Thursday, April 7, 2011

Pengasas Fikah Mazhab Hambali

TIDAK semestinya setiap orang terkenal adalah orang besar. Namun insan bernama Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, alias Imam Hambali, memiliki kedua-duanya. Kebesaran dan juga kemuliaannya dicatat dalam tinta emas sejarah kerana paduan kepintaran dalam ilmu agama, kebersahajaan dalam hidup, dan konsistensi dalam mempertahankan keyakinan yang jernih. Fikih mazhab Hambali yang kini kita kenal, adalah mata air jernih yang direguk oleh ratusan juta kaum muslimin. Pengelana ilmu, begitulah gelaran yang tepat untuk manusia seperti Muhammad bin Hanbal (780 – 855 M). Masa kecilnya dipersembahkan untuk berguru kepada golongan orang alim di kota kelahirannya, Baghdad. Sayap pengembaraannya terus berkepak, hingga pemuda Hambali berguru dengan ulama seantero negara Muslim seperti Bashrah, Kufah (Iraq), Syam (Palestin), Yaman, Makkah, Madinah. Gurunya yang terkenal antara lain: Husyaim Bin Basyir, Imam Syafi’i, Imam Waqi’, Imam Abu Yusuf al Qadhi. Semenjak kecil, Muhammad bin Hambal telah mempelajari hadis. Hadis adalah sabda, perbuatan, takrir (ketetapan) Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan atau dituturkan oleh sahabat untuk menjelaskan dan menentukan hukum Islam. Ilmu tentang hadis demikian penting ketika umat Islam menemukan hal yang penting sebagai pemandu dalam kegiatan beribadah mahu pun muamalah sepeninggalan Rasulullah s.a.w. Namun hadis pun tidak pernah sepi dengan masalah. Bahkan kemunculannya yang terlambat hampir dua ratus tahun sepeninggalan Rasulullah, merupakan proses titik-tolak antara yang bersetuju mahu pun yang berserangan. Bahkan sahabat Rasulullah paling dekat misalnya Abu Bakar asy-Sidiq, termasuk yang membakar catatan perihal ucapan dan perilaku baginda Muhammad s.a.w. kerana cemas oleh potensi penyelewengan yang ditimbulkan dari catatan itu. Demikian pula sahabat Umar Al-Khattab yang mencemaskan bercampurnya hadis dengan kitab Al-Quran (yang waktu itu masih dalam tulisan-tulisan terpisah atau belum dihimpunkan), hingga ia juga mengesampingkan hadis. Kenyataannya, permasalahan mengenai hadis bukan menyurut. Bahkan ketika pertikaian di kalangan umat semakin meninggi, khususnya dalam masalah politik, hadis menjadi jalan masuk bagi pihak-pihak yang bertikai untuk mengeluarkan hadis yang dianggap menguntungkan dirinya pada satu sisi, dan melemahkan pihak lawan pada sisi lainnya.

SEBAGAI FUKAHA
Kerana tidak boleh berundur lagi, hadis pun ditarik ke garis tengah persoalan umat. Hadis kini didekati dengan pendekatan ilmu. Metodologi ilmiah ditegakkan, kesucian hati para penempuh mahu pun punca sumber dari rantai ilmu Islam ini pun dipersyaratkan. Beruntunglah di tengah kecamuk kontrovesi sejarah Islam, muncul seorang putera Islam yang memiliki daya intlektual, kematangan rohani, dan kejujuran peribadinya tertakdir menjadi penjaga kemurnian akidah Islam dari penyelewengan murahan. Dialah Muhammad bin Hambal. Ketekunannya dalam mengaji membuahkan hasil yang menakjubkan. Menurut putera sulungnya, Abdullah bin Ahmad, Imam Hambali telah hafal 700,00 hadis. Luar biasa! Hadis sebanyak itu kemudian dipilih dan diteliti secara ketat dan ditulis kembali dalam kitabnya Al Musnad, hingga tinggal 30 ribu hadis, yang sanat dan rawinya disandarkan pada 700 orang sahabat. Oleh ahli hadis, setiap hadis diperlakukan sesuai dengan darjat kesahihan, bila hendak dirujuk sebagai dasar hukum bertindak (beribadah). Secara garis besar hadis berkategori sahih (terpercaya), hasan (baik, namun ada mata rantai perawi yang lemah, dan dhaif (lemah). Bagi Imam Hambali, ahli hadis harus dimuliakan, kerana ia sentiasa menyatakan perkara yang benar dan selaras dengan syariah. Pernah, suatu saat ia pergi ke Syam untuk bertemu dengan seorang perawi. Namun ia kurang senang dengan layanan perawi itu. Alih-alih memuliakan tamu, si perawi hanya menjawab salam dan kemudian lebih asyik memberi makan seekor anjing. Bagi menghilangkan keraguan, si perawi menjawab, “Di negeriku tidak ada anjing. Tapi anjing ini mengikutiku kerana ia lapar dan dahaga. Dengan memberikannya makanan dan minuman, aku merasa telah menunaikan tanggungjawabku seperti yang telah disampaikan kepadaku oleh Abu Zanad dari Al Araj dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Siapa yang menghampakan harapannya pada Hari Kiamat kelak (tidak masuk syurga).” Senyum pun mengembang dari bibir Imam Hambali, “Terima kasih. Cukuplah bagiku hadis ini, dan semoga Allah akan menyampaikan harapanmu kelak.” Namun tidak sedikit pula riwayat sebuah hadis yang disingkirkan kerana salah satu perawinya dianggap tidak dipercayai moral dan perilakunya.

Selanjutnya dapatkan Hidayah April 2011 di pasaran...

No comments: