RATA-RATA kaum wanita di Malaysia semuanya menggunakan “tudung kepala” sebagai salah satu cara menutup ‘aurat yang dituntut oleh agama. Dimana pun kita pergi di Malaysia, kita akan bertemu dengan kaum wanita memakai tudung. Sama ada yang tua, yang muda dan murid-murid sekolah, semuanya memakai tudung.
Kita akan merasa ganjil dan aneh kalau kita bertemu dengan kaum wanita Malaysia yang membogelkan kepalanya. Kita merasakan sebagai ada sesuatu yang tidak kena kepada wanita ini. Apabila kita betul-betul amati, rupa-rupanya yang kita pandang ganjil itu ialah dia itu tidak menutup aurat. Misalnya, seorang pembaca warta berita di TV biasanya kita lihat ada setengah stesen TV sama ada swasta atau pun milik kerajaan, pembacanya akan memakai tudung. Tetapi pada waktu yang lain kita terlihat ada pembacanya tidak memakai tudung, kita merasakan ada sesuatu yang tidak kena atau pun ganjil kepada wanita itu. Rupa-rupanya dia tidak menggunakan tudung. Kita tidak begitu terkejut kalau yang tidak bertudung itu masih gadis remaja, yang ilmu agamanya belum matang. Tetapi yang tidak bertudung itu tadi dari kalangan wanita yang sudah “senja” dan hampir senja. Keganjilan kelihatan begitu ketara sekali dalam majlis itu, terutama dimeja yang diduduki oleh wanita yang tidak bertudung. Itulah yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. dalam satu hadis dimana Baginda menangis ketika dikunjungi oleh anaknya Fatimah pada suatu hari ke rumah Rasulullah s.a.w. Fatimah dan Saidina Ali terkejut apabila mereka masuk ke dalam rumah Rasulullah didapatinya Nabi s.a.w. sedang menangis.
Lalu Fatimah bertanya sebab kenapa Baginda menangis. Rasulullah lalu menjelaskan bahawa baginda sedih kerana melihat wanita ramai dalam neraka. Kaum wanita haruslah ingat tentang banyak perkara yang dilakukan oleh mereka yang boleh mengundang mereka masuk neraka. Satu daripadanya ialah tentang tudung ini. Mereka tidak bertudung adalah melanggar perintah Allah s.w.t. Dalam kitab suci Al-Quran Allah telah menjelaskan dalam Firmannya dalam surah Al-A’raf ayat 26 dan 27 yang maksudnya: “Hai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah supaya mereka ingat.” “Hai anak-anak Adam! Janganlah kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga, ia menanggalkan pakaian kedua-duanya untuk memperlihatkan kepada kedua auratnya. “Sesungguhnya dia (syaitan itu) dan kaumnya dapat melihatmu dari tempat yang tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan-syaitan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.”
Demikianlah dua ayat yang menerangkan tentang pakaian. Allah s.w.t. juga menjelaskan masalah pakaian dalam pergaulan rumahtangga dalam banyak yang telah abadikan dalam kitab suci Al-Quran. Bacalah al-Quran telitilah hukum hakamnya, dan fahamilah terjemahannya dalam bahasa Melayu supaya kita tahu isi-isi ayat Quran itu sendiri. Masalahnya, kita sebagai orang Islam tidak pernah mahu baca Quran yang Allah turunkan khas untuk kita orang Islam sebagai panduan hidup. Semua masalah kehidupan kita seharian ada didalam Quran. Sehingga siapa yang kita boleh kahwini, siapa yang tidak boleh, serta jalur-jalur yang telah ditentukan oleh Allah dalam soal pernikahan ini. Dalam masa dan ketika yang tidak dibolehkan anak-anak kita masuk ke bilik ibu bapa mereka, pun ada Allah beritahu dalam Quran. Ada tiga waktu yang dilarang sama sekali anak-anak masuk bilik dalam ibubapanya, kerana waktu-waktu yang disebutkan Allah dalam Quran itu adalah waktu dimana ibubapa sedang menyalin pakaian selepas sembahyang waktu. Bacalah surah An-Nur dimana semua masalah kehidupan kita ada dijelaskan.
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment