Saturday, August 16, 2014

Fahami Keutamaan Malam Nisfu Syaaban

Nisfu Syaaban bererti pertengahan bulan Syaaban. Kalau merujuk kalender Hijriyah, malam itu jatuh pada tarikh 14 Syaaban kerana pergantian tarikh sesuai penanggalan Hilaliyah atau yang menggunakan sumber rembulan, yakni  saat matahari terbenam atau malam tiba. Di dalam sejarah kaum muslim ada yang berpendapat bahawa pada saat itu terjadi pemindahan kiblat kaum muslim dari Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram, seperti yang diungkapkan Imam Al-Qurthubi di dalam menafsirkan firman Allah s.w.t., “Orang-orang yang kurang akalnya di antara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus.” (QS. Al Baqarah: 142) Al-Qurthubi mengatakan bahawa telah terjadi perbedaan waktu tentang pemindahan kiblat setelah kedatangan Nabi s.a.w. ke Madinah. Ada yang mengatakan bahawa pemindahan itu terjadi setelah 16 atau 17 bulan, sebagaimana disebutkan di dalam (shahih) Bukhari.  Sedangkan Daruquthni meriwayatkan dari al-Barra yang mengatakan, ”Kami melaksanakan solat bersama Rasulullah s.a.w. setelah kedatangannya ke Madinah selama 16 bulan menghadap Baitul Maqdis, lalu Allah s.w.t. mengetahui keinginan nabiNya, maka turunlah firmanNya, ”Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit.” Di dalam riwayat ini disebutkan 16  bulan, tanpa ada keraguan tentangnya.
Imam Malik meriwayatkan dari Yahya bin Said dari Said bin al Musayyib bahawa pemindahan itu terjadi dua bulan sebelum peperangan badar. Ibrahim bin Ishaq mengatakan bahawa itu terjadi di bulan Rejab tahun ke-2 H. Abu Hatim al-Bistiy mengatakan bahawa kaum muslim melaksanakan solat menghadap Baitul Maqdis selama 17 bulan 3 hari. Kedatangan Rasul s.a.w. ke Madinah adalah pada hari Isnin, di malam ke 12 dari bulan Rabiul Awal. Lalu Allah s.w.t. memerintahkannya untuk menghadap ke arah Kaabah pada hari Selasa di pertengahan bulan Syaaban. (Al Jami’ Li Ahkamil Qur’an jilid I hal 554) Kemudian, apakah Nabi s.a.w. melakukan ibadah-ibadah tertentu di malam nisfu Syaaban? terdapat riwayat bahawa Rasulullah s.a.w. banyak melakukan puasa di dalam bulan Syaaban, seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. berkata, ”Tidaklah aku melihat Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan kecuali bulan Ramadan. Dan aku menyaksikan bulan yang paling banyak beliau berpuasa (selain Ramadan, pen) adalah Syaaban. Beliau s.a.w. berpuasa (selama) bulan Syaaban kecuali hanya sedikit (hari saja yang beliau tidak berpuasa, pen).” Adapun solat malam maka sesungguhnya Rasulullah s.a.w. banyak melakukannya  pada setiap bulan.  Solat malamnya pada pertengahan bulan sama dengan solat malamnya pada malam-malam lainnya. Ulama tabiin, Atha’ bin Yassar,  berkata, “Tidak ada malam yang lebih utama setelah malam Lailatul Qadar kecuali malam nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah s.w.t. turun ke langit dunia lalu menebarkan ampunan kecuali kepada orang menyekutukan Allah dan bermusuhan.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah Ogos 2014 di pasaran...

1 comment:

hadenkairis said...

Find Official Website | DRMCD
Find Official Website of DRMCD. We are 전주 출장샵 an independent independent organization, 포천 출장안마 dedicated to helping bring you the best and 군산 출장샵 highest quality Type: Video/MusicAddress: 1 Kings Blvd, New London, 정읍 출장마사지 United KingdomRegion: United Kingdom 나주 출장샵