Saturday, August 16, 2014

Diet Sihat Ala Rasulullah

MEMILIKI fizik yang bagus, ideal, dan menarik tentunya keinginan semua orang. Atas dasar itu, banyak orang melakukan diet, kerana dianggap cara tepat menurunkan berat badan agar tubuh lebih ideal.
Maka bermunculanlah berbagai macam diet. Mulai dari food combaining, diet mediterania, OCD (diet ala Deddy Corbuzier), diet anti-aging calorie restriction (diet rendah kalori) dan sebagainya.  Semua itu boleh membawa perubahan baik tatkala dilakukan dengan benar. Tapi bila caranya salah, malah boleh berimbas kesan sebaliknya. Sudah banyak contoh orang yang mengidamkan fizik ideal, cantik, dan ramping namun berefek samping tak menyihatkan. Misalnya, tubuh jadi lemas, kepala sering pening, sakit perut berkepanjangan bahkan sampai sesak nafas. Diet yang diertikan sebagai pengaturan pola makan sebenarnya sudah lama diajarkan oleh Nabi s.a.w. Teliti saja dalam beberapa hadisnya yang jelas-jelas mengatur pola hidup sihat. Namun, baru sekaranglah banyak mata terhenyak mendapati penemuan ilmiah yang ternyata relevan dengan ucapan dan amalan Nabi s.a.w. 14 abad silam, Nabi s.a.w. sudah mengingatkan, “Tidaklah sekali-sekali manusia memenuhi sebuah wadah pun yang lebih berbahaya dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia harus mengisinya, maka sepertiga (bahagian lambung) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minumannya, dan sepertiga lagi untuk nafasnya (udara)” (HR. Termizi).

Jangan Makan Berlebih
Munculnya beragam penyakit yang mengerikan sekarang ini, tak hairan dipengaruhi oleh faktor makanan yang asal-asalan dan bahagiannya yang berlebih. Menurut para ahli nutrisi, jika kebelakangan ini ramai orang kelebihan berat badan ini disebabkan orang-orang mengambil makanan sembarangan meskipun mungkin tidak merasa lapar. Sebahagian orang beranggapan bahawa badan gemuk adalah petanda kemakmuran. Padahal dari situlah penyakit mengintai. Kegemukan yang sering diakibatkan oleh kombinasi antara pengambilan makanan yang berlebihan, tidak sihat, serta kurangnya aktiviti fizik, justeru memberikan peluang terjadinya berbagai macam penyakit, seperti: jantung, kencing manis, kanser, dan asma. Mengingat kesan sedemikian rupa, banyak ilmuan menyokong bahawa mengatur pola makan yang sihat dengan membatasi kalori sangat dianjurkan agar kesihatan dan kebugaran tubuh tetap terjaga. Penemuan Kalluri Suba Rao, ahli biologi molekuler (2004), menyebutkan bahawa makan sedikit memungkinkan tubuh lebih berkonsentrasi memperbaiki dirinya sendiri, mampu membuang zat-zat beracun dari dalam tubuh, dan regenerasi sel-sel rosak dengan sel sihat dapat berlangsung lebih optimal. Sebaliknya, makan berlebih, tubuh akan disibukkan dengan kegiatan katabolisme (menguraikan makanan dalam tubuh) dan tidak sempat memperbaiki. Inilah yang mengundang berbagai penyakit; seperti darah tinggi, kolesterol, dan sebagainya. Penelitian di atas sangat relevan dengan diet yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. Tepat sekali kalau Nabi s.a.w. mengingat-ingatkan agar tubuh jangan dijejali makanan, bahagian untuk makan kurang lebih 1/3 bahagian kerana sepertiganya untuk pernafasan dan sepertiganya lagi untuk air. Nah, di dalam 1/3 makanan itu pun selain harus memperhatikan jumlah ambilan kalori yang tidak berlebih, juga harus memenuhi nutrien penting lain, seperti: protein, vitamin dan mineral-mineral.

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

No comments: