Saturday, August 16, 2014

Bertaubat Setelah Kaki Membusuk

SEJAK lulus SMA (setaraf Tingkatan 5) di Jambi, Ariman, warga Desa Batanghari ini pergi merantau ke Balikpapan, Kalimantan Selatan. Di kota minyak ini, kerana tak mempunyai pengalaman sedikit pun, Ariman sanggup bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan masakan Padang. Tak lama bekerja di kedai makan pinggir jalan itu, lelaki yang hingga kini belum berkahwin itu melamar pekerjaan dengan sebuah syarikat catering. Nasib baik rupanya berpihak pada Ariman. Dia diterima bekerja di sana. Kali pertama bekerja, Ariman ditempatkan di sebuah lombong batu bara di Kota Baru, Pulau Laut, Kalimantan Selatan.
Sayangnya, baru bekerja beberapa bulan, Ariman terpaksa diberhentikan kerja, kerana itu wang hasil jerih payahnya selama di syarikat catering itu dibelikannya sebuah motosikal dan digunakan untuk ’menarik ojek’.
Sejak mencari nafkah sebagai tukang ojek, Ariman memilih tinggal di luar Balikpapan. Lelaki ini hijrah ke Dusun Gunung Lampu, Kelurahan  Amborawang, Kecamatan Samboja, Kutai Kertanegara. Kerana di tempat barunya dia tak memiliki sanak saudara, dia kemudian menumpang di rumah salah seorang warga setempat bernama Jamaludin. Kerana sama-sama dari Sumatera. Ariman berasal dari Jambi, sedang Jamaludin berasal dari Padang. Maka sejak saat itu, Ariman sangat akrab dengan Jamaludin. Bahkan sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Tak hanya itu, dari sisi ekonomi Jamaludin lebih mampu. Untuk makan sehari-hari Ariman tak perlu membayar kepada Jamaludin yang memiliki usaha warung dan kedai kecil-kecilan ini. Dengan begitu, selama menjadi tukang ojek yang melayani perjalanan Gunung Lampu-Argosari yang merupakan perkampungan bekas tahanan politik, sedikit demi sedikit Ariman dapat menabung wang simpanan. Apalagi, hasil jerih payahnya sebagai tukang ojek,  hanya berkurang untuk membeli rokok saja.   Rupanya, melihat kejayaan Jamaludin dalam berdagang, salah seorang tetangganya, yakni Rahardi, berminat juga membuka warung dan kedai runcit kecil-kecilan. Tak lama, Rahardi benar-benar membuka kedai runcit dan warung makan. Padahal, antara rumah Jamaludin dan Rahardi tak jauh jaraknya. Dengan begitu, di daerah yang sebenarnya sepi ini, terdapat dua warung. Hanya dalam hitungan bulan, usaha Rahardi berkembang pesat mengungguli Jamaludin. Sementara, usaha Jamaludin kemudian justeru mulai kembang-kempis. Hal inilah yang tak disukai Jamaludin. Sebagai manusia biasa timbul rasa iri dan dengki, terhadap keberhasilan Rahardi. Hingga pada suatu malam, saat duduk berdua dengan Ariman, dia mengutarakan isi hatinya kepada sahabatnya. Selain masalah kedai dan warungnya yang kian sepi kerana di dekatnya mulai ada pesaing, Jamaludin pun menyampaikan niat tidak baik. Maksudnya, Jamaludian meminta bantuan Ariman agar mencarikan seorang dukun yang boleh menghambat laju usaha Rahardi. Bahkan kalau boleh, mencari dukun yang mampu mematikan usaha tetangganya itu. Kerana merasa berhutang budi kepada Jamaludin, Ariman kemudian menyanggupi permintaan rakannya. Esok harinya, setelah pembicaraan empat mata dengan Jamaludin, Ariman langsung menuju Tenggarong, Kutai. Di kota ini, sebenarnya Ariman juga buta di mana dia harus mencari dukun yang mampu diminta tolong seperti permintaan rakannya. Namun, atas saran atau petunjuk tukang ojek sahabatnya, akhirnya Ariman mendapat petunjuk dimana rumah dukun yang dimaksudkan. Setelah bertemu dengan dukun yang dimaksudkan itu, Ariman langsung mengutarakan niatnya. Hanya dengan beberapa lembar wang pecahan lima puluh ribu rupiah, dukun itu menyanggupi permintaan pelanggannya. Setelah diberi syarat jampi serapah oleh sang dukun yang didatanginya, Ariman pun langsung pulang.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

No comments: