Thursday, April 7, 2011

Nasib Tragis Isteri Curang

Anita, wanita itu berusia 45 tahun. Namanya memang indah untuk diucapkan, secantik wajahnya. Bagaikan puteri ayu dalam dongeng-dongeng. Kini, dia hanya mampu tergolek tak berdaya di atas katil di rumahnya. Sakit barah pada bahagian alat kehormatannya, telah melumpuhkan segala yang dimilikinya: harga diri dan maruah. Padahal, 15 tahun yang lalu, Anita adalah seorang wanita dewasa yang sangat digilai ramai lelaki. Bukan saja kerana kecantikannya, tapi juga kecerdasan dan kedewasaannya. Dia adalah perempuan yang membuat hati seorang lelaki bernama Hamdan bertekuk lutut dan mengorbankan segalanya untuk dapat mengahwininya: Hamdan mengorbankan keluarga dan kehormatan dirinya. Ya, Anita adalah seorang wanita yang patut bersyukur kepada Allah s.w.t. Dia diberikan paras yang cantik dan ayu. Macam wajah pelakon-pelakon jelita siri drama tv. Pendidikannya pun agak tinggi apabila mampu menjejak kaki ke kampus universiti. Bahkan, atas ijazahnya itu, dia pernah bekerja di sebuah syarikat luar negeri dengan gaji yang lumayan. Nah, di tempat kerja inilah dia bertemu Hamdan. Lelaki baik hati itu kemudian mengahwininya dengan segala pengorbanan. Untuk mendapatkan Anita, Hamdan harus rela meninggalkan keluarga, yakni ibu bapa dan adik-adiknya, yang dulu sangat mencintainya. Demi wanita itu, ia terbuai mimpi. Padahal keluarga tak mengizinkannya kerana mereka tahu bahawa Anita bukanlah perempuan yang baik-baik. Dia hanya cantik di permukaan, tapi batinnya membusuk. Hal itu diketahui dari latar belakang keluarga Anita. Meski berparas ayu, Anita terlahir dari keluarga yang tidak bahagia. Saat kecilnya, dia telah ditinggal pergi oleh ayahnya, kerana lelaki itu telah melakukan kecurangan terhadap ibunya demi wanita lain yang lebih muda dan cantik. Bahkan, dirinya yang masih kecil saat itu, pernah dipukul si ayah hingga membuatnya trauma. Sejak itulah, tampaknya dia menjadi peribadi pendendam terhadap lelaki. Anita sendiri boleh mendapat pendidikan tinggi atas bantuan datuk dan neneknya yang kini telah meninggal dunia. Saat kuliah inilah Anita mengalami kekerasan kembali. Tapi, kali ini sifatnya tidak saja mengoyak fiziknya, tapi juga batinnya yang paling dalam. Dia didapati mengandung anak luar nikah oleh kekasihnya yang kemudian meninggalkannya tanpa khabar berita. Dua kejadian itu, benar-benar telah merosak fikirannya dan batinnya sehingga dia menjadi wanita pendendam terhadap lelaki. Kerana Anita adalah wanita yang cerdas, maka dia layak diterima bekerja di sebuah syarikat asing dan akhirnya berkahwin dengan atasannya, yang mahu menerima segala kekurangan wanita itu – termasuk, kesuciannya yang telah ternoda. Meski telah bersuamikan lelaki yang baik dan bertanggungjawab, trauma itu rupanya belum dapat hilang dari fikiran dan benak Anita. Tampaknya, perkahwinannya dengan Hamdan hanya dijadikan sebagai pelempias dendamnya kepada kaum lelaki. Sebab, di luar itu, Anita suka melakukan kecurangan dengan lelaki lain dan menghabiskan sebahagian waktu malamnya untuk bersenang-senang dengan lelaki yang terpikat dengan penampilan dirinya. Lelaki manapun pasti akan senang jika diajak menjadi pasangan oleh Anita kerana wajahnya yang cantik itu. Tapi, kesenangan itu hanyalah sebentar. Kerana mereka sendiri kemudian harus menjadi korban. Setelah harta mereka habis dikikis, Anita meninggalkan mereka. Sebahagian korbannya adalah lelaki yang tidak pernah tahu tentang latar belakang Anita yang sudah berkahwin itu. Begitulah yang terjadi pada Anita selama bertahun-tahun, hingga dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinannya dengan Hamdan. Anita rela menggadai kehormatannya untuk lelaki lain sebagai umpan, untuk kemudian menjatuhkan mereka ke dalam lubang kenistaan. Hamdan, sebenarnya, mengetahui tingkah laku isterinya yang suka pergi dan pulang larut malam. Bahkan, kecurangannya dengan seorang lelaki bernama Karim sempat diketahui oleh Hamdan. Tapi, Hamdan tetap setia dengan isterinya kerana satu hal: sudah ada anak dan dia telah kehilangan segalanya, iaitu ibu bapa kandung dan adik-adiknya yang telah memulaunya. Sebab itu, walaupun terasa ‘dayus’ dia berusaha mempertahankan perkahwinannya. Hingga suatu ketika, Anita tiba-tiba merasa sakit pada alat kemaluannya. Penyakit itu bermula dari rasa sakit ketika dia mengeluarkan air kencing. Meski sudah berubat dan dinyatakan sembuh oleh doktor, tapi penyakit itu sewaktu-waktunya datang kembali. Bahkan, beberapa saat kemudian pada sekitar daerah alat kemaluannya itu muncul bintik-bintik seperti bisul. Tapi, penyakit itu juga kemudian hilang kerana telah diubati oleh doktor. Puncaknya, Anita benar-benar sakit keras. Dia mengalami semacam demam yang sangat tinggi.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

No comments: