah

Firman Allah Taala, maksudnya: “ .. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? ” (87, An-Nisa’). “Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran.” (23, Al-Zumar).
“ ... Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tetap memimpin kejalan yang lurus.” (52, Al-Syura).
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa hidayat pertunjuk dan agama yang benar (Agama Islam) (28, Al-Fath).

Hadis Pertama
1. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Pernah Rasulullah s.a.w. apabila berpidato merah menyala matanya, lantang suaranya dan bersangatan marahnya, sehingga seolah-olah Baginda seorang pemberi amaran yang menyatakan kepada angkatan tentera (tentang kedatangan musuh) dengan katanya: Bahawa musuh akan datang menyerang kamu pada pagi-pagi hari dan (mungkin) pada waktu petang!; serta Baginda bersabda: “(Masa) aku diutuskan dan masa berlakunya kiamat seperti dua jari ini,” lalu Baginda menyatukan kedua jari tangannya - jari telunjuk dan jari tengah, serta baginda bersabda lagi: “(Ketahuilah) selain dari itu, maka sebenar-benar perkataan ialah kitab Allah dan sebaik-baik jalan pimpinan ialah jalan pimpinan Muhammad s.a.w. dan (sebaliknya) sejahat-jahat perkara ialah perkara-perkara baharu (yang) diada-adakan dalam agama), sedang tiap-tiap perkara baharu (yang diada-adakan dalam agama) itu adalah bidaah dan tiap-tiap bidaah itu sesat”.  Kemudian Baginda bersabda lagi: “Aku adalah berhak menolong tiap-tiap seorang mukmin lebih daripada ia menolong dirinya sendiri, - sesiapa yang meninggalkan harta benda maka itu adalah untuk waris-warisnya dan sesiapa yang meninggalkan hutang atau orang yang kehilangan tempat bergantung maka terserahlah kepadaku menjaganya atau akulah yang menanggung hutangnya”. (Muslim dan lain-lainnya).
Hadis yang pertama ini mengandungi tentang:
(1) Gaya Rasulullah s.a.w semasa berpidato.
(2) Masa baginda diutus oleh Allah Taala dan saat berlakunya kiamat.
(3) Kitab Allah ialah sebenar-benar perkataan dan jalan pimpinan Rasulullah s.a.w. ialah sebaik-baik jalan pimpinan.
(4) Perkara-perkara baharu yang diada-adakan dalam agama adalah seburuk-buruk perkara.
(5) Keadaan Rasulullah s.a.w. dengan orang-orang mukmin.
Huraiannya:

Pertama - Gaya Rasulullah s.a.w. semasa berpidato:

Tabligh (tugas menyampaikan perintah-perintah agama) adalah tujuan pokok dari perutusan Rasulullah s.a.w., manakala pidato adalah salah satu cara bagi Baginda menjalankan tugas tabligh. Dengan jalan pidato,  Rasulullah s.a.w. menyampaikan perkara-perkara yang mesti disampaikan dari perkara-perkara yang sekecil-kecilnya hingga kepada yang sebesar-besarnya, apakala keadaan menghendakinya.
Semasa berpidato, tergambar pada anggota-anggota lahir Baginda kesungguhan hatinya mengenai apa yang hendak disampaikannya melalui pidatonya itu, lebih-lebih lagi pada perkara-perkara yang hebat, seperti berlakunya kiamat. Baginda melafazkannya dengan suara yang lantang, merah matanya, dengan rupa marah nampaknya, seperti keadaan seorang panglima memerintah tentera, memberi amaran tentang serangan musuh, yang akan datang menyerbu entah pada waktu pagi dan petang.
Keadaan yang demikian adalah sangat mustahak untuk menarik perhatian dari seluruh ahli satu-satu rapat umum, kerana segala gerakan dan keadaan air muka pemberi pidato itu besar kesannya kepada mereka.

Kedua - Masa Baginda diutus dan saat berlakunya kiamat:
Meskipun masa berlakunya hari kiamat tidak ada sesiapa yang mengetahuinya dengan tepat melainkan Allah, tetapi Rasulullah s.a.w. telah menerangkan secara umum bahawa masa berlakunya kiamat itu telah hampir. Baginda membuat bandingan tentang kehampirannya itu seperti hampirnya jari telunjuk dengan jari tengah, yakni antara dua jari itu tidak ada diselangi oleh jari lain, maka begitulah masa Baginda diutus dengan masa berlakunya kiamat, tidak ada Rasul yang membawa wahyu yang lain yang menyelanginya atau bezanya masa berlaku kiamat dengan masa Rasulullah s.a.w. diutus adalah seperti bezanya panjangnya jari tengah dari jari telunjuk.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Penjual Ubat Lebih Fasih Dari Doktor

Sama ada di Kuala Lumpur atau dimana sahaja, sama ada bandar besar atau kecil, kita berdepan dengan cerita orang “jual ubat”. Kempen menjual ubat-ubatan yang menggunakan nama agama dan ayat-ayat Quran terdapat dimana-mana. Pakar-pakar perubatan yang bertauliah pun nampaknya naik “pening kepala” memikirkan hal ini. Di Kuala Lumpur ubat yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar, sakit lemah-lemah sendi, menguatkan tenaga kelakian ada dimana-mana, dan terjual dimana-mana. Ubat-ubat ini terlalu mahal harganya. Ubat-ubat yang diusahakan doktor-doktor perubatan yang mempunyai otoriti, tidaklah semahal yang dikeluarkan oleh orang-orang tertentu. Kadang-kadang penerangan yang diberikan berhubung ubat-ubat itu terlalu hebat. Doktor perubatan sendiri pun tidak mampu untuk bercakap tentang khasiat ubat tersebut. Seolah-olah ubat-ubat itu boleh menyembuh 1001 macam penyakit yang dihidapi seseorang itu. Kalau dia bercakap tentang ubatnya itu boleh menyembuhkankan “kencing manis”, maka penerangannya seolah-olah tak ada ubat lain mampu menyembuhkannya. Begitu juga “penyakit buah pinggang”. Ubat-ubat yang dijual itu benar-benar menyembuhkan 100 peratus, penyembuhan sesuatu penyakit itu adalah atas Kuasa Allah s.w.t.
Dalam dunia ini ramai orang yang mengidap sakit buah pinggang. Pakar-pakar perubatan “macam nak pecah kepala” memikirkannya apakah resepi yang boleh menyembuhkan sakit buah pinggang itu. Para doktor perubatan membuat kajian siang malam dengan membaca buku itu dan ini. Dengan mengadakan seminar itu dan ini, dengan mengadakan diskusi sesama pakar-pakar perubatan untuk mencari formulanya.
Namun sehingga sekarang, belum ada ubat yang sesuai dan boleh menyembuhkan 100 persen dengan memakan ubat yang dihasilkan berikutan perbincangan yang dibuat itu. Memang ada heboh mengenai berita ada ubat-ubatan yang mengandungi racun berada didalam pasaran. Pada hakikatnya, ubat-ubatan yang lebih merupakan produk makanan, minuman kesihatan tambahan dan ubat tradisional mengandungi “racun” terjual di merata tempat di Kuala Lumpur dan dimana-mana saja. Pihak bertanggungjawab menghenai kesihatan nampaknya “susah hati” dan “risau” dengan perkembangan terbaru berhubung dengan produk makanan, minuman kesihatan tambahan yang mengandungi racun ini. Mereka tentulah merasa bertanggung jawab keatas semua ubat-ubatan yang berkait dengan kesihatan rakyat. Mereka tidak perlu lagi untuk memberi amaran itu dan amaran ini terhadap mereka yang bertanggung jawab, tetapi apa yang perlu ialah bertindak, demi menjaga kepentingan kesihatan rakyat seluruhnya. Industri tidak sihat ini dimana penemuan lebih dari 50 produk makanan, minuman kesihatan tambahan dan ubat-ubatan tradisional yang dirampas oleh pihak berkuasa yang mengandungi racun sungguh “memeranjatkan” dan “mengejutkan” rakyat seluruh negara, terutama pakar-pakar kesihatan seperti para doktor perubatan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

Manisnya Ketika Berziarah Ke Makam Orang-Orang Salih

SETIAP KALI berziarah ke perkuburan atau makam orang-orang salih, saya merasa bukan siapa-siapa, bukan apa-apa. Benar-benar serupa gelas kosong  yang siap diisi air kebajikan. Air kebajikan?
Ya, betul. Saya menganggap jasad yang berbaring di dalam  makam tersebut adalah mata air kebajikan. Terlebih bila semasa hidup, ia masyhur dengan kebaikannya, terkenal dengan kesalihannya. Saya mengenang jejak rakamnya yang termaktub dimana-mana; buku, majalah-majalah, akhbar-akhbar, dan lain-lainnya. Saya mengingat-ingat sejumlah tuturan orang-orang terdekat yang mengenalnya. Mengenai ehwal jasanya. Perihal amal jariyahnya. Semuanya mengalir dan berkah hingga ia tiada. Sesuatu yang indah, tentunya.
Saya berharap boleh meniti jejaknya; berazam di kalbu bahawa hidup bermanfaat untuk orang banyak itu tidak mudah. Ia harus diikhtiarkan, diperjuangkan, hingga kemudian boleh tersenyum saat menghadapi maut. Maka berziarah - bagi saya — selalu menjadi momen dialog batin antara saya dan diri saya, antara saya dan Tuhan, antara saya dan sang jasad di dalam makam. Pada saat itulah, bejana hati saya pasrah menangkup limpahan air kebajikan. Ziarah adalah silaturahmi jiwa. Itu jawapan yang selalu saya sampaikan ketika ditanya soal ziarah. Tidak lain. Silaturahmi jiwa. Itu pula yang saya tulis bila ada buku tamu peziarah yang mengharuskan diisi di makam wali-wali yang kerap dikunjungi orang banyak. Saya beranggapan bahawa mengucap salam kepada shahibul jasad, menghadiahinya Fatihah, Yasin, selawat, tahlil dan segenap bacaan Quran lainya adalah sarana silaturahmi jiwa, silaturahmi roh, silaturahmi personal. Dan setiap silaturahmi jiwa itu meninggalkan atsar yang manis, yang kadang boleh dikongsi dengan sesiapa, namun lebih banyak tidak boleh dibagi kemana-mana. Ibarat merasakan buah yang manis, bolehkah anda membagi rasa itu ke lain orang hingga ia mencecap sendiri rasanya. Begitulah pengalaman. Begitulah silaturahmi jiwa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...