Saturday, August 16, 2014

Mengakui Dalil-Dalil Logik Agama Islam

Namaku Edy Prayitno. Nama baptisku Paulus Edy Prayitno. Saat ini aku menetap di Surabaya. Sejak kecil aku sudah beragama Kristian. Aku diasuh oleh bapa saudara sejak kecil, setelah ayahku meninggal.  Dia seorang paderi yang kaya raya. Dia hanya mempunyai seorang anak perempuan, makanya dia mengambil aku untuk diasuhnya dan dijadikannya sebagai anak angkat. Salah satu tujuannya agar aku kelak boleh dididik dan menjadi seorang paderi. Seorang wanita memang tidak boleh menjadi seorang paderi. Itulah sebabnya bapa saudaraku itu ingin mengasuhku. Kalaupun ada wanita menjadi paderi, tetap saja yang diperbolehkan menurut Alkitab adalah laki-laki. Kalaupun ada wanita menjadi paderi, yang alasannya kerana Ester juga seorang ‘nabi’, namun ini jarang diterima. Kerana, menurutku, kalau kita lihat sejarah, Ester bukanlah seorang nabi. Jadi, sampai sekarang Katolik juga tidak pernah menerima ada ‘romo’ atau ‘pastor’ dari perempuan. Kalau biarawati itu berbeda. Sejak kecil aku sudah dididik ketat soal agama Kristian. Aku disekolahkan di sebuah kelas muzik dan sekolah minggu sejak remaja di Gereja GPPS (Gereja Pantekosta Pusat Surabaya). Lulus SMU aku dimasukkan sekolah Alkitab yang lulusannya menjadi penginjil dan paderi yang dikirim ke seluruh pelosok Indonesia dengan gaji dan belanja penuh dari gereja. Aku harus seratus peratus melayani, dan tidak boleh bekerja di luar gereja. Aku juga dulu sangat aktif mencari jiwa. Istilahnya “menjaring jiwa”, iaitu mengusahakan orang Islam masuk ke agama Kristian. Jika aku boleh menunjukkan bahawa dia beragama Islam di kad pengenalannya, dan ia bersedia sampai dibaptis, maka aku akan mendapatkan hadiah. Hadiahnya dipamerkan di papan kenyataan. Sampai ada yang menerima hadiah motosikal jika mendapat 5 orang masuk Kristian. Saat aku masih kuliah di teologi, aku punya perkumpulan penginjilan. Kala itu aku menjadi ketua pasukan muzik. Kemana-mana aku selalu diajak. Dalam gereja aku, syarat menjadi paderi harus penuh “Roh Kudus”. Pencarian “Roh Kudus” ini tidak semua bahagian dan kelompok gereja ada, apalagi yang dari Katolik, mereka pasti tidak ada acara pencarian penuh “Roh Kudus”. Dalam pencarian ini aku harus puasa sesuai tingkatan. Ada yang tiga hari, ada yang tujuh hari, dan ada yang 40 hari.  Saat pencarian “Roh Kudus” kita dianjurkan berada di atas bukit atau gunung. Hal ini seperti yang dialami Jesus yang suka berdoa naik ke bukit atau Nabi Musa yang harus naik ke atas gunung. Biasanya gereja sudah punya tempat khusus untuk kegiatan semacam ini. Aku dan kawan-kawan saat itu tinggal di atas bukit selama tujuh hari tujuh malam. Siang berpuasa, lalu mengkaji Alkitab, dan malamnya berdoa dan mencari mukjizat pemenuhan “Roh Kudus”. Di sana sudah disiapkan para paderi yang mempunyai kurnia menterjemahkan bahasa “Roh”, jadi nanti kalau ada pelajar yang kemasukan “Roh” akan diterjemahkan. Yang masuk itu “Roh Kudus” atau “Roh Dunia” (istilah mereka).  Mereka yang kemasukan “Roh Kudus” tidak sedarkan diri. Mereka menangis dan menjerit-jerit seperti orang yang sedang di-ruqyah (dalam Islam). Yang benar-benar kemasukan “Roh Kudus” di lengan mereka diikat tali pita sebagai tanda jika yang bersangkutan sudah penuh “Roh Kudus”. Sampai malam ke-7, aku belum juga kemasukan “Roh Kudus”. Tidak penuh-penuh alias gagal seratus peratus. Pendek cerita aku pulang dengan kegagalan. Aku tidak lulus. Aku sendiri yang tidak lulus. Aku harus mengulanginya lagi tiga bulan kemudian.  Tetapi, selama setahun aku mengikuti kegiatan itu, tetap saja tidak lulus. Padahal, imanku pada Kristian saat itu sangat kuat. Aku yakin jika Jesus itu Tuhan, dan agama selain agama Kristian adalah agama kafir. Aku juga dididik bahawa agama Islam itu agama ‘berhala’ kerana didakyahkan menyembah batu.

Dihalau Oleh Bapa Saudara
Aku sendiri belum mengerti kenapa aku sulit kemasukan “Roh Kudus”. Kebelakangan aku baru mengerti bahawa ayahku ternyata seorang muslim. Sebelum meninggal dunia ia pernah mewasiatkan ke ibuku bahawa suatu ketika aku akan kembali ke pangkuan Islam. Ayahku seorang guru mengaji Al-Quran dan lulusan pondok pesantren di Sedayu, Gresik, Jawa Timur. Namun, sepeninggalan ayah, aku lalu diasuh oleh bapa saudara yang menganut agama Kristian dan seorang paderi pula. Makanya, muncul dalam benakku, kenapa aku yang taat dan menginjil kemana-mana tiba-tiba masuk agama Islam? Padahal, saat itu, dalam impianku semua saudaraku termasuk ibu dan adikku harus menjadi Kristian. Dalam binaan agama Kristian, orang-orang Kristian harus boleh “menjaring jiwa” orang-orang terdekat dahulu. Biasanya seperti pasangan kekasih, ayah, ibu atau saudara, jika masih belum menjadi orang Kristian. Mereka diajak dan dirayu dan dipjuk bagaimana caranya supaya mereka mahu masuk agama Kristian. Kala itu, aku punya teman wanita muslim (bertudung). Suatu ketika ia kuajak menziarahi ke rumah bapa saudara. Saat itu aku juga punya ‘kekasih’ seorang aktivis gereja. Dia vokalis di grup muzik gereja. Waktu tahu bahawa aku rapat dengan teman wanita muslim yang bertudung, bapa saudaraku marah bukan main. Dia tidak mahu aku punya teman wanita orang Islam. Waktu itu aku juga punya kawan laki-laki lulusan pondok pesantren. Entah dia ini lulusan pesantren di Kediri atau Jombang. Aku sudah lupa. Dia ini pintar agama Islam. Selalu kalau kami bertemu, aku berdialog soal agama dengannya. Aku mencuba ingin mengalahkan dalil-dalilnya tentang agama Islam.
Dalam benakku, aku ingin dia masuk agama Kristian. Ini cabaran buatku untuk dapat menaklukkan keyakinannya. Caranya aku belajar soal agama Islam terlebih dulu. Aku beli buku-buku Islam. Ilmu agama Islam juga sebenarnya diajarkan di sekolah teologi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

No comments: