Monday, April 11, 2011

Variasari Keluaran April 2011


Sudahkah anda memiliki Variasari edisi April 2011? Kalau belum dapatkan segera sebelum kehabisan...

Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca yang sudi menatap majalah ini. Sokongan yang cukup memberansangkan hari demi hari amat kami hargai.

Variasari menyajikan anda bahan bacaan 100% misteri. Dijamin anda puas membaca kisah-kisah yang dipaparkan.

Dapatkan segera majalah Variasari keluaran April 2011 sebelum terlambat.

Amaran keras: Ibu-ibu mengandung tidak di galakkan membacanya.

Harga cuma RM3.00 saja

Siri Bercakap Dengan Jin


Anda sedang membaca kisah yang turut dibaca oleh ribuan pembaca setia Siri Bercakap Dengan Jin sejak berpuluh tahun lamanya. Ia makin hangat diperkatakan oleh pembaca Variasari generasi kini. Pastikan anda terus mengikuti cerita bersiri ini ...

Antara Yang Menarik Dalam Variasari April 2011










Thursday, April 7, 2011

Hidayah April 2011


Hidayah keluaran April 2011 sudah beredar di pasaran. Pastikan anda tidak ketinggalan memilikinya. Dapatkan segera sebelum kehabisan... Beli 2 naskhah...satu untuk anda satu lagi berikan pada jiran...!
Kami himpunkan
berbagai kisah-kisah menarik khusus buat tatapan anda untuk dijadikan iktibar. Isi kandungannya masih padat, cukup menawan sesuai dibaca semua lapisan masyarakat...Segera ke kedai-kedai buku berhampiran untuk mendapatkannya!

Senaskhah cuma RM3.90 sahaja

Iklankan Apa Saja Dalam Hidayah...

Langganlah Segera Melalui Pos

Salam Kami April 2011

ASSALAMUALAIKUM WR.WBT.
SEGALA puji dan syukur kita ke hadrat Allah s.w.t. serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Selamat bertemu lagi. Keluaran kali ini kami rasakan lebih memberi makna kerana Hidayah lebih fokuskan kepada kaum wanita. Iktibar Satu yang Hidayah paparkan mengenai kecurangan seorang isteri yang menderhakai suami, mempergunakan kecantikan diri menjadikan beberapa lelaki mangsa korbannya. Takdir kemudian menghukumnya di akhir usia hayatnya. Sementara kepada kaum wanita yang masih enggan bertudung, kami alu-alukan untuk menatap rencana bertajuk ‘Wanita yang tidak mahu bertudung’. Semoga tergeraklah hati untuk mendapatkan hidayah bagi menunaikan kewajipan bertudung sebagaimana disyariatkan oleh Islam. Sesungguhnya kaum wanita merupakan insan yang terpilih dan diberi kemuliaan oleh Islam. Wanita dipermudahkan untuk menjadi ahli syurga dengan syarat yang mudah sebagai hadis berikut ini. Anas r.a. mengatakan, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kemaluannya (kehormatannya) nescaya dia akan masuk syurga.” (HR. Ibnu Hibban) Dibandingkan dengan kaum lelaki yang dibebankan tanggungjawab berjihad, menanggung nafkah dan didikan terhadap ahli keluarga anak isteri, wanita dikirakan lebih beruntung. Sebenarnya banyak rencana-rencana lain lagi yang perlu anda hayati dalam keluaran kali ini. Antaranya ialah meninjau kehidupan masyarakat muslim di negeri seribu candi. Bandingkan mereka dengan kita ini yang hidup di bumi Malaysia yang mewah dan makmur. Sesungguhnya kami berusaha untuk mendekatkan lagi hati pembaca dengan Hidayah. Bagi anda yang mempunyai sebarang maklumat, saranan, kritikan atau apa-apa saja boleh terus berhubung dengan Hidayah melalui emil saya ini atau kiriman surat. Setiap pandangan anda akan diberi keutamaan yang sewajarnya. Terima kasih dengan sokongan yang berterusan terhadap Hidayah selama ini. Semoga anda mendapat imbuhan pahala di dunia dan akhirat. Amin.
Wassalam.

Pengarang

Shahimisaifulislam@yahoo.com.my

Keberkatan Membaca Dan Menghafal Surah Yassin

BAGI kebanyakan masyarakat Islam di Malaysia, membaca Yassin sudah menjadi budaya tradisi terutama dibaca secara beramai-ramai pada hari Khamis malam Jumaat di masjid-masjid dan surau-surau. Malah setengah-setengah tempat terdapat ahli-ahli kumpulan Yassin yang membaca Yassin secara beramai-ramai dari rumah ke rumah mengikut giliran rumah masing-masing. Tradisi ini merupakan satu amalan yang baik dan tidak ditegah oleh para ulama dahulu dan sekarang. Apakah kebaikan dan kelebihan membaca surah Yassin ini?
Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w. bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat ke dua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

RAHSIA SOLAT 5 WAKTU
Ali bin Abi Talib r.a. berkata: “Sewaktu Rasullullah s.a.w. duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata :” Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.” Lalu Rasullullah s.a.w. bersabda: “Silakan bertanya.” Berkata orang Yahudi: “Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.” Sabda Rasullullah s.a.w.: “Sembahyang zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya. Sembahyang asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah Khuldi.
Sembahyang maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. maka setiap mukmin yang bersembahyang maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku. Sembahyang subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.” Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah s.a.w. mereka berkata: “Memang benar apa yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang. Rasullullah s.a.w. bersabda: “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.” Sabda Rasullullah s.a.w. lagi: “Manakala sembahyang asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.” Setelah itu Rasullullah s.a.w. membaca ayat yang bermaksud: “Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Nasib Tragis Isteri Curang

Anita, wanita itu berusia 45 tahun. Namanya memang indah untuk diucapkan, secantik wajahnya. Bagaikan puteri ayu dalam dongeng-dongeng. Kini, dia hanya mampu tergolek tak berdaya di atas katil di rumahnya. Sakit barah pada bahagian alat kehormatannya, telah melumpuhkan segala yang dimilikinya: harga diri dan maruah. Padahal, 15 tahun yang lalu, Anita adalah seorang wanita dewasa yang sangat digilai ramai lelaki. Bukan saja kerana kecantikannya, tapi juga kecerdasan dan kedewasaannya. Dia adalah perempuan yang membuat hati seorang lelaki bernama Hamdan bertekuk lutut dan mengorbankan segalanya untuk dapat mengahwininya: Hamdan mengorbankan keluarga dan kehormatan dirinya. Ya, Anita adalah seorang wanita yang patut bersyukur kepada Allah s.w.t. Dia diberikan paras yang cantik dan ayu. Macam wajah pelakon-pelakon jelita siri drama tv. Pendidikannya pun agak tinggi apabila mampu menjejak kaki ke kampus universiti. Bahkan, atas ijazahnya itu, dia pernah bekerja di sebuah syarikat luar negeri dengan gaji yang lumayan. Nah, di tempat kerja inilah dia bertemu Hamdan. Lelaki baik hati itu kemudian mengahwininya dengan segala pengorbanan. Untuk mendapatkan Anita, Hamdan harus rela meninggalkan keluarga, yakni ibu bapa dan adik-adiknya, yang dulu sangat mencintainya. Demi wanita itu, ia terbuai mimpi. Padahal keluarga tak mengizinkannya kerana mereka tahu bahawa Anita bukanlah perempuan yang baik-baik. Dia hanya cantik di permukaan, tapi batinnya membusuk. Hal itu diketahui dari latar belakang keluarga Anita. Meski berparas ayu, Anita terlahir dari keluarga yang tidak bahagia. Saat kecilnya, dia telah ditinggal pergi oleh ayahnya, kerana lelaki itu telah melakukan kecurangan terhadap ibunya demi wanita lain yang lebih muda dan cantik. Bahkan, dirinya yang masih kecil saat itu, pernah dipukul si ayah hingga membuatnya trauma. Sejak itulah, tampaknya dia menjadi peribadi pendendam terhadap lelaki. Anita sendiri boleh mendapat pendidikan tinggi atas bantuan datuk dan neneknya yang kini telah meninggal dunia. Saat kuliah inilah Anita mengalami kekerasan kembali. Tapi, kali ini sifatnya tidak saja mengoyak fiziknya, tapi juga batinnya yang paling dalam. Dia didapati mengandung anak luar nikah oleh kekasihnya yang kemudian meninggalkannya tanpa khabar berita. Dua kejadian itu, benar-benar telah merosak fikirannya dan batinnya sehingga dia menjadi wanita pendendam terhadap lelaki. Kerana Anita adalah wanita yang cerdas, maka dia layak diterima bekerja di sebuah syarikat asing dan akhirnya berkahwin dengan atasannya, yang mahu menerima segala kekurangan wanita itu – termasuk, kesuciannya yang telah ternoda. Meski telah bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab, trauma itu rupanya belum dapat hilang dari fikiran dan benak Anita. Tampaknya, perkahwinannya dengan Hamdan hanya dijadikan sebagai pelempias dendamnya kepada kaum lelaki. Sebab, di luar itu, Anita suka melakukan kecurangan dengan lelaki lain dan menghabiskan sebahagian waktu malamnya untuk bersenang-senang dengan lelaki yang terpikat dengan penampilan dirinya. Lelaki manapun pasti akan senang jika diajak menjadi pasangan oleh Anita kerana wajahnya yang cantik itu. Tapi, kesenangan itu hanyalah sebentar. Kerana mereka sendiri kemudian harus menjadi korban. Setelah harta mereka habis dikikis, Anita meninggalkan mereka. Sebahagian korbannya adalah lelaki yang tidak pernah tahu tentang latar belakang Anita yang sudah berkahwin itu. Begitulah yang terjadi pada Anita selama bertahun-tahun, hingga dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya dengan Hamdan. Anita rela menggadai kehormatannya untuk lelaki lain sebagai umpan, untuk kemudian menjatuhkan mereka ke dalam lubang kenistaan. Hamdan, sebenarnya, mengetahui tingkah laku isterinya yang suka pergi dan pulang larut malam. Bahkan, kecurangannya dengan seorang lelaki bernama Karim sempat diketahui oleh Hamdan. Tapi, Hamdan tetap setia dengan isterinya kerana satu hal: sudah ada anak dan dia telah kehilangan segalanya, iaitu ibu bapa kandung dan adik-adiknya yang telah memulaunya. Sebab itu, walaupun terasa ‘dayus’ dia berusaha mempertahankan perkahwinannya. Hingga suatu ketika, Anita tiba-tiba merasa sakit pada alat kemaluannya. Penyakit itu bermula dari rasa sakit ketika dia mengeluarkan air kencing. Meski sudah berubat dan dinyatakan sembuh oleh doktor, tapi penyakit itu sewaktu-waktunya datang kembali. Bahkan, beberapa saat kemudian pada sekitar daerah alat kemaluannya itu muncul bintik-bintik seperti bisul. Tapi, penyakit itu juga kemudian hilang kerana telah diubati oleh doktor. Puncaknya, Anita benar-benar sakit keras. Dia mengalami semacam demam yang sangat tinggi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Wanita Yang Tidak Mahu Bertudung

RATA-RATA kaum wanita di Malaysia semuanya menggunakan “tudung kepala” sebagai salah satu cara menutup ‘aurat yang dituntut oleh agama. Dimana pun kita pergi di Malaysia, kita akan bertemu dengan kaum wanita memakai tudung. Sama ada yang tua, yang muda dan murid-murid sekolah, semuanya memakai tudung.
Kita akan merasa ganjil dan aneh kalau kita bertemu dengan kaum wanita Malaysia yang membogelkan kepalanya. Kita merasakan sebagai ada sesuatu yang tidak kena kepada wanita ini. Apabila kita betul-betul amati, rupa-rupanya yang kita pandang ganjil itu ialah dia itu tidak menutup aurat. Misalnya, seorang pembaca warta berita di TV biasanya kita lihat ada setengah stesen TV sama ada swasta atau pun milik kerajaan, pembacanya akan memakai tudung. Tetapi pada waktu yang lain kita terlihat ada pembacanya tidak memakai tudung, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau pun ganjil kepada wanita itu. Rupa-rupanya dia tidak menggunakan tudung. Kita tidak begitu terkejut kalau yang tidak bertudung itu masih gadis remaja, yang ilmu agamanya belum matang. Tetapi yang tidak bertudung itu tadi dari kalangan wanita yang sudah “senja” dan hampir senja. Keganjilan kelihatan begitu ketara sekali dalam majlis itu, terutama dimeja yang diduduki oleh wanita yang tidak bertudung. Itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis dimana Baginda menangis ketika dikunjungi oleh anaknya Fatimah pada suatu hari ke rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Saidina Ali terkejut apabila mereka masuk ke dalam rumah Rasulullah didapatinya Nabi s.a.w. sedang menangis.
Lalu Fatimah bertanya sebab kenapa Baginda menangis. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa baginda sedih kerana melihat wanita ramai dalam neraka. Kaum wanita haruslah ingat tentang banyak perkara yang dilakukan oleh mereka yang boleh mengundang mereka masuk neraka. Satu daripadanya ialah tentang tudung ini. Mereka tidak bertudung adalah melanggar perintah Allah s.w.t. Dalam kitab suci Al-Quran Allah telah menjelaskan dalam Firmannya dalam surah Al-A’raf ayat 26 dan 27 yang maksudnya: “Hai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah supaya mereka ingat.” “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. “Sesungguhnya dia (syaitan itu) dan kaumnya dapat melihatmu dari tempat yang tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Demikianlah dua ayat yang menerangkan tentang pakaian. Allah s.w.t. juga menjelaskan masalah pakaian dalam pergaulan rumahtangga dalam banyak yang telah abadikan dalam kitab suci Al-Quran. Bacalah al-Quran telitilah hukum hakamnya, dan fahamilah terjemahannya dalam bahasa Melayu supaya kita tahu isi-isi ayat Quran itu sendiri. Masalahnya, kita sebagai orang Islam tidak pernah mahu baca Quran yang Allah turunkan khas untuk kita orang Islam sebagai panduan hidup. Semua masalah kehidupan kita seharian ada didalam Quran. Sehingga siapa yang kita boleh kahwini, siapa yang tidak boleh, serta jalur-jalur yang telah ditentukan oleh Allah dalam soal pernikahan ini. Dalam masa dan ketika yang tidak dibolehkan anak-anak kita masuk ke bilik ibu bapa mereka, pun ada Allah beritahu dalam Quran. Ada tiga waktu yang dilarang sama sekali anak-anak masuk bilik dalam ibubapanya, kerana waktu-waktu yang disebutkan Allah dalam Quran itu adalah waktu dimana ibubapa sedang menyalin pakaian selepas sembahyang waktu. Bacalah surah An-Nur dimana semua masalah kehidupan kita ada dijelaskan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Tradisi Di Balik Perayaan Maulid NAbi

PERINGATAN Maulid Nabi Muhammad s.a.w. merupakan tradisi yang sudah kental dan memasyarakat di kalangan umat Islam. Bukan cuma di Malaysia atau Indonesia saja, tradisi yang jatuh setiap tarikh 12 Rabiulawal dalam kalendar Hijriah ini pun, juga marak diperingati oleh umat Islam di beberapa kebanyakan negara. Perayaan Maulid Nabi dikatakan pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang gabenor Irbil, di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi (1138-1193). Ada juga pendapat yang menyebutkan bahawa ideanya justeru berasal dari Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin memerintah pada tahun 1174-1193 M atau 570-590 H pada Dinasti Bani Ayyub, setingkat gabenor dengan pusat pemerintahan Kota Kaherah, Mesir, dan daerah kekuasaannya membentang dari Mesir sampai Syria dan Semenanjung Arab. Perintah merayakan Maulid ini disampaikan pertama kali pada musim Haji 579 H (1183 Masehi). Sebagai penguasa, atas persetujuan Khalifah Bani Abbas di Baghdad, Sultan menghimbau agar seluruh jemaah haji seluruh dunia jika kembali ke kampung halaman masing-masing segera melaksanakan perayaan Maulid Nabi. Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi s.a.w., serta meningkatkan semangat juang kaum muslim saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah dalam usaha merebut Kota Jerusalem dan sekitarnya. Pada awalnya, Salahuddin ditentang para ulama kala itu. Sebab, sejak zaman Nabi s.a.w., peringatan seperti itu tidak pernah ada. Lagi pula, hari raya resmi menurut ajaran agama cuma ada dua, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha. Tetapi, Salahuddin menegaskan bahawa perayaan Maulid Nabi hanyalah kegiatan yang menyemarakkan syiar agama, sehingga tidak dapat dikategorikan bid‘ah terlarang. Salah satu kegiatan yang diadakan Sultan Salahuddin pada peringatan Maulid Nabi yang pertama kali adalah menyelenggarakan sayembara penulisan riwayat Nabi beserta puji-pujian bagi Nabi dengan bahasa seindah mungkin. Seluruh ulama dan sasterawan diundang untuk mengikuti pertandingan tersebut. Pemenang yang menjadi juara pertama adalah Syeikh Ja‘far Al-Barzanji. Karyanya berjudul Kitab Barzanji, yang sampai sekarang sering dibaca masyarakat di kampung-kampung di Malaysia dan Indonesia. Pada masa Abbasiyah, sekitar abad ke-12 M, perayaan maulid Nabi dilaksanakan secara resmi yang dibiayai dan diberi kemudahan oleh khalifah dengan mengundang penguasa tempatan. Acara itu diisi dengan puji-pujian dan huraian Maulid Nabi, serta dilangsungkan dengan perarakan besar-besaran mengelilingi kota diiringi pasukan berkuda dan angkatan bersenjata.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Kereta Lembu Kenderaan Orang Melaka Zaman Dulu

Bagi orang Melaka, kereta lembu merupakan kenderaan paling penting bagi mereka dalam usaha mencari rezeki.
Zaman sebelum merdeka, iaitu dalam tahun 40an, 50an dan awal 60an, kereta lembu sebagai kenderaan “pedati” yang digunakan untuk pelbagai guna. Seseorang penduduk kampung, sekiranya dia mempunyai dua ekor lembu, dan sebuah kereta lembu, cukuplah baginya untuk menampung penghidupan keluarganya. Kereta lembu dan lembu yang dua ekor itulah akan dijadikan sebagai sumber untuk mencari rezeki. Pada peringkat lain pula, kalau ada perayaan-perayaan tahunan, seperti “mandi safar” dan lain-lain lagi, maka kereta lembu itu akan digunakan sebagai kenderaan disamping mengangkut barang-barang. Biasanya, kereta lembu ini dimiliki oleh mereka yang diam di desa-desa pada zaman itu. Kehidupan zaman itu adalah dengan menjual kayu api dan sebagainya.
Biasanya, kereta lembu ini akan mengangkut kayu-kayu yang sudah dibelah kecil-kecil untuk dijadikan kayu bakar bagi memasak dan sebagainya untuk mereka yang tinggal di bandar-bandar. Kayu-kayu dari pokok-pokok getah tua yang ada diladang-ladang getah akan ditebang. Pekerja-pekerjanya adalah dari anak-anak muda di kampung-kampung juga. Taukeh-taukeh kayu dan taukeh lori, akan mengambil para pekerja dari kampung-kampung pada pagi-pagi hari untuk dibawa ke ladang-ladang getah untuk menebang pokok-pokok getah tua itu. Pekerja ini akan membawa sendiri alat-alat pemotong seperti sebilah gergaji, beberapa bilah kapak besar dan sederhana dan juga kecil. Parang juga akan dibawa sama untuk mencantas semua daun getah yang sudah potong itu. Kemudian, batang-batang getah di gergaji menurut ukuran yang telah ditetapkan. Batang getah itu kemudian diangkut ke dalam lori yang sedia menanti. Satu lori batang getah yang sudah siap dipotong dengan harga yang sudah ditentukan juga. Upah menebang batang-batang getah itu akan diserahkan kepada seorang ketua, dan ketua akan membahagikan kepada para pekerja lain. Sementara kereta lembu pula sedia menanti di tepi jalan atau pun dalam kebun getah dimana kayu-kayu getah yang sudah dipotong akan dimuatkan dalam kereta lembu itu. Kereta pedati itu akan ditarik oleh dua ekor lembu dari kebun getah dibawa pulang ke kampung masing-masing. Jauh perjalannanya kira-kira dalam lima enam batu saja. Apabila kayu-kayu getah itu tiba di pengkalan tempat memprosesnya maka kayu-kayu itu diturunkan, dan pekerja-pekerja lain pula akan memotongnya mengikut ukuran yang sudah disediakan dan ditentukan. Kayu-kayu yang hendak dijual ke pekan-pekan itu ada pelbagai bentuknya. Ada yang diracek sebesar lengan tangan dan panjangnya kira-kira dalam satu kaki sahaja. Jenis dan bentuk kayu yang macam ini di keringkan dulu sebelum dibawa ke bandar. Kayu-kayu sudah diracek ini dijemur ditengah-tengah padang. Dan juga dalam bangsal, kerana dibimbangi akan ditimpa hujan. Apabila sudah kering kayu-kayu itu diikat dengan tali batang pisang yang sudah dijadikan tali. Kayu yang diracek ini berjumlah kira-kira lima atau pun enam batang dalam seikatan.
Kayu-kayu ini dipunggah dalam kereta lembu pada waktu petang. Sesudah subuh kereta-kereta lembu ini akan bertolak dari kampung masing-masing ke bandar untuk dijual. Ada yang menghantarnya terus kepada pemborong-pemborong kayu api yang sudah sedia ada di bandar. Ada sebahagiannya tidak buat macam tu. Mereka menjualnya secara runcit. Tuan punya kereta lembu itu akan singgah dari satu rumah ke satu rumah kedai untuk menghantar kayu-kayu yang diminta itu. Sama juga macam orang jual “gas” di Kuala Lumpur, dimana mereka bunyikan “hon” dan mereka yang memerlukan gas akan memanggilnya, tetapi kereta lembu tidak ada “hon”, tetapi apabila kereta lembu lalu orang tahu ia membawa kayu api. Penjual-penjual kayu api yang menggunakan kereta lembu ini akan mengambil masa lima atau enam jam saja dalam jualan itu. Kira-kira jam 12 tengah hari atau pun satu tengah hari, semua kayu api dalam sebuah kereta lembu itu habis dijual. Kalau ada yang bernasib baik, apabila tiba saja di pintu bandar, ada pemborong menantinya untuk membeli semua sekali satu kereta lembu kayu api mereka. Orang yang bernasib baik macam ini akan pulang ke rumah awal lagi. Bagaimana pun, tuan punya kereta lembu akan singgah dulu dipasar dimana mereka akan membeli “ikan parang” yang besar untuk dimasak “asam pedas”; kerana pada hari itu kayunya awal-awal lagi sudah habis dijual. Ini ialah cerita mereka yang jual kayu api yang diracek. Satu lagi cara ialah dimana kayu getah itu dibawa dari ladang kemudian dipotong agak panjang sikit, dan dibelah dalam bentuk besar-besar. Biasanya, sebatang pokok getah akan dikerat (dipotong tiga) dan kemudian dibelah. Potong atau belah bentuk seperti ini dijual dalam kereta lembu juga. Biasanya pembelinya bukanlah rumah kediaman, tetapi mereka yang berniaga seperti kedai kopi, memasak itu dan ini, kerana akan menggunakan bentuk kayu api yang besar. Tuan punya kereta lembu ini akan menjualnya secara pukal. Ertinya dijual “satu kereta lembu”, tidak dijual runcit-runcit. Penjualan secara begini kurang menguntungkan, tetapi tidak banyak kerja dan tidak banyak kerenah. Ada juga orang yang menjual kayu api dengan racek ini menggunakan basikal. Mereka memuatkannya di atas basikal yang kemudian dikayuh dari kampung mereka kira lima batu atau pun 10 batu untuk sampai ke bandar. Kayu-kayu api hanya dieli oleh orang-orang yang tinggal di bandar sahaja, kerana kawasan bandar tidak ada kayu. Kayu arang pun zaman itu tidak ada. Gas jauh sekali, kerana tidak ada peralatan dapur yang menggunakan gas atau Karen. Yang ada hanyalah dapur biasa saja yang menggunakan kayu api. Bagi mereka yang tinggal dikampung-kampung, kayu api tidak perlu beli. Kadang-kadang, mereka masuk hutan, mencari ranting-ranting kayu yang kering jatuh, dan dipungut, dan kayu-kayu inilah digunakan untuk memasak. Kereta lembu ini bukan saja digunakan mengangkut kayu api untuk dijual tetapi digunakan juga untuk hal-hal lain. Kadang-kadang ada orang menyewanya untuk pindah rumah.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Benarkah Perempuan Banyak Menghuni Neraka?

ADANYA hadis yang menyatakan penghuni neraka kebanyakan perempuan seakan menunjukkan bahawa perempuan adalah makhluk yang paling banyak melakukan dosa di banding lainnya. Ironisnya, bahkan dari sinilah anggapan bahawa perempuan “biang” atau penyebab terjadinya fitnah dan kerosakan di muka bumi makin kuat.
Tetapi, apakah benar demikian? Bukankah dalam banyak nash al-Quran disebutkan bahawa amal seseoranglah yang menentukan dirinya akan menghuni neraka ataupun syurga? Satu ayat pun bahkan tak ada yang menjelaskan secara terperinci bahawa penghuni syurga atau neraka dihuni oleh jenis kelamin tertentu. Dan apakah hadis-hadis tersebut muncul begitu saja tanpa ada asbabul wurud (kronologi terjadinya sebuah hadis) dibaliknya? Ikuti ulasan berikut ini:

Derhaka Pada Suami
Dalam sebuah kisah, ketika Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melaksanakan solat gerhana, baginda melihat syurga dan neraka. Ketika melihat neraka, Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “...dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Sahabat bertanya, “Mengapa (demikian), wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Rasulullah menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai), nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ “ (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas) Maksud hadis di atas menegaskan bahawa perempuan penghuni neraka yang dimaksud adalah perempuan/isteri-isteri yang telah membangkang, tidak patuh, meremeh atau derhaka pada suaminya. Padahal sebagai isteri, sikap yang patut dikedepankan semestinya kepatuhan/ketaatan.Isteri, tidak melangkah kemanapun atau berbuat apapun tanpa restu/redho suaminya. Mereka sering membicarakan keburukan-keburukan suaminya kepada teman-teman atau keluarganya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syar’i, bersikap kasar, menampakkan muka yang masam ketika memenuhi panggilan suami, tidak mahu melayani suami dengan alasan yang tidak syar’i, pergi atau ke luar rumah tanpa izin suami, mengkhianati suami dan hartanya. Di samping itu, ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa banyak isteri-isteri sahabat di zaman Nabi s.a.w. yang merendahkan suaminya, menuntut berlebihan dan menganggap kecil kebaikan-kebaikan yang selama ini diusahakan si suami. Atas dasar itulah Rasulullah s.a.w. prihatin dan menyabdakan hadis berkenaan.

Mendedahkan Aurat
“... dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk unta. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah) Menutup aurat merupakan perintah Allah yang harus ditaati perempuan muslim. Perintah yang datang bukan sekadar tindak balas terhadap kebudayaan Arab, melainkan adanya hikmah dan manfaat yang besar yang terkandung di dalamnya. Selain boleh sebagai perisai diri, identiti yang khas, juga memperkecil pintu fitnah. Fitnah yang puncanya bukan kerana jenis kelamin mereka perempuan, tetapi aurat yang tersingkaplah yang mampu melemahkan iman kaum adam dan memancing mata-mata nakal yang tak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, manakala aurat didedah, akan terbukalah hal-hal yang selama ini dikhuatirkan menurut pandangan syar’i. Dan kenyataannya, beragam bentuk kekhuatiran tersebut kini terlihat jelas.

Anjuran Sedekah
Satu saat Rasulullah s.a.w. selesai menyampaikan khutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita seraya menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat, kemudian baginda pun bersabda: “Bersedekahlah kalian! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, ia pun bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari)

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam

TONY BLAIR adalah lelaki hebat. Sehabis menamatkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain (2 Mei 1997-27 Jun 2007), dia masih dikehendaki negaranya untuk urusan antarabangsa, terutama merangka perdamaian di wilayah Timur Tengah. Malangnya, pemikiran Blair dipenuhi kecurigaan terhadap Islam. Dia memberi arahan positif pengharaman jilbab di sejumlah sekolah Britain. Di matanya, busana atau pakaian muslimah hanyalah pengekangan terhadap wanita. Sebelumnya, Cherie isteri Blair tidak kalah garangnya menyerang pemakaian cadar yang disebutnya menghalangi hak wanita untuk menjadi ‘manusia’. Tony Blair juga berperanan dalam mencetuskan Perang Iraq yang mengerikan itu. Dalam konflik Timur Tengah, dia cenderong menyokong kepada Israil dan menunjukkan sikap bencinya terhadap Palestin.

Adik Ipar Blair
Namun cahaya terang itu justeru datang dari ufuk yang lain. Lauren Booth seorang penyiar dan wartawan, adalah adik dari isteri Blair. Booth menggemparkan masyarakat di Britain setelah menyatakan dirinya memeluk Islam.
Pada Januari 2005, Lauran Booth tiba di Tebing Barat, Palestin, untuk liputan The Mail on Sunday. Pemikirannya telah disesaki fikiran negatif akan berjumpa orang Arab, atau muslim yang ekstremis, radikal, fanatik, kahwin paksa, dan pengebom berani mati. Waktu itu, Tebing Barat sedang dilanda cuaca sejuk yang ekstrem, sementara Booth tidak memakai pakaian sejuk. Saat berjalan di Ramallah dalam keadaan hampir membeku, tiba-tiba seorang wanita tua Arab menggamit tangan lantas menariknya ke dalam rumah. Apakah saya diculik oleh seorang ‘teroris tua’? fikir Booth. Anehnya wanita tua itu mengeluarkan baju sejuk, topi dan sarung tangan dari almari pakaian anak perempuannya. Setelah dilengkapi dengan pakaian penghangat badan, Booth kembali dihantar oleh wanita itu kembali ke jalan dan dipeluk hangat. Tidak ada percakapan di antara mereka, kerana bahasa yang berbeza. Kejadian indah itu tersimpan di sanubari Booth.Lalu Booth mengunjungi Lebanon pada 2007, selama 4 hari bergaul dengan mahasiswi yang berpakaian muslimah lengkap. Ternyata mereka wanita mengagumkan, berwawasan luas, terbuka, dan bebas berbicara. Jauh berbeza dari yang dibayangkan sebelumnya bahawa gadis muslim itu “rendah diri”, tertekan hingga boleh dipaksa kahwin. Sejak itu Booth jadi sering bertanya pada diri sendiri, apakah saya siap masuk Islam? Apa nanti kata dunia? Bertahun-tahun pertanyaan itu terbenam di benaknya. Hingga Booth mengunjungi kota suci Qom di Iran. Dia merasakan kebahagiaan spiritual yang amat menggugah perasaan. Ketika kembali ke Britain, wanita Inggeris itu memutuskan untuk memeluk Islam. Dan negeri Ratu Elizabeth itu pun menjadi gempar. Booth menikmati keislamannya dan tetap tenang menghadap reaksi pro-kontra. Terlebih dulu, dia memaklumkan pada dua orang anak gadisnya. Suatu kali Booth duduk di dapur dan berkata pada anaknya, “Girls, aku mahu memberitahu kamu. Sekarang ibu menjadi seorang muslim.” Anak sulungnya berkata, “Bolehkah kami mengajukan beberapa pertanyaan?” Booth setuju dan mempersilakan mereka mengeluarkan padangan secara terbuka. Anaknya bertanya, “Apakah ibu akan minum arak lagi?” Booth menjawab, “Tidak!” “Yuhuu...” anak-anaknya menjerit riang. “Apakah ibu masih merokok?” tanya mereka lagi, Booth berkata, “Tidak!” Sampailah ke pertanyan mengejutkan, “Apakah ibu akan mendedahkan payudara ibu di depan umum lagi?” kali ini jawabnya tegas, “Kini aku seorang muslim. Aku tidak pernah lagi mendedahkan payudara di depan orang ramai.” Serentak anak-anak gadisnya berseru, “kalau begitu, kami pun cinta Islam!”
Para wartawan gemar mencungkil gaya hidupnya, dan terbukti Booth amat istiqamah. Bahkan Booth juga ikut takjub dengan perubahan dirinya, “Sekarang saya tidak makan babi lagi. Saya juga belum pernah minum beer lagi dalam 45 hari terakhir. Ini masa terpanjang dalam masa 25 tahun. Hal aneh sejak masuk Islam saya tidak ingin menyentuh minuman arak. Padahal sebelumnya saya selalu menginginkan minum segelas atau dua gelas anggur setiap hari.” Kecintaan terhadap Islam digalinya dengan giat belajar. “Saya membaca Al-Quran setiap hari berserta terjemahannya. Al-Quran adalah teks yang serius. Ini akan membantu saya belajar bahasa Arab. Saya berhubungan dengan beberapa masjid di London Utara, dan berharap dapat mengunjunginya untuk waktu-waktu tertentu, setidaknya sekali seminggu,” ujar Booth. Sudah banyak selebriti atau tokoh dunia yang memeluk agama Islam. Sayang, di antara mereka sulit untuk berkomitmen dengan agama baru yang dipeluknya. Terkadang ada yang masih malas bersolat, suka mabuk-mabuk dan melakukan perbuatan haram lainnya. Sebetulnya ajaran Islam itu tidaklah berat, asalkan ditaati dengan sepenuh hati.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Maryam:Tokoh Penting Dalam Sejarah Musa a.s.

TIDAK sedikit kisah dalam al-Quran yang menceritakan satu kejadian penting dalam sejarah Islam, tetapi tidak disebutkan dengan jelas ehwal nama tokoh yang berperanan dalam kejadian tersebut. Salah satu dari tokoh itu, di antaranya adalah Maryam, saudara perempuan iaitu ‘kakak’ Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. Dia adalah anak perempuan Yakobed, yang dalam sejarah kehidupan Nabi Musa a.s. memiliki serangkaian peranan penting yang tak boleh dikesampingkan begitu saja. Waktu mendekati kelahiran Nabi Musa a.s., Maryam masih terbilang kecil. Ia pun masih suka bermain dengan saudara kandungnya, yakni Harun. Meski masih kecil dan terbilang gadis sunti, dia boleh melihat dengan jelas kelakuan dan kebiadaban tentera Firaun yang dikenal kejam dan tidak mengenal peri kemanusiaan. Kekejaman tentara Firaun yang suka menindas kaum Bani Israil, tidak menutup mata Maryam. Semua itu terjadi di depan matanya, bahkan ia melihat sendiri ayahnya yang sudah menjelang usia tua harus menjadi ‘hamba’ dan dipaksa bekerja untuk Firaun. Ia juga melihat tentera-tentera Firaun memasuki rumahnya dan kemudian memaksa ayahnya untuk bekerja sebagai hamba Firaun. Tetapi, kekejaman Firaun dan bala tenteranya itu tidak hanya berhenti sampai di situ. Kekejaman Firaun itu, ternyata, masih ditambah dengan kekejaman lain, yakni pembunuhan besar-besaran bayi-bayi yang konon diramalkan oleh para peramal kerajaan jika tidak dibunuh maka suatu hari nanti akan mengancam kekuasaan Firaun. Kerana tidak ingin ditimpa kecelakaan, Firaun akhirnya mengisyhtiharkan pengumuman untuk membunuh setiap bayi lelaki yang baru lahir.
Waktu berjalan. Peristiwa baru muncul di rumah Imran, lantaran isteri Yakobed melahirkan bayi lelaki. Padahal, udara di sekitar perkampungan Jasan meruapkan hamis darah bayi Bani Israil yang dipenggal tanpa belas kasihan oleh tentara Firaun. Maryam tahu, ibu dan ayahnya dilanda cemas bukan kepalang dengan kelahiran adiknya tersebut. Jiwa Maryam seperti teriris sembilu. Jantungnya berdebar-debar, khuatir ancaman kematian yang siap dialami oleh adiknya. Hingga akhirnya, ibunya menuturkan bahawa ada suara ghaib yang menyarankan, agar si bayi dimasukkan ke dalam peti lalu dihanyutkan ke sungai. Raut muka Maryam sekilas berbinar ceria. Dia mendukung suara ghaib itu dan dia pun mendesak ibunya segera memenuhi panggilan ghaib itu. Setelah si ibu menyusui untuk terakhir kali, Maryam membantu ibunya untuk mengemasi perbekalan dan kemudian melihat ibunya memasukkan bayi itu ke dalam peti. Dia benar-benar sedih, saat ibunya menghanyutkan peti yang berisi adiknya tersebut. Peti itu pun kemudian bergerak, ikut aliran arus sungai yang mengalir. “Ikutilah anakku ini, awasi terus apa yang terjadi pada adikmu ini. Nanti pulanglah dan ceritakan apa yang kau temukan. Semoga Allah mengasihi dan mengembalikan dia lagi ke tengah-tengah keluarga kita seperti yang dijanjikan oleh suara ghaib itu,” pesan si ibu kepada Maryam ketika ia hendak pulang duluan. Remaja puteri itu pun mengekori peti tersebut. Arus sungai bergerak membawa peti itu ikut aliran sungai. Sementara itu, mata Maryam mengawasi dengan sorot mata sedih. Dia dilanda cemas dan tidak lepas dari menatap arah peti. Dan dia tidak tahu, apa yang akan menimpa peti dan bayi itu...Tidak lama setelah peti itu terkandas, beberapa dayang-dayang istana datang bersama puteri mahkota, Ist Navaret. Mereka pun tercekat dan terkejut saat menemukan dan melihat peti tersebut, kemudian bergegas menghampirinya untuk melihat lebih jelas isi peti yang mengundang secuil rasa kecurigaan itu. Berbagai tanda tanya pun menggelayut di dalam fikiran: apa yang ada dalam peti itu dan mereka pun tergerak untuk mengambilnya. Sementara itu, di balik sebatang pohon, Maryam berlindung dan tetap melihat dari kejauhan apa yang terjadi kemudian. Dia mengawasi mereka dengan cermat. Air sungai mengalir tenang, tetapi di lubuk hati Maryam tetap merasakan kebimbangan. Dia tidak dapat membayangkan: apa yang terjadi dengan peti tersebut, kerana dia tidak dapat menduga bahawa peti tempat adiknya disimpan itu ternyata langsung dibawa arus sungai ke istana Firaun. Itulah yang menjadikan Maryam dicekam ketakutan kerana tidak dapat memikirkan nasib adiknya yang dibawa ke hadapan Firaun kelak. Tentu, dia tidak memiliki keberanian hingga mengekori lebih jauh para dayang atau pelayan istana itu memasuki istana. Tetapi, api harapan yang memercikkan keteduhan di lubuk hati masih membuatnya tegar untuk terus berdoa agar adiknya yang ada dalam peti itu dapat diselamatkan. Setelah itu, dia pun menunggu khabar dari dalam istana. Tak lama kemudian, khabar itu pun datang bersamaan dengan munculnya beberapa pelayan istana yang menuruni anak tangga. Ketika mereka menghambur keluar istana, Maryam pun buru-buru menyambut mereka dengan sebuah pertanyaan. “Ada apa di istana?”
Pelayan istana menjelaskan bahawa si permaisuri, Asiyah, baru saja membuka peti yang ditemukan pelayannya saat terkandas di tepi sungai. Isinya seorang bayi lelaki yang memiliki wajah memancarkan cahaya terang. Cahaya itulah yang menautkan hati Asiyah dengan hati si bayi mungil tersebut. Maka, saat Asiyah tahu bahawa bayi tersebut sedang dilanda lapar, ia memerintahkan kepada semua pelayan istana untuk mencari wanita yang akan menyusui bayi mungil tersebut. Ingat akan nasib adiknya tersebut, Maryam diliputi kebimbangan. Dia kemudian menelusup masuk ke dalam istana dan mendekati bilik kediaman Asiyah yang ramai dengan kerumunan orang. Semuanya bercakap-cakap mengenai bayi itu, bayi berwajah tampan dengan memancarkan aura dan pesona. Maka, saat dia dapat melihat secara langsung bayi itu dan menatap permaisuri diliputi senang, bahkan menaruh perhatian kepada bayi itu, Maryam diresapi perasaan senang yang bukan kepalang. Sebab, si permaisuri itu begitu senang, sehingga bayi itu kemudian diberi nama Musa.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Bersih Hati Syarat Pelajari Tasawuf

TELAH menyebut oleh Al-Rabbani Kamil Mukamil Wali Qutub Sheikh Abi Madyan dalam kitabnya “Kanzul Manan” sebagaimana berikut; “Tiada patut mendengar bagi ilmu ini (Tarekat/Tasawuf) melainkan bagi orang yang bersifat dengan empat sifat ini iaitu;
• Zahid dengan meninggalkan segala yang lebih daripada yang halal.
• Ilmu Syariat yang membaikkan zahirnya,
• Tawakkal dan
• Keyakinan kepada Allah dan Rasul.
Inilah syarat-syarat utama yang perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin mengikut jalan atau tarekat ilmu Tasawuf ini. Tegasnya bagi sesiapa yang ingin belajar atau menuntut ilmu ini, atau mendengar ilmu ini, membicara dan membahaskan ilmu ini, mereka hendaklah memperlengkapkan diri mereka dengan empat perkara tersebut. Tanpa salah satu atau mana-mana dari empat syarat-syarat yang tersebut itu, maka tidaklah patut bagi seseorang itu mendengar apatah lagi memperkatakan sesuatu mengenai ilmu Tasawuf ini.

1. Zahid.
Adalah makna zahid ialah meninggalkan segala yang lebih-lebih daripada yang halal. Ini adalah kerana seorang yang Salik itu merupakan orang musafir kepada Tuhannya. Maka manakala jika ada sertanya sesuatu yang melebihi dari kadar keperluan dan hajatnya dalam perjalanannya, nescaya ianya akan menjadi penegah dan penghalang untuknya melangkahkan kaki. Ini adalah kerana Hadrat Haq s.w.t. itu diharamkan masuk atas orang yang membawa di belakangnya sesuatu tanggungan(sangkutan keduniaan). Dalam erti kata yang lain, hendaklah disucikan tangannya daripada mengambil sesuatu yang lebih daripada dunia dan disucikan hatinya daripada berhadap kepadaNya kerana adalah pada Hadrat yang Qudsi itu ditegahkan masuk orang yang penuh hatinya dengan Akdar dunia yang Masyiwallah (sesuatu selain daripada Allah) seperti kata Sheikh Ibni Athoillah As-Kandari; “Bagaimana terang bercahaya hatinya sedangkan segala rupa Akuan(cita-cita dunia) termeteri pada muka cerminnya atau; “Bagaimana ia suka berjalan kepada Allah Taala padahal tertambat dengan segala keinginan syahwatnya atau; “Bagaimana ia loba masuk pada Hadrat Allah Taala sedangkan ia tiada bersuci dari segala junub kelalaiannya atau; “Bagaimana ia harap hendak faham akan keindahan Asror atau rahsia-rahsia yang halus(yang dalam) pada hal ia tidak taubat daripada kesalahannya. Antara alamat orang yang zahid ialah sebagaimana yang disebut dalam Kitab Siyarus Salikin di mana telah berkata Imam Ghazali; Adapun alamat Zahid itu sebagai berikut;
• Tiada ia suka dengan suatu yang ada kepadanya dan tiada dukacita di atas ketiadaan sesuatu padanya seperti firman Allah yang bermaksud; “Supaya tiada dukacita kamu atas sesuatu yang luput dan tiada suka dengan sesuatu yang datang kepada kamu.”
• Bersamaan padanya orang yang memuji dan menghinanya.

2. Ilmu Yang dimaksudkan dengan ilmu di sini ialah Ilmu Syariat
Yang ruang lingkupnya bergantung dengan perkara-perkara yang membaikkan zahirnya. Maka manakala tiada mengetahui oleh orang yang Salik ilmu-ilmu atau jalan untuk membaikkan zahirnya nescaya tiadalah dapat ia mengetahui akan jalan untuk membaikkan batinnya. Ini adalah kerana orang yang tiada berhenti pada pintunya tiadalah masuk di dalam tempat perhentian ahbabnya (kekasihnya). Dengan kerana itulah, maka hiasilah olehmu wahai orang Salik dengan pakaian syariat dan berhiaslah dengan adab tarekat, nescaya teranglah atasmu beberapa cahaya hakikat dan jadilah kamu ahli bagi “Mukhotobah” yakni berkhabar-khabaran dan ahli Musyawarah yakni orang yang berkhabar-khabaran pada malam dan dapatlah kamu akan lazat “Mukhotobah”. Ini adalah kerana untuk terbukanya sesuatu yang hakikat yang didapati dari Alam Ghaib, perlulah ada sesuatu Wirid atau amalan syariat yang sempurna. Tersebut dalam bicara Kitab Hikam Ibni Athoillah As-Kandari bahawa tidak akan ada Warid tanpa Wirid. Yang dimaksudkan dengan wirid ialah apa sahaja amalan zahir atau batin yang dilakukan secara Istiqamah dan terhasilah Warid Ilahiyyah iaitu pembukaan dan pencampakan Nur Ketuhanan yang membukakan sesuatu yang sebelum ini tertutup atau terhijab. Dengan terbukanya sesuatu rahsia di Alam Ghaib ini, maka terserlah bahagian-bahagian hakikat atau makrifat mengikut kadar yang diizinkan.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Bagaimanakah Ibadah Anda Selama Bermusafir?

BILA anda pergi dari Kuala Lumpur menuju Kedah, berangkat dari pagi hingga selesai solat asar menggunakan kenderaan awam, tentu anda tidak akan dapat menjalankan solat zuhur secara normal bukan? Sebab kala waktu zuhur tiba, anda masih berada di dalam kenderaan – kalau pun boleh bersolat pasti dengan keadaan seadanya dengan niat ‘Solat menghormati waktu’. Atau anda berangkat dari satu kota di waktu zuhur dan baru tiba di tempat tujuan sehabis isyak. Dengan demikian anda tidak boleh menjalankan solat asar serta maghrib di tempat yang normal (di masjid atau surau). Atau saat berpergian itu anda sedang berpuasa di bulan Ramadan sehingga perjalanan tersebut terasa sangat berat. Bagaimana solusinya jika berada dalam situasi seperti di atas? Tenang saja, jika semua itu ternyata terasa memberatkan atau membuat anda bingung bagaimana menjalankan solat wajib, puasa Ramadan atau ibadah lainnya, agama memberikan keringanan. Dalam agama dikenal dengan istilah rukhsah (keringanan). Artinya anda mendapatkan keringanan menyiasati ibadat-ibadat wajib. Sebagaimana diketahui, aturan mengenai solat fardu adalah dilakukan pada waktunya (QS. An-Nisa’: 103), dengan jumlah rakaat yang sudah ditentukan, tidak boleh ditambah atau pun dikurangi. Puasa Ramadan juga demikian, ketentuannya tak boleh berbuka dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari. Akan tetapi, mengingat anda sedang dalam safar (bermusafir), anda diperbolehkan untuk berbuka puasa, anda juga boleh-menurut pendapat kebanyakan ulama - menjamak dan mengqashar solat. Inilah satu kemudahan dalam menjalankan agama, dalam keadaan tertentu memberikan jalan keluar. Allah berfirman, “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan” (QS. Al-Hajj: 78).

Erti Safar
Berpergian (safar) di sini adalah menempuh jarak dan tujuan tertentu sehingga boleh memberi pengaruh terhadap ketentuan suatu hukum. Kerana safar boleh berpengaruh terhadap ketentuan hukum suatu ibadah dari yang berat (‘azimah) kepada yang ringan (rukhshah). Hanya saja ada khilafiyah di antara para ahli fikih mengenai sifat perjalanan yang mempengaruhi ketentuan hukumnya. Sejumlah imam mazhab, seperti dijelaskan dalam Ensiklopedia Hukum Islam, berbeda soal ini. Menurut Imam Ahmad bin Hanbal, perjalanan yang mempengaruhi ketentuan hukum ialah perjalanan yang bersifat ibadah, baik wajib mahupun sunnah. Contoh safar yang wajib adalah ibadah haji, jihad dan umrah, sedang yang sunnah seperti silaturrahmi, pergi untuk takziah dan sebagainya. Imam Ahmad mengemukakan dalil bahawa Rasulullah s.a.w. tidak mengqashar solat kecuali dalam perjalanan yang bersifat ibadah. Imam Malik dan Imam Syafi’i mengatakan bahawa di samping perjalanan yang bersifat ibadah, yang mubah pun dapat mempengaruhi suatu hukum. Lain lagi Imam Abu Hanifah. Menurutnya, semua jenis perjalanan dapat mempengaruhi ketentuan hukum, entah perjalanan yang bersifat ibadah mahupun yang maksiat. Sebab al-Quran berbicara secara umum, “Apabila kamu mengadakan perjalanan di atas bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqashar solatmu….” (QS. An-Nisa’: 101). Menurut Abu Hanifah, ayat ini hanya menyebut ‘perjalanan’, tidak ada penjelasan apakah yang dimaksud adalah perjalanan ibadah atau maksiat. Kerana itu, semua bentuk perjalanan boleh mempengaruhi ketentuan hukum solat. Berangkat dari pemahaman Abu Hanifah ini, perjalanan yang terlarang, seperti: untuk menghindarkan dari jangkauan hukum, untuk mengedarkan ubat terlarang, perjalanan untuk berjudi atau perjalanan maksiat lainnya, maka yang bersangkutan tetap mendapatkan bahagian yang sama.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Masyarakat Muslim Cham Di Negeri Seribu Candi

SUHU udara di Kota Siem Reap Kemboja panas dan berdebu. Musim panas melanda Kemboja. Terminal bas yang sederhana tanpa simen menghasilkan debu berterbangan ketika angin bertiup. Asap kenderaan berpadu dengan debu tayar kereta. Sebaik turun dari bas, sekelompok penarik beca berebut menawarkan perkhidmatan untuk menghantar ke mana pun tujuan kita. Beberapa di antaranya menawarkan hotel dan ‘Rumah Tumpangan’. Dengan harga 1 dolar Amerika mereka akan menghantar ke berbagai tempat di kota Siem Reap. Membentang sepanjang sungai, Siem Reap adalah ibu kota daerah yang tidak terlalu luas. Kotanya merupakan jenis perkampungan yang masih asli walaupun di pusat kotanya sudah nampak unsur-unsur moden. Siem Reap juga merupakan gerbang untuk menyaksikan candi-candi peninggalan semasa kerajaan Angkor dari sejarah bangsa Khmer yang pernah wujud dalam ribuan tahun lampau. Sebagai salah satu dari World Heritege yang ditetapkan oleh UNESCO, Taman Arkeologi Angkor memiliki peninggalan candi yang bentuknya sangat artistik yang secara arkeologi mengesankan bagi sesiapa pun yang memandangnya. Tidak hairan jika kawasan Angkor ini menjadi destinasi utama pelancong di Kemboja dan telah didatangi ribuan pelancong asing dari berbagai pelosok dunia.
Kerajaan pertama di Wilayah Siem Reap ini didirikan oleh Panggeran Khmer Jayavarman II yang lahir dan dibesarkan di Jawa semasa dinasti Sailendra. Beliau kembali ke Kemboja dan mendirikan kerajaan pertama pra-Angkor di daerah Rolous (13km dari pusat kota Siem Reap). Selanjutnya ibukota kerajaan dipindahkan ke Phnom Bakheng pada masa Yasivarman I yang merupakan candi pertama yang didirikan di kawasan Taman Arkeologi Angkor. Keturunan-keturunan berikutnya membangun candi lainnya sampai pada zaman kegemilangannya dengan Angkor Wat yang unik yang dibangun oleh Suryavarman II. Selanjutnya Angkor Thom yang luas didirikan sebagai ibukota kerajaan oleh Jayavarman VII.

SEBUAH MASJID
Matahari mulai terasa terik pancarannya, ternyata waktu menunjukkan hampir pukul 11 pagi. Tentu yang terfikir adalah mencari makanan yang sesuai untuk mengisi perut yang mulai keroncong dan berikutnya pergi ke masjid untuk solat Jumaat, walaupun belum tahu di mana masjidnya. Waktu semakin mendekati saatnya solat Jumaat, yang ada di fikiran ialah mencari masjid. Sayangnya penduduk kota Siem Reap ini majoriti beragama Buddha sehingga masjid jarang ada ditemui, tidak seperti di negara kita yang masjid mudah di temui. Otak terpaksa bekerja keras untuk mencari di mana Masjid di kota Siem Reap ini. Ketika bertanya kepada tukang beca yang berbahasa Inggeris agak terbatas, untuk kata “Mosque” saja dia terlihat bingung walaupun sempat dijelaskan maksudnya. Beruntung warung internet terlihat di beberapa tempat. Setelah dicari, ternyata dalam bahasa Khmer masjid diistilahkan dengan pray-uhH vihee-uh cham. Suatu istilah yang cukup panjang untuk menjelaskan perkataan masjid. ternyata usaha tersebut cukup berhasil, dengan bantuan menggunakan perkataan tersebut yang disebutkan kepada tukang beca, ternyata mereka mengetahui tempat tersebut. Beca bergerak lancar, masuk ke sebuah lorong yang jalannya yang berlekok-lekak tidak rata. Debu-debu beterbangan. Sepanjang perjalanan terlihat deretan rumah penduduk yang masih belum tersentuh kemodenan dan ada sebuah papan tanda di muka lorong yang ditulis dalam bahasa Khmer dan Inggeris yang ertinya adalah kawasan Komuniti Muslim Cham Siem Reap. Bangunan masjid nampak cukup megah di tengah perkampungan yang rumah-rumah penduduknya nampak sederhana sekali. Begitu juga dengan penampilan mereka yang berpakaian bersahaja. Terlihat jelas bahawa kemakmuran belum menyentuh ekonomi mereka. Namun ciri-ciri muslim masih tetap nampak pada sarung, kopiah khas dan baju gamis yang mereka kenakan. Terdapat beberapa wanita menggunakan kerudung dari kain Krama (kain khas Khmer) walaupun belum terlihat ada yang berjilbab. Nampak beberapa orang pemuda sedang memasak bersama. Mungkin mereka sedang menyiapkan sesuatu acara dengan sesama komuniti muslim Cham sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Pengasas Fikah Mazhab Hambali

TIDAK semestinya setiap orang terkenal adalah orang besar. Namun insan bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, alias Imam Hambali, memiliki kedua-duanya. Kebesaran dan juga kemuliaannya dicatat dalam tinta emas sejarah kerana paduan kepintaran dalam ilmu agama, kebersahajaan dalam hidup, dan konsistensi dalam mempertahankan keyakinan yang jernih. Fikih mazhab Hambali yang kini kita kenal, adalah mata air jernih yang direguk oleh ratusan juta kaum muslimin. Pengelana ilmu, begitulah gelaran yang tepat untuk manusia seperti Muhammad bin Hanbal (780 – 855 M). Masa kecilnya dipersembahkan untuk berguru kepada golongan orang alim di kota kelahirannya, Baghdad. Sayap pengembaraannya terus berkepak, hingga pemuda Hambali berguru dengan ulama seantero negara Muslim seperti Bashrah, Kufah (Iraq), Syam (Palestin), Yaman, Makkah, Madinah. Gurunya yang terkenal antara lain: Husyaim Bin Basyir, Imam Syafi’i, Imam Waqi’, Imam Abu Yusuf al Qadhi. Semenjak kecil, Muhammad bin Hambal telah mempelajari hadis. Hadis adalah sabda, perbuatan, takrir (ketetapan) Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan atau dituturkan oleh sahabat untuk menjelaskan dan menentukan hukum Islam. Ilmu tentang hadis demikian penting ketika umat Islam menemukan hal yang penting sebagai pemandu dalam kegiatan beribadah mahu pun muamalah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Namun hadis pun tidak pernah sepi dengan masalah. Bahkan kemunculannya yang terlambat hampir dua ratus tahun sepeninggalan Rasulullah, merupakan proses titik-tolak antara yang bersetuju mahu pun yang berserangan. Bahkan sahabat Rasulullah paling dekat misalnya Abu Bakar asy-Sidiq, termasuk yang membakar catatan perihal ucapan dan perilaku baginda Muhammad s.a.w. kerana cemas oleh potensi penyelewengan yang ditimbulkan dari catatan itu. Demikian pula sahabat Umar Al-Khattab yang mencemaskan bercampurnya hadis dengan kitab Al-Quran (yang waktu itu masih dalam tulisan-tulisan terpisah atau belum dihimpunkan), hingga ia juga mengesampingkan hadis. Kenyataannya, permasalahan mengenai hadis bukan menyurut. Bahkan ketika pertikaian di kalangan umat semakin meninggi, khususnya dalam masalah politik, hadis menjadi jalan masuk bagi pihak-pihak yang bertikai untuk mengeluarkan hadis yang dianggap menguntungkan dirinya pada satu sisi, dan melemahkan pihak lawan pada sisi lainnya.

SEBAGAI FUKAHA
Kerana tidak boleh berundur lagi, hadis pun ditarik ke garis tengah persoalan umat. Hadis kini didekati dengan pendekatan ilmu. Metodologi ilmiah ditegakkan, kesucian hati para penempuh mahu pun punca sumber dari rantai ilmu Islam ini pun dipersyaratkan. Beruntunglah di tengah kecamuk kontrovesi sejarah Islam, muncul seorang putera Islam yang memiliki daya intlektual, kematangan rohani, dan kejujuran peribadinya tertakdir menjadi penjaga kemurnian akidah Islam dari penyelewengan murahan. Dialah Muhammad bin Hambal. Ketekunannya dalam mengaji membuahkan hasil yang menakjubkan. Menurut putera sulungnya, Abdullah bin Ahmad, Imam Hambali telah hafal 700,00 hadis. Luar biasa! Hadis sebanyak itu kemudian dipilih dan diteliti secara ketat dan ditulis kembali dalam kitabnya Al Musnad, hingga tinggal 30 ribu hadis, yang sanat dan rawinya disandarkan pada 700 orang sahabat. Oleh ahli hadis, setiap hadis diperlakukan sesuai dengan darjat kesahihan, bila hendak dirujuk sebagai dasar hukum bertindak (beribadah). Secara garis besar hadis berkategori sahih (terpercaya), hasan (baik, namun ada mata rantai perawi yang lemah, dan dhaif (lemah). Bagi Imam Hambali, ahli hadis harus dimuliakan, kerana ia sentiasa menyatakan perkara yang benar dan selaras dengan syariah. Pernah, suatu saat ia pergi ke Syam untuk bertemu dengan seorang perawi. Namun ia kurang senang dengan layanan perawi itu. Alih-alih memuliakan tamu, si perawi hanya menjawab salam dan kemudian lebih asyik memberi makan seekor anjing. Bagi menghilangkan keraguan, si perawi menjawab, “Di negeriku tidak ada anjing. Tapi anjing ini mengikutiku kerana ia lapar dan dahaga. Dengan memberikannya makanan dan minuman, aku merasa telah menunaikan tanggungjawabku seperti yang telah disampaikan kepadaku oleh Abu Zanad dari Al Araj dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Siapa yang menghampakan harapannya pada Hari Kiamat kelak (tidak masuk syurga).” Senyum pun mengembang dari bibir Imam Hambali, “Terima kasih. Cukuplah bagiku hadis ini, dan semoga Allah akan menyampaikan harapanmu kelak.” Namun tidak sedikit pula riwayat sebuah hadis yang disingkirkan kerana salah satu perawinya dianggap tidak dipercayai moral dan perilakunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Pesona Budi Puteri Khalifah

ASMA’ memang tidak popular berbanding saudaranya Aisyah r.a. dalam banyak hal. Tapi puteri Khalifah Abu Bakar yang seorang ini tak kalah memiliki keistimewaan peribadi yang membuat banyak orang berasa kagum.
Dia dikurniai umur yang cukup panjang oleh Allah dan kecerdasan berfikir, sehingga dia mampu mewarnai corak hidup para generasi tabi’in dengan citarasa kehidupan di zaman Rasulullah. Asma’ adalah saudara seayah dengan Aisyah r.a., bersuamikan Zubair bin Awwam, puteri ibu saudara Rasulullah s.a.w. Dr. Yusuf Qardhawi dalam Wanita Beriman menuliskan bahawa Asma’ masuk Islam pada usia 18 tahun. Dia sentiasa berjuang di jalan Allah serta merasakan pahit getirnya perjuangan bersama kaum muslimin lainnya di Makkah hingga datangnya peristiwa hijrah ke Madinah. Saat peristiwa hijrah berlangsung, Asma’ punya peranan cukup bererti, sebab dia dengan berani mengirim bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah dan ayahnya. Sedikitpun Asma’ tidak dijalari rasa takut. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya saat itu sebetulnya cukup menyulitkan. Dia harus mengikatkannya dengan kuat, namun sayangnya Asma’ tidak punya tali. Sesaat menyedari ia memiliki ikat pinggang, Asma’ pun segera memotongnya menjadi dua; satu untuk mengikat karung makanan, dan satunya lagi untuk mengikat tempat air minum. Rasulullah rupanya terkesan dengan usaha Asma’ ini hingga ia diberi gelar dzatin nithaqain (wanita yang memiliki dua ikat pinggang). Rasul pun mendoakannya semoga Allah mengganti ikat pinggang Asma dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga. Asma’ juga dikenal sebagai puteri pemberani. Ini dibuktikannya saat serombongan kaum kafir Quraisy yang dipimpin Abu Jahal bin Hisyam mendatangi rumahnya. Ketika rombongan itu berhenti bertepatan di depan pintu, Asma’ langsung keluar, dan dia pun langsung menjadi sasaran mereka. Dengan kasar dan bengis serta penuh kebencian, mereka membentak-bentak menanyakan Abu Bakar. Tapi Asma’ tegas mengatakan tidak tahu tanpa sedikitpun menujukkan rasa takut. Sorot mata tajam Asma’ sempat membuat Abu Jahal naik pitam sehingga dengan kasar ia mengangkat tangannya dan melepaskan tamparannya di pipi Asma’ hingga anting-antingnya terjatuh. Pada peristiwa lain, Asma’ pun sekali lagi menunjukan peribadi luhur seorang puteri Abu Bakar. Saat itu, Nabi s.a.w. berangkat hijrah ke Madinah ditemani Abu Bakar. Dia membawa semua harta dan wang miliknya yang kira-kira berjumlah enam ribu dirham atau mungkin lebih tanpa meninggalkan sedikitpun untuk Asma’. Mengetahui apa yang dilakukan Abu Bakar, datuk Asma’ yang ketika itu telah menjadi buta terkejut dan marah: “Sungguh tak kusangka ayahmu akan berbuat demikian! Tergamak dia melakukannya terhadapmu, cucuku!” “Jangan begitu datuk, ayah telah meninggalkan banyak sekali kebaikan buatku,” tegas Asma’ sedikit ‘berbohong’. Dia pun lantas segera keluar rumah, mengambil beberapa batu dan meletakkannya di tempat yang biasa untuk menyimpan harta ayahnya, lalu ditutupinya dengan beberapa helai baju. Sambil menuntun tangan datuknya untuk meraba benda-benda tersebut ia berkata, “Ini buktinya!” “Baiklah, kalau begitu ayahmu masih bijaksana. Barang-barang itu boleh kau jadikan bekal.” Asma’ sangat terharu atas apa yang dilakukan ayahnya. Sebab itulah dia memaklumi tindakan Abu Bakar bahkan ikhlas menutupi keadaan tersebut sekalipun terhadap datuknya.

Berkat Perkahwinan
Perkahwinannya dengan Zubair bin Awwam berlangsung sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Asma’ berkahwin dengan Zubair bin Awwam, seorang pemuda dari kalangan biasa yang tak memiliki harta kecuali seekor kuda. Meski demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayani suaminya. Jika suaminya sedang sibuk melaksanakan tugas dari Rasulullah, Asma’ tak segan-segan merawat dan menumbuk biji-biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Dia selalu menyokong apapun yang dilakukan suaminya. “Ketika Zubair menikahiku, dia tidak mempunyai apa-apa selain kuda satu-satunya. Akulah yang memenuhi segala keperluan rumahtangga, melayaninya, memelihara kudanya, memandikan dan memberi makan serta minum kudanya. Aku juga membantunya di kebun, membawa kurma di atas bahuku sejauh dua pertiga farsakh serta menyirami tanaman dan membawa air untuk keperluan itu dengan tanganku sendiri.” Akan tetapi tak lama waktu berselang, kaum muslim memenangkan peperangan dan Allah saat itu melimpahkan kurnia kepada Zubair seribu buruh yang sentiasa mengirimkan keuntungan padanya. Sejak itulah kehidupan perkahwinan mereka tak terlalu terbelit himpitan ekonomi. “Dan orang-orang yang hijrah kerana Allah setelah mereka dianiaya pasti Kami akan memberi mereka tempat yang bagus di dunia dan bagi mereka sesungguhnya pahala di akhirat lebih besar kalau mereka mengetahui.” (QS. An-nahl: 41)

Menjadi Ibu Sejati
Sejak hijrahnya kaum muslim dari Makkah ke Madinah, tak seorang pun dari wanita Islam yang melahirkan anak. Situasi itu tak hairan dimanfaatkan kaum Yahudi untuk mengejek dan memfitnah habis-habisan kaum muslim. Wanita muslim dikatakan mandul akibat sihir. Tapi di tengah semaraknya fitnah tersebut, Asma’ melahirkan bayi lelaki, Abdullah bin Zubair. Berikutnya lalu Urwah dan Al Mundir. Dari ketiganya, Abdullah-lah yang paling dikenang dalam catatan tinta sejarah. Setelah Yazid bin Muawiyah meningal dunia, Abdullah bin Zubair diangkat menjadi khalifah dimana saat itu Islam telah tersebar mencapai Hijaz, Yaman, Iraq dan Khurasan. Dia berkuasa selama sembilan tahun sampai pupusnya Bani Umayyah di Hijaz. Tetapi Bani Umayyah sendiri tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubair. Mereka menyiapkan tentara yang lebih besar untuk menggulingkan kekuasaan Abdullah bin Zubair. Para pembangkang itu diketuai panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi. Perang antara dua kekuatan itu pun tak dapat dihindari. Abdullah bin Zubair turun ke medan tempur memimpin langsung pasukannya. Tapi, para perwira bawahan dan perajuritnya banyak yang melakukan pembelotan ke pihak Bani Umayyah. Hajjaj bersama bala tenteranya berhasil mengepung dari Syam yang berjalan sampai berhari-hari. Suasana semakin genting.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Wanita Sedang Iddah Tidak Dibenarkan Menghias Diri

DITINJAU dari segi bahasa, kata iddah berasal dari kata ‘addad yang bermakna al-ihsha. Kata iddah merupakan bentuk mashdar dari kata kerja adda-ya’uddu yang bererti penghitungan atau sesuatu yang dihitung. Secara bahasa, kata iddah dipakai untuk menunjukkan pengertian hari-hari haid atau hari-hari suci wanita. Sedangkan secara terminologi, para ulama telah merumuskan pengertian iddah dengan berbagai ungkapan, antara lain; nama waktu untuk menanti kesucian seorang isteri yang ditinggal mati atau diceraikan oleh suami, yang sebelum habis masa itu dilarang untuk dinikahkan (dengan lelaki lain). Dari rumusan di atas, dapat difahami bahawa iddah adalah suatu tempoh waktu tertentu yang harus dihitung oleh seorang wanita sejak ia berpisah dengan suaminya, baik perpisahan itu disebabkan kerana talak [cerai] mahupun kerana suaminya meninggal dunia; dan dalam masa tersebut, wanita itu tidak dibolehkan untuk kahwin dengan lelaki lain. Iddah adalah masa tunggu yang ditetapkan oleh hukum syarak bagi wanita untuk tidak melakukan akad perkahwinan dengan lelaki lain dalam masa tersebut, sebagai akibat ditinggal mati oleh suaminya atau perceraian dengan suaminya, dalam rangka membersihkan diri dari pengaruh dan akibat hubungan dengan suaminya itu. Menurut definisi ini, iddah disebabkan oleh dua hal: ditinggal mati atau dicerai oleh suaminya. Namun, para ulama berpendapat bahawa dukhul (senggama), baik yang terjadi dalam nikah yang fasid mahupun yang terjadi kerana syubhat, juga mengharuskan iddah. Begitu pula menurut sebahagian ulama, seperti Imam Malik, perzinaan juga mengakibatkan wanita harus ber-iddah. Bahkan menurut jumhur (selain Syafi’iyah), khalwat saja sudah cukup sebagai alasan bagi penetapan kewajipan iddah. Di sisi lain, akibat iddah yang tergambar dari definisi di atas hanyalah larangan untuk melakukan akad perkahwinan dengan lelaki lain (selain suami yang menceraikannya). Akan tetapi, larangan tersebut hanyalah satu di antara beberapa konsekuensi iddah. Konsekuensi lainnya masih ada, iaitu menyangkut keterikatan, nafkah, tempat tinggal, dan lainnya. Seorang yang berada dalam masa iddah tidaklah bererti terlepas sama sekali dari suami yang menceraikannya. Begitu pula, suami itu tidak langsung dapat membebaskan diri dari tanggungjawab dan kewajipannya terhadap isteri selama masa iddah. Sehubungan dengan itu, para ulama menyimpulkan bahawa seorang lelaki tidak boleh menikahi wanita lain bila ia masih terikat dengan seorang wanita yang sedang berada dalam iddah, sedangkan wanita itu adalah salah satu di antara 4 orang isterinya. Pendapat terakhir ini didasarkan atas keyakinan bahawa wanita yang berada dalam iddah masih berstatus isteri bagi suami yang menceraikannya. Iddah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis. Allah berfirman, “Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber-iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddah-nya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.” (QS. Al-Baqarah: 234) Dalam hadis disebutkan bahawa Nabi pernah mengarahkan kepada Fatimah binti Qays, “Ber-iddah-lah di rumah Ummu Maktum.”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Berbiduk Cinta Mengharungi Alam Semesta

Langkah kakinya menapak di tanah-tanah berperadaban besar, menjadi saksi seterusnya bagi untaian gelombang syair yang tinggi-menderu, menuju pantai taman Ilahi, pecah dalam gelembung kristal bening, lalu tertangkap oleh mereka yang menajamkan mata dan hatinya, dalam jalan cinta. Dengan keledainya, ia berjalan perlahan diiringi oleh puteri angkatnya Kimya, Maulana Rumi, di tegur hormat oleh warga kota Konya, tulis Muriel Maufroy, pergi menemui sahabatnya di Katedral, seorang ketua gereja. Ia jalin hubungan akrab dengan ahli kitab itu. Ia pun tak lupa bersembang dengan seorang pandai besi bernama Shalahuddin, sambil menikmati bunyi besi yang dipipihkan melalui kekuatan api yang menyala. Sesekali menjeling proses pembuatan peralatan besi. Masyarakat pun melihatnya menatap penuh minat bunyi air sungai yang dipindahkan oleh kincir air ke kawasan tanaman. Di waktu malam, Rumi pun berjalan sambil menatap bintang terang yang berkedip-kedip. Dan pada musim dingin yang mengugurkan dedaunan dalam kebisuan hening kepasrahan, Maulana Rumi juga menangkap dengan perasaan tajamnya. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya dalam dakapan beku musim dingin. Menatap dengan ketajaman mata, merasakan dengan kepekaan hati, tiada sesuatu yang ada dalam alam semesta yang tak memberikan pesan. Ibaratnya, sesuatu yang ada dalam semesta adalah medium pesan dan membentuk cara penumpuan, yang melingkar dalam gema menuju ke titik tertinggi, yakni Ilahi. Olah rasa dan olah batin itu di pindahkan menjadi kesedaran yang lebih tinggi, bahawa hanya “Cinta” lah yang menyebabkan sesuatu itu bergerak, dan kerana “Cinta” pula, keseimbangan bumi beserta segenap isinya berpadu harmonis, saling menghidupi dan saling mengasihi. Tanpa cinta, betapa sesuatu yang ada dalam semesta akan punah, dan minus cinta, sifat angkara manusia akan bertakhta dalam hati yang saki. Namun hanya para pejalan spiritual yang sentiasa melatih kepekaan hati saja yang mampu menangkap getar halus sekaligus tajam itu. maka, biduk cinta adalah sarana menyeberangi sang semesta.

SANG MUSAFIR SPIRITUAL
Maulana Rumi diakui oleh kebanyakkan negara sebagai putera terbaik Konya. Orang Afghan dan Parsi (Iran) selalu menyebutnya Jalaluddin Balkhi kerana keluarganya berasal dari Balkhi, sebelum berpindah ke Konya, Turki. Namun di Korasan-lah, Rumi lebih banyak menimba ilmu-ilmu keislaman. Dan di Konya-lah, ia mendapatkan nama baru setelah panggilan Maulana, yakni Rumi, yang diertikan secara keseluruhan sebagai Guru Kita dari Rum (tanah yang pada mulanya dikuasai oleh Kristian Romawi). Maulana Rumi lahir dan besar dalam situasi sejarah Islam yang mulai redup dengan kejayaannya, terutama bila Baghdad, si kota bersinar aneka kisah itu, di genangi oleh darah merah dan tinta hitam di Sungai Eufrat kerana pembunuhan beramai dan pembakaran buku pustaka ilmiah pada tahun 1258 oleh keganasan tentera perkasa primitif dari Mongolia. Dan kesultanan-kesultanan kecil, baik di Barat mahupun di Timur, mulai tumbuh mengantisipasi zaman lama yang tak mungkin di pulih kembali. Namun tanah berpijak yang penuh limpahan pesan misteri dari keagungan spiritual paduan pra dan Islam itu tiada hilang oleh ketegaran hati dan memori otak Bahauddin Walad, ayah Rumi. Dengan ketajaman hati oleh bekal ilmu tasawufnya, si ayah yang konon telah meramalkan kejatuhan Kota Seribu Satu Malam ini memindahkan keluarganya, mula-mula ke Samarkand. Sambil berhaji ke kota Makkah, Bahauddin lalu menetap di kota Damaskus (Damsyik), kota ramai dan indah kerana berbagai budayanya. Dari sini, Bahauddin kemudian menuju ke wilayah Anatolia tengah, hingga berakhir di kota Konya. Mereka disambut oleh Sultan Kaikobad, yang mengagumi seni keagamaan dari orang-orang Timur ini. Setelah ayahnya meninggal dunia, Maulana Rumi yang sudah berkeluarga dan mempunyai beberapa anak ini semakin diperkaya dengan tanah Anatolia yang tidak asing dengan kisah-kisah kebijakan Yunani mahupun Kristian timur. Kedua-duanya pun diserap untuk dijadikan guru bagi kedalaman syairnya. Mengenai indahnya Konya yang menawarkan pesona spiritual, digambarkan oleh Islamolog Annemarie Schimmel secara mengesankan. Perjalanan menuju Konya lama dipotretnya dengan laluan berupa Danau Garam (Salt Lake), dengan kemilau kristal warna biru laut oleh biasan sinar matahari yang akan tenggelam, diibanding oleh Hasan Dag, gunung yang di liputi oleh salji abadi – lambang bukit kegembiraan.
Di sini, candi kuno peninggalan persembahan buat Dewa matahari masih terjaga, bersanding dengan kompleks pekuburan kecil peninggalan abad ke 13-14. Aneka hiasan ukiran mengingatkan bahawa kematian adalah pasti, demikian pula pertemuannya dengan Munkar dan Nakir, yang mengecut hati orang (si mati) yang tidak dapat menjawab pertanyaan-pertanyaannya. Namun gema syair Maulana memberikan resepi menyejukkan bahawa “kematian” bukanlah tragedi, melainkan berkemasnya burung bul-bul-bul “jiwa” dan burung helang “roh” menuju kebun mawar, rumah abadinya yang nantinya akan tersedia ruang hangat kerana genggaman kasih Sang Raja (Allah s.w.t.). Konya dilengkapi dengan madrasah Karatay, yang dulunya menjadi tempat sahabat Rumi, yakni Jalaluddin Karatay, seorang astronomi, tempat Maulana mendapatkan ilmu perbintangan. Juga masjid dan menara indah tempat Rumi melangsungkan solat.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

Abu Nawas Dakwa Lebih Kaya Dari Tuhan

IMAM ABU NAWAS adalah seorang Wali Allah yang hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid. Pada suatu pagi Abu Nawas berdiri di hadapan sebilangan orang ramai, lalu berkata lantang, “Dengan ini kuumumkan bahawa aku, Abu Nawas adalah orang yang benci pada perkara yang hak, sangat suka pada fitnah, dan dalam beberapa tahun ini aku lebih kaya daripada Tuhan.” Masyarakat gempar sampai akhirnya Abu Nawas ditangkap oleh pengawal-pengawal khalifah kerana dinilai membahayakan fahaman akidah. Dia segera dihadapkan langsung kepada Khalifah Harun Al-Rasyid. Khalifah bertanya, “Apa betul tuan mengatakan sangat benci pada yang hak?”
“Betul,” jawab Abu Nawas dengan tenang. “Malah bukan saja, baginda khalifah juga sama,” celotehnya lagi.
“Aku benci pada yang hak? Buktikan tuduhan tuan yang keji itu,” herdik Harun Al-Rasyid yang sudah naik pitam. Untung dia masih mampu menahan diri. Abu Nawas menjelaskan, “Bukankah baginda yakin bahawa kematian dan neraka adalah hak? Dan sebagaimana saya juga, baginda sangat benci kepada kematian dan neraka?”
Khalifah terdiam sebentar mengakui kebenaran Abu Nawas. Lalu ia membentak, “Tapi jangan katakan bahawa tuan amat suka pada fitnah. Itu merosak ketenteraman masyarakat.” “Sekali lagi, saya wajib katakan yang sebenarnya, bahawa yang menyenangi fitnah bukan hanya saya, baginda juga,” sahut Abu Nawas. “Hah? Aku menyukai fitnah? Ini sudah melampau,” ujar khalifah. “Izinkanlah saya menjelaskan kenyataan ini. Tidakkah Allah mengatakan dalam Al-Quran bahawa harta dan anak adalah fitnah? Bukankah baginda amat suka kepada harta dan anak?” Lagi-lagi Harun Al-Rasyid terdiam. Dia kemudian menegur, “Baiklah, hal itu kuakui kebenarannya. Namun lancang sekali, malah boleh murtad kalau tuan menyombongkan diri lebih kaya dari Tuhan. Tuan adalah ulama besar, tidak sepatutnya berkata begitu. Tuan boleh dihukum mati.” “Sabarlah Tuanku, perhatikan penjelasan saya,” jawab Abu Nawas dengan tenang. “Saya katakan lebih kaya dari Tuhan kerana ada buktinya. Saya memiliki banyak anak, tapi Tuhan tidak memiliki anak seorangpun. Bukankah saya lebih kaya daripada Tuhan?”

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...