ADANYA hadis yang menyatakan penghuni neraka kebanyakan perempuan seakan menunjukkan bahawa perempuan adalah makhluk yang paling banyak melakukan dosa di banding lainnya. Ironisnya, bahkan dari sinilah anggapan bahawa perempuan “biang” atau penyebab terjadinya fitnah dan kerosakan di muka bumi makin kuat.
Tetapi, apakah benar demikian? Bukankah dalam banyak nash al-Quran disebutkan bahawa amal seseoranglah yang menentukan dirinya akan menghuni neraka ataupun syurga? Satu ayat pun bahkan tak ada yang menjelaskan secara terperinci bahawa penghuni syurga atau neraka dihuni oleh jenis kelamin tertentu. Dan apakah hadis-hadis tersebut muncul begitu saja tanpa ada asbabul wurud (kronologi terjadinya sebuah hadis) dibaliknya? Ikuti ulasan berikut ini:
Derhaka Pada Suami
Dalam sebuah kisah, ketika Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melaksanakan solat gerhana, baginda melihat syurga dan neraka. Ketika melihat neraka, Rasulullah bersabda kepada para sahabatnya, “...dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Sahabat bertanya, “Mengapa (demikian), wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Rasulullah menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai), nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ “ (HR. Bukhari dari Ibnu Abbas) Maksud hadis di atas menegaskan bahawa perempuan penghuni neraka yang dimaksud adalah perempuan/isteri-isteri yang telah membangkang, tidak patuh, meremeh atau derhaka pada suaminya. Padahal sebagai isteri, sikap yang patut dikedepankan semestinya kepatuhan/ketaatan.Isteri, tidak melangkah kemanapun atau berbuat apapun tanpa restu/redho suaminya. Mereka sering membicarakan keburukan-keburukan suaminya kepada teman-teman atau keluarganya tanpa alasan yang dibenarkan oleh syar’i, bersikap kasar, menampakkan muka yang masam ketika memenuhi panggilan suami, tidak mahu melayani suami dengan alasan yang tidak syar’i, pergi atau ke luar rumah tanpa izin suami, mengkhianati suami dan hartanya. Di samping itu, ada beberapa riwayat yang menyatakan bahawa banyak isteri-isteri sahabat di zaman Nabi s.a.w. yang merendahkan suaminya, menuntut berlebihan dan menganggap kecil kebaikan-kebaikan yang selama ini diusahakan si suami. Atas dasar itulah Rasulullah s.a.w. prihatin dan menyabdakan hadis berkenaan.
Mendedahkan Aurat
“... dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti punuk unta. Mereka tidak masuk syurga dan tidak mendapatkan wanginya syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim dan Ahmad dari Abu Hurairah) Menutup aurat merupakan perintah Allah yang harus ditaati perempuan muslim. Perintah yang datang bukan sekadar tindak balas terhadap kebudayaan Arab, melainkan adanya hikmah dan manfaat yang besar yang terkandung di dalamnya. Selain boleh sebagai perisai diri, identiti yang khas, juga memperkecil pintu fitnah. Fitnah yang puncanya bukan kerana jenis kelamin mereka perempuan, tetapi aurat yang tersingkaplah yang mampu melemahkan iman kaum adam dan memancing mata-mata nakal yang tak bertanggungjawab. Oleh sebab itu, manakala aurat didedah, akan terbukalah hal-hal yang selama ini dikhuatirkan menurut pandangan syar’i. Dan kenyataannya, beragam bentuk kekhuatiran tersebut kini terlihat jelas.
Anjuran Sedekah
Satu saat Rasulullah s.a.w. selesai menyampaikan khutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita seraya menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat, kemudian baginda pun bersabda: “Bersedekahlah kalian! Kerana kebanyakan kalian adalah kayu bakarnya Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, ia pun bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kerana kalian banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (HR. Bukhari)
Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment