IMAM ABU NAWAS adalah seorang Wali Allah yang hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid. Pada suatu pagi Abu Nawas berdiri di hadapan sebilangan orang ramai, lalu berkata lantang, “Dengan ini kuumumkan bahawa aku, Abu Nawas adalah orang yang benci pada perkara yang hak, sangat suka pada fitnah, dan dalam beberapa tahun ini aku lebih kaya daripada Tuhan.” Masyarakat gempar sampai akhirnya Abu Nawas ditangkap oleh pengawal-pengawal khalifah kerana dinilai membahayakan fahaman akidah. Dia segera dihadapkan langsung kepada Khalifah Harun Al-Rasyid. Khalifah bertanya, “Apa betul tuan mengatakan sangat benci pada yang hak?”
“Betul,” jawab Abu Nawas dengan tenang. “Malah bukan saja, baginda khalifah juga sama,” celotehnya lagi.
“Aku benci pada yang hak? Buktikan tuduhan tuan yang keji itu,” herdik Harun Al-Rasyid yang sudah naik pitam. Untung dia masih mampu menahan diri. Abu Nawas menjelaskan, “Bukankah baginda yakin bahawa kematian dan neraka adalah hak? Dan sebagaimana saya juga, baginda sangat benci kepada kematian dan neraka?”
Khalifah terdiam sebentar mengakui kebenaran Abu Nawas. Lalu ia membentak, “Tapi jangan katakan bahawa tuan amat suka pada fitnah. Itu merosak ketenteraman masyarakat.” “Sekali lagi, saya wajib katakan yang sebenarnya, bahawa yang menyenangi fitnah bukan hanya saya, baginda juga,” sahut Abu Nawas. “Hah? Aku menyukai fitnah? Ini sudah melampau,” ujar khalifah. “Izinkanlah saya menjelaskan kenyataan ini. Tidakkah Allah mengatakan dalam Al-Quran bahawa harta dan anak adalah fitnah? Bukankah baginda amat suka kepada harta dan anak?” Lagi-lagi Harun Al-Rasyid terdiam. Dia kemudian menegur, “Baiklah, hal itu kuakui kebenarannya. Namun lancang sekali, malah boleh murtad kalau tuan menyombongkan diri lebih kaya dari Tuhan. Tuan adalah ulama besar, tidak sepatutnya berkata begitu. Tuan boleh dihukum mati.” “Sabarlah Tuanku, perhatikan penjelasan saya,” jawab Abu Nawas dengan tenang. “Saya katakan lebih kaya dari Tuhan kerana ada buktinya. Saya memiliki banyak anak, tapi Tuhan tidak memiliki anak seorangpun. Bukankah saya lebih kaya daripada Tuhan?”
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment